Anda di halaman 1dari 4

PENCEMARAN LINGKUNGAN

Pertumbuhan ekonomi di
Asia telah meningkatkan taraf kehidupan penduduknya. Peningkatan pendapatan di
negara-negara ini ditunjukkan dengan pertumbuhan kegiatan produksi dan konsumsi.
Pertumbuhan ini juga membawa pada penggunaan sumber semula jadi yang lebih besar
dan pengeksploitasian persekitaran untuk keperluan industri, bisnis dan aktiviti
sosial.

Di bandar-bandar negara dunia ketiga, pengurusan sampah sering mengalami masalah.


Pembuangan sampah yang tidak diurus dengan baik, akan mengakibatkan masalah
besar. Kerana penumpukan sampah atau membuangnya sembarangan ke kawasan terbuka
akan mengakibatkan pencemaran tanah yang juga akan berdampak ke saluran air tanah.
Demikian juga pembakaran sampah akan mengakibatkan pencemaran udara. Atau
pembuangan sampah ke sungai akan mengakibatkan pencemaran air, tersumbatnya
saliran dan banjir (Sicular 1989). Selain itu, Eksploitasi persekitaran adalah
menjadi isu yang berkaitan dengan pengurusan terutama persekitaran
kota. Masalah sampah sudah saatnya dilihat dari konteks perbandaran. Kesukaran
untuk mencari lokasi landfill sampah dan perhatian terhadap persekitaran dan
kesihatan telah menjadi isu utama pengurusan bandar dan sudah saatnya dilakukan
pengurangan jumlah sampah dan air sisa dan peningkatan kegiatan kitar semula.

Oleh sebab itu di banyak bandar-bandar besar, incineration atau pembakaran menjadi
alternatif dalam pembuangan sampah. Sementara itu, permasalahan yang dihadapi
untuk proses ini adalah kos pembakaran lebih mahal dibandingkan dengan sistem
pembuangan akhir (sanitary landfill). Apabila sampah ini digunakan untuk pertanian
dalam jumlah yang besar, maka akan menimbulkan masalah kerana ianya mengandung
logam berat (Ross 1994).

Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah bukan
domestik (
Ridwan Lubis 1994). Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang dibuang dari
rumah atau dapur. Contohnya ialah pakaian lama atau buruk, botol, kaca, kertas,
beg plastik, tin aluminium dan juga sisa makanan. Sampah bukan domestik pula ialah
bahan-bahan buangan yang terhasil dari industri, tapak pembinaan, pekedai atau
pasar dan pejabat. Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada berbagai jenis
termasuklah sisa jualan, sisa pembungkusan dan sisa daripada proses pengilangan.
2.
DEFINISI SAMPAH SARAP
Sampah sarap ialah semua bahan yang terutama dihasilkan oleh aktiviti manusia
seperti industri, pertanian dan pertambangan dan lainnya yang dianggap tidak
berguna (Tchobanoglous 1993). Selain itu, Barret (1998) mengatakan sampah adalah
buangan berasal dari suatu proses produksi, yang memerlukan suatu pengurusan
kerana pengurusan adalah alat penting untuk memastikan sistim dapat bekerja dengan
baik.

Dodds (1997) mengatakan sampah berasal dari aktiviti manusia.


Pertumbuhan ekonomi memberikan kesan lebih banyaknya penggunaan sumber asli.
Terdapat hubungan antara pertumbuhan ekonomi dan pencemaran alam sekitar. Kesan
terhadap alam sekitar akibat aktiviti manusia bergantung pada kuantiti dan kualiti
dari bahan-bahan yang diambil dari alam sekitar dan dikembalikan sebagai sampah.

Menurut kajian Suguna (1986), sampah sarap merupakan bahan pepejal yang terhasil
dari aktiviti manusia dan ianya dianggap tidak berguna dan boleh dibuang. Sampah
sarap juga ditakrifkan sebagai bahan yang dilupuskan kerana ia tidak dapat
digunakan ataupun yang tidak diperlukan lagi oleh manusia ataupun tidak mempunyai
nilai dari segi ekonomi, yang terhasil dari aktiviti-aktiviti harian manusia
(Chamhuri 2000). Selain itu, menurut kajian Plintoff (1976), sampah sarap
merupakan bahan-bahan pepejal yang dihasilkan oleh industri, pertanian,
perlombongan, perniagaan dan dari domestik.

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula, sampah ditakrifkan


sebagai suatu bahan buangan, termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai
bahan buangan terjadual, atau semua bahan samaada dalam bentuk pepejal, cecair
atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam
alam sekeliling yang akan menyebabkan pencemaran (Laws of Malaysia 1998). Selain
itu, pengurusan sampah sarap boleh didefinisikan sebagai suatu disiplin ilmu yang
berkaitan dengan kawalan penjanaan, penyimpanan, pengumpulan, pemindahan,
pengangkutan, pemprosesan dan pelupusan sampah di tapak pelupusan sampah dengan
suatu kaedah yang sesuai dengan asas kesihatan orang ramai, ekonomi, kejuruteraan,
pemuliharaan, astetik dan pertimbangan kepada alam sekitar.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Cooper (1981), pengurusan sampah sarap
merupakan suatu istilah yang mesti diterapkan kepada sistim yang dirancang dan
ditadbir berhubungan dengan tempat penyimpanan sementara, pemungutan,
pengangkutan, pemulihan dan pelupusan akhir terhadap dasar yang diuruskan bagi
semua bahan pepejal yang tidak dikehendaki muncul daripada sumber-sumber domestik,
komersil, industri dan klinikal.

3.
PEMBAHAGIAN SAMPAH SARAP
Mengetahui sumber dan jenis sampah juga komposisi sampah merupakan suatu bahagian
yang penting dalam merancang dan melaksanakaan program pengurusan sampah sarap.
Secara umum sampah masyarakat terkait dengan gunatanah suatu kawasan.
Tchobanoglous mengklasifikasikan sumber sampah adalah berasal dari perumahan,
komersial, pejabat, pembinaan, hospital, industri dan pertanian (Tchobanoglous
1993).
Sampah sarap ini berbeza dari segi bentuk asal dan kandungan fizikalnya. Sampah
sarap yang terdapat dapat dikelaskan seperti berikut:

a.
Sampah Domestik
Klasifikasi domestik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu organik,
inorganik dan sampah sarap yang bersaiz besar. Contoh sampah jenis organik ialah
plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan. Contah sampah inorganik ialah kaca,
tin logam, tin alumunium, dan contoh sarap yang bersaiz besar ialah barangan
elektrik, sampah tanaman dan perabot.

b.
Sampah Klinikal
Sampah jenis ini merupakan sampah yang terhasil daripada tisu manusia ataupun
binatang, sisa ubat-ubatan, kain sisa pembalut luka, kapas, darah dan semua
peralatan tajam yang tidak terpakai.

c.
Sampah Industri
Punca sampah dari jenis ini ialah kilang-kilang, terutamanya dari komponen
industri yang berasaskan kayu untuk dijadikan komponen kayu papan dan kayu balak.
Biasanya sampah jenis ini terdapat pada kawasan perindustrian. Bahan buangan
pepejal industri terdiri daripada logam, kayu, benang, kain, buangan makanan,
buangan minyak dari sisa panapisan.

d.
Sampah Komersial
Sampah jenis ini biasanya berasal dari buangan daripada kedai, restoran, hotel,
pasar dan lain-lain aktiviti perniagaan. Biasanya komposisi sampah sarap komersial
sama dengan klasifikasi domestik iaitu plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan
dapur restoran, kertas-kertas dari pejabat. Sampah dari jenis ini didapati sebagai
penghasil sampah terbesar kerana ianya mencakupi kawasan yang luas.

e.
Sampah Pembinaan dan Perobohan
Sampah ini berpunca daripada bahan-bahan buangan yang terhasil daripada tapak
pembinaan, pengubahsuaian dan tapak perobohan suatu bangunan.

f.
Sampah Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan: sampah jenis ini berpunca daripada pembersihan atau pemotongan
tumbuh-tumbuhan.

4. CARA-CARA MENGATASI
MASALAH SAMPAH SARAP
4.1
Penggunaan Kembali dan
Kitar Semula
Bagi kebanyakan masyarakat moden pada hari ini, pengurusan sisa pepejal sudah
berada di tahap termaju dengan beberapa kaedah seperti kitar semula dan
penghasilan bahan berguna (biofertilizer). Pengitaran semula sampah sarap itu
sendiri boleh didefinisikan sebagai penebusgunaan (reclamation) bahan dan
pemakaian semula yang meliputi perbaikan, pembuatan semula, penukaran bahan,
komponen dan hasil (Kaseva & Gupta 1996). Sementara itu menurut Waite (1995),
kitar semula ialah sebagai penjanaan semula bahan untuk kegunaan semula jadi atau
lain-lain.

Kitar semula ini mempunyai beberapa kepentingan yang berasaskan kepada tiga alasan
iaitu:
1. Pengitaran semula bahan buangan memulihkan bahan-bahan berguna dan
mengurangi keperluan kita untuk bahan-bahan tulen.
2. Pemprosesan semula bahan buangan boleh menyebabkan penjimatan tenaga
dibandingkan dengan pengeluaran bahan tulen yang sama.
3. Pengitaran semula mengurangi kuantiti sampah sarap yang perlu pelupusan
akhir yang mengurangi kerosakan alam sekitar. Penimbusan sampah sarap di landfill
boleh mencemarkan air bawah tanah melalui kebocoran cecair sampah sarap dan
pencemaran udara melalui gas metana yang terjana oleh penghuraian bukan organik
dalam landfill.

