Anda di halaman 1dari 13

Topik

10

Kesetiaan
kepada
Syarikat

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat;

2.

Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran;

3.

Menerangkan keadaan yang membenarkan peniupan wisel dalaman


dan luaran; dan

4.

Membincangkan kesan kesetiaan yang salah keatas operasi harian


syarikat.

X PENGENALAN
Mari kita mulakan topik terakhir ini dengan melihat Rajah 10.1. Apakah yang
boleh anda katakan mengenainya?

162 X

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Rajah 10.1: Upacara perkahwinan


Sumber: http://www.nomoho.org

Rajah 10.1 menunjukkan satu upacara perkahwinan di mana pengantin lelaki


dan wanita berlari dengan gembira selepas selesainya upacara perkahwinan
mereka. Semasa upacara, pengantin lelaki dan wanita telah mengisytiharkan
lafaz cinta mereka, selain lafaz taat setia kepada pasangannya. Ini adalah kerana
kesetiaan merupakan elemen yang sangat penting bagi suatu perkahwinan yang
bahagia.
Bagaimana pula dengan kesetiaan di tempat kerja? Adakah anda fikir kesetiaan
juga merupakan perkara yang penting di tempat kerja? Dalam perniagaan,
majikan turut menghargai dan mengharapkan kesetiaan kakitangan mereka.
Kesetiaan di sini merujuk kepada kewajipan moral kakitangan dalam
menjalankan tugas dengan cekap, mematuhi arahan yang sah daripada penyelia
mereka, menyimpan maklumat sulit dan rahsia syarikat, dan mengelak sebarang
tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat.
Oleh itu, topik kesepuluh ini akan membincangkan beberapa aspek yang
berkaitan dengan konsep kesetiaan iaitu:
(a)

Kesetiaan kepada majikan;

(b)

Peniupan wisel;

(c)

Pandangan moral terhadap pemecatan peniup wisel; dan

(d)

Kesetiaan yang salah.

TOPIK 10

10.1

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT W 163

MAKSUD KESETIAAN

Seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini, kesetiaan adalah sesuatu yang
dikehendaki oleh majikan daripada seseorang kakitangan. Apakah yang
dimaksudkan dengan kesetiaan kepada majikan? Mari kita lihat huraian berikut
yang menerangkan maksud kesetiaan secara terperinci:
Kesetiaan menunjukkan kewajipan moral kakitangan untuk melakukan
perkara berikut:
(a)

Menjalankan tugas dengan cekap;

(b)

Mematuhi arahan sah daripada penyelia;

(c)

Menyimpan maklumat sulit dan rahsia perdagangan syarikat; dan

(d)

Menjauhi sebarang tingkah laku yang bertentangan dengan hak


kepentingan syarikat.

Tahukah anda bahawa kesetiaan adalah suatu kebaikan yang dihargai, sekurangkurangnya pada pertimbangan majikan? Sebaik sahaja seseorang diterima
bekerja dengan sesebuah syarikat, ia dianggap bertanggungjawab untuk setia
kepada syarikat dan hendaklah kekal setia selagi ia masih bekerja dengan
syarikat tersebut. Dalam sesetengah keadaan, kesetiaan perlu dikekalkan
walaupun selepas kakitangan meninggalkan syarikat.
Adakah kesetiaan kepada majikan merupakan kewajipan moral? Jawapannya
bergantung kepada bagaimana anda mendefinisikan kesetiaan tersebut. Jika ia
bermaksud bahawa individu-individu dijangka melakukan tugas pada sesuatu
tahap kecekapan yang boleh diterima atau melakukan apa yang diarah oleh
penyelia mereka, sama ada mengikut deskripsi kerja atau arahan seharian, maka
kesetiaan adalah kewajipan moral kerana jangkaan ini merupakan intipati
kontrak pekerjaan.
Selain itu, pekerja juga perlu memahami bahawa mereka harus menyimpan
rahsia sulit perdagangan, pelan pemasaran, keputusan strategik dan maklumat
kakitangan syarikat. Ini juga bermakna bahawa kakitangan tidak akan berkongsi
maklumat sulit ini dengan pihak luar syarikat, sama ada mereka itu rakan, ahli
keluarga atau media.
Bagi pengurus yang mencabuli syarat-syarat kontrak pekerjaan, mereka
tertakluk kepada tindakan disiplin syarikat termasuklah pemecatan seperti mana
yang sering diingatkan dalam dokumen-dokumen rasmi syarikat. Selain itu,

