Anda di halaman 1dari 20

Question 2.

Introduction.
Dewasa ini, masalah pencemaran merupakan satu perkara lumrah dan telah kerap
diperkatakan dan dibincangkan. Namun penyakit ini tidak menampakkan tanda-tanda akan
sembuh. Sebagai contohnya baru-baru ini kita baru dikejutkan dengan cadangan pembinaan
kilang Nadir Bumi yang kini sudah pun ditangguhkan berikutan bantahan orang ramai.
Rakyat sudah tentu tidak mahu dibelenggu dengan pencemaran radioaktif. Tidak cukup
setakat pencemaran yang telah wujud ingin lagi ditambah dengan pencemaran radioaktif akan
memburukkan lagi keadaan seluruh persekitaran penduduk di kawasan perumahan kita.
Menurut kamus Dewan, pencemaran membawa maksud suatu perbuatan yang
mencemarkan ( mengotorkan ) atau pengotoran alam atau perbuatan mencemarkan kebersihan
alam dengan sampah sarap. Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut
akta Kualiti Alam Sekitar ( 1974 ) yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang
perubahan samada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi,
atau aras-aras radiasi mana-mana bahagiam alam sekeliling dengan melepaskan,
mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan berfaedah, yang
menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,
keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan adan haiwan.
Oleh itu, apabila kita telah memahami maksud pencemaran, maka selanjutnya akan
diterangkan pula mengenai jenis-jenis pencemaran yang akan terjadi apabila pembinaan
kilang berdekatan kawasan perumahan tetap dijalankan. Jenis-jenis pencemaran tersebut
adalah pencemaran terma, pencemaran kimia, pencemaran udara dan juga pencemaran bunyi.

Jenis-jenis pencemaran.
Pencemaran terma juga dikenali sebagai pencemaran haba. Membawa maksud
perubahan atau peningkatan suhu sungai dan udara yang berlaku khasnya akibat aktiviti
manusia. Sebagai contoh, apabila kilang ini beroperasi seringkali akan membebaskan air
panas yang telah digunakan ke dalam sungai. Keadaan ini mengakibatkan suhu air sungai
meningkat. Apabila suhu ini meningkat, ia tidak sesuai berfungsi sebagai habitat hidupan
akuatik. Perkara ini berlaku kerana kandungan oksigen berkurangan dan ini menyukarkan

hidupan akuatik untuk hidup di kawasan tersebut. Dengan itu, pendapatan penduduk yang
hidup sebagai nelayan akan terjejas dan harga ikan di pasaran akan melambung naik.
Selain dari pada mendatangkan pencemaran terma, kilang ini juga akan menimbulkan
pencemaran kimia. Pencemaran kimia bermaksud gangguan keseimbangan ekologi air, udara
mahupun tanah oleh bahan-bahan kimia baik kesan secara langsung mahupun tidak langsung
terhadap manusia haiwan dan tumbuhan. Ekologi air ini terganggu akibat pembuangan bahan
kimia dari sisa kilang ke dalam sumber air hingga mengubah kandungan, keadaan dan
warnanya samada dari segi biologi, kimi dan fizik. Keadaan ini akan member kesan kepada
kehidupan di dalam sungai seperti ikan, tumbuhan dan haiwan air yang lain yang menjadi
punca pendapatan penduduk di samping memburukkan lagi keindahan sungai.
Pembinaan kilang ini juga akan menyebabkan pencemaran udara iaitu merupakan satu
keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi
yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup
lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar
udara ialah gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon bau-bauan, logam toksik,
seperti plumbum dan tembaga. Pencemaran udara ini berpunca dari pada pelepasan asap
kotor oleh industri seperti kilang ke udara melalui cerobong asap kilang. Apabila keadaan ini
terjadi akan menjejaskan kehidupan sekitarnya.
Sebagai contoh, manusia akan terjejas melalui sistem pernafasan. Gas-gas seperti
karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah yang akan
melambatkkan tindak balas manusia dan seterusnya menyebabkan keadaan mengantuk,
penyakit lelah dan dapat mengurangkan fungsi paru-paru. Manakala tumbuhan pula akan
mengalami seperti keguguran daun, pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut. Akhir
sekali haiwan pula, akan terancam atau mati disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru
haiwan dan makanan dari sumber yang tercemar.
Pembinaan kilang ini juga akan menyebabkan pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi
terhasil daripada mesin-mesin yang digunakan dan akan mengganggu kehidupan penduduk
sekitar. Akibat daripada bunyi yang terhasil daripada kilang ini akan menyebabkan kita
sebagai penduduk sekitar mengalami pelbagai penyakit. Seperti hipertensi, kehilangan
pendengaran dan gangguan tidur.

Kesimpulan.
Oleh yang demikian saya berharap agar semua penduduk di kawasan perumahan
sekitar agar bersatu padu dan berkerjasama bagi membantah penubuhan kilang di sekitar
kawasan perumahan kita ini. Kita dapat lihat sendiri terlalu banyak kerosakan yang akan
terjadi apabila hasrat ini dilestarikan oleh pihak yang ingin mengambil keuntungan tanpa
mengira kesan jangka panjang terhadap penduduk sekitar. Dengan adanya penerangan di atas
dapat member pemahaman serba sedikit kepada penduduk sekalian tentang bahaya
penubuhan kilang ini.

RUJUKAN

Abdul

Rahman

Ramli.

Pencemaran

Retrieved

Date

17

june

2012,

from

http://www.scribd.com/abdul_ramli_15/d/62018492-Pence-Ma-Ran
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ( Akta 127 )& Peraturan-peraturan Dan perintah-perintah,
(2002).

International Law Book Services, Kuala Lumpur.

Dr K. Kumar Peiry. ( 2004 ). Pollutions and transboundary transfer of potentially hazardous


substances : concept. Retrieved date 17 June 2012, from
http://www.ecoconsult.ch/uploads/1144-IEL_Slide4_Pollution-hazwastes.pdf
Hendry C. Perkins, (1974). Air Pollution, Mc Graw Hill. New York.

Question 3

Introduction.
Plagiarising is considered a serious crime since it is actually stealing someone elses
ideas or words and claiming them to be your own. A definition of plagiarism taken from
www.plagiarism.org quoted the Merriam-Webster Online Dictionary;to plagiarise means
to steal and pass off (the ideas or words of another) as ones own. It also means use
( anothers production ) without crediting the source. To commit literary theft and to present
as new and original an idea or product derived from an existing source.
plagiarism is included in the offense of cheating and stealing as well as contrary to
basic ethics and law (Brandt,2002 ; Smith, 1999). By Christopher Ricks in British Academy
Lecturet plagiarism is an act that is considered immoral since centuries ( Goldgar 2001 ).
plagiarism is a violation of moral rights of an author. Law.com Dictionary plagiarism is
defined in the taking the writings or literary concepts (a plot, characters, words )of another
and selling and or publishing them as ones own product.
From the study Ashworth and Bannister (1997) preliminary study of students of
higher institutions found to have no detailed information on behavior which is considered
plagiarism. This causes symptoms of widespread plagiarism among students of higher
education institutions. From the findings of a study conducted a total of 4 percent to 70
percent of the students of higher education in the United States has done in the form of
academic dishonesty that many (Sierles et al.1988; Jendrek, 1992; Pavela, 1993; Mc Cabe &
Bowers, 1994).
Among the factors that motivate the students in institutions of higher learning to
commit plagiarism is due to lack of time or other busy work for students to take the easy way
to complete the assignment. Students involved with this event just want to make sure
assignments are completed and submitted to the lecturer in a timely manner. They do not
realize that their actions are against the copyright law and can be subjected to severe by the
authorities.
In addition, the attitude of some students do not want to think long and no seriousness
or desire to express their ideas and creativity has led to this act of plagiarism. The student
considers all information is at the end finger. By simply surfing the internet all the necessary
information will be displayed. These students take plagiarism assignment. Instead they should
make their people are as a reference and not to be used as private property.

In addition the student commits an act of plagiarism is not able to arrange for a good
work load. When called students in higher education should the student has learned the
regular schedule. When this exists, the student is able to find materials to complete a task. But
if otherwise, then the student will be felt burdened by the tasks given by each lecturer
different. When the load was found to be too hard on him they will take the easy way by
copying the whole work of others and make it as his task. Plagiarism activities also occur
because of feelings of depression for students to achieve a good result in an assignment.
Sense to compete is good but how to achieve a good result is not correct.

CONCLUSION
As a result of this act of plagiarism among students of the Institute of Higher
Education is rampant and if not in the dam will affect the image of these institutions.
Therefore, how to avoid these activities should be implemented. Among these ways is to use
anti-plagiarism software. With this software will be able to prevent students from continuing
to commit this act of plagiarism.

Bibliography

Elyn

Pepyanti,

( 2011 ). Plagiarisme.

Retrieved Date June 17, 2012. From

http://www.scribd.com/doc/87503765/Tug-As

Isnani A S Suryono, ( 2008 ). Plagiarisme. Retrieved Date June 17 2012. From


https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:dDukHL9VxzYJ:staff.ui.ac.id/internal/
130536781/material/PLAGIARISMEInter-LingualMA25-4-08.ppt+jenis++jenis+plagiat&
Khairina Yasin, (2009). Tindakan mahasiswa meniru idea penulisan orang lain salah, boleh
diambil tindakan tatatertib. Berita Harian ( HIP ) Isnin 25 May
What

is

plagiarism.

Retrieved

Date

June

17

http://www.plagiarism.org/plag_article_what_is_plagiarism.html

* TADIKA 3-6 TAHUN + KELAS IQRA + MUZIK + LUKISAN

QUESTION 5
TEL : 09-998877 ( TADIKA ) H/P ; 019-2345678 PN RASMAWATI
EMAIL : permatabestari@yahoo.com
* SPECIAL DAY CARE FACILITY FOR PRE SCHOOL AGED CHILDREN*

2012

from

TADIKA PERMATA BESTARI


NO 111, JLN BESTARI, TMN BESTARI
INDAH 27600 RAUB PAHANG.

Muka depan:
Tadika Permata Bestari ( seperti yang tertera di atas )

Lokasi:
No 111, Jln Bestari, Taman Bestari Indah, 27600 Raub Pahang.

Hari Persekolahan:
Isnin Jumaat

Masa : 8.00 Pagi 11.30 Pagi sesi 1


8.00 pagi 4.30 petang sesi 2 ( penjagaan harian )

Cuti : Sabtu Dan Ahad, Cuti Umum & Cuti Penggal.

Bagi ibu bapa yang meletakkan anak untuk penjagaan harian hendaklah menghantar anak
seawal pukul 7.00 pagi dan masa untuk mengambil selewat-lewatnya pukul 6.00 petang.

*Special day : 50 pendaftaran awal dikecualikan bayaran lebih masa apabila


meletakkan anak di pusat ini untuk tempoh 1 bulan.

Umur bagi memasuki tadika ini adalah:


3 tahun lahir pada 2009
4 tahun lahir pada 2008

5 tahun lahir pada 2007


6 tahun lahir pada 2006

Untuk uniform murid-murid pula:


Pelajar lelaki: baju melayu berkolar, berwarna ungu berkotak kecil.
Seluar panjang berwarna ungu.
Kopiah berwarna putih.
* persalinan : baju, seluar panjang dan tuala mandi.

Baju untuk pelajar lelaki.

Baju untuk pelajar perempuan.

Rajah menunjukkan contoh baju yang akan dipakai oleh murid.


Pelajar perempuan : Baju labuh berwarna ungu berkotak kecil
Seluar panjang berwarna ungu.

Tudung berwarna ungu.


* persalinan : baju kurung, tudung, telekung sembahyang dan tuala mandi.

Kurikulum utama Tadika Permata Bestari


Kurikulum yang kami guna adalah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK).
Akademik: Bahasa Malaysia, English, Sains, Bahasa Arab, Matematik,
Pendidikan Seni dan Jawi.
Agama dan Hafalan: Membaca Iqra, berwuduk, Solat, Bacaan dalam solat,
Surah-surah pendek, Doa-doa dan Fardu Ain.
Kemahiran diri: Membaca, menulis, mengira, mewarna, bertutur, bergaul,
membaca dan menulis jawi, bernasyid dan lain-lain.
Para pelajar juga diajar tentang doa-doa ringkas dan juga surah-surah ringkas.

Guru yang berpengalaman dan mempunyai akademik yang baik.


Pusat kami mempunyai seramai 5 orang pengajar yang berpengalaman dan
mempunyai pengetahuan yang baik mengenaik kanak-kanak tadika.
Para pengajar kami juga telah diberikan kursus yang khusus sebelum menjadi
pengajar di pusat ini.
Pengajar ini juga telah diuji dengan teliti sebelum diambil menjadi tenaga
pengajar.

Bayaran;
Bayaran yang berpatutan di kenakan kepada setiap pelajar dan mesti dibayar
minggu pertama awal bulan sehingga bulan November.
Kami juga telah menyediakan buku yang dikenakan bayaran hanya RM 70 dan
hanya di bayar pada setiap semester.

Setiap pembayaran yang dilakukan akan diberikan resit rasmi sebagai bukti
pembayaran.

