Anda di halaman 1dari 2

Berdengkur

Bagi individu yang sering berdengkur semasa tidur ia diibaratkan seperti mengadakan konsert
dengan nyanyian sumbang yang menganggu tidur orang lain, itulah kata-kata nakal sambil
bergurau yang sering digunapakai bagi mereka terganggu dek dengkuran tersebut
Persoalannya, adakah anda sering mengalami dengkuran ketika tidur pada waktu malam? Keadaan
tersebut menyebabkan waktu tidur terganggu akibat selalu terjaga secara mengejut dan kadangkadang mengalami sesak nafas
Tambahan, situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada anda, malahan ahli keluarga
terdekat juga turut terganggu dengan bunyi dengkuran tersebut kerana bunyinya yang kuat dan
adakalanya membingitkan telinga yang mendengar
Jika anda sedang mengalami situasi seperti di atas kemungkinan anda mengalami Obstructive
Sleep Apne (OSA)

Bagi kanak-kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan
adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung)

Berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah ini tidak mengetahui
mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk
merawatnya
Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke
bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu
menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat
Bagaimanapun, masalah tidur berdengkur tidak seharusnya dipandang ringan kerana jika
berlarutan, ia petanda seseorang itu terdedah penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung
dan diabetes
PUNCA PENYEBAB TIDUR BERDENGKUR
1. Alahan
2. Tulang hidung yang bengkok
3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak
4. Obes
5. Alkohol
6. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur
7. Kedudukan tidur yang terlentang
8. Tonsil yang bengkak
KESAN TIDUR BERDENGKUR
Individu tidur berdengkur boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala,
keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang
daya ingatan
Paling membahayakan sekiranya mereka senang tertidur semasa memandu terutama ketika
perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik

CARA MENCEGAH TIDUR DARI BERDENGKUR


1. Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan
2. Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur
3. Memilih posisi tidur secara mengiring
4. Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari
5. Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit
6. Berhenti merokok

Kebiasaannya, mereka yang mengalami gangguan tidur berdengkur ini juga adalah dalam kalangan
pekerja yang bekerja secara shif, gemar menonton television sehingga lewat malam, kesan
pengambilan dan ketagihan ubat-ubatan

Pautan sumber : http://www.mysumber.com/bahaya-tidur-berdengkur-dan-caramencegah.html#ixzz3NXQSBD2K

Anda mungkin juga menyukai