Anda di halaman 1dari 13

Strategi Pengajaran Sains kanak kanak secara inkuiri.

1.0 Pengenalan
Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara dan
mencari jawapan kepada penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatian
dan pengukuran yang teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori.
Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira
kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. (Herank, 2000). Inkuiri adalah
akriviti yang melibatkan proses membuat pemerhatian, mengemukakan soalan,
meneliti buku buku dan sumber maklumat lain bagi memastikan apa yang sudah
diketahui, merancang dan menjalankan eksperimen, menyemak semula apa yang
sudah diketahui berdasarkan bukti eksperimen, menggunakan alat mencari dan
menganalisis serta mengintrerptasikan data, mencadangkan jawapan penjelasan
serta ramalan dan berkomunikasi menyebarkan keputusan ataupun maklumat yang
diperoleh.
Pengajaran berorientasikan inkuiri melibatkan kanak kanak dalam
penyiasatan sains. Proses inkuiri didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan
memahami sesuatu ataupun menyelesaikan masalah. Proses inkuiri bermula
daripada sesuatu pemerhatian yang menarik minat dan seterusnya menimbulkan
persoalan. Sifat ingin tahu seterusya meransang tindakan supaya terus membuat
pemerhatian, pertanyaan, ramalan, hipotesis dan konsep awal. Proses mental itu
adalah seperti membuat pemerhatian, pengelasan,

pengukuran, meramal,

menerangkan, membuat inferens dan sebagainya. Proses yang digunakan bagi


mendapatkan penyelesaian, fakta konsep atau prinsip adalah inkuiri. Hasil yang
diperoleh daripada proses ini disebut penemuan atau dapatan.
Pembelajaran inkuiri penemuan dapat dilaksanakan melalui strategi
penyoalan, perbincangan, tunjuk cara, eksperimen dan pembelajaran kolaboratif.
Kemahiran inkuri asas yang perlu kanak kanak pelajari adalah bertanya soalan.
Strategi penyoalan amat penting dalam kaedah inkuiri. Ia dapat membantu proses
pembelajaran dan pemikiran murid. Soalan-soalan terbuka seperti berbentuk
mengapa dan bagaimana memerlukan murid membuat huraian. Ini menghasilkan
tindak balas reflektif dan mengembangkan pemikiran intelektual murid. Inkuiri adalah

satu proses berterusan. Oleh itu, kaedah inkuiri bertujuan menghasilkan murid yang
dapat menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang yang lebih luas
bagi tujuan yang lebih bermakna.
Contohnya seperti tajuk Haiwan. Guru perlu bertanya soalan soalan
pengetahuan berkaitan tajuk berkenaan. Kanak kanak perlu menjelaskan atau
menghuraikan

konsep,

membuat

perbandingan

dan

mencari

persamaan,

mencadangkan alternatif atau meramalkan kemungkinan hasilan atau kesan.


Perbincangan dalam kumpulan kecil melibatkan semua kanak kanak secara
aktif dalam memberikan pelbagai idea, bertukar tukar maklumat dan pendapat dan
perdebatan.
Tunjuk cara boleh dilakukan dengan menggunakan bahan bahan yang ada
di persekitaran mereka dan membuat ramalan atau hasilan yang mungkin terjadi .
Eksperimen mudah serta kajian lapangan atau lawatan luar menggalakkan
pembelajaran inkuri dalam konteks sebenar.
Pembelajaran kolaboratif ialah pendekatan di mana murid murid dapat
meningkatkan nilai sosial dan kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah
disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif dan
kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini
menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
2.0 PENDEKATAN INDUKTIF
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumatmaklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan
pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi
mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang
diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir
maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat
generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.
Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu
kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata
pelajaran, khususnya matematik, sains dan bahasa. Pendekatan induktif bermula
2

daripada spesifik kepada umum, iaitu dengan sesuatu sebab atau contoh dan
menuju ke arah sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek dan W. Gibson, 1960). Hal ini
bermaksud seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai sesuatu konsep
atau generalisasi berdasarkan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperolehi.
Contoh mesti relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Untuk
mendapatkan sesuatu generalisasi, murid - murid digalak memberi contoh yang
sesuai. Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif,
guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan
oleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan
untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.
Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang
berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal
jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri. Jenis contoh khusus yang diberikan
haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk
membolehkan murid mengenalpasti.
Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga
digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa. Alat bantu mengajar harus
disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan.