Pengangkutan.
Bagi yang susah untuk mengahantar anak ke pusat ini, kami juga ada
menyediakan pengangkutan mengambil dan menghantar pulang sampai ke
pintu rumah dan hanya dikenakan bayaran lebih murah berbanding pusat
jagaan yang lain.

Polisi dan Peraturan


Pelajar dikehendaki sentiasa memakai uniform semasa hadir ke tadika.
Para ibu bapa hendaklah menghantar atau mengambil anak-anak mereka pada
masa yang ditetapkan.
Barangan hak milik pelajar hendaklah ditanda atau diletakkan nama masingmasing.
Tekad dan azam pihak TPB atau Tadika Perdana Bestari adalah berusaha
memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua pelajar mengikut lunaslunas Islam.
Pihak kami bersedia dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari semua
pihak samada dalam bentuk material, idea dan sebagainya.

BIBLIOGRAPHY.
Tadika Diyana. Retrieaved Date June 18, 2012. From
http://www.tadikadiyana.com.my/
Tadika Amal. Retrieaved Date June 18 2012. From
http://www.tadikaamal.com.my/#
Tadika Sri Perdana. Retriaved Date, Jun 19, 2012. From
http://www.tadikasriperdana.edu.my/

Question 6.
PENGENALAN
Laluan basikal memang telah lama wujud di Negara kita. Tetapi pembinaanya tidaklah
meluas. Walaupun di dapati penggunaan basikal di Negara kita amatlah menggalakkan lebihlebih lagi dengan kempen menunggang basikal pada setiap hari Ahad minggu pertama pada
setiap bulan namun masih tidak ada kemudahan lengkap yang disediakan oleh pihak berwajib
terutama sekali di kawasan perumahan. Ini kerana anak-anak sekarang ramai yang telah
berminat untuk menunggang basikal tetapi kawasan menunggang adalah terhad iaitu jalanjalan di hadapan rumah masing-masing. Keadaan ini boleh mengundang bahaya kepada
kanak-kanak yang menunggang basikal.
Selain dari pada menunggang basikal ini dijadikan sebagai hobi masa lapang kanakkanak dan orang dewasa, aktiviti ini juga merupakan salah satu pengangkutan kepada kanakkanak yang ingin pergi ke sekolah terutamanya kepada kanak-kanak yang tinggal dekat
kawasan sekolah. Oleh itu mereka lebih berminat untuk menunggang basikal.
KENYATAAN MASALAH
Basikal merupakan salah satu jenis kenderaan bukan sahaja kepada kanak-kanak,
tetapi juga telah meluas penggunaanya kepada orang dewasa. Penggunaan basikal ini
terutamanya kepada kanak-kanak adalah untuk riadah ataupun ke sekolah pada setiap hari.
Oleh kerana penggunaanya yang maksimum, telah mendatangkan masalah kepada kanakkanak yang menggunakannya. Pertama sekali iaitu keselamatan kanak-kanak tidak terjamin
apabila menunggang kerana tidak ada satu laluan khusus kepada kanak-kanak yang ingin
menunggang basikal di kawasan perumahan mereka.
Selain dari pada itu, masalah yang timbul juga iaitu kesesakan jalan di kawasan
perumahan iaitu terutama pada waktu-waktu puncak iaitu apabila pengguna pulang daripada
kerja. Iaitu antara pukul 5 petang hingga pukul 6 petang. Bas sekolah yang melalui taman
perumahan juga menjadi salah satu punca kepada pengguna basikal. Masalah ini menjadi
punca kebimbangan ibu bapa di kawasan perumahan. Rungutan mengenai hal ini banyak di

dengari namun satu perancangan yang teratur yang menjamin keselesaan penunggang basikal
terutama di kawasan perumahan belum lagi dijalankan dengan tegasnya.

Punca yang ketiga ialah berlakunya kesesakan jalan raya di taman perumahan. Ini
kerana kanak-kanak bermain basikal secara beramai-ramai manakala seperti yang kita sedia
maklum, jalan taman kadangkala hanya cukup untuk sebuah kereta. Apabila keadaan ini
terjadi, maka kenderaan tersebut terpaksa memperlahankan kenderaan kadangkala terpaksa
memberhentikan kenderaan. Ini akan bertambah buruk apabila terdapat banyak kenderaan
yang hendak melalui jalan tersebut. Ini akan menyumbang kepada berlakunya kesesakan jalan
di taman tersebut. Masalah seterusnya ialah keadaan akan mengganggu pengguna kenderaan
lain. Ini kerana jika pengguna tersebut mengalami kecemasan dan terpaksa bergegas sudah
tentu akan mengganggu pengguna kenderaan tersebut.

OBJEKTIF
Objektif yang digunakan adalah seperti berikut:

Mencadangkan laluan basikal yang sempurna dari segi perancangan keselamatan dan
keselesaan di dalam kawasan perumahan untuk kegunaan orang awam khasnya
penduduk di kawasan taman.

BIDANG KAJIAN
Kajian yang akan dijalankan adalah mengikut tajuknya adalah kajian lorong basikal
untuk kanak-kanak di kawasan perumahan. Berdasarkan itu, kajian akan tertumpu kepada
kanak-kanak di kawasan perumahan yang terpilih sahaja. Kanak-kanak yang menunggang
basikal akan diambil sebagai sampel untuk kajian. Kajian ini terhad kepada perancangan
sistem laluan persekitaran yang menjadi tempat bermain kanak-kanak pada waktu petang.
Pengkajian seterusnya terhad kepada penyelesaian masalah yang timbul ketika kanak-kanak
menunggang basikal pada waktu petang da cadangan-cadangan akan dikemukakan sebagai
penyelesaian masalah.

KAEDAH KAJIAN
Kaji selidik akan dijalankan dengan menyebarkan kertas-kertas soal selidik untuk dijawab
oleh kanak-kanak yang menunggang basikal dan soalan yang dikemukakan adalah berlainan.
Teknik yang diambil dalam menjalankan kaji selidik adalah teknik destination-based yang
mana responden di temui di tempat permainan.

Analisa Kaji selidik.


Masalah yang didapati akan diproses dan dianalisa mengikut setiap soalan yang
dikemukakan.Penggunaan teknik adalah bergantung kepada jenis maklumat yang di dapati.
Keputusan dari penganalisaan akan menghasilkan potensi dan masalah. Potensi akan
menunjukkan bahawa kajian boleh diadakan tetapi masalah yang didapati harus diselesaikan
terlebih dahulu.

Kesimpulan.
Diharapkan dengan adanya kajian ini akan dapat diambil tindakan oleh pemaju
perumahan kawasan tersebut dan akan diajukan kepada pihak berkuasa tempatan agar dapat
menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk di kawasan perumahan. Diharap juga
pihak berkenaan agar dapat meneliti sedalam-dalamnya mengenai kertas cadangan ini untuk
kebaikan semua pihak agar tidak terjadi kejadian yang tidak diingini. Bukan menunggu
kejadian berlaku barulah diambil tindakan tetapi keadaan yang sebaliknya.

Bibliography
DBKU mahu perkenal lorong khas basikal (2012 ). Retrieved June 27, 2012. From
http://sarawak.home.net.my/news/kuching-selatan/general/dbku-mahuperkenal-lorong-

khas-basikal

Roosmalawati Rusman, ( 2003 ). Bagaimana menulis proposal yang baik. Retrieaved date
June 20, 2012. From https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:KwwcMhsFBAJ:ppm.te.ugm.ac.id/web/wpcontent/uploads/presentation_roosmalawati.pdf+contoh+proposal&hl=en&gl=m
y&pid=bl&s rcid=ADGEESjEZHM2eD0GS9Gd-7k-Vgeg2Rl3rwZLr1K6K_VNunMISKiS3NoIeoGOurC3zFXj73229BRGBjwHw_iJh7ZWUQW_9
mWDZeG
eOHLwxhyZRop2O6uGREi32VHDM5UO32eG2gUh9Lo&sig=AHIEtbSx3liPVH3fm1LYb6FTJgxA7TYDA

Question 7

Lesen memandu merupakan dokumen rasmi yang memberi kebenaran kepada


seseorang

individu untuk mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor seperti kereta,

motosikal, lori atau bas. Peraturan perlesenan memandu adalah berbeza mengikut negara.
Terdapat negara