Malaysia mempunyai kira-kira 230 buah perkhidmatan landfill yang dianggarkan sudah
mencapai tahap 80% penggunaan dan situasi ini dianggap sebagai agak kritikal dan
sebahagian besar sudah tidak mampu menerima sejumlah sisa, oleh sebab itu melalui
Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan cuba mengatasi masalah yang
membelenggu pihak pengurusan dengan mengadakan program kitar semula (Mohamad
2001). Program ini telah di perkenalkan pada tahun 1993 dan tanpa sebab yang
jelas, program ini dilaksanakan semula pada bulan Disember 2000. Berdasarkan
komposisi sampah sarap yang terhasil di bandaraya
Kuala Lumpur, bahan-bahan boleh kitar semula dapat dibahagikan kepada tiga
kumpulan, iaitu:
1. Boleh kitar semula dalam keadaan kering seperti kertas, papan kad, kaca,
plastik, logam dan tekstil.
2. Bahan organik seperti bahan buangan dapur, makanan dan sampah sarap tanaman.
3. Bahan-bahan pelbagai seperti perabut.
Program kitar semula ini mempunyai beberapa kebaikan. Kebaikan dari segi sosial
ialah apabila pemulihan bahan daripada sampah sarap jika diurus dengan baik boleh
menjana peluang kerja baru dan sampah sarap yang berasal dari sayur-sayuran atau
bahan makanan yang dipulih daripada sampah sarap boleh diguna sebagai makanan
ternak. Kebaikan dari ekologi ialah untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi
seperti air, tumbuh-tumbuhan, mineral dan sebagainya.
Selain itu, program kitar semula ini juga mempunyai kebaikan dari segi ekonomi dan
alam sekitar. Dari segi ekonomi ialah bahan-bahan hasil kitar semula memerlukan
sedikit tenaga dalam loji pemprosesan dibandingkan dengan pembuatan daripada bahan
mentah semula jadi yang menyebabkan penjimatan tenaga. Pemakaian semula hasil
pengitaran semula boleh menurunkan kos pengimportan bahan-bahan bagi negara-negara
sedang membangun. Bahan-bahan seperti logam, kertas, kaca, plastik dan getah jika
dikitar semula boleh mengurangkan pengimportan dari negara lain. Kebaikan dari
segi alam sekitar pula ialah apabila amalan pengitaran semula boleh mengurangkan
kuantiti bahan buangan yang harus dilupus sehingga mengurangi tempat yang
diperlukan untuk tapak pelupusan, selain itu pengitaran semula boleh menyuburkan
tanah.

4.2 Pengkomposan
Pengkomposan ialah suatu proses pengubahan bahan organik ke dalam bentuk hasil
metabolik yang sederhana dan meninggalkan bahan sisa organik dan sel mikrob yang
boleh atau dapat digunakan sebagai bahan penyubur tanah (Augenstein et al. 1976).
Sistim pengkomposan telah banyak dilakukan di banyak kawasan. Kaedah sistim
kompos ini adalah penting kerana sampah organik merupakan komposisi sampah
terbesar yang dihasilkan. Menurut kajian Devi et el. (1995), jenis sampah yang
baik atau yang sesuai untuk dijadikan kompos ialah sampah sarap yang cepat
membusuk iaitu sayuran, rumput, sisa makanan dan dedaunan. Kepentingan sistim
kompos yang lain ialah dalam menjaga kesihatan masyarakat dari sebarang porses
pembakaran dan penimbunan sampah secara haram. Untuk mempromosikan sistim kompos,
pihak kerajaan seharusnya mempersiapkan pengetahuan umum kepada masyarakat. Juga
kempen dilakukan untuk mencari metod kompos yang sesuai dengan kondisi masyarakat.
Sektor swasta juga dapat dilibatkan dalam kegiatan ini, dengan membuat kerjasama
antara pihak kerajaan dan pihak swasta.
4.3 Incinerator
Incinerator ialah suatu alat yang digunakan untuk membakar sampah atau sisa
samaada sisa yang berpunca daripada kawasan perumahan ataupun sisa atau sampah
yang terjana dari aktiviti di hospital. Terdapat beberapa jenis incinerator
(Departemen Kesehatan Indonesia 1995), iaitu:• Jenis
Malaysia, merupakan incinerator yang terbuat daripada batu bata dan diletakkan
mendatar dan lantainya terbuat dari dari bahan kongkrit. Lubang tempat masuk
sampah terbuat daripada logam dan lubang keluar pula berukuran 24”  12” yang juga
terbuat dari logam. Lapisan untuk menahan sampah juga terbuat dari besi yang
tebalnya 1” dan antara dua besi berjarak 4” yang terdiri dari 2 lapisan.•
Jenis Barrel and Trench Incinerator, iaitu incinerator berbentuk tong yang terbuat
dari batu dan mempunyai ketebalan 6” hingga 12”. Dua besi diletakkan pada lapisan
batu dengan ketinggian 6” dari dasar incinerator dan jarak antara 2 besi ialah 3”
hingga 4”. Tempat pembakaran sampah terletak ditengah-tengah dan mempunyai penutup
yang terbuat dari logam.•

Anda mungkin juga menyukai