CONTOH PENGAJARAN INDUKTIF SAINS INKUIRI:


1. Guru beri masalah/perkara untuk buat penyiasatan.
2. Contohnya: Pemakanan dan gigi haiwan.
3. Murid bekerja berpasangan dalam kumpulan dengan guru memberikan gambar
gambar haiwan.
4. Murid diminta membina kategori haiwan tersebut berasaskan makanan haiwan.
5. Murid buat kategori/klasifikasi dan melabel, sesekali berkongsi kategori mereka dengan
pasangan lain.
6. Guru membantu membina konsep dengan beri nama saintifik kepada setiap kategori.
7. Guru tunjuk spesimen dan meminta pelajar ramal struktur gigi haiwan.
8. Guru minta pelajar kumpul spesimen tambahan dan masukkan ke dalam kategori yang
mereka telah bina.

3.0 PENDEKATAN DEDUKTIF (umum kepada spesifik)


Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada
suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan
aplikasinya ke atas contoh-contoh yang dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan
untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus,
prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui.
Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar
yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang
komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus,
prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk
diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.
Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif iaitu penyelesaian masalah, membuat
generalisasi baru dan membukti hipotesis. Konsep pendekatan deduktif perlulah
berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Shipley, 1968): Guru mencadangkan masalah
4

yang mencabar dan membantu murid-murid menganalisis masalah. Guru akan


membantu

murid-murid

memilih

tindakan

atau

pemikiran

yang

boleh

dipertimbangkan. Guru menjadi sumber maklumat kepada murid dan mengarahkan


murid bergerak daripada prinsip atau prosedur am yang betul sebelum mereka mahir
menggunakannya. Elakkan daripada memberi jawapan kepada murid dan galakkan
mereka menggunakan langkah-langkah yang sudah diketahui bagi menyelesaikan
masalah tersebut sendiri. Pastikan murid mencari penyelesaian masalah tersebut
dan cadangkan bagaimana mereka memastikan jawapan mereka sama ada betul
atau salah.
Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, kaedah inkuiri melalui pendekatan
deduktif, murid dikehendaki mencari fakta-fakta atau maklumat-maklumat tertentu
yang berkaitan dengan masalah yang berkaitan dengan masalah yang dikemukakan
proses mencari maklumat itu akan dipandu oleh generalisasi dan kesimpulan
sesuatu diterima umum. Murid tidak perlu membuat sebarang generalisasi kerana
generalisasi telah diberikan pada peringkat awal. Sebaliknya murid hanya perlu
mencari fakta dan maklumat dengan berpandukan kepada generalisasi yang
diberikan.
CONTOH PENGAJARAN DEDUKTIF SAINS INKUIRI
STANDARD KANDUNGAN: PENYERAPAN
1. Guru menerangkan tentang keupayaan bahan menyerap air.
2. Guru menerangkan objek yang boleh menyerap air dan kalis air.
3. Murid menjalankan aktiviti bagi mengenal pasti objek dan bahan yang boleh
menyerap air dan kalis air.
4. Guru menunjukkan jadual pengelasan.
5. Murid mengelas bahan yang boleh menyerap air dan kalis air dengan
menjalankan aktiviti.
6. Murid membuat urutan jenis bahan mengikut keupayaan menyerap air dengan
menjalankan penyiasatan.
7. Murid menjelaskan pemerhatian melalui jadual dan penulisan.
5

4.0 5 E
Model

pengajaran

berdasarkan

pendekatan

konstruktivisme,

yang

mengatakan bahawa murid murid membina idea-idea baru di atas idea-idea lama
mereka. 5 E boleh digunakan dengan murid semua peringkat umur, termasuk orang
dewasa. 5 E membolehkan murid - murid dan guru-guru untuk mengalami aktiviti
biasa, menggunakan dan membina pengetahuan dan pengalaman yang terdahulu,
membina makna, dan untuk terus menilai pemahaman mereka konsep.
Setiap 5 E menerangkan fasa pembelajaran, dan setiap fasa bermula dengan huruf
"E". Engage, Explore, Explain, Elaborate, and Evaluate.
Engage (Fasa Orientasi):
Guru membuat hubungan antara pengalaman pembelajaran dahulu dan sekarang.
Guru menjangka aktiviti dan menumpukan pemikiran murid - murid kepada hasil
pembelajaran aktiviti semasa. Murid - murid perlu menyediakan diri supaya terlibat
dalam

konsep,

proses,

atau

kemahiran

yang

perlu

dipelajari.

