Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PEMASARAN

Rancangan pemasaran dibuat bagi mengelakkan daripada risiko buruk terhadap perniagaan. Risiko boleh
dikurangkan dengan adanya maklumat tentang harga dan kuantiti yang ditawarkan di pasaran. Walau
bagaimanapun, maklumat ini tidak boleh disandarkan sepenuhnya memandangkan perubahan harga yang tidak
menentu tertutama barangan segar dan yang mudah rosak banyak berkait rapat dengan quantiti dan lambakan
barangan tersebut di pasaran pada satu-satu masa. Namun, dengan ada maklumat ini adalah lebih baik dari
tiada langsung maklumat yang boleh dirujuk.
Maklumat mengenai trend harga yang lalu boleh membantu meminimumkan risiko. Ia amat membantu dalam
beberapa perkara seperti membuat keputusan tempat penyimpanan barangan sebelum dijual di pasaran atau
membuat keputusan untuk bertanam tanaman alternatif yang sesuai.
Antara perancangan yang perlu dibuat untuk pemasaran adalah:

Menentukan
tempat
jualan
Menentukan tempat jualan adalah penting bagi petani. Tempat jualan haruslah sesuai dan mudah
dikunjungi oleh ramai bakal pelanggan. Dalam beberapa situasi tertentu pekebun ada beberapa pilihan.
Mereka
boleh:
"Menjual
di
tepi
kebun;
"Menghantar
ke
pasar;
"Bekalkan
kepada
pemborong
secara
terus;
"Menjual secara terus kepada peruncit atau syarikat besar yang menpunyai banyak kedai runcit atau
pasaraya;
"Menjual kepada syarikat yang mempunyai perjanjian atau kontrak untuk membeli tanaman;
"Menjual
secara
terus
kepada
pengguna
di
pekan/bandar.

Lebih jauh rantaian pasaran yang dilalui oleh petani, lebih tinggilah harga yang akan ditawarkan oleh
pasaran kepada petani. Walau bagaimanapun, harga jualan yang lebih tinggi tidak bermakna petani
dapat memaksimumkan pendapatan mereka. Ini bergantung pula kepada kos yang terlibat dalam
pengurusan jualan kepada pengguna akhir atau pelanggan. Sebagai contoh, kos boleh meningkat dari
kebiasaan jika jenis pengangkutan yang sesuai tidak dipadankan dengan jumlah kuantiti yang kecil
untuk perjalanan yang jauh berbanding hasil yang sama di jual terus kepada orang tengah.
Perbandingan
harga
diterima
Dengan adanya maklumat harga yang tepat, pekebun boleh membezakan harga jualan mereka dengan
harga di pasaran. Oleh itu, para petani berpeluang membuat perbandingan harga terhadap hargaharga yang ditawarkan dari atau kepada orang tengah. Ini bermaksud, para petani mempunyai kuasa
penentu dalam memilih orang tengah yang sesuai yang menawarkan harga yang lebih baik dan
kompetetif berbanding harga semasa di pasaran. Maka, dengan itu, perundingan yang lebih tegas
dapat dilaksanakan seterusnya dapat memperbaiki kualiti dan kuntiti hasil pengeluaran mereka.
Hebahan harga semasa ini juga boleh dimanfaatkan para petani sebagai titik permulaan dalam
perbincang
dengan
orang
tengah.
Perbandingan harga adalah penting kepada petani yang menghantar produk mereka kepada agen atau
pembekal di pasar borong. Petani yang tidak mempunyai sebarang maklumat tentang harga pasaran
hanya akan menerima secara bulat-bulat tentang harga suatu produk dari agen yang menawarkan
untuk
membeli
produk
tersebut
dengan
harga
yang
tertentu.

Urusniaga ini memerlukan petani percaya kepada agen untuk memperolehi harga yang terbaik. Walau
bagaimanapun petani masih boleh membezakan harga yang diterima dengan harga pasaran dengan
pemerhatian yang dibuat sendiri.
Menentukan
untuk
dijual
atau
disimpan
Petani yang mempunyai produk tanaman yang mudah rosak biasanya mempunyai ruang yang kecil
atau singkat untuk memasarkan hasil mereka. Keputusan harus dibuat samada mereka mungkin boleh
mempercepat atau memperlambatkan hasil tuaian mereka dalam beberapa hari. Namun, kebiasaannya
mereka tetap harus menjual hasil tanaman apabila telah capai tempoh matang suatu tanaman tersebut.
Petani yang menghasilkan tanaman bijirin seperti jagung dan padi, atau tanaman seperti bawang dan
ubi mempunyai pilihan yang lebih baik dalam memasarkan hasil tanaman mereka. Mereka boleh
menyimpannya sehingga tahap harga yang lebih tinggi atau sesuai di pasaran dengan menyimpan
hasil
tersebut
di
tempat
penyimpanan
yang
sesuai.

Perkhidmatan maklumat pasaran oleh FAMA mengandungi data tentang trend harga bermusim.
Dengan ini, petani boleh memperolehi idea tentang bentuk atau trend harga bermusim. Sekiranya
harga tuaian tidak akan meningkat sepanjang tahun maka penyimpanan mungkin tidak menguntungkan
Menentukan
sama
ada
menanam
"produk
luar
musim"
Petani mempunyai banyak manfaat jika mempunyai data lalu tentang harga pasaran pada musimmusim tertentu untuk menghasilkan sesuatu produk. Pada masa yang lepas, kebanyakan petani
menghadapi masalah apabila masa tuaian mereka sama dengan petani lain. Hasilnya mereka
mendapat harga yang rendah kerana lambakan produk yang sama di pasaran. Walaubagaimanapun,
dengan teknik moden dan pelbagai pilihan yang ada memungkinkan tuaian dilambatkan dan corak
pengeluaran dapat ditentukan. Data harga pada musim-musim tertentu memberikan maklumat tentang
harga yang dikehendaki oleh petani daripada penghasilan suatu produk luar musim.
Walaupun begitu, kenyataan bahawa petani akan mendapat harga jualan yang tinggi tidak bermaksud
mereka perlu segera merancang untuk penghasilan luar musim. Jika perkara tersebut sebegitu mudah,
semua petani akan melakukan perkara yang sama. Secara amnya penghasilan luar musim melibatkan
pelaburan yang tinggi (contoh, saluran plastik); kos pengeluaran yang tinggi (contoh, racun kawalan
perosak) dan menyebabkan penghasilan yang rendah. Oleh itu, pekerja sokongan diperlukan untuk
membantu petani untuk mengira kos penghasilan bagi menentukan unjuran jangkaan harga jualan
Menentukan
sama
ada
menanam
tanaman
yang
berbeza
Jika tanaman baru boleh meningkatkan hasil pendapatan, petani perlu cenderung untuk cuba
menghasilkannya. Petani harus dibantu untuk mengira sama ada pelaburan untuk menanam tanaman
baru mampu menghasilkan keuntungan atau sebaliknya. Maklumat pada harga pasaran yang lalu perlu
untuk
mereka
membuat
keputusan.
Sebenarnya, petani harus mempertimbangkan untuk mempelbagaikan tanaman baru jika peluang
terbuka luas di pasaran tertentu.

Anda mungkin juga menyukai