Anda di halaman 1dari 2

2. Berdasarkan ST 2.5 menyelesaikan masalah kehidupan seharian secara handson.

Rancangkan satu aktiviti PDP modul bertema mengikut langkah-langkah


pendekaran inkuiri penemuan.
Berdasarkan ST2.5, tema aktiviti saya pilih untuk murid prasekolah ialah
Alam Sekitar dan subtemanya ialah kitar semula. Tempoh masa 1 jam. Melalui
aktiviti ini murid dapat membuat eksperimen tentang kitar semula bahan buangan.
Mereka akan membahagikan bahan yang boleh dikitar semula dan membuang
sampah ke dalam tong kitar semula yang sepatutnya. Sebagai contoh, membuang
surat khabar dan buku ke tong kitar semula biru. Objektifnya supaya murid dapat
membuang sampah seperti surat khabar, tin air, botol air, buku mengikut kategori.
Semasa melaksanakan aktiviti, saya akan menggunakan teknik penyoalan
sebagai set induksi saya. Saya akan mempersembahkan bahan buangan dan
menanyakan murid-murid beberapa soalan. Contohnya, murid biasa membuang
botol air ke mana?. Sebab menggunakan teknik penyoalan akan merangsangkan
pemikiran murid dan menarik minat murid untuk belajar. Set induksi kemudiannya,
guru akan membahagikan murid dalam beberapa kumpulan dan memberi bahan
buangan kepada setiap kumpulan. Murid-murid akan memerhati dan memegang
bahan tersebut. Hal ini merangsangkan deria-deria murid-murid.
Selepas itu, guru akan mengeluarkan tiga jenis tong kitar semula yang
berwarna biru, coklat, oren. Setiap tong ditamparkan gambar bahan yang boleh
dibuang ke dalamnya. Guru akan meminta setiap kumpulan untuk membahagikan
bahan buangan tersebut dan membuang ke tong kitar semula yang sepatutnya.
Dengan ini, murid akan menaakul dan meramal tentang gambar yang ditamparkan di
tong kitar semula dan cuba mengaitkan dengan bahan buang yang guru berikan.
Selepas itu, murid diminta untuk merekodkan bahan yang dibuang ke dalam tiga
jenis tong kitar semula tersebut.
Seterusnya, murid akan membuat hipotesis dengan bimbingan guru. Selepas
membuat pemerhatian terhadap eksperimen, murid sepatutnya boleh membuat
generalisasi seperti Jika saya ingin membuat botol air, saya perlu membuang ke
tong jingga. Untuk sesi penutup, guru membimbing untuk meningat semula, dan
membuat refleksi terhadap eksperimen yang telah dibuat. Guru boleh membimbing
da memberi bantuan kepada murid untuk mengaitkan pengetahuan yang dipelajari

dengan aktiviti kehidupan harian. Contohnya, buku latihan yang tidak diperlukan
tidak sepatutnya membuang terus ke tong sampah. Ia dapat dikitar semula dan
buang ke tong kitaran biru. Contoh kedua ialah tin minuman yang diminum boleh
dikitarkan ke tong kitaran jingga dan tidak seharusnya dibuang terus ke tong
sampah. Dengan ini, pengetahuan mereka boleh diperkukugkan lagi dan mencapai
objektif pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai