Anda di halaman 1dari 1

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak
disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika
ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!
Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan
mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang
itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung! Jerung! Namun
Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikanikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada
suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti
biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari
kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu
lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia
menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini
mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung
itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung
itu.