Anda di halaman 1dari 145

MUSTIKA HADIS

JILID PERTAMA

BAB PERTAMA
BERIMAN KEPADA ALLAH TA'ALA

Fasal Pertama:
Mengenal Allah dan MengEsakan-Nya

Firman Allah Taala, ertinya: Demi sesungguhnya Tuhan kamu hanya satu." (4, Surah as-Saaffaat).

Sifat-sifat Ketuhanan:

" .. dan tidak ada yang bersifat ketuhanan(1) melainkan Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaan-Nya
segala-galanya." (65, Surah Sad).

Ilmu Dan Martabat-martabatnya:

"Maka hendaklah engkau berusaha mendapat ilmu(2) yang meyakinkanmu: "Bahawa tidak ada yang bersifat
ketuhanan melainkan Allah (19, Surah Muhammad).

" .. (kerana) sesungguhnya sangkaan (zan) tak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari
kebenaran (i'tiqad) (36, Surah Yunus).

____________________________

(1) Yang bersifat ketuhanan ialah yang terhimpun padanya dua sifat yang menjadi sebagai ibu bagi segala sifat kesempurnaan Tuhan iaitu:

Pertama - terkayanya daripada segala yang lain. tidak berhajat kepada sesuatu apapun dan

Kedua - menjadi tumpuan bagi sekalian makhluk. Yakni ia sentiasa dituju dan dihajati oleh tiap-tiap yang lain untuk memohon - sama ada dengan
tutur kata atau dengan keadaan semula jadi ataupun dengan persediaan yang azali - akan segala keperluan dan kesempurnaan masing-masing

(2) Sayugia diketahui bahawa:

(a) Pendapat yang terbukti kepastian tepatnya dengan hakikat yang sebenar dinamakan ilmu.

(b) Pendapat yang buktinya memberikan kuat anggapan tepatnya dengan hakikat yang sebenar dinamakan: Zan.

(c) Pendapat yang buktinya memberikan hanya sangkaan yang lemah tentang tepatnya dengan hakikat yang sebenar dinamakan: Waham.

(d) Pendapat yang buktinya tidak memberi ketetapan adakah tepat atau tidaknya. dinamakan: Syak.
(e) Pendapat yang terbukti tidak tepatnya dengan hakikat yang sebenar dinamakan: "Jahl" (kejahilan) dan orang yang berpendapat demikian
dinamakan "jahil" atau orang yang tidak berpengetahuan.

Pendapat yang pertama: Dituntut untuk akidah kepercayaan dan juga untuk hukum-hakam sedapat-dapatnya; dan pendapat yang kedua sah dipakai
hanya bagi menentukan hukum hakam, tidak untuk akidah kepercayaan.

Ada pun pendapat yang ketiga; tidak harus dipakai untuk apa-apa pun, lebih-lebih lagi yang keempat.

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم لِ ُم َعا ِذ ب ِْن‬


‫صلﱠى ﱠ‬
َ ‫ﷲ‬ ِ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫س َر‬ ٍ ‫ ع َْن أَبِي َم ْعبَ ٍد ع َْن اب ِْن َعبﱠا‬-1
‫ب فَإِ َذا ِج ْئتَھُ ْم فَا ْد ُعھُ ْم إِلَى أَ ْن يَ ْشھَ ُدوا أَ ْن َال إِلَهَ إِ ﱠال ﱠ‬
ُ‫ﷲ‬ ْ
ٍ ‫َجبَ ٍل ِحينَ بَ َعثَهُ إِلَى ْاليَ َم ِن إِنﱠكَ َستَأتِي قَوْ ًما أَ ْھ َل ِكتَا‬
.ِ‫ﷲ‬‫َوأَ ﱠن ُم َح ﱠمدًا َرسُو ُل ﱠ‬

1- Dari Abu Ma'bad dari Ibn Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Mu'az bin Jabal ketika Baginda
s.a.w mengutusnya ke negeri Yaman ".. Sebenarnya engkau akan sampai kepada suatu kaum: Ahli kitab, kemudian
apabila engkau menemui mereka, maka serukanlah supaya mereka meyakini bahawa sesungguhnya tiada
Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah ."

‫َوفِي ِر َوايَ ٍة ) فَ ْليَ ُك ْن أَ ﱠو َل َما تَ ْد ُعوھُ ْم إِلَى أَ ْن يُ َو ﱢح ُدوا ﱠ‬


( ‫ﷲَ تَ َعالَى‬
Menurut satu riwayat yang lain (Baginda s.a.w. bersabda): ..."Maka hendaklah dakwah yang mula-mula engkau
kemukakan kepada mereka ialah supaya mereka mengakui keEsaan Allah Taala..."

‫َوفِي ِر َوايَ ٍة ) فَ ْليَ ُك ْن أَ ﱠو َل َما تَ ْد ُعوھُ ْم إِلَ ْي ِه ِعبَا َدةُ ﱠ‬


( ِ‫ﷲ‬
Dan pada satu riwayat pula, (Baginda s.a.w. bersabda) "...Maka hendaklah perkara yang mula-mula sekali engkau
mengajak mereka kepadanya ialah (tunjang atau asas) ibadat kepada Allah. .."

(‫)البخاري ومسلم‬

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang pertama ini mengandungi tentang:

(1) Islam berkembang dengan jalan dakwah.

(2) Pemilihan Baginda s.a.w. tentang orang-orang yang ditugaskan berdakwah.

(3) Dakwah Islamiah wajib disampaikan kepada umat manusia termasuk kaum Yahudi dan Nasrani.

(4) Asas agama ialah Ma'rifat Allah.

Huraiannya:

(1) Islam berkembang dengan jalan dakwah.

Islam - sebagaimana yang sedia maklum - adalah agama yang berasaskan i'tiqad atau kepercayaan mengenal
perkara-perkara yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya, yang wajib dipegang teguh oleh setiap penganutnya.
Untuk meresapkan sesuatu kepercayaan ke dalam hati, tak dapat tidak berkehendakkan kebijaksanaan dan cara yang
sebaik-baiknya dalam masa menjalankan dakwah dengan memberi penerangan yang jelas dan berkesan,
sesuai dengan keadaan zaman dan keadaan orang-orang yang ditujukan dakwah Islamiah itu kepadanya.

Aqidah kepercayaan tidak akan dapat dimasukkan ke dalam jiwa seseorang dengan jalan kekerasan atau
paksaan dan Islam tidak dikira sah jika seseorang itu pura-pura Islam pada zahirnya sedang hatinya kosong dari
aqidah kepercayaan yang diakui dan diyakininya.

Dengan itu nyatalah tidak benarnya orang-orang yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah
menyebarkan Islam dengan pedang kerana kuasa pedang tidak dapat memasukkan kepercayaan ke dalam hati
seseorang. Peperangan Jihad yang pernah dilancarkan oleh Baginda s.a.w. adalah untuk membela Islam dan
umat Islam dari pencerobohan musuh.

(2) Pemilihan Baginda s.a.w. tentang orang-orang yang ditugaskan berdakwah.

Dakwah adalah satu tugas yang penting dalam Islam kerana kepadanyalah bergantung maju mundurnya
perkembangan Islam. Oleh itu maka pihak yang berkuasa bertanggungjawab melantik orang-orang yang layak
menjayakannya.

Rasulullah s.a.w. telah melantik orang-orang yang menjalankan tugas ini dari kalangan guru-guru agama, pegawai-
pegawai daerah dan lain-lainnya. Di antaranya ialah Mu'az bin Jabal yang tersebut perihalnya dalam hadis ini.

Mu'az diutuskan oleh Baginda s.a.w. ke negeri Yaman pada tahun yang kesepuluh hijrah - sebelum daripada Baginda
berangkat ke Mekah untuk menunaikan "Haji Wadaa".

Mu'az dipilih oleh Baginda s.a.w. menjalankan tugas dakwah Islamiah di negeri Yaman bukan sahaja kerana
kelayakannya sebagai seorang ahli agama yang pengetahuannya mendalam tentang Islam tetapi juga kerana ia
berasal dari Yaman yang mengetahui selok belok negeri itu dan tabiat serta adat resam penduduknya.

Mu'az ditugaskan menjalankan dakwah kepada sekalian penduduk daerah Yaman yang masih belum Islam dan oleh
kerana di antaranya golongan ahli kitab (kaum Yahudi) yang pada umumnya berilmu pengetahuan, maka Baginda
s.a.w. mengingatkan Mu'az supaya ia bersedia menghadapi mereka dengan cara yang lain dari cara menghadapi
orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan.

(3) Dakwah Islamlah wajib disampaikan kepada umat manusia termasuk kaum Yahudi dan Nasrani.

Nabi Muhammad s.a.w. diutus oleh Allah Taala kepada umat manusia seluruhnya. Tiap-tiap seorang yang hidup
dalam zaman Baginda s.a.w. atau yang datang kemudian, sama ada ia Yahudi, atau Nasrani, atau penyembah
berhala atau lain-lainnya, wajib beriman kepada Baginda s.a.w. dan menerima agama Islam yang dibawanya.

Tiap-tiap seseorang tidak sah imannya kepada Allah Taala selagi ia tidak beriman kepada sekalian Rasul-Nya - mulai
dari Nabi Adam hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Kaum Yahudi dan Nasrani yang dipanggil dengan nama "Ahli Kitab" (pengikut kitab-kitab Taurat dan Injil), bukan
sahaja telah mengubah dan merosakkan ajaran kitab-kitab mereka tetapi telah menyeleweng dari i'tiqad Tauhid yang
sebenar.

Mereka mendakwa bahawa mereka beribadat kepada. Allah Taala, tetapi "Allah" menurut fahaman mereka yang telah
rosak itu hanyalah nama sahaja bukanlah Allah yang bersifat dengan sifat-sifat yang diterangkan oleh Allah sendiri di
dalam al-Qur'an dan diterangkan oleh rasul-Nya. Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu.

(4) Asas agama ialah Ma'rifat Allah.


Islam ialah agama ciptaan Allah yang diturunkan melalui Rasul-rasulnya yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.
untuk keselamatan dan kebahagiaan umat manusia di dunia dan di akhirat.

Dalam agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w terkandung hukum-hukum dan amalan-amalan meliputi
segala bidang hidup, dari perkara yang sebesar-besarnya hingga kepada yang sekecil-kecilnya dan semuanya itu
bergantung kepada satu asas yang penting - "Marifat Allah", iaitu mengenal Allah Subhanahuwataala dan
mengakui keEsaanNya.

Hakikat ini telah disimpulkan oleh ulama Tauhid dalam kalimah "Awalud Din Ma'rifat Allah" (asas agama ialah
mengenal Allah), iaitu intisari dari maksud hadis yang kami sebutkan dalam bab ini.

Jelasnya, sebagaimana sesebuah bangunan bergantung kepada asasnya tentang teguh kukuh atau tidaknya, maka
demikianlah pula halnya "Ma'rifat Allah" itu, tiap-tiap seorang wajib memahaminya supaya meresap dan sebati dalam
jiwanya sehingga menjadi satu keyakinan yang dapat mempengaruhi seluruh perasaan dan gerak langkahnya untuk
memikul tanggungjawab menjalankan hukum-hukum Islam dan amalannya.

Sekiranya asas Ma'rifat ini tidak kukuh dan hanya dalam peringkat sangkaan semata-mata, maka inilah sebabnya
seseorang itu tidak merasa bertanggungjawab dalam menjalankan hukum-hukum dan amalan yang tersebut dengan
sepenuhnya.

Ma'rifat Allah wajib pada syarak dan juga wajib pada akal.

Tiap-tiap seorang manusia apakala ia lahir ke alam wujud ini, ia akan dapat menerima berbagai-bagai nikmat yang
tidak terhitung.

Di antaranya ialah tubuh badannya dilengkapkan dengan nikmat-nikmat yang tidak ternilai seperti mata, telinga dan
lain-lainnya yang tidak dapat diberi oleh sesiapa pun dari kalangan manusia sendiri atau makhluk-makhluk yang lain

Maka tidaklah patut bagi orang yang menerima nikmat itu kalau ia tidak mahu mengenal siapakah pemberinya dan
tidak mahu bersyukur akan pemberian yang sangat-sangat berharga itu.

Sikap yang demikian, tak dapat disangkal lagi tentang tidak patutnya kalau difikirkan oleh orang-orang yang
berakal siuman yang menggunakan akalnya dengan jujur. Lebih-lebih lagi tidak patut kalau orang itu menggunakan
nikmat pada bukan tempatnya dan ia pula menentang serta menderhaka kepada yang melimpahkan nikmat itu
kepadanya. Kerana sikap yang demikian menggambarkan ketiadaan peri kemanusiaan.

Allah Taala Yang Maha Pemurah, lagi Amat Mengasihani, yang melimpahkan nikmat-nikmat-Nya yang tidak terhitung
kepada sekalian makhluk, telah mengingatkan manusia supaya mengenal-Nya dan mengakui keEsaanNya, dengan
firmanNya : ‫ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ ﹺﺇﻟﱠﺎ ﹺﺇﹶﻟ َﻪ ﻟﹶﺎ ﹶﺃﻧﱠ ُﻪ ﻓﹶﺎ ْﻋﹶﻠ ْﻢ‬yang maksudnya memerintahkan manusia supaya masing-masing berusaha
mencari jalan mengenal-Nya dengan sepenuh-penuh yakin, kerana Dialah Pencipta manusia dan alam seluruhnya,
dan Dialah juga yang mengurniakan segala nikmat yang mereka gunakan dalam alam kehidupan ini.

Dengan ini jelaslah bahawa "Ma'rifat Allah" (mengenal Allah) itu hukumnya wajib pada syarak sebagaimana yang
diperintahkan oleh Allah Taala dan juga diakui wajibnya oleh akal yang siuman.

Sesiapa yang tidak mahu mengambil berat mengenal Allah, sedang ia sentiasa menggunakan nikmat-
nikmat pemberian-Nya maka sikapnya yang demikian adalah bertentangan dengan "Fitrah insaniah" (keaslian
perikemanusiaannya) dan melanggar perintah Allah Taala serta mencuaikan kegunaan akalnya sendiri.

Jalan yang menyampaikan kepada ma'rifat.


Cara mengenal sesuatu sudah tentu dengan jalan mengenal sifat-sifatNya. Maka demikianlah pula cara mengenal
Allah Taala, yang wajib al Wujud, tak dapat tidak dengan jalan mengenal sifat-sifat-Nya. Tetapi sifat-sifat Allah Yang
Maha Tinggi dan Maha Kuasa itu tidak dapat dicapai dengan pancaindera, hanya dapat diyakini dari kesan sifat-
sifatnya yang ternyata pada kejadian-kejadian alam yang diciptakan-Nya.

Meskipun manusia dilengkapkan dengan akal untuk memikir dan menimbang apa yang diperhati dan ditelitinya dari
kejadian-kejadian alam yang tercipta dengan indah dan teratur, bahkan manusia disuruh berbuat demikian untuk
kebaikan dan keselamatan dirinya di dunia dan di akhirat, tetapi akal manusia itu adalah terbatas setakat perkara-
perkara dan benda-benda yang ada dalam alam nyata yang dapat dicapai oleh pancaindera dan alat-alatnya sahaja.
Maka dengan keadaannya yang demikian, sudah tentu ia tidak dapat memikirkan sama sekali tentang zat Allah Taala
yang bukannya dari jenis-jenis benda dan tidak ada sesuatu pun yang menyamaiNya.

Oleh sebab itulah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutus oleh Allah Taala untuk memimpin umat manusia
ke jalan yang benar, telah menerangkan tentang cara menggunakan fikiran untuk "mengenal Allah" dalam beberapa
hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang sahabat Baginda s.a.w. iaitu Ibn Abbas, Abu Zar dan Ibn Umar r.a.

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل "تَفَ ﱠكرُوا فِي ُك ﱢل َش ْي ٍء َو َال‬


‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ ‫ ع َِن النﱠبِ ﱢي‬، ‫ﷲُ َع ْنھُ َما‬ ِ ‫س َر‬ ٍ ‫ ع َْن اب ِْن َعبﱠا‬-2
( ‫ ) أبو الشيخ‬."… ِ‫ت ﷲ‬ ‫ﱠ‬ ِ ‫تَفَ ﱠكرُوا فِي َذا‬
2- Dari Ibn Abbas r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah), tetapi
janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah. ..."

(Abu al-Sheikh)

‫ﷲِ َو َال تَفَ ﱠكرُوا‬ ِ ‫ "تَفَ ﱠكرُوا فِي َخ ْل‬:‫ قَا َل‬، ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬
‫ق ﱠ‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ِ ‫ َر‬، ‫ ع َْن أَبِي َذرﱟ‬-3
‫ض َي ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنهُ ع َِن النﱠبِ ﱢي‬
( ‫ ) أبو الشيخ‬."‫ﷲِ فَتَ ْھلِ ُكوا‬ ‫فِي ﱠ‬

3- Dari Abu Zar, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah dan janganlah kamu
memikirkan tentang zat Allah, kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan)."

(Abu al-Sheikh)

‫ال "تَفَ ﱠكرُوا فِي َآال ِء ﱠ‬


‫ َو َال‬، ِ‫ﷲ‬ َ َ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم ق‬
‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما ع َِن النﱠبِ ﱢي‬ ِ ‫ ع َِن اب ِْن ُع َم َر َر‬-4
( ‫ ) أبو الشيخ والطبراني‬."‫ﷲ‬ ِ ‫تَفَ ﱠكرُوا فِي ﱠ‬
4- Dari Ibn Umar r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala nikmat Allah dan pemberian-Nya dan
janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah. "

(Abu al-Sheikh dan al-Tabarani)

Hadis-hadis itu meskipun berlainan sedikit di antara satu dengan yang lain tentang lafaznya, tetapi sama sahaja
maksudnya, iaitu menyuruh tiap-tiap orang memikirkan segala kejadian dalam alam yang telah diciptakan oleh
Allah Taala dan pelbagai jenis nikmat yang telah dikurniakan-Nya. Serentak dengan itu Baginda s.a.w.
melarang keras daripada memikirkan tentang "Zat Allah" kerana yang demikian bukan sahaja tidak dapat dicapai oleh
akal fikiran bahkan akan menjerumuskan orang yang melakukannya dalam kesesatan. Demikian maksud hadis-hadis
itu.
Soal ini jelas sekali kerana Zat Allah Taala adalah Zat Yang Maha Tinggi, tidak dapat diketahui hakikatnya oleh akal
yang memang terbatas kemampuannya. Oleh itu, hal ini tidak menjadi masalah dan tidak patut dijadikan satu perkara
yang dimusykilkan.

Kerana soal kita tidak mengetahui hakikat sesuatu, tidak menjadi hal, asalkan kita dapat mengetahui sifat-sifatnya dan
faedah-faedah yang didapati daripadanya sesuai dengan keperluan kita.

Misalnya: Tenaga elektrik dan besi berani yang kita sentiasa menggunakannya dan mengambil faedah daripadanya,
tidak diketahui hakikatnya dan ahli sains sendiri tidak juga mengetahuinya dan tidak pernah mereka menjelaskan
hakikatnya kepada kita.

Maka bagaimana seseorang hendak mengetahui hakikat Zat Allah Yang Maha Tinggi yang tidak ada sesuatu pun
yang menyamai-Nya? Sedang banyak di antara benda-benda yang diciptakan-Nya - yang ada di sekeliling kita - tidak
juga diketahui hakikatnya oleh akal kita.

Sekiranya seseorang itu cuba juga memikirkan tentang hakikat Zat Allah yang tidak ada tara-Nya itu, sudah tentu
fikirannya memberi satu gambaran yang tidak benar dan tidak tepat dengan hakikat-Nya yang sebenar dan ini adalah
buruk padahnya - sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis yang tersebut - kerana
orang itu telah menggunakan akalnya pada bukan tempatnya.

Dalam pada itu, akal dapat memberi keyakinan tentang wujudnya Allah Taala dan tentang sebahagian dari sifat-
sifat kesempurnaan-Nya, apabila dibuktikan oleh dalil-dalil akal yang jelas nyata; manakala sebahagian lagi dari sifat-
sifat kesempurnaan-Nya dapat diterima dari al-Qur'an atau hadis yang

"Mutawatir"

Dalil akal yang membuktikan wujudnya Allah Taala.

Di antara dalil-dalil akal yang membuktikan wujud-Nya Allah Taala dan ketinggian martabat wujud-Nya ialah: bahawa
segala yang ada ini - selain dari Allah - adalah wujudnya baharu: dari tiada kepada ada. Hal ini diakui kebenarannya
oleh akal dan juga oleh kenyataan-kenyataan yang lahir.

Jelasnya tiap-tiap apa jua yang sah pada akal wujudnya, terbahagi kepada dua martabat:

Pertama sesuatu yang wujudnya "Wajib ada" (wajib al wujud), yakni wujudnya itu memang hakikat zatnya, bukan
disebabkan oleh yang lain.

Kedua - sesuatu yang wujudnya "Mungkin ada" (Mumkinal wujud), yakni yang wujudnya berpunca dari yang lain,
sedang hakikatnya mungkin ada dan mungkin tiada.

Apabila telah sabit, bahawa wujud martabat yang kedua ini baharu: Dari tiada kepada ada, dan wujudnya itu
disebabkan oleh yang lain, maka sudah tentu ada penciptanya yang maha tinggi martabat wujudnya, iaitu zat yang
wajib al wujud; dan sudah tentu pula bahawa tiap-tiap yang baharu wujudnya sentiasa berhajat kepada
pemberi wujudnya itu dalam setiap saat, kerana sifat berhajatnya itu adalah suatu sifat yang tak dapat dipisahkan dari
hakikatnya.

Tegasnya sebagaimana tiap-tiap yang baharu itu berhajat kepada pemberi wujudnya dari tiada kepada ada, ia juga
berhajat kepada pemberi wujudnya itu untuk mendapat bantuan bagi meneruskan wujudnya.

Dengan itu nyatalah bahawa hakikat sesuatu yang mungkin wujudnya tak dapat sama sekali - dengan hakikatnya itu -
memberi atau menerbitkan sebarang kesan pun dan juga tak dapat menerima wujudnya dari sesuatu yang sama
dengannya tentang keadaan mungkin wujudnya.
Dengan demikian, sudah tentu punca bagi menerbitkan sebarang kesan dan mengadakan segala yang ada hanyalah
Zat Allah s.w.t. yang wajib al-wujud.

Apabila kita memahami akan hakikat wajib al-wujud maka sudah tentu kita dapat meyakini bahawa wujudnya itu
adalah wujud hakiki, tidak berpermulaan dan tidak berkesudahan serta tidak ada sesuatu pun yang menyamai-Nya.

Dalil akal yang membuktikan sifat-sifat kesempurnaan Allah Taala.

Di antara dalil-dalil akal yang membuktikan sebahagian dari sifat-sifat kesempurnaan Allah Taala ialah apabila kita
melihat sebuah lukisan yang menarik perhatian, sudah tentu kita faham dan percaya bahawa lukisan itu ada
pelukisnya, serta kita yakini bahawa pelukisnya itu mempunyai ilmu pengetahuan tentang peraturan dan kaedah-
kaedah melukis, mempunyai kemahuan untuk menentukan gambaran-gambaran, gaya, bentuk dan kadar besar
kecilnya lukisan itu dan mempunyai daya dan kuasa membuat lukisan dan mewarnakannya mengikut corak yang
dikehendaki.

Untuk menguatkan lagi kepercayaan dan keyakinan itu cubalah kita perhatikan tubuh badan kita sendiri.

Tiap-tiap kita tersusun dari berbagai-bagai anggota dan alat perkakas untuk mengisar, menapis, membuang dan lain-
lain lagi.

Masing-masing ada peraturan yang tertentu dalam menjalankan dan menyempurnakan tugasnya dan masing-masing
pula patuh kepada peraturan yang ditentukan baginya. Jika tidak maka tugasnya tidak akan berhasil atau tidak akan
sempurna.

Dengan segala perhatian yang demikian maka akal kita yang sihat dan siuman dapat membuat kesimpulan dengan
sepenuh-penuh percaya dan yakin bahawa:

(1) Alam seluruhnya tetap ada yang menciptakannya dan mentadbirnya.

(2) Yang mencipta dan mentadbirkan alam ini ialah Zat yang wajib al-wujud yang bersifat dengan:

(a) Sifat hidup selama-lamanya

(b) Sifat mengetahui segala-galanya dengan setepat-tepatnya dan seluas-luasnya.

(c) Sifat iradat yang menentukan dan menetapkan segala-galanya dengan sebijak-bijak dan sebebas-bebas; dan

(d) Sifat kekuasaan mengadakan dan meniadakan segala-galanya menurut cara yang tertentu dan kaedah yang rapi

Dalil akal yang membuktikan KeEsaan Allah Taala.

Di antara dalil-dalil akal yang membuktikan keEsaan Allah Taala ialah: bahawa apa-apa jua pekerjaan akan rosak jika
ditadbirkan oleh dua ketua yang masing-masing mahukan pangkat ketua itu menjadi haknya sahaja kerana dengan
demikian akan timbullah perselisihan dan gejala-gejala hendak mengatasi satu sama lain.

Kalau ini boleh berlaku ketika berbilang-bilang ketua maka apa pula yang akan berlaku kalau berbilang-bilang
tuhan sedang sifat ketuhanan ialah kebesaran dan keagungan yang cukup sempurna

Oleh itu kalaulah Tuhan berbilang dan salah satunya berkuasa penuh mentadbir dan mengurus sudah tentu akan luput
dan lumpuhlah sifat-sifat Tuhan yang lain. Kalau perlu tuhan-tuhan itu bersekutu sudah tentu akan luput dan
lumpuhlah sebahagian dari sifat-sifat ketuhanan masing-masing, padahal luput dan lumpuhnya sifat-
sifat ketuhanan adalah bertentangan dengan kesempurnaan kebesaran dan keagungan.
Dengan ini nyatalah bahawa sudah semestinya Tuhan itu Esa, tiada sekutu bagi-Nya.

Tambahan pula kalau seseorang dengan jujurnya memerhatikan wujudnya perpaduan dan susunan kejadian alam ini,
nescaya ternyata kepadanya perpaduan yang menyatukan tiap-tiap satu dengan yang lain dalam keadaan yang
serapi-rapinya sehingga gerak-geri tiap-tiap satu kejadian itu menyempurnakan yang lain dengan tidak
berlawanan atau bertentangan; demikian juga kalau ia memerhati nampaklah kepadanya keseimbangan dan
kesatuan dalam perhubungan antara sesuatu kejadian dengan yang lain, sekalipun bentuk dan keadaannya berlainan.

Semuanya itu adalah di antara bukti-bukti yang menunjukkan bahawa seluruh alam ini adalah merupakan satu
kesatuan yang terikat rapi yang tidak akan lahir melainkan dari satu punca yang tunggal, iaitu yang wajib al-wujud,
yang telah mencipta dan mengaturnya dalam keadaannnya yang demikian.

Selain dari itu, segala yang terkandung di dalam alam ini dari bahan-bahan, kekuatan, tenaga dan gerak adalah satu
tentang tabiat yang ditetapkan oleh Maha Pencipta pada masing-masing , juga satu pada peraturannya, undang-
undangnya, halanya dan matlamatnya.

Maka ini juga di antara bukti-bukti yang menunjukkan keEsaan penciptanya.

Dalil al-Quran yang menjelaskan sifat-sifat kesempurnaan dan keEsaan Allah Taala.

Menurut keterangan al-Quran pula, maka di antara ayat-ayat suci yang menjelaskan sebahagian dari sifat-sifat
kesempurnaan Tuhan ialah firman Allah Taala, maksudnya:

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang tetap Hidup, Yang Kekal selama-
lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya) Yang tidak mengantuk usah tidur. Yang memiliki segala yang ada di
langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan
izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka
tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu
kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi
keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya (alam langit dan bumi); dan Dialah Yang Maha Tinggi,
lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya)." (255 Surah al-Baqarah).

Ayat suci ini menjelaskan bahawa Allah Taala bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan:

(1) Dialah sahaja Tuhan yang sebenar-benarnya yang berhak disembah dan dipatuhi.

(2) Dialah sahaja yang hidup secara mutlak - terlepas dari pengertian hidup yang difahami oleh manusia.

(3) Dialah sahaja yang kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk-Nya serta memberikannya segala yang
diperlukan untuk kepentingan hidup masing-masing.

(4) Maha Suci ia daripada letih lesu atau lalai atau mengantuk ataupun tidur.

(5) Menguasai segala yang ada di langit dan di bumi dengan penguasaan mutlak yang meliputi.

(6) Bebas melakukan segala yang dikehendaki-Nya. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mempersoalkan hukum-Nya,
atau yang dapat menolak keputusan-Nya, atau yang berani mengubah apa yang telah ditentukan dan dikehendaki-
Nya, sama ada dengan meminta syafaat pertolongan atau mengemukakan rayuan - kecuali setelah ia diizinkan, maka
pada ketika itu ia tunduk mematuhi dan memohon syafaat dalam lingkungan yang dibenarkan, sesuai dengan
keadaannya.

(7) Maha mengetahui akan keadaan sekalian makhlukNya, meliputi segala apa jua yang sedang mereka hadapi atau
yang tidak kelihatan kepada mereka dari segala yang sedang berlaku atau yang akan berlaku. Sebaliknya, mereka
sendiri tidak mengetahui sesuatu pun dari apa yang diketahui oleh Allah Taala - kecuali apa yang Allah kehendaki
mereka mengetahuinya.

(8) Dialah sahaja pemerintah agung; kebesaran-Nya dan ilmu-Nya meliputi langit dan bumi.

(9) Dialah sahaja yang mempunyai sepenuh-penuh kekuasaan. Tiadalah menjadi keberatan atau kesukaran kepada-
Nya menjaga dan memelihara alam langit dan bumi dan segala yang ada pada kedua-dua alam itu.

(10) Dialah jua Yang Maha Tinggi kebesaran dan kemuliaan-Nya, tidak ada yang mengatasi-Nya; dan dialah jua
yang Maha Besar kekuasaan-Nya, yang tidak ada bandingan-Nya.

Ayat suci ini, sebagaimana ia menerangkan sifat-sifat Tuhan Maha Pencipta, ia juga memandu manusia supaya
janganlah menujukan amal ibadatnya melainkan kepada Allah, dan janganlah ia bertanggungjawab mematuhi
melainkan apa yang diperintahkan oleh Allah Taala mengerjakannya dari segala amal kebajikan. Demikian juga
hendaklah manusia - hati kecilnya dan keseluruhan hidupnya terikat kukuh dengan Allah Taala yang mentadbirkan
urusan hidupnya dan urusan segala apa jua yang ada di sekelilingnya; dan hendaklah Ia sentiasa memohon kepada
Allah apa jua yang mendatangkan kebaikan kepadanya dan menyebabkan dia mencapai kebahagiaan - di dunia dan
di akhirat.

Dan bahawa manusia tidak mempunyai hak milik yang asal dalam sesuatu jua pun, tetapi dapat disabitkan baginya
hak milik yang terbit dari pemberian Allah pemilik yang asal, yang menjadikan seseorang itu menguasainya sebagai
wakil. Dengan yang demikian, wajiblah atas orang itu mematuhi dengan sepenuhnya syarat-syarat pemilik yang asal -
Allah Taala- yang menjadikannya wakil menguasai pemberian itu. Jika tidak, maka akan menjadilah apa yang
dilakukannya mengenai urusan hak milik yang diberikan itu tidak sah dan ia akan menerima balasan yang sepadan
dengan kesalahannya. Demikian juga hendaklah ia tetap memperhambakan diri kepada Allah Taala dengan
mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah, dan janganlah ia mencuaikan semuanya itu
dengan hanya menumpukan harapannya untuk mendapat syafaat pertolongan, sedang syafaat itu tidak akan
diperolehi melainkan setelah diizinkan oleh Allah Taala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan diredhai.

Tiap-tiap seorang juga hendaklah sentiasa waspada dan tetap sedar sehingga ia tidak lalai daripada mengira dan
mengawasi segala gerak-gerinya. Janganlah ia melakukan sesuatu perbuatan atau menuturkan sesuatu
perkataan yang tidak diredhai oleh Allah Taala yang mengetahui segala-galanya. Demikian juga seseorang itu tidak
harus bercakap besar dan bermegah megah dengan ilmu pengetahuan yang dikurniakan Allah kepadanya, tetapi
wajiblah ia bersyukur kepada Allah dan memujinya, sambil berdoa semoga Allah Taala menambahkan lagi ilmu yang
diberikan kepadanya.

Tiap-tiap seorang juga hendaklah sentiasa mengingati ketinggian martabat Allah Taala dan kebesaran kekuasaan-
Nya, supaya merasa hebat dan gerun gementar, dan supaya Ia takut untuk mengadap Allah Taala dalam keadaan
cuai menjalankan tanggungjawabnya. Oleh itu hendaklah ia memperbanyakkan ibadat dan amal kebajikan dan
menjauhkan diri daripada melakukan khianat, kezaliman dan segala perkara yang dilarang.

Betapa tidak? Sedang manusia walau setakat mana tinggi darjatnya dan kebesarannya, maka Ia tidak sekali-kali
terlepas dari sifatnya sebagai hamba Allah Taala Yang Maha Tinggi dan Maha Besar.

Di antara ayat-ayat suci yang mengenai keEsaan Allah pula ialah firman Allah Taala, ertinya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku yang aku serukan kamu menyembah-Nya itu) ialah Allah Yang Maha Esa;
Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tidak beranak dan Ia pula tidak
diperanakkan; dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya." (1-4 Surah al-lkhlas).

Surah "al-Ikhlas" ini yang juga dinamakan Surah "at-Tauhid" menetapkan dengan tegas tentang keEsaan Allah Taala
yang sebenar-benarnya dan kekayaan-Nya yang sehabis-habis lengkap sempurna serta menafikan daripadaNya
persamaan atau perbandingan dengan yang lain.
Dengan sabitnya keEsaan yang sebenar-benarnya bagi Allah Taala, maka nyatalah bahawa wujud Zat-Nya bersih suci
daripada tersusun yang membawa kepada berjisim atau berpihak, dan bersih suci daripada berbilang yang membawa
kepada persamaan pada hakikat wujud-Nya, dan yang membawa kepada dipersekutukan pada keistimewaan-
keistimewaan hakikat Zat-Nya yang membuktikan sifat-sifat ketuhanan-Nya, seperti wajib bersifat wujud dan ilmu yang
meliputi, juga kebijaksanaan yang sempurna serta kudrat yang menguasai seluruh makhluk-Nya.

Demikian juga, dengan sabitnya kekayaan Allah yang sehabis-habis lengkap sempurna, terbuktilah bahawa Allah
Taala jua Yang Maha Kaya secara mutlak, yang menjadi tumpuan sekalian makhluk-Nya untuk memohon apa sahaja
yang mereka perlukan, untuk kebaikan mereka di dunia dan di akhirat. Dengan sabitnya kedua-dua sifat itu - keEsaan
dan kekayaan - bagi Allah Taala, maka ternafilah dan tidaklah ada sebarang celah bagi sesiapa pun untuk
mengatakanNya beristeri atau beranak-pinak, atau menyamakan-Nya, atau membandingkan-Nya atau pun
mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua pun.

Surah "al-Ikhlas" ini menetapkan dan menegaskan keEsaan wujudnya Allah Taala, keEsaan ketuhanan-Nya dan
keEsaan kuasa memberi. Jelasnya Surah "al-Ikhlas" ini menegaskan; Bahawa tidak ada wujud yang hakiki, atau yang
wujudnya memang hakikat Zat-Nya melainkan wujud Allah Taala; dan bahawa tidak ada yang memperkenan
doa permohonan orang-orang yang memohon, dan tidak ada sebarang kekuatan, tenaga atau kegiatan melainkan
Allah jualah yang menjadi puncanya.

Kesimpulannya, Allah Taala Maha Esa pada ketuhanan-Nya, dan Allah Taala sahajalah yang menjadi tumpuan untuk
memohon sebarang hajat; tiada sesuatu pun yang menyamai-Nya dan tidak pula Ia menyamai sesuatu yang lain.

Dalam pada itu, Allah Azza wa Jalla amat dekat (pengetahuan-Nya) kepada tiap-tiap makhluk, dan tiap-tiap makhluk
yang wujud itu adalah mendapat wujudnya dan seluruh keadaannya daripada wujud Allah Taala Yang Maha Esa lagi
Maha Kaya.

Surah "al-Ikhlas" ini juga sebagaimana ia menetapkan dan menegaskan hakikat yang demikian, ja juga menyedarkan
hati nurani manusia tentang akidah Tauhid yang sebersih-bersihnya dari sebarang syirik, supaya manusia
menjadikannya asas bagi amal ibadatnya dan tingkah lakunya di sepanjang hidupnya; maka dengan itu manusia tidak
akan menyembah melainkan Allah Azza wa Jalla dan tidak akan menunjukan permohonannya dalam
masa senang dan susahnya melainkan kepada Allah Taala.

Dan di antara ayat-ayat yang menjelaskan sifat-sifat kesempurnaan Tuhan ialah akhir ayat 164 Surah an-Nisa' yang
menyatakan bahawa: Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa a.s., kata-kata yang ia sendiri
memperdengarkannya.

Dan lagi akhir ayat 11 Surah asy-Syura yang menerangkan bahawa tidak ada sesuatu pun yang menyerupai atau
yang menyamai Allah s.w.t. baik pada Zat-Nya Yang Maha Suci mahu pun pada sifat-sifat-Nya Yang Amat sempurna,
juga pada kegiatan sifat-sifat itu; dan bahawa Allah Azza wa Jalla Amat Mendengar lagi Amat Melihat.

Maka dengan maksud dua potongan ayat yang tersebut wajiblah di i'tiqadkan bahawa Allah Taala bersifat dengan
keadaan-Nya:

(1) Berkata-kata - Menyuruh, melarang, menjanjikan pahala dan seksa serta menceritakan kisah-kisah pengajaran.

(2) Mendengar - Tidak tersembunyi kepada pendengaranNya sesuatu walau seberapa sulit pun.

(3) Melihat - Tidak terlindung kepada penglihatan-Nya sebarang perkara sekalipun halus dan tertutup.

(4) Menyalahi segala rupa bentuk, segala corak warna dan segala cara dan gaya didapati oleh pancaindera atau yang
difikirkan oleh akal, juga berkeadaan tidak diliputi oleh masa atau tempat: ‫ﺼﻔﹸﻮ ﹶﻥ ﻋَﻤﱠﺎ َﻭَﺗﻌَﺎﻟﹶﻰ‬
ِ ‫َﻳ‬
Fasal Kedua
Membersihkan Tauhid Dari Sebarang Syirik

Islam - sebagaimana yang telah dijelaskan- adalah agama Tauhid yakni agama yang berasaskan iman kepada
keEsaan Allah Yang Maha Kuasa. Maka ukuran sempurna atau tidaknya Islam seseorang adalah bergantung
kesempurnaan Tauhidnya.

Tauhid yang sempurna itu apabila ke dalam hati nurani seseorang akan melahirkan kesan-kesannya kepada seluruh
tingkah laku dan bawaan hidupnya, dan akan memberi kesedaran kepadanya untuk sentiasa waspada terhadap
godaan syaitan dalam setiap amalannya supaya ia tidak diselewengkan kepada yang lain dari Azza wa Jalla.

Boleh dikatakan sebahagian besar dari orang-orang yang mengaku dirinya beriman dan bertauhid kepada Allah dan
mengakui bahawa Allah jualah yang mencipta mereka dan menciptakan langit dan bumi tetapi tauhid mereka tidak
penuh membulat kepada Allah Yang Maha Esa kerana ada di antaranya -semasa mengerjakan ibadat- tujuan ibadat
itu tidak bersih kepada Allah semata-mata.

Ada pula yang menumpukan taat setia kepada Allah dengan menjalankan hukum-hukum syariat-Nya tetapi serentak
dengan itu mereka mengubah hukum syarak itu dengan menokok tambah atau menguranginya menurut hawa
nafsunya. Semuanya itu adalah merupakan syirik.

Bagi menjelaskan setakat mana buruknya akibat syirik itu, maka di bawah ini diturunkan beberapa ayat suci dan
hadis Nabi mengenainya.

Di antara ayat-ayat itu:

Firman Allah Taala ertinya: "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Marilah supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan
oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Dia sesuatu pun ...'(151 Surah al-Maidah)

"... Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain) maka sesungguhnya Allah
haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka ...." (72 Surah al-Maidah)

" ... Dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan lain Allah maka seolah-olah dia jatuh dari
langit lalu disambar oleh rombongan burung (sehingga ia hancur berkecai-kecai) atau dihumban oleh angin ke tempat
yang jauh (yang membinasakan)" (31, Surah al-Hajj)

"Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal
yang salih dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." (110 Surah al-Kahfi).

Ayat yang pertama: Menyatakan hukum melakukan syirik, iaitu Allah s.w.t. mengharamkan manusia melakukan
sebarang rupa syirik, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi.

Ayat yang kedua: Menyatakan balasan buruk yang dijanjikan kepada orang yang melakukan syirik.

Ayat yang ketiga: Menggambarkan bagaimana dahsyatnya keadaan dan balasan orang yang melakukan syirik.

Ayat yang keempat: Menyatakan bahawa dengan amalan salih serta ketiadaan syirik sahajalah yang
membolehkan seseorang berharap mendapat nikmat mengadap Tuhannya.

Dan di antara hadis-hadis pula:

ِ ‫ك بِا ﱠ‬
ُ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َم ْن َماتَ يُ ْش ِر‬
‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ال َرسُو ُل ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ َ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل ق‬ ‫ ع َْن َع ْب ِد ﱠ‬-5
ِ ‫ﷲِ ب ِْن َم ْسعُو ٍد َر‬
( ‫ ) البخاري ومسلم‬.‫َش ْيئًا َد َخ َل النﱠا َر‬
5- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w, bersabda: "Sesiapa mati dalam keadaan melakukan
sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka. "

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kelima ini. menerangkan:

Akibat buruk yang akan menimpa orang yang melakukan syirik.

Huraiannya

Syirik ialah mempersekutukan sesuatu dengan Allah Taala pada sifat "Uluhiyah"Nya atau sifat "Rububiyyah"Nya.

Sifat "Uluhiyah" Allah `Azza wa Jalla ialah sifatNya berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahNya, ditumpui dan
dipohonkan untuk mendapat segala kebaikan dan menolak sebarang mala petaka dan perkara-perkara yang tidak
diingini.

Sifat "Rububiyyah"Nya pula ialah sifat mentadbir dan menguruskan cara menjaga dan memelihara, mengasuh dan
mendidik sekalian alam yang telah diciptakan-Nya, iaitu dengan mengadakan segala keperluan yang dihajati oleh
wujud tiap-tiap satunya, mengatur dan menyusun undang-undang dan peraturan bagi kesuburan, perkembangan dan
kesempurnaan masing-masing, serta menyatakan dan menunjukkan hukum-hukum halal haram dan sah batal untuk
kebaikan jasmani dan kebahagiaan rohani manusia.

Maka sesiapa yang menganggap bahawa mana-mana satu dari sifat-sifat itu ada pada sesuatu yang lain daripada
Allah Taala nescaya ia telah melakukan syirik dengan Allah, walaupun ia pada masa itu masih beriman kepada Allah.
Tentang ini Allah Taala berfirman dalam Surah Yusof, ayat 106. maksudnya: Meskipun kebanyakan mereka
beriman kepada Allah dalam pada itu mereka tidak sunyi dari perbuatan syirik.

Dengan itu nyatalah amat buruknya seseorang mendewa-dewakan sebarang makhluk dengan mengasihinya dan
menurut perintahnya sebagaimana ia mencintai dan mentaati Allah, atau meminta dan mengharapkan hasil sesuatu
hajat dari sesuatu makhluk atau dengan sesuatu cara, kecuali setelah diketahui bahawa makhluk atau cara yang
tersebut diharuskan oleh Allah bagi seseorang menggunakannya sebagai jalan, sebab, atau alat untuk menjayakan
maksudnya.

Demikian juga amatlah salahnya menerima sebarang undang-undang dan peraturan, atau hukum-hakam yang
diadakan oleh yang lain daripada Allah, kecuali sekadar yang berdasarkan aturan, kenyataan, atau pengajaran yang
dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Kesimpulan hadis ini, mengingatkan manusia daripada terjerumus ke dalam sebarang i'tiqad atau perbuatan syirik
supaya terselamat daripada balasan buruk yang dijanjikan.

ِ ‫ال اجْ تَنِبُوا ال ﱠس ْب َع ْال ُمو ِبقَا‬


‫ت قَالُوا‬ َ َ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم ق‬
‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ ع َْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-6
( ‫ ) البخاري ومسلم‬. ... ِ ‫ك بِا ﱠ‬ ُ ْ‫ﷲِ َو َما ھُ ﱠن قَا َل ال ﱢشر‬‫يَا َرسُو َل ﱠ‬

6- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang
membinasakan. " Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w.
menjawab: "(Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah .

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang keenam ini memerintahkan supaya:


Menjauhi syirik dalam segala bentuknya.

Setelah kita mengetahui setakat mana buruknya akibat syirik, maka dengan ini kita diperintahkan supaya
menjauhi dan menyingkirkan segala jenis syirik terhadap Allah, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi.

Syirik yang besar atau yang nyata itu ialah: mempercayai adanya sesuatu yang setara dan sebanding dengan Allah
s.w.t., yang ditujukan kepadanya doa permohonan, yang diuntukkan kepadanya satu-satu cara ibadat, dan yang
ditakuti bala bencananya.

Dengan adanya syirik yang demikian, maka akidah Tauhid orang yang melakukannya telah berbelah bagi, dan orang
Musyrik inilah yang dijanjikan Allah dengan neraka.

Syirik yang kecil atau yang tersembunyi itu pula ialah kepercayaan perkataan atau perbuatan yang menyebabkan
berlakunya syirik terhadap kekuasaan atau undang-undang peraturan Allah.

Syirik yang tersembunyi itu amat banyak, di antaranya:

(1) Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan baik atau buruk.

(2) Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah.

(3) Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain dari Allah.

(4) Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah.

(5) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan Si anu, tentulah aku tidak berjaya.

(6) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda atau sebagainya, tentulah rumahku dimasuki
pencuri.

(7) Melakukan sesuatu ibadat, atau daya usaha pengorbanan, atau perjuangan bukan kerana menjunjung
perintah Allah semata-mata, tetapi juga untuk tujuan-tujuan yang lain.

Nabi Muhammad s.a.w telah menerangkan dalam beberapa hadis tentang syirik yang tersembunyi ini, di antaranya:

ُ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم إِ ﱠن أَ ْخ َوفَ َما أَ َخ‬


‫اف‬ ‫صلﱠى ﱠ‬َ ِ‫ﷲ‬ ‫ال َرسُو ُل ﱠ‬ َ َ‫ال ق‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ َ‫ﷲُ َع ْنهُ ق‬ ِ ‫ ع َْن َمحْ ُمو ِد ب ِْن لَبِي ٍد َر‬-7
‫ﱠ‬ ُ ‫ﱠ‬
‫ك األصْ َغ ُر يَا َرسُو َل ﷲِ قَا َل ال ﱢريَا ُء يَقو ُل ﷲُ َع ﱠز َو َج ﱠل لَھُ ْم يَوْ َم‬ َ ْ ُ ْ‫ك ْاألَصْ َغ ُر قَالُوا َو َما ال ﱢشر‬ ُ ْ‫َعلَ ْي ُك ْم ال ﱢشر‬
ُ ‫ﱠ‬ ْ َ
‫ي النﱠاسُ ِبأ ْع َمالِ ِھ ْم اذھَبُوا إِلَى ال ِذينَ ُك ْنتُ ْم تُ َراءُونَ فِي ال ﱡد ْنيَا فَا ْنظرُوا ھَلْ ت َِج ُدونَ ِع ْن َدھُ ْم‬ َ ‫ُز‬ِ ‫ْالقِيَا َم ِة إِ َذا ج‬
( ‫ ) اإلمام أحمد‬.‫َجزَا ًء‬
7- Dari Mahmud bin Labid r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku
takuti akibat buruknya menimpakamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apa dia syirik yang
kecil itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w., menjawab: "(Syirik yang kecil itu) ialah ria' - Allah Taala akan berfirman pada
hari Qiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing "Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan ria'
di dunia dahulu (untuk menunjukkan kepada mereka), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang
balasan di sisi mereka?"

(Imam Ahmad)
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َم ْن َحلَفَ بِ َغي ِْر ﱠ‬
‫ﷲِ فَقَ ْد‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬،‫ﷲُ َع ْنھُما‬
َ ِ‫ﷲ‬ ‫ض َي ﱠ‬
ِ ‫ ع َِن اب ِْن ُع َم َر َر‬-8
( ‫ ) الترمذي‬.‫ك‬ َ ‫أَ ْش َر‬
8- Dari Ibn Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain
daripada nama atau sifat Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan syirik terhadap Allah. "

(Tirmizi)

َ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم إِ ﱠن الرﱡ قَى َوالتﱠ َمائِ َم َوالتﱢ َولَة‬


‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬ ‫ض َي ﱠ‬
ِ ‫ ع َْن اب ِْن َم ْسعُو ٍد َر‬-9
(‫ ) أبو داود واإلمام أحمد‬.‫ك‬ ٌ ْ‫ِشر‬
9- Dari Ibn Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-
guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik"

( Abu Daud dan Imam Ahmad)

Hadis yang kesembilan ini menunjukkan bahawa tiga perkara yang tersebut adalah dari perkara-perkara
syirik kecil atau syirik yang tersembunyi yang wajib dijauhi oleh tiap-tiap seorang. Tetapi bukanlah semua jenis ketiga-
tiga perkara itu dikira syirik, malah setengah jenisnya sahaja, iaitu yang mengandungi perkataan yang tidak difaham,
kerana boleh jadi termasuk perkara sihir, syirik atau lain-lainnya yang dilarang oleh hukum syarak sebagaimana yang
dilakukan oleh kaum jahiliah

Adapun yang mengandungi ayat-ayat al-Qur'an atau zikrullah, maka yang demikian tidak dilarang.

Pendeknya, tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram kiranya mengandungi perkataan yang tidak
difaham maknanya, atau yang berdasarkan sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang
mengandungi benda-benda najis atau kotor.

Adapun yang menggunakan kalam Allah, nama-Nya atau sifat-sifat-Nya atau zikrullah, maka yang demikian tidaklah
salah.

Dengan penjelasan ini, selesailah perselisihan yang nampak pada zahirnya berlaku di antara dalil-dalil yang
melarang dan dalil-dalil yang membenarkan perkara-perkara yang tersebut.

Kesimpulannya, bagi menyelamatkan seseorang daripada syirik yang tersembunyi ini hendaklah:

(1) Jangan menggunakan sesuatu benda, atau perkataan, ataupun sesuatu cara sebagai sebab bagi
mendapat kebaikan atau menolak perkara-perkara yang tidak diingini, kecuali setelah diketahui bahawa sesuatu itu
telah berlaku adat Tuhan menjadikannya sebab bagi musabab yang tertentu, serta diketahui pula bahawa
menggunakan sesuatu itu tidak dilarang oleh hukum Allah.

(2) Jangan i'tiqadkan sesuatu sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan menghasilkan musababnya,
bahkan memberi kesannya itu bergantung kepada takdir dan izin Allah Yang Maha Kuasa.

(3) Jangan melakukan sesuatu amal ibadat dengan tujuan mendapat penghargaan atau balasan daripada yang lain
dari Allah Azza wa Jalla

‫ب أَ ْعظَ ُم ِع ْن َد‬ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم أَيﱡ ﱠ‬


ِ ‫الذ ْن‬ ‫صلﱠى ﱠ‬
َ ‫ي‬ ُ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل َسأ َ ْل‬
‫ت النﱠبِ ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ِ ‫ﷲِ ب ِْن َم ْسعُو ٍد َر‬ ‫ ع َْن َع ْب ِد ﱠ‬-10
( ‫ ) البخاري ومسلم‬. … ‫ك‬ َ َ‫ال أَ ْن تَجْ َع َل ِ ﱠ ِ نِ ًّدا َوھُ َو َخلَق‬ ‫ﱠ‬
َ َ ‫ﷲِ ق‬
10- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Aku telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.,: "Apakah satu-satunya
dosa yang terbesar di sisi Allah.?" Baginda s.a.w., menjawab: "(Dosa yang terbesar di sisi Allah itu) ialah: Engkau
mengada-adakan bagi Allah sesuatu yang menyamaiNya pada hal Dia menciptakanmu..."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kesepuluh ini mengandungi:

(1) Rasulullah s.a.w. menjadi tumpuan pertanyaan sahabat-sahabat Baginda.

(2) Syirik adalah satu-satunya dosa yang terbesar.

Huraiannya:

Baginda s.a.w. menjadi tumpuan pertanyaan sahabat sahabatnya.

Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dalam masa menjalankan tugasnya membuka dengan seluas-luasnya pintu
pertemuan dengannya kepada segala lapisan masyarakat untuk mereka menanyakan apa yang mereka musykilkan
berhubung dengan soal-soal agama.

Dalam hadis ini, Abdullah bin Mas'ud seorang sahabat Nabi yang terkenal bertanya kepada Baginda s.a.w. tentang
dosa yang terbesar di sisi Allah, iaitu satu perkara yang sangat mustahak diketahui oleh setiap orang

Islam dalam setiap masa, lebih-lebih lagi dalam masa - yang boleh dikatakan- manusia leka dengan soal-soal hidup
semata-mata, tidak mahu mengambil berat mempersoalkan perkara-perkara dosa dan pahala.

Soal syirik.

Bagi menjawab pertanyaan sahabat Baginda yang tersebut, Baginda s.a.w. menegaskan bahawa di antara dosa-
dosa yang terbesar ialah melakukan syirik terhadap Allah s.w.t. serta Baginda s.a.w. menerangkan bahawa amatlah
tidak patut seseorang itu mempersekutukan atau menyamakan Allah Taala dengan sesuatu yang lain, sedang Allah
yang menciptakannya dari tiada kepada ada.

Orang Musyrik yang demikian bukan sahaja tidak patut menurut timbangan akal yang siuman, bahkan telah berlaku
zalim terhadap dirinya sendiri kerana dengan bawaan syiriknya ia telah mendedahkan dirinya kepada azab seksa yang
tidak terperi yang akan diterimanya kelak.

BAB KEDUA

BERIMAN KEPADA RASUL-RASUL ALLAH A.S.

Manusia berhajat kepada yang mengawas amal usahanya dalam segala peringkat hidupnya untuk
memimpinnya ke jalan kebaikan dan menjauhkannya dari jalan kerosakan

Kalaulah manusia dibiarkan dengan tidak dipimpin dan diberi pertunjuk, nescaya akan
terjerumuslah dia dalam kejahatan yang berbagai-bagai ragamnya.
Betapa tidak? Sedang manusia dalam alam kehidupan ini berada di antara dua kekuatan yang
besar, yang satu menolaknya kepada kejahatan iaitu hawa nafsu dan tabiat marah yang sedia ada
pada dirinya, dan yang satu lagi mendesaknya kepada kebaikan iaitu akal dan hati nurani yang
dikurniakan Allah kepadanya.

Kalaulah manusia dibiarkan sahaja diruntun oleh dua kekuatan itu nescaya kejahatannya akan
mengalahkan kebaikannya, disebabkan oleh tuntunan perhiasan dunia dan benda-benda yang
menjadi daya penarik, sedang akal dan hati nuraninya tidak cukup untuk menjaga dirinya dan
memimpinnya ke jalan yang benar, kerana kuasa akal dan hati nuraninya untuk memahami,
adalah sama bandingannya dengan kuasa mata kepala untuk melihat, sebagaimana yang
dijelaskan seperti berikut:

(1) Kalau mata manusia hanya dapat melihat dengan kuasa yang ada padanya, dan lenyap atau
lemah penglihatannya dengan hilang atau lemahnya kuasa itu, maka manusia boleh memikir atau
menimbang hanya dengan kuasa yang ada pada akal dan hati nuraninya, dan akan lenyap atau
lemah pula daya pemikiran atau pertimbangannya apabila hilang atau lemah kuasa yang tersebut.

(2) Kalau mata kepalanya dapat melihat sesuatu dengan syarat:

(a) Berhadapan dengan benda yang dilihatnya itu.

(b) Benda itu jangan terlampau dekat kepada biji matanya dan jangan pula terlampau jauh
sehingga tidak sampai kepadanya kuasa penglihatan mata itu.

(c) Benda itu hendaklah dari perkara yang ada persediaan pada mata untuk melihatnya.

Demikian juga akal atau hati nurani manusia tidak dapat memahami melainkan apa yang ada
dalam alam kenyataan ini dan tidak dapat memahami hakikat dirinya, dan tidak pula dapat
memahami sebarang hakikat yang tidak ada persediaan padanya untuk memahaminya

(3) Kalau mata pernah dijadikan Tuhan dari mulanya tidak mempunyai kuasa melihat dan kalau
mata yang dijadikan Tuhan berkuasa melihat pun: Pernah ditimpa sesuatu yang menghilangkan
atau mengurangkan kuasanya itu, maka akal atau hati nurani manusia juga pernah dijadikan dari
mulanya tidak mempunyai kuasa memikir dan menimbang, dan yang dijadikan Tuhan berkuasa
memikir dan menimbang pun pernah pula hilang atau kurang kuasanya dengan sebab dihinggapi
oleh sesuatu keadaan seperti gila, noda maksiat, perasaan ta'asub, perasaan degil, atau satu-
satu tujuan buruk.

(4) Kalau mata yang ada padanya kuasa melihat tidak juga dapat melihat sesuatu melainkan
setelah ia disinari oleh cahaya zahir yang mendatang, seperti cahaya matahari, lampu dan
sebagainya, maka akal dan hati nurani manusia yang ada sedia padanya kuasa memahami pun
tidak juga dapat memahami hakikat sesuatu dengan sebenar-benarnya melainkan setelah disinari
cahaya pengajaran Ilahi yang dibawa oleh Rasul-rasul utusan Allah a.s.

Dengan sebab yang demikian, maka Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani, telah
memilih orang-orang yang diketahui-Nya layak dan bijaksana untuk memimpin umat manusia ke
jalan yang benar serta mewajibkan umat manusia menerima dan menurut segala pengajaran yang
dibawanya; orang-orang itu ialah Rasul-rasul-Nya

Fasal Pertama
Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w

Berhubung dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. , Allah Taala berfirman dalam Surah al-A'raf
ayat 158. Memerintahkan Baginda s.a.w. mengisytiharkan dirinya menjadi Rasul yang diutus oleh
Allah kepada umat manusia seluruhnya, serta menerangkan bahawa:

(1) Allah sahajalah Tuhan yang mempunyai kuasa mengurus dan mentadbirkan kepentingan-
kepentingan dan kebaikan sekalian alam yang diciptakan-Nya.

(2) Allah sahajalah Tuhan yang berhak disembah dan dipatuhi.

(3) Allah jualah yang mengatur cara dan menetapkan masa menghidupkan makhluk-makhluk yang
mati dan mematikan yang hidup.

(4) Seluruh umat manusia wajib:

(a) Beriman kepada Allah Tuhan yang demikian sifat-Nya (Esa pada "Uluhiyah"-Nya dan Esa pada
"Rububiyyah"Nya)

(b) Beriman kepada Rasulullah s.a.w. nabi yang terkenal dengan sifat Ummi(1), yang
beriman kepada Allah dan kepada semua perintah yang terkandung dalam segala kitab yang
diturunkan oleh Allah.

(c) Menerima dan menurut hukum hakam dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w.

______________________________

(1) Sifat "Ummi" ialah sifat tidak pandai membaca dan menulis.

Kepada Nabi Muhammad s.a.w. , sifat ini ialah satu di antara sifat-sifat kelebihan yang teristimewa bahkan di antara mukjizat-mukjizat yang
membuktikan sahnya dakwaan Baginda s.a.w. menjadi Rasul kerana:

Pertama - Kebolehannya dan kecekapannya membetulkan akidah kepercayaan umatnya yang sesat.

Memperbaiki akhlak mereka yang buruk, dan menyatupadukan puak-puak kaumnya yang bermusuhan, sedang Baginda s.a.w., tidak tahu
membaca dan menulis, adalah perkara luar biasa yang tidak pernah dikurniakan Tuhan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya s.a.w.

Kedua - Kebolehan dan kecekapan Baginda s.a.w. menjalankan tugas dan menyampaikan segala yang telah disampaikannya meliputi al-Qur'an dan
Hadis, sedang Rasulullah s.a.w. bersifat "Ummi" adalah baka yang nyata yang menunjukkan bahawa Baginda s.a.w. dapat mencapai semuanya itu
dengan jalan wahyu semata-mata - sebagai utusan Tuhan
Dan lagi berhubung dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w Baginda sendiri menerangkannya
dalam hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-11
‫َوالﱠ ِذي نَ ْفسُ ُم َح ﱠم ٍد بِيَ ِد ِه َال يَ ْس َم ُع بِي أَ َح ٌد ِم ْن ھَ ِذ ِه ْاألُ ﱠم ِة يَھُو ِديﱞ َو َال نَصْ َرانِ ﱞي‬
( ‫ ) مسلم‬.‫ار‬ ِ ‫ان ِم ْن أَصْ َحا‬
ِ ‫ب النﱠ‬ ُ ‫وت َولَ ْم ي ُْؤ ِم ْن بِالﱠ ِذي أُرْ ِس ْل‬
َ ‫ت بِ ِه إِ ﱠال َك‬ ُ ‫ثُ ﱠم يَ ُم‬
11- Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad
dalam kekuasaanNya. tidak ada seseorang pun dari umat manusia ini sama ada Yahudi atau
Nasrani, yang mendengar akan perihalku (menjadi utusan Allah), kemudian ia mati sedang ia
tidak beriman dengan (agama Islam) yang aku diutuskan membawanya melainkan menjadilah ia
dari ahli neraka". .

(Muslim)

Hadis yang kesebelas ini menerangkan tentang:

Wajib beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam yang dibawanya.

Huraiannya.

Sesiapa jua yang berada pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. atau yang datang kemudian hingga
ke hari Qiamat diwajibkan beriman kepada Baginda s.a.w. dan kepada agama Islam yang
dibawanya apabila berita kerasulan Baginda s.a.w. sampai kepadanya. Jika tidak maka orang itu
dihukumkan kafir dan akan menerima azab seksa neraka disebabkan kekufurannya itu.

Hukum ini meliputi seluruh umat manusia termasuk kaum Yahudi dan Nasrani yang mempunyai
kitab Taurat dan Injil.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak harus berdalih untuk tidak menerima agama Islam yang
dibawa oleh Baginda s.a.w., dengan sebab mereka ada mempunyai kitab, kerana kitab-kitab
mereka kalaulah tidak disebabkan mereka meminda, mengurangi dan menokok-tambahnya, sudah
pun mansukh setelah habis masa kegunaannya dengan kedatangan Rasul yang akhir sekali -
Nabi Muhammad s.a.w. dan kitab suci al-Qur'an yang dibawanya.