Explore (Meneroka): Fasa ini menyediakan murid murid dengan asas biasa
pengalaman. Mereka mengenal pasti dan membangunkan konsep, proses, dan
kemahiran. Semasa fasa ini, murid - murid secara aktif meneroka persekitaran
mereka atau memanipulasi bahan.
Explain (Menerangkan) : Fasa ini membantu pelajar menjelaskan konsep yang
mereka telah terokai. Mereka mempunyai peluang untuk menyuarakan kefahaman
konseptual mereka atau untuk menunjukkan kemahiran atau tingkah laku baru. Fasa
ini juga menyediakan peluang untuk guru-guru untuk memperkenalkan definisi dan
penjelasan bagi konsep, proses, kemahiran, atau tingkah laku.
Elaborate (Huraikan): Fasa ini menambahkan pemahaman konsep murid - murid
dan membolehkan mereka untuk mengamalkan kemahiran dan tingkah laku. Melalui
pengalaman baru, murid membangunkan pemahaman yang lebih mendalam dan
meluaskan konsep utama, mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bidang
kepentingan, dan menghalusi kemahiran mereka.

Evaluate (Menilai): Fasa ini menggalakkan pelajar untuk menilai kefahaman dan
kebolehan mereka.Guru menilai kefahaman konsep utama dan pembangunan
kemahiran murid - murid.
5.0 Model konstruktivisme 5 - fasa Needham.
Bil

Fasa

Tujuan/Kegunaan

Kaedah

Orientasi

Menarik minat

Amali penyelesaikan masalah


sebenar, tunjukcara oleh guru,

tayangan filem, video dan


keratan akhbar
Pencetusan Idea

II

Kenal pasti pengetahuan Amali, perbincangan dalam


sedia ada

kumpulan kecil, pemetaan


konsep dan laporan

Penstrukturan

Menghubungkan

Perbincangan dalam kumpulan

semula idea

pengetahuan sedia ada

kecil dan buat laporan,

dengan isi kandungan

pembacaan, input guru.Amali,

baru.

kerja projek, eksperimen,

i. Prnjelasan dan
pertukaran
III

tunjukcara guru

ii.Pendedahan
kepada situasi
konflik
iii. Pembinaan idea

baru. PENGAJARAN MODEL KONSTRUKTIVISME 5 - FASA NEEDHAM.


CONTOH
STANDARD
KANDUNGAN: MAGNET
iv. Penilaian
IV

ORIENTASIGuruidea
menunjukkan
iklandalam
susu situasi
AnmumPenulisan
dimana budak
tersebut
Penggunaan
Aplikasikan
sendiri
kerja projek
baru
menggunakan kereta untuk
mengambil sudu yang jatuh di bawah kerusi.
PENCETUSAN
IDEA Guru
bertanya
kepada
murid
murid kepada
Renungan kembali
Menyedari
sejauh
mana
Penulisan
kendiri, sudu

V melekat pada kereta?

idea terdahulu telah

perbincangan kumpulan,

berubah.
catatan peribadi dan lain-lain.
PENSTRUKTURAN IDEA- Guru membuat eksperimen pergerakan magnet.
Murid membuat hipotesis awal. Perbincangan kumpulan fungsi magnet dalam
kehidupan seharian.
PENGGUNAAN IDEA- Murid murid menyatakan fungsi magnet.
7
PENUTUP- Murid murid membuat refleksi
dan kesimpulan.

1.1111.111ncnx1cnbb1n

Analisis Maklumbalas Kemahiran Mikro


8

Komponen Kemahiran Menerang


7

3
Bilangan
2

Jadual 1: Kemahiran Menerang

Semua pemerhati berpendapat guru pelatih mempunyai perubahan dalam


nada pertuturan

dari segi ton, kelantangan suara.Guru pelatih tidak boleh

menggunakan nada dan kelangsingan suara yang sama sahaja dalam sesuatu
pengajaran. Bila memberi penekanan terhadap isi penting pelajaran nada suara
perlu lebih kuat.
9

