Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PINANG

06200 KEPALA BATAS


KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT KELAB RUKUN NEGARA


KALI PERTAMA TAHUN 2014.
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

25.05.2013
Rabu
1.30 tengahari
Dewan Sekolah

Kehadiran:
En Zaidi Bin Zainol (Pengerusi)
Pn Nurrul Hudda Bt. Saad (Setiausaha)
Pn Rakiah Bt. Din
En. Mohd Zamri B. Ariffin
A.

Aluan Guru Penasihat


1. En. Mohd Zaidi Bin Zainol ( KRN )
En Mohd Zaidi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan semua
guru Kelab Rukun Negara dan Pelajar serta berharap agar mesyuarat kali ini berjalan
lancar dan mencapai kata sepakat. Beliau juga berharap agar semua aktiviti yang
dirancangkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Semua guru Kelab
Rukun Negara diharap dapat memberikan sepenuh komitmen dalam aktiviti yang
dirancang dan dapat melibatkan diri sepenuhnya.

B.

Pelantikan AJK
2. En Mohd Zaidi Bin Zainol (Ketua KRN)
Pengerusi mengharapkan agar semua ahli AJK dapat memberikan kerjasama yang
baik dalam meningkatkan kuantiti Kelab Rukun Negara. Beliau juga berharap agar
kelab ini dapat dijadikan kelab pilihan murid kerana ada pelbagai aktiviti yang
menyeronokkan dan berfaedah.

C.

Perbincangan Kewangan
3.
Kewangan Kelan Rukun Negara bergantung kepada pihak sekolah.
Makluman Semua

D.

Perancangan Aktiviti / Program KRN 2014


4.
Nyanyian lagu NegaraKu
5.
Hafal Rukun Negara
6.
Tayangan Vedio / Filem
Penaklukan komunis di Tanah Melayu.
Darurat
Bukit Kepung
Banyak Lagi
7.
Kuiz
8.
Pertandingan Mewarna
9.
Teka selang kata
10.
Pertandingan melukis poster
11.
Projek membina replika KLCC ( Mercu tanda Malaysia )

F.

Lain-Lain
6.
Ketua Kelab Rukun Negara berharap agar semua guru yang terlibat dapat
memastikan semua murid menyertai dengan sepenuhnya.
7.

Buku rekod Kokurikulum hendaklah dibawa dan ditandatangan oleh guru


bertugas.

8.

Beliau berharap segala aktiviti yang dijalankan mendapat kerjasama oleh murid
dan guru KRN.

9.

Selain itu,pastikan kedatangan murid dan guru direkod di dalam borang


kedatangan yang disediakan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan Oleh :
________________________
Nurrul Hudda Bt. Saad
(Setiausaha Kelab Rukun Negara)

Disemak Oleh :
_________________________
Mohd Zaidi Bin Zainol
(Pengerusi Kelab Rukun Negara)

Disahkan Oleh :
____________________________
Mohd Zamri Bin Ariffin
(Penyelaras Kelab Dan Persatuan)

Anda mungkin juga menyukai