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
ِ ‫ﷲِ َر‬ ‫ َع ْن َجابِر ب ِْن َع ْب ِد ﱠ‬-12
‫ث‬ُ ‫ان النﱠبِ ﱡي يُ ْب َع‬ َ ‫ َو َك‬.… ‫يت َخ ْمسًا لَ ْم يُ ْعطَھ ﱠُن أَ َح ٌد ِم ْن ْاألَ ْنبِيَا ِء قبلي‬ُ ‫َو َسلﱠ َم أُ ْع ِط‬
‫ َوفِي ِر َوايَ ِة أَبِي ھُ َر ْي َرةَ ِع ْن َد ُم ْسلِ ٍم‬.ً‫اس َكافﱠة‬
ِ ‫ت إِلَى النﱠ‬ ُ ‫صةً َوبُ ِع ْث‬
‫إِلَى قَ ْو ِم ِه َخا ﱠ‬
( ‫ق َكافﱠةً ( ) البخاري ومسلم‬ ِ ‫ت إِلَى ْال َخ ْل‬ُ ‫)… َوأُرْ ِس ْل‬
12- Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku dikurniakan beberapa
keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-
nabi yang terdahulu daripadaku; dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya
sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya."

Dan pada satu riwayat Imam Muslim dan Abu Hurairah

(Baginda s.a.w. bersabda): "....sedang aku diutuskan kepada sekalian makhluk."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kedua belas ini mengandungi:

(1) Nabi Muhammad s.a.w. dikurniakan beberapa keistimewaan,

(2) Baginda s.a.w. diutus kepada sekalian makhluk,

Huraiannya:

(1) Keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w.

Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. - sebagaimana yang sedia maklum - ialah Rasul yang akhir
sekali, tidak ada Nabi apa lagi Rasul sesudahnya.

Sesuai dengan keadaannya yang demikian, maka Baginda s.a.w. dikurniakan oleh Allah Taala
beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan kepada Rasul-rasul sebelumnya.

Agama Allah yang dibawa oleh sekalian Rasul yang diutus silih berganti adalah satu tentang
perkara pokoknya, iaitu beriman kepada Allah Yang Maha Esa dan beriman kepada sekalian
Rasul-Nya, tetapi hukum syariatnya yang meliputi cabang-cabang dan rantingnya adalah berlainan
sedikit antara satu dengan yang lain, sesuai dengan keadaan zaman masing-masing.

Apa yang kita dapati sekarang tentang keadaan yang berlainan antara satu agama dengan yang
lain pada masalah pokoknya, maka itu bukanlah dari ajaran Rasul-rasul tetapi disebabkan
penyelewengan penganut agama agama itu mengubah asas dan dasarnya dengan tujuan-tujuan
yang tertentu.

(2) Nabi Muhammad s.a.w. diutus kepada sekalian makhluk.

Di antara keistimewaan-keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah Taala kepada Rasul-Nya
yang akhir sekali - Nabi Muhammad s.a.w. ialah Baginda s.a.w. diutus kepada sekalian makhluk,
meliputi manusia dan jin, juga malaikat dari mula Baginda s.a.w. diutus hingga ke akhir dunia ini.

Ada pun Rasul-rasul yang sebelumnya maka mereka diutus hanya kepada kaum masing-masing.
Syariat mereka berjalan kuat kuasanya dalam kalangan kaum mereka semasa hayat mereka;
setelah mereka wafat maka syariat mereka dilanjutkan oleh Nabi-nabi yang dibangkitkan dalam
kalangan kaumnya untuk memimpin kaum itu. Demikianlah seterusnya hingga Allah Taala
mengutuskan seorang Rasul yang lain dengan membawa syariat yang baharu, yang boleh jadi
berlainan sedikit dengan syariat Rasul yang telah lalu.
Demikianlah halnya antara satu Rasul dengan yang lain hinggalah kepada Rasul yang akhir sekali
Nabi Muhammad s.a.w.

Setelah Baginda s.a.w. wafat, maka syariatnya dilanjutkan dan disebarkan oleh alim ulama Islam
yang menjadi waris yang mempusakai ilmu-ilmu yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

‫ين أَتَاهُ ُع َم ُر‬ َ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم ِح‬ ‫صلﱠى ﱠ‬َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ِن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َجابِ ٍر َر‬-13
‫ضھَا فَقَا َل‬َ ‫ب بَ ْع‬ َ ُ‫ْجبُنَا أَفَتَ َرى أَ ْن نَ ْكت‬
ِ ‫يث ِم ْن يَھُو َد تُع‬ َ ‫فَقَا َل إِنﱠا نَ ْس َم ُع أَ َحا ِد‬
ً‫ضا َء نَقِيﱠة‬ َ ‫صا َرى ؟ لَقَ ْد ِج ْئتُ ُك ْم بِھَا بَ ْي‬ َ ‫ت ْاليَھُو ُد َوالنﱠ‬ ْ ‫ون أَ ْنتُ ْم َك َما تَھَ ﱠو َك‬
َ ‫أَ ُمتَھَ ﱢو ُك‬
(‫ )اإلمام أحمد والبيھقي‬.‫ان ُمو َسى َحيًّا َما َو ِس َعهُ إِ ﱠال اتﱢبَا ِعي‬ َ ‫َولَ ْو َك‬
13- Dari Jabir r.a., dari Nabi s.a.w. (mengenai peristiwa) ketika Umar datang mengadap Baginda
s.a.w., lalu berkata "(Ya Rasulullah) kami ada mendengar cerita-cerita dan
nasihat pengajaran yang menarik hati dari orang-orang Yahudi, maka bagaimana fikiran - tuan,
bolehkah kami menulis sebahagian daripadanya?"(mendengar yang demikian) Baginda s.a.w.,
bersabda "Adakah kamu merasa ragu dan serba salah ( dalam ajaran agama kamu) sebagaimana
kaum Yahudi dan Nasrani yang telah ragu-ragu dan meraba-raba (dalam ajaran agama mereka)?
Demi sesungguhnya! Aku telah membawa kepada kamu agama Islam - dengan keadaannya
yang jelas nyata dan bersih suci (dari sebarang perkara syirik dan penyelewengan) dan kalaulah
Nabi Musa masih hidup lagi, (sudah tentu) tidak ada jalan lain baginya selain daripada menurutku."

(Imam Ahmad dan al-Baihaqi)

Hadis yang ketiga belas ini menerangkan:

(1) Rasulullah s.a.w. tempat rujuk sahabat-sahabat Baginda mengenai perkara-perkara agama.

(2) Kesan cerita-cerita yang dibawa oleh kaum Yahudi.

(3) Amaran Baginda s.a.w. supaya orang-orang Islam jangan berkeadaan ragu-ragu dan serba
salah dalam soal agama.

(4) Penegasan Baginda s.a.w. bahawa agama Islam yang dibawanya adalah agama yang benar,
bersih suci dan jelas nyata.

(5) Ketinggian agama Islam.

Huraiannya:

(1) Baginda s.a.w. dan sahabat-sahabatnya.

Perasaan kasih kepada Rasulullah s.a.w. tidak cukup setakat kata-kata di bibir sahaja, tetapi
mestilah dari hati nurani sampai kepada tingkah laku sehingga Baginda s.a.w., menjadi tempat
rujuk sebarang perkara agama untuk dipatuhi dengan sepenuhnya.
Demikianlah halnya sahabat-sahabat dengan Baginda s.a.w. pada masa hayatnya sebagaimana
yang dilakukan oleh Sayidina Umar bin al-Khattab yang tersebut kisahnya dalam hadis ini. Setelah
Baginda s.a.w., wafat maka pusaka peninggalannya - al-Qur'an dan al-Sunnah - sudah semestinya
dijadikan tempat rujuk yang asasi yang wajib diturut dan dipatuhi.

(2) Kesan cerita-cerita yang dibawa oleh kaum Yahudi.

Orang-orang Yahudi sentiasa bekerja keras untuk menarik orang-orang lain kepada agama
mereka, dengan menjalankan berbagai-bagai cara terutama dengan menyebarkan berbagai kisah
dan cerita yang menarik hati pembaca dan pendengarnya, sehingga Sayidina Umar telah
meminta pendapat Rasulullah s.a.w., iaitu bolehkah orang-orang Islam memetik dan
menyalin cerita-cerita yang tersebut? Bagi menjawabnya, Baginda s.a.w. telah melarang keras
seperti yang terkandung dalam hadis ini.

(3) Amaran Baginda s.a.w. supaya orang-orang Islam jangan berkeadaan ragu-ragu dan serba salah dalam
soal agama yang dibawanya.

Baginda s.a.w. memberi amaran supaya sahabat-sahabat Baginda -juga seluruh umatnya - jangan
terpengaruh dengan di'ayah-di'ayah agama lain, sebaliknya hendaklah mereka
sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap propaganda pihak lain yang beranika ragam itu.

Baginda s.a.w. juga menegaskan supaya jangan mereka berkeadaan bingung atau berperasaan
ragu-ragu terhadap soal agama, lalu terburu-buru hendak menerima di'ayah pihak lawan kerana
mengikut kecenderungan hati dan terpengaruh kepada kemanisan cerita-cerita itu.

Sikap ragu-ragu dan meraba-raba dalam perkara agama, tegas Baginda s.a.w; lagi, adalah
sikap kaum Yahudi dan Nasrani dan kerana itulah mereka telah menyeleweng dari ajaran-
ajaran kitab-kitab mereka, bahkan mereka telah merosakkan kandungannya dengan meminda dan
menokok tambahnya sebagaimana yang dianjurkan oleh ketua-ketua agama mereka untuk
kepentingan dirinya.

(4) Penegasan Baginda s.a.w.: Bahawa agama Islam yang dibawanya adalah yang benar, bersih suci dan
jelas nyata.

Tiap-tiap seorang Islam tidak harus merasa ragu-ragu terhadap kebenaran agama Islam yang
menjadi pegangan hidupnya. Tidak ada sebab mengapa seseorang Muslim boleh terpengaruh
kepada di'ayah kaum Yahudi dan Nasrani atau lain-lain pihak yang bukan Islam.

Sebenarnya apa yang sepatutnya dijadikan ukuran benar dan salahnya satu-satu agama ialah
tentang keasliannya - tidak berubah dengan pindaan dan tokok tambah, tentang kesucian dan
kebersihannya daripada sebarang perkara yang berupa syirik, dan tentang ajarannya
yang jelas nyata dari sebarang perkara yang mengeliru dan meragukan.

Hakikat keaslian yang demikian tidak ada wujudnya melainkan pada agama Islam yang dibawa
oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang terpelihara dengan sebaik-baiknya dalam
kitab suci al-Qur'an al-Karim dan hadis-hadis yang sahih.
(5) Ketinggian agama Islam.

Islam tetap tinggi dan tidak ada yang mengatasinya.

Tentang hakikat yang demikian Baginda s.a.w. menegaskan dalam hadis ini, bahawa kalaulah
ditakdirkan Nabi Musa a.s. yang telah membawa syariat Taurat itu masih hidup dalam
zaman Baginda s.a.w. sudah tentu tidak ada jalan lagi baginya selain daripada mengikut agama
Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w.

Dengan itu nyatalah tidak harus bagi sesiapa pun - walau apa bangsa dan keturunannya - berdegil
di atas agama yang lain dari agama Islam.

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قال‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َجابِ ٍر َر‬-14
‫ضلَ ْلتُ ْم َع ْن‬
َ َ‫َوالﱠ ِذي نَ ْفسُ ُم َح ﱠم ٍد بِيَ ِد ِه لَ ْو بَ َدا لَ ُك ْم ُمو َسى فَاتﱠبَ ْعتُ ُموهُ َوتَ َر ْكتُ ُمونِي ل‬
( ‫ ) الدارمي‬.‫ك نُبُ ﱠوتِي َالتﱠبَ َعنِي‬ َ ‫ان َحيًّا َوأَ ْد َر‬ َ ‫يل َولَ ْو َك‬ ِ ِ‫َس َوا ِء ال ﱠسب‬
14- Dari Jabir, r.a., bahawa - Rasulullah s.a.w., bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad
dalam kekuasaan-Nya. kalaulah Nabi Musa muncul kepada kamu, lalu kamu mengikutnya dan
meninggalkan daku, sudah tentu kamu akan sesat dari jalan yang betul; dan kalaulah Nabi
Musa masih hidup lagi dan berada dalam masa aku menjadi Nabi, sudah tentu ia menurutku."

(Al-Daarimi)

Hadis yang keempat belas ini menerangkan

Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. memansukhkan syariat-syariat yang lain.

Rasul-rasul yang diutus oleh Allah Taala kepada kaum masing-masing banyak bilangannya. Di
antaranya ada yang diturunkan kitab kepadanya, seperti Nabi Musa a.s. yang menerima kitab
Taurat.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menjelaskan: Bahawa syariat Islam yang dibawanya adalah
memansukhkan syariat Rasul-rasul yang telah lalu.

Oleh itu tidak harus bagi sesiapa pun yang ada pada zaman Baginda s.a.w. atau yang
datang kemudian - menurut syariat-syariat yang telah mansukh itu, apa lagi agama-agama yang
direka oleh manusia sendiri.

Tentang ini Baginda s.a.w. menegaskan, bahawa kalaulah Nabi Musa a.s. tiba-tiba muncul pada
zaman Baginda s.a.w., dan ada orang-orang Islam yang menurutnya dengan
meninggalkan syariat Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w., nescaya orang itu termasuk dalam
golongan yang sesat kerana ia menurut syariat yang telah mansukh pada hal - tegas Baginda
s.a.w. - sekiranya Nabi Musa a.s. masih hidup dalam masa kerasulan Baginda s.a.w., nescaya
Nabi Musa juga akan menurut syariat Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w.
Tidaklah sepatutnya timbul sebarang kemusykilan tentang sesuainya agama Islam yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w. , dengan keadaan umat manusia dalam setiap masa, dengan tidak
memerlukan sebarang pindaan atau perubahan kerana bila diperhati akan ternyata bahawa Islam
adalah berdasarkan kaedah-kaedah umum yang banyak cawangannya, yang dapat menghadapi
cabaran-cabaran zaman, - dapat menghakimi kejadian-kejadian yang berlaku dan dapat pula
memecahkan masalah-masalah yang timbul dalam masa.

Jelasnya, agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah lengkap mengandungi
hukum hakam dan cara peraturan meliputi segala bidang hidup, yang menjadikannya
sesuai dengan keadaan umat manusia dalam segala zaman dan di mana sahaja mereka berada
selagi sifat kemanusiaannya tidak berubah, sehinggakan Nabi Isa a.s. semasa turun pada akhir
umur dunia kelak akan melanjutkan dan mengembangkan lagi syariat Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w., sebagaimana yang diterangkan dalam hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬:‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-15
‫ب فَأ َ ﱠم ُك ْم‬ٍ ‫ قَا َل اب ُْن أَبِي ِذ ْئ‬،، ‫ْف أَ ْنتُ ْم إِ َذا نَ َز َل فِي ُك ْم اب ُْن َمرْ يَ َم فَأ َ ﱠم ُك ْم‬
َ ‫ َكي‬:‫َو َسلﱠ َم‬
(‫ ) مسلم‬. ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ك َوتَ َعالَى َو ُسنﱠ ِة نَبِيﱢ ُك ْم‬ َ ‫ب َربﱢ ُك ْم تَبَا َر‬
ِ ‫بِ ِكتَا‬
15- Dari Abu Hurairah, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu
ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi
hadis ini (Ibn Abi Dzi'b) menerangkan dengan katanya: "Lalu ia memimpin kamu dengan menurut
kitab Allah al-Qur'an dan Sunnah Nabi kamu"

(Muslim)

Fasal Kedua
Wajib Beriman Kepada Semua Rasul Yang Diutus Oleh Allah

Mengenai semua pesuruh-pesuruh Allah secara umum, Allah Taala berfirman ertinya:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan
memerintahkan dia menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut(1)
..." (36, Surah al-Nahl).

"...... Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan sekalian Rasul-Rasul-Nya. (179, Surah Ali-
lmran).

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur (ingkar) kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan orang-
orang yang hendak membeza-bezakan (iman mereka) di antara Allah dan Rasul-rasul-Nya, dan
orang-orang yang berkata: "Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kami
kufur (ingkar) kepada setengahnya yang lain, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain di
antara (Iman dan Kufur) itu":
"Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya. Dan Kami pula telah
menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina. " (150 dan 151, Surah
an-Nisaa').

Rasul-rasul yang telah diutus oleh Allah Taala itu, ada di antaranya yang telah diterangkan
namanya satu persatu dalam al-Qur'an, iaitu seramai dua puluh lima orang Rasul dan ada yang
tidak diterangkan. Tentang ini Allah Taala berfirman dalam Surah an-Nisaa', Ayat 164, ertinya:

"Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah kami ceritakan kepadamu
(wahai Muhammad) dahulu sebelum ini dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan perihal mereka
kepadamu ...

______________________________

(1)"Taghut" ialah syaitan, berhala dan apa sahaja yang menyesatkan.

Dengan yang demikian tiap-tiap orang diwajibkan beriman secara khusus kepada Rasul-rasul yang
tersebut namanya satu persatu dalam al-Qur'an iaitu 18 daripadanya tersebut dalam ayat-ayat 83-
86 Surah al-An'am, mereka ialah Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Ya'kub, Nabi Noh, Nabi Daud,
Nabi Sulaiman, Nabi Ayub, Nabi Yusof, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Zakaria, Nabi Yahya,
Nabi Isa, Nabi Alias, Nabi Ismail, Nabi Alyasa', Nabi Yunus dan Nabi Lut.

Tujuh lagi tersebut dalam beberapa surah yang berikut: Iaitu Nabi Adam dalam ayat 33 Surah Ali-
'Imran, Nabi Hud, dalam ayat 65 Surah al-A'raf, Nabi Saleh dan Nabi Syu'aib dalam ayat 61 dan
84 Surah Hud; Nabi Idris dan Nabi Zulkifli, dalam ayat 85 dan 86 Surah al-Anbia', dan Nabi
Muhammad a.s. dalam ayat 40 Surah al-Ahzab.

Fasal Ketiga
Terpeliharanya Rasul-Rasul Dari Sebarang Perkara Yang Mencacatkan Kesempurnaan
Martabatnya

Rasul-rasul itu semuanya - menurut pertimbangan akal dan keterangan syarak - tetap terpelihara
daripada melakukan sebarang perkara dosa, bahkan sebarang perkara makruh; mereka
tetap dengan sifat-sifat yang terpuji dan akhlak yang mulia, yang menjadikan mereka ikutan
yang baik dan contoh utama. Kalau mereka tidak bersifat demikian, sudah tentu mereka tidak akan
disegani dan tidak dihormati oleh orang ramal, bahkan mereka dipandang rendah dan tidak
dipercayai oleh masyarakat; maka tidak akan ada sesiapa yang mahu menurut pimpinan mereka,
dan akan hilanglah tujuan Tuhan mengutus mereka untuk memimpin umat manusia ke jalan yang
benar bahkan kalaulah mereka melakukan sesuatu yang mencacatkan sifat kesempurnaan
kemanusiaannya, seperti mereka meninggalkan sesuatu yang wajib, atau mengerjakan sesuatu
yang haram, atau pun mereka melak!kan apa-apa jua yang bertentang dengan akhlak yang mulia,
seperti berdusta, berlaku khianat, menyembunyikan kebenaran, memungkiri janji dan sebagainya
nescaya akan menjadilah mereka ikutan yang buruk, dan tidaklah menjadi contoh utama dan
pedoman pertunjuk. Maka yang demikian adalah mustahil, kerana mustahil bagi Allah Taala
menyetujui perkara-perkara yang buruk atau menyuruh supaya orang-orang yang bersifat buruk itu
dijadikan ikutan, sedang manusia diperintahkan menurut Rasul.

Menurut keterangan syarak pula, ada beberapa ayat yang menunjukkan bahawa Rasul-rasul itu
dikurniakan Allah dengan sifat-sifat kesempurnaan, di antaranya yang diterangkan dalam Surah al-
An'am, ayat 90 dan 98, ertinya:

"Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kepadanya kitab suci, dan hikmat (ilmu
pengetahuan), serta pangkat kenabian. Oleh itu, jika orang-orang (kafir) itu mengingkarinya, maka
sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum (lain) yang tidak akan kufur kepadanya.

"Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi pertunjuk oleh Allah, maka turutlah
olehmu (wahai Muhammad) akan pertunjuk mereka; katakanlah: `Aku tidak meminta upah kepada
kamu mengenai pertunjuk (al-Qur'an yang aku sampaikan) itu. Al-Qur'an itu tidak lain hanyalah
peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.!

Juga diterangkan dalam Surah al-Anbia', ayat 73, ertinya:

"Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jaIan yang benar)
dengan perintah Kami; dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan
mendirikan sembah yang, serta memberi zakat dan mereka pula sentiasa beribadah kepada
Kami."

Sebagaimana terpeliharanya kesempurnaan martabat Rasul-rasul itu daripada sebarang perkara


yang mencacatkannya, terpelihara pula akal fikiran dan tubuh badan mereka dari sebarang
penyakit yang meliarkan orang ramai daripada mendekati dan mencampuri mereka, seperti
penyakit gila, kusta dan sebagainya.

Dengan yang demikian, mana-mana keterangan syarak yang zahirnya menunjukkan adanya
perkara-perkara yang mencacatkan kesempurnaan martabat - akal fikiran atau tubuh badan
setengah Rasul-rasul itu, maka keterangan yang tersebut tidak boleh difahami menurut zahirnya,
kerana hakikat yang sebenarnya berlainan dari yang ternyata pada zahirnya.

Misalnya: Ayat 121, Surah Taha, pada zahirnya mengatakan Nabi Adam telah melanggar perintah
Tuhannya dan menurut hasutan syaitan tetapi hakikat yang sebenar perkara itu dilakukan oleh
Nabi Adam disebabkan ia lupa akan pesanan Allah dengan tidak mempunyai keazaman
melakukannya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Tuhan dengan firmanNya pada ayat 115,
Surah Taha, ertinya: "Dan demi sesungguhnya! Kami telah berpesan kepada Adam pada
masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.

"Dan sebagaimana yang sedia diketahui bahawa Allah Taala tidak mengira salah: Perkara yang
dilakukan oleh seseorang dengan lupa, lagi pun kejadian !tu berlaku sebelum Adam dilantik
menjadi Nabi,

dengan dalil ayat 122, Surah Taha, ertinya.


"Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufik untuk bertaubat), lalu
Allah menerima taubatnya serta diberi pertunjuk."

Sekali pun perkara yang berlaku pada Adam itu bukanlah pada hakikatnya satu kesalahan, tetapi
memandang kepada martabat Adam yang sebegitu tinggi dan mulia di sisi Allah kerana dialah
seorang makhluk yang diciptakan Tuhan dengan tidak berperantaraan ibu atau bapa, yang
diajarkannya dengan ilmu pengetahuan yang luas, yang diberikan penghormatan dengan
memerintahkan Malaikat sujud kepadanya, dan yang ditempatkan di dalam Syurga yang penuh
dengan kesenangan dan kemewahan, maka apa-apa jua yang tidak dikira salah dan yang
dipandang kecil dilakukan oleh orang kebanyakan yang tidak berpengetahuan, dipandang
besar dan berat jika dilakukan oleh orang yang mempunyai martabat yang tinggi dan
pengetahuan yang luas.

Demikianlah kesimpulan aqidah kepercayaan mengenai Rasul-rasul Tuhan a.s.

BAB KETIGA
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH

Firman Allah Taala, ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada
Allah dan Rasul-Nya dan kepada Kitab al-Qur'an yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya
(Muhammad s.a.w.), dan juga kepada kitab-kitab yang telah diturunkan dahulu daripada itu (136
Surah al-Nisaa')

Fasal Pertama:
Beriman Kepada Kitab-kitab Allah.

‫ﷲِ ب َْن َس َال ٍم َو َج َما َعةً ِم ْن‬ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما أَ ﱠن َع ْب َد ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫س َر‬ ٍ ‫ َع ِن اب ِْن َعبﱠا‬-16
‫ك‬َ ِ‫ﷲِ إِنﱠا نُ ْؤ ِم ُن ب‬‫ يَا َرسُو َل ﱠ‬:‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم فَقَالُوا‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫قَ ْو ِم ِه أَتَ ْوا َرسُو َل ﱠ‬
‫ب َوالرﱡ س ُِل فَقَا َل‬ ِ ُ‫ك َو ُمو َسى َوالتﱠ ْو َرا ِة َو ُع َزي ٍْر َونَ ْكفُ ُر بِ َما ِس َواهُ ِم ْن ْال ُكت‬ َ ِ‫َوبِ ِكتَاب‬
ِ ْ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم "بَلْ آ ِمنُوا بِا ﱠ ِ َو َرسُولِ ِه ُم َح ﱠم ٍد َو ِكتَابِ ِه ْالقُر‬
‫آن‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬‫َرسُو ُل ﱠ‬
(‫ )رواه الثعلبي‬."ُ‫ان قَ ْبلَه‬ َ ‫ب َك‬ٍ ‫َوبِ ُكلﱢ ِكتَا‬
16- Dari Ibn Abbas, r.a bahawa Abdullah bin Salam dan serombongan dari kaumnya
datang mengadap Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya kami
beriman kepadamu, dan kepada kitab al-Qur'an yang diturunkan kepadamu dan kepada
Nabi Musa dan kepada kitab Taurat dan juga kepada Uzair dan kami kufur terhadap yang lainnya
dari Kitab-kitab dan Rasul-rasul." (Mendengarkan yang demikian) maka Baginda Rasulullah s.a.w.,
bersabda: "(Itu tidak cukup) bahkan hendaklah kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
Muhammad dan kitab-Nya al-Qur'an dan kepada tiap-tiap kitab yang diturunkan sebelumnya."

(al-Tha'labi)
‫يل‬ ‫ض َي ﱠ‬
ِ ْ ‫ "آ ِمنُوا بِالتﱠ ْو َرا ِة َو‬:‫ﷲُ َع ْنهُ َمرْ فُو ًعا‬
ِ ‫اإل ْن ِج‬ ٍ ‫ َع ْن َم ْعقِ ِل ب ِْن يَ َس‬-17
ِ ‫ار َر‬
(‫ )ابن أبي حاتم‬."‫آن‬ ُ ْ‫ُور َو ْليَ َس ْع ُك ْم ْالقُر‬
ِ ‫َوال ﱠزب‬
17- Dari Maqil bin Yasar r.a badan Nabi s.a.w., sabdanya: Berimanlah kamu kepada kitab
Taurat dan kitab Injil dan kitab Zabur dan hendaklah kitab al-Qur'an pula menjadi panduan yang
cukup meliputi cara hidup kamu.

(Ibnu Abi Hatim)

Sebagaimana yang sedia diketahui bahawa tujuan Rasul-rasul itu diutus oleh Allah Taala ialah
untuk menyampaikan ajaran-ajaran, hukum-hukum, cara dan peraturan hidup kepada
umat manusia untuk mencapai keselamatan di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat.

Ajaran-ajaran dan hukum-hukum yang telah diwahyukan oleh Allah Taala kepada Rasul-rasul-Nya
itu melalui Malaikat Jibril a.s, ada yang telah terhimpun dalam kitab-kitab suci, ada yang terhimpun
dalam lembaran-lembaran surah (Suhuf), dan ada pula yang tidak diterangkan perihalnya.

Kitab-kitab suci yang diterangkan namanya di dalam al-Qur'an dan hadis ialah kitab Taurat yang
diturunkan kepada Nabi Musa; kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa; kitab Zabur yang
diturunkan kepada Nabi Daud; dan kitab al-Qur'an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad - a.s.

Manakala yang disebutkan dengan nama "Suhuf" (Risalah-risalah atau lembaran-lembaran surat)
ialah yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa a.s.

"Kitab-kitab Suci" dan "Suhuf" yang tersebut diwajibkan beriman kepadanya secara "Tafsil" (satu
persatu); dan yang lain diwajibkan beriman kepadanya secara "Ijmal" (umum).

Fasal Kedua:
Kitab Suci Al-Quran Al-Karim

Al-Qur'an Al-Karim

Kitab suci al-Qur'an al-Karim yang diturunkan oleh Allah Taala kepada Nabi Muhammad s.a.w. -
Nabi dan Rasul yang akhir sekali, ialah kitab suci yang akhir sekali yang memansukhkan kitab-
kitab suci yang terdahulu daripadanya.

Al-Qur'an al-Karim diturunkan oleh Allah Taala kepada Baginda s.a.w. dalam masa umat manusia
terutama kaum Yahudi dan Nasrani berada dalam persengketaan dan perselisihan dalam
berbagai-bagai masalah termasuk masalah ketuhanan dan kerasulan. Masing-masing pihak
membenarkan pihaknya dan menyalahkan yang lain.

Al-Qur'an al-Karim, antara lain, mempunyai dua tugas yang besar.

Pertama - Mengakui kebenaran yang terkandung dalam kitab-kitab suci yang


terdahulu daripadanya, mengenai beribadat kepada Allah semata-mata, beriman kepada Rasul-
Rasul-Nya, menjalankan kebenaran dan keadilan, berakhlak dengan sifat-sifat yang mulia dan
mengakui benar adanya balasan pada hari akhirat.

Kedua - Mengawasi kitab-kitab yang tersebut serta mendedahkan perubahan, pindaan dan tokok
tambah yang terdapat dalam kitab-kitab itu yang dilakukan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.

Hakikat ini ditegaskan oleh Allah Taala di dalam al-Qur'an al-Karim, ertinya:

"Dan Kami turunkan kepada mu (wahai Muhammad) kitab al-Qur'an dengan membawa
kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang terdahulu daripadanya dan untuk
memelihara serta mengawasinya. (48, Surah al-Maidah).

"Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) kalam Allah (isi kitab
Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar. (46, Surah an-Nisaa').

"Dan di antara orang-orang yang berkata: `Bahawa kami ini orang-orang Nasrani, Kami juga telah
mengambil perjanjian setia mereka, maka. mereka juga melupakan (meninggalkan)
sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya. (14, Surah al-Maidah).

Jelasnya, sesiapa yang hendak mencari kebenaran dan hendak mencapai pengajaran-pengajaran
Ilahi yang benar, tidak akan dapat di mana-manapun selain daripada yang terhimpun di dalam al-
Qur'an al-Karim kerana al-Qur'anlah kitab suci yang terpelihara keasliannya dan terselamat
pengajarannya daripada sebarang perubahan, pindaan dan tokok tambah, serta telah disambut
dan diterima oleh umat Islam dari Nabi Muhammad s.a.w. yang menerimanya dari Malaikat Jibril
a.s yang membawa turunnya dari Allah s.w.t.

Al-Qur'an juga sebuah kitab yang terhimpun di dalamnya:

(1) Dasar-dasar suci dan mulia dan sebenar-benar cara serta sebaik-baik peraturan.

(2) Segala apa jua yang diperlukan oleh umat manusia meliputi aqidah kepercayaan, amal ibadat,
adab sopan dan segala bentuk muamalat (kira bicara dan perhubungan sesama manusia dalam
bidang perniagaan, perusahaan dan sebagainya).

(3) Segala peraturan yang menjamin wujudnya orang perseorangan yang sempurna,
keluarga yang mulia, masyarakat yang baik dan kerajaan yang adil

Hakikat ini diterangkan oleh Allah Taala dalam ayat 15-16, Surah al-Maidah. Di antara maksud-
maksudnya:

(1) Bahawa umat Muhammad s.a.w, telah datang kepada mereka - dari Allah s.w.t. - seorang
Rasul selaku obor atau suluh yang menerangi pandangan hati nurani manusia dan sebuah kitab
al-Qur'an yang menyatakan segala yang dihajati oleh umat manusia untuk kesempurnaan dan
kesentosaannya;
(2) Bahawa melalui Rasul dan Kitab yang tersebut, Allah Taala - dengan peraturan dan undang-
undangnya.

(a) Menunjukkan jalan keselamatan hidup di dunia dan di akhirat:

Kepada sesiapa yang menerima dan menurut peraturan dan cara bawaan hidup yang diredhaiNya.

(b) Mengeluarkan manusia dari gelap gelita kufur, kejahilan, maksiat dan sebagainya: Kepada
sinaran cahaya iman, ilmu pengetahuan, amal ibadat dan perkara-perkara yang mulia.

(c) Memimpin manusia ke jalan yang tidak ada kebimbangan sesat bagi sesiapa yang melaluinya
dan tidak pula berat atau payah dijalani, iaitulah jalan - "As-Siratal Mustaqin" - yang betul lurus.

Hakikat ini juga ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ْت َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل أَ َما إِنﱢي َس ِمع‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َعلِ ﱟي َر‬-18
‫ﷲِ قَا َل‬‫ت َما ْال َم ْخ َر ُج ِم ْنھَا يَا َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫ون فِ ْتنَةٌ فَقُ ْل‬
ُ ‫َو َسلﱠ َم يَقُو ُل أَ َال إِنﱠھَا َستَ ُك‬
‫ْس‬َ ‫ﷲِ فِي ِه نَبَأ ُ َما قَ ْبلَ ُك ْم َو َخبَ ُر َما بَ ْع َد ُك ْم َو ُح ْك ُم َما بَ ْينَ ُك ْم َوھُ َو ْالفَصْ ُل لَي‬ ‫ِكتَابُ ﱠ‬
ُ‫ﷲ‬ ‫ضلﱠهُ ﱠ‬ َ َ‫ﷲُ َو َم ْن ا ْبتَ َغى ْالھُ َدى فِي َغي ِْر ِه أ‬ ‫ص َمهُ ﱠ‬ ٍ ‫بِ ْالھَ ْز ِل َم ْن تَ َر َكهُ ِم ْن َجب‬
َ َ‫ﱠار ق‬
‫ص َراطُ ْال ُم ْستَقِي ُم ھُ َو الﱠ ِذي َال‬ ‫ين َوھُ َو ال ﱢذ ْك ُر ْال َح ِكي ُم َوھُ َو ال ﱢ‬ ُ ِ‫ﷲِ ْال َمت‬ ‫َوھُ َو َح ْب ُل ﱠ‬
‫ق َعلَى‬ ُ َ‫تَ ِزي ُغ بِ ِه ْاألَ ْھ َوا ُء َو َال تَ ْلتَبِسُ ِب ِه ْاألَ ْل ِسنَةُ َو َال يَ ْشبَ ُع ِم ْنهُ ْال ُعلَ َما ُء َو َال يَ ْخل‬
‫ضي َع َجائِبُهُ ھُ َو الﱠ ِذي لَ ْم تَ ْنتَ ِه ْال ِج ﱡن إِ ْذ َس ِم َع ْتهُ َحتﱠى قَالُوا إِنﱠا‬ ِ َ‫َك ْث َر ِة ال ﱠر ﱢد َو َال تَ ْنق‬
‫ق َو َم ْن َع ِم َل بِ ِه‬ َ ‫َس ِم ْعنَا قُرْ آنًا َع َجبًا يَ ْھ ِدي إِلَى الرﱡ ْش ِد فَآ َمنﱠا بِ ِه َم ْن قَا َل بِ ِه‬
َ ‫ص َد‬
‫ ) الترمذي‬.‫اط ُم ْستَقِ ٍيم‬ ٍ ‫ص َر‬ ِ ‫أُ ِج َر َو َم ْن َح َك َم بِ ِه َع َد َل َو َم ْن َد َعا إِلَ ْي ِه ھَ َدى إِلَى‬
( ‫والدارمي‬
18- Dari Ali, ra., katanya: Ingatlah, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w., bersabda: "Awaslah,
sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: "Apakah
caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah? " Baginda menjawab:
"(Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah ia mengandungi kisah-kisah perihal
umat-umat - yang terdahulu dari kamu dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah
kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu (kitab Allah al-Qur'an)
dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah) bukan keterangan yang
olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak
menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang
lainnya akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh dan dialah
pengajaran yang menjadi ikutan dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah
kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan
menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan
bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak
merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan
kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang meskipun ia dibaca dengan berulang-
ulang dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang
menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga
mereka memujinya dengan berkata "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Qur'an yang -
menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian
juga) sesiapa yang memperkatakan sesuatu dengan berdasarkan kitab itu, benarlah perkataannya;
dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat
keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah
supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh
hidayah petunjuk ke jalan yang lurus."

(Tirmizi dan Darimi)

BAB KEEMPAT
BERIMAN KEPADA ADANYA MALAIKAT

Allah Taala pencipta alam seluruhnya dan Dialah yang mengurus dan mentadbirkan segala
hal ehwalnya dengan mengadakan undang-undang dan peraturan bagi tiap-tiap satunya.

Untuk menjalankan undang-undang dan peraturan dalam pentadbiran kerajaan-Nya yang maha
luas itu, Allah Taala menjadikan kakitangan dan bala tentera-Nya empat jenis makhluk, di
antaranya dua jenis makhluk yang halus iaitu Malaikat dan Jin, manakala dua jenis lagi makhluk
yang bertubuh kasar, iaitu manusia dan haiwan.

Salah satu di antara empat jenis makhluk yang tersebut yang hendak dihuraikan di sini ialah jenis
Malaikat.

Malaikat itu dijadikan Tuhan dari Nur, dan mereka sejenis makhluk yang ghaib yang tak dapat
diketahui keadaannya dengan pancaindera kecuali apakala mereka menjelma atau menyamar din
sebagai makhluk yang lahir.

Beriman kepada perkara yang ghaib.

Beriman kepada Malaikat adalah satu dari beriman kepada perkara-perkara yang ghaib.

Beriman kepada perkara-perkara yang ghaib itu pula menjadi garis perbezaan di antara manusia
dengan haiwan yang hanya dapat mengetahui setakat apa yang dapat dicapai oleh
pancainderanya, sedang segala yang sabit wujudnya adalah lebih luas dari apa yang dapat dicapai
dengan pancaindera atau alat-alatnya.

Manusia dapat menyedari bahawa perkara-perkara ghaib yang di luar alam benda ini adalah
lebih luas masa dan tempatnya dari apa yang boleh dicapai oleh fahaman akal manusia dalam
umurnya yang pendek dan terbatas.
Dengan yang demikian, maka bagi menyelamatkan tenaga akal yang terbatas itu dari
terbuang dengan sia-sia, tidaklah patut digunakan dia pada perkara-perkara yang tidak dapat
dikuasainya.

Tenaga akal yang dikurniakan Allah kepada manusia ialah untuk menjalankan tugas mengatur
kehidupan dalam alam ini dengan cara memerhati, mengkaji dan mengambil kesimpulan untuk
mencapai kemakmuran dalam kehidupan dunia yang menjadi jambatan bagi kehidupan bahagia di
akhirat kelak

Dengan itu nyatalah bahawa sebarang usaha untuk mengetahui perkara-perkara yang di luar alam
nyata ini dengan jalan akal yang tenaganya terhad dengan batasan-batasan hidup di bumi ini
semata-mata, adalah suatu usaha yang sia-sia, yang sudah tentu akan menemui kegagalan.

Manusia sudah tentu mengakui bahawa tiap-tiap yang terbatas, tidak akan dapat menghubungi
apa yang di luar batas, dan dengan itu maka akal dengan sendirinya terpaksa mengakui bahawa:

(1) Perkara yang di luar batas itu mustahil dapat dicapai oleh kuasa pemikirannya.

(2) Perkara-perkara yang tidak dapat dicapai oleh kuasa pemikirannya itu tidak mesti
ketiadaan sabitnya dalam bahagian perkara-perkara ghaib yang tersembunyi.

(3) Maklumat-maklumat mengenai perkara-perkara ghaib hanya boleh diterima dari Yang Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana, yang ilmuNya meliputi perkara-perkara zahir dan batin,
perkara-perkara ghaib dan nyata. Maklumat-maklumat yang tersebut ialah segala apa yang
datang dari Allah Taala melalui al-Qur'an al-Karim dan hadis-hadis yang sahih.

Pengakuan yang demikian adalah satu dari asas-asas agama yang di antara rukun-rukunnya ialah
percayakan wujudnya Malaikat.

Malaikat adalah suatu jenis makhluk yang dilengkapkan oleh Allah dengan persediaan-persediaan
untuk mematuhi perintah Allah semata-mata, iaitu: Mereka tidak pernah menderhaka kepada
Allah, dan mereka sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah `Azza wa Jalla.

Menurut "Athar" Said bin al-Musaiyab bahawa Malaikat itu bukan lelaki dan bukan perempuan;
mereka tidak makan, tidak minum, dan tidak tidur.

Bilangan Malaikat amatlah banyak tidak diketahui jumlahnya melainkan Allah. Tiap-tiap seorang
diwajibkan beriman kepada Malaikat dengan cara Ijmal (umum), melainkan sepuluh sahaja yang
wajib beriman kepada mereka secara tafsil (satu persatu), seperti yang tersebut di bawah ini:

(1) Malaikat yang bernama: Jibril - di antara tugasnya: Menyampaikan wahyu.

(2) Malaikat yang bernama: Mikail - di antara tugasnya: Mengurus hal ehwal penghidupan.

(3) Malaikat yang bernama: Israfil - di antara tugasnya: Meniup Sangkakala


(4) Malaikat yang bernama: Izrail - di antara tugasnya: Mengetuai Malaikat-malaikat yang
mengambil nyawa.

(5) Ketua Malaikat Syurga yang terkenal dengan nama Ridhuan.

(6) Ketua Malaikat Neraka yang dipanggil: Malik.

(7) Dan (8) Malaikat-malaikat yang bergelar: "Raqib Atid" dan Kiraaman Kaatibin" - di antara
tugasnya: Menulis amal manusia.

(9) Dan (10) Malaikat-malaikat yang disebut: "Munkar" dan "Nakir" - di antara tugasnya: Menyoal
orang mati.

Jelasnya, Malaikat secara umum mempunyai berbagai-bagai tugas; ada yang ditugaskan
mengenal undang-undang kejadian alam, seperti mengedarkan cakerawala, menurunkan hujan,
menumbuh dan menyuburkan tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman, menghala dan
menahan angin dan awan, menjaga dan menguasai gunung ganang, bukit-bukau serta lautan;
dan banyak lagi.

Ada pula yang ditugaskan mengenai hal ehwal yang berhubung dengan manusia seperti yang
berikut, di antaranya:

Ada yang ditugaskan mengenai kejadian manusia dalam kandungan rahim ibunya:

َ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ ﱠن ﱠ‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫س َر‬ ٍ َ‫ َع ْن أَن‬-19
‫طفَةٌ أَيْ َربﱢ َعلَقَةٌ أَيْ َربﱢ ُمضْ َغةٌ فَإ ِ َذا‬ ْ ُ‫ﱠح ِم َملَ ًكا يقول أَيْ َربﱢ ن‬ ِ ‫َو ﱠك َل بِالر‬
‫أراد ﷲ أن يقضي َخ ْلقَھَا قَا َل أَيْ َربﱢ أَ َشقِ ﱞي أَ ْو َس ِعي ٌد َذ َكرًا أَ ْو أُ ْنثَى فَ َما‬
‫ )البخاري ومسلم واإلمام‬."‫ط ِن أُ ﱢم ِه‬ ْ َ‫ك فِي ب‬ َ ِ‫ق ف َما ْاألَ َج ُل فَيَ ْكتُبُ َك َذل‬ُ ‫الرﱢ ْز‬
(‫أحمد‬
19 Dari Anas r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu
Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan
keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim,
Malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak- Ya
Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila
Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: "Ya Tuhanku! adakah ia
seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan?
Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?" (setelah Malaikat mendapat jawabnya) maka ia
menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."

(Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menyatakan: Bahawa setiap anak dalam kandungan ibunya
ada Malaikat yang ditugaskan Tuhan mengenai peringkat-peringkat kejadiannya - mulai dari
jatuhnya air benih ke dalam rahim ibunya sehinggalah Ia cukup sifat-sifatnya sebagai seorang
manusia dan Malaikat inilah juga yang menulis apa-apa jua yang berhubung dengannya meliputi
rezeki dan ajalnya, dan nasib baik atau buruknya.

Kesimpulannya: Tiap-tiap seorang anak Adam itu dijadikan oleh Allah s.w.t., menurut apa yang
telah diaturkannya

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan memerhati amalan-amalan manusia:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-20
‫ص َال ِة ْالفَجْ ِر‬ َ ‫ُون فِي‬ َ ‫ار َويَجْ تَ ِمع‬ ِ َ‫ُون فِي ُك ْم َم َالئِ َكةٌ بِاللﱠي ِْل َو َم َالئِ َكةٌ بِالنﱠھ‬
َ ‫يَتَ َعاقَب‬
‫ْف تَ َر ْكتُ ْم‬َ ‫ين بَاتُوا فِي ُك ْم فَيَسْأَلُھُ ْم َوھُ َو أَ ْعلَ ُم بِ ِھ ْم َكي‬ َ ‫ص َال ِة ْال َعصْ ِر ثُ ﱠم يَ ْع ُر ُج الﱠ ِذ‬
َ ‫َو‬
‫ )البخاري‬.‫ون‬ َ ‫صلﱡ‬ َ ُ‫ون َوأَتَ ْينَاھُ ْم َوھُ ْم ي‬ َ ‫صلﱡ‬
َ ُ‫ون تَ َر ْكنَاھُ ْم َوھُ ْم ي‬ َ ُ‫ِعبَا ِدي فَيَقُول‬
(‫ومسلم والنسائي‬
20- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Malaikat turun naik dalam kalangan kamu
silih berganti malam dan siang, kedua-dua puak itu berhimpun pada waktu sembahyang Subuh
dan pada waktu sembahyang Asar; setelah itu puak yang bermalam dalam kalangan kamu: naik,
lalu ditanya oleh Allah Taala - sedang Ia mengetahui hal hamba-hamba-Ku semasa kamu
tinggalkan. Malaikat menjawab: "Kami tinggalkan mereka sedang mereka mengerjakan
sembahyang dan kami datang kepada mereka sedang mereka mengerjakan sembahyang.

(Bukhari, Muslim dan al-Nasa'i)

Dalam hadis ini, Rasulullah menyatakan: Bahawa bagi tiap-tiap seorang ada Malaikat yang
ditugaskan memerhati amal-amalnya. Amal yang dikerjakan pada siang hari: ada Malaikat yang
memerhatinya demikian pula amal-amal yang dikerjakan pada malam hari.

Kedua-dua puak Malaikat itu turun naik silih berganti dan mereka akan bertemu di antara satu
dengan yang lain pada waktu sembahyang Subuh dan pada waktu sembahyang Asar; maka
berbahagialah orang-orang yang mengerjakan dua sembahyang itu pada awal waktunya kerana
dapat disaksikan bersama oleh Malaikat malam dan Malaikat siang yang tersebut.

Di antara Malaikat juga, ada yang bertugas mengisytiharkan kepada umum tentang orang yang dikasihi
Allah dan orang yang dibencinya:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ َذا‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-21
‫ﷲَ ي ُِحبﱡ فُ َالنًا فَأَحْ بِ ْبهُ فَي ُِحبﱡهُ ِجب ِْري ُل فَيُنَا ِدي‬ ‫ﷲُ َعبْدا نَا َدى ِجب ِْري َل إِ ﱠن ﱠ‬ ‫أَ َحبﱠ ﱠ‬
‫ﷲَ ي ُِحبﱡ فُ َالنًا فَأ َ ِحبﱡوهُ فَي ُِحبﱡهُ أَ ْھ ُل ال ﱠس َما ِء ثُ ﱠم‬ ‫ِجب ِْري ُل فِي أَ ْھ ِل ال ﱠس َما ِء إِ ﱠن ﱠ‬
‫ض ﷲ َع ْب ًدا َد َعا ِجب ِْري َل فَيَقُو ُل إِنﱢي‬ َ ‫ض َوإِ َذا أَ ْب َغ‬ِ ْ‫ض ُع لَهُ ْالقَبُو ُل فِي ْاألَر‬ َ ‫يُو‬
َ‫ﷲ‬‫ضهُ ِجب ِْري ُل ثُ ﱠم يُنَا ِدي فِي أَ ْھ ِل ال ﱠس َما ِء إِ ﱠن ﱠ‬ ُ ‫أُ ْب ِغضُ فُ َالنًا فَأ َ ْب ِغضْ هُ قَا َل فَيُ ْب ِغ‬
ِ ْ‫ضا ُء فِي ْاألَر‬
.‫ض‬ َ ‫ض ُع لَهُ ْالبَ ْغ‬
َ ‫يُ ْب ِغضُ فُ َالنًا فَأ َ ْب ِغضُوهُ قَا َل فَيُ ْب ِغضُونَهُ ثُ ﱠم تُو‬
(‫)البخاري ومسلم‬
21- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya "Apabila Allah hendak membahagiakan
seseorang hamba-Nya, Allah Taala menyeru Jibril dengan firman-Nya: "Sesungguhnya Allah
kasihkan si anu maka hendaklah engkau mengasihinya"; Jibril pun mengasihinya kemudian Jibril
mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit katanya: Sesungguhnya Allah kasihkan
si anu maka hendaklah kamu sekalian mengasihinya; dengan itu penduduk langit pun
mengasihinya setelah itu orang yang tersebut, dikasihi dan diberi sambutan di bumi. Dan apabila
Allah Taala bencikan seseorang hamba-Nya, Allah memanggil Jibril serta berfirman:
"Sesungguhnya Aku bencikan si anu maka hendaklah engkau bencikan dia"; Jibril pun membenci
isytiharkan kepada sekalian penduduk langit, katanya: "Sesungguhnya Allah bencikan si anu
maka hendaklah kamu sekalian membencinya"; dengan itu penduduk langit pun membencinya;
setelah itu orang yang tersebut dibenci dan dipulaukan di bumi."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis in menerangkan: Bahawa sifat-sifat dan amalan yang baik menyebabkan orang yang
mempunyainya dikasihi Allah dan dikasihi oleh sekalian makhluk, yang memahami baik dan
buruk, dari penduduk langit dan bumi. Demikian pula sebaliknya.

Tujuan pengisytiharan kasih atau benci yang tersebut yang dibuat untuk orang itu ialah sebagai
memberi nilai yang sewajarnya supaya kesan kebaikan dan kejahatan itu dapat dirasai oleh orang
yang mempunyainya dalam dunia ini sebelum ia menerimanya di akhirat kelak dengan
sepenuhnya.

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan turut mengucap Amin:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ َذا‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-22
َ ‫ق تَأْ ِمينُهُ تَأْ ِم‬
‫ين ْال َم َالئِ َك ِة ُغفِ َر لَهُ َما تَقَ ﱠد َم ِم ْن‬ َ َ‫اإل َما ُم فَأ َ ﱢمنُوا فَإِنﱠهُ َم ْن َواف‬
ِ ْ ‫أَ ﱠم َن‬
(‫ )الجماعة‬.‫َذ ْنبِ ِه‬
22- Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w sabdanya: Apabila Imam mengucapkan: Aamiin, maka
hendaklah kamu mengucapnya bersama kerana sesiapa yang ucapan Aaminnya serentak dengan
ucapan Aamin Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."

(al-Jamaah)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ َذا‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-23
‫ت إِحْ َداھُ َما ْاألُ ْخ َرى‬ َ ‫ت ْال َم َالئِ َكةُ فِي ال ﱠس َما ِء آ ِم‬
ْ َ‫ين فَ َوافَق‬ ْ َ‫ين َوقَال‬ َ ‫قَا َل أَ َح ُد ُك ْم آ ِم‬
(‫ )البخاري ومسلم والنسائي‬.‫ُغفِ َر لَهُ َما تَقَ ﱠد َم ِم ْن َذ ْنبِ ِه‬
23- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Apabila seseorang kamu mengucapkan:
Aamin, dan Malaikat di langit pun mengucapnya, serta berbetulan pula masa ucapan itu satu
sama lain1 nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."

(Bukhari, Muslim dan al-Nasa'i)

Bacaan Aamin" selepas bacaan fatihah, lebih-lebih lagi yang dibaca oleh imam sembahyang,
sangat besar tujuannya kerana fatihah itu mengandungi berbagai-bagai perkara - di antaranya
ialah memohon hidayah pertunjuk dari Allah Taala ke jalan yang benar dan juga memohon
perlindungan dari jalan orang-orang yang dimurkai dan sesat iaitu perkara-perkara yang tidak
dapat dinilai dan tidak ada sesiapa pun yang dapat memberinya selain dari Allah Azza wa Jalla.

Perkataan Aamin" itu pula maksudnya memohon ke hadrat Allah semoga segala
permohonan yang terkandung dalam Surah al-Fatihah itu dikabulkanNya.

Dengan sebab tujuannya yang besar itu, maka bacaan "Aamin" dibaca juga oleh Malaikat di
langit, dan dengan yang demikian, menjadilah saat bacaan "Aamin" suatu saat yang mulia saat
terbuka pintu keampunan Allah Taala kepada hamba-hamba-Nya yang tertentu. Oleh itu amatlah
baiknya bagi makmum mengucap: Aamin serentak dengan "Aamin" imamnya demikian juga bila ia
seorang din membaca fatihah, supaya terkena dengan saat bacaan Aamin" dari Malaikat dan
dengan itu termasuklah ia dari orang-orang yang beroleh keampunan Allah.

Peringatan: Kalimah "Aamin" tidak patut dipanjangkan alif hamzahnya lebih daripada dua "Harkat",
kerana menurut bahasa Arab kalimah Aamin yang bermakna "Perkenankanlah permohonanku ya
Tuhanku", tidak pernah dipanjangkan lebih daripada dua harkat: Alif hamzahnya.

Juga kalimah itu janganlah dilafazkan dengan berlebihan nyaringnya kerana perbuatan yang
demikian adalah berlawanan dengan maksud yang terkandung pada ayat 110 Surah al-Isra'.

Di antara Malaikat juga ada yang ditugaskan membaca: ‫ا ْل َح ْم ُد لَ َك َربﱠنَا اللﱠ ُھ ﱠم‬

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ َذا‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-24
ُ‫ق قَ ْولُه‬ َ َ‫ك ْال َح ْم ُد فَإِنﱠهُ َم ْن َواف‬
َ َ‫ﷲُ لِ َم ْن َح ِم َدهُ فَقُولُوا اللﱠھُ ﱠم َربﱠنَا ل‬
‫اإل َما ُم َس ِم َع ﱠ‬
ِ ْ ‫قَا َل‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.،، ‫قَ ْو َل ْال َم َالئِ َك ِة ُغفِ َر لَهُ َما تَقَ ﱠد َم ِم ْن َذ ْنبِ ِه‬
24- Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya "Apabila imam membaca: ‫ع‬
َ ‫ﷲُ َس ِم‬ ‫لِ َم ْن‬
َ َ‫ ْال َح ْم ُد ل‬kerana sesiapa yang berbetulan
‫ َح ِم َده‬maka hendaklah kamu baca: ‫ك َربﱠنَا اللﱠھُ ﱠم‬
bacaannya dengan bacaan Malaikat (yang juga membacanya), nescaya diampunkan dosanya
yang telah lalu".

(Bukhari dan Muslim)


Di antara bacaan-bacaan dalam sembahyang ialah bacaan: ‫ع‬ َ ‫ َح ِم َده لِ َم ْن ﷲُ َس ِم‬yang dibaca
semasa bangkit dari rukuk kepada i'tidal. Maksud bacaan ini ialah: Semoga Allah menerima
pujian orang yang memujiNya.

Sebaik-baik sahaja bacaan yang tersebut selesai dibaca, maka setiap orang yang sembahyang
َ ‫ ْال َح ْم ُد لَ َك‬Pujian ini juga diucapkan oleh
dituntut memuji Tuhan dengan berkata: ‫ربﱠنَا اللﱠھُ ﱠم‬
Malai'kat pada saat itu.

Dalam hadis ini diterangkan tentang faedah ucapan pujian yang tersebut, iaitu sesiapa yang
bertepatan ucapan pujiannya itu dengan ucapan pujian Malaikat nescaya ia akan beroleh
keampunan Allah Taala pada saat yang mulia itu.

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan memohon keampunan bagi orang yang berada di tempat
sembahyangnya dengan keadaan suci bersih:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-25
ْ ‫صلﱠى فِي ِه َما لَ ْم يُحْ ِد‬
‫ث‬ َ ‫صلﱢي َعلَى أَ َح ِد ُك ْم َما َدا َم فِي ُم‬
َ ‫ص ﱠالهُ الﱠ ِذي‬ َ ُ‫ْال َم َالئِ َكةُ ت‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.،، ُ‫تَقُو ُل اللﱠھُ ﱠم ا ْغفِرْ لَهُ اللﱠھُ ﱠم ارْ َح ْمه‬
25- Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang
kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu
mereka memohon dengan berkata: "Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah
rahmat kepadanya."

(Bukhari dan Muslim).

Sembahyang - sebagaimana yang sedia diketahui - adalah suatu ibadat yang mempunyai
kelebihan-kelebihannya yang tidak terhitung, maka tempat sembahyang juga mempunyai nilainya
yang tinggi.

Seseorang yang menahan dirinya duduk di tempat sembahyang sesudah ia mengerjakan


sembahyang - dengan keadaan suci dari hadas dan suci dari sebab-sebab yang mendatangkan
dosa, maka ia sentiasa didoakan oleh Malaikat yang bertugas untuk itu: Semoga
Allah mengampuni dosanya dan memberi rahmat kepadanya:

Hadis ini membayangkan bahawa orang-orang yang beribadat ada di antaranya yang mengerjakan
ibadatnya dengan sempurna dan ada pula yang kurang sempurna, maka golongan yang pertama
layak menerima rahmat Tuhan, dan golongan yang kedua pula berhajatkan keampunan Tuhan.

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan berdoa untuk orang-orang yang merapatkan celah-celah saf
sembahyang, dan orang-orang yang berada pada saf yang pertama:
َ‫ﷲ‬‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قال إِ ﱠن ﱠ‬
‫صلﱠى ﱠ‬َ ‫ﷲُ َع ْنھَا َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ِ ‫ َع ْن َعائِ َشةَ َر‬-26
‫ف َو َم ْن َس ﱠد فُرْ َجةً َرفَ َعهُ ﱠ‬
‫ﷲُ بِھَا‬ َ ‫ون الصﱡ فُو‬َ ُ ‫صل‬ِ َ‫ين ي‬ َ ‫ون َعلَى الﱠ ِذ‬
َ ‫صلﱡ‬َ ُ‫َو َم َالئِ َكتَهُ ي‬
(‫ )اإلمام أحمد وابن ماجه‬.ً‫َد َر َجة‬
26- Dari Aisyah r.a dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan
Malaikatnya pula mendoakan bagi orang-orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang
serta orang-orang yang merapatkannya; dan orang yang masuk menutup celah saf sembahyang
itu (akan beroleh satu tambahan lagi, iaitu) diangkatkan Allah martabatnya dengan perbuatannya
yang tersebut: satu darjat."

(Imam Ahmad dan Ibn Majah)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ِ ‫ب َر‬ ِ ‫ َع ِن ْالبَ َرا ِء ب ِْن َع‬-27
ٍ ‫از‬
(‫ )اإلمام أحمد وأبو دواد‬.‫ﱠف ْاألَ ﱠو ِل‬ ‫ون َعلَى الص ﱢ‬ َ ‫صلﱡ‬ ‫ إِ ﱠن ﱠ‬:‫قَا َل‬
َ ُ‫ﷲَ َو َم َالئِ َكتَهُ ي‬
27- Dari al-Bara' bin `Aazib r.a., Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan
Malaikat-Nya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama."

(Imam Ahmad dan Abu Daud)

Sembahyang berjamaah mempunyai kelebihan yang besar, dan kedudukan saf dalam
sembahyang berjamaah itu dikehendaki tiap-tiap seorang menjaganya dengan baik supaya tidak
terputus atau tidak ada celah celahnya.

Dalam hadis yang ke 26, Rasulullah s.a.w., menerangkan bahawa orang-orang yang
mengambil berat menjaga saf dengan sebaik-baiknya akan diberi rahmat oleh Allah Taala dan
mereka akan didoakan oleh Malaikat semoga dosa mereka diampuni Allah.

Selain dari itu, orang-orang yang masuk menutup celah saf sembahyang pula akan ditinggikan
martabatnya oleh Allah `Azza wa Jalla.

Dalam hadis yang ke 27 pula diterangkan tentang kelebihan saf yang pertama dalam sembahyang
berjamaah dan balasan yang sebaik-baiknya yang didapati oleh orang yang mengambil tempatnya
dalam saf yang pertama itu.

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan mengingatkan manusia tentang kelebihan bulan Ramadhan dan
peluang-peluang yang, terbuka bagi seseorang untuk berusaha menyelamatkan dirinya dari neraka:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ َذا‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-28
‫ان… يُنَا ِدي ُمنَا ٍد يَا بَا ِغ َي ْال َخي ِْر أَ ْقبِلْ َويَا‬ َ ‫ض‬ َ ‫ان أَ ﱠو ُل لَ ْيلَ ٍة ِم ْن َشھ ِْر َر َم‬
َ ‫َك‬
(‫ )الترمذي والنسائي‬.‫ك ُكلﱡ لَ ْيلَ ٍة‬ ِ ‫صرْ َو ِ ﱠ ِ ُعتَقَا ُء ِم ْن النﱠ‬
َ ‫ار َو َذل‬ ِ ‫بَا ِغ َي ال ﱠشرﱢ أَ ْق‬
28- Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari
bulan Ramadhan menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan
kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan;
berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang
dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, ada
pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."

(Tirmizi dan al-Nasa'i)

Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati Allah, tiap-tiap amal kebajikan yang
dikerjakan padanya digandakan pahalanya.

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w., menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan, Malaikat menyeru
manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari
biasa, dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka
terdorong melakukannya.

Malaikat juga menerangkan dalam seruannya itu tentang kemurahan Allah Taala
membebaskan orang-orang yang berdosa yang dijanjikan dengan azab siksa. Semoga peluang
yang baik dalam bulan yang mulia itu digunakan dengan sepenuhnya.

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan menyeru tiap-tiap hari, menggalakkan manusia supaya berbakti
dengar nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َما‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ال ﱠدرْ َدا ِء َر‬-29
‫ان نداء يسمعه خلق‬ ِ ‫ت فيه َش ْمسٌه إِ ﱠال وكان بِ َج ْنبَتَ ْيھَا َملَ َك‬
ِ َ‫ان يُنَا ِدي‬ ْ ‫من يوم طَلَ َع‬
‫ﷲ كلھم غير الثﱠقَلَي ِْن يَا أَيﱡھَا النﱠاسُ ھَلُ ﱡموا إِلَى َربﱢ ُك ْم إِ ﱠن َما قَ ﱠل َو َكفَى َخ ْي ٌر ِم ﱠما‬
‫ان نداء يسمعه‬ ِ َ‫ان يُنَا ِدي‬ِ ‫ت ال َش ْمسٌ إِ ﱠال وكان بِ َج ْنبَتَ ْيھَا َملَ َك‬ ْ َ‫َكثُ َر َوأَ ْلھَى َو َال آب‬
‫ )اإلمام‬.‫خلق ﷲ كلھم غير الثﱠقَلَي ِْن اللﱠھُ ﱠم أَ ْع ِط ُم ْنفِقًا َخلَفًا َوأَ ْع ِط ُم ْم ِس ًكا تَلَفًا‬
(‫أحمد وابن حبان‬
29- Dari Abu ad-Dardaa' r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: Tidak ada satu hari yang terbit
mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu dua Malaikat yang menyerukan seruan yang
didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian
manusia! Marilah kamu semua berusaha mengenakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana
sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di
dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan
akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukan
seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya
Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-
nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah
kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada
mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah. "
(Imam Ahmad dan Ibn Hibban)

Dalam kehidupan hari-hari manusia banyak berhadapan dengan perkara-perkara yang


melalaikannya daripada berusaha mengerjakan amal bakti, lebih-lebih lagi perkara yang
berhubung dengan harta benda dan cara membelanjakannya.

