NAME
MATRIC NUMBER
630308125595002
IC NUMBER
630308125595
TELEPHONE NUMBER
0195864000/0145624000
E-MAIL ADDRESS
dato_j4000@yahoo.com
LEARNING CENTRE
PENGENALAN
Tajuk Cerpen
Mutiara Bonda
Biodata Penulis
OSMAN AYOB ( Osman bin Ayob ) LAHIR : 18 April 1951, di Kampung Alur Gelenggang,
Sungai Daun, Yan, Kedah. ALAMAT : 6, Lorong 8, Taman Mewah Jaya, 08000 Sungai
Petani, Kedah Darul Aman. OSMAN AYOB dikenali sebagai penulis apabila cerpennya
bertajuk Detik yang Tergugat memenangi hadiah pertama dalam Sayembara Cerpen ESSOGAPENA III pada tahun 1981.
Sinopsis
Bonda menerima sepucuk surat daripada anak lelaki tunggalnya, adik yang menuntut di
Jordan. Surat itu telah mengembalikan ingatan bonda terhadap peristiwa yang berlaku kirakira sepuluh tahun yang lalu. Mohd Harraz ataupun dipanggil adik merupakan anak bonsu
daripada empat beradik yang sangat nakal, manja, degil dan panas baran. Namun, sikap
negatifnya itu diterima oleh bonda dengan cekal dan sabar. Bonda tidak pernah menggunakan
kekerasan ataupun menghamburkan kata-kata yang kurang enak dalam mendidik adik.
Adik juga malas belajar, selalu ponteng sekolah, dan sering mendapat nombor tercorot di
dalam kelas. Adik tidak seperti kakak-kakaknya yang berjaya dalam pelajaran. Kak Long kini
menuntut di Universiti Southwestern, Texas manakala Kak Ngah menuntut di Universiti
Monash, Australia. Kakak ketiganya, Kak Cik kerap menegur sikap adik. Adik bukan sahaja
tidak mendengar nasihat Kak Cik malah membalasnya dengan kata-kata kesat. Adik tidak
kasihan kepada bonda yang mengambil upah menjahit, bersawah padi dan meoreh getah
untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Ketika awal darjah enam, adik mengambil keputusan mengejut, iaitu ingin berhenti sekolah
dengan alasan tidak berminat untuk belajar. Walhal bonda meletakkan harapan yang tinggi
agar adik bergelar ustaz pada suatu hari nanti. Bonda mahu adik mewarisi kealiman arwah
suaminya, Lebai Sidi. Lebai Sidi telah dianiyai orang dan dituduh sebagai pengedar dadah.
Lebai Sidi mati di penajara akibat sakit jantung ketika bonda mengandungkan adik. Bonda
beranggapan adik bersikap sedemikian kerana jiwa bonda tidak pernah tenteram sejak
peristiwa pahit yang menimpa suaminya. Bonda juga hampir-hampir menggugurkan
kandungannya tetapi telah dihalang oleh arwah datuk.
2
Suatu hari adik mengalami kemalangan jalan raya. Motosikal yang ditunggang oleh adik
bertembung dengan sebuah kereta dari hadapan ketika adik cuba mengelak daripada
melanggar seekor kucing. Kemalangan tersebut telah menyedarkan adik atas kesalahannya
selama ini. Bonda amat gembira apabila adik menyuarakan hasrat untuk menyambung
pelajarannya semula. Adik dihantar ke sekolah pondok. Selepas mengambil PMR, SPM,
SMRA, STA dan 4 Thanawi, adik memohon ke institut Tahfiz Al-Quran. Selepas bertahuntahun mendalami Al-Quran, adik berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.
Adik akan menamatkan pengajiannya tiga bulan lagi. Akhirnya, impian bonda untuk melihat
adik menjadi ustaz tercapai juga.
MENGANALISIS
Tema
Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anak lelaki yang melakukan pelbagai
kenakalan hingga berjaya.
Persoalan
a) Kasih sayang yang menebal dalam diri seorang ibu
b) Bertawakal dan memohon pertolongan daripada Tuhan
c) Kepentingan menuntut ilmu dalam kehidupan.
d) Keciciran murid luar bandar.
Plot
Permulaan
Bonda menerima sepucuk surat daripada adik yang menuntut di Jordan. Surat itu telah
mengembalikan ingatan bonda ketika membesarkan adik atau nama penuhnya Mohd. Harraz
sepuluh tahun yang lalu.
Perkembangan
Adik, anak tunggal lelaki yang nakal, manja, dan degil. Dia akan mengamuk jika
permintaannya tidak dipenuhi. Adik langsung tidak berminat untuk belajar. Ketika awal
darjah enam, dia mahu berhenti sekolah. Keputusan adik itu menghancurkan harapan bonda
yang menginginkan adik menjadi ustaz bagi menggantikan tempat arwah suaminya, Lebai
Sidi.
Klimaks
Pada suatu malam, adik terlibat dalam kemalangan. Dia mendapat kecederaan kerana
motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta. Sejak peristiwa itu, adik
insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasrat untuk menyambung pelajarannya semula.
Peleraian
Adik melanjutkan pengajiannya ke Universiti ai-Bayt, Jordan. Sepucuk surat yang diterima
daripada adik yang menyatakan bahawa dia akan pulang ke tanah air selepas tamat
pengajiannya tiga bulan lagi benar-benar membahagiakan banda.
Gaya Bahasa
Simile. Contoh: ibarat pengumpul setem; adik ibarat penyelamat kekuatan bonda;
bagaikan terhumban ke jurang zulmat.
Pengulangan. Contoh: buang masa, buang idea, buang dakwat pen, buang kertas, dan
buang duit setem sahaja.
Hiperbola. Contoh: berasap-asap bora meluat; kata-kata berapi yang membakar kepala.
Sinkope. Contoh: "Apa, kau ingat banda tu patung ke?"; "Kalau UPSR pun tak sempat
nak ambil, nak buat apa.
Peribahasa. Contoh: bertikam lidah; musuh dalam selimut; bendera putih; dayung sudah
di tongon, sampan sudah di tengah lautan.
Nilai
a) Kasih sayang
b) Kesabaran
c) Bertanggungjawab
d) Kegigihan
5
e) Keinsafan
f) Kesyukuran
Pengajaran
a) Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dalam hidup.
b) Kita hendaklah senantiasa berserah kepada Tuhan.
c) Kita mestilah menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.
d) Kita hendaklah menunjukkan nilai-nilai baik terhadap anak-anak.
e) Sebagai anak, kita hendaklah hormat akan orang tua kita.
f) Kita hendaklah bertaubat dan insaf atas kesalahan yang telah dilakukan.
g) Kita perlulah bersyukur apabila permintaan atau doa kita dimakbulkan Tuhan.
PENILAIAN PRINSIP
Berdasarkan hasil kajian, jelas menunjukkan teks yang sesuai digunakan dalam pengajaran
Komsas adalah teks yang bersifat mudah difahami dan menarik. Sesebuah teks cerpen dan
novel perlulah dapat meningkatkan kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar. Hai ini
bertepatan dengan pendapat Ab. Rahman Ab. Rashid dalam buku Harun Jaafar dan Abdul
Halim Ali (2002:124) yang menyatakan bahawa antara faedah di sebalik pengajaran sastera
dalam mata pelajaran BM ialah pelajar akan dapat mempelajari dan menguasai kemahiran
berbahasa yang meliputi pelbagai aktiviti. Dalam erti kata yang lain, pengajaran sastera
mampu membekalkan pelajar dengan kemahiran mendengar, bacaan dan penulisan. Selain
itu, menurut Nunan, dalam Haji Mohd Janit Mohd Johari, Ahmad Jaffni H.M. Hassan dan
Abdul Rashid Ali, (1991:1074), ciri-ciri penting yang ada perlu ada dalam sesuatu bahan
pengajaran ialah bahan-bahan teks hendaklah berkait rapat dengan sukatan pelajaran, sama
ada tulen atau sejati, dapat merangsangkan interaksi bahasa, dan juga dapat memberikan
peluang kepada para pelajar mengaplikasikan kemahiran berbahasa yang diperlukan di luar
bilik darjah.
Selain itu, dapatan membuktikan bahawa sesebuah teks cerpen dan novel yang dipilih dalam
pengajaran Komsas perlulah baik dan bermutu . Pemilihan teks yang sesuai dan dapat
dihayati juga sesuai digunakan dalam pengajaran Komsas. Akhir sekali ialah teks yang
mudah dan popular. Ada yang bersetuju teks yang mudah dan popular sesuai dipilih untuk
dijadikan bahan pengajaran Komsas. Oleh sebab itu, majoriti pelajar meminati bahan sastera
yang popular atau disukai ramai.
Dapatan kajian mengenai teks cerpen adalah sesuai, teks yang baik dan bermutu selari dengan
pendapat Mahzan Arshad (2003:162) iaitu bahan yang dapat menarik perhatian pelajar pada
peringkat ialah bahan yang mempunyai kualiti seni bahasa dan sastera yang bermutu tinggi.
Bahan kesusasteraan yang berkualiti ialah bahan yang mempunyai susunan plot yang teratur,
watak yang pelbagai, tema yang universal, gaya yang menarik dan sudut pandangan yang
berkesan serta nilai dan pengajaran yang memberi kesan kepada pelajar atau pembaca.
