Anda di halaman 1dari 1

Rumusan jenis perniagaan yang terbaik zaman ini

Menurut kajian yang dijalankan oleh penulis To Sell is Human, jenis perniagaan ataupun
kerja yang sangat pesat berkembang di zaman kita ini boleh dirumuskan hanya kepada
dua jenis sahaja:
1.

Apa saja jenis perniagaan atau kerjaya yang melibatkan segala urusan
mendidik dan mengajar manusia. Suasana teknologi yang cukup cepat berubah
dan pesat berkembang membuatkan manusia perlu pantas mempelajari perkara
baru. Golongan yang mampu menyediakan kemudahan untuk manusia belajar
dengan mudah dan pantas menjadi buruan ramai sekarang dan di masa yang akan
datang.

2.

Semua jenis perniagaan atau pekerjaan yang melibatkan kesihatan dan


keselamatan manusia. Walaupun jangka hayat manusia semakin panjang, namun
panjang umur menjadi sia-sia apabila kita menjadi tempat himpunan segala
penyakit sepetti diabetes, kanser, jantung, dan lain-lain. Apa saja urusan yang
mampu menyihatkan manusia di dalam kehidupannya mendapat tempat yang
tinggi sekarang ini.

Untuk para usahawan, maklumat jenis perniagaan terbaik di atas tentu mampu
membuka mata anda dan menyuntik semula semangat untuk membuat sedikit
pencarian terhadap peluang perniagaan baru.
Buat para pelajar pula, maklumat jenis perniagaan atau pekerjaan di atas boleh
dijadikan pedoman terhadap jurusan apa yang perlu anda dalami sepanjang tempoh
pembelajaran anda sekarang ini.
Jika anda mendalami ilmu mengajar dan ilmu kesihatan, Insyaallah anda akan menjadi
rebutan di kalangan para majikan di zaman pekerjaan nanti. Pastikan anda tahu jenis
perniagaan mana yang sedang naik dan mana yang sedang turun untuk perancangan
yang baik.

Anda mungkin juga menyukai