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w., menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari ada Malaikat yang
menyeru - mengingatkan manusia supaya:

(1) Mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang- untuk mencapai
keredhaan Allah.

(2) Mengambil ingatan bahawa pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi


keperluan hidup di dunia meliputi harta benda dan nikmat nikmat yang lain - adalah lebih baik dari
pendapatan-pendapatan yang banyak yang melalaikan dari mengerjakan amal bakti untuk
mencapai kebahagiaan yang kekal di akhirat.

Diterangkan juga bahawa Malaikat itu mendoakan semoga orang yang pemurah yang berbakti
pada jalan Allah dengan harta benda, ilmu pengetahuan dan tenaganya: diberi balasan yang
berganda-ganda, manakala orang yang bakhil kedekut: ditimpa kerugian.

Di antara Malaikat ini, ada yang ditugaskan pada hari akhirat - melahirkan penghargaan kepada orang yang
telah membanyakkan amal-amal kebajikan:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َم ْن‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-30
‫ﷲِ ھَ َذا َخ ْي ٌر فَ َم ْن‬ ‫ب ْال َجنﱠ ِة يَا َع ْب َد ﱠ‬ ِ ‫ي ِم ْن أَ ْب َوا‬َ ‫ﷲِ نُو ِد‬ ‫يل ﱠ‬ ِ ِ‫ق َز ْو َجي ِْن فِي َسب‬ َ َ‫أَ ْنف‬
‫ان ِم ْن أَ ْھ ِل ْال ِجھَا ِد ُد ِع َي‬ َ ‫ب الص َﱠال ِة َو َم ْن َك‬ ِ ‫ان ِم ْن أَ ْھ ِل الص َﱠال ِة ُد ِع َي ِم ْن بَا‬ َ ‫َك‬
َ ‫ﱠان َو َم ْن َك‬
‫ان‬ ِ ‫ب ال ﱠري‬ ِ ‫ان ِم ْن أَ ْھ ِل الصﱢ يَ ِام ُد ِع َي ِم ْن بَا‬ َ ‫ب ْال ِجھَا ِد َو َم ْن َك‬ ِ ‫ِم ْن بَا‬
‫ﷲُ َع ْنهُ بِأَبِي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ص َدقَ ِة فَقَا َل أَبُو بَ ْك ٍر َر‬ ‫ب ال ﱠ‬ ِ ‫ص َدقَ ِة ُد ِع َي ِم ْن بَا‬ ‫ِم ْن أَ ْھ ِل ال ﱠ‬
‫ضرُو َر ٍة‬ َ ‫ب ِم ْن‬ ِ ‫ك ْاألَ ْب َوا‬ َ ‫ﷲِ َما َعلَى َم ْن ُد ِع َي ِم ْن تِ ْل‬ ‫ت َوأُ ﱢمي يَا َرسُو َل ﱠ‬ َ ‫أَ ْن‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم نَ َع ْم َوأَرْ جُو‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ب ُكلﱢھَا قَا َل‬ ِ ‫ك ْاألَ ْب َوا‬ َ ‫فَھَلْ يُ ْد َعى أَ َح ٌد ِم ْن تِ ْل‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.‫ون ِم ْنھُ ْم‬ َ ‫أَ ْن تَ ُك‬
30- Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari
jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari
pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya.
Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang dan
sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa
yang membanyakkan jenis puasa: ia diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa
yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dan pintu sedekah. " Mendengarkan yang
demikian, Abu Bakar r.a., berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam
saat kecemasan). Tidaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari
setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk
dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w. menjawab: "Ia, ada. Dan aku harap engkau seorang dari
mereka yang berbahagia itu."

(Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menerangkan tentang kemuliaan dan penghormatan yang
tinggi yang diberikan oleh Malaikat pada hari akhirat kepada orang yang membanyakkan jenis-
jenis amal kebajikan yang dilakukannya.

Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan, sangatlah dihormati oleh
Malaikat Syurga sehingga masing-masing berebut-rebut menjemputnya masuk dari pintu yang
dijagainya.

Maksud mengerjakan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan itu ialah: Misalnya seseorang
mengerjakan sembahyang fardu ia juga mengerjakan berbagai-bagai sembahyang sunat.
Demikian halnya pada amal-amal kebajikan yang lain.

Mendengarkan tentang kemuliaan yang besar yang akan di dapati oleh orang yang berbahagia itu,
Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, r.a., merasa gembira dan meminta penjelasan dari Rasulullah
s.a.w., lalu Baginda s.a.w. menerangkannya dan menyatakan harapannya semoga Sayidina Abu
Bakar termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung itu.

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan menyampaikan ucapan selawat dan salam yang diucapkan oleh
seseorang kepada Rasulullah s.a.w.

:‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬‫صلﱠى ﱠ‬َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫اس ٍر َر‬ ِ ‫ َع ْن َع ﱠم‬-31
ِ َ‫ار ب ِْن ي‬
‫ص َالةً إِ ﱠال‬
َ ‫ي‬ َ ُ‫"إِ ﱠن ﱠ ِ َملَ ًكا أَ ْعطَاهُ َس ْم َع ْال ِعبَا ِد ُكلﱢ ِھ ْم فَ َما ِم ْن أَ َح ٍد ي‬
‫صلﱢي َعلَ ﱠ‬
(‫ )البخاري في تاريخه والطبراني‬."‫أَ ْبلَ َغنِيھَا‬
31- Dari Ammaar bin Yasir r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya ada bagi Allah satu
Malaikat yang diberikan kepadanya kuasa mendengar ucapan hamba-hamba Allah semuanya
maka tidak ada seseorang pun yang mengucap sesuatu selawat kepadaku melainkan Malaikat itu
menyampaikannya kepadaku."

(Bukhari dalam Kitab Tarikhnya dan Tabrani)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ِ ‫ﷲِ ب ِْن َم ْسعُو ِد َر‬ ‫ َع ْن َع ْب ِد ﱠ‬-32
‫ض يُبَلﱢ ُغونِي ِم ْن أُ ﱠمتِي الس َﱠال َم ِم ﱠم ْن يُ َسلﱢ ُم‬
ِ ْ‫ين فِي ْاألَر‬ َ ‫ﱠاح‬ِ ‫قَا َل إِ ﱠن ِ ﱠ ِ َم َالئِ َكةً َسي‬
(‫ )اإلمام أحمد والنسائي‬.ُ‫ت َدارُاه‬ ْ ‫ط ُرهُ َوتَنَا َء‬ْ ُ‫ي ِم ْنھُ ْم َوإِ ْن بَ ُع َد ق‬
‫َعلَ ﱠ‬
32- Dari Abdillah bin Mas'ud r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya ada bagi
Allah beberapa Malaikat yang berjalan di merata-rata bumi untuk menyampaikan salam kepadaku
dari sesiapa di antara umatku yang memberi salam kepadaku, sekalipun jauh negeri orang itu dan
tempat tinggalnya.

(Imam Ahmad dan al-Nasa'i)

Ucapan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w., adalah satu ibadat yang sangat-sangat
dituntut dari setiap orang Islam dalam setiap masa.

Islam ialah sebesar-besar nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada umat manusia. Tiap-tiap
seorang Islam terhutang budi kepada Nabi Muhammad s.a.w. , yang telah
menyampaikan agama Islam itu dan dengan sebab Bagindalah ia mendapat nikmat Islam yang
tidak ada taranya itu. Dengan yang demikian hendaklah ia membanyakkan selawat dan salam
kepada Baginda s.a.w., dalam setiap keadaan dan waktu sebagai menandakan cinta kasihnya
kepada Baginda s.a.w.

Orang yang mencuaikan ibadat ini adalah dicap sebagai bakhil menurut pandangan syarak -
kerana Ia tidak mengenang budi.

Pendeknya, selawat dan salam yang diucapkan oleh tiap-tiap seorang kepada Rasulullah s.a.w.,
amatlah besar fadhilatnya dan faedah-faedahnya dan kerana itulah ada Malaikat yang bertugas
menyampaikannya kepada Baginda s.a.w.

Fasal Pertama:
Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w. Dan Faedahnya

Makna Berselawat:

Makna berselawat atas Nabi Muhammad s.a.w. ialah berdoa memohon supaya Allah Taala
melimpahkan rahmat menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita
Nabi Muhammad s.a.w

Maksud dan tujuan berselawat:

Maksud dan tujuan berselawat atas Nabi Muhammad ialah

(1) Mematuhi perintah Allah s.w.t yang tersebut dengan jelas iaitu di dalam ayat 56 Surah Al-
Ahzab yang menyuruh orang-orang yang beriman berselawat dan bertaslim kepada Nabinya,
Muhammad s.a.w.

(2) Menunaikan maksud yang terkandung pada sepotong dari ayat 77 Surah al-Qasas yang
memerintahkan kita melakukan kebaikan dan kemurahan sebagai menghargai dan mensyukuri
nikmat-nikmat ihsan pengurniaan-Nya kepada kita dan sememang maklum bahawa
sebahagian yang terbesar daripada-nya ialah nikmat ihsan-Nya mengurniakan kita seorang
Rasul yang teragung, Nabi Muhammad s.a.w.

(3) Mengenang budi dan jasa baik Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak putus-putus sekalipun
Baginda s.a.w. telah meninggal dunia dan berada di alam barzakh sebagaimana sabdanya s.a.w.,
pada hadis lbn Mas'ud yang diriwayatkan oleh al-Bazzaar yang bererti: "Hidupku adalah
kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal
kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa sahaja amal yang aku dapati baik, aku
ucapkan: Alhamdulillah, dan apa sahaja amal kamu yang aku dapati jahat, aku :!
memohon keampunan Allah untuk kamu."

(4) Mengamalkan kehendak hadis-hadis, yang maksudnya seperti berikut:

(a) Dan (b) hadis lbn Umar, r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud juga Nasa'i dan
hadis Jabir r.a. yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Abu Daud yang menyatakan bahawa.
Sesiapa yang menerima budi orang, sama ada yang berupa harta benda, ilmu pengetahuan atau
perkara lain maka orang yang menerima budi itu disuruh membalasnya dengan sebarang yang
ada padanya, setidak-tidaknya dengan berdoa untuk orang yang berbuat budi itu seberapa
banyak yang ia fikir berpadanan dengan budi yang Ia terima; orang yang tidak berbuat demikian
adalah orang yang kufurkan nikmat, orang yang tidak mengenang budi

(c) Hadis Usamah bin Zaid, r.a. yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang menyatakan bahawa: Sesiapa
yang menerima budi orang lalu ia setelah tidak berdaya hendak membalasnya - berkata kepada
yang berbuat budi itu: `Tuhan jualah yang membalasmu dengan kebaikan di dunia dan akhirat',
maka bererti ia telah membalas budi itu dengan sepenuhnya.

(d)Hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud yang menyatakan bahawa:
Sesiapa yang tidak syukurkan dan tidak mengenangkan budi yang dibuat orang kepadanya adalah
orang yang tidak menghargai dan tidak mensyukuri nikmat Allah s.w.t.

Hukum Berselawat:

Berdasarkan ayat-ayat dan hadis yang tersebut maka aIim ulama telah sekata menetapkan
bahawa hukum berselawat kepada Nabi s.a.w. adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka
tidak sekata tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangan kalinya, bahkan
mereka berselisih kepada beberapa pendapat, di antaranya:

(1) Wajib berselawat dalam masa mengerjakan tiap-tiap sembahyang.

(2) Wajib berselawat dalam masa membaca Tasyahud (Tahyat).

(3) Wajib berselawat dalam masa membaca Tasyahud selepas membaca dua: Kalimah Syahadah.
(Tahyat) akhir

(4) Dalam seumur hidup cukuplah satu kali berselawat untuk menunaikan hukum wajibnya dan
yang lebih dari itu adalah satu sunat yang digalakkan oleh Islam dan yang menjadi syiar ahli Islam.

(5) Wajib berselawat pada tiap-tiap kali menyebut, menulis atau mendengar nama Nabi
Muhammad s.a.w., atau ganti namanya atau pun pangkat kenabiannya juga pangkat kerasulannya
s.a.w.. Pendapat ini ialah pendapat sebahagian besar daripada penyokong-penyokong
Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali, mereka berpendapat
bahawa sesiapa yang tidak berselawat pada masa-masa yang tersebut maka ia telah melakukan
dosa besar kerana banyak hadis yang menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w., telah memberi
amaran menyatakan bahawa sesiapa yang tidak berselawat kepada Baginda s.a.w., pada masa
disebutkan nama atau ganti nama Baginda s.a.w. maka dialah orang yang sebakhil-bakhil
manusia, dialah yang mendapat kehinaan yang memalukan dan memuramkan mukanya, dialah
yang beroleh kepayahan dan kesusahan, dialah yang jauh dari rahmat Allah dan dialah yang akan
masuk ke dalam neraka sekiranya tidak diampunkan dosanya meninggalkan berselawat itu,
(sebagaimana yang tersebut dalam hadis Abu Zar al-Ghifari, yang diriwayatkan oleh Ibn Abu Asim;
Hadis Abu Hurairah riwayat Tirmizi dan al-Hakim; riwayat at-Tabari dan Bukhari pada al-Adab al-
Mufrad; Hadis Abu Hurairah riwayat Ibn Hibban dan al-Bukhari pada al-Adab al-Mufrad dan hadis
Abdullah bin Jarad riwayat ad-Dailami).

Peringatan: Hendaklah diketahui dan diingat bahawa meringkaskan susun kata " ‫"ﻠ‬
‫ﺻﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠم‬
dengan "‫"ص‬
atau pun dengan "‫ﺻﻌم‬
‫ " ﻠ‬adalah cara perbuatan orang bakhil.
Faedah berselawat:

Banyak hadis-hadis yang menyatakan faedah-faedah berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
dan ramai pula ulama yang telah menyusun kitab-kitab dan risalah-risalah khas untuk
menerangkan faedah-faedah yang ternyata daripada hadis-hadis yang tersebut.

Jelasnya sesiapa yang berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan maksud dan tujuan
yang telah dinyatakan dahulu dapatlah Ia menerima:

(1) Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya; dan sememang maklum bahawa
rahmat Allah adalah satu perkara yang sangat-sangat dikehendaki dan yang sungguh-sungguh
dipohon oleh tiap-tiap orang mukmin, kerana sebarang nikmat - ilmu pengetahuan, anak pinak,
harta benda, pengaruh dan kebesaran - kalau tidak disertai oleh rahmat Allah, akan menjadi
"Niqmat" dan bala' bencana, oleh sebab itu Tuhan menyuruh kita bergembira dengan rahmat
kasih sayangNya sahaja (58 Surah Yunus).

(2) Tempat-tempat yang berdekatan dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada hari qiamat kelak di
mana sahaja Baginda s.a.w., berada.

(3) Keutamaan beroleh syafaat yang khas dari Nabi Muhammad s.a.w. pada hari qiamat.

(4) Doa selawat Malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama Ia berselawat kepada Nabi
Muhammad s.a.w.

(5) Jaminan terpeliharanya dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakannya dan
yang membimbangkannya dari perkara-perkara dunia dan akhirat.

(6) Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak
berselawat kepada Nabi Muhammad yang telah disebutkan dahulu.

Semuanya ini, kecuali yang tersebut pada nombor 6 ditegaskan oleh hadis-hadis yang berikut:
" ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬
‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬
َ ‫ي‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-33
‫ض َي ﱠ‬
‫ )مسلم والترمذي وأبو‬." ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه بھا َع ْشرًا‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ً‫اح َدة‬
ِ ‫ي َو‬ ‫صلﱠى َعلَ ﱠ‬ َ ‫َم ْن‬
(‫داود والنسائي واإلمام أحمد وابن حبان‬
33- Dari Abu Hurairah, r.a. bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepada-ku
sekali selawat nescaya Allah limpahkan sepuluh rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat
itu."

(Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Nasa'i, Imam Ahmad dan Ibn Hibban)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل "إِ ﱠن أَ ْق َربَ ُك ْم‬


‫صلﱠى ﱠ‬َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
ِ ‫س َر‬ ٍ َ‫ َع ْن أَن‬-34
".… ‫ص َالةً فِي ال ﱡد ْنيَا‬ ‫ِمنﱢي يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة فِي ُكلﱢ َم ْو ِط ٍن أَ ْكثَ ُر ُك ْم َعلَ ﱠ‬
َ ‫ي‬
(‫)البيھقي‬
34- Dari Anas, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya orang yang lebih hampir
kepadaku dari kalangan kamu pada ban qiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya
ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku di dunia

(al-Baihaqi)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬
‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن اب ِْن َم ْسعُو ٍد َر‬-35
(‫ )الترمذي‬." ً‫ص َالة‬ ‫اس بِي يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة أَ ْكثَ ُرھُ ْم َعلَ ﱠ‬
َ ‫ي‬ ِ ‫أَ ْولَى النﱠ‬
35- Dari Ibn Mas'ud, r.a. bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat
syafaatku pada hari qiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."

(Tirmizi)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
ِ ‫ َع ْن َعا ِم ِر ب ِْن َربِي َعةَ َر‬-36
‫ي فَ ْليُقِ ﱠل‬
‫صلﱠى َعلَ ﱠ‬ َ ُ‫ص َالةً لَ ْم تَزَلْ ْال َم َالئِ َكةُ ت‬
َ ‫صلﱢي َعلَ ْي ِه َما‬ ‫صلﱠى َعلَ ﱠ‬
َ ‫ي‬ َ ‫قَا َل َم ْن‬
(‫ )اإلمام أحمد وابن ماجه‬." ْ‫ك أَ ْو لِيُ ْكثِر‬ َ ِ‫َع ْب ٌد ِم ْن َذل‬
36- Dari Amir bin Rabi'ah, r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang berselawat
kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia. berselawat
kepadaku oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau
banyak. "

(Imam Ahmad dan Ibn Majah)


َ‫ﷲِ إِنﱢي أُ ْكثِ ُر الص َﱠالة‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل يَا َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ب َر‬ ٍ ‫ َع ْن أُبَ ﱢي ب ِْن َك ْع‬-37
‫ت وإِ ْن‬ َ ‫ت الرﱡ بُ َع قَا َل َما ِش ْئ‬ ُ ‫ت قُ ْل‬َ ‫ص َالتِي قَا َل َما ِش ْئ‬ َ ‫ك ِم ْن‬ َ َ‫ك فَ َك ْم أَجْ َع ُل ل‬
َ ‫َعلَ ْي‬
‫ك قَا َل‬ َ َ‫ت فَھُ َو َخ ْي ٌر ل‬ َ ‫ت َوإِ ْن ِز ْد‬ َ ‫ف قَا َل َما ِش ْئ‬ َ ْ‫ت فالنﱢص‬ ُ ‫ك قُ ْل‬َ َ‫ت فَھُ َو َخ ْي ٌر ل‬ َ ‫ِز ْد‬
‫ص َالتِي‬ َ ‫ك‬ َ َ‫ت أَجْ َع ُل ل‬ُ ‫ك قُ ْل‬َ َ‫ت فَھُ َو َخ ْي ٌر ل‬ َ ‫ت َوإِ ْن ِز ْد‬ َ ‫ت فَالثﱡلُثَي ِْن قَا َل َما ِش ْئ‬ ُ ‫قُ ْل‬
(‫ )الترمذي وأحمد والحاكم‬."… ‫ك‬ َ ُ‫ك َذ ْنب‬َ َ‫ك َويُ ْغفَ ُر ل‬َ ‫ُكلﱠھَا قَا َل إِذن تُ ْكفَى ھَ ﱠم‬
37- Dari Ubai bin Ka'ab, r.a. katanya: "Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa,
memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka
sebanyak mana yang elok aku untukkan?" Baginda s.a.w., menjawab: "Sekadar mana yang
engkau suka"; Aku berkata: "Aku hendak untukkan sesuku dari masaku"; Baginda s.a.w.,
bersabda: "Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik
untukmu"; Aku berkata: "Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku" Baginda s.a.w
bersabda: "Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu"; Aku
berkata: "Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masa Baginda s.a.w., bersabda: "Suka
hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik - untukmu"; Aku berkata: "(Kalau
begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan"; Baginda s.a.w.,
bersabda: "Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan
dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan
dosamu ..."

(Tirmizi, Imam Ahmad dan al-Hakim)

Masa yang dituntut berselawat padanya:

Penghulu kita Nabi Muhammad, sangat inginkan kita beroleh faedah-faedah kebaikan yang di
antaranya faedah berselawat kepadanya s.a.w., oleh sebab itu maka banyak hadis-hadis yang
menggalakkan kita memberi seberapa banyak masa untuk berselawat kepadanya s.a.w khasnya
pada tiap-tiap malam Jumaat dan harinya, kerana hari Jumaat adalah hari raya mingguan kepada
tiap-tiap orang yang mempercayakan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. , hari yang padanya tiap-
tiap orang mukmin dituntut membanyakkan ibadat lebih daripada hari-hari yang lain maka kepada
orang mukmin hari itu bukanlah hari permainan atau hiburan

Di antara masa-masa dituntut lagi berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah:

(1) Setelah selesai habis menjawab azan (bang) dan sebelum membaca doa azan.

(2) Pada masa berada di mana-mana tempat perhimpunan yang baik dan pada masa
meninggalkan tempat itu.

(3) Pada masa berdoa iaitu pada permulaannya, pertengahannya dan pada penghabisannya,
bahkan ada hadis yang menyatakan bahawa doa tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu
tidak berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.

(4) Setelah selesai mengambil wuduk iaitu di antara tasyahudnya dan doanya yang termaklum.
(5) Pada masa masuk ke masjid dan pada masa keluar daripadanya.

Selepas berselawat elok ditambah dengan berdoa: ‫اللﱠھُ ﱠم‬ ْ‫اب لِي َوا ْفتَحْ ُذنُوبِي لِي ا ْغفِر‬ َ ‫أَ ْب َو‬
َ ‫ فَضْ لِ َك أَ ْب َو‬apabila
َ ِ‫ َرحْ َمت‬pada masa masuk dan dengan: ‫اب لِي َوا ْفتَحْ ُذنُوبِي لِي ا ْغفِرْ اللﱠھُ ﱠم‬
‫ك‬
keluar.

(6) Pada masa telinga berdesing iaitu dengan berkata:

" ‫ﺻﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠم ذﻛﺮ ﷲ ﻣن ذﻛﺮﻧﻰ ﺑﺧﻴﺮ‬


‫رﺳول ﷲ ﻠ‬ "
‫ﻣﺣﻣدا‬
(7) Pada masa seseorang lupakan satu-satu perkara. Tentang ini Rasulullah s.a.w., menyatakan,
maksudnya: "Sesiapa yang berbuat demikian diberikannya kemudahan mengingati perkara itu
Insya Allah. "

Cara Berselawat:

Selain daripada berselawat di dalam tahiyat sembahyang maka tidak dimestikan berselawat
dengan satu-satu cara yang tertentu bahkan boleh berselawat dengan mana-mana "Susun kata"
yang halus manis dan beradab sopan, yang bererti menzahirkan kesempurnaan sifat kemuliaan
Nabi Muhammad s.a.w., dan keagungan darjat kehormatannya s.a.w., serta kebaikan jasa dan
budinya s.a.w., yang berkekalan hingga ke akhirat, tetapi seelok-eloknya berselawat dengan
mana-mana satu cara yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w., yang telah pun
dihimpunkan oleh alim ulama; dan yang seafdal-afdalnya ialah selawat yang biasa dibaca selepas
tahiyat akhir tiap-tiap sembahyang kerana ulama telah menetapkan bahawa sesiapa yang
bersumpah atau bernazar hendak berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w., dengan seafdal-
afdal selawat maka tidak dihukum terlepasnya daripada wajib menepati sumpah atau nazarnya itu
melainkan dengan membaca selawat:

‫صلﱢ اللﱠھُ ﱠم‬ َ ‫آل َو َعلَى ُم َح ﱠم ٍد َعلَى‬ ِ ‫ْت َك َما ُم َح ﱠم ٍد‬ َ ‫صلﱠي‬ َ ‫آل َو َعلَى إِ ْب َرا ِھي َم َعلَى‬ ِ
ِ َ‫آل َو َعلَى ُم َح ﱠم ٍد َعلَى َوب‬
‫ار ْك إِ ْب َرا ِھي َم‬ ِ ‫ت َك َما ُم َح ﱠم ٍد‬ َ ‫َو َعلَى إِ ْب َرا ِھي َم َعلَى بَا َر ْك‬
ِ ‫ك ْال َعالَ ِمي َْن فِي إِ ْب َرا ِھي َم‬
‫آل‬ َ ‫َم ِجي ٌد َح ِمي ٌد إِنﱠ‬
Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan menulis segala amal manusia:

َ‫ﷲ‬‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل "إِ ﱠن ﱠ‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫س َر‬ ٍ َ‫ َع ْن أَن‬-38
‫ قُو َما َعلَى قَب ِْر َع ْب ِدي‬:‫ات … فَيَقُو ُل‬ َ ‫ َوإِ َذا َم‬،ُ‫ان َع َملَه‬ ِ َ‫َو ﱠك َل بِ َع ْب ِد ِه َملَ َكي ِْن يَ ْكتُب‬
‫ )أبو‬." ‫ك لِ َع ْب ِدي إِلَى يَ ْو ِم ْالقِيَا َم ِة‬َ ِ‫فَ َسبﱢ َحانِي َواحْ َم َدانِي َو َكبﱢ َرانِي َوا ْكتُبَا َذل‬
(‫الشيخ والطبراني‬
38- Dari Anas r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua
Malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hamba-Nya
(satu di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati -
maka Tuhan perintahkan kedua Malaikat itu dengan firman-Nya: "Hendaklah kamu berdua tinggal
tetap di kubur hamba-Ku itu serta hendaklah kamu mengucap tasbih, tahmid dan takbir hingga ke
hari qiamat dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hamba-Ku itu."

(Abu al-Syeikh dan Tabarani)

َ ‫َو َجا َء أَنﱠھُ َما يَ ْل َعنَانِ ِه إِلَى يَ ْو ِم ْالقِيَا َم ِة إِ ْن َك‬


.‫ان َكافِرًا‬
Dan pada satu Athar, ada disebutkan bahawa kedua Malaikat itu melaknat Si mati hingga ke hari
qiamat - jika ia seorang kafir.

Allah s.w.t Maha Mengetahui akan segala yang lahir dan yang tersembunyi, tetapi bagi
melahirkan kebesaran kerajaan-Nya dan keadilan pemerintahan-Nya maka segala apa jua yang
dilakukan oleh setiap manusia - sama ada yang baik atau yang buruk - diperintahkan menulisnya
dalam surat amalnya oleh dua Malaikat yang ditugaskan khas mengenainya supaya dapat dilihat
dan dibaca oleh orang itu sendiri pada hari akhirat kelak.

Kedua-dua Malaikat yang tersebut - sebagaimana yang diterangkan dalam hadis ini - tidak
bercerai daripada orang itu walau sesudah ia meninggal dunia. Mereka diperintahkan tinggal
tetap di kuburnya bertasbih, bertahmid dan bertakbir hingga ke hari qiamat dan
pahala zikir mereka yang tersebut ditulis oleh mereka dalam surat amal orang itu.

Sebaliknya jika ia kafir, maka mereka melaknatnya hingga ke hari qiamat.

Perihal Malaikat penulis amal manusia:

" :‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي أُ َما َمةَ َر‬-39
ُ‫ت لَه‬ ْ َ‫ فَإِ َذا َع ِم َل ْال َع ْب ُد َح َسنَةً ُكتِب‬، ‫ال‬ِ ‫ب ال ﱢش َم‬ِ ‫اح‬ ِ ‫ص‬ َ ‫ين أَ ِمي ٌر َعلَى‬ ِ ‫احبُ ْاليَ ِم‬ ِ ‫ص‬ َ
ُ‫احب‬ ِ ‫ص‬ َ ‫ال أَ ْن يَ ْكتُبَھَا قَا َل‬ ِ ‫احبُ ال ﱢش َم‬ ِ ‫ص‬ َ ‫بِ َع ْش ِر أَ ْمثَالِھَا َوإِ َذا َع ِم َل َسيﱢئَةً فَأ َ َرا َد‬
ْ‫ت فَإ ِ ْن ا ْستَ ْغفَ َر ِم ْنھَا لَ ْم يَ ْكتُب‬ٍ ‫ت أَ ْو َس ْب َع َسا َعا‬ ٍ ‫ت َسا َعا‬ ‫ك ِس ﱠ‬ ُ ‫ين أَ ْم ِس ْك فَيُ ْم ِس‬ِ ‫ْاليَ ِم‬
‫ )الطبراني وابن‬." ً‫اح َدة‬ ِ ‫ب َعلَ ْي ِه َسيﱢئَةً َو‬ َ َ‫ﷲَ َكت‬‫َعلَ ْي ِه َش ْيئًا َوإِ ْن لَ ْم يَ ْستَ ْغفِرْ ﱠ‬
(‫مردويه‬
39- Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: Malaikat yang di sebelah kanan (yang
menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang
melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh
kebaikan yang tersebut dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di
sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang di sebelah kanan tunggu dahulu; lalu ia
menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat
itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan
baginya satu kejahatan sahaja."
(Tabarani dan Ibn Marduwiah)

Dalam Hadis yang telah lalu, Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa tiap-tiap seorang manusia
ada dua Malaikat yang menulis amal-amalnya. Dalam Hadis ini pula diterangkan beberapa perkara
lagi mengenai kedua Malaikat itu:

(1) Satu berada di sebelah kanan dan yang satu lagi di sebelah kiri setiap orang manusia.

(2) Yang di sebelah kanan ialah yang menulis amal kebaikan dan menjadi ketua kepada yang di
sebelah kiri, yang menulis amal jahat.

(3) Tiap-tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh kebajikan, dan tiap-tiap satu kejahatan ditulis
satu kejahatan sahaja.

(4) Amal jahat tidak ditulis melainkan setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam - dengan
arahan dari Malaikat sebelah kanan.

(5) Sekiranya orang yang melakukan kejahatan itu beristighfar memohon ampun dari Allah Taala
dalam tempoh yang tersebut, maka kejahatan itu tidak ditulis.

Di antara Malaikat-malaikat juga, ada yang ditugaskan mencatit susunan kedatangan ahli-ahli Jumaat:

:‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-40
َ ‫ْج ِد َم َالئِ َكة يَ ْكتُب‬
‫ُون‬ ِ ‫ب ْال َمس‬
ِ ‫ب ِم ْن أَ ْب َوا‬
ٍ ‫ان َعلَى ُكلﱢ بَا‬ َ ‫ان يَ ْو ُم ْال ُج ُم َع ِة َك‬
َ ‫"إِ َذا َك‬
" ‫ُون ال ﱢذ ْك َر‬َ ‫ُف َو َجا ُءوا يَ ْستَ ِمع‬ ِْ ‫س‬
َ ‫اإل َما ُم طَ َو ْوا الصﱡ ح‬ َ َ‫ْاألَ ﱠو َل فَ ْاألَ ﱠو َل فَإِ َذا َجل‬
(‫)البخاري والنسائي وابن ماجه‬
40- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-
tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat
seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu
melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."

(Bukhari, Nasa'i dan Ibn Majah)

Kehadiran lebih awal untuk mengerjakan sembahyang Jumaat sangat-sangat diutamakan dalam
Islam.

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa kedatangan sidang jemaah ke
tempat sembahyang Jumaat juga ada penulis-penulisnya dari Malaikat. Mereka menulis tentang
kedatangan tiap-tiap seorang menurut tertib atau susunannya, mulai dari masa adanya orang yang
mula-mula tiba hingga ke masa imam naik mimbar untuk membaca khutbah. Pada ketika itu
Malaikat berhenti menulis lalu melipat surat catatan mereka dan datang mendengar khatib
membaca khutbah.
Dengan itu dapat difahami bahawa orang yang datang setelah imam naik mimbar tidak tercatat di
antara orang-orang yang mendapat fadilat susunan kehadiran walaupun ia mendapat fadilat
sembahyang Jumaat.

Maka amatlah baiknya bagi tiap-tiap seorang, datang lebih awal ke tempat sembahyang Jumaat
sebelum imam naik mimbar.

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan menulis amal-amal salih yang biasa dikerjakan oleh seseorang
yang kemudian ia terhenti melakukannya disebabkan bencana yang menimpanya:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ َذا ا ْبتَلَى‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
ِ ‫س َر‬ ٍ َ‫ َع ْن أَن‬-41
َ ‫صالِ َح َع َملِ ِه الﱠ ِذي َك‬
ُ‫ان يَ ْع َملُه‬ َ ُ‫ﷲُ ْال ُم ْؤ ِم َن بِبَ َال ٍء فِي َج َس ِد ِه قَا َل لِ ْل َملَ ِك ا ْكتُبْ لَه‬
‫ﱠ‬
‫ )ابن أبي شيبة‬." ُ‫ضهُ َغفَ َر لَهُ َو َر ِح َمه‬ َ َ‫فَإِ ْن َشفَاهُ َغ َسلَهُ َوطَھﱠ َرهُ َوإِ ْن قَب‬
(‫واإلمام أحمد والبيھقي‬
41- Dari Anas r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang mukmin diuji oleh
Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada Malaikat
penulis amalnya: "Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa ia lakukan; kemudian jika
Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu
bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta
dikurniakan rahmat kepadanya."

(Ibn Abi Syaibah, Imam Ahmad dan Baihaqi)

Sekiranya seseorang itu ditimpa kemalangan maka hendaklah ia menerima kejadian itu dengan
tabah hati dan bersabar, kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan kepadanya.

Di antara kebaikan-kebaikan itu ialah:

(1) Jika ia biasa mengerjakan sesuatu amal yang baik semasa ia berkeadaan sihat, kemudian ia
tidak dapat mengerjakannya disebabkan bencana yang menimpanya, maka Tuhan perintahkan
Malaikat penulis amalnya supaya menuliskan untuknya amalnya yang baik yang tak dapat
dikerjakan itu.

(2) Jika Tuhan hapuskan kesan-kesan bencana yang menimpanya itu, maka Tuhan jadikan
bencana itu sebagai "Kaffarah" yang menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu serta dijadikan
hidup berkeadaan baharu - suci bersih dari dosa.

(3) Jika Tuhan sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia diberi ampun dan
dilimpahkan rahmat kepadanya.

Hakikat ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam satu hadisnya yang lain, maksudnya:
"Tiap-tiap seorang hendaklah menggunakan masa sihatnya untuk mengerjakan amal-amal salih,
dan sekiranya ia ditimpa bencana maka hendaklah ia menerimanya dengan bersabar. "

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan berdoa untuk kebaikan orang yang mengajar perkara-perkara
yang baik:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي أُ َما َمةَ َر‬-42
‫ين َحتﱠى النﱠ ْملَةَ فِي جُحْ ِرھَا َو َحتﱠى‬
َ ‫ض‬ِ ‫ت َو ْاألَ َر‬ ِ ‫ﷲَ َو َم َالئِ َكتَهُ َوأَ ْھ َل ال ﱠس َم َوا‬
‫إِ ﱠن ﱠ‬
(‫ )الترمذي‬.‫اس ْال َخ ْي َر‬
ِ ‫ون َعلَى ُم َعلﱢ ِم النﱠ‬ َ ‫صلﱡ‬ َ ُ‫ُوت لَي‬َ ‫ْالح‬
42- Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya
Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan
semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan
perkara-perkara yang baik kepada orang ramai.

(Tirmizi)

Usaha mengajar dan menyebarkan kepada orang ramai sesuatu pelajaran yang berkebajikan pada
pandangan agama, amatlah tinggi nilainya.

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w., menerangkan: Bahawa Allah s.w.t sendiri menghargai usaha itu
dengan melimpahkan rahmat kepada orang yang menjalankannya.

Demikian juga Malaikat dan segala isi langit dan bumi, sehinggakan semut dalam lubangnya dan
ikan di laut berdoa semoga orang itu diberi balasan yang sebaik-baiknya.

Dengan itu sungguh beruntung sesiapa yang berusaha memberi tunjuk ajar dengan perkara-
perkara yang baik

Di antara Malaikat juga ada yang ditugaskan memberi penghormatan kepada penuntut ilmu agama:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ال ﱠدرْ َدا ِء َر‬-43
‫ )الترمذي‬." ‫ب ْال ِع ْل ِم ِرضًا بِ َما يصنع‬ ِ ِ‫ض ُع أَجْ نِ َحتَھَا لِطَال‬
َ َ‫إن ْال َم َالئِ َكةَ لَت‬
‫ ﱠ‬:‫قَا َل‬
(‫وأبو دواد‬
43- Dari Abu ad-Darda' r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-
malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu
agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."

(Tirmizi dan Abu Daud)


Penuntut ilmu agama adalah bakal mubaligh-mubaligh Islam yang akan menjalankan tugas tabligh
untuk menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasul-
Nya s.a.w.

Dalam hadis ini, Baginda s.a.w., menyatakan: Bahawa Malaikat amatlah menghormati penuntut-
penuntut ilmu agama kerana menghargai tugas mereka yang mulia itu.

Di antara Malaikat juga ada yang ditugaskan mengucapkan Aamin bagi doa orang yang memohon
kebaikan untuk saudaranya; dengan tidak setahunya:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ال ﱠدرْ َدا ِء َر‬-44
‫ )مسلم‬. " ‫ك بِ ِم ْث ٍل‬ َ ‫ك ْال ُم َو ﱠك ُل بِ ِه آ ِم‬
َ َ‫ين َول‬ ُ َ‫ب قَا َل ْال َمل‬
ِ ‫َم ْن َد َعا ِألَ ِخي ِه بِظَھ ِْر ْال َغ ْي‬
(‫وأبو داود‬
44- Dari Abu ad-Darda' r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesiapa yang berdoa bagi
saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang
ditugaskan untuk itu: "Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga."

(Muslim dan Abu Daud)

Doa dari seseorang Islam kepada saudara Islamnya yang lain dengan harapan semoga ia beroleh
kebaikan atau terselamat dari bala' bencana adalah dituntut oleh syarak, sama ada dengan
setahu orang yang didoakan itu atau tidak.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menerangkan. Bahawa doa yang dilakukan oleh seseorang
untuk saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya itu Malaikat juga turut mengaminkan
semoga doanya dikabulkan Tuhan serta menggembirakannya: Bahawa ia juga akan beroleh
kebaikan yang sama kerana menghargai keikhlasan hatinya mendoakan saudaranya

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan memberi ilham kepada manusia:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن اب ِْن َم ْسعُو ٍد َر‬-45
ِ َ‫ان لَ ﱠمةً بِاب ِْن آ َد َم َولِ ْل َملَ ِك لَ ﱠمةً فَأ َ ﱠما لَ ﱠمةُ ال ﱠش ْيط‬
‫ان فَإِي َعا ٌد بِال ﱠشرﱢ‬ ِ َ‫إِ ﱠن لِل ﱠش ْيط‬
‫ك‬َ ِ‫ق فَ َم ْن َو َج َد َذل‬ ‫ق بِ ْال َح ﱢ‬ٌ ‫ق َوأَ ﱠما لَ ﱠمةُ ْال َملَ ِك فَإِي َعا ٌد بِ ْال َخي ِْر َوتَصْ ِدي‬ ‫َوتَ ْك ِذيبٌ بِ ْال َح ﱢ‬
.‫ان‬ ِ َ‫ﷲَ َو َم ْن َو َج َد ْاألُ ْخ َرى فَ ْليَتَ َع ﱠو ْذ بِا ﱠ ِ ِم ْن ال ﱠش ْيط‬ ‫ﷲِ فَ ْليَحْ َم ْد ﱠ‬‫فَ ْليَ ْعلَ ْم أَنﱠهُ ِم ْن ﱠ‬
(‫)الترمذي والنسائي‬
45- Dari Ibn Mas'ud r.a., bahawa Rasu1lah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya
bisikan ke hati anak Adam dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah
galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran dan bisikan
Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini
kebenaran; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia
mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan
sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari
angkara syaitan. "

(Tirmizi dan Nasa'i)

Setiap manusia ada mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan: Bahawa ada Malaikat yang bertugas
memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran,
sebagaimana syaitan membisik-bisikkan lintasan jahat ke dalam hati manusia untuk melakukan
kejahatan dan menolak kebenaran.

Lintasan perasaan yang dipancarkan oleh Malaikat ke dalam hati manusia untuk melakukan
perkara-perkara yang baik itulah yang dinamakan "Ilham"; adapun bisikan-bisikan yang
mendorong manusia melakukan perkara-perkara yang jahat: Tidak sekali-kali dinamakan
ilham bahkan dinamakan "Waswas dari jin syaitan" yang diperintahkan kita
memohon perlindungan daripadanya seperti yang tersebut dalam Surah an-Nas.

Oleh itu, tiap-tiap seorang bila terasa sesuatu lintasan hati hendaklah lebih dahulu
dipertimbangkan dengan neraca syarak; jika bersesuaian, hendaklah dikerjakan; dan jika tidak,
hendaklah berhenti daripada meneruskannya.

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan melaknat orang yang mengacukan senjata kepada yang bukan
musuhnya pada syarak:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َم ْن‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-46
‫ان أَ َخاهُ ِألَبِي ِه‬
َ ‫أَ َشا َر إِلَى أَ ِخي ِه بِ َح ِدي َد ٍة فَإِ ﱠن ْال َم َالئِ َكةَ تَ ْل َعنُهُ َحتﱠى يَ َد َعهُ َوإِ ْن َك‬
(‫ )مسلم والترمذي‬.‫َوأُ ﱢم ِه‬
46- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengacukan kepada
saudara Islamnya dengan sebarang senjata yang membahayakan maka sesungguhnya Malaikat
akan melaknatnya, sekalipun yang diacukan kepadanya itu saudaranya yang seibu sebapa.

(Muslim dan Tirmizi)

Kegunaan senjata hanya untuk menghadapi musuh pada syarak, bukan untuk ditujukan kepada
orang yang diwajibkan kita bersikap aman damai terhadapnya.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menyatakan: Bahawa perbuatan mengacukan senjata kepada
orang yang bukan musuh, walaupun orang itu saudara kandung atau hanya dengan tujuan olok-
olok dan bergurau sahaja maka hukumnya bukan sahaja dilarang keras dalam Islam bahkan
dilaknat oleh Malaikat, kerana perbuatan yang berbahaya itu bertentangan dengan
tujuan penggunaan senjata.
Di antara Malaikat juga ada yang ditugaskan melaknat sesiapa yang menyeksa haiwan:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َم ْن‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما َع ِن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬
ِ ‫ َع ِن اب ِْن ُع َم َر َر‬-47
(‫ )الطبراني‬.‫ين‬ َ ‫اس أَجْ َم ِع‬
ِ ‫ﷲِ َو ْال َم َالئِ َك ِة َوالنﱠ‬
‫ان فَ َعلَ ْي ِه لَ ْعنَةُ ﱠ‬
ٍ ‫َمثﱠ َل بِ َحيَ َو‬
47- Dari Ibn Umar r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang menyeksa haiwan dengan
mengerat, mengoyak, mencabut atau mengelar mana-mana anggotanya, maka ditimpakan
atasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia semuanya."

(Tabarani)

Haiwan juga merasa sakit seperti manusia apabila mana-mana anggota badannya dipukul atau
ditikam dan sebagainya. Oleh itu maka setiap manusia hendaklah menaruh perasaan
belas kasihan juga kepada haiwan dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang
menyakitkan badannya atau anggotanya dengan apa cara pun jika tidak ada sesuatu sebab yang
memerlukan.

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menyatakan: Bahawa orang yang melakukan
perbuatan kejam dan ganas itu dilaknat oleh Allah dan MalaikatNya serta seluruh umat manusia
yang berperikemanusiaan.

Oleh kerana perbuatan yang ganas itu bertentangan dengan perikemanusiaan maka di sana sini
terdiri Jam'iyah-jam'iyah atau pertubuhan-pertubuhan yang bertujuan melindungi dan
menjaga keselamatan haiwan-haiwan yang tidak berdosa itu.

Di antara Malaikat juga ada yang ditugaskan melaknat orang yang menjual sesuatu barang yang cacat dengan
tidak menerangkan cacatnya:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َواثِلَةَ ب ِْن ْاألَ ْسقَ ِع َر‬-48
‫ )ابن‬.ُ‫ﷲِ َولَ ْم تَ َزلْ ْال َم َالئِ َكةُ تَ ْل َعنُه‬‫ت ﱠ‬ ِ ‫َم ْن بَا َع َع ْيبًا لَ ْم يُبَيﱢ ْنهُ لَ ْم يَزَلْ فِي َم ْق‬
(‫ماجه‬
48- Dari Wa'ilah bin al-Asqa' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu
barang yang cacat dengan tidak menerangkan kecacatan itu kepada pembelinya ia sentiasa dalam
kemurkaan Allah dan Malaikat pula sentiasa melaknatnya."

(Ibn Majah)

Berniaga atau berjual beli amatlah penting untuk keperluan hidup manusia dalam mencapai
kemakmuran, maka dalam hal pertukaran harga dengan barang hendaklah dilakukan dengan
jujur dari kedua belah pihak.
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan: Bahawa orang yang menjual sesuatu barang yang
cacat, yang sengaja tidak dilahirkan atau diterangkan kepada pembeli, maka Ia sepanjang-
panjang masa berada dalam kemurkaan Allah dan selain itu Malaikat pula melaknatnya.

Balasan yang demikian adalah wajar dengan keadilan kerana yang melakukan perbuatan itu telah
merosakkan peraturan hidup yang wajib dipatuhi untuk mencapai faedah bersama.

Di antara Malaikat juga ada yang ditugaskan melaknat orang yang memberi fatwa dengan tidak berdasarkan
ilmu:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َم ْن أَ ْفتَى‬


‫صلﱠى ﱠ‬
َ ‫ي‬‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬
‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َعلِ ﱟي َر‬-49
(‫ )الديلمي وابن عساكر‬.‫ض‬ ِ ْ‫بِ َغي ِْر ِع ْل ٍم لَ َعنَ ْتهُ َم َالئِ َكةُ ال ﱠس َما ِء َو ْاألَر‬
49- Dari Ali r.a. bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesiapa yang memberi fatwa dengan tidak
berdasarkan ilmu akan dilaknat oleh Malaikat langit dan bumi."

(Ad-Dailami dan Ibn `Asakir)

Memberi fatwa mengenai sesuatu masalah agama hendaklah berdasarkan ilmu pengetahuan yang
berkenaan, jika tidak maka sudah tentu fatwa itu akan membawa kepada penyelewengan dalam
hukum-hukum agama.

Dengan sebab itu, maka orang yang memberi fatwa dengan tidak berdasarkan
ilmu pengetahuan syarak, dimurkai Allah dan dilaknat oleh Malaikat sebagaimana yang
dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini.

Di antara Malaikat juga ada yang ditugaskan melaknat sesiapa yang mencaci sahabat Rasulullah.

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ِ ‫ َع ْن ُع َوي ِْم ب ِْن َسا ِع َدةَ َر‬-50
‫اختَا َر لِي أَصْ َحابِي فَ َج َع َل لِي ِم ْنھُ ْم ُو َز َرا َء َوأَصْ ھَارًا‬ ْ ‫اختَا َرنِي َو‬ ْ َ‫ﷲ‬ ‫قَا َل إِ ﱠن ﱠ‬
ُ‫ﷲ‬ َ ‫اس أَجْ َم ِع‬
‫ َال يَ ْقبَ ُل ﱠ‬،‫ين‬ ِ ‫ﷲِ َو ْال َم َالئِ َك ِة َوالنﱠ‬
‫ فَ َم ْن َسبﱠھُ ْم فَ َعلَ ْي ِه لَ ْعنَةُ ﱠ‬،‫صارًا‬َ ‫َوأَ ْن‬
(‫ )الطبراني‬.‫صرْ فًا َو َال َع ْد ًال‬ َ ُ‫ِم ْنه‬
50- Dari `Uwaimi bin Sa'idah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah telah
memilihku dan memilih untukku beberapa sahabat serta Ia jadikan di antara mereka menteri-
menteriku, mertua-mertua dan menantu-menantuku, juga penolong-penolongku; oleh sebab itu
sesiapa yang memburuk-buruk dan mencaci mereka, maka tertimpalah di atasnya laknat Allah dan
Malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadat dan
juga sebarang tebusan."

(Tabarani)
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ ﱠن ﱠ‬
َ‫ﷲ‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ِ ‫س َر‬ ٍ َ‫ َع ْن أَن‬-51
‫اري َو َسيَأْتِي قَ ْو ٌم يَ ُسبﱡونَھُ ْم َويُ ْب ِغضُونَھُ ْم‬
ِ َ‫اختَا َر لِي أَصْ َحابِي َوأَصْ ھ‬ ْ ‫اختَا َرنِي َو‬
ْ
(‫ )البيھقي‬.‫اربُوھُ ْم َو َال تُ َؤا ِكلُوھُ ْم َو َال تُنَا ِكحُوھُ ْم‬ ِ ‫فَ َال تُ َجالِسُوھُ ْم َو َال تُ َش‬
51- Dari Anas r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah memilihku dan
memilih untukku beberapa sahabat dan mertua serta menantu-menantu; dan (ingatlah) akan
datang suatu puak yang mencaci dan membenci mereka, maka janganlah kamu bersekedudukan
dengan mereka, dan janganlah kamu se makan seminum dengan mereka dan jangan juga kamu
bersemenda dengan mereka."

(al-Baihaqi)

Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., telah beroleh kelebihan yang tidak mungkin diperolehi orang-
orang lain. Mereka hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w. dan berhimpun dalam berbagai-bagai
majlis dengan Baginda s.a.w.

Mereka menerima ajaran dan pembentukan rohani dari Baginda sendiri s.a.w. dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa turunnya wahyu kepada Baginda s.a.w., bahkan ada di antaranya
yang bertugas menulis wahyu

Merekalah juga yang mula-mula mengambil bahagian menjalankan tabligh - dakwah Islam -
sebagaimana yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w.

Berkenaan dengan kelebihan sahabat-sahabat yang demikian mulianya Baginda s.a.w., bersabda,
maksudnya:

"Sekiranya kamu belanjakan (pada jalan Allah) emas sebesar bukit Uhud sekalipun, kamu tidak
dapat mencapai nilaian secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh sahabat sahabatku!"

Allah s.w.t. memilih Nabi Muhammad untuk membawa dan menyampaikan agama Islam kepada
umat manusia seluruhnya.

Dalam hadis ini, Baginda s.a.w. menyatakan bahawa pemilihan yang tersebut tidak terhad kepada
Baginda s.a.w. sahaja bahkan meliputi sahabat-sahabatnya sebagai pembantu-pembantu yang
bekerjasama dengan sepenuhnya untuk melaksanakan tujuan yang mulia itu.

Dengan itu nyatalah bahawa sesiapa yang mencaci salah seorang di antara sahabat-sahabat
bermakna ia mengingkari kelebihan sahabat sahabat yang mulia itu yang telah diakui oleh Baginda
sendiri s.a.w., juga bermakna ia mendustakan apa yang disampaikannya dari Baginda s.a.w., dan
ia dengan itu memutuskan hubungannya dengan Baginda s.a.w. Maka perbuatannya mencaci
sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang sewajibnya dihormati- nyatalah di dorong oleh fikirannya yang
tidak siuman.

Oleh itu orang yang tersebut sangatlah wajar ditimpa laknat dari Allah dan Malaikat-Nya serta
seluruh umat manusia yang menghargai kebenaran dan keadilan.
Cacian terhadap mana-mana sahabat Rasulullah s.a.w., adalah meliputi apa juga perkataan yang
menyentuh sifat peribadi, aliran faham mazhabnya dan fahaman siasahnya, kerana segala perkara
yang tersebut dilakukan oleh sahabat Nabi s.a.w., yang mulia itu dengan penuh
tanggungjawab dan dengan pertimbangan akal yang sihat serta iman yang kuat meskipun
berlainan antara seorang sahabat dengan yang lain, atau di antara satu pihak dengan yang lain.

Dengan ini nyatalah bahawa besar padahnya bagi sesiapa yang memihak kepada salah
satu dari dua pihak sahabat Nabi s.a.w. yang berselisihan, seperti pihak Ali dengan pihak
Muawiyyah, serta ia mengeluarkan kata-kata yang tidak sihat terhadap pihak yang satu lagi. Orang
yang demikian sudah tentu akan menerima balasan buruk seperti yang dijanjikan dalam hadis ini.

Di antara Malaikat juga ada yang ditugaskan mengambil nyawa manusia dengan cara-cara yang
tertentu.

Cara Malaikat mengambil nyawa orang mukmin:

Allah Taala berfirman dalam Surah al-Nahi, ayat 32 yang di antara maksud-maksudnya:

Orang-orang yang bertaqwa diambil nyawa mereka oleh Malaikat dengan keadaan serba
baik mereka diberikan oleh Malaikat yang tersebut berita gembira dengan katanya: "Selamat
sejahteralah engkau dari segala yang mendukacitakanmu, masuklah ke dalam Syurga yang Allah
janjikan engkau mendapatnya dengan amal-amal baik yang engkau telah lakukan."

Allah Taala juga berfirman dalam Surah Fussilat, ayat 30, yang di antara maksud-maksudnya:

Orang yang mengaku keEsaan Allah dan "Rububiyyah"-Nya serta terus melakukan apa yang
dikehendaki dan dituntut oleh akuannya itu, sentiasalah Malaikat turun membantu mereka dengan
memberi ilham, membuka jalan-jalan kebajikan sehingga bila sampai ajalnya, datanglah Malaikat
yang hendak mengambil nyawanya, memberi perangsang kepadanya supaya jangan
takut menghadapi segala peringkat keadaan hari akhirat dan jangan pula berdukacita
meninggalkan segala apa juga yang disukai di dunia ini, serta menyuruh mereka bergembira
dengan mendapat Syurga yang dijanjikan Allah sebagai penghargaan kepada kebaikan yang
mereka telah amalkan.

Cara Malaikat mengambil nyawa orang kafir dan orang zalim:

Allah Taala berfirman dalam Surah al-An'am, ayat 93 dan dalam Surah al-Anfal, ayat 50 dan juga
dalam Surah Muhammad s.a.w. ayat 27 yang di antara maksud-maksudnya:

Orang-orang yang berlaku zalim menganiaya dirinya sendiri atau makhluk-makhluk yang lain,
amatlah dahsyat keadaanya pada ketika masing-masing menderita "Sakratul maut" sekiranya
masing-masing tidak bertaubat sebelum itu - tiap-tiap seorang diseksa oleh Malaikat yang
datang hendak mengambil nyawanya dengan memukul muka dan seluruh badannya sambil
Malaikat itu berkata kepadanya: "Keluarkanlah dan lepaskanlah dirimu dari penderitaan ini kalau
engkau dapat berbuat demikian; pada saat ini bermulalah masa engkau menerima
balasan azab seksa yang menghinakanmu kerana engkau telah mengatakan yang bukan-bukan
terhadap Allah serta pula engkau telah berlaku sombong takbur - tidak mahu menerima dan tidak
mematuhi ayat-ayat perintah Allah:" Apabila masing-masing diambil nyawanya oleh Malaikat
sambil memukul muka dan seluruh badannya, tidaklah ada sebarang cara yang boleh mereka
lakukan untuk melepaskan diri dari azab yang dijanjikan Allah baginya.

Mengenal keadaan seseorang pada ketika di datangi oleh Malaikat yang hendak
mengambil nyawanya, ada diterangkan dalam hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنھُ ْم َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ص َحابَ ِة َر‬ ‫ َع ْن َج َما َع ٍة ِم َن ال ﱠ‬-52
‫ان ﱠ‬
‫ﷲِ َو َك َرا َمتِ ِه‬ ِ ‫ت بُ ﱢش َر ِب ِرضْ َو‬ ُ ‫ض َرهُ ْال َم ْو‬َ ‫َو َسلﱠ َم قَا َل … َوإِ ﱠن ْال ُم ْؤ ِم َن إِ َذا َح‬
‫ﷲُ لِقَا َءهُ َوإِ ﱠن ْال َكافِ َر‬‫ﷲِ َوأَ َحبﱠ ﱠ‬ ‫ْس َش ْي ٌء أَ َحبﱠ إِلَ ْي ِه ِم ﱠما أَ َما َمهُ فَأ َ َحبﱠ لِقَا َء ﱠ‬َ ‫فَلَي‬
‫ْس َش ْي ٌء أَ ْك َرهَ إِلَ ْي ِه ِم ﱠما أَ َما َمهُ َك ِرهَ لِقَا َء‬ َ ‫ﷲِ َو ُعقُوبَتِ ِه فَلَي‬‫ب ﱠ‬ ِ ‫ُض َر بُ ﱢش َر بِ َع َذا‬ِ ‫إِ َذا ح‬
(‫ )البخاري ومسلم والترمذي والنسائي‬.ُ‫ﷲُ لِقَا َءه‬ ‫ﷲِ َو َك ِرهَ ﱠ‬
‫ﱠ‬
52- Dari sebilangan sahabat r.a., dari Rasulullah s.a.w sabdanya yang bermaksud: ".. Dan apabila
seseorang mukmin sampai masa matinya ia digembirakan oleh Malaikat yang hendak
mengambil nyawanya: Bahawa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaanNya serta SyurgaNya,
maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dicintai oleh orang itu lebih daripada menerima
apa yang dihadapinya, lalu ia suka dan ingin mengadap Allah dan Allah juga redha menerimanya
dengan sebaik-baik sambutan; dan apabila seseorang yang kafir atau yang berdosa didatangi oleh
Malaikat yang hendak mengambil nyawanya, ia diberitahu bahawa ia akan beroleh azab seksa
Allah dan kemurkaan-Nya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dibencinya
lebih daripada yang dihadapinya; dengan sebab itu maka ia merasa gerun dan tidak
suka mengadap Allah, dan Allah juga tidak redha ia mendekati rahmat-Nya apalagi mengadapNya

(Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa'i)

Ayat-ayat dan hadis-hadis yang tersebut mengingatkan kita supaya segera bertaubat dan
kembali ke jalan yang diredhai Allah, bersiap sedia dengan bekalan akhirat sebelum
sampai ajal yang tidak seorang pun mengetahui bilakah masa datangnya. Mudah-mudahan
dengan berbuat demikian dapatlah kita mengadap Allah s.w.t., dengan sepenuh perasaan gembira
dan tenang tenteram.

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan menyoal orang mati di mana sahaja ia dikuburkan.

(Berkenaan Malaikat yang bertugas demikian akan diterangkan - Insya Allah - dalam bab yang
kelima).

Sekadar yang diterangkan mengenai tugas-tugas Malaikat berhubung dengan hal keadaan
manusia, dapatlah kita mengambil kesimpulan: Bahawa di antara Malaikat ada yang mendoakan
bagi manusia dan ada yang melaknatinya. Hakikat ini diterangkan di dalam al-Qur'an al-Karim.

Tentang Malaikat melaknat orang-orang yang berhak menerima laknat itu, ada disebutkan - di
antaranya dalam Surah al-Baqarah, ayat-ayat 159 dan 161.
Dan tentang Malaikat mendoakan orang-orang yang patut didoakan ada disebutkan - di antaranya
- dalam Surah Ghafir, ayat-ayat 7 dan 8.

Sekadar ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis yang tersebut dapatlah difaham bahawa tujuannya
ialah supaya:

Manusia beriman kepada Malaikat dan kepada tugas-tugas mereka yang mempunyai hubungan
yang teguh dengan pendidikan jiwa dan juga dengan perkara-perkara yang menguatkan runtunan
kebaikan pada diri manusia. Di antaranya:

Pertama - Seseorang yang berakal, apabila ia menyedari bahawa ia dalam segala keadaannya
berada dalam jagaan dan pengawasan Malaikat-malaikat yang mulia, ia akan
menjaga sopan santunnya serta ia malu daripada melakukan atau menuturkan sesuatu yang
buruk dan tidak patut.

Kedua - Apabila ia menyedari bahawa di sebelah kanan dan kirinya ada Malaikat (Raqib `Atid)
menulis tiap-tiap perkataan dan perbuatannya, ia sentiasa akan berjaga-jaga dan
waspada daripada bertindak dan berusaha melainkan pada segala perkara yang baik sehingga
kalau ia terlanjur melakukan sesuatu yang buruk, ia akan segera melakukan
sesuatu yang baik untuk menghapuskan perkara yang buruk dari surat amalnya.

Ketiga-Apabila ia mengetahui bahawa sesiapa yang telah habis ajalnya dalam


keadaan derhaka dan tidak menunaikan kewajipannya: Akan dimurkai, ditempelak, dipukul dan
diseksa, (maka dengan pengetahuan yang demikian) Ia akan berusaha membersihkan dirinya dari
segala perkara yang dimurkai Allah serta menyempurnakan apa yang diwajibkan atasnya supaya
Malaikat menyambutnya dengan cara yang sebaik-baiknya ketika ia mati dan
menyampaikan kepadanya berita gembira dengan balasan yang baik dan kesudahan yang
membawa kebahagiaan.

Keempat- Apabila ia mengetahui, bahawa ia akan disoal sesudah ia mati akan timbullah
keinsafannya betapa beratnya soal-soal hidup yang ditanggungnya lalu ia berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk menghitung dan mengawasi dirinya daripada melakukan sesuatu yang
tidak patut, walau yang sekecil kecilnya; dan ia pula tidak akan cuba melakukan sesuatu
melainkan setelah ia menyediakan jawapan yang menjadi alasan yang membenarkannya.

Jelasnya beriman kepada Malaikat adalah dituntut oleh al-Qur'an kerana iman yang demikian,
sebagaimana ia meluaskan alam kesedaran manusia tentang kebenaran, ia juga akan melipur
dan mententeramkan hati orang yang mempercayai adanya makhluk (Malaikat) dari alam rohani
yang suci dan mulia, yang memohon ampun dan mendoakan baginya, serta yang menjadi
pembantunya dalam mengerjakan kebaikan dan mencapai kebahagiaan.

Fasal Kedua:
Perihal Jin

Sejenis lagi makhluk halus yang ghaib, yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan undang-
undang dan peraturan Tuhan ialah jin.
Makhluk jin ini dijadikan Tuhan dari lidah api (yang boleh menyerap racunnya ke hang bulu roma),
mereka dijadikan sebelum kejadian manusia sebagaimana yang diterangkan dalam ayat 27,
Surah al-Hijr.

Mereka pula terbahagi kepada dua golongan:

Golongan yang pertama - lalah yang diciptakan Tuhan dengan sifat semula jadinya mempunyai
persediaan sama seperti yang ada pada manusia, iaitu boleh memikir dan berusaha melakukan
perkara-perkara yang baik atau yang buruk. Oleh sebab itu di antara golongan jin ini ada yang
Islam dan ada yang kafir sebagaimana yang diterangkan dalam ayat 14, Surah al-Jin.

Golongan yang kedua pula - lalah yang diciptakan Tuhan dengan sifat semula jadinya mempunyai
persediaan untuk melakukan perkara-perkara yang buruk semata-mata. Mereka ini ialah iblis -
syaitan meliputi zuriatnya serta bala tenteranya. Golongan inilah yang menyebabkan
sebahagian besar dari umat manusia menyeleweng dan terpesong dari undang-undang dan
cara hidup yang ditetapkan Allah untuk manusia mendapat nikmat yang sebenar dan kebahagiaan
yang kekal.

Hakikat ini ditegaskan oleh Allah Taala dengan firmanNya yang disampaikan erti maksudnya oleh
Rasulullah s.a.w. seperti berikut:

‫صلﱠى‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫اش ِع ﱢي َر‬ ِ ‫ار ْال ُم َج‬
ٍ ‫اض ب ِْن ِح َم‬ ِ َ‫ َع ْن ِعي‬-53
‫طبَتِ ِه أَ َال إِ ﱠن َربﱢي أَ َم َرنِي أَ ْن أُ َعلﱢ َم ُك ْم َما‬
ْ ‫ات يَ ْو ٍم فِي ُخ‬َ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َذ‬ ‫ﱠ‬
‫ت ِعبَا ِدي‬ ُ ‫ال نَ َح ْلتُهُ َع ْب ًدا َح َال ٌل َوإِنﱢي َخلَ ْق‬
ٍ ‫َج ِھ ْلتُ ْم ِم ﱠما َعلﱠ َمنِي يَ ْو ِمي ھَ َذا ُكلﱡ َم‬
(‫ )مسلم‬. …‫ين فَاجْ تَالَ ْتھُ ْم َع ْن ِدينِ ِھ ْم‬ ِ َ‫ُحنَفَا َء ُكلﱠھُ ْم َوإِنﱠھُ ْم أَتَ ْتھُ ْم ال ﱠشي‬
ُ ‫اط‬
53- Dari 'Iyadh bin Himar Al-Mujasyi'i r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., pada suatu hari bersabda
dalam khutbahnya: "Ketahuilah, sesungguhnya Tuhanku telah memerintahkan supaya aku
mengajar kamu akan apa yang tidak kamu mengetahuinya dari perkara-perkara yang diajarkannya
kepadaku hari ini, iaitu (Tuhanku berfirman): `Segala harta benda yang Aku berikan seseorang
mendapatnya dengan mana-mana jalan yang Aku benarkan: Adalah halal; dan sesungguhnya
Aku telah jadikan hamba-Ku semuanya suci bersih (dari fahaman dan amalan syirik) serta
betul benar menurut keadaan semula jadinya; dan sesungguhnya mereka didatangi dan
diperdayakan oleh syaitan-syaitan sehingga sebahagian besar di antara mereka menyeleweng dan
terpesong dari ajaran agamanya yang sebenar .."

(Muslim)

Dengan adanya angkara syaitan yang demikian, maka Allah Taala Yang Amat Mengasihani
mengingatkan anak Adam di dalam al-Qur'an al-Karim supaya masing-masing berjaga-jaga dan
mengawasi dirinya daripada fitnah- hasutan syaitan dan bala tenteranya. Di antaranya pada
ayat 27, Surah al-A'raf; ayat 168 dan 169, Surah al-Baqarah; ayat 21, Surah an-Nur; dan ayat 5
dan 6, Surah Fatir; yang di antara maksud maksudnya menyatakan bahawa:
(1) Syaitan: Tabiatnya menghasut, membuat fitnah, memecahbelahkan rumah tangga dan
merosakkan masyarakat.

(2) Syaitan giat memujuk dan memperdayakan manusia supaya melakukan segala jenis
kejahatan dan mengatakan yang bukan-bukan terhadap Allah Taala

(3) Sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan sudah tentu akan binasa.

(4) Syaitan - kepada manusia - adalah musuh yang jelas nyata semenjak wujudnya Adam (bapa
manusia).

(5) Wajib atas tiap-tiap seorang memusuhi syaitan dan bisikan hasutannya sekalipun terdapat atau
terasa ada kebaikan di dalamnya, kerana tujuan bisikannya hanyalah hendak menjadikan sesiapa
yang menurutnya termasuk dalam golongan ahli neraka.

Peringatan yang seperti itu kerapkali diulang-ulangkan oleh Allah Taala di dalam al-Qur'an kerana
kegiatan syaitan terhadap jiwa manusia samalah seperti kegiatan kuman-kuman penyakit terhadap
tubuh badannya; kalau kuman-kuman penyakit tidak dapat menyerang tubuh badan seseorang
melainkan apabila ia cuai memelihara peraturan kesihatan, maka syaitan juga tidak dapat
menyerapkan bisikan hasutannya ke dalam jiwa manusia melainkan pada masa manusia lalai -
tidak mengindahkan ajaran dan peringatan Allah.

Hakikat ini dijelaskan oleh ayat 36, Surah az-Zukhruf, dan ayat 19 Surah al-Mujadalah yang di
antara maksud-maksudnya menyatakan: Bahawa di antara undang-undang kejadian Allah ialah
memberi peluang kepada syaitan untuk menjadi teman rapat kepada sesiapa yang lalai - yang
tidak mengindahkan ajaran dan peringatan Allah, serta syaitan pula dapat menguasai jiwa orang
itu.

Kalau orang yang tersebut berpanjangan dengan keadaan yang demikian tidak segera
kembali ke jalan yang benar, jadilah ia dari puak sekutu syaitan; dan sesiapa yang termasuk
dalam puak sekutu syaitan, maka dialah "Syaitan manusia" yang tersebut pada ayat 112 Surah al-
An'am, dan yang disuruh meminta berlindung dari angkaranya, oleh hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬‫صلﱠى ﱠ‬َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ِ ‫ َع ْن أَبِي َذرﱟ َر‬-54
ِ ْ ِ‫ﷲِ َول‬
ِ ‫إل ْن‬
‫س‬ ‫ت يَا َرسُو َل ﱠ‬ُ ‫س َو ْال ِج ﱢن قَا َل قُ ْل‬ ِ ْ ‫ين‬
ِ ‫اإل ْن‬ ِ َ‫تَ َع ﱠو ْذ بِا ﱠ ِ ِم ْن َشرﱢ َشي‬
ِ ‫اط‬
(‫ )اإلمام أحمد وابن مردويه والبيھقي‬.‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم نَ َع ْم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ين قَا َل‬ُ ‫اط‬ِ َ‫َشي‬
54- Dari Abu Zar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. memerintahkan daku dengan bersabda:
"Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan
jin" Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w. dengan berkata: "Ya Rasulullah, adakah
manusia juga menjadi syaitan-syaitan." Baginda menjawab: "Ya benar! ".

(Imam Ahmad, Ibn Marduwaih dan al-Baihaqi)


Oleh itu, tiap-tiap seorang hendaklah memohon kepada Allah s.w.t. supaya dilindungi dari angkara
sekalian syaitan dan supaya syaitan-syaitan itu tidak dapat menghampirinya, dengan
sentiasa membaca: " ‫ربﱢ‬ َ ‫ "بِ َك أَ ُعو ُذ إِنﱢي‬ayat 97-98 Surah al-Mukminun, sambil mengingatkan
maksud ayat-ayat suci yang tersebut (1), mudah-mudahan orang yang
memohon perlindungan Allah yang demikian, beroleh kesentosaan dan kebahagiaan di dunia dan
di akhirat.

______________________________

(1) Maksud ayat-ayat 97-98, Surah al-Mu'minun yang tersebut ialah: Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan syaitan-syaitan dan aku
berlindung kepada-Mu - supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku

BAB KELIMA
BERIMAN KEPADA ADANYA HARI AKHIRAT

Alam Akhirat memang diakui oleh hati nurani manusia.

Manusia hidup di atas muka bumi ini singkat umurnya dan masa yang dilaluinya dalam alam yang
fana ini adalah terhad, sedang keinginannya untuk hidup seberapa lama adalah
keinginan semula jadi dan hajat kemahuannya pula dalam dunia ini tidak habis-habis, manakala
cita-cita dan harapannya tidak terbatas. Tetapi kesudahannya ia akan mati.

Ia mati sedang banyak lagi hajat kemahuannya yang belum tercapai dan dengan itu ia akan
meninggalkan perkara-perkara yang menjadi idamannya di atas muka bumi ini, sebagaimana ia
akan meninggalkan di belakangnya orang-orang yang dikasihi yang ia merasa sedih dan terharu
untuk bercerai dengan mereka, dan mereka pula merasa sedih dan terharu terhadap
kehilangannya. Dengan yang demikian tidak dapatkah mereka semua bertemu semula sesudah
itu?

Ini ialah soal yang pertama.

Manusia juga selalu memerhati perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya, lalu dilihatnya
kebaikan dan kejahatan benuang antara satu dengan yang lain dan ia pula menyaksikan
pertempuran di antara keburukan dengan kemuliaan - atau apa yang dianggapnya buruk dan mulia
- sedang perkara-perkara yang jahat dan yang buruk itu sungguh kejam dan menjolok mata.
Kerap kali pula kejahatan itu mengalahkan kebaikan, dan keburukan mengatasi kemuliaan.
Manakala orang perseorangan - dalam peringkat umurnya yang singkat - tidak menyaksikan
kesan balas dan tidak melihat akibat kebaikan dan kejahatan itu.

Manusia semasa ia masih kanak-kanak, atau semasa ia hidup secara liar menurut hukum dan
peraturan hutan rimba, perkara-perkara buruk dan baik yang demikian tidak menjadi
hal kepadanya, kerana siapa yang kuat dialah yang akan hidup dengan bermaharajalela.
Tetapi setelah manusia mulai timbul kesedaran hati nuraninya, maka ia tak sampai hati melihat
kebaikan tersekat terus menerus dan kejahatan tidak menerima balasan yang sepadan
dengannya. Tambahan pula iktiqad kepercayaan tentang wujudNya Allah Taala Yang Maha
Adil sudah tentu akan diiringi kepercayaan tentang adanya balasan terhadap kebaikan dan
kejahatan yang kalau pun tidak dapat dilaksanakan dalam alam yang fana ini, maka sudah
semestinya akan terlaksana di sana dalam alam akhirat.

Inilah pula soal yang kedua.

Manusia yang telah memakmurkan bumi dan melakukan berbagai jenis kemajuan dan kebaikan di
dalamnya, sudah tentu tidak rela hati kecilnya menerima kesudahan seperti kesudahan seekor
haiwan kecil yang melata yang tidak melakukan sesuatu jasa pun dan akan lenyap selama-
lamanya.

Inilah pula soal yang ketiga.

Soal yang pertama menunjukkan bahawa manusia sedar tentang nilai hidupnya.

Soal yang kedua pula menunjukkan kesedaran hati kecilnya menghargai keadilan yang sedia
tersemat padanya.

Manakala soal yang ketiga menunjukkan kesedarannya tentang kemuliaan jenisnya sebagai
manusia yang diberikan berbagai bagai persediaan dan keistimewaan.

Dari desakan-desakan, soal-soal yang tersebut dalam hati nurani manusia- timbullah perasaannya
mengakui adanya hari akhirat.

Dengan sebab yang demikian, maka agama Islam dengan sifatnya agama yang sebati dengan
fitrah kemanusiaan menjadikan salah satu rukun imannya: Percayakan adanya alam akhirat dan
segala yang berhubung dengannya.

Mengenal hari akhirat, Allah Taala berfirman, ertinya;

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke timur dan ke barat, tetapi
kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat (177, Surah al-Baqarah)

Jelasnya, beriman kepada Allah Taala menentukan ma'rifat terhadap punca yang pertama yang
terbit daripadanya alam seluruhnya dan beriman kepada hari akhirat pula menentukan ma'rifat
terhadap kesudahan yang berakhir kepadanya alam yang ada ini.

Berdasarkan suluhan ma'rifat tentang punca yang menerbitkan segala-galanya dan kesudahan
segala yang ada ini dapatlah manusia menentukan matlamat yang ditujunya dan menggariskan
maksudnya serta menyediakan jalan-jalan dan cara-cara yang menyampaikannya kepada
matlamat yang ditujunya dan maksud yang hendak dicapainya.
Oleh itu, apabila manusia ketiadaan makrifat yang demikian maka hidupnya akan tinggal terbiar
dengan tidak tentu tujuannya.

Pada saat itu, manusia akan kehilangan ketinggian rohaninya dan sifat-sifatnya yang mulia dan
hiduplah dia seperti kehidupan haiwan yang diarahkan oleh tabiat-tabiat dan persediaan semula
jadinya dan inilah kejatuhan rohani yang menghancurleburkan keperibadian manusia.

Rasulullah s.a.w., pula menerangkan tentang soal percayakan hari akhirat itu menjadi salah satu
dari rukun-rukun iman selain daripada yang tersebut pada hadis yang ketiga belas dalam
"Muqaddimah Mastika Hadith" yang diterbitkan dahulu ialah dengan hadis-hadis seperti berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َال‬


‫صلﱠى ﱠ‬َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َعلِ ﱟي َر‬-55
‫ﷲُ َوأَنﱢي ُم َح ﱠم ٌد َرسُو ُل ﱠ‬
ِ‫ﷲ‬ ‫ي ُْؤ ِم ُن َع ْب ٌد َحتﱠى ي ُْؤ ِم َن بِأَرْ بَ ٍع يَ ْشھَ ُد أَ ْن َال إِلَهَ إِ ﱠال ﱠ‬
(‫ )الترمذي‬.‫ت َوي ُْؤ ِم ُن بِ ْالقَ َد ِر‬ِ ‫ث بَ ْع َد ْال َم ْو‬
ِ ‫ت َوبِ ْالبَ ْع‬
ِ ‫ق َوي ُْؤ ِم ُن بِ ْال َم ْو‬
‫بَ َعثَنِي بِ ْال َح ﱢ‬
55- Dari Ali, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seseorang itu tidak menjadi mukmin
sehingga ia beriman sekurang-kurangnya kepada empat perkara iaitu: Mengetahui dan meyakini
bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah
Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran, dan percayakan mati yang memang
ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang dan percayakan kebangkitan hidup semula
sesudah mati serta percayakan yang ditentukan kadar takdir oleh Allah. "

(Tirmizi)

Fasal Pertama
Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal "Mautnya"

Apa dia maut itu?

Maut ialah suatu penderitaan yang dialami oleh roh dengan keadaan yang tertentu pada masa ia
hendak meninggalkan jasadnya.

Penderitaan itu tidak dapat diterangkan dengan jelasnya melainkan sekadar yang dapat dirasai
oleh seseorang apabila salah satu anggotanya tercedera - terpotong atau terbakar dan
sebagainya.

Kerana sebagaimana yang diketahui bahawa tiap-tiap anggota yang tidak ada roh padanya seperti
rambut atau kuku - tidak merasai sakit jika terpotong atau terbakar; jadi yang merasai sakit

Walaupun demikian, kalau jari misalnya terpotong atau terbakar maka roh hanya merasai
sebahagian dari kesan sakitnya, kerana sakit yang terbit dari luka atau bakaran itu tidak tepat
mengenainya.

Bagaimana halnya kalau roh itu sendiri ditimpa oleh penderitaan dengan sepenuhnya? Sudah
tentu amat dahsyat dan tidak dapat digambarkan.
Betapa tidak? Sedang penderitaan - maut - itu ialah satu penderitaan yang
menenggelamkan seseorang dalam keadaan kelam kabut dan haru biru.

Hakikat ini diterangkan oleh hadis-hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َوھُ َو‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ُ ‫ت َرأَي‬


‫ْت النﱠبِ ﱠ‬ ْ َ‫ﷲُ َع ْنھَا قَال‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َعائِ َشةَ َر‬-56
‫ح ثُ ﱠم يَ ْم َس ُح َوجْ ھَهُ بِ ْال َما ِء‬ ْ ِ ‫بِ ْال َم ْو‬
ِ ‫ت َو ِع ْن َدهُ قَ َد ٌح فِي ِه َما ٌء َوھُ َو يُ ْد ِخ ُل يَ َدهُ فِي القَ َد‬
‫ )الترمذي وابن‬.‫ت‬ ِ ‫ت ْال َم ْو‬ ِ ‫ت أَ ْو َس َك َرا‬ِ ‫ت ْال َم ْو‬ِ ‫ثُ ﱠم يَقُو ُل اللﱠھُ ﱠم أَ ِعنﱢي َعلَى َغ َم َرا‬
(‫ماجه‬
56- Dari Aisyah, r.a. katanya: "Aku melihat Nabi s.a.w. semasa Baginda hampir wafat dan di
sisinya sebuah bejana berisi air dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bejana itu lalu
menyapu mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: "Ya Tuhanku! Berilah aku pertolongan terhadap
penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang sedang aku hadapi ini)".

(Tirmizi dan Ibn Majah)

ُ ‫ت بَ ْع َد الﱠ ِذي َرأَي‬


‫ْت ِم ْن ِش ﱠد ِة‬ ٍ ‫ت َما أَ ْغبِطُ أَ َح ًدا بِھَ ْو ِن َم ْو‬
ْ َ‫ َع ْن َعائِ َشةَ قَال‬-57
(‫ )الترمذي والنسائي‬.‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ُول ﱠ‬ ِ ‫ت َرس‬ ِ ‫َم ْو‬
57- Dan dari Aisyah juga katanya: "Aku tidak memandang elok atau merasa iri hati kepada sesiapa
pun dengan sebab mudah dan ringannya Sakratul maut yang dialaminya sesudah aku melihat
kesukaran Rasulullah s.a.w. menghadapi Sakratul maut."

(Tirmizi dan Nasa'i)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ ﱠن‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ِ ‫س َر‬ ٍ َ‫ َع ْن أَن‬-58
‫ك َوتَ َعالَى يَقُو ُل َو ِع ﱠزتِي َو َج َاللِي َال أُ ْخ ِر ُج أَ َح ًدا ِم َن ال ﱡد ْنيَا أُ ِري ُد‬ َ ‫الرﱠبﱠ تَبَا َر‬
.‫ار فِي ِر ْزقِ ِه‬ ٍ َ‫أَ ْغفِ ُر لَهُ َحتﱠى أَ ْستَ ْوفِ َي ُك ﱠل َخ ِطيئَ ٍة فِي ُعنُقِ ِه بِ َسقَ ٍم ِفي بَ َدنِ ِه َوإِ ْقت‬
(‫)ابن رزين‬
58- Dari Anas, r.a., bahawa Rasu1ul1ah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha
Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu," Aku tidak akan
mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya
sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan
penyakit pada badannya dan kepicikan pada rezekinya"

(Ibn Razin)
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل َد َخ َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫س َر‬ٍ َ‫ َو َع ْن أَن‬-59
‫ﷲِ أِنﱢي‬ ‫ﷲِ يَا َرسُو َل ﱠ‬ ‫ك قَا َل َو ﱠ‬ َ ‫ت فَقَا َل َكي‬
َ ‫ْف تَ ِج ُد‬ ِ ‫َعلَى َشابﱟ َوھُ َو فِي ْال َم ْو‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َال‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫اف ُذنُوبِي فَقَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ُ ‫ﷲَ َوإِنﱢي أَ َخ‬ ‫أَرْ جُو ﱠ‬
ُ‫ﷲُ َما يَرْ جُو َوآ َمنَه‬ ‫ب َع ْب ٍد فِي ِم ْث ِل ھَ َذا ْال َم ْو ِط ِن إِ ﱠال أَ ْعطَاهُ ﱠ‬ ِ ‫ان فِي قَ ْل‬ِ ‫يَجْ تَ ِم َع‬
(‫ )الترمذي وابن ماجه‬.‫اف‬ ُ ‫ِم ﱠما يَ َخ‬
59- Dan dari Anas, r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. telah masuk menziarahi seorang pemuda yang
sedang berada dalam keadaan hampir mati, lalu bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu?"
Pemuda itu menjawab: "Aku berharap kepada (rahmat) Allah Ya Rasulullah - dan aku takutkan
(balasan buruk) dari sebab dosa-dosa ku." Mendengarkan yang demikian Rasulullah s.a.w.,
bersabda: Tidak berhimpun dalam hati seseorang dua perkara itu (harap dan takut) pada saat
yang seperti ini, melainkan Allah memberikannya apa yang diharapkan dan menyelamatkannya
dari apa yang ditakuti."

(Tirmizi dan Ibn Majah)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬َ ِ‫ﷲ‬ ‫ْت َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل َس ِمع‬ ‫ض َي ﱠ‬ِ ‫ َع ْن َجابِ ِر َر‬-60
‫قَ ْب َل َم ْوتِ ِه بِثَ َالثَ ِة أَي ٍﱠام يَقُو ُل َال يَ ُموتَ ﱠن أَ َح ُد ُك ْم إِ ﱠال َوھُ َو يُحْ ِس ُن الظﱠ ﱠن بِا ﱠ ِ َع ﱠز‬
(‫ )مسلم‬.‫َو َج ﱠل‬
60- Dari Jabir, r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda - tiga hari sebelum
Baginda wafat: "Janganlah seseorang kamu mati melainkan ia berkeadaan menaruh
sangka baik terhadap Allah (Yang melimpah-limpah kemurahanNya)

(Muslim)

Hadis-hadis yang ke 56, 57 dan 58 yang lalu menerangkan bahawa "Sakratul maut" adalah satu
keadaan yang tetap yang akan ditempuh oleh setiap orang apabila sampai ajalnya yang telah
ditentukan, dengan berbagai-bagai cara yang berat sukar atau yang mudah dan senang.

Walaupun demikian, keadaan "Sakratul maut" tidaklah menandakan baik atau tidaknya nasib
seseorang selepas matinya, kerana dari maksud hadis-hadis yang tersebut dapat difaham bahawa
susah sukar yang terdapat pada "Sukratul maut" itu memang ada hikmatnya, iaitu boleh jadi Allah
s.w.t hendak membersihkan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh seseorang itu atau
hendak menggandakan pahala dan meninggikan darjatnya.

Oleh itu tidaklah benar anggapan setengah orang yang menyangka bahawa beratnya "Sakratul
maut" itu menandakan kemurkaan Tuhan dan ringannya pula menandakan keredhaan Tuhan.

Sebab itulah Sayidatina Aisyah, r.a., berkata: "Aku tidak merasa in hati kepada seseorang dengan
sebab senang keadaannya ketika ia mengalami Sakratul maut - setelah aku melihat
Rasulullah s.a.w., sendiri mengalami Sakratul maut dengan keadaan yang agak sukar. "
Sayidina Umar bin al-Khatab, r.a., pula pernah berkata: "Apabila seseorang mukmin masih
menanggung sedikit dari dosa-dosa yang tidak dihapuskan oleh amalan baiknya Allah akan
menjadikannya menderita susah sukar "Sakratul maut" supaya Ia dengan penderitaan yang
demikian dapat mencapai tingkatan martabatnya dalam Syurga; adapun orang yang kafir pula,
apabila ia melakukan sesuatu perkara yang baik di dunia, maka Tuhan memudahkan dia
menghadapi "Sakratul maut", supaya dengan itu dapat ia menerima balasan kebaikannya itu di
dunia, kemudian ia akan terus ke Neraka pada hari akhirat kelak."

Menurut huraian alim ulama: Tuhan menjadikan nabi-nabi dan wali-waliNya menderita susah
sukar "Sakratul maut" hanya untuk menambahkan ketinggian darjat mereka; adapun orang-orang
Islam yang dikenakan mereka mengalami susah sukar "Sakratul maut" adalah menjadi "Kaffarah"
(penghapus dosa), atau balasan seksa terhadap kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan.

Dalam pada itu, tiap-tiap seorang - dalam menghadapi "Sakratulmaut" - dikehendaki


mengingati Allah dengan bersungguh-sungguh, serta berdoa semoga Allah Taala memberi
pertolongan kepadanya semasa ia mengalami penderitaan itu.

Hadis-hadis yang ke 59 dan 60 pula menerangkan:

Bahawa perasaan takut kepada kemurkaan Allah dan perasaan mengharapkan rahmat Allah -
apabila berada dalam hati seseorang terutama semasa orang itu dalam keadaan hampir menemui
ajalnya tetap mendapat penghargaan yang tinggi dari Allah s.w.t.

Meskipun demikian, tiap-tiap seorang dalam masa ia masih sihat dan bertenaga menjalankan
tugasnya, dituntut mengambil berat mengisi jiwanya dengan perasaan gerun gementar terhadap
kemurkaan Allah, supaya ia tidak terdorong mencuaikan suruhanNya dan
melanggar laranganNya.

Sebaliknya semasa ia terlantar menghadapi "Saktratul maut", hendaklah ia menumpukan


harapannya kepada Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya.

Demikianlah penderitaan roh seseorang apabila hendak meninggalkan jasadnya.

Tentang jasad pula, kalau ia tidak dibersihkan oleh tuannya dari kekotoran maksiat, maka ia akan
menderita sebagaimana yang telah diterangkan pada akhir bab yang keempat.

Selain itu, hati kecil orang itu akan menderita tempelak dan tengking herdik dari Malaikat,
sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis yang berikut:

ُ‫ﷲ‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل َخ َرجْ نَا َم َع النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ب َر‬


ٍ ‫از‬ ِ ‫ َع ِن ْالبَ َرا ِء ب ِْن َع‬-61
َ َ‫ار فَا ْنتَھَ ْينَا إِلَى ْالقَب ِْر َولَ ﱠما ي ُْل َح ْد فَ َجل‬
‫س‬ ِ ‫ص‬َ ‫َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم فِي ِجنَا َز ِة َرج ٍُل ِم ْن ْاألَ ْن‬
‫وسنَا الطﱠ ْي َر‬ ِ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َو َجلَ ْسنَا َح ْولَهُ َو َكأ َ ﱠن َعلَى ُر ُء‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫َرسُو ُل ﱠ‬
‫ ))ا ْستَ ِعي ُذوا بِا ﱠ ِ ِم ْن‬:‫ض فَ َرفَ َع َر ْأ َسهُ فَقَا َل‬ ِ ْ‫ت فِي ْاألَر‬ ُ ‫َوفِي يَ ِد ِه ُعو ٌد يَ ْن ُك‬
‫ان فِي ا ْنقِطَ ٍ‬
‫اع‬ ‫ب ْالقَب ِْر(( َم ﱠرتَي ِْن أَ ْو ثَ َالثًا ثُ ﱠم قَا َل‪)) :‬إِ ﱠن ْال َع ْب َد ْال ُم ْؤ ِم َن إِ َذا َك َ‬ ‫َع َذا ِ‬
‫ال ِم ْن ْاآل ِخ َر ِة نَ َز َل إِلَ ْي ِه َم َالئِ َكةٌ ِم ْن ال ﱠس َما ِء بِيضُ ْال ُوجُو ِه َكأ َ ﱠن‬ ‫ِم ْن ال ﱡد ْنيَا َوإِ ْقبَ ٍ‬
‫وط ْال َجنﱠ ِة َحتﱠى‬ ‫ان ْال َجنﱠ ِة َو َحنُوطٌ ِم ْن َحنُ ِ‬ ‫ُوجُوھَھُ ْم ال ﱠش ْمسُ َم َعھُ ْم َكفَ ٌن ِم ْن أَ ْكفَ ِ‬
‫س ِع ْن َد‬ ‫ت َعلَ ْي ِه الس َﱠالم َحتﱠى يَجْ لِ َ‬ ‫ك ْال َم ْو ِ‬ ‫ص ِر ثُ ﱠم يَ ِجي ُء َملَ ُ‬ ‫يَجْ لِسُوا ِم ْنهُ َم ﱠد ْالبَ َ‬
‫ض ُرهُ‬‫ﱢت يَحْ ُ‬ ‫ُجي ) َوفِي ِر َوايَ ٍة‪ْ :‬ال َمي ُ‬ ‫اخر ِ‬ ‫َر ْأ ِس ِه فَيَقُو ُل أَيﱠتُھَا النﱠ ْفسُ الطﱠيﱢبَةُ ْ‬
‫ﷲِ‬ ‫ُجي…( إِلَى َم ْغفِ َر ٍة ِم ْن ﱠ‬ ‫اخر ِ‬ ‫صالِحًا قَالُوا‪ْ :‬‬ ‫ان ال ﱠر ُج ُل َ‬ ‫ْال َم َالئِ َكةُ فَإ ِ َذا َك َ‬
‫ط َرةُ ِم ْن فِي ال ﱢسقَا ِء فَيَأْ ُخ ُذھَا‬ ‫ان((‪ .‬قَا َل‪)) :‬فَتَ ْخ ُر ُج تَ ِسي ُل َك َما تَ ِسي ُل ْالقَ ْ‬ ‫َو ِرضْ َو ٍ‬
‫ك‬‫فَإِ َذا أَ َخ َذھَا لَ ْم يَ َد ُعوھَا فِي يَ ِد ِه طَرْ فَةَ َعي ٍْن َحتﱠى يَأْ ُخ ُذوھَا فَيَجْ َعلُوھَا فِي َذلِ َ‬
‫ت َعلَى َوجْ ِه‬ ‫ْك ُو ِج َد ْ‬ ‫ب نَ ْف َح ِة ِمس ٍ‬ ‫طيَ ِ‬ ‫وط َويَ ْخ ُر ُج ِم ْنھَا َكأ َ ْ‬ ‫ك ْال َحنُ ِ‬ ‫ْال َكفَ ِن َوفِي َذلِ َ‬
‫إل ِم ْن‬ ‫ون )يَ ْعنِي بِھَا( َعلَى َم َ ٍ‬ ‫ون بِھَا فَ َال يَ ُمرﱡ َ‬ ‫ض((‪ .‬قَا َل‪)) :‬فَيَصْ َع ُد َ‬ ‫ْاألَرْ ِ‬
‫ون فُ َال ُن ب ُْن فُ َال ٍن )بِأَحْ َس ِن‬ ‫ْال َم َالئِ َك ِة إِ ﱠال قَالُوا َما ھَ َذا الرﱡ و ُح الطﱠيﱢبُ فَيَقُولُ َ‬
‫أَ ْس َمائِ ِه الﱠتِي َكانُوا يُ َس ﱡمونَهُ بِھَا فِي ال ﱡد ْنيَا( َحتﱠى يَ ْنتَھُوا بِھَا إِلَى ال ﱠس َما ِء ال ﱡد ْنيَا‬
‫ُون لَهُ فَيُ ْفتَ ُح لَھُ ْم فَيُ َشيﱢ ُعهُ ِم ْن ُكلﱢ َس َما ٍء ُمقَ ﱠربُوھَا إِلَى ال ﱠس َما ِء الﱠتِي‬ ‫فَيَ ْستَ ْفتِح َ‬
‫اب‬ ‫ﷲُ َع ﱠز َو َج ﱠل ا ْكتُبُوا ِكتَ َ‬ ‫تَلِيھَا َحتﱠى يُ ْنتَھَى بِ ِه إِلَى ال ﱠس َما ِء السﱠابِ َع ِة فَيَقُو ُل ﱠ‬
‫ض فَإِنﱢي ِم ْنھَا َخلَ ْقتُھُ ْم َوفِيھَا أُ ِعي ُدھُ ْم‬ ‫ﱢين َوأَ ِعي ُدوهُ إِلَى ْاألَرْ ِ‬ ‫َع ْب ِدي فِي ِعلﱢي َ‬
‫َو ِم ْنھَا أُ ْخ ِر ُجھُ ْم تَا َرةً أُ ْخ َرى ‪.(( ...‬‬
‫ال ِم ْن ْاآل ِخ َر ِة‬ ‫اع ِم ْن ال ﱡد ْنيَا َوإِ ْقبَ ٍ‬ ‫ان فِي ا ْنقِطَ ٍ‬ ‫قَا َل‪َ )) :‬وإِ ﱠن ْال َع ْب َد ْال َكافِ َر إِ َذا َك َ‬
‫ُون ِم ْنهُ َم ﱠد‬ ‫نَ َز َل إِلَ ْي ِه ِم ْن ال ﱠس َما ِء َم َالئِ َكةٌ سُو ُد ْال ُوجُو ِه َم َعھُ ْم ْال ُمسُو ُح فَيَجْ لِس َ‬
‫س ِع ْن َد َر ْأ ِس ِه فَيَقُو ُل‪ :‬أَيﱠتُھَا النﱠ ْفسُ‬ ‫ت َحتﱠى يَجْ لِ َ‬ ‫ك ْال َم ْو ِ‬ ‫ص ِر ثُ ﱠم يَ ِجي ُء َملَ ُ‬ ‫ْالبَ َ‬
‫ُجي … (‬ ‫اخر ِ‬ ‫ان ال ﱠر ُج َل السﱡو َء قَالُوا‪ْ :‬‬ ‫ُجي ) َوفِي ِر َوايَ ٍة‪ :‬فَإِ َذا َك َ‬ ‫اخر ِ‬ ‫ْال َخبِيثَةُ! ْ‬
‫ع‬‫ق فِي َج َس ِد ِه فَيَ ْنتَ ِز ُعھَا َك َما يُ ْنتَ َز ُ‬ ‫ب((‪ .‬قَا َل‪)) :‬فَتُفَ ﱠر ُ‬ ‫ض ٍ‬ ‫ﷲِ َو َغ َ‬ ‫إِلَى َس َخ ٍط ِم ْن ﱠ‬
‫ول فَيَأْ ُخ ُذھَا فَإِ َذا أَ َخ َذھَا لَ ْم يَ َد ُعوھَا فِي يَ ِد ِه طَرْ فَةَ‬ ‫وف ْال َم ْبلُ ِ‬
‫ال ﱠسفﱡو ُد ِم ْن الصﱡ ِ‬
‫يح ِجيفَ ٍة ُو ِج َد ْ‬ ‫َ‬ ‫َعي ٍْن َحتﱠى يَجْ َعلُوھَا فِي تِ ْل َ ْ‬
‫ت‬ ‫ُوح َويَ ْخ ُر ُج ِم ْنھَا َكأ ْنتَ ِن ِر ِ‬ ‫ك ال ُمس ِ‬
‫إل ِم ْن ْال َم َالئِ َك ِة إِ ﱠال‬ ‫ون بِھَا َعلَى َم َ ٍ‬ ‫ون بِھَا فَ َال يَ ُمرﱡ َ‬ ‫ض فَيَصْ َع ُد َ‬ ‫َعلَى َوجْ ِه ْاألَرْ ِ‬
‫ح أَ ْس َمائِ ِه الﱠتِي َك َ‬
‫ان‬ ‫َ‬
‫ون فُ َال ُن ب ُْن فُ َال ٍن )بِأ ْقبَ ِ‬ ‫يث فَيَقُولُ َ‬ ‫قَالُوا َما ھَ َذا الرﱡ و ُح ْال َخبِ ُ‬
‫يُ َس ﱠمى بِھَا فِي ال ﱡد ْنيَا( َحتﱠى يُ ْنتَھَى بِ ِه إِلَى ال ﱠس َما ِء ال ﱡد ْنيَا فَيُ ْستَ ْفتَ ُح لَهُ فَ َال يُ ْفتَ ُح‬
‫لَهُ((‪.‬‬
‫ )) َال تُفَتﱠ ُح لَھُ ْم أَ ْب َوابُ ال ﱠس َما ِء َو َال‬:‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ثُ ﱠم قَ َرأَ َرسُو ُل ﱠ‬
‫اط(( فَيَقُو ُل ﱠ‬
‫ﷲُ َع ﱠز َو َج ﱠل ا ْكتُبُوا‬ ِ َ‫ون ْال َجنﱠةَ َحتﱠى يَلِ َج ْال َج َم ُل فِي َس ﱢم ْال ِخي‬
َ ُ‫يَ ْد ُخل‬
‫ )اإلمام أحمد‬. …‫ط َر ُح رُو ُحهُ طَرْ حًا‬ ْ ُ‫ين فِي ْاألَرْ ض ال ﱡس ْفلَى فَت‬ ٍ ‫ِكتَابَهُ فِي ِسجﱢ‬
ِ
(‫وأبو داود والنسائي وابن ماجه‬
61- Dari Al-Bara' bin Azib r.a. katanya: Kami telah keluar bersama-sama Nabi mengiringi jenazah
seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan Rasulullah s.a.w.
pun duduk lalu kami duduk di sekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu;
manakala Baginda s.a.w. pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di
tangannya. Setelah itu Baginda s.a.w. mengangkat kepalanya lalu bersabda: "Mintalah kamu
perlindungan kepada Allah dari azab kubur", (diulanginya sabdanya itu) dua atau tiga kali;
kemudian Baginda s.a.w. bersabda lagi: "Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak
mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat akan
turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, putih bersih muka mereka, seolah-oleh matahari
dengan membawa kain kapan bersama mereka dari kain-kain kapan syurga dan Hanut(1) dari yang
ada di syurga, sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.

Kemudian datang Malakulmaut a.s. lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan
berkata: "Wahai jiwa yang baik keluarlah (dan pada satu riwayat ada disebutkan: Orang yang
hendak mati dihadiri - saat naza'nya - oleh Malaikat, maka sekiranya orang itu seorang yang salih,
berkatalah Malaikat:"Keluarlah engkau ..) menuju ke tempat keampunan dan keredhaan Allah. "
Baginda s.a.w. bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu keluar - mengalir seperti mengalirnya setitik
air dari mulut bekas air (yang terbuat dari kulit kambing), lalu Malakulmaut mengambilnya, maka
apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di
tangan Malakulmaut walau sekelip mata sekalipun lalu mereka mengambilnya kemudian
meletakkanya di dalam kain kapan dan Hanut yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang
harumnya seperti seharum-harum kasturi yang terdapat di atas muka bumi." Baginda s.a.w.,
bersabda lagi: "Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak
melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu
berkata: `Roh yang baik ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh Si anu anak si anu" (dengan
menyebutkan sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya dengan nama-nama itu di
dunia), (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang
Pertama; setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, lalu dibukakan pintu untuk-
mereka; kemudian Malaikat-malaikat yang berkedudukan istimewa di sisi Tuhan dari
penduduk tiap-tiap langit menghantar roh itu ? beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya,
sehinggalah mereka berhenti membawanya di langit yang ketujuh. Setelah itu Allah `Azza wa Jalla
berfirman kepada Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) "Simpanlah suratan amal
hambaKu ini dalam `illiyyin (tempat simpanan surat amal orang-orang yang berbakti) dan bawalah
dia balik ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia dari bumi, dan ke bumi
juga Aku kembalikan mereka serta dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali.

Baginda s.a.w. bersabda "Dan sesungguhnya orang yang kafir (ketika hendak mati) apabila ia
berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah
kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, hitam muka mereka dengan membawa kain-kain
kasar seperti kain kadut; lalu mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.
Kemudian datang Malakulmaut lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata:
"Hai jiwa yang jahat. Keluarlah (dan pada satu riwayat disebutkan: Maka apa bila orang itu orang
jahat, berkatalah Malaikat: "Keluarlah engkau ...) menuju ke tempat kebencian dan
kemurkaan Allah." Baginda s.a.w., bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu berselerak di merata
jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu oleh Malakulmaut sebagaimana
sebatang besi pembakar daging disentap dari segumpal bulu yang basah; Malakulmaut pun
mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak
membiarkannya di tangan Malakulmaut walau sekelip mata sekalipun sehingga mereka
meletakkannya dalam kain kasar yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang busuknya
seperti sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di atas muka bumi. Kemudian mereka membawanya
naik ke langit maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat
melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang jahat ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh
Si anu anak si anu, " (dengan menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan
nama-nama itu di dunia); (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka
membawanya ke langit yang pertama, setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit
untuknya, tetapi tidak dibukakan baginya.

Kemudian Rasulullah s.a.w., membaca (ayat 40 Surah al-A'raf, ertinya):".. Tidak sekali-kali akan
dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk
di lubang jarum...". (Kemudian Baginda s.a.w., bersabda): "Lalu Allah `Azza wa Jalla berfirman
kepada Malaikat: "Simpanlah suratan amal jahatnya di dalam sijjin (tempat simpanan surat amal
jahat orang-orang yang berdosa), yang letaknya di bumi yang terkebawah sekali. Lalu
dicampakkan rohnya ke situ...."

(Imam Ahmad, Abu Daud, Al-Nasa'i dan Ibn Majah)

______________________________

(1) Hanut: Ialah "Pachai" iaitu serbuk campuran dari benda-benda yang harum yang ditabur kepada mayat semasa dikapankan.

Keadaan seseorang dalam kubur:

Firman Tuhan pada ayat 20 dan 21, Surah Abasa. yang maksudnya:

Setelah Tuhan memberikan tiap-tiap seorang kemudahan memahami jalan-jalan baik dan
buruk supaya masing-masing berusaha semasa hidup untuk memilih jalan yang baik, Tuhan
mematikannya serta menjadikan dia berkubur di tempat yang ditakdirkan Tuhan baginya sama ada
dalam perut bumi, atau dalam perut ikan dan sebagainya.

Kubur ialah tempat perhentian yang pertama di antara tempat-tempat perhentian alam akhirat yang
juga dinamakan "Alam Barzakh" - tempat seseorang akan mendapati apa yang dijanjikan dalam
hadis-hadis yang di bawah ini, menjadi kenyataan kepadanya:
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ﷲِ َ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
‫ان َر ِ‬ ‫ان ب ِْن َعفﱠ ٍ‬ ‫‪َ -62‬ع ْن ُع ْث َم َ‬
‫از ِل ْاآل ِخ َر ِة فَإِ ْن نَ َجا ِم ْنهُ فَ َما بَ ْع َدهُ أَ ْي َس ُر ِم ْنهُ‬
‫قَا َل إِ ﱠن ْالقَ ْب َر أَ ﱠو ُل َم ْن ِز ٍل ِم ْن َمنَ ِ‬
‫َوإِ ْن لَ ْم يَ ْن ُج ِم ْنهُ فَ َما بَ ْع َدهُ أَ َش ﱡد ِم ْنهُ‪) .‬الترمذي وابن ماجه(‬
‫‪62- Dari `Uthman bin `Affan, r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kubur ialah‬‬
‫‪tempat perhentian yang pertama dari tempat-tempat perhentian alam akhirat, oleh itu jika‬‬
‫‪seseorang terselamat dari huru hara azabnya, maka huru hara di tempat-tempat yang lain‬‬
‫‪lebih ringan lagi kepadanya; dan jika ia tidak terselamat dari yang tersebut, maka huru hara di‬‬
‫‪tempat-tempat yang lain lebih berat lagi‬‬

‫)‪(Tirmizi dan Ibn Majah‬‬

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ﷲِ َ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل َد َخ َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ‫‪َ -63‬ع ْن أَبِي َس ِعي ٍد َر ِ‬
‫ت‬‫ُون قَا َل أَ َما إِنﱠ ُك ْم لَ ْو أَ ْكثَرْ تُ ْم ِذ ْك َر ھَا ِذ ِم اللﱠ ﱠذا ِ‬ ‫ص ﱠالهُ فَ َرأَى نَاسًا َكأَنﱠھُ ْم يَ ْكتَ ِشر َ‬ ‫ُم َ‬
‫ت َعلَى‬ ‫ت فَإِنﱠهُ لَ ْم يَأْ ِ‬ ‫ت ْال َم ْو ِ‬‫لَ َش َغلَ ُك ْم َع ﱠما أَ َرى فَأ َ ْكثِرُوا ِم ْن ِذ ْك ِر ھَا ِذ ِم اللﱠ ﱠذا ِ‬
‫ْت ْال َوحْ َد ِة َوأَنَا بَي ُ‬
‫ْت‬ ‫ْت ْال ُغرْ بَ ِة َوأَنَا بَي ُ‬‫ْالقَب ِْر يَ ْو ٌم إِ ﱠال تَ َكلﱠ َم فِي ِه فَيَقُو ُل أَنَا بَي ُ‬
‫ْت ال ﱡدو ِد فَإِ َذا ُدفِ َن ْال َع ْب ُد ْال ُم ْؤ ِم ُن قَا َل لَهُ ْالقَ ْب ُر َمرْ َحبًا َوأَ ْھ ًال أَ َما‬ ‫ب َوأَنَا بَي ُ‬ ‫التﱡ َرا ِ‬
‫ي‬‫ت إِلَ ﱠ‬‫صرْ َ‬ ‫ك ْاليَ ْو َم َو ِ‬ ‫ي فَإِ ْذ ُولﱢيتُ َ‬‫ت َألَ َحبﱠ َم ْن يَ ْم ِشي َعلَى ظَھ ِْري إِلَ ﱠ‬ ‫إِ ْن ُك ْن َ‬
‫ص ِر ِه َويُ ْفتَ ُح لَهُ بَابٌ إِلَى ْال َجنﱠ ِة )فَيَأْتِي ِه‬ ‫ك قَا َل فَيَتﱠ ِس ُع لَهُ َم ﱠد بَ َ‬ ‫صنِي ِع َي بِ َ‬ ‫فَ َستَ َرى َ‬
‫ِم ْن َر ْو ِحھَا َونَ ِسي ُمھَا َويَ ُش ﱡم ِم ْن ِطيبِھَا َوتَقَرﱡ َع ْينُهُ بِ َما يَ َرى فِيھَا( َوإِ َذا ُدفِ َن‬
‫ض‬ ‫ت َألَ ْب َغ َ‬ ‫اج ُر أَ ْو ْال َكافِ ُر قَا َل لَهُ ْالقَ ْب ُر َال َمرْ َحبًا َو َال أَ ْھ ًال أَ َما إِ ْن ُك ْن َ‬ ‫ْال َع ْب ُد ْالفَ ِ‬
‫صنِي ِع َي‬ ‫ي فَ َستَ َرى َ‬ ‫ت إِلَ ﱠ‬ ‫صرْ َ‬‫ك ْاليَ ْو َم َو ِ‬ ‫ي فَإِ ْذ ُولﱢيتُ َ‬‫َم ْن يَ ْم ِشي َعلَى ظَھ ِْري إِلَ ﱠ‬
‫ﷲِ‬‫ف أَضْ َال ُعهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ك قَا َل فَيَ ْلتَئِ ُم َعلَ ْي ِه َحتﱠى يَ ْلتَقِ َي َعلَ ْي ِه َوتَ ْختَلِ َ‬ ‫بِ َ‬
‫ْض قَا َل َويُقَيﱢضُ‬ ‫ف بَع ٍ‬ ‫ضھَا فِي َج ْو ِ‬ ‫صابِ ِع ِه فَأ َ ْد َخ َل بَ ْع َ‬‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم بِأ َ َ‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ‫َ‬
‫ت‬‫ت َش ْيئًا َما بَقِيَ ْ‬ ‫ض َما أَ ْنبَتَ ْ‬ ‫اح ًدا ِم ْنھَا نَفَ َخ فِي ْاألَرْ ِ‬ ‫ين تِنﱢينًا لَ ْو أَ ْن َو ِ‬ ‫ﷲُ لَهُ َس ْب ِع َ‬ ‫ﱠ‬
‫ب قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬
‫ﷲِ‬ ‫ضى بِ ِه إِلَى ْال ِح َسا ِ‬ ‫ال ﱡد ْنيَا فَيَ ْنھَ ْشنَهُ َويَ ْخ ِد ْشنَهُ َحتﱠى يُ ْف َ‬
‫اض ْال َجنﱠ ِة أَ ْو ُح ْف َرةٌ ِم ْن ُحفَ ِر‬ ‫ضةٌ ِم ْن ِريَ ِ‬ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم إِنﱠ َما ْالقَ ْب ُر َر ْو َ‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ‫َ‬
‫ار‪ ) .‬الترمذي والبيھقي (‬ ‫النﱠ ِ‬
‫‪63- Dari Abu Sa'id, r.a. katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat‬‬
‫‪sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w. pun‬‬
‫‪menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut‬‬
‫‪dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah‬‬
‫‪peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini,‬‬
‫‪maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan‬‬
menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari
kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah
yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila
hamba Allah yang mukmin di kebumikan, berkatalah kubur kepadanya: `Dipersilakan dengan
segala hormatnya ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepadaku - sekasih-kasih orang yang
berjalan atasku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku
pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu"; Kubur itu pun menjadi
lapang baginya seluas mata memandang serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu
datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya serta ia dapat mencium dari baunya
yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan
sebaliknya apabila orang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur
kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau -
kepada ku - adalah sebenci benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai
kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa
yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w., bersabda lagi: "Kubur itu pun mengapitnya sehingga
berselisih tulang-tulang rusuknya." Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w., (sambil bersabda
menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w.) memasukkan jari-jari sebelah tangannya di
celah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w., bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada
orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya
di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi
dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya
sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w.
bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga
atau sebuah gaung dari gaung-gaung Neraka. "

(Tirmizi dan Baihaqi)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-64
‫ان يُقَا ُل ِألَ َح ِد ِھ َما ْال ُم ْن َك ُر َو ْاآل َخ ُر‬ ِ َ‫ان أَ ْز َرق‬ ِ ‫ان أَ ْس َو َد‬
ِ ‫ﱢت … أَتَاهُ َملَ َك‬ ُ ‫إِ َذا قُبِ َر ْال َمي‬
‫ت تَقُو ُل فِي ھَ َذا‬ َ ‫وال ِن َما ُك ْن‬ َ ُ‫ُوح ِه فِي َج َس ِد ِه( فَيَق‬ ِ ‫النﱠ ِكي ُر )فَيُ ْق ِع َدانِ ِه بَ ْع َد إِ َعا َد ِة ر‬
َ‫ﷲ‬‫ت أَ ْعبُ ُد ﱠ‬ ُ ‫ﷲُ ھَ َداهُ قَا َل ُك ْن‬ ‫ت تَ ْعبُ ُد فَإِ ْن ﱠ‬ َ ‫ َما ُك ْن‬:‫ال ﱠرج ُِل ) َوفِي ِر َوايَ ٍة ِألَبِي َدا ُو َد‬
‫وال ِن لَهُ َم ْن‬ َ ُ‫ فَيَق‬:‫ت تَقُو ُل فِي ھَ َذا ال ﱠرج ُِل( ) َوفِي ِر َوايَ ٍة لَهُ أَ ْيضًا‬ َ ‫فَيُقَا ُل لَهُ َما ُك ْن‬
‫وال ِن لَهُ َما‬ َ ُ‫اإلس َْال ُم فَيَق‬ِ ْ ‫ك فَيَقُو ُل ِدينِ َي‬ َ ُ‫وال ِن لَهُ َما ِدين‬ َ ُ‫ﷲُ فَيَق‬ ‫ك فَيَقُو ُل َربﱢ َي ﱠ‬ َ ‫َربﱡ‬
‫ﷲِ َو َرسُولُهُ أَ ْشھَ ُد‬ ‫ان يَقُو ُل ھُ َو َع ْب ُد ﱠ‬ َ ‫ث فِي ُك ْم( فَيَقُو ُل َما َك‬ َ ‫ھَ َذا ال ﱠر ُج ُل الﱠ ِذي بُ ِع‬
‫ك تَقُو ُل ھَ َذا‬ َ ‫وال ِن قَ ْد ُكنﱠا نَ ْعلَ ُم أَنﱠ‬َ ُ‫ﷲُ َوأَ ﱠن ُم َح ﱠم ًدا َع ْب ُدهُ َو َرسُولُهُ فَيَق‬ ‫أَ ْن َال إِلَهَ إِ ﱠال ﱠ‬
‫ق َع ْب ِدي‬ َ ‫ فَيُنَا ِدي ُمنَا ٍد ِم ْن ال ﱠس َما ِء أَ ْن قَ ْد‬:‫ قَا َل‬:‫) َوفِي ِر َوايَ ٍة ِألَبِي َدا ُو َد‬
َ ‫ص َد‬
‫فَأ َ ْف ِر ُشوهُ ِم ْن ْال َجنﱠ ِة َوا ْفتَحُوا لَهُ بَابًا إِلَى ْال َجنﱠ ِة َوأَ ْلبِسُوهُ ِم ْن ْال َجنﱠ ِة قَا َل فَيَأْتِي ِه‬
‫ين ثُ ﱠم يُنَ ﱠو ُر‬ َ ‫ُون ِذ َرا ًعا فِي َس ْب ِع‬ َ ‫ِم ْن َر ْو ِحھَا َو ِطيبِھَا( ثُ ﱠم يُ ْف َس ُح لَهُ فِي قَب ِْر ِه َس ْبع‬
( ٌ‫لَهُ فِي ِه ثُ ﱠم يُقَا ُل لَهُ نَ ْم فَيَقُو ُل أَرْ ِج ُع إِلَى أَ ْھلِي فَأ ُ ْخبِ ُرھُ ْم )يَ ْعنِي بِأ َ ﱠن َحالِي طَيﱢب‬
‫ُوس الﱠ ِذي َال يُوقِظُهُ إِ ﱠال أَ َحبﱡ أَ ْھلِ ِه إِلَ ْي ِه َحتﱠى يَ ْب َعثَهُ ﱠ‬
ُ‫ﷲ‬ ِ ‫وال ِن نَ ْم َكنَ ْو َم ِة ْال َعر‬ َ ُ‫فَيَق‬
َ ‫ْت النﱠ‬
‫اس‬ ُ ‫ب( َس ِمع‬ ِ ‫ان ُمنَافِقًا قَا َل )يَ ْعنِي فِي ْال َج َوا‬ َ ‫ك َوإِ ْن َك‬ َ ِ‫ِم ْن َمضْ َج ِع ِه َذل‬
‫ك ) َوفِي ِر َوايَ ٍة‬ َ ِ‫ك تَقُو ُل َذل‬ َ ‫وال ِن قَ ْد ُكنﱠا نَ ْعلَ ُم أَنﱠ‬َ ُ‫ت ِم ْثلَهُ َال أَ ْد ِري فَيَق‬ ُ ‫ون فَقُ ْل‬
َ ُ‫يَقُول‬
‫ار َوأَ ْلبِسُوهُ ِم ْن‬ ِ ‫ب فَأ َ ْف ِر ُشوهُ ِم ْن النﱠ‬ َ ‫ فَيُنَا ِدي ُمنَا ٍد ِم ْن ال ﱠس َما ِء أَ ْن َك َذ‬:‫ِألَبِي َدا ُو َد‬
‫ار قَا َل فَيَأْتِي ِه ِم ْن َحرﱢ ھَا َو َس ُمو ِمھَا( فَيُقَا ُل‬ ِ ‫ار َوا ْفتَحُوا لَهُ بَابًا إِلَى النﱠ‬ ِ ‫النﱠ‬
‫ف فِيھَا أَضْ َال ُعهُ فَ َال يَ َزا ُل فِيھَا ُم َع ﱠذبًا‬ ُ ِ‫ض ْالتَئِ ِمي َعلَ ْي ِه فَتَ ْلتَئِ ُم َعلَ ْي ِه فَتَ ْختَل‬ ِ ْ‫لِ ْألَر‬
(‫ )البخاري ومسلم والترمذي وأبو داود‬.‫ك‬ َ ِ‫ﷲُ ِم ْن َمضْ َج ِع ِه َذل‬ ‫َحتﱠى يَ ْب َعثَهُ ﱠ‬
64- Dari Abu Hurairah, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Apabila Si mati dikuburkan,
datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya) salah satu di antaranya
disebut dengan nama "Munkar" dan yang satu lagi disebut dengan nama "Nakir", (lalu keduanya
mendudukan Si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka
menyoalnya: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w.,)?" (dan
pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah
sembah?" Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan
berkata: "Aku menyembah Allah" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan
mengenai orang ini (Muhammad s.a.w.,)?" (Dan pada satu riwayat yang lain oleh Abu Daud juga:
Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?" Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah".
Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam." Mereka bertanya
lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu?" Maka kalau Si mati seorang
yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah
hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada
Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah
hamba Allah dan RasulNya". Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau
mengakui yang demikian"; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w.
bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka
bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga,
serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga." Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu
datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya); kemudian dilapangkan
kubur nya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya;
kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah". Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada
keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu berkata kepadanya:
"Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih
ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika Si itu
seorang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya Aku dengar orang berkata
demikian, maka aku pun turut kata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak." Lalu dua Malaikat
itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu
Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka
bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta
bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka. " Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu
datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan
bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya,
maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya itu."

(Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫س ب ِْن َمالِ ٍك َر‬ ِ َ‫ َع ْن أَن‬-65
ُ‫اح ٌد يَ ْتبَ ُعهُ أَ ْھلُهُ َو َمالُهُ َو َع َملُه‬ ِ َ‫ﱢت ثَ َالثَةٌ فَيَرْ ِج ُع ْاثن‬
ِ ‫ان َويَ ْبقَى َم َعهُ َو‬ َ ‫قَا َل يَ ْتبَ ُع ْال َمي‬
(‫فَيَرْ ِج ُع أَ ْھلُهُ َو َمالُهُ َويَ ْبقَى َع َملُهُ )البخاري ومسلم والترمذي والنسائي‬
65- Dari Anas bin Malik, r.a. bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga perkara akan menurut orang
mati ke kuburnya, kemudian dua daripadanya akan balik dan tinggal satu bersama-samanya - ia
akan diturut oleh keluarganya, hartanya dan amalnya, kemudian keluarganya dan hartanya akan
balik, dan tinggallah amalnya bersama-sama dengannya".

(Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa'i)

Banyak keterangan-keterangan syarak yang menunjukkan bahawa azab kubur yang disediakan
bagi orang-orang yang berdosa dan nikmat-nikmat kesenangannya yang sediakan lagi orang-
orang yang taat - tidak berkesudahan.

Di antara keterangan-keterangan itu ialah firman Allah Taala, yang maksudnya:

"Orang-orang yang berdosa itu didedahkan kepada Neraka pagi dan petang." (46, Surah Ghafir)

Dan di antaranya ialah hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ ﱠن‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن اب ِْن ُع َم َر َر‬-66
‫ان ِم ْن أَ ْھ ِل ْال َجنﱠ ِة‬ َ ‫ض َعلَ ْي ِه َم ْق َع ُدهُ بِ ْال َغ َدا ِة َو ْال َع ِش ﱢي إِ ْن َك‬ َ ‫ات ُع ِر‬ َ ‫أَ َح َد ُك ْم إِ َذا َم‬
‫ك‬ ِ ‫ار فَ ِم ْن أَ ْھ ِل النﱠ‬
َ ‫ار فَيُقَا ُل ھَ َذا َم ْق َع ُد‬ ِ ‫ان ِم ْن أَ ْھ ِل النﱠ‬ َ ‫فَ ِم ْن أَ ْھ ِل ْال َجنﱠ ِة َوإِ ْن َك‬
(‫ﷲُ يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة )البخاري ومسلم والترمذي‬ ‫ك ﱠ‬ َ َ‫َحتﱠى يَ ْب َعث‬
66- Dari Ibn Umar, r.a. bahawa Nabi s.a.w, bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu
mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari
ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya dan jika ia
dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai
azab sengsaranya." Nabi s.a.w., bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing:
"Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari qiamat."

(Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Mengenai balasan baik dan buruk di dalam kubur, memang tidak dapat difikirkan keadaannya oleh
akal manusia dalam dunia ini, oleh itu wajiblah atas tiap-tiap orang yang beriman: Percaya dan
yakin akan segala yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w., dan janganlah ia memandai-mandai
memahami atau memperkatakannya secara buta tuli - dengan tidak berdasarkan sebarang
keterangan syarak. Demikianlah segala perkara yang berhubung dengan hal ehwal hari akhirat.

Adab Dan Tatatertib Melawat Orang Sakit Atau Menghadiri Orang Yang Hampir Mati Atau Yang Sudah Mati.

Di antara adab dan peraturan yang tersebut ialah sebagaimana yang diterangkan oleh hadis-hadis
dan "Athar" (kata-kata sahabat) yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ت قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ْ َ‫ﷲُ َع ْنھَا قَال‬‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أُ ﱢم َسلَ َمةَ َر‬-67
‫ون َعلَى َما‬ َ ُ‫ﱢت فَقُولُوا َخ ْيرًا فَإ ِ ﱠن ْال َم َالئِ َكةَ يُ َؤ ﱢمن‬ َ ‫يض أَ ْو ْال َمي‬
َ ‫ضرْ تُ ْم ْال َم ِر‬َ ‫إِ َذا َح‬
(‫ )مسلم‬.‫ون‬ َ ُ‫تَقُول‬
67- Dari Ummi Salamah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila kamu ziarahi orang
sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik kerana
sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu."

(Muslim)

ُ‫وس َوقِلﱠة‬ِ ُ‫يف ْال ُجل‬ ‫ض َي ﱠ‬


ُ ِ‫ﷲُ َع ْنھُ َما قَا َل ِم َن ال ﱡسنﱠ ِة تَ ْخف‬ ِ ‫س َر‬ٍ ‫ َع ْن اب ِْن َعبﱠا‬-68
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم لَ ﱠما َكثُ َر‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ب فِي ْال ِعيَا َد ِة قَا َل َوقَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ِ ‫ص َخ‬ ‫ال ﱠ‬
(‫اختِ َالفُھُ ْم "قُو ُموا َعنﱢي" )رزين‬ ْ ‫لَ َغطُھُ ْم َو‬
68- Dari Ibn Abbas r.a., katanya: "Di antara adab peraturan yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. ialah:
Memendekkan masa duduk dan mengurangkan bising semasa melawat orang sakit. Ibn Abbas
berkata lagi: "Rasulullah bersabda ketika sahabat-sahabat banyak membuat bising dan berselisih
pendapat (semasa mereka melawat Baginda yang sedang gering): "Bangunlah kamu semua
tinggalkan daku."

(Razin)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ِ ‫ َع ْن َجابِ ٍر َر‬-69
‫ )الديلمي في مسند‬.‫يض‬ ِ ‫ض ُل ْال ِعيَا َد ِة أَجْ رًا سُرْ َعةُ ْالقِيَ ِام ِم ْن ِع ْن ِد ْال َم ِر‬
َ ‫أَ ْف‬
(‫الفردوس‬
69- Dari Jabir r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Cara melawat orang sakit yang lebih afdal
pahalanya ialah segera meninggalkan orang sakit itu."

(Ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus)


‫صلﱠى ﱠ‬
ُ‫ﷲ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ْت َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل َس ِمع‬‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي َس ِعي ٍد ْال ُخ ْد ِريﱢ َر‬-70
‫ )فَإِنﱠهُ َما ِم ْن َع ْب ٍد ي ُْختَ ُم لَهُ بِھَا‬.ُ‫ﷲ‬‫َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم يَقُو ُل لَقﱢنُوا َم ْوتَا ُك ْم َال إِلَهَ إِ ﱠال ﱠ‬
(‫ )مسلم‬.(‫ت َزا َدهُ إِلَى ْال َجنﱠ ِة‬ ْ َ‫ِع ْن َد َم ْوتِ ِه إِ ﱠال َكان‬
70- Dari Abu Said al-Khudri r.a. katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sebutlah kepada orang-orang kamu yang hendak mati ‫ﻻ إﻟﻪ اﻻ ﷲ‬kerana sesungguhnya
tidak ada seorang hamba Allah yang diberikannya kemudahan mengakhiri keadaannya dengan
kalimah itu semasa ia hampir mati, melainkan kalimah itu menjadi bekalannya ke Syurga. "

(Muslim)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ت َد َخ َل َرسُو ُل ﱠ‬ ْ َ‫ﷲُ َع ْنھَا قَال‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أُ ﱢم َسلَ َمةَ َر‬-71
َ ِ‫ضهُ ثُ ﱠم قَا َل إِ ﱠن الرﱡ و َح إِ َذا قُب‬
‫ض‬ َ ‫ص ُرهُ فَأ َ ْغ َم‬
َ َ‫ق ب‬ ‫َو َسلﱠ َم َعلَى أَبِي َسلَ َمةَ َوقَ ْد َش ﱠ‬
‫ض ﱠج نَاسٌ ِم ْن أَ ْھلِ ِه فَقَا َل َال تَ ْد ُعوا َعلَى أَ ْنفُ ِس ُك ْم إِ ﱠال بِ َخي ٍْر فَإِ ﱠن‬ َ َ‫ص ُر ف‬ َ َ‫تَبِ َعهُ ْالب‬
‫ون ثُ ﱠم قَا َل اللﱠھُ ﱠم ا ْغفِرْ ِألَبِي َسلَ َمةَ َوارْ فَ ْع‬ َ ُ‫ون َعلَى َما تَقُول‬ َ ُ‫ْال َم َالئِ َكةَ يُ َؤ ﱢمن‬
‫ين َوا ْغفِرْ لَنَا َولَهُ يَا َربﱠ‬ َ ‫اخلُ ْفهُ فِي َعقِبِ ِه فِي ْال َغابِ ِر‬ ْ ‫ﱢين َو‬َ ‫َد َر َجتَهُ فِي ْال َم ْھ ِدي‬
(‫ )مسلم‬.‫ين َوا ْف َسحْ لَهُ فِي قَب ِْر ِه َونَ ﱢورْ لَهُ فِي ِه‬ َ ‫ْال َعالَ ِم‬
71- Dari Ummi Salamah katanya: Rasulullah s.a.w, telah masuk menziarahi Abu Salamah sedang
mata Abu Salamah terbuka, lalu Nabi s.a.w., menutupnya, kemudian Baginda bersabda:
"Sesungguhnya roh apabila ia diambil oleh Malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si
mati itu)"; (mendengar yang demikian) sebahagian dari keluarganya riuh rendah (menangis dan
menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka), lalu Baginda s.a.w., bersabda:
"Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi
sebutlah perkara-perkara yang baik kerana Malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa yang
kamu katakan - baik atau buruk", kemudian Baginda berdoa dengan sabdanya: Ya Tuhanku,
ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama orang-orang yang
mendapat hidayah pertunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan
melindungi keluarganya yang ditinggalkan dan ampunkanlah bagi kami dan baginya Ya Rabbal
alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya."

(Muslim)

Hadis-hadis yang tersebut menerangkan antara lain:

Panduan bagi orang-orang yang ditimpa bencana:

Mengenai orang-orang yang ditimpa sesuatu bencana, Rasulullah s.a.w. menerangkan dalam
beberapa hadis yang antara lain seperti berikut:
‫صلﱠى‬َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬
‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي َس ِعي ٍد ْال ُخ ْد ِريﱢ َوأَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-72
‫ب َو َال ھَ ﱟم َو َال َح َز ٍن‬ٍ ‫ص‬ َ ‫ب َو َال َو‬ٍ ‫ص‬ َ َ‫ُصيبُ ْال ُم ْسلِ َم ِم ْن ن‬ ِ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َما ي‬
‫ﱠ‬
‫ )البخاري‬.ُ‫ﷲُ بِھَا ِم ْن َخطَايَاه‬ ‫َو َال أَ ًذى َو َال َغ ﱟم َحتﱠى ال ﱠش ْو َك ِة يُ َشا ُكھَا إِ ﱠال َكفﱠ َر ﱠ‬
(‫ومسلم‬
72- Dari Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah, r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak ada
sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan kesakitan,
kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau
kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya -
melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."

(Bukhari dan Muslim)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ِن النﱠبِ ﱢي‬‫ض َي ﱠ‬ ‫ َع ْن َع ْب ِد ﱠ‬-73
ِ ‫ﷲِ ب ِْن َم ْسعُو ٍد َر‬
‫ُط‬ ‫ُصيبُهُ أَ ًذى َم َرضٌ فَ َما ِس َواهُ إِ ﱠال َحطﱠ ﱠ‬
‫ﷲُ لَهُ َسيﱢئَاتِ ِه َك َما تَح ﱡ‬ ِ ‫قَا َل َما ِم ْن ُم ْسلِ ٍم ي‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.‫ال ﱠش َج َرةُ َو َرقَھَا‬
73- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a dari Nabi s.a.w. sabdanya:"Tidak ada seseorang Islam yang
ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya melainkan Allah gugurkan dengan
sebab itu dosa dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang
tertentu)."

(Bukhari dan Muslim)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ ﱠن‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫س َر‬ ٍ َ‫ َع ْن أَن‬-74
ُ‫ض َي فَلَه‬ ِ ‫ﷲَ إِ َذا أَ َحبﱠ قَ ْو ًما ا ْبتَ َالھُ ْم فَ َم ْن َر‬
‫ِعظَ َم ْال َج َزا ِء َم َع ِعظَ ِم ْالبَ َال ِء َوإِ ﱠن ﱠ‬
(‫ )الترمذي وابن ماجه‬.ُ‫ضا َو َم ْن َس ِخطَ فَلَهُ ال ﱠس َخط‬ َ ‫الرﱢ‬
74- Dari Anas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu
menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah `Azza wa Jalla apabila mengasihi
sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha maka ia
akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima
ujian itu maka ia akan mendapat kemurkaan dari Allah. "

(Tirmizi dan Ibn Majah)

‫ﷲُ َع ْنھُ َما أَنﱠھُ َما َد َخ َال َعلَى‬ ‫ض َي ﱠ‬ِ ‫س َوالصﱡ نَابِ ِح ﱢي َر‬ ٍ ‫ َع ْن َش ﱠدا ِد ب ِْن أَ ْو‬-75
ُ ْ‫ت قَا َل أَصْ بَح‬
ُ‫ت بِ ِن ْع َم ٍة فَقَا َل لَه‬ َ ْ‫ْف أَصْ بَح‬
َ ‫يض يَعُو َدانِ ِه فَقَ َاال لَهُ َكي‬
ٍ ‫َرج ٍُل َم ِر‬
‫صلﱠى‬َ ِ‫ﷲ‬ ‫ْت َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫ط ْال َخطَايَا فَإِنﱢي َس ِمع‬‫ت َو َح ﱢ‬
ِ ‫ت ال ﱠسيﱢئَا‬ ِ ‫َش ﱠدا ٌد أَب ِْشرْ بِ َكفﱠا َرا‬
‫ْت َع ْب ًدا ِم ْن ِعبَا ِدي‬ ُ ‫ﷲَ َع ﱠز َو َج ﱠل يَقُو ُل إِنﱢي إِ َذا ا ْبتَلَي‬ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم يَقُو ُل إِ ﱠن ﱠ‬
‫ﱠ‬
ُ‫ك َكيَ ْو ِم َولَ َد ْتهُ أُ ﱡمه‬
َ ِ‫ُم ْؤ ِمنًا فَ َح ِم َدنِي َعلَى َما ا ْبتَلَ ْيتُهُ فَإِنﱠهُ يَقُو ُم ِم ْن َمضْ َج ِع ِه َذل‬
‫ت َع ْب ِدي َوا ْبتَلَ ْيتُهُ َوأَجْ رُوا لَهُ َك َما‬ ُ ‫ِم ْن ْال َخطَايَا َويَقُو ُل الرﱠبﱡ َع ﱠز َو َج ﱠل أَنَا قَيﱠ ْد‬
(‫ )اإلمام أحمد‬.‫ص ِحي ٌح‬ َ ‫ُون لَهُ َوھُ َو‬ َ ‫ُك ْنتُ ْم تُجْ ر‬
75- Dari Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a., bahawa keduanya telah masuk melawat seorang
sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Ia menjawab: "Aku
berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan
perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah
mendengar Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla berfirman: Apabila
Aku menguji seseorang dari hamba hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia
memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu
seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya bersih dari segala kesalahan", dan Tuhan Tabaraka wa
Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal orang itu: "Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan
telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis
amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat".

(Imam Ahmad)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َال‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫س َر‬ ٍ َ‫ َع ْن أَن‬-76
ْ‫ت فَ ْليَقُل‬
ِ ‫ان َال بُ ﱠد ُمتَ َمنﱢيًا لِ ْل َم ْو‬َ ‫ت لِضُرﱟ نَ َز َل بِ ِه فَإ ِ ْن َك‬َ ‫يَتَ َمنﱠيَ ﱠن أَ َح ٌد ِم ْن ُك ْم ْال َم ْو‬
.‫ت ْال َوفَاةُ َخ ْيرًا لِي‬ ْ َ‫ت ْال َحيَاةُ َخ ْيرًا لِي َوتَ َوفﱠنِي إِ َذا َكان‬ ْ َ‫اللﱠھُ ﱠم أَحْ يِنِي َما َكان‬
(‫)البخاري ومسلم‬
76- Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Jangan sekali-kali seseorang kamu
bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mati,
mendesaknya meminta maka hendaklah ia memohon dengan berkata: `Ya Tuhanku, hidupkanlah
daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku'."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis-hadis yang tersebut menyatakan antara lain:

(1) Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau
akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "Kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan
kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

(2) Sesiapa yang mensifatkan bala bencana yang menimpanya sebagai nikmat serta menerimanya
dengan redha akan mendapat - selain daripada terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya -
balasan pahala dari Allah s.w.t., bahkan ditulis baginya pahala amal baik yang tak dapat ia
kerjakan kerana dihalangi oleh bencana yang menimpanya itu.
(3) Sesiapa yang keluh kesah serta bencikan bencana yang menimpanya itu, akan
mendapat kemurkaan dari Allah.

(4) Di larang keras, jangan sekali-kali seseorang meminta hendak mati kerana bosan dan tidak
tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; kalau juga ia hendakkan sangat supaya
ia mati, maka hendaklah ia memohon secara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. pada
hadis yang ke 76 dan jangan sekali-kali cuba hendak membunuh diri.

Fasal Kedua
Matinya Tiap-Tiap Yang Bernyawa Apakala Berakhir Umur Dunia Kemudian Semuanya
Dihidupkan Semula

Sebagaimana manusia berada di dunia ini hanya untuk suatu masa yang tertentu kemudian
berpindahlah ia ke satu alam yang kekal abadi, maka alam dunia ini dengan segala langit dan
buminya pun akan habis tempohnya pada suatu masa yang tertentu dan ditukar menjadi satu alam
yang tidak berkesudahan, segala yang ada padanya kekal abadi sama ada nikmat kesukaan
orang mukmin mahu pun azab kedukaan orang kafir.

Hakikat ini diterangkan oleh Allah Taala dengan firman-Nya, yang bermaksud:

"Kehidupan dunia ini hanya kesukaan dan kesenangan sementara, dan alam akhirat sahajalah
tempat kediaman yang kekal abadi. "(39 surah Ghafir).

"Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal salih, kami akan masukkan mereka ke
dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya. ..." (57, Surah al-Nisa').

Dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya disediakan
baginya Neraka Jahanam mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. " (23 Surah al-Jin).

Dengan berakhirnya umur dunia ini, timbullah saat permulaan qiamat


yang tidak diketahui masanya melainkan Allah, tetapi tanda-tanda hampirnya kedatangan saat itu
ada diterangkan oleh Rasulullah s.a.w., dalam beberapa hadis yang sebahagian daripadanya telah
pun disebutkan pada huraian hadis yang ke 13, bab yang kelima, dalam "Muqaddimah Mastika
Hadith" dahulu, manakala sebahagian daripadanya ialah hadis-hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َال تَقُو ُم‬


‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ِن النﱠبِ ﱢي‬ ِ ‫ َع ْن ُح َذ ْيفَةَ َر‬-77
(‫ )الترمذي واإلمام أحمد‬.‫اس بِال ﱡد ْنيَا لُ َك ُع ب ُْن لُ َك ٍع‬ ِ ‫ون أَ ْس َع َد النﱠ‬
َ ‫السﱠا َعةُ َحتﱠى يَ ُك‬
77- Dari Huzaifah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak akan berlaku saat qiamat sehingga orang
yang tidak tentu saka bakanya, yang buruk akhlaknya dan yang bodoh bebal, menjadi sebahagia-
bahagia manusia dengan kesenangan dunia. "

(Tirmizi dan Imam Ahmad)


‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َال‬
‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ِ ‫ َع ْن اب ِْن َم ْسعُو ٍد َر‬-78
(‫ )مسلم واإلمام أحمد‬.‫اس‬ ِ ‫تَقُو ُم السﱠا َعةُ إِ ﱠال َعلَى ِش َر‬
ِ ‫ار النﱠ‬
78- Dari Ibn Mas'ud r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak berlaku saat qiamat melainkan
semasa tidak ada di dunia ini selain daripada orang-orang jahat (yang tidak mengenal baik dan
buruk)

(Muslim dan Imam Ahmad)

‫صلﱠى ﱠ‬
ُ‫ﷲ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ﷲِ ب ِْن َم ْسعُو ٍد َر‬‫ َع ْن َع ْب ِد ﱠ‬-79
‫ئ‬ُ ‫اط‬ ِ ‫ب َر ُج ٌل ِم ْن أَ ْھ ِل بَ ْيتِي يُ َو‬
َ ‫ك ْال َع َر‬َ ِ‫َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َال تَ ْذھَبُ ال ﱡد ْنيَا َحتﱠى يَ ْمل‬
‫ئ ا ْس ُمهُ ا ْس ِمي َوا ْس ُم أَبِي ِه ا ْس َم‬ ِ ‫ يُ َو‬:‫ا ْس ُمهُ ا ْس ِمي ) َوفِي ِر َوايَ ٍة ِألَبِي َدا ُو َد‬
ُ ‫اط‬
(‫ )الترمذي وأبو داود‬.(‫أَبِي‬
79- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak habis umur
dunia ini sehingga bangsa Arab dan pengikut-pengikutnya dikuasai oleh seorang dari ahli rumahku
yang namanya menyamai namaku"; (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud - ada disebutkan:
"Yang namanya menyamai namaku, dan nama ayahnya menyamai nama ayahku")

(Tirmizi dan Abu Daud)

‫صلﱠى ﱠ‬
ُ‫ﷲ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي َس ِعي ٍد ْال ُخ ْد ِريﱢ َر‬-80
َ ْ‫ف يَ ْم َألُ ْاألَر‬
‫ض قِ ْسطًا َو َع ْد ًال‬ ِ ‫َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم ْال َم ْھ ِديﱡ ِمنﱢي أَجْ لَى ْال َج ْبھَ ِة أَ ْقنَى ْاألَ ْن‬
(‫ )أبو داود‬.‫ين‬ َ ِ‫ك َس ْب َع ِسن‬ ُ ِ‫ت َج ْورًا َوظُ ْل ًما يَ ْمل‬ ْ َ‫َك َما ُملِئ‬
80- Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Mahadi itu dari
keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan
keadilan, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia
memerintah selama tujuh tahun."

(Abu Daud)

‫صلﱠى ﱠ‬
ُ‫ﷲ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل َذ َك َر َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي َس ِعي ٍد ْال ُخ ْد ِريﱢ َر‬-81
‫ُصيبُ ھَ ِذ ِه ْاألُ ﱠمةَ َحتﱠى َال يَ ِج َد ال ﱠر ُج ُل َم ْل َجأ ً يَ ْل َجأ ُ إِلَ ْي ِه ِم َن‬ ِ ‫َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم بَ َال ًء ي‬
‫ض قِ ْسطًا َو َع ْد ًال‬ َ ْ‫ﷲُ َرج ًُال ِم ْن ِع ْت َرتِي َوأَ ْھ ِل بَ ْيتِي فَيَ ْم َألُ بِ ِه ْاألَر‬ ‫ث ﱠ‬ ُ ‫الظ ْل ِم فَيَ ْب َع‬
‫ﱡ‬
‫ع‬ُ ‫ض َال تَ َد‬ ِ ْ‫ضى َع ْنهُ َسا ِك ُن ال ﱠس َما ِء َو َسا ِك ُن ْاألَر‬ َ ْ‫ت ظُ ْل ًما َو َج ْورًا يَر‬ ْ َ‫َك َما ُملِئ‬
‫ع ْاألَرْ ضُ ِم ْن نَبَاتِھَا َش ْيئًا‬ َ ‫ط ِرھَا َش ْيئًا إِ ﱠال‬
ُ ‫صبﱠ ْتهُ ِم ْد َرارًا َو َال تَ َد‬ ْ َ‫ال ﱠس َما ُء ِم ْن ق‬
‫ين أَ ْو‬ َ ‫ات أَ ْن يَ ِع‬
َ ِ‫يش فِي َذل‬
َ ِ‫ك َس ْب َع ِسن‬ ُ ‫إِ ﱠال أَ ْخ َر َج ْتهُ َحتﱠى يَتَ َمنﱠى ْاألَحْ يَا ُء َو ْاألَ ْم َو‬
(‫ )الحاكم‬.‫ين‬ َ ِ‫ين أَ ْو تِ ْس َع ِسن‬
َ ِ‫ان ِسن‬َ ‫ثَ َم‬
81- Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menyebut satu
bala bencana akan menimpa umat ini sehingga seseorang tak dapat tempat untuk
berlindung daripada kezaliman; maka Allah Taala lahirkan seorang dari keturunanku dan
ahli rumahku, serta Tuhan penuhkan bumi dengan kejujuran dan keadilan disebabkan
pemerintahannya sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan;
penduduk langit dan bumi puas hati dengan pemerintahannya; langit pula tidak
meninggalkan sedikit pun dari hujannya melainkan dicurahkannya dengan lebat dan bumi juga
tidak meninggalkan dari tumbuh-tumbuhannya melainkan dikeluarkannya dengan sebanyak-
banyaknya sehingga orang yang hidup suka kalau orang-orang matinya hidup semula (supaya
mereka dapat menikmati kemakmuran itu bersama); Mahadi itu akan hidup dalam keadaan yang
tersebut selama tujuh atau lapang atau pun sembilan tahun."

(al-Hakim)

‫صلﱠى ﱠ‬
ُ‫ﷲ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل اطﱠلَ َع النﱠبِ ﱡي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫اريﱢ َر‬ِ َ‫ َع ْن ُح َذ ْيفَةَ ب ِْن أَ ِسي ٍد ْال ِغف‬-82
‫ُون قَالُوا نَ ْذ ُك ُر السﱠا َعةَ قَا َل إِنﱠھَا‬
َ ‫َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َعلَ ْينَا َونَحْ ُن نَتَ َذا َك ُر فَقَا َل َما تَ َذا َكر‬
‫ان َوال ﱠدجﱠا َل َوال ﱠدابﱠةَ َوطُلُو َع‬ ٍ ‫لَ ْن تَقُو َم َحتﱠى تَ َر ْو َن قَ ْبلَھَا َع ْش َر آيَا‬
َ ‫ت فَ َذ َك َر ال ﱡد َخ‬
(‫ )مسلم‬. …‫س ِم ْن َم ْغ ِربِھَا َونُ ُزو َل ِعي َسى اب ِْن َمرْ يَ َم َويَأَجُو َج َو َمأْجُو َج‬ ِ ‫ال ﱠش ْم‬
82- Dari Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menjenguk kepada kami
semasa kami sedang ingat mengingati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w. bertanya: "Apa yang
kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab: "Kami mengingati perihal hari qiamat dan saat
berlakunya"; Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya saat qiamat tidak akan berlaku melainkan
setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w., menyebut alamat atau
tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (1) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dan pihak
barat) turunnya Nabi Isa anak Mariam dan Ya'juj wa Ma'juj.

(Muslim)

______________________________

Dajal ialah orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya.
Nabi s.a.w., kerapkali mengingatkan umatnya dalam beberapa hadis supaya menjaga diri daripada bencana dajal dan pengaruhnya yang
besar bahayanya. Di antara hadis-hadis itu - ialah diriwayatkan oleh Muslim yang maksudnya. "Tidak ada di antara masa kejadian Nabi Adam dan
masa berlakunya hari qiamat bala bencana yang lebih besar daripada bencana Dajal dan pengaruhnya." Baginda s.a.w., mengajar pula umatnya
membaca dalam "Tahiyyat akhir" pada tiap-tiap sembahyang, doa memohon perlindungan dari bencana Dajal.

Dalam pada itu, Nabi Muhammad s.a.w. , ada menyatakan - dalam beberapa hadis juga- bahawa Baginda s.a.w., bimbangkan umatnya dipengaruhi
oleh orang lain lebih dari dipengaruhi oleh Dajal yang besar bencananya itu. Di antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan
Tabrani, yang maksudnya: "Tidak akan berlaku saat qiamat melainkan setelah timbul tiga puluh pendusta yang diakhiri oleh Dajal yang matanya
‫‪buta sebelah", dan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad juga yang maksudnya: Sesungguhnya ada orang-arang yang lain dari Dajal yang aku‬‬
‫‪bimbangkan kamu dipengaruhinya lebih daripada aku bimbangkan kamu dipengaruhi oleh Dajal sendiri. "Sahabat Baginda bertanya. "Siapa orang-‬‬
‫‪orang itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w. menjawab: "Orang-orang itu ialah pemimpin-permimpin yang - dengan pengaruhnya atau ilmu‬‬
‫" ‪pengetahuannya - menyebabkan manusia sesat.‬‬

‫ﷲُ‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ﷲِ َ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل َذ َك َر َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ‫ان َر ِ‬ ‫اس ب ِْن َس ْم َع َ‬ ‫‪َ -83‬ع ْن النﱠ ﱠو ِ‬
‫ار ٌج َخلﱠةً‬ ‫طافِئَةٌ … إِنﱠهُ َخ ِ‬ ‫َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم ال ﱠدجﱠا َل فَقَا َل … إِنﱠهُ َشابﱞ قَطَطٌ َع ْينُهُ َ‬
‫ﷲِ فَ ْاثبُتُوا قُ ْلنَا يَا َرسُو َل‬ ‫ْ‬
‫اث ِش َم ًاال يَا ِعبَا َد ﱠ‬ ‫اث يَ ِمينًا َو َع َ‬ ‫اق فَ َع َ‬ ‫بَي َْن ال ﱠشأ ِم َو ْال ِع َر ِ‬
‫ُون يَ ْو ًما يَ ْو ٌم َك َسنَ ٍة َويَ ْو ٌم َك َشھ ٍْر َويَ ْو ٌم‬ ‫ض قَا َل أَرْ بَع َ‬ ‫ﷲِ َو َما لَ ْبثُهُ فِي ْاألَرْ ِ‬ ‫ﱠ‬
‫ك ْاليَ ْو ُم الﱠ ِذي َك َسنَ ٍة أَتَ ْكفِينَا‬ ‫ﷲِ فَ َذلِ َ‬‫َك ُج ُم َع ٍة َو َسائِ ُر أَيﱠا ِم ِه َكأَيﱠا ِم ُك ْم قُ ْلنَا يَا َرسُو َل ﱠ‬
‫ﷲُ ْال َم ِسي َح‬ ‫ث ﱠ‬ ‫ك إِ ْذ بَ َع َ‬‫ص َالةُ يَ ْو ٍم قَا َل َال ا ْق ُدرُوا لَهُ قَ ْد َرهُ … فَبَ ْينَ َما ھُ َو َك َذلِ َ‬ ‫فِي ِه َ‬
‫طلُبُهُ َحتﱠى يُ ْد ِر َكهُ‬ ‫ق … فَيَ ْ‬ ‫ي ِد َم ْش َ‬ ‫ضا ِء َشرْ قِ ﱠ‬ ‫اب َْن َمرْ يَ َم فَيَ ْن ِز ُل ِع ْن َد ْال َمنَا َر ِة ْالبَ ْي َ‬
‫ﷲُ ِم ْنهُ فَيَ ْم َس ُح َع ْن‬ ‫ص َمھُ ْم ﱠ‬ ‫ب لُ ﱟد فَيَ ْقتُلُهُ ثُ ﱠم يَأْ ِتي ِعي َسى اب َْن َمرْ يَ َم قَ ْو ٌم قَ ْد َع َ‬ ‫بِبَا ِ‬
‫ﷲُ إِلَى‬ ‫ك إِ ْذ أَ ْو َحى ﱠ‬ ‫ُوجُو ِھ ِھ ْم َويُ َح ﱢدثُھُ ْم بِ َد َر َجاتِ ِھ ْم فِي ْال َجنﱠ ِة فَبَ ْينَ َما ھُ َو َك َذلِ َ‬
‫ان ِألَ َح ٍد بِقِتَالِ ِھ ْم فَ َحرﱢ ْز ِعبَا ِدي إِلَى‬ ‫ت ِعبَا ًدا لِي َال يَ َد ِ‬ ‫ِعي َسى إِنﱢي قَ ْد أَ ْخ َرجْ ُ‬
‫ص ُر‬ ‫ون … َويُحْ َ‬ ‫ب يَ ْن ِسلُ َ‬ ‫ﷲُ يَأْجُو َج َو َمأْجُو َج َوھُ ْم ِم ْن ُكلﱢ َح َد ٍ‬ ‫ث ﱠ‬ ‫ور َويَ ْب َع ُ‬ ‫الط ِ‬ ‫ﱡ‬
‫ون َر ْأسُ الثﱠ ْو ِر ِألَ َح ِد ِھ ْم َخ ْيرًا ِم ْن ِمائَ ِة‬ ‫ﷲِ ِعي َسى َوأَصْ َحابُهُ َحتﱠى يَ ُك َ‬ ‫نَبِ ﱡي ﱠ‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِھ ْم‬ ‫ﷲِ ِعي َسى َوأَصْ َحابُهُ فَيُرْ ِس ُل ﱠ‬ ‫ار ِألَ َح ِد ُك ْم ْاليَ ْو َم فَيَرْ َغبُ نَبِ ﱡي ﱠ‬ ‫ِدينَ ٍ‬
‫ﷲِ‬ ‫اح َد ٍة ثُ ﱠم يَ ْھ ِبطُ نَبِ ﱡي ﱠ‬ ‫س َو ِ‬ ‫ت نَ ْف ٍ‬‫ُون فَرْ َسى َك َم ْو ِ‬ ‫ف فِي ِرقَابِ ِھ ْم فَيُصْ بِح َ‬ ‫النﱠ َغ َ‬
‫ض َع ِشب ٍْر إِ ﱠال َم َألَهُ‬ ‫ض َم ْو ِ‬ ‫ون فِي ْاألَرْ ِ‬ ‫ض فَ َال يَ ِج ُد َ‬ ‫ِعي َسى َوأَصْ َحابُهُ إِلَى ْاألَرْ ِ‬
‫ﷲُ طَ ْيرًا‬ ‫ﷲِ فَيُرْ ِس ُل ﱠ‬ ‫ﷲِ ِعي َسى َوأَصْ َحابُهُ إِلَى ﱠ‬ ‫َزھَ ُمھُ ْم َونَ ْتنُھُ ْم فَيَرْ َغبُ نَبِ ﱡي ﱠ‬
‫ﷲُ َمطَرًا َال يَ ُك ﱡن‬ ‫ﷲُ ثُ ﱠم يُرْ ِس ُل ﱠ‬ ‫ْث َشا َء ﱠ‬ ‫ط َر ُحھُ ْم َحي ُ‬ ‫ت فَتَحْ ِملُھُ ْم فَتَ ْ‬ ‫اق ْالب ُْخ ِ‬ ‫َكأ َ ْعنَ ِ‬
‫ض َحتﱠى يَ ْت ُر َكھَا َكال ﱠزلَفَ ِة ثُ ﱠم يُقَا ُل لِ ْألَرْ ِ‬
‫ض‬ ‫ْت َم َد ٍر َو َال َوبَ ٍر فَيَ ْغ ِس ُل ْاألَرْ َ‬ ‫ِم ْنهُ بَي ُ‬
‫ون‬ ‫صابَةُ ِم ْن الرﱡ ﱠمانَ ِة َويَ ْستَ ِظلﱡ َ‬ ‫أَ ْنبِتِي ثَ َم َرتَ ِك َو ُر ﱢدي بَ َر َكتَ ِك فَيَ ْو َمئِ ٍذ تَأْ ُك ُل ْال ِع َ‬
‫اإلبِ ِل لَتَ ْكفِي ْالفِئَا َم ِم ْن النﱠ ِ‬
‫اس‬ ‫ك فِي الرﱢ س ِْل َحتﱠى أَ ﱠن اللﱢ ْق َحةَ ِم ْن ْ ِ‬ ‫بِقِحْ فِھَا َويُبَا َر ُ‬
‫اس َواللﱢ ْق َحةَ ِم ْن ْال َغنَ ِم لَتَ ْكفِي ْالفَ ِخ َذ ِم ْن‬ ‫َواللﱢ ْق َحةَ ِم ْن ْالبَقَ ِر لَتَ ْكفِي ْالقَبِيلَةَ ِم ْن النﱠ ِ‬
‫ﷲُ ِريحًا طَيﱢبَةً … فَتَ ْقبِضُ رُو َح ُكلﱢ ُم ْؤ ِم ٍن‬ ‫ث ﱠ‬ ‫ك إِ ْذ بَ َع َ‬ ‫اس فَبَ ْينَ َما ھُ ْم َك َذلِ َ‬ ‫النﱠ ِ‬
‫ُون فِيھَا تَھَا ُر َج ْال ُح ُم ِر فَ َعلَ ْي ِھ ْم تَقُو ُم‬ ‫اس يَتَھَا َرج َ‬ ‫َو ُكلﱢ ُم ْسلِ ٍم َويَ ْبقَى ِش َرا ُر النﱠ ِ‬
‫ار َدةً ِم ْن قِبَ ِل ال ﱠش ِام فَ َال يَ ْبقَى أَ َح ٌد‬ ‫ﷲُ ِريحًا بَ ِ‬ ‫السﱠا َعةُ ) َوفِي ِر َوايَ ٍة‪ :‬ثُ ﱠم يُرْ ِس ُل ﱠ‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َويَ ْبقَى‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ض ْتهُ… قَا َل َ‬ ‫ان إِ ﱠال قَبَ َ‬ ‫فِي قَ ْلبِ ِه ِم ْثقَا ُل َذ ﱠر ٍة ِم ْن إِي َم ٍ‬
‫َ‬
‫ون َم ْعرُوفًا َو َال يُ ْن ِكر َ‬
‫ُون‬ ‫ْرفُ َ‬ ‫اع َال يَع ِ‬ ‫اس فِي ِخفﱠ ِة الطﱠي ِْر َوأحْ َال ِم ال ﱢسبَ ِ‬ ‫ِش َرا ُر النﱠ ِ‬
ْ َ ‫ان فَيَقُو ُل أَ َال تَ ْستَ ِجيب‬
ِ َ‫ُون فَيَأ ُم ُرھُ ْم بِ ْاألَ ْوث‬
‫ان فَيَ ْعبُ ُدونَھَا‬ ُ َ‫ُم ْن َكرًا فَيَتَ َمثﱠ ُل لَھُ ْم ال ﱠش ْيط‬
(‫ )مسلم‬.(‫ور‬ ِ ‫ك َدا ﱠرةٌ أَرْ َزاقُھُ ْم َح َس ٌن َع ْي ُشھُ ْم ثُ ﱠم يُ ْنفَ ُخ فِي الصﱡ‬َ ِ‫َوھُ ْم فِي َذل‬
83- Dari al-Nawwas bin Sam'an r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. menyebut perihal Dajal serta
menyatakan sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul
(buta sebelah); Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri
Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan
menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah makmur, dan
kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset dan dengan menunjukkan
kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang
mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur; juga menjadikan
orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya sepotong dicampakkan jauh dari yang satu
lagi, kemudian diserunya lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup
semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian
juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya - yang dirasai oleh orang
itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam
Nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain lagi)." Nabi s.a.w., bersabda lagi:
"Wahai sekalian hamba Allah setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu,
jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah berapa lama ia
bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w., menjawab: "Empat puluh hari,- hari yang pertama:
Panjangnya seperti setahun dan hari yang kedua: Panjangnya seperti sebulan dan hari yang
ketiga seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa. " Kami
bertanya lagi: "Ya Rasulullah, jika demikian hari yang panjangnya seperti setahun itu misalnya
cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w., menjawab:
"Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu
lakukan,"Baginda menerangkan lagi:"Semasa Dajal itu bermaharajalela Allah hantar turun Nabi
Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar
Damsyik maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya dipintu kariah yang
bernama: Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari
bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s., lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan
kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta
menggembirakan mereka dengan darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga; " Nabi s.a.w.
menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang
menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya:

"Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hamba-Ku (Ya'juj wa Ma'juj) yang


tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hamba-
Ku yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj
dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi Nabi Isa dan pengikut-penqikutnya
pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan
lebih baik kepada mereka dari seratus dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan
pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah
s.w.t. `hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu, mereka pun
mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa Kemudian Nabi Isa dan
pengikut pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di
bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu;
maka Nabi Isa dan pengikut pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan
kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun
mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah.
Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya
daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin.
Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi. Tumbuhkanlah tanaman serta keluarkanlah buahmu dan
kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan
memakan sebiji buah delima dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga
diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi Untuk diminum oleh
satu kaum yang besar jumlahnya dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh
satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum."
Nabi s.a.w., bersabda: lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan
kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik lalu
mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim dan tinggallah sahaja orang-
orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan,
maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari qiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain:
"Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman yang datangnya dari arah negeri
Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam
hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu. Nabi s.a.w.,
bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan
maksiat dan kederhakaan secepat burung terbang dan yang menceroboh serta menzalimi satu
sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik dan
tidak benci serta tidak melarang - daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu
syaitan menyamar diri kepada mereka, serta bertanya: `Tidak malukah kamu meninggalkan jalan
mendampingkan din kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakkanku? Maka mereka pun
bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka
menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima
ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan
penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang
mematikan segala yang bernyawa

(Muslim)

Sayugia diingat bahawa hadis-hadis berkenaan dengan zahirnya Mahadi keluarnya Dajal dan
turunnya Nabi Isa a.s., adalah hadis-hadis yang sampai kepada martabat hadis "Mutawatir",
demikianlah ditegaskan oleh ulama hadis.

Wallahua'lam.

Akhir Umur Dunia:

Apabila sampai masa berakhirnya umur dunia ini, maka menurut ayat 65, Surah al-Zumar,
ditiupkan Sangkakala: Tiupan yang pertamanya, lalu matilah pada waktu itu sekalian yang
bernyawa yang ada di langit dan di bumi melainkan mereka yang Tuhan kehendaki terkemudian
matinya; mereka itu - menurut keterangan hadis - ialah Jibril, Mikail, Israfil, `Izrail dan Malaikat-
malaikat yang memikul `Arasy; dan yang terakhir sekali mati di antara mereka ialah `Izrail.
Setelah semuanya mati, dan segala urusan langit, bumi dan lain-lainnya berada hanya dalam
genggaman kuasa Allah semata-mata maka menurut keterangan hadis Bukhari, Muslim al-Nasa'i
dan Ibn Majah - Allah s.w.t. berfirman dengan firman-Nya yang bererti: "Di manakah raja-raja
pemerintah bumi dahulu, di manakah orang-orang yang gagah garang di manakah orang-orang
yang sombong takbur? " dan menurut ayat 16, Surah Ghafir, Allah Taala berfirman lagi dengan
firman-Nya yang bererti: "Kepunyaan siapakah kuasa memerintah pada hari ini?" Allah Taala
menjawab sendiri dengan firman-Nya yang bererti: "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa, lagi Yang
Maha Perkasa kekuasaan-Nya.

Kemudian, menurut ayat 68, Surah al-Zumar, Tuhan perintahkan pula supaya ditiupkan Sangkala:
Tiupan kali yang kedua, maka dengan serta merta sekalian yang mati kembali hidup dengan kuasa
Allah yang kepada-Nya menurut ayat 28, Surah Luqman - Soal menghidupkan kembali sekalian
yang mati itu dengan sekaligus; sama mudahnya seperti menghidupkan seorang sahaja! Setelah
sekalian yang mati hidup kembali, mereka bangkit dari kubur masing-masing menunggu untuk
menerima apa yang akan diperintahkan kepada mereka.

Sayugia diketahui, bahawa tiap-tiap seorang dihidupkan kembali mengikut keadaan yang ia berada
padanya ketika ia mati dahulu, sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w., pada
hadis yang berikut:

ُ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل يُ ْب َع‬


‫ث ُكلﱡ‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬
َ ‫ي‬ ‫ض َي ﱠ‬
ِ ‫ َع ْن َجابِ ٍر َر‬-84
(‫ )مسلم وابن ماجه‬.‫ات َعلَ ْي ِه‬ َ ‫َع ْب ٍد َعلَى َما َم‬
84- Dari Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia
dalam keadaan taatkan Allah beramal salih, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan
keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan
derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang
mendukacitakannya".

(Muslim dan Ibn Majah)

Setelah sabit yang demikian, maka sudah semestinya tiap-tiap yang berakal fikiran, berusaha pada
tiap-tiap saat hidupnya menjaga dan memelihara dirinya daripada melakukan sebarang
kejahatan atau kederhakaan serta sentiasa beramal salih, supaya ia tidak mati melainkan dalam
keadaan mematuhi perintah Allah, semoga ia dibangkitkan Allah hidup semula dengan keadaan
gembira dan bahagia.

Fasal Ketiga
Perhimpunan Di Padang Mahsyar Sehingga Masing-Masing Menerima Balasan

Firman Tuhan pada ayat 47, Surah al-Kahf, dan ayat 49-50, Surah al-Waqi'ah serta ayat 6 Surah
al-Tatfif yang di antara maksud-maksudnya menyatakan Bahawa setelah sekalian yang
mati dihidupkan semula serta dibangkitkan dari kubur masing-masing maka Tuhan himpunkan
segenap lapisan manusia - tidak ketinggalan di antara mereka seorang pun - di padang Mahsyar
untuk menghadiri perbicaraan dan hukuman Tuhan Rabbul `Alamin.

Padang Mahsyar itu ialah satu bumi yang sifatnya diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan
sebuah hadis yang berikut:

‫صلﱠى ﱠ‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ِن النﱠبِ ﱢي‬ ِ ‫ َع ْن َسھ ِْل ب ِْن َس ْع ٍد السﱠا ِع ِديﱢ َر‬-85
‫ص ِة نَقِ ﱟي‬ َ ْ‫ضا َء َع ْف َرا َء َكقُر‬ ٍ ْ‫َو َسلﱠ َم قَا َل يُحْ َش ُر النﱠاسُ يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة َعلَى أَر‬
َ ‫ض بَ ْي‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.‫ْس فِيھَا َم ْعلَ ٌم ِألَ َح ٍد‬ َ ‫لَي‬
85- Dari Sahl bin Sa'id As-Sa'idiy r.a. dari Nabi s.a.w, - yang bersabda maksudnya: Tuhan akan
himpunkan semua manusia pada hari qiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan
seperti sebiji roti gandum putih yang baharu di - bakar, bumi yang suci bersih tidak ada padanya
gunung-ganang atau bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang
menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang."

(Bukhari dan Muslim)

Perhimpunan di bumi yang tersebut adalah satu perhimpunan raksasa yang mengandungi Rasul-
rasul, Malaikat-malaikat, Jin, Syaitan, haiwan dan mana-mana yang berkenaan dengan
perbicaraan yang akan diadakan oleh Allah: Hakim yang maha adil.

Ini dinyatakan oleh ayat 41 Surah al-Nisa', ayat 40 Surah Saba', ayat' 128 Surah al-An'am, ayat 68
Surah Mariam, dan ayat 17 Surah al-Furqan; juga oleh hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم أَنﱠهُ قَا َل بَ ْع َد‬


‫صلﱠى ﱠ‬َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ِن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي َذرﱟ َر‬-86
‫ون لَهُ إِبِ ٌل أَ ْو بَقَ ٌر أَ ْو َغنَ ٌم َال يُ َؤ ﱢدي َحقﱠھَا إِ ﱠال أُتِ َي بِھَا‬ ُ ‫ َما ِم ْن َرج ٍُل تَ ُك‬:‫ف‬ َ َ‫أَ ْن َحل‬
‫ون َوأَ ْس َمنَهُ تَطَ ُؤهُ بِأ َ ْخفَافِھَا َوتَ ْنطَ ُحهُ بِقُرُونِھَا ُكلﱠ َما‬ُ ‫يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة أَ ْعظَ َم َما تَ ُك‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.‫اس‬ ِ ‫ضى بَي َْن النﱠ‬ َ ‫والھَا َحتﱠى يُ ْق‬ َ ُ‫ت َعلَ ْي ِه أ‬ ْ ‫ت أُ ْخ َراھَا ُر ﱠد‬ ْ ‫َجا َز‬
86- Dari Abu Zar, r.a. dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda sesudah baginda bersumpah:
"Tidak ada seseorang yang memiliki unta, lembu atau kambing yang ia tidak
menyempurnakan haknya, melainkan dibawa binatang itu pada hari qiamat dalam keadaan yang
sebesar-besar dan segemuk-gemuknya memijak dan melanyak-lanyaknya dengan tapak kakinya
dan menanduknya dengan tanduknya, setiap kali selesai kumpulan -binatang-binatang itu berbuat
demikian diulanginya pula perbuatan yang tersebut, sehingga diselesaikan perbicaraan di antara
manusia. "

(Bukhari dan Muslim)

Masa Hari Qiamat Dan Huru-haranya:


Sayugia diingat bahawa masa yang bermula dari ketika manusia bangkit dari kubur pergi ke
padang Mahsyar menghadiri perbicaraan dan hukuman Tuhan Rabbul 'Alamin, sehingga ke
waktu manusia menduduki tempat masing-masing di Syurga atau Neraka, mengikut hukuman
Tuhan Yang Maha Adil, ialah masa hari qiamat yang terbesar, masa yang huru-haranya
menyelubungi jiwa dan tubuh badan manusia.

Tuhan Yang Amat Mengasihani mengingatkan kita tentang keadaan huru-hara itu di dalam al-
Qur'an al-Karim di antaranya:

Pertama - Ayat 2 Surah al-Haj yang maksudnya: Kedahsyatan hari qiamat itu sangatlah
mengejutkan dan menjadikan seseorang terpegun dan terpinga-pinga sehingga
orang ramai kelihatan seperti keadaan orang mabuk dan kalau ditakdirkan ada pada masa itu
perempuan yang mengandung, keguguranlah anak kandungannya; kalau ada yang
menyusukan anak, ia tidak akan ingatkan anak susuannya.

Kedua - Ayat 88 dan 89 Surah al-Syu'ara' yang maksudnya: Masa qiamat itu ialah masa yang
harta benda dan anak pinak seseorang tidak akan memberi manfaat kepadanya kalau ia
mengadap Tuhan dengan hati yang tidak bersih daripada kekotoran kufur dan syirik, sekali pun
harta benda itu ia belanjakan pada jalan kebajikan dan anak pinak itu diberinya didikan agama dan
akhlak yang mulia sehingga menjadi seorang anak yang salih.

Ketiga - Ayat 34 - 37 Surah Abasa yang maksudnya; Masa qiamat itu ialah masa yang tiap-tiap
seorang melarikan diri daripada saudaranya, ibu bapanya,isteri dan anaknya, kerana masing-
masing pada masa itu cukup sibuk dengan urusan keselamatan dirinya, tidak berpeluang hendak
mengambil tahu hal orang lain sekali pun orang itu serapat-rapat, semulia-mulia dan sekasih-kasih
orang kepadanya

Rasulullah s.a.w. pula menerangkan keadaan huru-hara hari qiamat itu pada beberapa hadis, di
antaranya hadis-hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬‫ض َي ﱠ‬ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-87
‫ين ِذ َرا ًعا‬ َ ‫ض َس ْب ِع‬ ِ ْ‫ب َع َرقُھُ ْم فِي ْاألَر‬ َ َ‫ق النﱠاسُ يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة َحتﱠى يَ ْذھ‬
ُ ‫يَ ْع َر‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.‫َوي ُْل ِج ُمھُ ْم َحتﱠى يَ ْبلُ َغ آ َذانَھُ ْم‬
87- Dari Abi Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Manusia berpeluh pada hari qiamat
dengan banyaknya sehingga air peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta dan
menenggelami mereka sehingga sampai ke telinga masing-masing."

(Bukhari dan Muslim)

‫صلﱠى ﱠ‬
ُ‫ﷲ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ْت َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل َس ِمع‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن ْال ِم ْق َدا ِد ب ِْن ْاألَ ْس َو ِد َر‬-88
‫ون ِم ْنھُ ْم‬
َ ‫ق َحتﱠى تَ ُك‬ ِ ‫َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم يَقُو ُل تُ ْدنَى ال ﱠش ْمسُ يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة ِم ْن ْال َخ ْل‬
‫ون إِلَى‬ ِ ‫ون النﱠاسُ َعلَى قَ ْد ِر أَ ْع َمالِ ِھ ْم فِي ْال َع َر‬
ُ ‫ق فَ ِم ْنھُ ْم َم ْن يَ ُك‬ ُ ‫يل فَيَ ُك‬ ٍ ‫ار ِم‬ِ ‫َك ِم ْق َد‬
‫ون إِلَى َح ْق َو ْي ِه َو ِم ْنھُ ْم َم ْن‬ ُ ‫ون إِلَى ُر ْكبَتَ ْي ِه َو ِم ْنھُ ْم َم ْن يَ ُك‬
ُ ‫َك ْعبَ ْي ِه َو ِم ْنھُ ْم َم ْن يَ ُك‬
.‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم بِيَ ِد ِه إِلَى فِي ِه‬
‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ق إِ ْل َجا ًما َوأَ َشا َر َرسُو ُل ﱠ‬ ُ ‫ي ُْل ِج ُمهُ ْال َع َر‬
(‫)مسلم والترمذي‬
88- Dari Miqdad bin al-Aswad r.a. katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Didekatkan matahari pada hari qiamat kepada makhluk-makhluk sehingga matahari itu menjadi
dekat kepada mereka sejarak satu mu; maka pada saat itu manusia berada dalam peluh masing-
masing mengikut kadar amal jahatnya; ada di antara mereka yang peluhnya sampai ke
mata kakinya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai ke pinggangnya dan ada yang
sampai peluhnya masuk ke mulutnya."

(Muslim dan Tirmizi)

ُ‫ﷲ‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬


‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ﷲِ ب ِْن َم ْسعُو ٍد َر‬ ‫ َع ْن َع ْب ِد ﱠ‬-89
َ ‫ُون أَ ْل‬
َ ‫ف ِز َم ٍام َم َع ُكلﱢ ِز َم ٍام َس ْب ُع‬
‫ون‬ َ ‫َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم ي ُْؤتَى بِ َجھَنﱠ َم يَ ْو َمئِ ٍذ لَھَا َس ْبع‬
(‫ )مسلم‬.‫ف َملَ ٍك يَجُرﱡ ونَھَا‬ َ ‫أَ ْل‬
89- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di bawa Neraka jahanam
pada hari itu dengan tujuh puluh ribu tali penarik pada tiap-tiap satu tali penarik ada tujuh puluh
ribu Malaikat menariknya.

(Bukhari)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-90
‫ان‬ٌ ‫ان َولِ َس‬ ِ َ‫ان َوأُ ُذن‬
ِ ‫ان تَ ْس َم َع‬ ِ ‫ان تُب‬
ِ ‫ْص َر‬ ِ َ‫ار يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة لَھَا َع ْين‬
ِ ‫ق ِم ْن النﱠ‬ ٌ ُ‫تَ ْخ ُر ُج ُعن‬
‫ﷲِ إِلَھًا آ َخ َر‬ ‫ﱠار َعنِي ٍد َوبِ ُك ﱢل َم ْن َد َعا َم َع ﱠ‬
ٍ ‫ت بِثَ َالثَ ٍة بِ ُكلﱢ َجب‬ ُ ‫ق يَقُو ُل إِنﱢي ُو ﱢك ْل‬
ُ ‫يَ ْن ِط‬
(‫ )الترمذي‬.‫ين‬ َ ‫ص ﱢو ِر‬َ ‫َوبِ ْال ُم‬
90- Dari Abu Hurairah, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan keluar satu batang leher
dari Neraka pada hari qiamat dengan dua mata yang melihat dan dua telinga yang
mendengar serta lidah yang bercakap lalu berkata: "Aku diberi kuasa menyeksa tiap-tiap seorang
dari tiga jenis manusia: Tiap-tiap orang yang kejam dan keras hati, lagi degil tidak menerima
kebenaran yang diketahuinya; tiap-tiap orang yang mempersekutukan sesuatu - yang lain dengan
Allah dan orang-orang yang membuat gambar. "

(Tirmizi)

Di antara maksud-maksud empat hadis (87, 88, 89 dan 90) yang tersebut ialah
menerangkan bahawa:
(1) Untuk menzahirkan tanda kesangatan murka Tuhan Yang Maha Adil terhadap orang-orang
yang bersalah maka pada masa itu didekatkan matahari kepada kepala manusia dan dibawa
datang Neraka jahanam ke padang Mahsyar serta diberikannya bercakap menyatakan jenis-jenis
orang yang diserahkan kepadanya menjalankan hukuman azab siksanya.

(2) Dengan sebab kepanasan matahari dan dengan kelihatan Neraka jahanam serta kedengaran
suara jeritan dan kata-kata yang menggerunkan, tambahan kepada adanya perasaan takut yang
tidak terperi dan keadaan yang mengharu-birukan orang-orang yang baik apa lagi orang-orang
yang bersalah, maka manusia pada masa itu berpeluh dengan banyaknya sehingga - selain
daripada meresapnya peluh itu ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta - ada lagi tinggal di muka
padang Mahsyar itu menenggelami tiap-tiap orang sekadar perbuatan jahat yang masing-masing
lakukan semasa hidupnya di dunia: Ada yang tenggelam dalam peluhnya setakat mata kakinya,
ada yang setakat lututnya, ada yang setakat pinggangnya dan ada yang setakat mulutnya, bahkan
ada hadis yang lain menyatakan bahawa ada orang yang kepalanya pun tenggelam.

Dengan peringatan Allah s.w.t. dan penerangan Nabi Muhammad s.a.w. itu cukuplah hendaknya
untuk seseorang berusaha benar-benar memperolehi hidayah dan taufik supaya Ia bertaubat dan
bertakwa serta mengerjakan kebaikan yang diharapkan boleh menjadi sebab
menyelamatkan seseorang daripada bahaya segala huru-hara masa qiamat itu, kerana
Tuhan Yang Amat Mengasihani dan Maha Adil telah menjanjikan kesentosaan daripada
bahaya yang tersebut kepada sesiapa yang beroleh taufik mengamalkan kebaikan yang dapat ia
membawanya mengadap Tuhan sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 103 Surah al-Anbia' dan
ditegaskan oleh ayat 89 Surah al-Naml.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menerangkan - pada beberapa hadis - kebaikan-kebaikan yang
apabila seseorang melakukannya dengan ikhlas, terlepaslah ia dari bahaya masa qiamat itu. Di
antaranya hadis-hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-91
‫اإل َما ُم ْال َعا ِد ُل َو َشابﱞ نَ َشأ َ فِي‬
ِ ْ ُ‫ﷲُ فِي ِظلﱢ ِه يَ ْو َم َال ِظ ﱠل إِ ﱠال ِظلﱡه‬ ‫َس ْب َعةٌ ي ُِظلﱡھُ ْم ﱠ‬
‫ﷲِ اجْ تَ َم َعا َعلَ ْي ِه‬ ‫اج ِد َو َرج َُال ِن تَ َحابﱠا فِي ﱠ‬ ِ ‫ق فِي ْال َم َس‬ ٌ ‫ِعبَا َد ِة َربﱢ ِه َو َر ُج ٌل قَ ْلبُهُ ُم َعلﱠ‬
‫اف ﱠ‬
َ‫ﷲ‬ ُ ‫ال فَقَا َل إِنﱢي أَ َخ‬ ٍ ‫ب َو َج َم‬ ٍ ‫ص‬ ِ ‫ات َم ْن‬ ُ ‫َوتَفَ ﱠرقَا َعلَ ْي ِه َو َر ُج ٌل طَلَبَ ْتهُ ا ْم َرأَةٌ َذ‬
‫ﷲَ َخالِيًا‬ ‫ق يَ ِمينُهُ َو َر ُج ٌل َذ َك َر ﱠ‬ ُ ِ‫ق أَ ْخفَى َحتﱠى َال تَ ْعلَ َم ِش َمالُهُ َما تُ ْنف‬ َ ‫ص ﱠد‬
َ َ‫َو َر ُج ٌل ت‬
(‫ )البخاري ومسلم والنسائي‬.ُ‫ت َع ْينَاه‬ ْ ‫ض‬َ ‫فَفَا‬
91- Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Sebilangan manusia yang di naungi Allah di
bawah naunganNya pada hari qiamat, hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain
daripada naungan Allah; di antaranya: Pemerintah yang adil; pemuda yang hidup sentiasa dalam
-mengerjakan ibadat kepada Tuhannya; orang yang hatinya -sentiasa terikat dengan masjid; dua
orang yang berkasih sayang kerana Allah, - kedua-duanya berhimpun dan bercerai dengan
tujuan mendapat keredhaan Allah; orang yang dipujuk oleh perempuan yang bangsawan lagi
rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak pujukan itu dengan berkata: "Aku
takut kepada Allah; orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya; dan orang yang menyebut atau
mengingati Allah dengan keadaan tidak ada bersamanya orang lain atau tidak ada dalam
ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan
sifat Jamalullah s.w.t."

(Bukhari, Muslim dan Nasa'i)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم أَنﱠهُ قَا َل َم ْن‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنھَا َع ِن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َعائِ َشةَ َر‬-92
‫ )البخاري‬.‫ار‬ ِ ‫ت بِ َش ْي ٍء فَأَحْ َس َن إِلَ ْي ِھ ﱠن ُك ﱠن لَهُ ِس ْترًا ِم ْن النﱠ‬
ِ ‫ا ْبتُلِ َي ِم ْن ْالبَنَا‬
(‫ومسلم والترمذي‬
92- Dari Aisyah r.a., dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda: "Sesiapa yang diberati
menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia
menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya dari api
neraka. "

(Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم أَنﱠهُ قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ِن النﱠبِ ﱢي‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ْاليَ َس ِر َر‬-93
‫ )مسلم‬.ُ‫ﷲُ فِي ِظلﱢ ِه يَ ْو َم َال ِظ ﱠل إِ ﱠال ِظلﱡه‬ ‫ض َع َع ْنهُ أَظَلﱠهُ ﱠ‬
َ ‫ْسرًا أَ ْو َو‬ ِ ‫َم ْن أَ ْنظَ َر ُمع‬
(‫واإلمام أحمد‬
93- Dari Abi al-Yusri r.a., dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda: "Sesiapa yang memberi
tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan
bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naunganNya pada hari yang
tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah. "

(Muslim dan Imam Ahmad)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم أَنﱠهُ قَا َل‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ِن النﱠبِ ﱢي‬‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي قَتَا َدةَ َر‬-94
‫ )مسلم‬.‫ش يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة‬ ِ ْ‫ان فِي ِظلﱢ ْال َعر‬ َ ‫س َع ْن َغ ِري ِم ِه أَ ْو َم َحا َع ْنهُ َك‬
َ ‫َم ْن نَفﱠ‬
(‫واإلمام أحمد‬
94- Dari Abu Qatadah r.a. dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda: "Sesiapa yang
meringankan tanggungan hutang - daripada orang yang berhutang kepadanya atau
menghapuskan hutangnya itu nescaya ia berada di bawah-naungan `Arasy pada hari qiamat .

(Muslim dan Imam Ahmad)


‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم أَنﱠهُ قَا َل‬
‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ِن النﱠبِ ﱢي‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ال ﱠدرْ َدا ِء َر‬-95
‫ )اإلمام أحمد‬.‫ﷲُ َع ْن َوجْ ِھ ِه النﱠا َر يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة‬ ‫ض أَ ِخي ِه َر ﱠد ﱠ‬
ِ ْ‫َم ْن َر ﱠد َع ْن ِعر‬
(‫والترمذي‬
95- Dari Abu al-Darda' r.a. dari Nabi bahawa Baginda bersabda: "Sesiapa yang menolak kata-kata
buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada
mengenainya pada hari qiamat."

(Imam Ahmad dan Tirmizi)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ِن النﱠبِ ﱢي‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي َس ِعي ٍد ْال ُخ ْد ِريﱢ َر‬-96
‫ض َي ﱠ‬
ِ ‫ﷲُ يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة ِم ْن ثِ َم‬
‫ار‬ ‫ط َع َمهُ ﱠ‬ْ َ‫ُوع أ‬
ٍ ‫ط َع َم ُم ْؤ ِمنًا َعلَى ج‬ْ َ‫أَنﱠهُ قَا َل أَيﱡ َما ُم ْؤ ِم ٍن أ‬
‫يق‬
ِ ‫ﱠح‬ ِ ‫ﷲُ يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة ِم َن الر‬
‫ْال َجنﱠ ِة َوأَيﱡ َما ُم ْؤ ِم ٍن َسقَى ُم ْؤ ِمنًا َعلَى ظَ َمإٍ َسقَاهُ ﱠ‬
.‫ﷲُ ِم ْن ُخضْ ِر ْال َجنﱠ ِة‬ ‫ي َك َساهُ ﱠ‬ ٍ ْ‫وم َوأَيﱡ َما ُم ْؤ ِم ٍن َك َسا ُم ْؤ ِمنًا َعلَى عُر‬
ِ ُ‫ْال َم ْخت‬
(‫)الترمذي‬
96- Dari Abu Said al-Khudri r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Mana-mana
orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya
Allah memberi makan kepadanya pada hari qiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana
orang mukmin yang memberi -minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya
Allah memberi minum kepadanya pada hari qiamat dari minuman Syurga yang tersimpan dengan
sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin
semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian
Syurga. " .

(Tirmizi)

Sebahagian dari kandungan hadis yang ke 26 dalam "Muqadimah Mastika Hadis" ada
hubungannya dengan perkara-perkara yang baik yang dimaksudkan di sini.

Cara pemergian manusia ke padang Mahsyar:

Firman Tuhan pada ayat 86 Surah Mariam, ayat 102 Surah Taha, ayat 97 Surah al-Isra', yang
maksudnya menyatakan: Bahawa cara orang-orang yang pergi ke padang Mahsyar ada tiga
bahagian ..

Pertama - Orang-orang yang pergi dengan berkenderaan, iaitu orang-orang yang bertakwa.

Kedua - Orang-orang yang berjalan kaki dan keadaan muka mereka biru keruh, kerana hati
masing-masing sebak dengan kedukaan, iaitu orang-orang yang mati dalam keadaan berdosa.
Ketiga - Orang-orang yang berjalan dengan mukanya sambil matanya tidak dapat melihat sesuatu
yang menyukakannya, lidahnya tidak dapat menuturkan hujah-hujah atau alasan yang boleh
diterima daripadanya dan telinganya tidak dapat mendengar perkara -perkara yang menyenangkan
hatinya, iaitu orang-orang yang pada masa hidup di dunia tidak berusaha menggunakan matanya,
lidahnya dan telinganya untuk mencapai kebahagiaan akhirat.

Cara-cara yang tersebut diterangkan pula oleh Rasulullah dalam hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-97
‫ص ْنفًا‬
ِ ‫ص ْنفًا ُر ْكبَانًا َو‬
ِ ‫ص ْنفًا ُم َشاةً َو‬
ِ ‫اف‬ٍ َ‫يُحْ َش ُر النﱠاسُ يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة ثَ َالثَةَ أَصْ ن‬
‫ون َعلَى ُوجُو ِھ ِھ ْم قَا َل إِ ﱠن الﱠ ِذي‬ َ ‫ْف يَ ْم ُش‬ ‫َعلَى ُوجُو ِھ ِھ ْم قِي َل يَا َرسُو َل ﱠ‬
َ ‫ﷲِ َو َكي‬
(‫ )الترمذي‬.‫أَ ْم َشاھُ ْم َعلَى أَ ْق َدا ِم ِھ ْم قَا ِد ٌر َعلَى أَ ْن يُ ْم ِشيَھُ ْم َعلَى ُوجُو ِھ ِھ ْم‬
97- Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Manusia yang dihimpunkan ke
padang Mahsyar pada hari qiamat adalah tiga golongan; yang pertama Golongan yang
berjalan kaki, yang kedua: Golongan yang berkenderaan, dan yang ketiga: Golongan yang
berjalan dengan (berkakikan) mukanya." Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana mereka
dapat berjalan dengan mukanya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Sesungguhnya Tuhan yang telah
menjadikan mereka boleh berjalan dengan kaki, berkuasa menjadikan mereka berjalan dengan
muka mereka!"

Keadaan manusia dalam masa pergi dan berada di Padang Mahsyar.

Firman Tuhan pada ayat 94 Surah al-An'am, maksudnya:

Dan demi sesungguhnya kamu sekarang telah datang kepada Kami dengan keadaan sebatang
karah sebagaimana keadaan Kami ciptakan kamu keluar dari perut ibu kamu dahulu, tidak berkain
baju tidak berkasut tidak berkhatan dan tidak berharta benda

Dan firman-Nya lagi pada ayat 29 Surah al-A'raf, maksudnya:

Sebagaimana Tuhan telah mulakan penciptaan kamu dengan keadaan yang tertentu, maka
demikianlah pula kamu bangkit hidup kembali kepada Tuhan.

Mengenai keadaan yang tersebut, Rasulullah s.a.w. menerangkan dalam hadis-hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما قَا َل قَا َم فِينَا َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫س َر‬ ٍ ‫ َع ْن اب ِْن َعبﱠا‬-98
‫ﷲِ ُحفَاةً ُع َراةً ُغرْ ًال َك َما‬ ‫ُون إِلَى ﱠ‬ َ ‫َو َسلﱠ َم َخ ِطيبًا فَقَا َل يَا أَيﱡھَا النﱠاسُ إِنﱠ ُك ْم تُحْ َشر‬
‫ق يُ ْك َسى‬ ِ ِ‫ين أَ َال َوإِ ﱠن أَ ﱠو َل ْال َخ َالئ‬ ٍ ‫بَ َد ْأنَا أَ ﱠو َل َخ ْل‬
َ ِ‫ق نُ ِعي ُدهُ َو ْع ًدا َعلَ ْينَا إِنﱠا ُكنﱠا فَا ِعل‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.‫يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة إِ ْب َرا ِھي ُم َعلَ ْي ِه الس َﱠالم‬
98- Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah berdiri berucap kepada kami, sabdanya:
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu dihimpunkan di padang) Mahsyar dengan
keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup", (kemudian Baginda s.a.w. membaca firman
Allah Taala, ertinya: Sebagaimana kami ciptakan manusia pada mulanya, demikian pula Kami
ulangi ciptaannya, itulah janji yang sesungguhnya Kami akan lakukan). "Ketahuilah, sesungguhnya
orang yang mula-mula sekali diberi pakai pakaian pada - hari qiamat ialah Ibrahim al-Khalil a.s.

(Bukhari dan Muslim)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل يُحْ َش ُر‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنھَا أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َعائِ َشةَ َر‬-99
‫ﷲِ النﱢ َسا ُء َوال ﱢر َجا ُل َج ِميعًا‬ ‫ت يَا َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫النﱠاسُ يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة ُحفَاةً ُع َراةً ُغرْ ًال قُ ْل‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم يَا َعائِ َشةُ ْاألَ ْم ُر أَ َش ﱡد ِم ْن‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ْض قَا َل‬ ٍ ‫ضھُ ْم إِلَى بَع‬ ُ ‫يَ ْنظُ ُر بَ ْع‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.‫ْض‬ ٍ ‫ضھُ ْم إِلَى بَع‬ ُ ‫أَ ْن يَ ْنظُ َر بَ ْع‬
99- Dari Aisyah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Dihimpunkan manusia di padang Mahsyar
pada hari qiamat dengan keadaan berkaki ayam bertelanjang dan berkulup" Aisyah berkata: Ya
Rasulullah! "Adakah orang-orang perempuan dan lelaki semuanya melihat satu sama lain?"
Nabi s.a.w. menjawab: "Wahai Aisyah, kedahsyatan keadaan pada - masa itu
menghalang masing- masing daripada melihat satu sama lain."

(Bukhari dan Muslim)

ِ ‫ْف بِ ْال َع ْو َرا‬


‫ت قَا َل‬ ُ ‫ وللنسائي والحاكم َع ْن َعائِ َشةَ قُ ْل‬-100
‫ت يَا َرسُو َل ﱠ‬
َ ‫ﷲِ فَ َكي‬
.‫ئ ِم ْنھُ ْم يَ ْو َمئِ ٍذ َشأْ ٌن يُ ْغنِي ِه‬
ٍ ‫لِ ُكلﱢ ا ْم ِر‬
100- Daripada satu riwayat oleh al-Nasa'i dan al-Haakim dari Aisyah, r.a., katanya: Aku bertanya:
"Ya Rasulullah, bagaimana pula keadaan aurat?" Nabi s.a.w. menjawab: Tiap-tiap seorang pada
masa itu cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya sahaja."

Maksud kedua-dua hadis itu: Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa manusia akan pergi ke
padang Mahsyar dengan keadaan sebagaimana Tuhan jadikan mereka keluar dari perut ibu
dahulu - tidak berpakaian, tidak berkasut dan tidak berkhatan. Mendengarkan keterangan itu,
Sayidatina Aisyah bertanya. Bagaimana hal aurat masing-masing ya Rasulullah, adakah orang
lelaki dan perempuan memandang satu sama lain? Rasulullah s.a.w. menjawab: Wahai Aisyah!
kedahsyatan huru-hara qiamat menghalang manusia dari memandang satu sama lain, usahkan
hendak memerhatikan aurat, tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal
menjaga keselamatan dirinya sahaja. Rasulullah s.a.w., menerangkan lagi: Bahawa orang yang
mula-mula sekali diberi memakai pakaian di antara makhluk-makhluk yang ramai itu ialah
Nabi Ibrahim, a.s.

Fasal Keempat
Keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w. Di Padang Mahsyar
Firman Tuhan pada ayat 79 Surah al-Isra', maksudnya: "Semoga tetaplah harapanmu (wahai
Muhammad) bahawa Tuhan yang mendidikmu akan mengangkatmu ke satu darjat yang terpuji. "

Darjat yang tersebut ialah darjat kesanggupan Baginda s.a.w., dan kejayaannya
meringankan kedahsyatan huru-hara padang Mahsyar dan penderitaan lama menunggu
perbicaraan - yang dihakim oleh Tuhan yang Maha Adil - dengan jalan Baginda s.a.w.,
mengemukakan syafaat (pertolongan memohon) kepada Allah supaya mahkamah perbicaraan
dibuka oleh Allah s.w.t., sedang Rasul-rasul yang lain tidak sanggup berbuat demikian pada
waktu yang sangat-sangat ditakuti dan dibimbangkan itu.

Kesanggupan dan kejayaan junjungan kita Nabi s.a.w., yang tersebut ialah kerana Baginda
menjadi penghulu kepada sekalian anak Adam pada hari qiamat; di tangan Baginda s.a.w., "Panji-
panji kepujian"; tidak ada seorang Nabi pada hari itu - mulai dari Nabi Adam a.s., sampailah
kepada Nabi-nabi yang lain melainkan berada di bawah panji-panji, Baginda s.a.w dan Bagindalah
Nabi yang mula-mula mengemukakan syafaat dan yang mula-mula diterima syafaatnya pada hari
qiamat, ini diterangkan oleh Rasulullah s.a.w., dalam hadis-hadis yang berikut:

‫صلﱠى ﱠ‬
ُ‫ﷲ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي َس ِعي ٍد ْال ُخ ْد ِريﱢ َر‬-101
‫َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم أَنَا َسيﱢ ُد َولَ ِد آ َد َم يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة َو َال فَ ْخ َر َوبِيَ ِدي لِ َوا ُء ْال َح ْم ِد َو َال فَ ْخ َر‬
ُ‫ق َع ْنه‬ ‫ت لِ َوائِي َوأَنَا أَ ﱠو ُل َم ْن تَ ْن َش ﱡ‬ َ ْ‫َو َما ِم ْن نَبِ ﱟي يَ ْو َمئِ ٍذ آ َد َم فَ َم ْن ِس َواهُ إِ ﱠال تَح‬
‫ون آ َد َم … فَيَأْتُونَنِي‬ َ ُ‫ت فَيَأْت‬ ٍ ‫ث فَ َز َعا‬ َ ‫ع النﱠاسُ ثَ َال‬ ُ ‫ْاألَرْ ضُ َو َال فَ ْخ َر قَا َل فَيَ ْف َز‬
‫ﷲُ ِم ْن الثﱠنَا ِء َو ْال َح ْم ِد فَيُقَا ُل لِي ارْ فَ ْع‬ ‫اج ًدا فَي ُْل ِھ ُمنِي ﱠ‬ ِ ‫ق َم َعھُ ْم … فَأ َ ِخرﱡ َس‬ ُ ِ‫فَأ َ ْنطَل‬
‫ك َوھُ َو ْال َمقَا ُم ْال َمحْ ُمو ُد الﱠ ِذي‬ َ ِ‫ك َو َسلْ تُ ْعطَ َوا ْشفَ ْع تُ َشفﱠ ْع َوقُلْ يُ ْس َم ْع لِقَ ْول‬ َ ‫َر ْأ َس‬
(‫ )الترمذي‬.‫ك َمقَا ًما َمحْ ُمو ًدا‬ َ ‫ك َربﱡ‬ َ َ‫ﷲُ َع َسى أَ ْن يَ ْب َعث‬ ‫قَا َل ﱠ‬
101- Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Aku penghulu anak-anak
Adam pada hari qiamat, dalam pada itu pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah; di
tanganku panji-panji kepujian, dalam pada itu pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah;
tidak ada seorang Nabi pada hari itu - mulai dari Nabi Adam hingga kepada Nabi-nabi lain -
melainkan semuanya bawah panji-panjiku dan akulah orang yang mula-mula terbelah bumi untuk
bangkit keluar daripadanya, dalam pada itu pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah".
Baginda bersabda lagi: Kemudian manusia gempar dan haru biru sebanyak tiga kali lalu mereka
pergi menemui Nabi Adam ... akhirnya mereka datang menemuiku lalu aku pun pergi membawa
mereka bersama ... kemudian aku terus merumuskan muka sujud, maka Allah memberi
ilham kepadaku untuk memujinya dengan satu cara ucapan puji-pujian; setelah itu dikatakan
kepadaku: "Angkatlah kepalamu dan pohonkanlah supaya engkau diberi hajatmu dan
kemukakanlah syafaat supaya dikabulkan syafaatmu dan katakanlah apa sahaja supaya
diperkenan kata-katamu',"Kemudian Baginda s.a.w , menerangkan: "Dan itulah dia pangkat Al-
Maqam Al-Mahmud yang Allah menyatakan dengan firman-Nya: ("Semoga tetaplah harapanmu
(wahai Muhammad) bahawa Tuhan yang mendidik mu akan mengangkatmu ke satu darjat yang
terpuji)".
(Tirmizi).

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬
‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫س َر‬ ٍ ‫ َع ْن اب ِْن َعبﱠا‬-102
‫ﷲِ َو َال فَ ْخ َر َوأَنَا َحا ِم ُل لِ َوا ِء ْال َح ْم ِد يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة َو َال فَ ْخ َر‬‫… أَ َال َوأَنَا َحبِيبُ ﱠ‬
(‫ )الترمذي‬. …‫َوأَنَا أَ ﱠو ُل َشافِ ٍع َوأَ ﱠو ُل ُم َشفﱠ ٍع يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة َو َال فَ ْخ َر‬
102- Dari Ibn Abbas ra, bahawa Nabi s.a.w., bersabda: " .. Ketahuilah, aku adalah kekasih Allah,
dalam pada itu, pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah dan aku pembawa panji-
panji kepujian pada hari qiamat, dalam pada itu, pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah;
dan akulah orang yang mula-mula mengemukakan syafaat, juga yang mula-mula dikabulkan
syafaatnya pada hari qiamat, dalam pada itu pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah .."

(Tirmizi)

Nabi Muhammad s.a.w. , telah menerangkan dalam hadis-hadis yang tersebut bahawa dalam
masa manusia menderita kedahsyatan huru-hara hari qiamat - mereka mendapatkan bapa
manusia, Nabi Adam a.s., memohon kepadanya supaya Ia menggunakan pengaruhnya
melepaskan mereka dari penderitaan itu. Nabi Adam menyatakan bahawa ia tidak sanggup;
mereka memohon pula pertolongan Nabi-nabi yang lain yang juga tidak sanggup
menolong mereka. Akhirnya mereka memohon kepada Nabi Muhammad s.a.w. , lalu Baginda
mengemukakan syafaat yang dengan sebabnya Allah s.w.t., menjalankan perbicaraan menghakimi
manusia, maka pada waktu itu Allah Azza wa Jalla mengangkat Nabi Muhammad s.a.w., ke darjat
yang disebut dengan nama "Maqam Mahmud" - darjat kebesaran yang dipuji oleh semua
makhluk yang ada di Padang Mahsyar.

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ْت َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما قَا َل َس ِمع‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن اب ِْن ُع َم َر َر‬-103
‫ك‬َ ِ‫ف ْاألُ ُذ ِن فَبَ ْينَا ھُ ْم َك َذل‬ َ ْ‫ق نِص‬ ُ ‫س لَتَ ْدنُو َحتﱠى يَ ْبلُ َغ ْال َع َر‬
َ ‫َو َسلﱠ َم يَقُو ُل إِ ﱠن ال ﱠش ْم‬
‫ك ثُ ﱠم بِ ُمو َسى َعلَ ْي ِه الس َﱠال ُم‬ َ ِ‫ب َذل‬ِ ‫اح‬ ِ ‫ص‬ َ ِ‫ْت ب‬ ُ ‫ا ْستَ َغاثُوا بِآ َد َم َعلَ ْي ِه الس َﱠال ُم فَيَقُو ُل لَس‬
ِ ِ‫ﷲُ بَي َْن ْال َخ َالئ‬
‫ق‬ ‫ضى ﱠ‬ ِ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم فَيَ ْشفَ ُع فَيَ ْق‬
‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ك ثُ ﱠم بِ ُم َح ﱠم ٍد‬ َ ِ‫فَيَقُو ُل َك َذل‬
‫ )البخاري وابن‬.‫ﷲُ َمقَا ًما َمحْ ُمو ًدا يَحْ َم ُدهُ أَ ْھ ُل ْال َج ْم ِع ُكلﱡھُ ْم‬ ‫… فَيَ ْو َمئِ ٍذ يَ ْب َعثُهُ ﱠ‬
(‫جرير وابن مردويه‬
103- Dari Ibn Umar r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w., bersabda "Sesungguhnya
matahari akan dekat ke atas kepala manusia sehingga air peluh sampai ke paras separuh telinga,
maka dalam masa mereka berkeadaan demikian, mereka meminta pertolongan Nabi Adam as.,
lalu ia menolak dengan berkata: "Aku bukanlah orang untuk itu"; kemudian mereka
meminta pertolongan Nabi Musa a.s., maka ia juga menjawab demikian; kemudian mereka
meminta pertolongan Muhammad (s.a.w.) lalu ia mengemukakan syafaatnya; setelah itu
Allah Taala membuka perbicaraan untuk menghakimi khalayak yang ramai itu, maka pada
waktu itulah Allah mengangkatnya (Muhammad s.a.w.) ke martabat "Maqam Mahmud" yang dipuji
oleh semua makhluk yang ada di padang Mahsyar."
‫)‪(Bukhari, Ibn Jarir dan Ibn Marduwaih‬‬

‫‪Berhubung dengan syafaat Nabi Muhammad s.a.w. , selanjutnya, ramai di antara sahabat-sahabat‬‬
‫‪Baginda s.a.w., meriwayatkan hadisnya sehingga dikira "Hadis Syafaat" adalah satu dari hadis-‬‬
‫‪hadis yang mutawatir". Di antara hadis-hadis yang banyak itu ialah yang berikut:‬‬

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ﷲِ َ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ‫س بن َمالِ ٍك َر ِ‬ ‫‪َ -104‬ع ْن أَنَ ِ‬
‫ون لَ ْو‬ ‫ك فَيَقُولُ َ‬ ‫ك فَي ُْلھَ ُم َ‬
‫ون لِ َذلِ َ‬ ‫ون لِ َذلِ َ‬ ‫اس يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة فَيَ ْھتَ ﱡم َ‬
‫ﷲُ النﱠ َ‬ ‫َو َسلﱠ َم يَجْ َم ُع ﱠ‬
‫ون آ َد َم‬ ‫ا ْستَ ْشفَ ْعنَا َعلَى َربﱢنَا َع ﱠز َو َج ﱠل َحتﱠى ي ُِري َحنَا ِم ْن َم َكانِنَا ھَ َذا قَا َل فَيَأْتُ َ‬
‫ُوح ِه‬‫ك ِم ْن ر ِ‬ ‫ﷲُ بِيَ ِد ِه َونَفَ َخ فِي َ‬ ‫ك ﱠ‬ ‫ق َخلَقَ َ‬ ‫ت أَبُو ْال َخ ْل ِ‬ ‫ون أَ ْن َ‬
‫َعلَ ْي ِه الس َﱠال ُم فَيَقُولُ َ‬
‫ك َحتﱠى ي ُِري َحنَا ِم ْن َم َكانِنَا ھَ َذا‬ ‫ك ا ْشفَ ْع لَنَا ِع ْن َد َربﱢ َ‬ ‫َوأَ َم َر ْال َم َالئِ َكةَ فَ َس َج ُدوا لَ َ‬
‫صابَھَا‬ ‫ْت لَھَا( فَيَ ْذ ُك ُر َخ ِطيئَتَهُ الﱠتِي أَ َ‬ ‫ْت ھُنَا ُك ْم ) َوفِي ِر َوايَ ٍة‪ :‬لَس ُ‬ ‫فَيَقُو ُل لَس ُ‬
‫ﷲُ تَ َعالَى قَا َل فَيَأْتُ َ‬
‫ون‬ ‫ُول بَ َعثَهُ ﱠ‬ ‫فَيَ ْستَ ِحيِي َربﱠهُ ِم ْنھَا َولَ ِك ِن ا ْئتُوا نُوحًا أَ ﱠو َل َرس ٍ‬
‫ْت لَھَا( فَيَ ْذ ُك ُر َخ ِطيئَتَهُ‬ ‫ْت ھُنَا ُك ْم ) َوفِي ِر َوايَ ٍة‪ :‬لَس ُ‬ ‫نُوحًا َعلَ ْي ِه الس َﱠال ُم فَيَقُو ُل لَس ُ‬
‫اب فَيَ ْستَ ِح ِيي َربﱠهُ ِم ْنھَا َولَ ِك ِن ا ْئتُوا إِ ْب َرا ِھي َم َعلَ ْي ِه الس َﱠال ُم الﱠ ِذي اتﱠ َخ َذهُ‬ ‫ص َ‬ ‫الﱠتِي أَ َ‬
‫ْت ھُنَا ُك ْم ) َوفِي ِر َوايَ ٍة‪ :‬لَس ُ‬
‫ْت‬ ‫ون إِ ْب َرا ِھي َم َعلَ ْي ِه الس َﱠال ُم فَيَقُو ُل لَس ُ‬ ‫يال فَيَأْتُ َ‬ ‫ﷲُ َخلِ ً‬ ‫ﱠ‬
‫اب فَيَ ْستَ ِح ِيي َربﱠهُ ِم ْنھَا َولَ ِك ِن ا ْئتُوا ُمو َسى َعلَ ْي ِه‬ ‫ص َ‬ ‫لَھَا( َويَ ْذ ُك ُر َخ ِطيئَتَهُ الﱠتِي أَ َ‬
‫ْت لَھَا( َويَ ْذ ُك ُر َخ ِطيئَتَهُ الﱠتِي‬ ‫ْت ھُنَا ُك ْم ) َوفِي ِر َوايَ ٍة‪ :‬لَس ُ‬ ‫الس َﱠال ُم فَيَقُو ُل لَس ُ‬
‫ﷲِ َو َكلِ َمتُهُ‬ ‫اب فَيَ ْستَ ِحيِي َربﱠهُ ِم ْنھَا َولَ ِك ِن ا ْئتُوا ِعي َسى َعلَ ْي ِه الس َﱠال ُم رُو َح ﱠ‬ ‫ص َ‬ ‫أَ َ‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ْت لَھَا( َولَ ِك ِن ا ْئتُوا ُم َح ﱠم ًدا َ‬ ‫ْت ھُنَا ُك ْم ) َوفِي ِر َوايَ ٍة‪ :‬لَس ُ‬ ‫فَيَقُو ُل لَس ُ‬
‫صلﱠى‬ ‫ﷲِ َ‬ ‫َو َسلﱠ َم َع ْب ًدا قَ ْد ُغفِ َر لَهُ َما تَقَ ﱠد َم ِم ْن َذ ْنبِ ِه َو َما تَأ َ ﱠخ َر قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه فَيَأْتُونِي فَأ َ ْستَأْ ِذ َن َعلَى َربﱢي فَي ُْؤ َذ َن لِي ) َوفِي ِر َوايَ ٍة‪ :‬فَأُوتَى فَأًقُو ُل‬ ‫ﱠ‬
‫ْت‬‫ق فَأ َ ْستَأْ ِذ ُن َعلَى َربﱢي فَي ُْؤ َذ ُن لِي( فَإِ َذا أَنَا َرأَ ْيتُهُ َوقَع ُ‬ ‫أَنَا لَھَا أَنَا لَھَا فَأ َ ْنطَلِ ُ‬
‫ك قُلْ تُ ْس َم ْع‬ ‫ﷲُ أَ ْن يَ َد َعنِي فَيُقَا ُل يَا ُم َح ﱠم ُد ارْ فَ ْع َر ْأ َس َ‬ ‫اج ًدا فَيَ َد ُعنِي َما َشا َء ﱠ‬ ‫َس ِ‬
‫َسلْ تُ ْعطَ ْه ا ْشفَ ْع تُ َشفﱠ ْع فَأَرْ فَ ُع َر ْأ ِسي فَأَحْ َم ُد َربﱢي بِتَحْ ِمي ٍد يُ َعلﱢ ُمنِي ِه َربﱢي َع ﱠز‬
‫َو َج ﱠل ثُ ﱠم أَ ْشفَ ُع ) َوفِي ِر َوايَ ٍة‪ :‬فَي ُْؤ َذ ُن لِي فَأَقُو ُم بَي َْن يَ َد ْي ِه فَأَحْ َم ُدهُ بِ َم َحا ِم َد َال‬
‫ك‬‫اج ًدا فَيُقَا ُل لِي يَا ُم َح ﱠم ُد ارْ فَ ْع َر ْأ َس َ‬ ‫ﷲُ ثُ ﱠم أَ ِخرﱡ َس ِ‬ ‫أَ ْق ِد ُر َعلَ ْي ِه ْاآل َن ي ُْل ِھ ُمنِي ِه ﱠ‬
‫َوقُلْ يُ ْس َم ْع َو َسلْ تُ ْعطَ ْه َوا ْشفَ ْع تُ َشفﱠ ْع فَأَقُو ُل يَا َربﱢي أُ ﱠمتِي أُ ﱠمتِي( ) َوفِي ِر َوايَ ٍة‪:‬‬
‫ق ْال ِح َس َ‬ ‫ْ‬
‫اب…(‪) .‬الجماعة(‬ ‫فَأَرْ فَ ُع َرأ ِسي فَأَقُو ُل يَا َربﱢي َع ﱢجلْ َعلَى ْال َخ ْل ِ‬
‫‪104- Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Allah akan menghimpunkan‬‬
‫‪sekalian manusia pada hari qiamat, maka dengan sebab dahsyatnya keadaan di situ, mereka‬‬
‫‪merasa berat dan resah gelisah lalu mereka diilhamkan jalan untuk melepaskan diri dari yang‬‬
demikian. Mereka pun berkata sesama sendiri: "Bukankah elok kalau kita mencari orang yang
dapat mengemukakan syafaat kepada Tuhan kita supaya Tuhan melepaskan kita dari
penderitaan tempat ini?" Nabi s.a.w., bersabda: "Setelah itu, mereka pun pergi menemui
Nabi Adam a.s., serta berkata: Engkau ialah bapa sekalian manusia, Allah telah menciptakanmu
dengan kekuasaanNya dan meniupkan padamu dan roh-Nya, serta ia memerintahkan Malaikat
sujud kepadamu; tolonglah kemukakan syafaat kepada Tuhamu untuk kami supaya ia melepaskan
kami dari penderitaan tempat ini". Mendengarkan yang demikian, Nabi Adam berkata: "Aku
bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu", (dan pada satu riwayat, Nabi
Adam berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu), serta ia menyebut salah silapnya yang
pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya; tetapi, kata Nabi Adam:
"Pergilah kamu menemui Nabi Noh, Rasul yang pertama yang telah diutus oleh Allah Taala'."Nabi
s.a.w., bersabda: "Setelah itu mereka pun pergi menemui Nabi Noh a.s., maka Nabi Noh
menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud
kamu itu", (pada satu riwayat, Nabi Noh berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), serta
ia menyebut salah-silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada
Tuhannya: Tetapi, kata Nabi Noh, "Pergilah kamu menemui Nabi Ibrahim yang Allah telah jadikan
dia orang yang berdamping di sisi-Nya." Nabi s.a.w, bersabda: "Setelah itu merekapun pergi
menemui Nabi Ibrahim a.s., maka Nabi Ibrahim menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang
yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu, (dan pada satu riwayat: Nabi Ibrahim
berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), serta ia menyebut salah silapnya yang
pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya; Tetapi, kata Nabi Ibrahim:
"Pergilah kamu menemui Nabi Musa a.s., yang Allah berkata-kata dengannya serta
memberikannya kitab Taurat. " Nabi s.a.w., bersabda: "Setelah itu mereka pun pergi menemui
Nabi Musa a.s., maka Nabi Musa menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang
berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu, (dan pada satu riwayat: Nabi Musa berkata: Aku
bukanlah orang yang layak untuk itu), serta ia menyebut salah silapnya yang pernah dilakukan,
dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya, Tetapi, kata Nabi Musa: "Pergilah kamu
menemui Nabi Isa a.s., Roh Allah dan kalimah-Nya." Nabi s.a.w., bersabda: "Setelah itu mereka
pun pergi menemui Nabi Isa Roh Allah dan kalimah-Nya, maka Nabi Isa menjawab dengan
katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu", (dan pada
satu riwayat: Nabi Isa berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), Tetapi kata Nabi Isa,
"Pergilah kamu menemui Nabi Muhammad s.a.w. , seorang hamba Allah yang telah diampunkan
salah silapnya yang terdahulu dan yang terkemudian." Kata rawi: Rasulullah s.a.w., bersabda:
"Setelah itu mereka pun datang menemuiku, aku pun memohon izin mengadap Tuhanku, lalu
diizinkan"; (dan pada satu riwayat: Baginda s.a.w., bersabda: "Setelah itu mereka
datang menemuiku, aku pun berkata: "Akulah orang yang layak untuk itu, akulah orang yang layak
untuk itu" maka aku pun pergi serta memohon izin mengadap Tuhanku, lalu diizinkan), maka
apabila aku mengadap-Nya, aku merebahkan diri sujud, lalu dibiarkan-Nya aku sujud seberapa
lama yang Allah kehendaki, kemudian diserukan daku: Wahai Muhammad! angkatlah kepalamu,
dan berkatalah apa sahaja hajatmu supaya diperkenankan, mintalah supaya diberikan, dan
kemukakan syafaat supaya dikabulkan syafaatmu; maka aku pun mengangkat kepalaku serta
memuji Tuhanku dengan Puji-pujian yang diajarkan kepada aku oleh Tuhanku `Azza wa Jalla;
kemudian aku kemukakan syafaatku;" (dan pada satu riwayat: Baginda s.a.w., bersabda: "Lalu
diizinkan daku mengadapnya, maka aku pun berdiri mengadapnya serta memujinya dengan puji-
pujian yang aku tidak dapat menyebutnya sekarang, yang Allah mengilhamkannya kepadaku,
kemudian aku menumuskan muka sujud kepadanya hingga aku diseru: "Wahai Muhammad,
angkatlah kepalamu dan berkatalah apa sahaja nescaya diperkenankan, mintalah supaya
diberikan dan kemukakanlah syafaat supaya dikabulkan syafaatmu; Maka aku pun merayu dengan
berkata: "Wahai Tuhanku! Kasihanilah umatku! Kasihanilah umatku!), (dan pada satu riwayat lagi:
Baginda bersabda: "Maka aku pun mengangkat kepalaku serta memohon dengan berkata: "Wahai
Tuhanku! Segerakanlah apalah juga kiranya, perbicaraan hitungan amal khalayak yang ramai ini.

(Al-Jama'ah)

Syafaat yang tersebut dalam hadis yang panjang itu ialah yang dinamakan "al-Syafaah al-Uzma"
(Syafaat yang besar sekali) yang ditentukan untuk Nabi Muhammad s.a.w. sahaja
mengemukakannya ke hadhrat Tuhan 'Azza wa Jalla.

Ada lagi beberapa jenis syafaat yang dikhaskan bagi Nabi Muhammad s.a.w., di antaranya:

(1) Syafaat Baginda s.a.w., supaya Tuhan memasukkan ke syurga satu kumpulan besar dari
umatnya dengan tidak dihisab.

(2) Syafaat Baginda s.a.w. untuk satu kumpulan yang telah dihisab dan didapati mereka
berhak menerima balasan Neraka, supaya tidak dimasukkan, tetapi dimasukkan terus ke syurga.

Selain dari itu, Rasulullah s.a.w., telah menyatakan dalam hadis-hadis yang diriwayatkan oleh
Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah: Bahawa ada beberapa golongan yang akan diizinkan
Tuhan untuk mengemukakan syafaat supaya dimasukkan orang-orang yang tertentu ke dalam
Syurga; mereka ialah:

Malaikat, Nabi-nabi, alim ulama, orang-orang yang gugur syahid dalam perjuangan menegakkan
agama Allah, dan orang-orang mukmin yang selamat daripada memasuki Neraka dan hendak
menolong membebaskan saudara-saudara mereka yang beriman, yang bersembahyang dan
berpuasa dengan mereka, tetapi saudara-saudaranya itu dimasukkan ke dalam
Neraka disebabkan mereka mati dengan tidak bertaubat daripada dosa.

Setelah Tuhan Yang Maha Adil, kabulkan syafaat Nabi Muhammad s.a.w., bagi melepaskan
orang ramai dari penderitaan huru-hara padang Mahsyar, maka mahkamah keadilan Tuhan pun
dibuka dan orang ramai dihadapkan kepada perbicaraan Tuhan dengan
keadaan berbaris teratur (Surah al-Kahfi), dan bumi padang Mahsyar pun terang benderang
dengan cahaya keadilan Tuhan; buku catitan amal tiap-tiap seorang disediakan untuk dibahagikan
kepada masing-masing; Nabi-nabi dan saksi-saksi yang berkenaan dibawa ke situ serta
perbicaraan dijalankan dengan seadil-adilnya. (69, Surah az-Zumar).

Tiap-tiap seorang pada ketika dijalankan perbicaraannya - disoal dan diperiksa satu persatu; tidak
akan tersembunyi sesuatu pun dari bawaan hidupnya di dunia, sekalipun yang sulit, (18,
Surah al-Haqqah)

Perbicaraan dimulakan dengan menyoal tiap-tiap seorang yang Tuhan hendak menyoalnya
dengan soalan-soalan yang berhubung dengannya selain daripada soalan-soalan umum yang
diterangkan oleh Rasulullah s.a.w., dalam hadis yang berikut:
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ِن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي بَرْ َزةَ ْاألَ ْسلَ ِم ﱢي َر‬-105
‫قَا َل َال تَ ُزو ُل قَ َد َما َع ْب ٍد يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة َحتﱠى يُسْأ َ َل َع ْن ُع ُم ِر ِه فِي َما أَ ْفنَاهُ َو َع ْن‬
.ُ‫ِع ْل ِم ِه فِي َم فَ َع َل َو َع ْن َمالِ ِه ِم ْن أَي َْن ا ْكتَ َسبَهُ َوفِي َم أَ ْنفَقَهُ َو َع ْن ِج ْس ِم ِه فِي َم أَب َْاله‬
(‫)الترمذي‬
105- Dari Abi Barzah al-Aslami r.a., dari Nabi s.a.w, sabdanya: "Tidak berganjak kedua kaki
seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang
umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan
tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga
tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?"

(At-Tirmizi)

Apabila habis orang-orang yang disoal oleh Tuhan yang Maha Adil; maka suratan amal
manusia dikeluarkan untuk diberi ke tangan masing-masing yang apabila menerimanya ia dapati
suratan amalnya itu terbuka, boleh ditatap dan dibaca olehnya sendiri; (13, Surah al-Isra').

Setelah suratan amal itu diberikan ke tangan masing-masing, maka timbullah kepada orang-orang
yang bersalah yang tidak bertaubat, perasaan gelisah takutkan akibat kesalahan-kesalahnnya
yang tertulis di dalam suratan amalnya (49, Surah al-Kahfi).

Suratan amal itu ada yang diberi ke tangan kanan tuannya dan ada yang diberi ke tangan kirinya.
Orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kanannya merasa besar hati dan berbangga
dengan yang demikian sehingga ia menyeru orang-orang lain supaya membacanya; (91, Surah al-
Haqqah). Sebaliknya orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kirinya merasa runsing hati
dan merungut-rungut kerana keburukan nasibnya; (25, Surah al-Haqqah)

Selepas itu perbicaraan diteruskan - perbicaraan perkara-perkara yang berkenaan dengan hak-hak
makhluk dan perkara-perkara yang berhubung dengan amal ibadat kepada Allah. Perkara-perkara
berkenaan dengan hak-hak makhluk meliputi.

(1) Perkara-perkara yang berkenaan dengan melakukan jenayah ke atas nyawa dan tubuh badan
satu-satu makhluk seperti bunuh membunuh, tikam menikam, pukul memukul, seksa-menyeksa,
sabung-menyabung, laga-melaga dan sebagainya.

(2) Perkara-perkara yang berkenaan dengan melakukan jenayah terhadap kehormatan din dan
maruah, seperti caci-mencaci, buruk-memburuk, maki-hamun, umpat-keji, tuduh-menuduh,
ceroboh-mencerobohi dan sebagainya.

(3) Perkara-perkara yang bersabit dengan harta benda seperti curi-mencuri, rompak samun, rebut-
merebut, tipu-menipu, hutang-piutang dan lain-lainnya.

Hukuman ke atas sesiapa yang di dapati bersalah dalam perbicaraan ini ialah:
Pertama - Menerima balasan dari makhluk yang dilakukan jenayah itu terhadapnya.

Kedua - Memberi amal kebajikannya kepada orang yang ia aniayakan, untuk


membayar hutang orang itu atau mengganti-ruginya; dan apabila tidak ada lagi amal kebajikannya
untuk diberi kepada orang itu, maka ia terpaksa menanggung kesalahannya, atau

Ketiga - Dimasukkan ke dalam penjara yang disediakan Tuhan (Neraka Jahanam)

Bagi menyelamatkan seseorang daripada menghadapi perbicaraan yang tersebut, maka


Nabi Muhammad s.a.w mengingatkan umatnya serta menerangkan jalan keselamatan masing-
masing - dalam hadis-hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-106
‫ق إِلَى أَ ْھلِھَا َحتﱠى يُقَا َد لِل ﱠشا ِة ْال َج ْل َحا ِء ِم ْن ال ﱠشا ِة ْالقَرْ نَا ِء ) َوفِي‬
ُ ‫قَا َل لَتُ َؤ ﱡد ﱠن ْال ُحقُو‬
(‫ )مسلم والترمذي‬.(‫ تَ ْنطَ ُحھَا‬:ُ‫ِر َوايَ ٍة ِزيَا َدة‬
106- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya sebarang
hak tak dapat tidak mesti dibayar kepada tuannya sehingga kambing biri-biri yang dogol diberikan
peluang membalas kambing biri-biri yang bertanduk." Iaitu "menanduknya" menurut satu riwayat.

(Muslim dan Tirmizi)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-107
‫ض ِه أَ ْو َش ْي ٍء فَ ْليَتَ َحلﱠ ْلهُ ِم ْنهُ ْاليَ ْو َم قَ ْب َل‬ ْ ‫ت لَهُ َم‬
ِ ْ‫ظلَ َمةٌ ِألَ ِخي ِه ِم ْن ِعر‬ ْ َ‫قَا َل َم ْن َكان‬
ْ ‫صالِ ٌح أُ ِخ َذ ِم ْنهُ بِقَ ْد ِر َم‬
‫ظلَ َمتِ ِه‬ َ ‫ان لَهُ َع َم ٌل‬َ ‫ون ِدينَا ٌر َو َال ِدرْ ھَ ٌم إِ ْن َك‬َ ‫أَ ْن َال يَ ُك‬
(‫ )البخاري‬.‫احبِ ِه فَ ُح ِم َل َعلَ ْي ِه‬ ِ ‫ص‬ َ ‫ت‬ِ ‫ات أُ ِخ َذ ِم ْن َسيﱢئَا‬ٌ َ‫َوإِ ْن لَ ْم تَ ُك ْن لَهُ َح َسن‬
107- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesiapa yang menanggung
sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan
kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia
meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum
datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya;
bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu sekadar
perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai
amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke
atasnya."

(Bukhari)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬
‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-108
‫ُون َما ْال ُم ْفلِسُ قَالُوا ْال ُم ْفلِسُ فِينَا َم ْن َال ِدرْ ھَ َم لَهُ َو َال َمتَا َع فَقَا َل إِ ﱠن‬
َ ‫أَتَ ْدر‬
‫صيَ ٍام َو َز َكا ٍة َويَأْتِي قَ ْد َشتَ َم ھَ َذا‬
ِ ‫ص َال ٍة َو‬ َ ِ‫س ِم ْن أُ ﱠمتِي يَأْتِي يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة ب‬ َ ِ‫ْال ُم ْفل‬
‫ب ھَ َذا فَيُ ْعطَى ھَ َذا ِم ْن‬ َ ‫ض َر‬ َ ‫ك َد َم ھَ َذا َو‬ َ َ‫ف ھَ َذا َوأَ َك َل َما َل ھَ َذا َو َسف‬ َ ‫َوقَ َذ‬
‫ضى َما َعلَ ْي ِه أُ ِخ َذ ِم ْن‬ َ ‫ت َح َسنَاتُهُ قَ ْب َل أَ ْن يُ ْق‬ْ َ‫َح َسنَاتِ ِه َوھَ َذا ِم ْن َح َسنَاتِ ِه فَإِ ْن فَنِي‬
(‫ )مسلم والترمذي‬.‫ار‬ ِ ‫ت َعلَ ْي ِه ثُ ﱠم طُ ِر َح فِي النﱠ‬ ْ ‫َخطَايَاھُ ْم فَطُ ِر َح‬
108- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia orang
Muflis? " Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah
orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;" Nabi s.a.w., bersabda: "Sebenarnya
orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa
sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini
dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul
orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu;
kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang
ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta
ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka.

(Muslim dan Tirmizi)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َس ِعي ِد ب ِْن َز ْي ِد َر‬-109
.‫ين‬
َ ‫ض‬ ِ ‫ض ظُ ْل ًما فَإِنﱠهُ يُطَ ﱠوقُهُ يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة ِم ْن َسب ِْع أَ َر‬ِ ْ‫َم ْن أَ َخ َذ ِش ْبرًا ِم ْن ْاألَر‬
(‫)البخاري ومسلم‬
109- Dari Sa'id bin Zaid r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesiapa yang
mengambil tanah secara zalim sekalipun sejengkal, akan dibelitkan pada hari qiamat dengan
tanah yang diperintahkannya mengangkut sebanyak itu dari tujuh petala bumi."

(Bukhari dan Muslim)

‫صلﱠى ﱠ‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنهُ يَقُو ُل نَھَى النﱠبِ ﱡي‬ ِ َ‫ َع ْن أَن‬-110
ِ ‫س ب ِْن َمالِ ٍك َر‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.‫َو َسلﱠ َم أَ ْن تُصْ بَ َر ْالبَھَائِ ُم‬
110- Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w., melarang menyeksa binatang sampai
mati dengan jalan mengikatnya untuk dijadikan sasaran panah, rejaman dan sebagainya."

(Bukhari dan Muslim)

‫صلﱠى ﱠ‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما يَقُو ُل نَھَى النﱠبِ ﱡي‬ ٍ ‫ َع ْن اب ِْن َعبﱠا‬-111
ِ ‫س َر‬
(‫ )الترمذي وأبو داود‬.‫يش بَي َْن ْالبَھَائِ ِم‬ ِ ‫َو َسلﱠ َم َع ْن التﱠحْ ِر‬
111- Dari Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w., melarang perbuatan melagakan binatang. "
(Tirmizi dan Abu Daud)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬
‫ض َي ﱠ‬ِ ‫ َع ْن أَبِي َس ِعي ٍد ْال ُخ ْد ِريﱢ َر‬-112
ُ‫ﷲ‬ ‫صه ُ ﱠ‬ ْ ‫ظلِ ُم َرج ًُال َم‬
‫ظلَ َمةً فِي ال ﱡد ْنيَا َال يُقِصﱡ هُ ِم ْن نَ ْف ِس ِه إِ ﱠال أَقَ ﱠ‬ ْ َ‫قَا َل َما ِم ْن َع ْب ٍد ي‬
(‫ )البيھقي‬.‫تَ َعالَى ِم ْنهُ يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة‬
112- Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Tidak ada seseorang yang
melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya
kepada orang itu untuk membalasnya, nescaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu
supaya membalasnya pada hari qiamat."

(Al-Baihaqi)

Hadis yang ke 86 dalam pasal yang ketiga (hadis Abu Zar hubungannya dengan perkara yang
dimaksudkan di sini.

Ada pun perkara-perkara yang berkenaan dengan ibadat kepada Allah, maka yang mula-mula
dibicarakan ialah ibadat sembahyang yang lima sehari semalam - sesiapa yang sembahyangnya
itu diterima Tuhan maka berjaya dan beruntunglah dia; sebaliknya rugi dan menderita orang yang
tidak diterima sembahyangnya. Sesiapa yang didapati sembahyang fardunya terkurang, sama ada
terkurang bilangannya, rukun, syaratnya, sunatnya atau khusyuknya maka ditampal dan
dicukupkan dengan sembahyang-sembahyang sunatnya jika ada, kalau tidak ada terpulanglah
hukumnya kepada keadilan atau kemurahan Tuhan Rabbul `Alamin.

Demikianlah pula halnya ibadat-ibadat puasa, zakat dan haji dibicarakan seperti sembahyang
juga, iaitu apabila di dapati mana-mana fardunya terkurang maka ditampal dan dicukupkan dengan
sunatnya yang ada, ini diterangkan oleh hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ ﱠن‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬
‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-113
‫ت فَقَ ْد أَ ْفلَ َح‬
ْ ‫صلُ َح‬َ ‫ص َالتُهُ فَإِ ْن‬ َ ‫أَ ﱠو َل َما يُ َحا َسبُ بِ ِه ْال َع ْب ُد يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة ِم ْن َع َملِ ِه‬
‫ضتِ ِه َش ْي ٌء قَا َل‬ َ ‫ص ِم ْن فَ ِري‬ َ َ‫اب َو َخ ِس َر فَإِ ْن ا ْنتَق‬َ ‫ت فَقَ ْد َخ‬ ْ ‫َوأَ ْن َج َح َوإِ ْن فَ َس َد‬
‫ص ِم ْن‬ َ َ‫ع فَيُ َك ﱠم َل بِھَا َما ا ْنتَق‬ٍ ‫الرﱠبﱡ َع ﱠز َو َج ﱠل ا ْنظُرُوا ھَلْ لِ َع ْب ِدي ِم ْن تَطَ ﱡو‬
(‫ )الترمذي‬.‫ك‬ َ ِ‫ون َسائِ ُر َع َملِ ِه َعلَى َذل‬ ُ ‫ض ِة ثُ ﱠم يَ ُك‬َ ‫ْالفَ ِري‬
113- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya amal yang mula-
mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika
sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika
sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang dari sembahyang
fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: "Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-
sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?"
Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain." .
(Tirmizi).

Seseorang mukmin yang betul memahami kandungan hadis yang tersebut sudah tentu tidak akan
cuai membetulkan sembahyang fardunya yang lima waktu sehari semalam, dan tidak pula merasa
keberatan mengamalkan sembahyang sunat, puasa sunat, sedekah sunat, dan haji sunat bila
mampu berbuat demikian.

Tiap-tiap perbicaraan dibuat keputusannya oleh Tuhan yang Maha Adil dengan berdasarkan
keterangan-keterangan saksi, iaitu selain daripada dua Malaikat yang menulis amal seseorang
maka anggotanya, hartanya, tempatnya dan masanya juga menjadi saksi sebagaimana yang
diterangkan oleh ayat-ayat 24 Surah an-Nur, 65 Surah Yasin dan 20 Surah Fussilat; juga oleh
hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬‫ض َي ﱠ‬ِ ‫ َع ْن أَبِي َس ِعي ٍد ْال ُخ ْد ِريﱢ َر‬-114
ُ ‫ان َكالﱠ ِذي يَأْ ُك ُل َو َال يَ ْشبَ ُع َويَ ُك‬
‫ون َعلَ ْي ِه‬ َ ‫قَا َل إِ ﱠن َم ْن يَأْ ُخ ُذ ْال َما َل بِ َغي ِْر َحقﱢ ِه َك‬
(‫ )مسلم‬.‫َش ِھي ًدا يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة‬
114- Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya sesiapa yang
mengambil harta-benda dengan jalan yang tidak sebenar, samalah sifatnya seperti orang yang
makan tetapi tidak merasa kenyang dan hartanya itu pula akan menjadi saksi menentangnya pada
hari qiamat".
(Muslim)

‫صلﱠى ﱠ‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬ َ ِ‫ﷲ‬‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَ َرأَ َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-115
‫ﷲُ َو َرسُولُهُ أَ ْعلَ ُم‬ ‫ُون َما أَ ْخبَا ُرھَا قَالُوا ﱠ‬ َ ‫ث أَ ْخبَا َرھَا قَا َل أَتَ ْدر‬ ُ ‫َو َسلﱠ َم يَ ْو َمئِ ٍذ تُ َح ﱢد‬
‫قَا َل فَإِ ﱠن أَ ْخبَا َرھَا أَ ْن تَ ْشھَ َد َعلَى ُكلﱢ َع ْب ٍد أَ ْو أَ َم ٍة بِ َما َع ِم َل َعلَى ظَھ ِْرھَا أَ ْن‬
(‫ )الترمذي‬.‫تَقُو َل َع ِم َل َك َذا َو َك َذا يَ ْو َم َك َذا َو َك َذا قَا َل فَھَ ِذ ِه أَ ْخبَا ُرھَا‬
115- Dari Abu Hurairah ra., katanya: Rasulullah s.a.w., membaca (firman Allah Taala, ertinya:
"Pada hari qiamat - itu bumi menerangkan berita-beritanya"); Kemudian Baginda s.a.w., bertanya:
"Tahukah kamu apa dia berita perihal bumi itu?" Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Allah dan
RasulNya sahajalah yang mengetahui"; Nabi s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya berita-beritanya
bahawa ia memberi keterangan terhadap tiap-tiap seorang, lelaki atau perempuan, berkenaan apa
yang masing-masing lakukan semasa mereka hidup di atasnya, iaitu ia berkata: "Si anu
melakukan ini dan ini, pada masa anu-anu." Baginda s.a.w., selanjutnya bersabda: "Inilah dia
berita-beritanya."

(Tirmizi)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َما ِم ْن يَ ْو ٍم يَأْتِي‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ي َمرْ فُو ًعا أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬ َ ‫ ر ُِو‬-116
‫ َوأَنَا فِي َما تَ ْع َم ُل َعلَ ْي ِه‬،‫ق َج ِدي ٌد‬ ٌ ‫ أَنَا َخ ْل‬،‫ يَا اب َْن آ َد َم‬:‫َعلَى اب ِْن آ َد َم إِ ﱠال يُنَا ِدي فِي ِه‬
،‫ْت لَ ْن تَ َرانِي أَبَ ًدا‬ َ َ‫ فَا ْع َملْ َخ ْيرًا أَ ْشھَ ُد ل‬،‫َش ِھي ٌد‬
َ ‫ فَإِنﱢي لَ ْو قَ ْد َم‬،‫ك بِ ِه َغ ًدا‬
ُ ‫ضي‬
(‫ )الحافظ أبو نعيم‬.‫ك‬ َ ِ‫َويَقُو ُل اللﱠ ْي ُل ِم ْث َل َذل‬
116- Diriwayatkan dari Nabi, s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Tidak ada satu hari yang lalu
atas anak-anak Adam melainkan ia menyeru dengan katanya: "Wahai anak Adam! Aku adalah
satu kejadian baharu, dan aku menjadi saksi terhadap apa yang engkau lakukan; oleh itu
lakukanlah kebaikan supaya aku menjadi saksi menolongmu esok (hari qiamat), kerana engkau
tidak akan dapat menemui aku lagi selama-1amanya. Dan malam juga berkata demikian." .

(Al-Hafiz Abu Na'im)

Timbangan Amal

Setelah perbicaraan selesai dan hukuman balas-membalas dan bayar-membayar dijalankan, maka
apa jua amalan yang tetap ada atau yang baki bagi tiap-tiap seorang ditimbangkan dengan
neraca keadilan Tuhan untuk ditentukan apakah balasan yang masing-masing
berhak menerimanya, lalu neraca itu dibawa datang dan penimbangannya pun dijalankan.

Tentang ini, Allah Taala berfirman, ertinya:

"Penimbangan amal pada hari qiamat adalah satu keadilan yang benar, maka sesiapa yang
berat timbangan kebaikannya, mereka itulah orang-orang yang berjaya memperolehi apa yang
mereka harapkan dan sesiapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-
orang yang merugikan diri sendiri dengan sebab mereka telah meletakkan ayat-ayat
keterangan Kami pada bukan tempatnya." (8-9, Surah Al-A'raaf).

"Dan Kami akan adakan penimbangan-penimbangan yang adil pada hari qiamat, oleh sebab itu
maka tidak ada seseorang yang akan teraniaya barang sedikit pun, walau amalannya
seberat biji sawi Kami tetap menghitungnya dan cukuplah Kami menjadi penghitung." (47,
Surah al-Anbia')

Tentang ini juga, Rasulullah s.a.w , menerangkan dalam hadis-hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬:‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َجابِ ٍر َر‬-117
ْ ‫ فَ َم ْن َر َج َح‬،‫ات‬
‫ت‬ ُ َ‫ان يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة فَيُو َز ُن ْال َح َسن‬
ُ َ‫ات َوال ﱠسيﱢئ‬ ُ ‫ض ُع ْال ِمي َز‬
َ ‫"يُو‬
‫ت َسيﱢئَاتُهُ َعلَى َح َسنَاتِ ِه َد َخ َل‬ ْ ‫ َو َم ْن َر َج َح‬،َ‫َح َسنَاتُهُ َعلَى َسيﱢئَاتِ ِه َد َخ َل ْال َجنﱠة‬
(‫ )أبو الشيخ‬."‫النﱠا َر‬
117- Dari Jabir r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Diletakkan neraca pada hari qiamat,
lalu ditimbang amal-amal yang baik dan amal-amal yang jahat; maka sesiapa yang
berat timbangan amal-amal baiknya daripada amal-amal jahatnya, masuklah ia ke Syurga dan
sesiapa yang berat timbangan amal-amal jahatnya daripada amal-amal baiknya, masuklah ia ke
Neraka. "
(Abu Al-Syeikh)

ُ‫ﷲ‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ﷲِ ب ِْن َع ْم ٍرو َر‬ ‫ َع ْن َع ْب ِد ﱠ‬-118
ُ
ِ ِ‫وس ْال َخ َالئ‬
‫ق يَ ْو َم‬ ِ ‫ﷲَ َسيُ َخلﱢصُ َرج ًُال ِم ْن أ ﱠمتِي َعلَى ُر ُء‬ ‫َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم إِ ﱠن ﱠ‬
‫ص ِر ثُ ﱠم يَقُو ُل‬ َ َ‫ين ِس ِج ًّال ُكلﱡ ِس ِجلﱟ ِم ْث ُل َم ﱢد ْالب‬ َ ‫ْالقِيَا َم ِة فَيَ ْن ُش ُر َعلَ ْي ِه تِ ْس َعةً َوتِ ْس ِع‬
َ َ‫ون فَيَقُو ُل َال يَا َربﱢ فَيَقُو ُل أَفَل‬
‫ك‬ َ ُ‫ك َكتَبَتِي ْال َحافِظ‬ َ ‫أَتُ ْن ِك ُر ِم ْن ھَ َذا َش ْيئًا أَظَلَ َم‬
‫ك ْاليَ ْو َم‬َ ‫ك ِع ْن َدنَا َح َسنَةً فَإِنﱠهُ َال ظُ ْل َم َعلَ ْي‬ َ َ‫ُع ْذ ٌر فَيَقُو ُل َال يَا َربﱢ فَيَقُو ُل بَلَى إِ ﱠن ل‬
ُ‫ﷲُ َوأَ ْشھَ ُد أَ ﱠن ُم َح ﱠم ًدا َع ْب ُدهُ َو َرسُولُه‬ ‫فَتَ ْخ ُر ُج بِطَاقَةٌ فِيھَا أَ ْشھَ ُد أَ ْن َال إِلَهَ إِ ﱠال ﱠ‬
‫ت فَقَا َل‬ ِ ‫ك فَيَقُو ُل يَا َربﱢ َما ھَ ِذ ِه ْالبِطَاقَةُ َم َع ھَ ِذ ِه الس ِﱢج ﱠال‬ َ َ‫فَيَقُو ُل احْ ضُرْ َو ْزن‬
ْ ‫ت فِي َكفﱠ ٍة َو ْالبِطَاقَةُ فِي َكفﱠ ٍة فَطَا َش‬
‫ت‬ ُ ‫ض ُع الس ِﱢج ﱠال‬ َ ‫ظلَ ُم قَا َل فَتُو‬ ْ ُ‫ك َال ت‬ َ ‫إِنﱠ‬
‫ )اإلمام أحمد والترمذي‬.‫ﷲِ َش ْي ٌء‬ ‫ت ْالبِطَاقَةُ فَ َال يَ ْثقُ ُل َم َع اس ِْم ﱠ‬ ْ َ‫ت َوثَقُل‬ُ ‫الس ِﱢج ﱠال‬
(‫وابن ماجه‬
118- Dari Abdullah bin `Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya Allah akan
memberi keistimewaan kepada seseorang dari umatku dengan memanggilnya di hadapan
khalayak yang ramai pada hari qiamat, serta membentangkan kepadanya sembilan puluh sembilan
gulung suratan amalnya, tiap satu gulung panjangnya sejauh mata memandang; kemudian
Tuhan bertanya kepada orang itu: "Adakah engkau hendak menafikan sesuatu dari apa yang ada
dalam suratan ini? Adakah penulis-penulis yang Aku tugaskan menjaga amalmu itu telah
menza1imkanmu?" Orang itu menjawab: "Tidak, wahai Tuhanku"; Tuhan bertanya lagi: "Kalau
demikian, maka adakah engkau mempunyai sebarang alasan atau kebaikan untuk engkau
melepaskan diri?" Ia menjawab: "Tidak ada juga wahai Tuhanku"; Tuhan berfirman: "Ia, ada
sebenarnya engkau ada mempunyai satu kebajikan yang tersimpan pada Kami dan sebenarnya
engkau tidak akan menanggung sebarang kezaliman pada hari kami; lalu dikeluarkan sehelai
ْ َ‫ﷲُ إِ ﱠال إِلَهَ َال أَ ْن أ‬
kertas kecil yang tertulis padanya ‫شھَ ُد‬ ‫ َو َرسُولُه َع ْب ُدهُ ُم َح ﱠمدًا أَ ﱠن َوأَ ْشھَ ُد ﱠ‬maka
Tuhan berfirman kepadanya: melihat timbangan amalmu, lalu ia berkata: "Ya Tuhanku! Apakah
nilainya kertas yang secebis ini berbanding dengan suratan jahat amalku yang bergulung-gulung
itu?" Maka Tuhan berfirman kepadanya: "Walau bagaimanapun, sesungguhnya engkau tidak akan
dizalimi." Nabi s.a.w., bersabda: "Kemudian suratan amalnya yang bergulung-gulung itu diletakkan
pada sebelah daun neraca dan kertas kecilnya, diletakkan pada daun neraca yang sebelah lagi
lalu suratan amal buruknya itu terangkat ringan dan kertasnya yang secebis itu berat menurun,
kerana tidak ada sesuatu benda pun yang boleh menjadi berat berbanding dengan apa yang
mengandungi nama Allah".

(Imam Ahmad, Tirmizi dan lbn Majah)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َما‬


‫صلﱠى ﱠ‬
َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ال ﱠدرْ َدا ِء َر‬-119
‫ )أبو داود‬. ‫ق َح َس ٍن‬ ٍ ُ‫ان ْال ُم ْؤ ِم ِن يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة ِم ْن ُخل‬
ِ ‫َش ْي ٌء أَ ْثقَ ُل فِي ِمي َز‬
(‫والترمذي‬
119- Dari Abu Al-Darda' r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Tidak ada sesuatu pun yang
ditimbang pada hari qiamat lebih berat daripada akhlak dan budi pekerti yang baik. "

( Abu Daud dan Tirmizi).

Apakala penimbangan amal itu selesai, maka manusia diperintahkan dan dibawa pergi ke
kampung tempat balasan yang diuntukkan bagi masing-masing mendiaminya melalui satu titian
(al-Sirat) yang biasa disebut dengan nama "Titian Siratal Mustaqim", titian yang diletakkan untuk
menyeberangi lautan api Neraka, titian yang di kiri kanannya terdapat banyak pengait-pengait
untuk mengait kaki sesiapa yang berhak dikait.

Orang-orang yang terkait kakinya itu ada dua golongan:

(1) Golongan yang gugur jatuh ke dalam lautan api itu ialah orang-orang yang
pada masa hidupnya di dunia telah terkait, terpengaruh dan terpedaya dengan hasutan
syaitan atau galakan nafsu liarnya sehingga jatuhnya ke dalam lubang kejahatan dan kederhakaan
sampai matinya dengan tidak sempat bertaubat.

(2) Golongan yang rebah bangun, rebah bangun, dan akhirnya selamat sampai ke seberang, iaitu
orang-orang yang pada masa hayatnya di dunia kerap-kali dikait, dipengaruhi dan diperdaya oleh
syaitan atau nafsu amarahnya melakukan maksiat, tetapi pada tiap-tiap kali mereka jatuh ke
dalam satu-satu kesalahan, mereka segera ingatkan azab seksa Tuhan, lalu mereka
menyesal dan bertaubat sampai mati dengan keadaan taatkan Allah.

Pendeknya orang-orang yang melalui titian itu terbahagi kepada tiga golongan:

Pertama - Golongan yang selamat sentosa menyeberangi lautan api Neraka.

Kedua - Golongan yang diputus-putuskan perjalanannya oleh pengait-pengait titian itu, tetapi dapat
juga menyeberangi lautan api itu.

Ketiga - Golongan yang terkait kakinya lalu jatuh terus ke dalam api Neraka.

Demikianlah maksud sabda Nabi s.a.w., pada hadis yang berikut:

ُ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم أَنﱠه‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-120
‫ون أَنَا َوأُ ﱠمتِي أَ ﱠو َل‬ ُ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم فَأ َ ُك‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫قَا َل… َويُضْ َربُ ِج ْس ُر َجھَنﱠ َم قَا َل‬
‫َم ْن ي ُِجي ُز َو ُد َعا ُء الرﱡ س ُِل يَ ْو َمئِ ٍذ اللﱠھُ ﱠم َسلﱢ ْم َسلﱢ ْم َوبِ ِه َك َاللِيبُ … َال يَ ْعلَ ُم قَ ْد َر‬
‫ق بِ َع َملِ ِه َو ِم ْنھُ ْم ا ْل ُمخَرْ َد ُل‬ ُ َ‫اس بِأ َ ْع َمالِ ِھ ْم ِم ْنھُ ْم ْال ُموب‬ ُ َ‫ﷲُ فَتَ ْخط‬
َ ‫ف النﱠ‬ ‫ِعظَ ِمھَا إِ ﱠال ﱠ‬
(‫ )البخاري ومسلم‬. …‫ثُ ﱠم يَ ْنجُو‬
120- Dari Abu Hurairah ra., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: ".... dan diletakkan titian
Neraka jahanam"; Baginda s.a.w., bersabda lagi: "Maka aku serta umatkulah yang mula-mula
melaluinya, sedang Rasul-rasul pada hari itu masing-masing berdoa dengan berkata: "Ya
Tuhanku! Selamatkanlah! Selamatkanlah! daripada titian itu ada beberapa pengait yang Allah jua
mengetahui besarnya; pengait-pengait itu dengan cepatnya mengait manusia dengan sebab-
sebab amal-amal jahat mereka; di antaranya ada orang yang binasa disebabkan amalnya, dan ada
pula orang yang dihalang-halang dan diputus-putuskan perjalanannya; akhirnya ia terselamat juga
.."

(Bukhari dan Muslim)

Dengan keterangan yang tersebut, terpulanglah kepada seseorang memilih golongan manakah
yang ia suka menjadi ahlinya. Orang yang berfikiran sihat sudah tentu berusaha sungguh-sungguh
supaya Tuhan beri taufik menjadi: Ahli golongan yang pertama:

Fasal Kelima:
Kampung tempat balasan yang diuntukkan bagi manusia mendiaminya itu ada dua:

Pertama - Kampung yang disediakan oleh Tuhan yang Maha Adil untuk kediaman orang-orang
kafir dan orang-orang yang berdosa menerima azab siksanya, iaitu kampung yang dinamakan
"Jahanam" dan dikenal dengan nama "Neraka".

Neraka itu mempunyai tujuh lapisan dan tiap-tiap satu lapisan diuntukkan bagi satu puak yang
tertentu; (43-44, Surah al-Hijr); dan bahan bakaran apinya ialah manusia, batu dan jin; (24 Surah,
al-Baqarah, dan 15 Surah al-Jin).

Kekuatan panas api Neraka itu tujuh puluh kali kepanasan api yang digunakan di dunia ini,
sebagaimana diterangkan oleh hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-121
‫ين ج ُْز ًءا ِم ْن َحرﱢ َجھَنﱠ َم قَالُوا َو ﱠ‬
ِ‫ﷲ‬ َ ‫نَا ُر ُك ْم ھَ ِذ ِه الﱠتِي يُوقِ ُد اب ُْن آ َد َم ج ُْز ٌء ِم ْن َس ْب ِع‬
‫ين ج ُْز ًءا‬ ْ َ‫ﷲِ قَا َل فَإِنﱠھَا فُضﱢ ل‬
َ ‫ت َعلَ ْيھَا بِتِ ْس َع ٍة َو ِستﱢ‬ ‫ت لَ َكافِيَةً يَا َرسُو َل ﱠ‬ ْ َ‫إِ ْن َكان‬
(‫ )البخاري ومسلم والترمذي‬.‫ُكلﱡھَا ِم ْث ُل َحرﱢ ھَا‬
121- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Kepanasan api kamu yang digunakan oleh
anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam." Sahabat-
sahabat Baginda berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk
menyeksa. " Baginda s.a.w., bersabda: "Meskipun demikian, kepanasan Neraka jahanam
ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap
satunya seperti kepanasan api dunia ini. "

(Bukhari, Muslim dan Tirmizi)


Makanan ahli Neraka ialah pokok "Zaqqum", (43-44 Surah, ad-Dukhan) dan minuman mereka dari
air danur dan air yang sangat panas yang memutus dan menghancurkan tali perut; (16 Surah Ad-
Dukhan dan 15 Surah Muhammad).

Air buah Zaqqum itu - selain daripada pahit rasanya dan busuk baunya - adalah seperti
tahi minyak kotor, dan mendidih dalam perut seperti mendidihnya air yang sangat panas: (45-46
Surah al-Dukhan).

Rasulullah s.a.w. menerangkan keburukan "Zaqqum" itu dalam hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫س َر‬ ٍ ‫ َع ْن اب ِْن َعبﱠا‬-122
‫ون قَا َل َرسُو ُل‬ َ ‫ق تُقَاتِ ِه َو َال تَ ُموتُ ﱠن إِ ﱠال َوأَ ْنتُ ْم ُم ْسلِ ُم‬
‫ﷲَ َح ﱠ‬ ‫قَ َرأَ ھَ ِذ ِه ْاآليَةَ اتﱠقُوا ﱠ‬
‫ار ال ﱡد ْنيَا‬
ِ ‫ت فِي َد‬ ْ ‫وم قُ ِط َر‬ ِ ‫ط َرةً ِم ْن ال ﱠزقﱡ‬ ْ َ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم لَ ْو أَ ﱠن ق‬
‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﱠ‬
(‫ )الترمذي‬.ُ‫ون طَ َعا َمه‬ ُ ‫ْف بِ َم ْن يَ ُك‬َ ‫ت َعلَى أَ ْھ ِل ال ﱡد ْنيَا َم َعايِ َشھُ ْم فَ َكي‬ ْ ‫َألَ ْف َس َد‬
122- Dari Ibn Abbas ra., bahawa Rasulullah s.a.w., telah membaca (firman Allah dalam
ayat suci ini, ertinya: "Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah
kamu mati melainkan kamu berkeadaan Islam"); kemudian Nabi s.a.w., bersabda: "Kalaulah setitik
air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini nescaya ia merosakkan penghidupan
penduduk bumi, maka betapa halnya orang yang buah zaqqum itu menjadi makanannya."

(At-Tirmizi)

Demikian keadaan kampung yang pertama.

Kampung yang kedua pula, yang disediakan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah bagi
kediaman hamba-hambaNya yang soleh menikmati segala kesenangan dan kelazatan, ialah
kampung yang dinamakan "Jannah" atau "Syurga", iaitu kampung yang boleh didapati padanya
segala perkara yang diingini oleh nafsu dan yang sedap dipandang oleh mata; (71 Surah Az-
Zukhruf); juga kampung yang ada padanya perkara-perkara yang tak pernah dipandang oleh
mata, tak pernah didengar oleh telinga dan tak pernah terlintas di hati manusia;

(Hadis Bukhari dan Muslim).