Semua pemerhati berpendapat guru pelatih menggunakan berhenti sejenak


bagi memberi penekanan terhadap soalan atau isi penting pelajaran.Guru pelatih
memberi peluang kepada murid murid untuk mendengar soalan dan berhenti
sejenak sebelum memberi peluang kepada pelajar untuk menjawab. Guru pelatih
telah dapat mengulang isi penting ketika sesi penerangan berlangsung
Pergerakan anggota guru pelatih perlu dipertingkatkan kerana pemerhati 1
berpendapat guru pelatih tidak mempunyai pergerakan anggota badan. Seorang
guru pelatih yang ekspresif akan menggunakan mata serta tangan untuk
menekankan isi isi pelajaran yang penting. Murid murid akan menumpukan lebih
banyak perhatian kepada proses pengajaran kerana tertarik kepada gaya dan aksi
guru pelatih tersebut.
Pergerakan guru pelatih perlu diperbanyakan kerana dua pemerhati
berpendapat guru pelatih kurang pergerakan. Dari semasa ke semasa dalam
pengajaran, seorang guru pelatih perlu membuat pergerakan kiri ke kanan dalam
bilik darjah yang dapat mengurangkan kebosanan murid murid.
Penggunaan papan putih adalah menyeluruh di mana guru melukis gambar
tumbuhan untuk memberikan penerangan yang lebih jelas. Guru pelatih perlu
meningkatkan penggunaan papn putih dengan mempelbagaikan warna pen dan
menulis isi penting di papan putih,
Penglibatan murid adalah menyeluruh di mana guru memberi peluang kepada
murid untuk menjawab soalan dan memberikan idea kepada isi penerangan. Selain
itu aktiviti melukis di akhir fasa imiginasi memberi peluang untuk murid murid
berfikir dan mengingat kembali isi pelajaran. Namun guru perlu menambahkan
pemusatan kepada murid.
Semua pemerhati berpendapat guru pelatih menggunakan alat bantu lihat
dan dengar yang jelas dan relevan, menarik, bahasa dan penggunaan ayat mudah
difahami. Namun penggunaan slaid animasi ketika di slaid power point perlu
diberikan penekanan supaya sesuai dengan soalan soalan yang ditujukan. Ketika
slaid ditayangkan, nama pokok tumbuhan ditunjukkan dahulu sebelum gambar
tumbuhan tersebut.

10

Pemerhati berpendapat penggunaan contoh perlulah mudah, menarik dan


relevan. Contoh pokok pokokyang diberi perlulah dekat dengan persekitaran diri
murid- murid. Guru tidak perlu menunjukkan gambar pokok pokok yang susah atau
yang tidak terdapat di Malaysia..
Penyusunan idea guru pelatih agak terabur dan boleh dimantapkan lagi
dengan menyusun idea dan acara mengikut fasa dan masa yang ditetapkan. Guru
pelatih perlu menyatakan isi penting secara lisan dan bertulis untuk meningkatkan
kefahaman murid murid. Teknik guru pelatih untuk penutup boleh dipertingkatkan
lagi.
Secara keseluruhannya pemerhati berpendapat bahan bantu mengajar iaitu
slaid menarik tetapi boleh dipertingkatkan penggunaannya supaya sesuai dengan isi
pelajaran. Suara guru pelatih jelas dan mempunyai pelbagai nada namun
pergerakan

anggota

badan

guru

perlu

dipertingkatkan.

Guru

perlu

lebih

bersemangat untuk mengajar dengan menggerakkan anggota tangan dn mata.


Selain itu , guru perlulah berjaya mengawal kelas dengan prihatin terhadap
keperluan murid murid untuk pergi ke bilik air atau sakit. Guru perlu meningkatkan
kontak mata dengan murid murid.

Komponen Bahan Sumber

11

7
6
5
4
3
Bilangan

2
1
0

Jadual 2 : Penggunaan bahan sumber

Bahan sumber yang digunakan ialah slaid power point dan contoh pokok.
Pemerhati berpendapat bahan sumber yang digunakan memberi penjelasan pada
topik dan bahan sumber

memberi gambaran sebenar terhadap idea yang

dibentangkan.
Namun bahan sumber yang digunakan perlulah menekankan ciri ciri
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sebahagian pemerhati berpendapat
bahan sumber tiada unsur unsur yang menjanan minda murid murid secara kritis
dan kreatif.
Bahan sumber yang disediakan sesuai dengan usia, tahap kecerdasan dan
kebolehan murid murid. Seorang pemerhati berpendapat guru perlu melihat

12

kesesuaian persekitaran dengan bahan sumber yang disediakan. Guru pelatih boleh
menggunakan pelabagai bahan sumber yang terdapat di luar darjah untuk
menimbulkan keseronokkan kepada murid murid. Guru boleh membawa murid ke
taman Sains atau luar bilik darjah untuk melihat persekitaran yang berkaitan dengan
tumbuhan.
Guru tidak menjalinkan dengan baik aktiviti seterusnya selepas mengunakan
bahan sumber yang disediakan.Guru perlu mengaitkan bahan sumber dengan isi
pelajaran yang seterusnya supaya murid murid dapat mengingati isi pelajaran.

13