yang mewajibkan pemandu untuk lulus ujian memandu sebelum mula

memandu. Terdapat beberapa jenis lesen memandu utama di Malaysia iaitu Lesen Memandu
Pelajar ( LDL ), Lesen Memandu Percubaan ( PDL ), Lesen Memandu Kompeten ( CDL ),
Lesen Memandu Vokasional ( VDL ) dan Permit Memandu Antarabangsa ( IDP ). Oleh yang
demikian penerangan di bawah akan menjelaskan tentang prosedur untuk mendapatkan lesen
memandu di Malaysia.
Langkah yang pertama ialah hendaklah memastikan jenis lesen yang mahu diambil.
Sebelum mendaftar dengan sekolah memandu, pastikan dahulu umur telah mencapai had
kelayakan untuk mengambil lesen atau belum. Had umur untuk mengambil lesen motosikal
ialah 16 tahun manakala kereta ialah 17 tahun.
Langkah yang kedua iaitu proses pendaftaran dengan sekolah memandu. Boleh
pergi ke mana-mana sekolah memandu yang disukai. Semasa proses ini, boleh berbincang
mengenai harga, kemudahan pengangkutan, jumlah jam belajar dan sebagainya yang
ditawarkan oleh institut berkenaan. Jika semua kemusykilan telah terjawab dan berpuas hati
maka boleh terus mendaftar di sekolah memandu tersebut denga menyerahkan salinan
MyKad, gambar 2 keping dan bayaran deposit. Pastikan resit pembayaran diterima.
Seterusnya, ialah menghadiri kursus K.P.P ataupun dikenali sebagai Kurikulum
Pendidikan Pemandu. Kursus ini sebagai persediaan untuk ujian undang-undang berkomputer.
Kursus ini wajib dihadiri selama 5 jam sahaja dan kebiasaanya semasa menghadiri kursus ini
perlu berpakaian kemas seperti baju berkolar, seluar panjang dan kasut. Sijil K.P.P ini sah
laku selama 1 tahun.
Selepas 7 hari

menghadiri kursus KPP ini, seterusnya boleh mengambil ujian

undang-undang berkomputer di pusat ujian berdekatan dengan tempat tinggal masing-

masing. Markah lulus adalah 42/50. Jika gagal perlu mendudukinya semula sehingga lulus
bagi melayakkan anda menduduki kelas Pra L. Selepas lulus, akan diberikan sijil dan sah laku
selama 1 tahun.
Kemudian, anda akan dikehendaki menghadiri kursus Pra L iaitu teori selama 3 jam
dan amali selama 3 jam. Kehadiran ke kursus ini bagi membolehkan anda mendapatkan sijil
JPJL2B. Dengan ini akan mendapat lesen kira-kira seminggu selepas tarikh anda menghadiri
kursus ini.
Selepas mendapat lesen L, anda bolehlah belajar memandu dengan bantuan pengajar
yang bertauliah di pusat latihan memandu. Pada kebiasaanya anda akan belajar selama 4 atau
5 kali sebelum pra atau Q.T.I. Anda juga akan diajar bagaimana cara untuk memandu atas
bukit, cara untuk meletak kereta dan pusingan tiga penjuru. Apabila tenaga pengajar telah
berpuas hati dengan tahap pemanduan anda, maka anda boleh mengambil ujian Q.T.I. Ujian
ini dijalankan sebelum anda pergi ke ujian praktikal JPJ yang sebenar. Pengajar anda akan
mengatur anda di uji oleh pegawai institut.
Apabila anda telah lulus di dalam ujian Q.T.I tersebut maka anda boleh mengambil
ujian praktikal JPJ yang sebenar. Anda akan menghadapi 2 peringkat ujian. Bahagian
pertama ialah naik bukit, meletak kereta secara undur tepi, dan pusingan tiga penjuru.
Bahagian kedua ialah jalan raya. Sekiranya berjaya dalam dua ujian tersebut, anda sudah
boleh ditawarkan lesen memandu kelas D. Pegawai JPJ akan memberikan anda kad biru dan
anda hendaklah menyerahkan butir-butir seperti 2 keping gambar warna, 1 keping salinan
MyKad, keputusan komputer dan bayaran RM60 untuk lesen. Setelah itu pengusaha sekolah
memandu memerlukan 2 hingga 3 hari untuk mengeluarkan lesen P anda.

PENUTUP.
Kesimpulannya, memiliki lesen memandu pada zaman sekarang amatlah mudah dan
tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Lesen memandu pada masa
ini adalah menjadi satu keperluan. Anda bolehlah mengikuti langkah-langkah di atas apabila
hendak mengambil lesen memandu anda pada masa akan datang.

BIBLIOGRAFI
Prosedur Untuk Mendapatkan Lesen Memandu, (2011). Retrieved June 27th 2012. From
http://www.lesenmemandu.com/tag/cara-dapatkan-lesen-memandu/
Lesen

Memandu

di

Malaysia

(n.d

Retrieved

June

27th

2012.

From

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/220-perlesenan-dan-undangundang/6277-lesen-memandu-di-malaysia.html

Anda mungkin juga menyukai