Pendeknya, segala kesenangan, kesukaan dan kelazatan yang disediakan Tuhan untuk hamba-
hamba-Nya yang saleh menerimanya di kampung yang tersebut, tidak dapat diperikan dengan
tepatnya oleh sesiapa pun; (17, Surah as-Sajadah).

Ada pun nas-nas - keterangan - yang menyatakan nikmat Syurga dengan menyebut makanan
yang lazat, minuman yang sedap, buah-buahan yang nyaman, hamparan yang berseri,
perabot yang indah, pelayan dan bidadari yang cantik jelita dan beradab sopan, maka semuanya
itu hanya memberi gambaran sekadar yang boleh difaham oleh manusia mengikut apa yang ada di
dalam masyarakatnya untuk menggalakkan mereka bergiat mengesahkan aqidah
kepercayaan dan membanyakkan amal ibadat mereka kepada Allah s.w.t., Demikian juga nas-nas
yang menyatakan "Niqmat-niqmat" Neraka (azab seksa) dengan menyebut perkara-perkara yang
berlawanan dengan nikmat Syurga itu hanya untuk mencegah manusia daripada merosakkan
fitrah kemanusiaannya dengan menjerumuskan diri ke dalam lautan kufur dan kederhakaan.

Maka di sebalik kenyataan dan gambaran itu ada perkara-perkara dan barang-barang yang
sebenar yang akan dapat dipastikan oleh tiap-tiap seorang apabila ia menerimanya kelak.

Ahli Syurga - selain daripada bergembira dengan nikmat kebendaan dan jasmani, mereka
berbahagia pula dengan nikmat kejiwaan dan rohani.

Tentang ini Tuhan menyatakan pada awal ayat 26 Surah Yunus: Bahawa orang-orang yang
berusaha memperbaiki bawaan hidupnya hingga menjadi amal-amal soleh yang diterima Tuhan,
dikurniakan balasan yang terbaik (Syurga) serta satu tambahan yang tidak ternilai, iaitu dapat
memandang; wajah Allah s.w.t.

Dan pada akhir ayat 72 Surah al-Taubah, Tuhan menyatakan: Bahawa keredhaan yang didapati
dari Allah s.w.t., sekalipun sedikit adalah lebih besar dari segala nikmat yang lain; serta
menyatakan bahawa keredhaan yang tersebut ialah kejayaan yang besar.

Nabi Muhammad s.a.w. , pula menerangkan nikmat kebahagiaan yang tidak ada taranya itu
dengan hadis-hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم تَ َال‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ب َر‬ ٍ ‫صھَ ْي‬ُ ‫ َع ْن‬-123
َ‫ين أَحْ َسنُوا ْال ُح ْسنَى َو ِزيَا َدةٌ َوقَا َل إِ َذا َد َخ َل أَ ْھ ُل ْال َجنﱠ ِة ْال َجنﱠة‬ َ ‫ھَ ِذ ِه ْاآليَةَ لِلﱠ ِذ‬
‫ﷲِ َم ْو ِع ًدا ي ُِري ُد أَ ْن‬ ‫ار النﱠا َر نَا َدى ُمنَا ٍد يَا أَ ْھ َل ْال َجنﱠ ِة إِ ﱠن لَ ُك ْم ِع ْن َد ﱠ‬ِ ‫َوأَ ْھ ُل النﱠ‬
‫ازينَنَا َويُبَيﱢضْ ُوجُوھَنَا َويُ ْد ِخ ْلنَا‬ ِ ‫ﷲُ َم َو‬ ‫ون َو َما ھُ َو أَلَ ْم يُثَقﱢلْ ﱠ‬َ ُ‫يُ ْن ِج َز ُك ُموهُ فَيَقُول‬
‫ﷲِ َما أَ َعطَاھُ ْم‬ ‫ُون إِلَ ْي ِه فَ َو ﱠ‬
َ ‫اب فَيَ ْنظُر‬ َ ‫ف ْال ِح َج‬ ُ ‫ار قَا َل فَيَ ْك ِش‬ ِ ‫ْال َجنﱠةَ َويُ ْن ِجنَا ِم ْن النﱠ‬
‫ )مسلم والترمذي‬.‫ﷲُ َش ْيئًا أَ َحبﱠ إِلَ ْي ِھ ْم ِم ْن النﱠظَ ِر إِلَ ْي ِه َو َال أَقَ ﱠر ِألَ ْعيُنِ ِھ ْم‬ ‫ﱠ‬
(‫وأحمد‬
123- Dari Suhaib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., membaca firman Allah dalam ayat ini, ertinya:
"Bagi orang-orang yang berbuat baik diberi balasan yang sebaik-baiknya (Syurga) dan satu
tambahan lagi."), dan sesudah itu Baginda s.a.w. bersabda: "Apabila ahli Syurga masuk
Syurga dan ahli Neraka masuk Neraka, menyerulah penyeru katanya: "Wahai ahli Syurga!
Sesungguhnya ada untuk kamu satu perkara yang dijanjikan kepada kamu di sisi Allah yang ia
hendak menunaikannya"; mereka bertanya: "Apa dia perkara itu? Bukankah Tuhan telah
memberatkan timbangan amal baik kami, bukankah Ia telah menyerikan muka kami dan
memasukkan kami ke dalam Syurga serta menjauhkan kami dari Neraka? Baginda s.a.w.,
bersabda: "Maka pada saat itu dibukakan hijab kepada mereka lalu mereka melihatNya; demi
Allah! Tidak ada sesuatu yang Allah kurniakan di sukai oleh mereka lebih daripada melihatNya
dan tidak ada yang mententeramkan hati mereka lebih daripada itu."
(Muslim Tirmizi dan Imam Ahmad)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬


َ ِ‫ﷲ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي َس ِعي ٍد ْال ُخ ْد ِريﱢ َر‬-124
َ ‫ون لَبﱠ ْي‬
‫ك‬ َ ُ‫ك َوتَ َعالَى يَقُو ُل ِألَ ْھ ِل ْال َجنﱠ ِة يَا أَ ْھ َل ْال َجنﱠ ِة فَيَقُول‬ َ ‫ﷲَ تَبَا َر‬‫َو َسلﱠ َم قَا َل إِ ﱠن ﱠ‬
‫ضى َوقَ ْد أَ ْعطَ ْيتَنَا َما‬ َ ْ‫ون َو َما لَنَا َال نَر‬ َ ُ‫ضيتُ ْم فَيَقُول‬ ِ ‫ك فَيَقُو ُل ھَلْ َر‬ َ ‫َربﱠنَا َو َس ْع َد ْي‬
‫ك قَالُوا يَا َربﱢ َوأَيﱡ‬ َ ِ‫ض َل ِم ْن َذل‬َ ‫ك فَيَقُو ُل أَنَا أُ ْع ِطي ُك ْم أَ ْف‬َ ِ‫ْط أَ َح ًدا ِم ْن َخ ْلق‬ ِ ‫لَ ْم تُع‬
ُ‫ك فَيَقُو ُل أُ ِحلﱡ َعلَ ْي ُك ْم ِرضْ َوانِي فَ َال أَ ْس َخطُ َعلَ ْي ُك ْم بَ ْع َده‬ َ ِ‫ض ُل ِم ْن َذل‬ َ ‫َش ْي ٍء أَ ْف‬
(‫ )البخاري ومسلم والترمذي واإلمام مالك‬.‫أَبَ ًدا‬
124- Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: Sesungguhnya
Allah `Azza wa Jalla berfirman kepada ahli Syurga: "Wahai ahli Syurga! " Mendengarkan yang
demikian, mereka menjawab: "Kami sentiasa menyahut seruan-Mu ya Tuhan kami dan
sentiasa memuliakan-Mu sedang segala kebaikan tetap dalam kekuasaan-Mu!" Tuhan berfirman
lagi: "Adakah kamu berpuas hati dengan balasan nikmat Syurga yang ada ini?" Mereka
menjawab: "Mengapa pula kami tidak berpuas hati ya Tuhan kami, sedang Engkau telah
mengurniakan kami dengan pemberian-pemberian yang tidak pernah Engkau berikan kepada
sesiapa pun dari makhluk-makhluk Yang Engkau jadikan?" Mendengarkan itu, Tuhan berfirman:
"Mahukah Aku berikan kepada kamu yang lebih baik dari itu?" Bagi menjawab pertanyaan itu
mereka pula bertanya: "Apa dia yang lebih baik dari itu?" Allah Taala berfirman: "Aku limpahkan
kepada kamu keredhaan-Ku, maka dengan yang demikian Aku tidak murka kepada kamu sesudah
itu selama-lamanya. "

(Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Imam Ahmad)

Kolam Al-Kawthar:

Di antara perkara-perkara akhirat yang wajib diketahui serta dipercayai dan diakui benarnya ialah
ada di sana kolam air bagi tiap-tiap seorang Nabi a.s., untuk diminum oleh umat masing-masing.

Bagi Nabi Muhammad s.a.w. , disediakan sebuah kolam yang airnya lebih putih daripada susu dan
lebih manis daripada air madu, piala-pialanya banyak tidak terhitung.

Nabi Muhammad s.a.w. , akan berada dekat kolam itu pada hari qiamat menunggu sesiapa di
antara umatnya s.a.w., yang datang minum dari airnya.

Sesiapa yang dapat minum dari air kolam itu tidak akan merasai haus dahaga selama-lamanya;
ada pun minum-minuman yang ada dalam Syurga maka disediakan hanya untuk diminum buat
berlazat-lazat dan bersukaria sahaja, kerana: "Sesungguhnya engkau - wahai penduduk Syurga -
tidak akan merasai haus dahaga di dalamnya"; (119 Surah Taha).

Air kolam itu tidak dapat diminum oleh sesiapa yang menukar bawaan hidupnya yang baik kepada
yang tidak baik selepas Nabi s.a.w., menyatakan apa yang baik dan apa yang sebaliknya, bahkan
orang yang tersebut disekat dari sampainya ke kolam itu dan dijauhkan daripadanya.
Kolam itu namanya "Kolam al-Kauthar", kerana airnya adalah dari air sebatang sungai di Syurga
yang bernama "al-Kauthar" yang dikurniakan Tuhan khas kepada Nabi Muhammad .s.a.w., sungai
itulah yang memenuhi kolam yang tersebut melalui dua saluran emas dan perak. Bau tanah dasar
sungai itu lebih harum daripada kasturi.

Hakikat yang tersebut terkandung dalam hadis-hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬
‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫س ب ِْن َمالِ ٍك َر‬ ِ َ‫ َع ْن أَن‬-125
‫ت َما ھَ َذا‬ ُ ‫ف قُ ْل‬ ِ ‫بَ ْينَ َما أَنَا أَ ِسي ُر فِي ْال َجنﱠ ِة إِ َذا أَنَا بِنَھَ ٍر َحافَتَاهُ قِبَابُ ال ﱡدرﱢ ْال ُم َج ﱠو‬
(‫ )البخاري والترمذي‬. …‫ك‬ َ ‫ك َربﱡ‬ َ ‫يَا ِجب ِْري ُل قَا َل ھَ َذا ْال َك ْوثَ ُر الﱠ ِذي أَ ْعطَا‬
125- Dari Anas r.a., katanya: Bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Dalam masa aku sedang berjalan di
Syurga (pada malam Mi'raj) tiba-tiba aku bertembung dengan sebatang sungai yang ada pada
kedua-dua tebingnya kubah-kubah dari mutiara yang dironggakan; aku bertanya: "Sungai apa ini
wahai Jibril?" Jibril menjawab: "Ini ialah sungai Al-Kauthar yang Tuhan mu kurniakan kepada mu"

(Bukhari dan Tirmizi)

‫صلﱠى ﱠ‬
ُ‫ﷲ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬
‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ﷲِ ب ِْن ُع َم َر َر‬ ‫ َع ْن َع ْب ِد ﱠ‬-126
ٍ َ‫َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم ْال َك ْوثَ ُر نَ ْھ ٌر فِي ْال َجنﱠ ِة َحافﱠتَاهُ ِم ْن َذھ‬
‫ب َو َمجْ َراهُ َعلَى ال ﱡدرﱢ‬
ْ َ ْ َ ِ ‫طيَبُ ِم ْن ْال ِمس‬ ْ َ‫ت تُرْ بَتُهُ أ‬ ِ ‫َو ْاليَاقُو‬
ِ ‫ْك َو َما ُؤهُ أحْ لَى ِم ْن ال َع َس ِل َوأ ْبيَضُ ِم ْن الثﱠل‬
.‫ج‬
(‫)الترمذي‬
126- Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Kauthar itu ialah sebatang
sungai dalam Syurga, kedua-dua tebingnya adalah dari emas, aliran airnya di atas mutiara dan
yakut, bau tanah di dasarnya lebih harum dari kasturi, dan airnya lebih manis dari air madu, dan
lebih putih dari salji."

(Tirmizi)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ ﱠن لِ ُكلﱢ‬


‫صلﱠى ﱠ‬
َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َس ُم َرةَ َر‬-127
‫ون أَ ْكثَ َرھُ ْم‬
َ ‫ار َدةً َوإِنﱢي أَرْ جُو أَ ْن أَ ُك‬
ِ ‫نَبِ ﱟي َح ْوضًا َوإِنﱠھُ ْم يَتَبَاھَ ْو َن أَيﱡھُ ْم أَ ْكثَ ُر َو‬
(‫ )الترمذي‬.ً‫ار َدة‬ ِ ‫َو‬
127- Dari Samurah, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang
Nabi ada sebuah kolam dan sesungguhnya mereka masing-masing akan bermegah-
megah siapakah yang umatnya lebih ramai datang minum dan sesungguhnya aku berharap
bahawa aku akan menjadi orang yang lebih ramai umatnya datang minum.

(Tirmizi)
‫صلﱠى ﱠ‬
ُ‫ﷲ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ْت َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫ﷲُ تَ َعالَى َع ْنھَا تَقُو ُل َس ِمع‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َعائِ َشةَ َر‬-128
‫ض أَ ْنتَ ِظ ُر َم ْن‬
ِ ‫َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم يَقُو ُل َوھُ َو بَي َْن ظَ ْھ َرانَ ْي أَصْ َحابِ ِه إِنﱢي َعلَى ْال َح ْو‬
‫ﷲِ لَيُ ْقتَطَ َع ﱠن ُدونِي ِر َجا ٌل فَ َألَقُولَ ﱠن أَيْ َربﱢ ِمنﱢي َو ِم ْن أُ ﱠمتِي‬ ‫ي ِم ْن ُك ْم فَ َو ﱠ‬ ‫يَ ِر ُد َعلَ ﱠ‬
‫ُون َعلَى أَ ْعقَابِ ِھ ْم ) َوفِي‬
َ ‫ك َما َزالُوا يَرْ ِجع‬ َ ‫ك َال تَ ْد ِري َما َع ِملُوا بَ ْع َد‬ َ ‫فَيَقُو ُل إِنﱠ‬
(‫ )مسلم‬.(‫ فَأَقُو ُل سُحْ قًا سُحْ قًا لِ َم ْن بَ ﱠد َل بَ ْع ِدي‬:‫ِر َوايَ ٍة‬
128- Dari Aisyah, r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w., bersabda semasa Baginda
berada di antara sahabat-sahabatnya: "Sesungguhnya aku akan berada di kolamku, menunggu
siapa di antara kamu datang hendak minum dari kolamku itu; Apabila datangnya orang-orang itu,
maka demi Allah! Sesungguhnya ada orang-orang yang disekat-sekat dari sampainya kepadaku,
lalu aku merayu dengan berkata: "Ya Tuhanku! Mereka dari orang-orangku dan dari umatku"
maka Tuhan berfirman: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak mengetahui apa yang
mereka lakukan sesudah engkau wafat - mereka sentiasa berbalik kepada pegangan dan amal
perbuatan mereka yang buruk; " dan pada satu riwayat: "Maka aku pun berkata: "Jauhlah, jauhlah
dari rahmat Allah, sesiapa yang mengubah ajaran-ajaranku sesudah aku menerangkannya".

Muslim

ِ ‫ﷲِ َما آنِيَةُ ْال َح ْو‬


‫ض‬ ‫ت يَا َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قُ ْل‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي َذرﱟ َر‬-129
‫ُوم ال ﱠس َما ِء َو َك َوا ِكبِھَا أَ َال‬ ِ ‫قَا َل َوالﱠ ِذي نَ ْفسُ ُم َح ﱠم ٍد بِيَ ِد ِه َآلنِيَتُهُ أَ ْكثَ ُر ِم ْن َع َد ِد نُج‬
‫آخ َر َما َعلَ ْي ِه‬ ِ ْ‫ظ َمأ‬ ْ َ‫ب ِم ْنھَا لَ ْم ي‬َ ‫ظلِ َم ِة ْال ُمصْ ِحيَ ِة آنِيَةُ ْال َجنﱠ ِة َم ْن َش ِر‬ ْ ‫فِي اللﱠ ْيلَ ِة ْال ُم‬
‫ َو ُسئِ َل َع ْن َش َرابِ ِه فَقَا َل أَ َش ﱡد‬:‫ان ِم ْن ْال َجنﱠ ِة… ) َوفِي ِر َوايَ ٍة‬ ِ َ‫يَ ْش َخبُ فِي ِه ِمي َزاب‬
‫ان يَ ُم ﱠدانِ ِه ِم ْن ْال َجنﱠ ِة‬
ِ َ‫ت فِي ِه ِمي َزاب‬ ‫بَيَاضًا ِم ْن اللﱠبَ ِن َوأَحْ لَى ِم ْن ْال َع َس ِل يَ ُغ ﱡ‬
(‫ )مسلم‬.(‫ق‬ ٍ ‫ب َو ْاآل َخ ُر ِم ْن َو ِر‬ ٍ َ‫أَ َح ُدھُ َما ِم ْن َذھ‬
129- Dari Abu Zar r.a., katanya: Aku bertanya: Ya Rasulullah! Apa keadaan piala-piala kolam al-
Kauthar itu? Rasulullah s.a.w., menjawab: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-
Nya. Sesungguhnya bilangan pialanya lebih banyak dari bilangan bintang-bintang di langit yang
tetap dan yang beredar, pada malam yang gelap-gelita dan yang bersih cuacanya, piala-piala itu
adalah piala Syurga; sesiapa yang minum dari piala-piala itu tidak akan merasa dahaga selama-
lamanya; dua saluran dari Syurga menyalurkan air ke dalam kolam itu ..."; dan pada satu riwayat:
Baginda s.a.w., ditanya tentang air kolam itu, lalu Baginda s.a.w., menjawab: "Airnya lebih putih
dari air susu dan lebih manis dari air madu; dua saluran dari Syurga mengalir serta menambah air
ke dalamnya, satu dari emas dan yang satu lagi dari perak. " (Muslim)

BAB KEENAM
WAJIB BERIMAN KEPADA QADAR TAQDIR
Firman Allah Taala dalam Surah Ah Imran, ayat 26, di antara maksudnya: Menyuruh tiap-tiap
orang mempercayai dan mengakui bahawa Allah s.w.t. dialah:

(1) Yang Memiliki dan yang menguasai segala jenis kuasa pemerintahan.

(2) Yang Memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang "Masyi'ah"(1)Nya, (undang-undang
dan peraturan tadbir-Nya) menghendaki mendapat kuasa itu.

(3) Yang Melucutkan kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang "Masyi'ah"-Nya menghendaki
terlucut kuasa daripadanya

(4) Yang Memberi kemuliaan kepada sesiapa yang "Masyi'ah" menghendaki orang itu
mendapat kemuliaan.

(5) Yang Menghinakan sesiapa yang "Masyi'ah"-Nya menghendaki berlaku kehinaannya, dan

(6) Yang Amat Berkuasa melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya.

Dan lagi firman Allah Taala dalam Surah at-Taubah, ayat 51 di antara maksud-maksudnya:
Menyuruh tiap-tiap orang mempercayai dan mengakui bahawa:

(1) Seseorang tidak menerima atau menanggung sesuatu perkara - baik atau buruk - melainkan
apa yang Allah tetapkan berlaku kepadanya menurut qadar taqdir yang tertentu.

______________________________

(1) "Masyi'ah" Tuhan bererti:

Pertama - Ialah segala undang-undang dan peraturan yang disusun dan disediakan oleh Tuhan menurut kehendak kebijaksanaan-Nya untuk
mengadakan yang belum ada dan meniadakan yang telah ada.

Kedua - "Masyi'ah" Tuhan ertinya: Kehendak kebijaksanaan Tuhan.

(2) Tuhan Yang Maha Bijaksana sahajalah yang menguruskan hal ehwal makhluk-Nya serta
menolong orang-orang mukmin menurut kehendak kebijaksanaan-Nya.

(3) Seseorang mukmin wajib menyerahkan serta mengembalikan hal ehwalnya kepada
pentadbiran dan kekuasaan Allah sahaja (setelah ia menurut dengan sedaya upayanya akan
segala undang-undang dan peraturan kejadian Allah serta hukum-Nya yang tidak sekali-kali
memilih kasih atau mengambil hati sesiapa pun).

Dalam al-Qur'an banyak ayat-ayat yang menyatakan bahawa tiap-tiap satu dari alam kejadian ada
baginya qadar taqdir yang meliputi ketetapan cara berlakunya, masanya, keadaannya dan hukum
hakamnya.
Di antara ayat-ayat yang banyak itu. Ayat 3 Surah al-Talaq, ayat 8 Surah ar-Ra'd, ayat 49 Surah al-
Qamar, ayat 38 Surah al-Ahzab, dan ayat 48 Surah al-Maidah, yang di antara maksud-maksudnya
menyatakan bahawa:

(1) Allah s.w.t., dengan kehendak kebijaksanaan-Nya telah menentukan qadar taqdir-Nya bagi
tiap-tiap sesuatu.

(2) Peta keadaan tiap-tiap sesuatu dan kadar masanya telah tetap dan tentu di sisi ilmu Tuhan.

(3) Tiap-tiap sesuatu yang Allah kehendaki berlakunya, ada qadar taqdir yang ditentukan baginya.

(4) Tuhan menjadikan tiap-tiap sesuatu selaras dengan qadar taqdirnya dan

(5) Tiap-tiap satu umat manusia ditentukan Tuhan baginya satu syariat untuk sesuatu masa yang
dikehendaki.

Nabi Muhammad s.a.w. , juga banyak menerangkan soal qadar taqdir Tuhan, di antara
keterangan- keterangannya s.a.w., hadis yang berikut:

ُ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما قَا َل َس ِمع‬


‫ْت‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ﷲِ ب ِْن َع ْم ِرو ب ِْن ْال َع‬
ِ ‫اص َر‬ ‫ َع ْن َع ْب ِد ﱠ‬-130
َ ُ‫ق قَ ْب َل أَ ْن يَ ْخل‬
‫ق‬ ِ ِ‫ﷲُ َمقَا ِدي َر ْال َخ َالئ‬‫ب ﱠ‬َ َ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم يَقُو ُل َكت‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫َرسُو َل ﱠ‬
(‫ )مسلم والترمذي‬. …‫ف َسنَ ٍة‬ َ ‫ين أَ ْل‬ َ ‫ض بِ َخ ْم ِس‬ َ ْ‫ت َو ْاألَر‬ ِ ‫ال ﱠس َما َوا‬
130- Dari Abdullah bin `Amir bin Al-'Aas r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w.,
bersabda: Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar taqdir sekalian makhluk sebelum
ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut.

(Muslim dan Tirmizi)

Dengan hadis ini Rasulullah s.a.w., menerangkan: Bahawa qadar taqdir bagi segala kejadian telah
disediakan oleh Allah Taala, dan setelah Ia menjadikan qalam, Ia memerintahkan qalam supaya
menulis, lalu qalam bertanya - sebagaimana yang tersebut pada hadis `Ubadah bin al-Samit, r.a.,
yang diriwayatkan oleh Tirmizi: "Apakah perkara yang Tuhan perintahkan aku menulisnya?" Tuhan
berfirman: "Tulislah qadar taqdir yang ditetapkan bagi segala yang telah ada dan yang telah
berlaku, dan juga segala yang akan ada serta yang akan berlaku seterusnya."

Tentang wajibnya beriman dengan qadar taqdir, diterangkan oleh Rasulullah s.a.w., pada
beberapa hadis, di antaranya - selain daripada hadis yang ke 55 - ialah hadis-hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َال ي ُْؤ ِم ُن‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬‫ض َي ﱠ‬ِ ‫ َع ْن َجابِ ٍر َر‬-131
َ َ‫َع ْب ٌد َحتﱠى ي ُْؤ ِم َن بِ ْالقَ َد ِر َخي ِْر ِه َو َشرﱢ ِه َحتﱠى يَ ْعلَ َم أَ ﱠن َما أ‬
ُ‫صابَهُ لَ ْم يَ ُك ْن لِي ُْخ ِطئَه‬
(‫ )الترمذي‬.ُ‫ُصيبَه‬ ِ ‫َوأَ ﱠن َما أَ ْخطَأَهُ لَ ْم يَ ُك ْن لِي‬
131- Dari Jabir, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Tidak dikira seseorang beriman sehingga ia
percaya dan mengakui benarnya qadar taqdir, baiknya dan jahatnya, dan sehingga ia meyakini
bahawa apa yang ditaqdirkan kena atau sampai kepadanya tidak sekali-kali akan
menyimpang daripadanya; dan apa yang ditaqdirkan menyimpang daripadanya tidak sekali-kali
akan kena atau sampai kepadanya."

(Tirmizi)

‫ت لَهُ َوقَ َع فِي نَ ْف ِسي َش ْي ٌء‬ ُ ‫ب فَقُ ْل‬


ٍ ‫ي ب َْن َك ْع‬ ‫ْت أُبَ ﱠ‬ُ ‫ َع ْن اب ِْن ال ﱠد ْيلَ ِم ﱢي قَا َل أَتَي‬-132
‫ت ِم ْث َل‬َ ‫ﷲَ أَ ْن ي ُْذ ِھبَهُ ِم ْن قَ ْلبِي قَا َل… َولَ ْو أَ ْنفَ ْق‬ ‫ِم ْن ْالقَ َد ِر فَ َح ﱢد ْثنِي بِ َش ْي ٍء لَ َع ﱠل ﱠ‬
‫ك َحتﱠى تُ ْؤ ِم َن بِ ْالقَ َد ِر َوتَ ْعلَ َم أَ ﱠن َما‬ َ ‫ﷲُ ِم ْن‬ ‫ﷲِ َما قَبِلَهُ ﱠ‬ ‫يل ﱠ‬ ِ ِ‫أُ ُح ٍد َذھَبًا فِي َسب‬
‫ت َعلَى َغي ِْر‬ ‫ك َولَ ْو ُم ﱠ‬ َ َ‫ُصيب‬ َ َ ‫ك َوأَ ﱠن َما أَ ْخطَأ‬
ِ ‫ك لَ ْم يَ ُك ْن لِي‬ َ َ‫ك لَ ْم يَ ُك ْن لِي ُْخ ِطئ‬َ َ‫صاب‬ َ َ‫أ‬
‫ْت‬ُ ‫ك قَا َل ثُ ﱠم أَتَي‬ َ ِ‫ﷲِ ب َْن َم ْس ُعو ٍد فَقَا َل ِم ْث َل َذل‬ ‫ْت َع ْب َد ﱠ‬ ُ ‫ت النﱠا َر قَا َل ثُ ﱠم أَتَي‬ َ ‫ھَ َذا لَ َد َخ ْل‬
‫ت فَ َح ﱠدثَنِي َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ٍ ِ‫ْت َز ْي َد ب َْن ثَاب‬ ُ ‫ك قَا َل ثُ ﱠم أَتَي‬ َ ِ‫ان فَقَا َل ِم ْث َل َذل‬ ِ ‫ُح َذ ْيفَةَ ب َْن ْاليَ َم‬
(‫ )أبو داود‬.‫ك‬ َ ِ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم ِم ْث َل َذل‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ
132- Dari Ibn al-Dailami katanya: Aku telah pergi berjumpa Ubai bin Ka'ab, lalu aku berkata
kepadanya: "Terlintas dalam hatiku sedikit kemusykilan mengenai soal qadar taqdir, maka
terangkanlah kepadaku suatu hadis mengenainya semoga Allah menghilangkan kemusykilan itu
dari hatiku"; Ubai berkata: "... Dan kalaulah engkau dermakan pada jalan Allah emas sebesar
gunung Uhud sekalipun, tidak akan diterima Allah daripadamu sehingga engkau percaya dan
mengakui benarnya qadar taqdir dan sehingga engkau meyakini bahawa yang telah ditaqdirkan
kena atau sampai kepadamu tidak sekali-kali akan menyimpang daripadamu dan bahawa apa
yang telah ditaqdirkan menyimpang daripada mu tidak sekali-kali akan kena atau sampai
kepadamu dan kalaulah engkau mati dengan kepercayaan yang lain dari ini nescaya engkau
masuk Neraka"; Kata Ibn al-Dailami lagi: Kemudian aku pergi berjumpa Abdullah bin Mas'ud, lalu
ia menyatakan seperti itu; Kata Ibn al-Dailami lagi: Kemudian aku pergi berjumpa Huzaifah bin al-
Yamaan maka ia pun menyatakan seperti itu juga; Kata Ibn al-Dailami lagi: Kemudian aku pergi
berjumpa Zaid bin Thabit maka ia meriwayatkan kepadaku hadis dari Nabi s.a.w., yang seperti itu
juga maksudnya."

(Abu Daud)

Apa dia "Qadar Taqdir" itu?

Qadar taqdir ialah segala undang-undang kejadian, peraturan sebab musabab dan hukum hakam
yang disusun, diatur dan disediakan oleh Allah menurut ketetapan ilmu-Nya dan
kehendak kebijaksanaan-Nya serta penentuan iradat-Nya untuk melaksanakan pentadbiran alam
seluruhnya.

Segala-segalanya itu telah disempurnakan Tuhan pada azali serta diputuskan hukum
berjalan kuat kuasanya pada bila-bila yang ia kehendaki.
Qadar taqdir mempunyai hubungan yang rapat dengan qadha Tuhan bahkan ada kalanya apabila
disebut "Qadar taqdir" misalnya, maka termasuklah "Qadha" yang azali, seperti yang tersebut
dalam hadis yang telah lalu, mengenai "Qalam menulis akan qadar taqdir".

Demikian juga apabila disebut "Qadha yang azali" maka termasuklah "Qadar taqdir Tuhan" seperti
yang terkandung dalam hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi,
yang maksudnya:

Setelah Allah Taala qadhakan (putuskan hukum berjalannya qadar taqdir)


pentadbiran makhlukNya, Ia tetapkan pada kitab hukum-Nya yang tersimpan di atas `Arasy: Satu
hukum, iaitu: "Sesungguhnya rahmatKu mendahului kemurkaanKu".

Apa ertinya "Qadha'" itu?

"Qadha'" menurut bahasa al-Qur'an banyak maknanya dan qadha yang menjadi pasangan bagi
"qadar taqdir" mempunyai dua makna:

(1) Bermakna: Memutuskan hukum, seperti yang tersebut pada ayat: ‫ضى‬ َ َ‫ك َوق‬
َ ‫ َربﱡ‬.. ayat 23
Surah al-Isra', yang bererti: "Dan Tuhanmu telah memutuskan hukum wajib menyembahNya
sahaja, jangan menyembah yang lain daripada-Nya dan wajib berbuat baik kepada kedua
ibu bapa, jangan menyakitinya ..."

(2) Bermakna: Melaksanakan qadar taqdir, seperti yang tersebut pada ayat ‫ي‬ ‫ﱠ‬
ِ ‫ﷲُ لِيَ ْق‬
َ ‫ض‬ ‫أَ ْمرًا‬
ً ‫ َم ْفع‬ayat 44 Surah al-Anfal; yang bererti: Supaya Allah melaksanakan qadar taqdir,
َ ‫ُوال َك‬
‫ان‬
perkara yang telah ditentukan berlakunya".

Apa ertinya beriman kepada Qadar Taqdir?

Beriman kepada qadar taqdir ialah berusaha menjalankan segala undang-undang, peraturan dan
hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t., pada azali serta diputuskan hukum
berjalannya apa yang ditetapkan itu.

Allah Taala telah pun memutus dan menetapkan bagi tiap-tiap satu natijah ada pendahuluannya
dan bagi tiap-tiap suatu musabab ada sebabnya serta bagi tiap-tiap satu tujuan ada jalan untuk
mencapainya.

Dengan yang demikian, sesiapa yang menunggu berhasilnya sesuatu dengan tidak melalui sebab,
pendahuluan dan jalan mencapainya yang ditetapkan dan ditentukan oleh Allah, bermakna ia
kufur, tidak beriman kepada qadar taqdir dan qadha' yang azali.

Dengan penjelasan yang tersebut, maka orang yang beriman kepada qadar taqdir dan qadha
Tuhan, ialah orang yang rajin berusaha dan beramal mengikut undang-undang, peraturan dan
hukum-hukum Tuhan, dan giat mencari qadar taqdir yang menjayakan maksudnya:

Oleh itu. tidaklah patut seseorang berdalih dengan "Soal qadha' dan qadar" apabila ia cuai
melaksanakan apa yang Tuhan jadikan sebab atau jalan mencapai sesuatu maksud, kerana
qadha' dan qadar itu tidak terdapat padanya selain daripada menentukan hukum dan peraturan
serta mengikat sebab dengan musabab yang menjadi asas bagi semua kejadian, asas bagi semua
syariat, serta asas bagi hisab dan balasan.

Kalaulah benar dalihan orang yang demikian, nescaya sia-sialah Tuhan mengutuskan Rasul-rasul-
Nya dan menurunkan kitab-kitabNya, yang mengajak manusia kepada mematuhi ajaran agama
Allah dan menjalankan segala usaha yang menyebabkan kebaikan dan kebahagiaan manusia.

Memang benar, "untung nasib" yang akan didapati oleh seseorang dengan pilihan dan ikhtiarnya
sendiri sama ada baik atau buruk, iman atau kufur, sedia diketahui oleh Allah pada azal, tetapi
pengetahuan Allah yang demikian tidak menjadikan orang itu dipaksa melakukan apa yang
diketahui oleh Allah `Azza wa Jalla, kerana ilmu Allah ialah satu sifat yang dengannya segala
sesuatu terdedah kepada-Nya semenjak dari azali lagi, iaitu segala sesuatu yang akan berlaku,
meliputi hakikatnya, kemahuannya, dan apa yang dipilih oleh manusia dengan iradat yang
dikurniakan Tuhan kepadanya, juga apa yang dilakukan oleh manusia dengan ikhtiarnya akan apa
yang dipilihnya itu.

Misalnya, apabila Allah mengetahui dengan ilmu-Nya bahawa si anu akan


memilih perbuatan zina dan akan melakukan zina itu dengan ikhtiarnya, maka apa yang dipilih dan
dilakukan oleh Si anu itu adalah perkara yang tepat dengan apa yang diketahui oleh Allah Taala
pada azal, tetapi ilmu Allah itu tidak mengikat si anu supaya memilih dan melakukan
perbuatan zina yang tersebut.

Hakikat ini sayugia, difahami dengan sebaik-baiknya supaya tidak timbul sebarang kemusykilan
mengenai keadilan Tuhan.

Ini berdasarkan bahawa manusia dijadikan Tuhan berkuasa melakukan perkara yang baik dan
menjauhkan diri dari melakukan perkara yang buruk, juga berdasarkan bahawa manusia dijadikan
Tuhan bebas memilih sesuatu bagi dirinya.

Jelasnya, tiap-tiap seorang mempunyai iradat (kemahuan memilih), dan qudrat (kuasa melakukan),
yang Allah tidak menjadikan keduanya pada diri manusia dengan sia-sia sahaja, bahkan Tuhan
menjadikan keduanya tempat bergantungnya tanggungjawab menyempurnakan perintahNya, juga
asas yang membolehkan perbuatan seseorang itu disandarkan kepadanya.

Dengan yang demikian, maka terserahlah kepada manusia memilih dan melakukan apa yang
dipilihnya itu sama ada baik atau buruk, dan Tuhan hanya melaksanakan apa sahaja qadar taqdir
yang dipilih oleh seseorang.

"Qadar taqdir Tuhan" yang berhubung dengan manusia terbahagi kepada tiga bahagian:

Bahagian yang pertama

- "Qadar taqdir Tuhan" yang tidak dapat ditolak, kerana manusia tidak diberi kuasa dan daya
upaya untuk menahannya daripada berlaku.
Misalnya: "Qadar taqdir" bentuk tubuh badan seseorang dan warna kulitnya; qadar taqdir jadi
lelaki atau perempuan; qadar taqdir tempat lahir seseorang dan tempat matinya.

Demikian juga qadar taqdir ditimpa kemalangan secara mengejut, karam di laut dan sebagainya.

Demikian juga qadar taqdir tidak berhasil apa yang telah dirancang dan diusahakan oleh
seseorang dengan sehabis-habis daya upayanya, atau sebaliknya qadar taqdir seseorang
mendapat kekayaan atau pangkat yang tidak difikirkan mendapatnya.

"Qadar taqdir" bahagian ini ialah satu dari ujian-ujian Tuhan untuk menguji seseorang: Setakat
manakah sabarnya dan sebanyak manakah syukurnya apabila ia menerima ujian atau menerima
nikmat Tuhan.

Bahagian yang kedua

- "Qadar taqdir Tuhan" yang kita kena menerima wujudnya pada diri kita, iaitu qadar taqdir adanya
perasaan semula jadi, yakni segala perasaan yang diberi Tuhan pada diri kita semenjak kita lahir
ke dunia, seperti perasaan hendak makan minum, perasaan hendak memelihara diri, perasaan
hendak berhubung jenis, perasaan hendak bercampur gaul dan lain-lain lagi.

Perasaan semula jadi inilah yang menggerakkan seseorang berfikir dengan cara yang tertentu,
bercakap dengan gaya yang tertentu, dan bertingkah laku dengan ragam yang tertentu.

Qadar taqdir ini sungguhpun kita kena menerima adanya pada diri kita, kenalah kita menjaganya
dan membetulkan perjalanannya dengan undang-undang dan peraturan yang telah Tuhan
taqdirkan untuk berbuat demikian.

Misalnya:

(1) Perasaan hendak bercampur gaul:

Perasaan ini kenalah kita betulkan perjalanannya memakai undang-undang yang tersebut
pada ayat 140 Surah an-Nisa', dan ayat 70 Surah al-An'am, yang maksudnya:

"Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah tidak diakui benarnya oleh mana-mana
puak dan mereka mempersendakannya, maka hendaklah kamu menarik diri dari
kumpulan puak itu, jangan kamu duduk bersama-sama mereka sehingga mereka
memperkatakan perkara yang lain; kalau tidak, kamu sama berdosa seperti mereka. Demikian
juga jangan kamu bercampur gaul lagi dengan orang-orang yang menjadikan perkara
agama mereka permainan dan hiburan; juga orang-orang yang terpedaya dan leka dengan
keadaan hidup di dunia sehingga mereka lupakan cara hendak hidup di akhirat kelak."

(2) Perasaan hendak makan minum:

Perasaan ini kenalah kita betulkan perjalanannya dengan memakai undang-undang yang
diterangkan pada ayat 168 surah al-Baqarah, dan ayat 31 surah al-A'raf, yang maksudnya:
"Wahai manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi - benda-benda yang halal lagi baik dan
janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan dan orang-orang yang bersifat syaitan; syaitan
suka menghalalkan apa yang Tuhan haramkan. Syaitan pula menjadi musuh yang nyata bagi
kamu semenjak bapa kamu - Adam - berada di dalam Syurga dahulu. Makan dan minumlah
apa yang kamu suka dengan syarat janganlah kamu melampaui, iaitu janganlah kamu
melampaui undang-udang kesihatan jasmani dan rohani, undang-undang perbelanjaan dan
undang-undang masyarakat yang sihat."

(3) Perasaan hendak berhubung jenis.

Perasaan ini hendaklah kita betulkan perjalanannya dengan memakai undang-undang yang
terkandung dalam ayat 32 Surah al-Isra', yang maksudnya:

"Janganlah kamu menghampiri zina - apa lagi melakukannya - kerana sesungguhnya zina itu
adalah satu perbuatan yang sangat keji dan menjadi sejahat-jahat jalan yang membawa
kepada kerosakan rumah tangga dan masyarakat dan membawa kepada kesusahan serta
azab di dunia dan di akhirat."

Qadar taqdir yang juga termasuk dalam bahagian yang kedua ini ialah qadar taqdir mengenal
perbuatan yang berdosa, atau mengenai sesuatu penyakit yang menimpa, maka kenalah
seseorang itu berusaha membersihkan dirinya daripada dosa atau penyakitnya dengan mana-
mana satu qadar taqdir yang Tuhan telah tentukan untuk berbuat demikian.

Mengenai perbuatan yang berdosa, maka kenalah orang itu memakai cara qadar taqdir yang
diterangkan oleh Nabi s.a.w., dengan sabdanya yang bermaksud:

"Iringilah kejahatan yang telah dilakukan itu dengan kebaikan yang berupa taubat atau lainnya,
supaya kebaikan yang tersebut menghapuskan kejahatan itu."

Mengenal penyakit pula, maka kenalah orang itu memakai qadar taqdir yang diajarkan oleh
Rasulullah s.a.w., dengan sabdanya yang bermaksud:

"Berubatlah wahai hamba Allah! kerana Allah tidak taqdirkan sesuatu penyakit melainkan Ia
taqdirkan ubatnya bersama, tinggal lagi ada orang yang mengetahui ubat itu dan ada pula
yang tidak mengetahuinya."

Bahagian yang ketiga

- Qadar taqdir yang diberikan kita kebebasan memilihnya, tetapi kita diberitahu supaya memilih
qadar taqdir yang mendatangkan manfaat dan kesudahan yang baik, jangan memilih qadar taqdir
yang mendatangkan mudharat dan akibat yang buruk.

Kita diberitahu supaya memilih:

(1) Qadar taqdir yang memberi kita mendapat ilmu yang berguna di dunia dan di akhirat; jangan
memilih qadar taqdir yang menjadikan kita jahil atau mendapat ilmu yang tidak berguna.
(2) Qadar taqdir yang memberi kita iman dan kepercayaan yang teguh, dan tetap serta benar;
jangan memilih qadar taqdir yang menjadikan kita menerima pembawaan syirik dan
khurafat.

(3) Qadar taqdir yang memberi kita kesihatan dan kecergasan; jangan kita memilih qadar taqdir
yang menyebabkan kita segan dan malas.

(4) Qadar taqdir yang memberi kita penghidupan yang mewah lagi baik, jangan memilih qadar
taqdir yang membawa kita kepada kesempitan hidup atau keadaan yang buruk.

(5) Qadar taqdir yang menyebabkan kita bertingkah-laku dengan akhlak yang terpuji; jangan
memilih qadar taqdir yang menyebabkan kita berkelakuan buruk, hina dan keji.

(6) Qadar taqdir yang menolong kita membangunkan masyarakat yang aman damal; jangan
memilih qadar taqdir yang membawa kepada bermusuhan dan keadaan yang
membahayakan.

(7) Qadar taqdir yang menyebabkan tubuh badan dan tenaga kekuatannya tahan lama - untuk
berbakti kepada Tuhan; jangan memilih qadar taqdir yang menyebabkan tubuh badan dan
tenaga kekuatannya cepat susut dan segera runtuh.

(8) Qadar taqdir yang menyebabkan kita terpelihara dan terselamat dari kemalangan atau
penderitaan dunia akhirat; jangan memilih qadar taqdir yang membawa kita kepada perkara-
perkara yang tidak dingini dan merugikan.

(9) Qadar taqdir yang menyebabkan kita boleh mempertahakankan hak dan kebenaran,
menggerunkan musuh dan menewaskannya; jangan memilih qadar taqdir yang menjadikan
perkara yang hak diperhina, kebenaran dikeji, dan musuh berani dan bermaharajalela.

(10) Qadar taqdir yang menyebabkan kita gemar menyediakan segala bekalan yang
menyenangkan kita dalam masa musafir, berhenti dan tinggal menetap terus di akhirat;
jangan memilih qadar taqdir yang menjadikan seseorang terlantar susah apabila ia
terpaksa musafir kerana tempuh khidmatnya di sini sudah cukup.

Sayugia diketahui bahawa sebagaimana kita dituntut memilih kadar taqdir yang baik, jangan
yang buruk, kita juga disuruh menolak satu-satu qadha' taqdir yang tidak diingini dengan qadar
taqdir yang ditentukan untuk menolaknya, seperti qadha' taqdir sakit, disuruh kita menolaknya
dengan qadar taqdir berubat; qadha' taqdir lapar dengan qadar taqdir makan.

Kita disuruh berbuat demikian, walau pun di samping itu kita disuruh redhakan qadha' taqdir
Tuhan.

Kalau begitu, apa pula ertinya redha kepada qadha taqdir Tuhan?

Redha kepada qadha taqdir Tuhan, ertinya. Menghadapi sesuatu qadha taqdir yang berlaku
dengan tidak ada perasaan membantah pelaksanaan Tuhan bahkan dengan perasaan tentang
tenteram, tetapi kalau qadha taqdir yang berlaku itu dari perkara-perkara yang dimurkai Tuhan,
seperti kufur dan maksiat, maka wajiblah orang yang berkenaan kesalkan kecuaiannya dan
bencikan perkara itu serta berusaha menjalankan qadar taqdir yang menyelamatkannya dari
kemurkaan Allah; dan kalau qadha taqdir yang berlaku itu dari perkara-perkara yang Tuhan
timpakan untuk menguji seseorang, seperti kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta
benda dan kegagalan untuk mencapai sesuatu maksud, maka selain daripada menerima qadha
taqdir yang berlaku itu dengan perasaan tenang tenteram, wajiblah orang itu bersabar sambil
melafaz dan mentahqiqkan ke dalam jiwanya erti: ‫ُون إِلَ ْي ِه َوإِنﱠا ِ ﱠ ِ إِنﱠا‬
َ ‫اجع‬
ِ ‫( َر‬Ayat 156, Surah al-
Baqarah), dan erti hadis Usamah bin Zaid yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang di
antara maksud-maksudnya:

"Apabila seseorang menghadapi sesuatu qadha taqdir yang tidak disukai oleh perasaan dan
nafsunya maka hendaklah ia bersabar dan berharap dapat pahala dari Allah s.w.t., kerana segala-
galanya adalah hak milik sama ada yang diambilnya atau yang diberinya, lagi pula Tuhan tetapkan
bagi tiap-tiap sesuatu: Masanya dan cara berlakunya, serta hendaklah mencari seberapa yang
boleh jalan keluar dengan mana-mana qadar taqdir yang ditentukan Tuhan untuk berbuat demikian
dan jangan sekali-kali berdiam diri sahaja. Jangan pula merungut dengan berkata: "Kalaulah aku
lakukan anu, anu tentulah tidak terjadi apa yang telah berlaku ini"; kerana perkataan "Kalau" pada
perkara yang telah berlaku tidak ada gunanya untuk menentang perkara yang telah terjadi itu, dan
perangai berdiam diri serta rungutan yang tersebut adalah sikap orang yang penyegan pemalas,
pada hal sikap segan dan malas mengenai perkara-perkara boleh diusahakan adalah satu
sikap yang dibenci oleh Allah dan Rasul bahkan kata-kata rungutan yang tersebut mengandungi
pengertian bahawa qadar taqdir yang ditentukan Tuhan berlakunya, bolehlah dihalang satu-satu
cara yang difikirkan oleh manusia."

Pengertian yang sedemikian bukan sahaja bermakna redhakan qadar taqdir Tuhan, bahkan
bermakna kufurkan qadar taqdir yang ditentukan Tuhan.

Hakikat ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w., dalam hadis berikut:

‫صلﱠى ﱠ‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-133
‫يف َوفِي ُكلﱟ َخ ْي ٌر‬ ِ ‫ض ِع‬ ‫ﷲِ ِم ْن ْال ُم ْؤ ِم ِن ال ﱠ‬‫َو َسلﱠ َم ْال ُم ْؤ ِم ُن ْالقَ ِويﱡ َخ ْي ٌر َوأَ َحبﱡ إِلَى ﱠ‬
‫ك َش ْي ٌء فَ َال تَقُلْ لَ ْو‬ َ َ‫صاب‬َ َ‫ك َوا ْستَ ِع ْن بِا ﱠ ِ َو َال تَ ْع َج ْز َوإِ ْن أ‬َ ‫احْ ِرصْ َعلَى َما يَ ْنفَ ُع‬
‫ﷲِ َو َما َشا َء فَ َع َل فَإِ ﱠن لَ ْو تَ ْفتَ ُح َع َم َل‬‫ان َك َذا َو َك َذا َولَ ِك ْن قُلْ قَ َد ُر ﱠ‬ ُ ‫أَنﱢي فَ َع ْل‬
َ ‫ت َك‬
(‫ )مسلم‬.‫ان‬ ِ َ‫ال ﱠش ْيط‬
133- Dari Abu Hurairah, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Orang mukmin yang
kuat lebih baik kepada Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedang tiap-
tiap seorang ada kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh
berusaha memperolehi apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah
meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan jika
sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: "Kalau aku lakukan anu anu,
tentulah akan terjadi anu anu", tetapi katalah: "Allah telah taqdirkan dan apa yang dikehendaki oleh
kebijaksanaan-Nya Ia lakukan', kerana perkataan "kalau" itu membuka jalan kepada
hasutan syaitan. "

(Muslim)

Hadis ini menerangkan bahawa:

(1) Orang-orang mukmin masing-masing ada kebaikannya iaitu imannya, tetapi setengahnya ada
yang kuat semangat keagamaannya, tinggi himahnya, luas dan jauh pemandangannya, tabah dan
cekal hatinya, serta kuat berusaha untuk kebaikan agamanya, dirinya, umatnya dan tanah airnya;
manakala setengahnya yang lain adalah sebaliknya.

Orang mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji itu lebih baik dan lebih dikasihi oleh
Allah.

(2) Tiap-tiap seorang mukmin hendaklah bersungguh-sungguh berusaha memperolehi perkara-


perkara yang mendatangkan manfaat sambil meminta pertolongan kepada Allah Taala supaya
dengan ihsan-Nya memberi taufik dan menjayakannya, kerana manusia, walau bagaimana bijak
dan kuat, berhajat kepada pertolongan dan pimpinan Tuhan.

(3) Tiap-tiap seorang mukmin tidaklah patut bersikap segan dan malas bekerja dan hanya
berangan-angan bahawa Tuhan akan menyampaikan maksudnya dengan alasan: Tuhan amat
berkuasa, pada hal Tuhan telah tentukan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh
manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

(4) Setelah seseorang itu bersungguh-sungguh mencari jalan untuk mencapai maksudnya, serta
berusaha dengan sedaya upayanya menurut jalan yang diketahuinya, tiba-tiba perkara yang
diusahakan itu tidak juga berhasil, maka pada saat yang demikian, tidak ada jalan baginya untuk
menghadapi qadha taqdir yang berlaku itu, melainkan menghadapinya dengan perasaan
tenang tenteram serta berkata sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w., dalam hadis yang
tersebut, yang maksudnya: "Perkara ini telah ditaqdirkan Tuhan dan apa yang telah ditentukan
oleh kehendak kebijaksanaan-Nya tetap berlaku," sambil ia berusaha lagi mencari jalan untuk
menjayakan maksudnya.

(5) Perkataan "kalau" jangan disebut oleh seseorang yang telah gagal daripada mencapai
maksudnya atau mengalami kerugian, kerana perkataan "kalau" sebagaimana yang diterangkan
oleh Rasulullah s.a.w., akan membuka jalan kepada hasutan syaitan, yakni akan
menjadikan orang itu resah gelisah, duka nestapa dan tidak redha kepada qadha taqdir Tuhan
Yang Maha Bijaksana.

Kesimpulannya:

Menurut keterangan al-Qur'an al-Karim bahawa Allah Taala telah mencipta manusia dan
melengkapkannya dengan segala persediaan yang menjadikan dia dapat memilih kebaikan dan
melakukannya, juga dapat memilih kejahatan dan melakukannya. (2-3 Surah al-Insan; 10 Surah al-
Balad, dan 7-10 Surah al-Syams).
Jelasnya, manusia mempunyai persediaan untuk menjadikan dirinya mencapai kebahagiaan
dengan amal-amalnya yang salih, juga menjadikan dirinya terjerumus ke lembah
kecelakaan dengan amal-amalnya yang jahat.

Amal-amal salehnya ialah amal-amal bakti yang mendatangkan manfaat kepadanya dan kepada
masyarakatnya di dunia ini serta diredhai Allah pada hari akhirat kelak, dan amal-amal jahatnya
ialah perbuatannya yang buruk yang membahayakan dirinya dan menyakiti makhluk-makhluk Allah
yang lain serta menyebabkan dia dimurkai Allah.

Dengan keadaan yang demikian, nyatalah bahawa manusia mempunyai kebebasan dan ikhtiar
memilih; ia mengerjakan perkara yang baik dengan pilihannya sendiri maka ia diberi pahala, dan
ia melakukan perkara yang jahat dengan pilihannya sendiri maka ia dibalas dengan azab siksa.

Manusia - dengan sifat-sifatnya yang tersebut - dipertanggungjawabkan oleh Allah Taala supaya
mengerjakan perintah-Nya dan diutuskan kepadanya Rasul-rasul-Nya yang menyampaikan ajaran-
ajaran agama-Nya. Rasul-rasul itu pula menyampaikan berita gembira kepada orang-orang yang
taat dengan balasan yang sebaik-baiknya dan memberi amaran kepada orang-orang yang
ingkar dengan balasan azab seksa.

Setelah itu, Allah Taala membiarkan manusia memilih untuk dirinya apa yang dipilihnya, sama ada
perkara yang disuruh Allah atau yang dilarang-Nya, dan Allah s.w.t., tidak menghalang manusia
daripada melakukan apa yang telah dipilih untuk dirinya, tetapi Allah memudahkan perkara yang
baik bagi orang yang memilih kebaikan itu dan memudahkan perkara yang buruk bagi orang yang
memilihnya; (5-10 Surah Al-Lail).

Oleh itu, hakikat ini perlu disedari dan difahami dengan sebaik-baiknya. Janganlah seseorang cuba
melepaskan diri daripada kesalahan yang dilakukannya dengan berdalih dengan qadha' taqdir
Tuhan, sedang ia sendiri cuai menunaikan tanggungjawabnya, atau Ia sendiri menyeleweng dari
apa yang diperintahkan oleh Allah mengenal i'tiqad kepercayaan dan amal perbuatan, kerana
tidak ada dalam qadha' dan taqdir itu selain daripada hukum Allah dan susunan peraturan-Nya,
yakni bahawa Allah Taala dengan kehendak kebijaksanaan-Nya telah mentaqdirkan dan
memutuskan bahawa jalan untuk mencapai sesuatu "Musabab" sama ada hidayat pertunjuk atau
kesesatan, kebaikan atau kejahatan, ialah dengan melalui "Sebab-sebabnya", dan bahawa Allah
Taala dengan kehendak kebijaksanaan-Nya telah mentaqdirkan dan mengatur - untuk alam al-
wujud ini - peraturan-peraturan yang rapi, dan undang-undang yang berpanjangan dan selari,
yang mengikat segala "Sebab" dengan "Musabab", dan segala "Pendahuluan" dengan
"Natijahnya", serta segala "Jalan atau Cara" dengan "Tujuan" yang hendak dicapai.

Dengan yang demikian, maka di antara faedah-faedah beriman kepada qadha Allah dan taqdir-
Nya ialah mencari dan mengkaji perkara-perkara yang menjadi sebab, pendahuluan dan cara atau
jalan yang tersebut, juga mengenal dan mempelajari undang-undang dan peraturan kejadian
Tuhan, kemudian berusaha menurut undang-undang dan peraturan itu.

Ada pun sikap menunggu-nunggu berhasilnya sesuatu yang baik, atau hapusnya sesuatu
yang buruk, dengan tidak berusaha melalui sebab-sebab dan undang-undangnya, maka yang
demikian bukanlah beriman kepada qadha dan qadar, tetapi kufur ingkar kepada keduanya.
Oleh itu. tiap-tiap orang mukmin hendaklah berusaha menjalankan apa yang telah ditaqdirkan dan
diputuskan oleh Allah Taala untuk menjadi asas bagi kemuliaan hidup, keuntungannya dan
balasan baiknya, serentak dengan itu hendaklah ia menjauhkan din daripada apa yang ditaqdirkan
dan diputuskan oleh Allah Taala sebagai sebab bagi kehinaan hidup, kerugiannya dan balasan
buruknya.

Mudah-mudahan dengan cara yang tersebut serta dengan sentiasa memohon


pertolongan Allah Taala, dapatlah seseorang mukmin mencapai maksud-maksudnya
yang suci murni dengan keadaan yang cukup sempurna

Fasal Pertama:
Wajib Menjaga Dan Memelihara Jangan Rosaknya Iman Dan Islam

Oleh kerana agama Islam ialah agama fitrah insaniah, maka tiap-tiap orang Islam hendaklah
bersyukur kerana ia bertuah menerima taufik dari Allah s.w.t., hingga dengan itu ia menjadi
seorang yang beragama Islam.

Oleh yang demikian hendaklah ia meneguhkan pegangannya kepada agama yang mulia itu dan
memeliharanya dari segala apa yang boleh merosakkannya, kerana agama Islam sahajalah yang
diredhai Allah dan yang menentukan nasibnya untuk mencapai kebahagiaan yang sebenar-
benarnya, khasnya di akhirat kelak.

Mengenai perkara ini, Allah s.w.t., berfirman pada akhir ayat 132 Surah al-Baqarah, dan pada akhir
ayat 102 Surah Ali-Imran, juga pada ayat-ayat 136 Surah al-Nisa', 86,87, 88 dan 89 Surah Ali-
Imran.

Maksud akhir ayat 132 Surah al-Baqarah dan akhir ayat 102 Surah Ali Imran itu ialah:

Mewajibkan tiap-tiap seorang sentiasa menerima dan menghormati Islam (hukum-hukum yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.) pada i'tiqad dan segala tutur kata serta amal
perbuatannya supaya apabila datang matinya pada bila-bila masa pun, ia berada dalam
keadaan beragama Islam.

Dan maksud ayat 136 Surah al-Nisa' itu ialah:

(1) Mewajibkan tiap-tiap seorang menetapkan dan mengekalkan aqidah kepercayaannya hingga
kepada saat ia menghembuskan nafasnya yang akhir, iaitu: Percayakan benarnya keEsaan Allah
Taala, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. , adanya Malaikat yang menjalankan perintah Tuhan,
adanya kitab-kitab yang Tuhan turunkan untuk memandu manusia ke jalan kebahagiaan, adanya
Rasul-rasul yang diutus Tuhan untuk menerangkan jalan yang tersebut, dan adanya hari akhirat
untuk Tuhan Yang Maha Adil dan yang Amat Pemurah menyempurnakan balasan segala bawaan
hidup manusia semasa masing-masing berada di dunia.

(2) Menegaskan bahawa sesiapa yang tidak percayakan benarnya mana-mana satu dari perkara
yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya di atas seseorang mempercayainya nescaya jauhlah ia
daripada mendapat keselamatan dan kebahagiaan yang kekal abadi.
Manakala maksud ayat-ayat 86-89 Surah Ali-Imran pula, ialah:

Memberi amaran dengan mengingatkan sesiapa yang berbalik menjadi kafir (Murtad) setelah ia
percayakan keEsaan Allah, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. , dan kebenaran perkara-perkara
yang disampaikan oleh Baginda s.a.w., maka tidaklah ada harapan bahawa orang itu akan dibalas
baik oleh Allah, bahkan dikutuknya dan dikenakan azab seksa yang berkekalan lamanya, kecuali
ia bertaubat dan kembali kepada Islam serta memperbaiki segala apa yang telah merosakkan
Islamnya.

Rasulullah s.a.w. pula menerangkan dalam hadis yang berikut:

‫ﷲِ قُلْ لِي‬ ‫ت يَا َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قُ ْل‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ﷲِ َر‬ ‫ان ب ِْن َع ْب ِد ﱠ‬
َ َ‫ َع ْن ُس ْفي‬-134
.‫ت بِا ﱠ ِ ثُ ﱠم ا ْستَقِ ْم‬
ُ ‫ك قَا َل قُلْ آ َم ْن‬ َ ‫اإلس َْال ِم قَ ْو ًال َال أَسْأ َ ُل َع ْنهُ أَ َح ًدا َغ ْي َر‬
ِ ْ ‫فِي‬
(‫)مسلم‬
134- Dari Sufian bin Abdullah r.a., katanya: Aku berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah,
ajarkanlah daku mengenai agama Islam satu ajaran yang tak payah aku bertanya orang lain
mengenainya"; Rasulullah s.a.w., bersabda: "Tegaskanlah dengan lidahmu akan kepercayaanmu
kepada "Uluhiyyah" dan "Rububiyyah" Allah, kemudian terus sempurnakanlah apa yang
dikehendaki oleh kepercayaanmu itu hingga ke akhir hayatmu."

(Muslim)

Berdasarkan keterangan-keterangan yang tersebut, alim ulama mengambil kesimpulan: Bahawa


tiap-tiap seorang wajib menjaga iman dan Islamnya dari sebarang i'tiqad, perkataan dan
perbuatan yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam.

Rosaknya iman dan Islam dinamakan: "Riddah" yang diterangkan oleh ulama seperti berikut:

"Riddah" ertinya: Berbalik menjadi kafir setelah beragama Islam, dan orang yang melakukan yang
demikian dinamakan "Murtad"

"Riddah" ialah seburuk-buruk dan sekeji-keji jenis kufur, kerana "Orang Murtad" berlainan
hukumnya dari orang-orang kafir yang lain pada beberapa perkara:

Pertama - Orang murtad tidak harus dibiarkan dalam keadaan "Riddahnya" melainkan hendaklah
pihak yang berkuasa menyuruhnya bertaubat kembali kepada Islam, kalau tidak, hendaklah
dikenakan hukuman bunuh, sebagaimana yang diterangkan oleh beberapa hadis yang berikut:

‫صلﱠى ﱠ‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ٍ ‫ َع ِن اب ِْن َعبﱠا‬-135
ِ ‫س َر‬
(‫ )الجماعة إال مسلما‬.ُ‫َو َسلﱠ َم َم ْن بَ ﱠد َل ِدينَهُ فَا ْقتُلُوه‬
135- Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesiapa yang menukar
agama Islamnya maka hendaklah kamu membunuhnya."