Berdasarkan hasil dapatan dan perbincangan hasil kajian sebelum ini, pengkaji dapat
membuat satu rumusan ringkas yang merangkumi persoalan kajian yang hendak dijawab
dalam kajian ini. Persoalan pertama iaitu kasih sayang yang menebal dalam diri seorang ibu
7
begitu menyentuh hati dan membuktikan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tiada
tandingan. Unusr-unsur agama juga turut sielitkan seperti bertawakal dan memohon
pertolongan daripada tuhan. Kepentingan menuntut ilmu dalam hidup juga turut diterapkan
dalam novel ini.
Secara keseluruhannya, pelajar memahami cerita dan isi kandungan bahan yang dibaca dalam
teks Komsas. Bahan sastera atau bahan Komsas yang disediakan di sekolah menambah minat
membaca dalam kalangan pelajar. Pengajaran guru juga jelas dan mudah difahami dan
keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar serta bahan multimedia dapat membantu
pelajar dalam pembelajaran Komsas. Selain itu, pengajaran Komsas juga mampu membentuk
sikap dan sahsiah pelajar. Nilai yang dipelajari perlu dihayati dan diaplikasi dalam kehidupan
seharian.
RUMUSAN
Meneliti kepada jenis bahan sastera yang diminati oleh para pelajar sama ada yang
dibekalkan di sekolah atau pun tidak, genre cerpen merupakan genre yang paling diminati
oleh para pelajar. Hal ini mungkin disebabkan kesukaran pelajar memahami bahasa dan
maksud dalam puisi tradisional, prosa tradisional dan sajak. Secara keseluruhannya, pelajar
sekolah menengah lebih meminati genre cerpen dalam pengajaran Komsas. Pelajar juga
meminati pengajaran Komsas kerana dapat membantu mereka mendapatkan markah yang
baik dalam mata pelajaran BM.
Pada keseluruhannya, saya mempunyai persepsi yang tinggi atau positif terhadap
penggunaan bahan sastera terutamanya teks cerpen dan novel dalam pengajaran Komsas.
Saya mempunyai pandangan yang positif terhadap pemilihan cerpen Mutiara Bonda
sebagai teks rasmi dalam KOMSAS. Persepsi saya dipengaruhi oleh sifat bahan sastera itu
sendiri. Bahan sastera yang mudah difahami dari segi jalan cerita dan isi kandungannya
mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pengajaran Komsas selain meningkatkan minat
membaca dalam kalangan pelajar. Saya bersetuju bahawa cerpen ini mampu menambah
minat membaca dalam kalangan pelajar. Menurut Koh Boh Boon (1996:74) yang mengatakan
bahawa buku sastera yang digunakan dalam pengajaran sastera dalam pendidikan BM
misalnya novel bukan sahaja dapat menyuburkan daya penghayatan murid terhadap
keindahan bahasa Melayu, tetapi juga menghiburkan hati mereka dan seterusnya menanam
dan memelihara kebiasaan mahu dan suka membaca selepas mereka meninggalkan bangku
sekolah dan menjadi orang dewasa kelak.
Saya mempunyai persepsi yang tinggi terhadap kemampuan pengajaran Komsas
cerpen ini dapat membentuk sikap dan sahsiah pelajar serta nilai yang dipelajari melalui
pengajaran Komsas perlu dihayati dan diaplikasi dalam kehidupan seharian. Menurut Ab.
Rahman Ab. Rashid dalam Harun Jaafar dan Abdul Halim Ali (2002:123) iaitu karya-karya
sastera yang meliputi pelbagai genre bagi tingkatan satu hingga tingkatan lima menerapkan
pelbagai tema; termasuklah kisah kesepaduan hidup bermasyarakat, keamanan negara,
penjagaan alam sekitar dan sebagainya. Kesemua cerita yang disajikan boleh membantu
mempertingkatkan kesejahteraan dan sahsiah pelajar.
Sebagai kesimpulannya, hasil kajian dan penelitian terhadap cerpen mutiara bonda
saya mempunyai persepsi yang tinggi atau positif terhadap pemilihan bahan sastera
9
khususnya nilai yang ada dalam cerpen ini dan ia perlu dihayati dan diaplikasi dalam
kehidupan seharian.
10
BIBLIOGRAFI
Ab. Rahman Ab. Rashid (2002). Teknik pengajaran sastera melayu sebagai komponen wajib
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang berkesan dalam Haron Jaafar, Abdul Halim Ali
(penyelenggara) Bahasa dan Kesusasteraan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Harun Jaafar dan Abdul Halim Ali (2002). Bahasa dan Kesusasteraan. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Haji Mohd Jonit Mohd Johari, Ahmad Jaffni H.M. Hassan dan Abdul Rashid Ali (1991).
Penggunaan teks sebagai bahan pengajaran utama dalam pelajaran menulis karangan. Dewan
Bahasa, 35(12), 1071-1080.
Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Koh Boh Boon (1994). Pengajaran sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
11