Anda di halaman 1dari 2

Bahagian A

i.

Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang aktiviti aktiviti yang terdapat dalam gambar .

Bahagian B
Pilih satu dari pada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Gambarkan suasana di pasar malam di tempat anda.
2. Industri pelancongan dapat menaikkan nama negara Malaysia. Cadangkan bagaimana
industri pelancongan dapat menaikkan nama negara kita.
ATAU
3. Faktor keselamatan amat penting kepada pengguna jalanraya .Kamu telah mewakili
sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan ialah "Caracara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya".
Tulis teks syarahan kamu selengkapnya.

Bahagian C

Tuliskan lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Aidil merupakan seorang murid yang malas dan nakal. Dia suka mengusik kawankawannya yang sedang belajar di dalam kelas. Semua kawan sekelasnya tidak menyenangi
sikap Aidil. Pada suatu hari, Cikgu Aminah telah mengadakan ujian bulanan bagi matapelajaran
bahasa Melayu. Aidil tidak terkejut dengan hal itu, walaupun dia tidak mengulangkaji pelajaran
tersebut. Ketika ujian berlangsung, Aidil tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Lalu dia
meniru kertas jawapan kawannya. Tanpa disedari, Cikgu Aminah ternampak perbuatan Aidil.
Akibatnya keputusan ujian Aidil digantung .Aidil sungguh kecewa dan marah dengan tindakan
Cikgu Aminah. Selepas tamat waktu persekolahan, Aidil terus pulang ke rumah dengan
menunggang basikal. Dia asyik memikirkan cara untuk membalas dendam terhadap Cikgu
Aminah. Tiba-tiba tayar basikalnya pancit sedangkan rumahnya masih jauh. Jadi, dia terpaksa
mengheret basikalnya. Ketika itu, cuaca amat panas terik. Kepanasan itu menyemarakkan lagi
kemarahan Aidil. Nasib Aidil ibarat, sudahjatuhditimpatangga. Di sekolah, keputusan Aidil
digantung, pulang dari sekolah pula, basikal meragam.