(Jamaah kecuali Muslim)

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ُمو َسى ْاألَ ْش َع ِريﱢ َر‬-136
ُ‫َو َسلﱠ َم قَا َل لَهُ ْاذھَبْ إِلَى ْاليَ َم ِن ثُ ﱠم أ ْتبَ َعهُ ُم َعا َذ ب َْن َجبَ ٍل فَلَ ﱠما قَ ِد َم َعلَ ْي ِه أَ ْلقَى لَه‬
‫ان يَھُو ِديًّا فَأ َ ْسلَ َم ثُ ﱠم‬َ ‫ق قَا َل َما ھَ َذا قَا َل َك‬ ٌ َ‫ِو َسا َدةً قَا َل ا ْن ِزلْ َوإِ َذا َر ُج ٌل ِع ْن َدهُ ُموث‬
‫ َو ِألَبِي َدا ُو َد فِي‬.‫ﷲِ َو َرسُولِ ِه‬ ‫ضا ُء ﱠ‬ َ َ‫تَھَ ﱠو َد قَا َل اجْ لِسْ قَا َل َال أَجْ لِسُ َحتﱠى يُ ْقتَ َل ق‬
ً‫ين لَ ْيلَة‬ َ ‫اإلس َْال ِم فَ َد َعاهُ ِع ْش ِر‬ ِ ْ ‫ فَأُتِ َي أَبُو ُمو َسى بِ َرج ٍُل قَ ْد ارْ تَ ﱠد َع ْن‬:‫ص ِة‬ ‫ھَ ِذ ِه ْالقِ ﱠ‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.ُ‫ب ُعنُقَه‬ َ ‫ض َر‬َ َ‫أَ ْو قَ ِريبًا ِم ْنھَا فَ َجا َء ُم َعا ٌذ فَ َد َعاهُ فَأَبَى ف‬
136- Dari Abu Musa Al-'Asy'ari r.a., bahawa Nabi s.a.w., memerintahnya dengan bersabda:
"Pergilah engkau ke negeri Yaman. " Kemudian Baginda s.a.w., menghantarkan Mu'az bin Jabal
selepas pemergiannya; apabila Mu'az sampai ke tempat Abu Musa, Abu Musa menyambutnya
dengan memberikan sebiji bantal alas duduk serta berkata: "Sila duduk", dan dekat situ ada
seorang yang terikat; Mu'az bertanya: "Apa orang ini?" Abu Musa menjawab: "Orang ini seorang
Yahudi, ia masuk Islam kemudian ia berbalik menjadi Yahudi"; Mu'az berkata: "Aku tidak akan
duduk sehingga ia dibunuh, itulah hukuman Allah dan Rasul-Nya."

(Bukhari dan Muslim)

Dan pada riwayat Abu Daud, mengenai kisah ini: "Maka dibawa kepada Abu Musa seorang yang
telah Murtad meninggalkan agama Islam, lalu disuruhnya (bertaubat dengan
memeluk Islam semula) selama kira-kira dua puluh malam, kemudian datang Mu'az serta
menyuruhnya juga bertaubat, tetapi orang itu enggan, lalu dipenggal lehernya."

Hadis-hadis yang tersebut menerangkan bahawa:

(1) Sesiapa yang menjadi murtad: Wajib dibunuh oleh pihak yang berkuasa selepas ia disuruh
bertaubat kembali kepada Islam dan ia enggan berbuat demikian.

(2) Hukuman bunuh yang tersebut hendaklah dikenakan kepada tiap-tiap orang murtad sama ada
lelaki atau perempuan, sebagaimana yang terkandung pada hadis Mu'az bin Jabal yang
ditegaskan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani bahawa sanadnya hasan, yang maksudnya: Tatkala
Rasulullah s.a.w., mengutusnya ke negeri Yaman, Baginda s.a.w., bersabda kepadanya: "Mana-
mana lelaki yang menjadi murtad - meninggalkan Islam, maka suruhlah dia bertaubat
kembali kepada Islam, jika ia kembali kepada Islam bebaskanlah dia) dan kalau tidak, maka
penggallah lehernya; dan mana-mana perempuan yang menjadi murtad - meninggalkan Islam,
maka suruhlah dia bertaubat kembali kepada Islam, jika ia kembali kepada Islam (bebaskanlah
dia), dan kalau tidak, maka penggallah lehernya."
Hukuman yang dinyatakan oleh hadis-hadis yang tersebut telah pun dijalankan oleh sahabat-
sahabat Rasulullah s.a.w., di antaranya Sayidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan Sayidina Ali r.a.,
semasa pemerintahan masing-masing.

Hukuman yang tersebut, tidak sekali-kali bertentangan dengan "dasar kebebasan beragama" atau
َ ‫ﱢين فِي إِ ْك‬
dasar ‫راهَ َال‬ ِ ‫( الد‬tidak ada paksaan dalam agama) yang ditegaskan oleh Allah Taala
dalam al-Qur'an al-Karim, kerana tidak ada hubungannya sama sekali dengan soal orang murtad.

Fasal Kedua
Pengertian Yang Sebenar Tentang "Dasar Kebebasan Beragama" Atau Dasar "Tidak Ada
Paksaan Dalam Agama"

Soal orang murtad dan soal kebebasan beragama adalah dua masalah yang berlainan:

"Tidak ada paksaan dalam agama" ertinya: Orang-orang Islam tidak boleh sama sekali
memaksa orang-orang kafir masuk Islam, kerana hakikat iman serta kesudahannya yang baik,
dan hakikat kufur serta akibatnya yang buruk, telah dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya di dalam
al-Qur'an dan hadis yang sahih serta disampaikan oleh alim ulama yang menjalankan
dakwah Islamiah, maka terserahlah kepada umat manusia memilih sama ada beriman dan
taat atau pun kufur ingkar.

Tambahan pula kalau orang kafir dipaksakan memeluk Islam nescaya tidak sah Islamnya, kerana
iman yang sah ialah yang diyakini oleh hati, sedang hati manusia tidak dapat dipaksa. Berlainan
halnya orang Islam yang telah murtad. Apabila seseorang Islam menjadi murtad sama ada ia
terpesong disebabkan i'tiqadnya, atau tutur katanya atau pun perbuatannya, maka bermakna ia
telah melakukan jenayah bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi juga kepada keluarganya dan
masyarakatnya serta umat Islam umumnya.

Di antara jenayah-jenayah itu ialah:

(1) Ia memandang dirinya betul dan pandai dengan bersikap murtad dan umat Islam semuanya
salah dan bodoh belaka ini bermakna ia menghina dan memusuhi masyarakatnya.

(2) Ia menyalahkan ajaran Islam kerana di dorong oleh hawa nafsunya:

Tidak mahu terikat kepada suruhan Allah dan larangan-Nya. Ini bermakna ia ingkarkan
perintah Allah dan Rasul-Nya setelah Ia mengakui benarnya semasa ia beragama Islam, dan ini
juga bermakna menghina agama Islam yang menjadi pegangan hidup dan dihormati oleh umat
Islam seluruhnya.

(3) Ia menjadi contoh yang buruk bagi orang-orang lain yang akan terpengaruh kepada fahaman
di'ayahnya, dan dengan itu akan runtuhlah ajaran-ajaran Islam, kebudayaannya, dan nilai-nilai
akhlaknya yang suci murni, yang telah dibina dan dikembangkan silih berganti oleh pengembang-
pengembang Islam semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w. , hingga hari ini, dan yang diharap
akan berlanjutan seterusnya.
Jika demikian keadaan jenayah orang yang murtad itu, maka hukuman Islam yang telah ditetapkan
untuk menghukumnya di dunia, dan balasan azab seksa yang dijanjikan baginya di akhirat kelak
amatlah adil dan padan dengan jenayahnya yang besar itu.

Dengan ini jelaslah bahawa "Riddah" itu tidak boleh dipandang sebagai soal perseorangan sahaja
tetapi soal umat Islam seluruhnya yang wajib dicegah dan dihapuskan oleh pihak yang berkuasa
yang bertanggungjawab menjalankannya.

Kedua - Tidak sah perkahwinan orang murtad, sama ada ia sendiri kahwin atau dikahwini atau
pun mengahwinkan orang lain, bahkan isterinya wajib dipisahkan daripadanya. Sekiranya ia
kembali menjadi Islam semula sebelum habis idah, maka kekallah isterinya itu menjadi
isteri kepadanya, kalau tidak maka isterinya itu tercerai daripadanya mulai dari saat ia menjadi
murtad.

Ketiga - Haram memakan sembelihannya.

Keempat - Tidak boleh menerima pusaka dan tidak boleh pula dipusakai bahkan semua hartanya
dimasukkan ke dalam Baitulmal.

Fasal Ketiga
Perkara-perkara Yang Menyebabkan Rosaknya Iman Dan Islam Atau Yang Menyebabkan
Orang Yang Melakukannya Menjadi Murtad

Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam.

Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian yang pertama:

(1) I'tiqad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam, I'tiqad bahawa alam ini
qadim, tidak ada penciptanya, atau alam ini kekal selama-lamanya.

(2) I'tiqad bahawa pencipta alam ini baharu, atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau
bersifat dengan sifat-sifat baharu, atau pun mempunyai anak isteri, atau berbilang-bilang atau
menerima mati.

(3) I'tiqad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w., atau i'tiqad bahawa
Nabi Muhammad yang sebenar ialah yang disebutnya Muhammad yang batin bukan Muhammad
yang zahir, atau i!tiqad bahawa kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. , hanya untuk orang-orang
Arab sahaja, atau i'tiqad bahawa hukum-hukum Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
ialah hukum-hukum lapuk yang tidak sesuai dengan keadaan zaman, atau i'tiqad
mengingkari mana-mana Rasul Tuhan, atau i'tiqad bahawa ada lagi Nabi dan Rasul yang lain
yang diutus oleh Allah membawa syariat sesudah Nabi Muhammad s.a.w., Khatam an-Nabiyyin.

(4) - I'tiqad bahawa tidak ada dosa dan pahala, tidak ada Syurga dan Neraka, tidak ada bangkit
hidup semula sesudah mati, tidak ada hari qiamat dan segala perkara yang berlaku padanya.
(5) I'tiqad bahawa roh orang-orang mati berpindah-pindah dari satu tubuh ke satu tubuh yang lain.

(6) I'tiqad agama kafir lebih baik dari agama Islam.

(7) Perasaan ragu-ragu terhadap mana-mana satu dari perkara-perkara yang tersebut di atas.

(8) Berbalik-balik hati di antara hendak menjadi kafir atau tidak, atau bercita-cita hendak menjadi
kafir pada masa yang akan datang.

Bahagian yang kedua:

Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-


ngejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, Malaikat-malaikat-Nya, Rasul-rasul-
Nya, Kitab-kitab-Nya, Ayat-ayat-Nya dan Hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang
diterangkan oleh Rasul-Nya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata
alim ulama menthabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara
itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

(1) "Hukum apa ini?"

(2) "Hukum ini sudah lapuk."

(3) "Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan."

(4) "Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus."

(5) "Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?"

(6) "Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?"

(7) "Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?"

(8) "Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju. "

(9) Berkata: "Perbuatan yang demikian tidak beradab" - apabila diceritakan bahawa Nabi
Muhammad s.a.w., selepas makan: Menjilat sisa makanan di jarinya.

(10) Berkata: "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat" - apabila diberitahu bahawa
memotong kuku adalah sunat.

(11) Berkata: "Si anu dah mula menyalak" - semasa ia mendengar azannya.
(12) Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan
cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

(13) Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya
sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibn Umar
yang diriwayatkan oleh Muslim.

(14) Kata-kata menggantungkan jadi kafir dengan sesuatu keadaan.

Misalnya

(a) Seseorang dituduh melakukan sesuatu perkara, lalu ia berkata: "Kalau aku lakukan perkara itu
jadilah aku kafir", sekiranya ia berdusta, yakni ia sebenarnya telah melakukan perkara yang
dituduhkan kepadanya itu, maka jadilah ia kafir, kecuali kata-kata itu dituturkan dengan
tujuan hanya hendak melepaskan diri dari tuduhan itu sahaja, bukan dengan tujuan redhanya
menjadi kafir.

Sungguhpun demikian ia telah melakukan dosa besar dengan kata-kata yang tersebut, dan
sekiranya ia benar, yakni ia tidak melakukan perkara yang dituduh orang kepadanya, maka
tidaklah ia menjadi kafir, tetapi ia berdosa kerana perkatannya itu memberi erti
ketiadaan tetap keazamannya berpegang teguh kepada agama Islam.

(b) Seseorang diingatkan supaya jangan ia berzina umpamanya, lalu ia berkata: "Kalau aku
berzina kafirlah aku", sekiranya kata-kata itu dituturkan dengan tujuan tidak redha mencemarkan
dirinya dengan perbuatan zina seperti tidak redhanya menjerumuskan dirinya menjadi kafir, maka
tidaklah ia menjadi kafir, tetapi ia berdosa dengan menggunakan perkataannya itu dengan alasan
yang tersebut; dan sekiranya kata-kata itu dituturkan dengan tujuan redha menjadi kafir kalau ia
lakukan perbuatan zina maka jadilah ia kafir dengan kata-katanya yang tersebut, kerana apabila
seseorang Islam redhakan kufur, menjadilah ia kafir (Murtad), Wal Iyazubillah. Hukum yang
tersebut terkandung dalam hadis Thabit bin al-Dhahak, yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibn
Majah.

Bahagian yang ketiga:

Perbuatan, iaitu:

(1) Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan mana-mana
makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan mengagungkan Allah, seperti
sujud kepada makhluk walau pun tidak dengan niat untuk menghormatinya sama seperti Tuhan,
atau tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai had sekurang-kurangnya ruku'
sembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti menghormati Allah; kalau tidak dengan
tujuan itu maka tidaklah menjadikan orang yang melakukan itu murtad, tetapi hukumannya
tetap haram.

(2) Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang-orang kafir
menurut upacara yang mereka lakukan.
(3) Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah Azza wa Jalla.

(4) Meletakkan ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi, nama-nama Tuhan, Rasul-rasul-Nya, Malaikat-
Nya dan Ilmu-ilmu agama di tempat najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendah-
rendahkannya; kalau tidak dengan tujuan yang tersebut maka hukumannya tetap haram.
Demikian juga haramnya menggunakan kertas-kertas yang tertulis padanya Ayat-ayat suci, Hadis-
hadis Nabi dan Nama-nama Allah serta ilmu agama untuk membungkus, mengesat serta
menyapu sesuatu; tetapi kalau perbuatan yang dilakukan itu dengan tujuan menghina atau
mempersenda-sendakannya maka orang yang melakukan itu menjadi murtad.

(5) Meninggalkan sembahyang.

Orang yang meninggalkan sembahyang fardu, jika ia ingkarkan wajibnya, jadilah ia kafir murtad
keluar dari agama Islam, kerana ia mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh
orang ramai bahawa perkara itu adalah satu perkara yang wajib di atas tiap-tiap orang Islam,
selama akalnya sihat.

Kalau ditinggalkan dengan sebab malas sahaja, pada hal ia i'tiqadkan wajibnya, maka mengenai
orang ini alim ulama berselisih kepada tiga pendapat:

Pertama - Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi ia menjadi fasik yang wajib atas pihak yang
berkuasa bertindak menyuruhnya berbuat kembali mengerjakan sembahyang, dan sekiranya ia
tidak mahu bertaubat maka kenalah dilakukan ke atasnya "Hukuman Had" iaitu dibunuh dengan
pedang.

Kedua - Orang itu jadi kafir juga, sama dengan keadaan orang yang mengingkari wajibnya.

Ketiga - Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, tapi di "Ta'zir" dengan dipenjarakan
sehingga ia mengerjakan sembahyang.

Ketiga-tiga pendapat yang tersebut serta alasan-alasannya diterangkan oleh al-Imam al-Nawawi
dalam Syarah Muslim, mengenai hadis Jabir yang menyatakan
keburukan orang yang meninggalkan sembahyang yang termaklum.

Perkara-perkara yang diterangkan satu-persatu di atas itu adalah sebahagian dari misal-misal
yang disebutkan oleh alim ulama bahawa orang yang melakukannya menjadi murtad. Mereka
menetapkan hukuman yang tersebut dengan berdasarkan: Ayat 40 Surah Yusuf, ayat 65 Surah al-
Taubah, Ayat 37 Surah Fussilat dan ayat-ayat Surah al-Kafirun serta hadis Mu'az bin Jabal yang
diriwayatkan oleh Ibn Majah, dan hadis Qais bin Sa'ad yang diriwayatkan oleh Abu Daud. Maksud
kedua-dua hadis itu: Bahawa Rasulullah s.a.w., melarang mereka sujud kepada Baginda s.a.w.,
serta menerangkan bahawa tidak harus seseorang sujud kepada yang lain dari Allah.

Dengan keterangan yang tersebut hendaklah diingat bahawa seseorang yang cintakan
keselamatan dirinya dan agamanya, jangan sekali-kali mendekati, apa lagi melakukan, sebarang
perkara yang hukumnya berkisar di antara jadi murtad dan berdosa besar. Semoga Allah
selamatkan kita dengan taufik dan hidayat-Nya.
Cara-cara masuk Islam:

Mana-mana orang yang hendak masuk Islam, sama ada orang murtad atau orang kafir asli,
hendaklah ia menyempurnakan perkara-perkara yang berikut:

(1) Melafazkan dua kalimah syahadat: ‫ﷲُ إِ ﱠال إِلَهَ َال أَ ْن أَ ْشھَ ُد‬
‫ﷲِ َرسُو ُل ُم َح ﱠمدًا أَ ﱠن َوأَ ْشھَ ُد ﱠ‬
‫ﱠ‬
Memadai juga menyebut erti "dua kalimah syahadat" itu dengan bahasa sendiri serta
mengakui maksud kandungannya.

Memadai menyebut yang demikian bukan sahaja kepada orang yang tidak mengetahui Bahasa
Arab bahkan juga kepada orang yang mengetahui bahasa itu.

Juga memadai dengan menyatakan pengakuan hatinya bahawa: Allah ialah Tuhan Yang Maha
Esa dan Nabi Muhammad s.a.w., ialah utusan Allah.

(2) Kepada orang kafir yang berfahaman bahawa kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., itu hanya
kepada bangsa Arab sahaja - hendaklah ditambah pengakuannya bahawa: Kerasulan Baginda
s.a.w., umum kepada umat manusia seluruhnya.

(3) Kepada orang yang menjadi murtad dengan mana-mana satu sebab yang diterangkan dahulu,
hendaklah ditambah pengakuannya:Bahawa ia bertaubat daripada melakukan perkara yang
dengan sebabnya dia telah menjadi murtad.

Semoga Allah menjauhkan kita dari segala apa jua yang merosakkan iman dan Islam, dengan
mengurniakan kita taufik dan hidayat ke jalan keselamatan dan kebahagiaan.

Fasal Keempat:
Natijah Memahami Aqidah Kepercayaan Yang Telah Dihuraikan.

Asas-asas iman dan perkara-perkara yang berhubung dengannya yang telah dihuraikan dalam jilid
yang pertama ini apabila dipelajari dan difahami dengan betul, diharap dapat menjadi
panduan untuk mengetahui dan mengenal Allah dan sifat-sifat-Nya serta ajaran-ajaran yang
berhubung dengan iman yang telah disampaikan oleh Rasul-Nya Nabi Muhammad s.a.w.

Setelah rukun-rukun atau asas-asas iman - yang enam - yang telah dibentangkan satu persatu itu
diterima oleh akal dan hati seseorang serta diakui dan diyakini kebenarannya maka orang itu
dinamakan orang yang beriman kepada Allah dan segala yang diwajibkan beriman kepadanya,
kerana makna iman atau aqidah kepercayaan ialah penerimaan akal dan pengakuan hati akan apa
yang diketahui dan dikenalnya.

Dengan pengertian yang demikian, maka iman seseorang adalah satu perkara batin yang tersemat
dan tetap dalam hati dan jiwanya; tidak ternyata dan tidak diketahui oleh orang lain melainkan dari
tingkah laku dan amal perbuatannya.
Jelasnya, iman adalah satu tenaga jiwa yang sangat-sangat bernilai untuk menguasai tiap-tiap
tingkah laku dan amal perbuatan manusia.

Iman yang menguasai dari membentuk keadaan manusia itu bukannya iman yang hanya
dituturkan dengan kata-kata yang indah dan menarik, atau yang berupa inginkan kebaikan hanya
dengan angan-angan sahaja, tetapi iman yang dituntut itu ialah iman yang berakar tunjang di hati
dan dibuktikan oleh amal perbuatan.

Iman yang menguasai dan membentuk keadaan manusia itu bukannya iman atau kepercayaan
yang semata-mata percayakan adanya Allah Tuhan yang menguasai seluruh alam dengan segala
undang-undang dan cara peraturan-Nya sahaja, tetapi iman dan kepercayaan yang berisi dengan
ingatan kepada Allah s.w.t. yang memberi segala nikmat dan kemewahan, segala kejadian yang
indah dan menakjubkan, dan segala kebesaran serta ketinggian menurut undang-undang dan
cara yang diusahakan oleh masing-masing.

Iman yang berisi dengan ingatan yang tersebut ialah iman yang menjadikan seseorang gemar
menghargai keindahan ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana dan menghargai kemurahan Allah
yang melimpah nikmat-nikmat-Nya yang tidak terhitung.

Gemar menghargai segala yang tersebut adalah dengan jalan seseorang itu taat setia dan
patuh kepada undang-undang dan hukum Allah, dan dengan jalan sentiasa mengenang dan
menyebut - sama ada dengan hati sahaja atau dengan lidah sama, akan limpahan
nikmat Allah yang sentiasa meliputi zahir dan batinnya.

Iman yang berisi dengan ingatan yang tersebut ialah iman yang mendesak seseorang supaya
melakukan perbuatan dan amal-amal yang diterima dan diredhai Allah dan yang mendesak supaya
seseorang selalu berusaha menurut jalan yang lurus dan bermanfaat dalam hidupnya secara
perseorangan dan juga dalam hidupnya secara bermasyarakat berdiri di iman yang tersebut
menjadikan seseorang berjiwa besar, gemar atas kaki sendiri, tidak suka bergantung kepada yang
lain daripada yang ditetapkan oleh undang-undang dan hukum Allah.

Iman yang tersebut menjadikan seseorang malu merendahkan diri; kepada orang yang tidak
disuruh oleh Allah berbuat demikian, juga menjadikan seseorang malu menghulurkan tangannya
meminta, sama ada secara langsung atau tidak, kecuali dengan jalan yang dibenarkan oleh
syara'. Iman yang tersebut melarang seseorang jangan sekali-kali berlaku sombong dan
bermegah-megah, kerana segala kekuasaan, kebesaran, kekayaan dan kebijaksanaan adalah
semuanya pinjaman dari Allah, dan tidak ada; sesiapa pun yang mengetahui bilakah tiap-tiap
satunya akan diambil balik.

Iman yang tersebut bukan sahaja membentuk manusia menjadi baik dari bahagia dengan amal-
amal salehnya kepada Allah, tetapi juga membentuk fikiran dan perasaan manusia supaya
menghargai sesama manusia amnya sebagai saudara keturunan dan khasnya manusia Islam
sebagai saudara - sesama; juga menghargai makhluk-makhluk yang lain sebagai makhluk Allah.

Iman yang tersebut mempunyai ikatan yang kukuh dengan amal perbuatan seseorang, sama
seperti ikatan tabiat seseorang dengan tingkah lakunya. Misalnya orang yang bersifat berani maka
tingkah lakunya sentiasa berjuang, dan yang bersifat pemurah maka tingkah lakunya selalu
memberi dan menolong. Demikian juga halnya orang yang mempunyai iman yang tersebut, ia
sentiasa melahirkan kepercayaannya itu dengan berusaha menjalankan apa sahaja amal yang
saleh, yang diterima Allah, untuk kebaikan dirinya dan masyarakatnya, juga untuk makhluk-
makhluk seluruhnya.

Iman yang tersebut menjadikan seseorang tabah hati serta teguh dan sabar dalam segala
keadaannya. Ia tidak sekali-kali berputus harapan atau tawar hati sekalipun ia menghadapi
berbagai-bagai halangan dan rintangan, kerana apabila seseorang menyingsing
lengan menyempurnakan sesuatu dengan ingatan mendapat keredhaan Allah maka ia yakin
bahawa ia tetap ditolong dan dibantu oleh Allah `Azza wa Jalla - kalau tidak dengan qadar taqdir
yang telah dipilih dan diusahakannya maka tentu dibantu oleh Allah dengan qadar taqdir yang lain
pula sehingga berjaya dan sempurna.

Demikianlah kesimpulannya, mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat hidayah dan taufik
dan berjaya mencapai keselamatan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

PENUTUP KATA
MANUSIA DAN DUNIA

Sebagaimana yang sedia maklum, Allah s.w.t., telah mengisi dalam diri tiap-tiap seorang man usia
berbagai-bagai tabiat semula jadi yang mendorongnya melakukan sesuatu perkara atau sesuatu
tingkah laku yang tertentu pada masa dan suasana yang tertentu.

Dengan dorongan tabiat inilah manusia rajin berusaha mencari segala keperluan jasmani dan
rohaninya; kalau tidak, maka manusia sudah tentu akan menjadi satu makhluk yang beku. Tetapi
dorongan tabiat ini dijadikan Tuhan ada padanya sifat-sifat meluap, loba dan melanggar batas-
batas yang sepatutnya sehingga menyebabkan mata hati dan akal fikiran man usia menjadi kabur
dalam memahami nilai kehidupan dunia ini.

Untuk membendung keterlaluan dorongan tabiat semula jadi yang berhubung dengan
kehidupan dunia, maka Tuhan Yang Maha Mengasihani mengingatkan manusia dengan ayat-ayat
yang berikut:

Firman Allah dalam Surah Ali Imran - ayat 185, dalam Surah Hud ayat 15, dalam Surah al-Isra',
ayat 18-20 dan dalam Surah al-Hasyr - ayat 18, yang di antara maksud-maksudnya menyatakan
bahawa:

(1) Nikmat-nikmat kesenangan dunia in adalah perkara yang hanya untuk sementara waktu, lagi
yang sangat memperdayakan orang yang tidak bertakwa.

(2) Segala usaha yang dilakukan dengan tujuan menghasilkan kehidupan dunia kesenangannya
dan keindahannya semata-mata, tidak akan hampa, bahkan Tuhan akan beri kepada orang yang
melakukan usaha itu semasa hidupnya di dunia ini, akan apa yang telah diqadha taqdirkan
untuknya serta dijanjikannya mendapat azab Neraka di akhirat kelak.
(4) Segala usaha untuk menghasilkan kehidupan akhirat - apakala cukup segala syaratnya adalah
suatu usaha yang dihargai dengan diberi kepada orang yang melakukan usaha itu sebaik-baik
balasan di dunia dan di akhirat.

Sesuatu pemberian yang telah diqadha taqdirkan Tuhan untuk sesuatu usaha yang dilakukan oleh
seseorang tidak ada sesiapa pun yang berkuasa menahan sampainya pemberian itu kepada orang
yang berusaha mendapatakannya, sama ada orang mukmin atau fasik.

(5) Tiap-tiap seorang wajib bertaqwa dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan untuk
kehidupan hari esok (hari akhirat).

Rasulullah s.a.w., pula mengingatkan umatnya mengenai kehidupan dunia dengan hadis yang
berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي َس ِعي ٍد ْال ُخ ْد ِريﱢ َر‬-137
َ ‫ﷲَ ُم ْستَ ْخلِفُ ُك ْم فِيھَا فَيَ ْنظُ ُر َكي‬
َ ُ‫ْف تَ ْع َمل‬
‫ون‬ ‫ض َرةٌ َوإِ ﱠن ﱠ‬ ِ ‫قَا َل إِ ﱠن ال ﱡد ْنيَا ح ُْل َوةٌ َخ‬
.‫ت فِي النﱢ َسا ِء‬ْ َ‫فَاتﱠقُوا ال ﱡد ْنيَا َواتﱠقُوا النﱢ َسا َء فَإ ِ ﱠن أَ ﱠو َل فِ ْتنَ ِة بَنِي إِ ْس َرائِي َل َكان‬
(‫)مسلم‬
137- Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya dunia ini manis
dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya,
maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu
hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia, dan khasnya oleh
perempuan, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah
berpunca dari orang-orang perempuan."

(Muslim)

Hadis ini mengandungi:

(1) Daya penarik dunia dan tujuannya.

(2) Cara menghadapi daya penarik dunia.

Dunia dan daya penariknya:

Tak dapat dinafikan bahawa dunia ini mempunyai daya penarik yang kuat, kerana Tuhan telah
menjadikannya berkeadaan demikian adalah untuk menguji manusia siapakah yang
lebih menguasai hawa nafsunya dan dapat menggunakan dunia itu menurut yang diredhai
Allah setelah ia diberi kuasa menguruskan mana-mana yang ada padanya; (7 Surah al-Kahfi).

Cara menghadapi daya penarik dunia:


Rasulullah s.a.w., menyuruh umatnya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh
kemanisan dan keindahan yang menjadi daya penarik dunia, dengan sentiasa bertaqwa, iaitu
mencegah diri daripada melakukan segala larangan Allah serta menyempurnakan suruhan-Nya
sambil mengingati kerendahan mutu segala kesenangan dan kemewahan yang ada di dunia dan
kesingkatan masanya, berbanding dengan segala nikmat akhirat yang kekal abadi.

Di antara daya penarik dunia yang ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. supaya seseorang
memelihara dan mengawal diri daripada runtunannya ialah daya penarik perempuan, kerana daya
penariknya amat kuat sehingga lelaki yang tegas pendiriannya dan bijak pandai sanggup
memusuhi akal fikirannya, menentang ilmu pengetahuannya, meruntuhkan rumah tangganya, dan
melanggar undang-undang negara dan hukum agama, sebagaimana yang terkandung dalam
hadis Abu Sa'id al-Khudriy yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Rasulullah s.a.w tentukan daya penarik perempuan dengan ingatan nya s.a.w, yang demikian,
kerana jenis perempuan - selain daripada kurang akal fikirannya dan agamanya, sebagaimana
yang terkandung juga pada hadis Abu Sa'id yang tersebut menjadi alat pemancing syaitan,
sebagaimana yang dinyatakan pada hadis Huzaifah, r.a., yang diriwayatkan oleh Razin, bahkan
Rasulullah s.a.w., telah pun menyatakan bahawa di antara daya penarik dunia yang besar sekali
bahayanya kepada jenis lelaki ialah daya penarik jenis perempuan, kerana lazimnya mereka
mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menarik dan pakaian yang
memberahikan - melakukan maksiat dan melalaikannya daripada menjalankan tanggungjawabnya.

Mengenai ini Ibn Abbas r.a., pernah berkata, maksudnya: "Kebanyakan lelaki dari umat-umat yang
telah lalu menjadi kafir adalah berpunca dari perempuan, dan pada masa yang akan datang pun
ada juga orang-orang lelaki berlaku kufur disebabkan angkara perempuan."

Berhubung dengan kenyataan Rasulullah s.a.w., tentang besarnya bahaya penarik perempuan
terhadap lelaki itu ialah hadis yang berikut:

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬
َ ‫ي‬ ِ ‫ َع ْن أُ َسا َمةَ ب ِْن َز ْي ٍد َر‬-138
‫ض َي ﱠ‬
‫ )البخاري ومسلم‬.‫ال ِم َن النﱢ َسا ِء‬ ِ ‫ضرﱡ َعلَى الرﱢ َج‬ َ َ‫ت بَ ْع ِدي فِ ْتنَةً ِھ َي أ‬ ُ ‫َما تَ َر ْك‬
(‫وأحمد والترمذي والنسائي وابن ماجه‬
138- Dari Usamah bin Zaid r.a. bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Tidak ada sesuatu
fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela - selepas wafatku -
terhadap kaum lelaki, selain daripada fitnah yang berpunca dari kaum perempuan.

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, Tirmizi, Nasa'i dan Ibn Majah).

Oleh kerana daya penarik dunia dan perempuan amatlah besar bahayanya, maka
Rasulullah s.a.w, memberi amaran kepada setiap orang yang inginkan keselamatan supaya
melengkapkan dirinya dengan sifat taqwa, kerana sifat taqwalah yang dapat mempengaruhi
segenap perasaan dan tingkah lakunya untuk menghadapi bahaya yang berpunca dan daya
penarik dunia dan perempuan.
Peringatan Rasulullah s.a.w., mengenai kaum perempuan yang tersebut memang pahit benar dan
sudah menjadi kenyataan yang dapat disaksikan dalam setiap masyarakat yang telah lalu lebih-
lebih lagi yang ada sekarang.

Oleh itu tiap-tiap seorang perempuan Islam yang beriman hendaklah sentiasa memelihara diri
dengan mengikut ajaran-ajaran agama yang maha suci.

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬
‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫س ب ِْن َمالِ ٍك َر‬ ِ َ‫ َع ْن أَن‬-139
(‫ )البخاري‬.‫ال َوطُو ُل ْال ُع ُم ِر‬
ِ ‫ان حُبﱡ ْال َم‬ ِ َ‫قَا َل يَ ْكبَ ُر اب ُْن آ َد َم َويَ ْكبَ ُر َم َعهُ ْاثن‬
139- Dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: "Anak Adam membesar dan
turut membesar bersamanya dua perkara: Sayangkan harta dan inginkan panjang umurnya.

(Bukhari).

Dalam hadis ini Rasulullah menyatakan bahawa ada dua perkara yang tidak terpisah dari
seseorang walaupun umurnya telah meningkat tua, iaitu suka mempunyai harta benda dan
inginkan panjang umur. Sesungguhpun dua perkara itu dari tabiat semula jadi manusia, tetapi
tiap-tiap seorang disuruh membendung kedua tabiat yang tersebut dengan mengingati bahawa
harta dan panjang umur itu tidak menguntungkan kalau tidak disertakan dengan usaha
membanyakkan amal ibadat dan menjauhkan diri dari segala maksiat.

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َال‬


‫صلﱠى ﱠ‬
َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬
‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-140
‫ )البخاري‬.‫ول ْاألَ َم ِل‬ ِ ُ‫ير َشابًّا فِي ا ْثنَتَي ِْن فِي حُبﱢ ال ﱡد ْنيَا َوط‬ ِ ِ‫يَ َزا ُل قَ ْلبُ ْال َكب‬
(‫ومسلم‬
140- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Hati orang tua sentiasa muda dalam
dua keadaan. Dalam keadaan kasihkan dunia dan dalam keadaan panjang cita-cita."

(Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w., menyatakan bahawa ada lagi dua perkara yang merugikan
manusia kalau tidak dijaga dan diawasinya, iaitu kasihkan dunia dan panjang cita-cita.

Dua perkara ini menjadikan seseorang yang telah tua, lalai daripada menyediakan bekalan untuk
hari akhiratnya, pada hal yang sewajibnya makin ia beransur tua, makin ia membanyakkan amal
baktinya, kerana ia tidak mungkin lagi kembali kepada kekuatan dan kecergasannya yang telah
la1u.

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ ﱠن‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬
‫ض َي ﱠ‬
ِ ‫ َع ْن َجابِ ٍر َر‬-141
‫ص ﱡد َع ِن‬ُ َ‫ف َعلَى أُ ﱠمتِي ْالھَ َوى َوطُو ُل ْاألَ َم ِل فَأ َ ﱠما ْالھَ َوى فَي‬ ُ ‫ف َما أَتَ َخ ﱠو‬
َ ‫أَ ْخ َو‬
‫ق َوأَ ﱠما طُو ُل ْاألَ َم ِل فَيُ ْن ِسي ْاآل ِخ َرةَ َوھَ ِذ ِه ال ﱡد ْنيَا ُمرْ تَ ِحلَةٌ َذا ِھبَةٌ َوھَ ِذ ِه‬ ‫ْال َح ﱢ‬
‫ون فَإِ ِن ا ْستَطَ ْعتُ ْم أَ ْن َال تَ ُكونُوا‬ ِ ‫ْاآل ِخ َرةُ ُمرْ تَ ِحلَةٌ قَا ِد َمةٌ َولِ ُكلﱢ َو‬
َ ُ‫اح َد ٍة ِم ْنھُ َما بَن‬
‫اب َوأَ ْنتُ ْم َغ ًدا فِي‬َ ‫ار ْال َع َم ِل َو َال ِح َس‬ ِ ‫ِم ْن بَنِي ال ﱡد ْنيَا فَا ْف َعلُوا فَإِنﱠ ُك ْم ْاليَ ْو َم فِي َد‬
(‫ )البيھقي‬.‫ار ْاآل ِخ َر ِة َو َال َع َم َل‬ ِ ‫َد‬
141- Dari Jabir r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku
bimbangkan terhadap umatku ialah hawa nafsu dan panjang cita-cita, kerana hawa nafsu itu
menghalang daripada menerima kebenaran dan panjang cita-cita pula melengahkan amalan
akhirat. Dan ingatlah dunia ini pada setiap saatnya berjalan pergi, dan akhirat pula pada setiap
saatnya berjalan datang, sedang tiap-tiap satunya ada orang yang kasih dan setia kepadanya:
Oleh itu kalau kamu dapat menahan diri daripada menjadi orang-orang yang kasih dan
setia kepada dunia maka buatlah, kerana kamu pada hari ini berada di kampung yang ada
padanya peluang untuk kamu beramal dan belum ada sebarang hisab dan kamu pada hari esok
akan berada di kampung akhirat yang ada padanya hisab dan tidak ada peluang bagi sebarang
amal."

(Al-Baihaqi)

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menjelaskan, mengapa hawa nafsu dan panjangnya cita-cita itu
merupakan perkara-perkara yang sangat dibimbangkan oleh Baginda s.a.w., terhadap umatnya?
Menurut penjelasan Baginda s.a.w.: Hawa nafsu itu menghalang seseorang daripada menerima
dan mengikut kebenaran yang menjadi syarat mutlak bagi mencapai keselamatan, manakala
panjang cita-cita pula menyebabkan seseorang mencuaikan soal-soal akhirat yang semestinya
diutamakan.

Baginda s.a.w., menyatakan lagi bahawa dunia ini sentiasa berjalan pergi, sedang akhirat
sentiasa berjalan datang, dan kerana itu tiap-tiap seorang jangan mengutamakan dunia yang
sedang berjalan pergi, bahkan hendaklah sungguh-sungguh berusaha mengerjakan
amal bakti kerana dunia ini dijadikan Tuhan untuk orang mukmin bertaqwa dan mengambil bekal
untuk akhirat - tempat yang tidak ada peluang padanya bagi seseorang beramal, bahkan ada
padanya hisab dan balasan.

Sayugia disebut bahawa segala usaha manusia untuk faedah dirinya, anak pinaknya,
kaum keluarganya, masyarakatnya dan negaranya semuanya itu termasuk dalam amal bakti yang
menjadi bekal seseorang untuk kebaikannya pada hari akhirat, asalkan semuanya itu diusahakan
dan dijalankan dengan bersih suci dan tidak menyalahi ajaran syarak serta dengan
tujuan mengharapkan keredhaan Allah yang maha limpah rahmat-Nya.

Dengan penjelasan dan keterangan hadis ini nyatalah bahawa hawa nafsu yang dibimbangkan
oleh Rasulullah s.a.w., itu ialah hawa nafsu yang menyalahi kebenaran bukan yang mematuhi
kebenaran dan bahawa panjangnya cita-cita yang dibimbangkan oleh Baginda s.a.w., itu ialah
yang meleka dan mengabaikan amal akhirat bukan yang bertujuan menyempurnakan amal-amal
yang diredhai Tuhan.
Dengan yang demikian, maka sebarang rancangan kemajuan dan kebajikan yang diatur dan
dijalankan oleh seseorang, atau sesebuah badan, atau negara, tidaklah termasuk dalam perkara
yang dibimbangkan oleh Rasulullah s.a.w.: Asalkan rancangan-rancangan itu dan orang-orang
yang menjalankannya tidak menyalahi kebenaran yang ditetapkan oleh syarak dan tidak pula
amalan akhirat dilalaikan dan diabaikan dengan sebab rancangan-rancangan itu dijalankan.

ُ‫ﷲ‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما قَا َل أَ َخ َذ َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ﷲِ ب ِْن ُع َم َر َر‬ ‫ َع ْن َع ْب ِد ﱠ‬-142
‫ان اب ُْن‬ َ ‫يل َو َك‬ٍ ِ‫ك َغ ِريبٌ أَ ْو َعابِ ُر َسب‬ َ ‫َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم بِ َم ْن ِكبِي فَقَا َل ُك ْن فِي ال ﱡد ْنيَا َكأَنﱠ‬
‫ت فَ َال تَ ْنتَ ِظرْ ْال َم َسا َء‬
َ ْ‫صبَا َح َوإِ َذا أَصْ بَح‬ َ ‫ُع َم َر يَقُو ُل إِ َذا أَ ْم َسي‬
‫ْت فَ َال تَ ْنتَ ِظرْ ال ﱠ‬
(‫ )البخاري‬.‫ك‬ َ ِ‫ك لِ َم ْوت‬ َ ِ‫ك َو ِم ْن َحيَات‬ َ ‫ض‬ َ ِ‫ص ﱠحت‬
ِ ‫ك لِ َم َر‬ ِ ‫َو ُخ ْذ ِم ْن‬
142- Dari Abdullah bin Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., memegang bahuku lalu bersabda:
"Jadikanlah dirimu di dunia ini seolah-olah engkau orang dagang bahkan seolah-olah orang yang
dalam perjalanan musafir. " Dan semenjak itu Ibn Umar selalu berkata: "Apabila engkau berada
pada waktu petang maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu pagi dan apabila engkau
berada pada waktu pagi maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu petang dan ambillah
peluang dari kesihatanmu itu membuat amal untuk masa sakitmu dan peluang masa hidupmu
berbekal untuk matimu."

(Bukhari)

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., mengingatkan: Supaya tiap-tiap seorang jangan menumpukan
amal usahanya untuk kepentingan hidupnya di dunia semata-mata kerana yang demikian akan
merugikannya dan jangan pula ia memandang dunia ini sebagai tempat tinggalnya selama-
lamanya kerana yang demikian menyalahi hakikat wujudnya yang akan berakhir apabila sampai
ajalnya yang telah ditentukan, tetapi hendaklah ia memandang ke tempat yang hendak ditujunya,
iaitu tempat tinggalnya yang tetap alam akhirat.

Sebenarnya dunia ini tempat sementara bagi orang dagang dan biasanya orang yang demikian
tidak terikat kepada negeri yang ditumpanginya tetapi sentiasa ingat hendak balik ke negerinya,
oleh itu ia tidak akan resah gelisah kiranya ia tidak dilayani atau ia ditimpa oleh sesuatu
keadaan yang menyinggung perasaannya, juga ia tidak mahu merebut sesuatu kelebihan atau
kemewahan yang ada di negeri itu.

Demikian juga dunia ini hanya tempat persinggahan orang musafir untuk mengambil bekal yang
perlu bagi perjalanannya dan kebaikannya apabila ia sampai dan berada di negerinya yang dituju.
Peringatan yang diberikan oleh Ibn Umar sahabat Nabi yang terkenal itu pula maksudnya:
Janganlah seseorang menaruh sebarang cita-cita yang melalaikannya daripada menunaikan
tanggungjawabnya terhadap Tuhannya.

Bagi menghidupkan kesedarannya tentang itu hendaklah ia sentiasa ingat apabila ia berada pada
siang hari: Bahawa ajalnya harus akan sampai pada waktu malam, demikian pula sebaliknya.
Dengan itu tiap-tiap seorang hendaklah mengisi masa hidupnya dengan amal-amal bakti sebelum
ua ditimpa penyakit yang menghalangnya atau sampai ajalnya yang memang tidak diketahui masa
datangnya.

ِ‫ﷲ‬‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ون ْاألَ ْو ِديﱢ َر‬ ٍ ‫ َع ْن َع ْم ِرو ب ِْن َم ْي ُم‬-143
‫ك قَبْل‬ َ َ‫س َشبَاب‬ ٍ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم لِ َرج ٍُل َوھُ َو يَ ِعظهُ اِ ْغتَنِ ْم َخ ْمسًا قَبْل َخ ْم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ
َ َ‫ك َو َحيَات‬
‫ك‬ َ ِ‫ك قَ ْب َل ُش ْغل‬
َ ‫ك َوفَ َرا َغ‬َ ‫ك قَ ْب َل فَ ْق ِر‬
َ ‫ك َو ِغنَا‬َ ‫ك قَ ْب َل َسقَ ِم‬
َ َ‫ص ﱠحت‬
ِ ‫ك َو‬ َ ‫ھَ َر ِم‬
(‫ )ابن المبارك في الزھد‬.‫ك‬ َ ِ‫قَ ْب َل َم ْوت‬
143- Dari `Amr bin Maimun al-Audi r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda kepada seorang,
menasihatkannya: "Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima yang lain, -
keadaan mudamu sebelum datangnya keadaan tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datangnya
keadaan sakitmu dan keadaanmu berada sebelum datangnya keadaanmu berhajat dan keadaan
lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya
matimu."

(Tirmizi)

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w menggalakkan umatnya supaya tiap-tiap seorang
merebut peluang yang masih terbuka untuk mengerjakan amal-amal kebajikan, kerana amal-amal
yang baik sahajalah yang menyebabkan seseorang diredhai Allah dan berjaya di dunia dan di
akhirat.

Dalam hadis ini, junjungan kita s.a.w. menerangkan: Bahawa peluang-peluang yang baik terdapat
dalam lima keadaan dan akan lenyap apabila berlaku keadaan-keadaan yang sebaliknya.

Pertama-Semasa seseorang itu muda dan kuat, dan akan lenyap semasa ia tua dan lemah.

Kedua-Semasa ia sihat dan segar dan akan lenyap apabila ia ditimpa penyakit.

Ketiga - Semasa ia senang mewah dan akan lenyap apabila ia miskin dan memerlukan bantuan.

Keempat - Semasa ia lapang dan akan lenyap apabila ia sibuk dengan sesuatu yang tak dapat
dielak.

Kelima - Semasa ia masih hidup, dan akan lenyap apabila ia meninggal dunia dan terhenti segala
amal usahanya.

Apa Dia "Dunia" itu"?

Untuk menjalankan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang - sebagaimana yang
terkandung pada maksud-maksud firman Allah Taala dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., mengenai
"Dunia", hendaklah diketahui lebih dahulu apa dia "Dunia" itu?

Kalimah "Dunia" dipakai kepada beberapa pengertian.


Pengertian yang pertama

- "Dunia" itu ialah:

Segala "Mata benda" yang dijadikan Tuhan menarik hati manusia mengambil bahagian padanya
dan berusaha menjayakannya dan menyempurnakannya, sama ada untuk faedah dirinya sendiri
atau untuk orang lain.

"Mata benda" yang tersebut ialah "Bumi dan segala yang ada padanya" iaItu haiwan (manusia dan
binatang), benda-benda galian atau logam, atau tumbuh-tumbuhan serta tanam-tanaman.

Bumi ialah untuk manusia mendiaminya dan segala yang ada pada bumi itu, ada di antaranya
yang menjadi pasangan kahwin dan ada yang menjadi bahan untuk dibuat makanan, minuman,
pakaian, kenaikan, alat-alat dan perhiasan, serta rumah tangga tempat kediaman.

Pengertian "Dunia" yang demikian berasaskan ayat-ayat 14 dan 185 Surah Ali Imran yang
menyatakan: Bahawa semuanya itu adalah mata benda yang menjadi bahan segala kesenangan
dan kemudahan hidup di dunia yang hanya untuk sementara waktu, dan yang
memperdayakan orang yang singkat fikirannya, juga berasaskan hadis Aisyah r.a., yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Baihaqi, yang maksudnya menyatakan: Bahawa dunia ialah
kampung halaman, rumah tangga dan hak milik orang yang tidak ada kampung halaman,
rumah tangga dan hak milik yang kekal dan orang yang mengumpul-mengumpul
mata benda dunia ini dengan tujuan memilikinya semata-mata ialah orang yang tidak sihat
akalnya.

Mengenai kekurangan akal orang yang hanya asyik bergembira mengumpul dan memiliki mata
benda dunia ini, Rasulullah s.a.w. menerangkan seperti yang tersebut pada hadis Abdullah bin al-
Syakhir yang diriwayatkan oleh Muslim, maksudnya:

"Anak Adam selalu berkata: "Ini hak milikku, itu hak milikku", pada hal yang menjadi hak miliknya
yang sebenar ialah apa yang ia habiskan dengan memakannya dan meminumnya dan yang ia
pakai atau gunakan sehingga menjadi lusuh dan buruk dan apa yang ia belanjakan dengan
jalan mendapat pahala di alam akhirat kelak."

Juga dengan hadis Abdullah bin Mas'ud yang diriwayatkan oleh Bukhari, maksudnya:
"Sesungguhnya yang menjadi hak milik yang sebenar kepada seseorang ialah apa yang ia
hantarkan ke khazanah Tuhan melalui satu-satu jalan yang tertentu dengan tujuan menjadi
pendahuluan atau simpanan untuk hari akhiratnya.

Pengertian yang kedua

- "Dunia" itu ialah:

Alam yang ada ini, alam yang diikuti dengan alam akhirat.
Pengertian "Dunia" yang demikian berasaskan hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim,
Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibn Majah, ertinya: "Dunia ini ialah penjara orang mukmin dan Syurga
orang kafir. "

Maksudnya: Orang mukmin di alam dunia ini - dengan sebab terikatnya dengan ikatan-ikatan
taat setia kepada hukum Allah dan kewajipan-kewajipan menjaga diri daripada melakukan apa jua
perkara yang dilarang oleh Allah, serta kewaiipannya membendung hawa nafsunya - adalah
seolah-olah ia berada dalam penjara.

Kalau ia berada dalam keadaan serba mewah pun, ia juga seolah-olah berada dalam penjara
berbanding dengan kebebasan, kemewahan dan berbagai-bagai nikmat yang akan didapatinya
dalam Syurga.

Sebaliknya orang-orang kafir - dengan sebab mereka tidak terikat kepada hukum dan pantang
larang yang ditetapkan oleh Allah, bahkan kebanyakan dari mereka dapat melakukan apa sahaja
perkara yang diingini oleh hawa nafsu liarnya - maka mereka seolah-olah berada dalam Syurga,
kerana masing-masing tidak akan beroleh di alam akhirat melainkan azab seksa jika mereka
mati dengan keadaan kafir.

Pengertian yang ketiga

- "Dunia" itu ialah:

Keadaan hidupnya seseorang di alam dunia ini hingga ke waktu ia mulai meninggal.

Pengertian "Dunia" yang demikian berasaskan hadis Abu Musa Al-Asy`ari yang diriwayatkan oleh
Imam Ahmad dan Al-Hakim, maksudnya: Sesiapa yang menumpukan perasaan kasihnya kepada
"Keadaan hidupnya" di alam dunia ini semata-mata, tidak menghiraukan tanggungjawabnya
terhadap hukum Allah, rosaklah bahkan luputlah kebaikan dan kebahagiaan akhiratnya; dan
sesiapa yang menumpukan perasaan keinginannya dan kegiatan usahanya kepada kebaikan dan
kebahagiaan akhiratnya semata-mata, rosaklah "keadaan hidupnya" di alam dunia ini, oleh itu
tiap-tiap seorang hendaklah mengutamakan kebaikan dan kebahagiaan akhiratnya dengan tidak
melupakan "keadaan hidupnya di alam dunia ini.

Juga berasaskan hadis Anas yang diriwayatkan oleh Ibn `Asakir, maksudnya: Tidaklah dikira
baik sifat orang yang membelakangkan "keadaan hidupnya" di alam dunia ini kerana berusaha
untuk kebaikan dan kebahagiaan akhiratnya semata-mata, juga tidak dikira baik sifat orang yang
membelakangkan kewajipan akhiratnya kerana berusaha untuk "keadaan hidupnya" di alam dunia
ini semata-mata; tetapi baiknya sifat seseorang apabila ia berusaha untuk "keadaan hidupnya" di
alam dunia ini dan untuk kebaikan, kebahagiaan akhiratnya sama, kerana keadaan hidup di alam
dunia ini sungguhpun telah ditetapkan Allah menjadi sebab yang menyampaikan seseorang
kepada kebahagiaan akhiratnya tetapi janganlah seseorang membiarkan dirinya menjadi beban
kepada orang lain menjaga "keadaan hidupnya" di alam dunia ini, bahkan hendaklah ia sendiri
berusaha menjaganya.

Pengertian yang keempat


- "Dunia" itu ialah:

Cara bawaan hidup seseorang di alam dunia ini.

Pengertian "Dunia" yang demikian berasaskan hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Tirmizi
dan lbn Majah, hadis lbn Mas'ud yang diriwayatkan oleh al-Bazzar dan hadis Abu Darda' yang
diriwayatkan oleh Tabarani, yang maksudnya menyatakan: Bahawa apa juga "cara bawaan hidup"
di alam dunia ini serta segala yang berhubung dengan cara bawaan itu, semuanya adalah
terkutuk, kecuali "cara bawaan hidup" yang mengingati akhirat sebagai ingatan yang membawa
kepada melakukan perkara yang diwajibkan dan perkara yang digalakkan oleh Allah serta
menjauhi segala laranganNya.

"Cara bawaan hidup" yang demikian ialah yang menyebabkan orang yang melakukannya dapat
mencapai rahmat Allah, khasnya "cara bawaan hidup" yang berkenaan dengan ilmu agama atau
ilmu yang dikehendaki oleh agama, sama ada mengajarnya atau mempelajarinya, apabila
diamalkan dengan tujuan mendapat keredhaan Allah.

Setelah memahami pengertian "Dunia" yang telah dijelaskan satu persatu itu, maka nyatalah
bahawa "Dunia" dengan pengertian yang pertama, yang kedua dan yang ketiga tidak ada padanya
sebarang keburukan, bahkan semuanya itu adalah nikmat yang dikurniakan Tuhan kepada
manusia untuk masing-masing menentukan nasibnya.

Sesiapa yang menjalankan "cara bawaan hidup", berhubung dengan nikmat-nikmat yang
dikurniakan itu menurut jalan yang diredhai Allah, maka ketiga-tiga jenis dunia itu menjadi
kepadanya seperti yang tersebut pada satu "Athar Islam" yang menyatakan bahawa dunia ini
ibarat kebun tanaman untuk ditanami oleh seseorang semasa hidupnya supaya ia mendapat
hasilnya pada hari akhirat kelak; dan sesiapa yang tidak berbuat demikian, maka dunia ini menjadi
kepadanya seperti yang dinyatakan oleh satu "Athar Islam" lagi, iaitu: "Dunia ini, meliputi segala
kesenangannya, kemewahannya, dan pangkat kebesarannya adalah ibarat bangkai yang dicari-
cari oleh binatang binatang buas". Imam Syafie rahimahullah telah mengulas "Athar" ini dengan
kata-katanya yang bermaksud: Dunia yang tersebut hanyalah bangkai yang dikawal oleh
binatang-binatang buas, sesiapa yang cuba mengambilnya walau sejemput sekalipun, maka ia
akan ditentang oleh binatang-binatang buas itu, dan sesiapa yang menjauhinya, maka selamatlah
ia dari angkara kemarahan binatang-binatang itu."

Jelasnya "Dunia" dengan pengertian yang keempat sahajalah yang boleh bersifat buruk atau baik,
kerana "cara bawaan hidup" terbahagi kepada tiga bahagian:

(1) "Cara bawaan hidup" yang dikeji dan dilarang, iaitu segala apa jua cara bawaan hidup yang
dilakukan dengan keadaan yang menyeleweng dari jalan yang ditetapkan Allah atau Rasul-Nya,
lebih-lebih lagi yang menentang hukum syarak.

(2) "Cara bawaan hidup" yang disuruh dan dipuji, seperti mengerjakan sembahyang, puasa dan
lain-lainnya, baik yang "fardhu" maupun yang "sunat"nya, juga melakukan amal-amal kebajikan
untuk masyarakat umumnya.
(3) "Cara bawaan hidup" yang diharuskan dengan syarat-syarat yang tertentu, seperti berhias-hias
dan bersolek-solek pada tubuh badan, rumah tangga atau kenaikan; berlazat-lazat dengan
makanan, minuman dan lain-lainnya; juga bersukaria dengan permainan dan hiburan. Semuanya
itu diharuskan dengan syarat-syarat yang berikut:

(a) - Tidak melampaui batas hukum syarak, dasar jimat cermat dan peraturan kesihatan; juga
peraturan berjiran atau bergaul.

(b) - Tidak bertujuan menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah atau berlawan-lawan, atas-


mengatasi.

(c) - Tidak meleka atau melalaikan daripada menyempurnakan segala yang diwajibkan Allah atau
yang digalakkan menyempurnakannya.

Syarat-syarat yang tersebut dapat difaham dari maksud ayat 31 Surah al-A'raf, ayat 21 Surah al-
Hadid, ayat 9 Surah al-Munafiqun dan hadis Abu Syuraih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim.

Bahagian yang ketiga itu - dengan tertakluknya kepada syarat-syarat yang tersebut - jika dilakukan
oleh seseorang dengan tujuan mendapat kesihatan dan kecergasan untuk menyempurnakan amal
ibadat kepada Allah serta mencegah diri dari maksiat, juga untuk menjalankan khidmat
yang suci bagi faedah masyarakat, dan untuk memberi pertolongan atau kemudahan kepada
sesiapa yang mustahak diberikan - maka ia akan mendapat pahala dengan sebab tujuannya atau "
niat"nya yang baik itu, sehinggalah bersatu, bersuka-suka dan berlazat-lazat suami isteri pun - jika
dilakukan dengan tujuan mendapat anak yang soleh atau menyekat keinginan daripada yang tidak
diredhai Allah - maka itu juga ada padanya pahala. Demikianlah kandungan ayat 36 Surah
Muhammad dan hadis Abu Zar yang diriwayatkan oleh Muslim.

Dengan itu maka pintu bagi mendapat balasan baik dari Allah Taala sedia terbuka kepada setiap
orang mukmin yang menjalankan kerjanya sehari-hari, meliputi pembesar, pemimpin, kakitangan
pejabat atau lain-lainnya, jika kerja itu dilakukan dengan tujuan baik yang diredhai Allah.

Kesimpulannya, manusia semasa hidupnya berusaha dan beramal untuk alam dunia dan alam
akhirat bersama, tetapi hendaklah diutamakan dan didahulukan perkara akhirat kerana
ajal masing-masing tidak diketahui masa datangnya, boleh jadi senafas dua lagi, boleh jadi
setahun dua lagi.

Kalau dipercayai demikian keadaan ajal masing-masing, maka akan rugi orang yang menyangka
lambat lagi sampai ajalnya dan akan mendapat untung orang yang menganggap sebaliknya.

Misalnya: Dua orang pegawai yang mengetahui dengan yakin bahawa masing-masing tertakluk
kepada perintah bermusafir ke sebuah negeri yang jauh tetapi diberitahu kepada masing-masing
bilakah perintah itu keluar, lalu seorang di antaranya menyangka bahawa perintah itu tidak akan
sampai kepadanya melainkan setelah lalu masa yang panjang, manakala yang seorang lagi
menganggap bahawa perintah itu akan sampai kepadanya satu dua hari lagi, maka orang yang
pertama sudah tetap melengahkan dan melambatkan kewajipannya membuat persediaan yang tak
dapat tidak untuk musafirnya dan orang yang kedua sudah tentu
bersegera menyediakan keperluan musafirnya sambil menyempurnakan
tanggungjawab jawatannya.

Kemudian kalau sangkaan dan anggapan masing-masing itu berlaku sebaliknya maka orang yang
pertama menderita kerugian dan orang yang kedua mendapat keuntungan.

Oleh kerana misal yang tersebut jelas kebenarannya, maka "Athar Islam" yang selalu disebut-
sebut sebagai hadis sahih, yang ertinya: "Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup
selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau mati esok hari" itu,
sayugialah difahamkan maksudnya dengan betul supaya selaras dan secocok dengan maksud
hadis (142) yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Omar, hadis (143) yang diriwayatkan oleh `Amru
bin Maimun dan hadis Abu Musa al-Asy'ari yang dinyatakan dalam pengertian yang ketiga tentang
makna "dunia".

Maksud hadis-hadis yang tersebut menyuruh tiap-tiap seorang.

(1) Sentiasa ingat bahawa Ia sekarang dalam satu perjalanan yang dikehendaki ia singgah
sebentar di dunia ini untuk mengambil bekal seberapa cepat yang boleh, kerana ia pada bila-bila
masa sahaja akan diperintahkan meneruskan perjalanannya.

(2) Sentiasa bersegera mengerjakan amal-amal soleh sebelum datangnya keadaan yang
melemahkan tenaga dan kesanggupannya berbuat demikian, supaya ia jangan menanggung
kerugian yang tidak putus-putus.

(3) Sentiasa memberi keutamaan kepada usaha beramal untuk negeri akhirat yang nikmatnya
kekal abadi dan cukup sempurna.

Oleh itu marilah kita berdoa dan merayu ke hadrat Allah yang amat mengasihani semoga kita
semua diberikannya hidayah dan taufik supaya dapat mengisi masa hidup kita dalam alam dunia
ini dengan segala cara bawaan hidup yang bertujuan mendapat rahmat Allah dan keredhaannya di
dunia dan di akhirat.

Di sini kami sudahi dengan mengucap syukur ke hadrat Allah Yang Maha Pemurah, yang telah
mengurniakan hidayah dan taufik kepada kami sehingga dapat berusaha - dengan sedaya
upaya kami - menyusun jilid yang pertama ini dengan satu susunan yang kami harap pembaca-
pembaca Bahasa Kebangsaan boleh mengambil manfaat untuk kebahagiaannya dunia dan di
akhirat dengan masyi'ah Tuhan yang bersifat dengan kesempurnaan.

Mudah-mudahan jilid yang kedua dan yang ketiga akan diusahakan dengan sempurna dengan izin
Allah Taala.

‫ي ُكنﱠا َو َما لِھَ َذا ھَ َدانَا الﱠ ِذي ِ ﱠ ِ ْال َح ْم ُد‬َ ‫ﷲُ ھَ َدانَا أَ ْن لَ ْو َال لِنَ ْھتَ ِد‬‫ ﱠ‬، ‫ك َربﱠنَا يَا‬ َ َ‫َك َما ْال َح ْم ُد ل‬
‫ك لِ َج َال ِل يَ ْنبَ ِغي‬
َ ‫ك َولِ َع ِظ ِيم َوجْ ِھ‬َ ِ‫طان‬ َ ‫ س ُْل‬، ‫ك‬ َ َ‫صى ال ُس ْب َحان‬ ِ ْ‫ك ثَنَاء نُح‬ َ ‫ت َعلَ ْي‬ َ ‫َك َما أَ ْن‬
َ ‫ك َعلَى أَ ْثنَي‬
‫ْت‬ َ ‫نَ ْف ِس‬, ‫ص ﱢل اللﱠھُ ﱠم‬
َ ‫ق لِ َما الفَاتِح ُم َح ﱠم ٍد َسيﱢ ِدنَا َعلَى َو َسلﱢ ْم‬ َ ‫الخاَتَم أُ ْغ ِل‬
ْ ‫لِ َما َو‬
‫اصر ‪َ ,‬سبَ َ‬
‫ق‬ ‫ق النﱠ ِ‬‫ق ال َح ّ‬ ‫ك إِلَى ْالھَا ِدىْ بِ ْال َح ﱢ‬ ‫ص َراطَ َ‬ ‫صلﱠى ْ‬
‫‪,‬ال ُم ْستَقِيْم ِ‬ ‫َو َعلَى َو َسلﱠ َم ﷲ َ‬
‫صحْ بِ ِه آلِ ِه‬
‫ق َو َ‬ ‫ان ْال َع ِظي ِْم َو ِم ْق َد ِ‬
‫ار ِه قَ ْد ِر ِه َح ﱠ‬ ‫صفُ ْو َن َع ﱠما ْال ِع ﱠز ِة َربﱢ َربﱢ َ‬
‫ك ُس ْب َح َ‬ ‫يَ ِ‬
‫‪.‬ال َعالَ ِمي َْن َربﱢ ِ َو ْال َح ْم ُد ْال ُمرْ َسلِي َْن َعلَى َو َسال ٌم‬‫ْ‬