Anda di halaman 1dari 1

Dasar Pendidikan Wajib merupakan suatu dasar yang menyatakan bahawa semua

ibu bapa harus menghantar anak mereka ke sekolah peringkat rendah, ini sangat
penting untuk membawa perubahan dalam pelbagai aspek pada masa depan.
Antara kepentingan dasar pendidikan wajib kepada kanak-kanak adalah hak
asasi mereka dapat terpelihara dan kehidupan lebih bermakna dan berfaedah.
Dengan dasar ini dapat membolehkan semua kanak berpeluang untuk menimba ilmu
dan belajar kemahiran di sekolah dan tiada yang tercicir untuk mendapatkan
pendidikan asas, melalui pedidikan kanak-kanak dapat mengejar cita-cita mereka
demi mencapai kejayaan dalam hidup.
Manakala kepada masyarakat pula pendidikan wajib menjadikan satu platform
untuk mendidik anak-anak bangsa dapat berkhidmat kepada masyarakat
apabila mereka habis belajar di sekolah mahupun institusi. Jurang ekonomi pun dapat
dikurangkan di kalangan rakyat Malaysia kerana pendidikan dapat melahirkan
generasi muda yang berilmu dan mereka mampu memperbaiki kualiti kehidupan
keluarga.
Akhir sekali, pendidikan wajib membolehkan negara dapat bersaing dengan
negara-negara lain dalam pelbagai bidang seperti teknologi dan sebagainya dengan
menjadi lebih maju dengan adanya generasi pelapisan yang berilmu. Dengan
pendidikan wajib, semua murid diwajibkan untuk belajar Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, mereka dapat berkomunikasi dengan baik bagi mengelakkan
kesalahfahaman atau prasangka. Oleh itu negara yang bersatupadu dapat diwujudkan
kerana rakyat dapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai