Anda di halaman 1dari 13

_____________________________________________________________________

Ruj kami
Tarikh

: 01/08/000/02
: 6 April 2011

Kepada,
Pengusaha kantin
SK Seri Sekamat
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN HAMPER UNTUK PERTANDINGAN BAKAT MUZIK SK
SERI SEKAMAT.
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Panitia Muzik akan menganjurkan Pertandingan Bakat Muzik
bagi tujuan mencungkil bakat murid-murid. Di samping itu , murid dapat meningkatkan disiplin
diri dan membentuk semangat kerja berkumpulan. Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori
iaitu nyanyian, tarian dan alat muzik .
3. Untuk tujuan di atas , kami ingin memohon jasa baik tuan untuk memberi sumbangan
Hamper bagi memenang-pemenang yang akan diadakan seperti berikut :Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

21 April 2011
Khamis
8.30 pagi
Pavilion

4. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami harapkan bagi menjayakan program yang telah
dirancang.
Sekian,terima kasih.
KEJUJURAN DAN KETEKUNAN
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.
( Mohd Yusry BinMuhamad )
Pengerusi Panitia Muzik
SK Seri Sekamat
sk Guru Besar
Fail

_____________________________________________________________________
Ruj kami
Tarikh

: 01/08/000/01
: 19 Jun 2014

Kepada,
YDP PIBG
SK Seri Sekamat
Melalui,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat,
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK MEMBELI PAKAIAN MURID
POM POM SEKOLAH
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa kelab Muzik memohon sumbangan kewangan untuk membeli
pakaian murid-murid semasa membuat persembahan pembukaan Hari Sukan sekolah 2014
3. Untuk pengetahuan pihak tuan, penambahan pakaian perlu dibeli kerana penambahan
bilangan murid seramai 50 orang berbanding tahun lepas 30 orang sahaja . Anggaran harga
seperti berikut ;
1 helai pakaian RM20.00 x 20 orang = RM400.00
Aksesori RM 2 X 50 0rang
= RM100.00
Jumlah
RM500.00
4.
Dengan itu, diharapkan pihak tuan dapatlah menghulurkan sumbangan bagi
memperlihatkan kekemasan murid-murid dalam membuat persembahan .
5. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami harapkan bagi menjayakan program yang telah
dirancang.
Sekian,terima kasih.
KEJUJURAN DAN KETEKUNAN
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.
( Mohd Yusry BinMuhamad )
Pengerusi Panitia Muzik
SK Seri Sekamat
sk Guru Besar
Fail

Gambar baju weskot lama 10 tahun lepas ( kumpulan rekoder )

Cadangan gambar baju weskot baru RM 30.00

Gambar weskot 1 set ( baju kemeja dan seluar ) RM 50.00

Gambar baju kot 1 set ( baju Kemeja dan seluar ) RM 60.00

_____________________________________________________________________
Ruj kami
Tarikh

: 01/08/000/03
: 6 April 2011

Kepada,
YDP PIBG ,
SK Seri Sekamat.
Melalui,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat,
Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN PIBG UNTUK PERTANDINGAN BAKAT MUZIK
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan Panitia Pendidikan Muzik akan menganjurkan satu pertandingan bakat
muzik di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat seperti berikut ;
Tarikh
: 21 April 2011
Tempat : Pavilion
Sasaran
: Murid tahun 3 hingga 6
3. Pertandingan ini diharapkan dapat meningkatkan sikap yakin pada diri dan mencungkil
bakat murid-murid. Di samping itu , murid dapat meningkatkan disiplin diri dan membentuk
semangat kerja berkumpulan. Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu nyanyian,
tarian dan alat muzik .
4. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya PIBG dapatlah menyumbangkan
RM250.00 bagi menjayakan program tersebut . Bersama ini dilampirkan kertas kerja untuk
rujukan pihak tuan.
Kerjasama dan sokongan pihak Tuan/Puan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
KEJUJURAN DAN KETEKUNAN
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
MOHD YUSRY BIN MUHAMAD
Pengerusi Panitia Muzik
SK Seri Sekamat
sk Guru Besar
Fail

_____________________________________________________________________
Ruj kami : SST 08/02/001 ( )
Tarikh : 6 April 2011
Kepada,
YDP PIBG ,
SK Seri Sekamat .
Tuan,
PEMOHONAN PENYELENGGARAAN TANDAS DAN BUMBUNG SEKOLAH
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah memohon sumbangan penyelenggaraan tandas dan
baik pulih bumbung sekolah .
3. Untuk makluman pihak tuan keadaan tandas sekolah buat masa ini kurang memuaskan dan
perlu penyelenggaraan segera. Antara kerosakkan yang perlu diperbaiki adalah seperti berikuat
:i.
ii.
iii.
iv.

Tandas tersumbat
Kepala paip rosak
Pamp tandas rosak
Pintu tandas rosak

4. Untuk pengetahuan pihak tuan juga, bangunan blok B mengalami kerosakan perabung
bumbung. Ini menyebabkan berlaku kebocoran pada setiap bilik aras 3 blok tersebut .
5. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya PIBG membantu menangani
permasalahan tersebut . Bersama ini dilampirkan gambar-gambar kerosakkan untuk rujukan
pihak tuan.
Kerjasama dan sokongan pihak tuan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih
KEJUJURAN DAN KETEKUNAN
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
ZULKIFLI BIN MOHD NOOR
GURU BESAR
SK SERI SEKAMAT
Sk Fail

Lampiran 1
Gambar perabung bumbung yang rosak

Gambar kebocoran berlaku dalambilik perpustakaan aras 3

Lampiran 2
Gambar kerosakan kepala paip

Lampiran 3
Gambar kerosakan pintu tandas, pamp tandas dan tandas tersumbat

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT


BATU 12 , JALAN CHERAS,
Tel : 0387360579
43000 KAJANG, SELANGOR, DARUL EHSAN. Fax: 0387342842
Ruj kami : SST01/08/000/ ( )
Tarikh : 6 April 2011
Kepada,
YDP PIBG ,
SK Seri Sekamat.
Melalui,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat,
Tuan
PEMOHONAN SUMBANGAN PEMASANGAN JERIJI ( GRILL ) BILIK MUZIK
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah memohon sumbangan pemasangan jerigi bilik muzik
yang baru diwujudkan .
3. Untuk makluman pihak tuan pemasangan jerigi ini perlu kerana banyak peralatan berharga
yang diletakkan dalam bilik tersebut antaranya seperti :i.
ii.
iii.
iv.

TV LCD 42
Piano
Dram bass
Alatan dikir barat dan alatan muzik yang lain

4. Selain itu juga, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah sekarang menggalakan murid-murid
tahap 1 menggunakan kemudahan bilik muzik dalam melaksanakan program pengajaran dan
pembelajaran melalui muzik.
5. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya PIBG dapatlah menyumbangkan
RM3108.00 bagi pemasangan tersebut .
Kerjasama dan sokongan pihak tuan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih
KEJUJURAN DAN KETEKUNAN
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
MOHD YUSRY BIN MUHAMAD
Pengerusi Panitia Muzik
SK Seri Sekamat

sk Guru Besar
Fail

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT


BATU 12 , JALAN CHERAS,
Tel : 0387360579
43000 KAJANG, SELANGOR, DARUL EHSAN. Fax: 0387342842

Ruj kami : SST01/08/000/( )


Tarikh : 6 Mei 2011
Kepada,
YDP PIBG ,
SK Seri Sekamat.
Melalui,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat,
Tuan,
UCAPAN TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN DAN SUMBANGAN KEWANGAN /
HAMPERS BAGI AKTIVITI-AKTIVITI PANITIA MUZIK SK SERI SEKAMAT
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Saya bagi pihak ketua Panitia Pandidikan Muzik Sekolah Kebangsaan Seri
Sekamat dengan iklas hati ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada tuan/puan kerana telah menghulurkan sumbangan kewangan/hampers
kepada pihak kami bagi menganjurkan program Bakat Muzikal dan bilik muzik.
3. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya . Selain itu juga sumbangan
ini dapat menaikkan semangat para peserta untuk mengambil bahagian dalam
pertandingan itu. Di harap pihak PIBG dapat membantu pihak kami dari masa ke
semasa.
4.
Sumbangan tuan, telah membantu pihak sekolah bagi menyediakan prasarana
sekolah untuk keselesaan murid-murid bagi menimba ilmu pengetahuan.
Keperhatinan tuan amatlah kami hargai dan berdoa agar tuan sentiasa sihat dan terus
berkhidmat kepada masyarakat setempat.
Sekian, terima kasih.
KEJUJURAN DAN KETEKUNAN
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
MOHD YUSRY BIN MUHAMAD
Pengerusi Panitia Muzik
SK Seri Sekamat

sk Guru Besar
Fail

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT


BATU 12 , JALAN CHERAS,
Tel : 0387360579
43000 KAJANG, SELANGOR, DARUL EHSAN. Fax: 0387342842

Ruj kami : BIL (2) SKSS/BKGK 2011( )


Tarikh : 6 Mei 2011
Kepada,
YDP PIBG ,
SK Seri Sekamat.
Melalui,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat,
Tuan,
JEMPUTAN KE SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
SK SERI SEKAMAT 2011

Perkara di atas adalah dirujuk,


2. Adalah dimaklumkan bahawa BKGK Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat akan
menganjurkan Sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada :
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 20 Mei 2011.
: Jumaat
: 8.00 pagi.
: SK Seri Sekamat.

3. Sehubungan dengan itu,pihak Kami berbesar hati menjemput YDP PIBG dan AJK
menghadiri program ini.Semoga dengan kehadiran YDP dan AJK dapat menyerikan lagi
program ini disamping menarik minat murid-murid untuk menyertai sambutan ini.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak PIBG dalam perkara ini didahului ucapan terima
kasih.
Sekian.
KEJUJURAN DAN KETEKUNAN
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

MOHD YUSRY BIN MUHAMAD


Pengerusi BKGK
SK Seri Sekamat
sk Guru Besar
Fail

Anda mungkin juga menyukai