164 X

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

pengurus yang mendedahkan maklumat syarikat kepada pihak luar boleh


didakwa oleh syarikat mengikut undang-undang atas alasan menuntut ganti
rugi. Oleh itu, jelaslah kepada kita betapa pentingnya kesetiaan dan mengapa ia
dianggap sebagai kewajipan moral.
Oleh itu, pengurus tidak seharusnya menjalankan aktiviti yang bertentangan
dengan kepentingan syarikat; melainkan setelah menerima kebenaran daripada
syarikat atas alasan yang kukuh. Selain itu, pengurus tidak seharusnya
menawarkan khidmat rundingan selepas waktu kerja kepada syarikat pesaing.
Mereka juga tidak boleh mendaftarkan hak paten ke atas sesuatu reka cipta
syarikat atau menjual proses-proses teknikal yang telah dibangunkan berasaskan
maklumat yang terbit secara langsung daripada pekerjaan mereka atau
menggunakan bahan dan kemudahan syarikat majikan untuk kepentingan
sendiri.
Berikut adalah dua soalan penting berkaitan dengan kesetiaan bagi bakal-bakal
pengurus iaitu:
(a)

Adakah terdapat sesuatu had kepada sekatan-sekatan ini?

(b)

Bolehkah syarikat memaksa pengurus menandatangani perjanjian yang


dilihat sebagai sekatan yang terlalu mengawal aktiviti-aktiviti luar
mereka?

Hak syarikat untuk mengenakan sekatan yang terlalu tegas boleh dipertikaikan.
Walau bagaimanapun, bagi akauntan, pakar pengurusan, jurutera atau pakar
sumber manusia yang menawarkan kepakaran profesional mereka kepada orang
luar atau organisasi yang bukan pesaing (malahan bukan bakal klien), masih
boleh diterima.

AKTIVITI 10.1
1.

Pada pendapat anda, apakah cara yang paling berkesan bagi


sesebuah syarikat memastikan kakitangannya kekal setia?

2.

Layani website:
http://www.ups.com/europe/ch/news/speech/gerloyalty.html
Terangkan bagaimana kesetiaan di tempat kerja boleh
diterjemahkan menjadi prestasi keseluruhan yang lebih baik bagi
sesebuah syarikat.

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT W 165

SEMAK KENDIRI 10.1


Apakah maksud kesetiaan kepada majikan? Terangkan secara ringkas.

10.2

PENIUPAN WISEL

Pernahkah anda mendengar istilah peniup wisel? Siapakah peniup wisel?


Berikut adalah definisi bagi peniup wisel dalam dunia perniagaan.
Peniup wisel merupakan seseorang yang melaporkan salah laku undangundang atau moral oleh rakan sekerja, penyelia atau pegawai syarikat.

Rajah 10.2 menunjukkan bagaimana seorang peniup wisel boleh mendapat


kedudukan yang signifikan dalam sesebuah organisasi melalui tindakannya
meniup wisel.

Rajah 10.2: Peniup wisel mungkin boleh menjawat jawatan yang signifikan dalam
organisasi melalui tindakannya
Sumber: http://www.cartoonstock.com

166 X

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Tahukah anda bahawa peniupan wisel boleh dibahagikan kepada dua kategori?
Dua kategori tersebut dihuraikan dalam Jadual 10.1 berikut:
Jadual 10.1: Dua Kategori Peniupan Wisel
Kategori

Huraian

Peniupan
Dalaman

Wisel

Berlaku apabila tuduhan dibuat melalui saluran penyeliaan atau


lain-lain saluran yang telah disediakan dalam syarikat.

Peniupan
Luaran

Wisel

Berlaku apabila tuduhan dilaporkan kepada individu atau agensi


di luar syarikat seperti pihak berkuasa kerajaan atau media.

Justifikasi yang paling memungkinkan tindakan meniup wisel ini adalah apabila
seseorang dalam sesebuah syarikat melakukan atau membiarkan sesuatu aktiviti
yang memudaratkan kakitangan, pemegang saham atau orang awam berlaku.
Oleh itu, satu-satunya cara untuk menghentikan aktiviti tersebut ialah dengan
memberitahu penyelia yang bertanggungjawab dalam syarikat mengenainya.
Jika saluran ini tersekat, seseorang itu boleh membuat laporan kepada pihak
berkuasa atau media. Namun begitu, terdapat dua persoalan yang perlu dinilai
dalam perkara ini iaitu:
(a)

Bilakah peniupan wisel mempunyai justifikasi moral?

(b)

Adakah ia kewajipan moral?

Jawapan kepada dua soalan tersebut adalah berbeza-beza. Ia bergantung sama


ada peniupan wisel merupakan peniupan wisel dalaman atau luaran. Kita akan
mempelajarinya dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

10.2.1

Peniupan Wisel Dalaman

Cuba bayangkan diri anda sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat besar.
Andaikan anda mempunyai sebab yang kukuh untuk mengesyaki pengurus di
firma anda telah melakukan kesalahan berikut:
(a)

Memalsukan akaun perbelanjaan syarikat;

(b)

Mengambil rasuah daripada pembekal;

(c)

Menggunakan sumber atau peralatan syarikat untuk tujuan peribadi;

(d)

Mencuri bekalan dan bahan daripada syarikat; atau

(e)

Bekerja untuk pesaing.

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT W 167

Anda tentu mahu meniup wisel ke atas pengurus tersebut yang jelas telah
melanggar undang-undang sebagai tanda kesetiaan anda kepada syarikat. Walau
bagaimanapun, wujud persoalan adakah anda dibenarkan meniup wisel ke atas
individu tersebut yang merupakan pengurus firma di tempat anda bekerja?
Jawapannya sudah pasti ya, asalkan anda mematuhi beberapa peringatan
seperti yang digariskan dalam Jadual 10.2 berikut:
Jadual 10.2: Garis Panduan untuk Menjustifikasikan Peniupan Wisel Dalaman
Kriteria Justifikasi

Penerangan

Kemudaratan yang
Signifikan

Ia harus terbukti bahawa kemudaratan kepada syarikat


adalah signifikan.

Fakta yang Tepat

Peniup wisel perlu mengesahkan faktanya. Salah tuduh


boleh merosakkan reputasi yang tertuduh walaupun
kemudiannya dibuktikan sebagai palsu.

Sudah Diketahui oleh


Pihak Pengurusan

Peniup wisel harus cuba memastikan sama ada aktiviti


orang yang disyaki sudah diketahui oleh pengurus atasan,
mungkin daripada hasil audit atau siasatan berasingan oleh
pihak keselamatan syarikat.

Jangkaan yang
Munasabah

Harus terdapat jangkaan yang munasabah bahawa


tindakan meniup-wisel akan berkesan; penyelia pada orang
yang disyaki akan dapat menghentikan salah laku kerana
sama-sama meyakini bahawa kesalahan tersebut adalah
serius.

Impak ke Atas Diri


Sendiri

Peniup wisel perlu mempertimbangkan kerosakan ke atas


reputasi dan masa depan sendiri dalam perniagaan.
Pelbagai soalan boleh timbul seperti adakah tindakannya
akan dilihat sebagai tanda kesetiaan atau perkara remeh,
satu tindakan membalas dendam atau peluang untuk
mencemar pesaing demi kenaikan pangkat? Adakah
peniup wisel akan dilabel sebagai pengacau walau sebaik
mana tujuannya?

168 X

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Kewajipan Moral

Akhir sekali, peniup wisel perlu tahu bahawa dalam


sesetengah keadaan seperti menggunakan peralatan
syarikat untuk tujuan peribadi, teguran secara bersemuka
sudah memadai untuk menghentikan salah laku
berkenaan.
Adakah ia kewajipan moral bagi seorang pengurus untuk
meniup wisel? Untuk menjawabnya, kita harus
menentukan terlebih dahulu siapakah yang mempunyai
kewajipan utama untuk mengawas dan menyiasat sebarang
tindakan kakitangan yang menimbulkan kesangsian.
Misalnya, seorang pengurus telah menandatangani
perjanjian
dengan
syarikat
untuk
memperakui
tanggungjawabnya untuk melaporkan semua kejadian
yang dirasakan berkemungkinan melibatkan salah laku
melalui saluran yang disediakan. Maka, ia adalah
kewajipan moral untuk meniup wisel apabila timbul
keadaan yang memerlukannya. Walau bagaimanapun,
perjanjian formal yang begitu eksplisit jarang digunakan.

AKTIVITI 10.2
Terangkan apakah tindakan yang akan diambil sekiranya anda
mengesyaki seorang pengurus di syarikat anda bersikap tidak setia?

10.2.2

Peniupan Wisel Luaran

Seseorang pengurus yang melaporkan salah laku syarikat kepada pihak


berkuasa kerajaan atau media dianggap telah melakukan peniupan wisel luaran.
Bilakah anda fikir peniupan wisel luaran dibenarkan? Adakah ia suatu
kewajipan?

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT W 169

Jawapan kepada dua persoalan tersebut boleh dirujuk pada Jadual 10.3. Garis
panduan ini merupakan tambahan kepada garis panduan yang digunakan untuk
menjustifikasikan peniupan wisel dalaman. Ia perlu ditepati sebelum peniupan
wisel luaran dilakukan.
Jadual 10.3: Garis Panduan bagi Menjustifikasikan Peniupan Wisel Luaran
Kriteria Justifikasi

Penerangan

Laporan Dalaman ke
Atas Salah Laku

Pastikan bahawa usaha melaporkan salah laku telah dibuat


mengikut saluran dalaman organisasi. Syarikat yang terlibat
harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan
sebelum meniup wisel kepada pihak luar.

Agensi Luaran

Agensi-agensi luaran seperti juruaudit atau badan


pengawalan awam lain terbukti tidak berupaya atau tidak
sanggup melaporkan salah laku berkenaan.

Kemudaratan yang
Signifikan

Salah laku (seperti penipuan, penyelewengan, keadaan kerja


tidak selamat atau pembuangan bahan bahaya yang
menyalahi
undang-undang)
yang
mengakibatkan
kemudaratan signifikan kepada pemegang saham, kakitangan
atau pihak awam merupakan isu yang perlu diatasi.

Tahap Kemudaratan

Tahap kemudaratan yang akan dialami syarikat akibat


peniupan wisel harus sepadan dengan kemudaratan akibat
salah laku.

Perlu diingatkan bahawa peniupan wisel luaran hanya boleh dilakukan setelah
syarat-syarat dalam Jadual 10.3 telah ditepati. Persoalan seterusnya ialah bilakah
ia menjadi kewajipan moral?
Kewajipan utama untuk mencegah dan menghentikan salah laku terletak pada
peringkat penyeliaan. Lebih besar tanggungjawab yang dipegang oleh seseorang
pengurus, lebih besar juga kewajipannya. Pengurus mempunyai kewajipan
untuk melaporkan salah laku kepada pihak luar hanya apabila melibatkan
kemudaratan yang serius dan terbukti bahawa peringkat-peringkat penyeliaan
sedia ada dalam syarikat telah gagal menghentikannya.
Di Amerika, kakitangan kerajaan yang meniup wisel dilindungi oleh undangundang daripada sebarang tindakan. Kerajaan menganggap bahawa peniup
wisel menunjukkan darjah kesetiaan yang tinggi apabila mereka melaporkan
salah laku. Walau bagaimanapun, dalam sektor swasta, peniup wisel dilihat
sebagai sedikit lebih baik daripada seorang pemberi maklumat.

170 X

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Mari uji pemahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:

SEMAK KENDIRI 10.2


Terangkan secara ringkas dua jenis peniupan wisel.

LATIHAN 10.1
Bezakan antara peniupan wisel dalaman dan luaran. Apakah sebabsebab ia diperlukan?

10.3

ALASAN MORAL BAGI MEMECAT


PENIUP WISEL

Adakah anda fikir bahawa syarikat mempunyai alasan tersendiri untuk


memecat, menurunkan pangkat atau menyekat kerjaya peniup wisel?
Jawapannya tidak. Ini adalah kerana selagi peniup wisel melaporkan kes salah
laku sebenar melalui saluran yang disediakan atau kepada pihak luar (sebagai
langkah terakhir), syarikat tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan
disiplin ke atas mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian. Sesebuah syarikat mempunyai
justifikasi untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan peniup wisel jika dia:
(a)

Berbohong mengenai kes tersebut; sengaja menyalah lapor untuk


menggambarkannya seolah-olah lebih/sangat serius daripada keadaan
yang sebenarnya;

(b)

Bertindak kerana ingin membalas dendam ke atas rakan sekerja atau


penyelia;

(c)

Bertindak kerana membantah polisi baru syarikat yang dianggap tidak


mendatangkan kebaikan; dan

(d)

Mencemarkan nama baik rakan sekerja yang bersaing untuk mengejar


kenaikan pangkat.

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT W 171

Perlu diingat bahawa peniup wisel (dalaman atau luaran) melakukan sesuatu
yang terpuji daripada segi moral jika ia bertindak untuk mencegah kemudaratan
kepada individu atau persekitaran iaitu kemudaratan yang tidak dapat
dijustifikasikan oleh pegawai-pegawai syarikat.
Oleh itu, tindakan membalas dendam terhadap seseorang yang melakukan
sesuatu perkara yang bermoral atau mengekang kebenaran untuk memuaskan
hati pihak atasan pengurusan merupakan langkah yang tidak adil dan tidak
bermoral.

10.4

KESETIAAN YANG SALAH

Akhir sekali, mari kita bincangkan bagaimana kesetiaan menjadi sesuatu yang
salah. Kadangkala, para pengurus percaya bahawa kesetiaan kepada ketua
bermakna menutupi kesilapan-kesilapan besar atau pun salah laku mereka.
Kepercayaan ini ternyata palsu. Seseorang pengurus perlu mempunyai
tanggungjawab fidusiari kepada para pemilik perniagaan. Oleh yang demikian,
tindakan menutup salah laku penyelia yang memudaratkan mana-mana
kepentingan pemilik secara serius adalah satu pencabulan ke atas
tanggungjawab tersebut.
Bagi seseorang kakitangan bawahan, dia perlu melaksanakan arahan yang sah
daripada penyelianya dan memaklumkan kepadanya mengenai kemajuan kerja
atau tugas tersebut. Kakitangan bawahan mungkin juga mempunyai kewajipan
untuk memaklumkan kepada penyelia mengenai tindakan individu atau
kumpulan lain yang boleh menjejaskan operasi penyelianya. Walau
bagaimanapun, salah laku penyelianya tetap perlu dilaporkan dan tidak harus
diketepikan.

172 X

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Sebagai penutup, mari kita uji sejauh mana pemahaman anda terhadap topik ini
dengan menjawab soalan-soalan berikut:

LATIHAN 10.2
1.

Nyatakan maksud kesetiaan kepada syarikat.

2.

Dalam keadaan apakah yang membuatkan peniupan wisel


dalaman mempunyai justifikasi moral?

3.

Kesetiaan yang digambarkan sebagai menutup kesilapan atau


salah laku pihak atasan adalah satu kepercayaan yang palsu
terhadap kesetiaan. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan
ini? Bincangkan.

Majikan menghargai dan mengharapkan kesetiaan daripada kakitangan


mereka.

Kesetiaan merupakan kewajipan moral bagi pekerja. Untuk setia terhadap


majikan, mereka perlu menjalankan tugas dengan cekap, mematuhi arahan
yang sah oleh penyelia, menyimpan maklumat sulit syarikat dan rahsia
perdagangan, dan mengelak tingkah laku yang bertentangan dengan hak
kepentingan syarikat.

Majikan tidak harus meminta para pengurus menunjukkan kesetiaan mereka


dengan melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang atau
tidak bermoral, terlibat dalam pengiklanan yang memperdayakan atau
mengganggu, menurunkan pangkat atau memecat kakitangan atas sebabsebab yang tiada kaitan dengan kerja.

Kewajipan meniup wisel dalaman bergantung sama ada seseorang itu


mempunyai tanggungjawab utama untuk mengetahui dan menyiasat
tindakan kakitangan yang boleh menimbulkan kesangsian atau tidak.

Penyelia terdekat kepada kakitangan perlu berwaspada terhadap tindakan


kakitangan bawahan yang menimbulkan keraguan serius. Bahagian
keselamatan syarikat, jika ada, bertanggungjawab untuk melindungi aset
syarikat.

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT W 173

Keputusan untuk meniup wisel luaran kepada mana-mana pihak luar boleh
dijustifikasikan setelah semua syarat peniupan wisel dalaman ditepati dan
pihak pengurusan syarikat masih enggan mengambil tindakan memulihkan
kemudaratan ke atas kepentingan pemegang saham, kakitangan atau orang
awam walaupun setelah mengetahuinya.

Tiada justifikasi moral untuk memecat peniup wisel yang mendedahkan kes
salah laku yang mengakibatkan kemudaratan kepada orang ramai atau
persekitaran dan ia tidak dapat dicegah melalui saluran biasa syarikat.
Memecat mereka bermakna kita telah berlaku zalim kerana telah
menghukum mereka di atas sebab melakukan sesuatu yang betul daripada
segi moral.

Kesetiaan boleh menjadi satu perkara yang salah jika pekerja bertindak
menutup kesilapan atau salah laku penyelianya.

Kesetiaan
Peniupan wisel

Peniup wisel

Anda mungkin juga menyukai