Anda di halaman 1dari 8

BAB TIGA

GERAKAN PENJAJAHAN
(KOLONIALISME & IMPERIALISME)
SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA INI TIDAK TERLEPAS DARI TINDAKAN
PENJAJAHAN OLEH KUASA ASING SAMA ADA DARI BARAT ATAUPUN DARI
KUASA SERANTAU. PROSES PENJAJAHAN YANG BERLAKU MEMBAWA
SEKALI BERSAMANYA KONSEP KOLONIALISME DAN IMPERIALISME".
KONSEP-KONSEP YANG DILAHIRKAN OLEH MASYARAKAT BARAT INI
MEMBERI KESAN PENTING DALAM SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA.
DEFINISI
DEFINISI KONSEP PENJAJAHAN SECARA UMUM :
PENGUASAAN DAN KAWALAN SEBUAH KUASA ASING TERHADAP
SESEBUAH WILAYAH DAN PENDUDUKNYA DI ATAS KEPENTINGANKEPENTINGAN POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL
DEFINISI KHUSUS KONSEP PENJAJAHAN YANG TERBAHAGI DUA :
a)
IMPERIALISME
b)
KOLONIALISME
KEDUA-DUA TERMINOLOGI MEMPUNYAI MAKSUD YANG SAMA IAITU
PENJAJAHAN TETAPI BERBEZA DARI SUDUT PELAKSANAAN.
IMPERIALISME
IMPERIALISME SECARA UMUM MEMBAWA PENGERTIAN PERLUASAN
KEKUASAAN ATAU PENGARUH SUATU BANGSA TERHADAP BANGSA LAIN.
MANAKALA KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SECARA RINGKAS
MENTAKRIFKAN IMPERIALISME SEBAGAI DASAR MELUASKAN SATU-SATU
EMPAYAR DENGAN MENJAJAH NEGARA LAIN.
NADEL DAN CURTIS MENTAKRIFKAN "IMPERIALISME SEBAGAI SATU
PERKEMBANGAN KUASA ATAU KAWALAN, SAMA ADA SECARA LANGSUNG

ATAU TIDAK DALAM POLITIK ATAU EKONOMI, OLEH SESUATU KERAJAAN,


BANGSA, ATAU MASYARAKAT KE ATAS BANGSA ATAU MASYARAKAT YANG
LAIN. PROSES INI DI DOKONG OLEH IDEA TERSENDIRI".
FIELDHOUSE YANG MENDEFINISIKAN IMPERIALISME SEBAGAI SATU
KECENDERUNGAN SESUATU MASYARAKAT ATAU PEMERINTAHAN UNTUK
MENGAWAL MASYARAKAT LAIN, BIAR APA PUN CARA DAN TUJUAN
TINDAKAN ITU.

KOLONIALISME
"KOLONIALISME SECARA UMUM BERMAKSUD DASAR SESEBUAH NEGARA
YANG MENGEKSPLOITASI SESUATU KAWASAN SERTA MASYARAKATNYA
YANG DIANGGAP LEMAH. PENGEKSPLOITASIAN ITU MELIPUTI BERBAGAI
SUDUT SEPERTI EKONOMI, SOSIAL, BUDAYA, CORAK PENTADBIRAN, SERTA
POLITIK ATAU SECARA RINGKASNYA MELIPUTI KESEMUA CARA HIDUP
MASYARAKAT TERSEBUT".
PLANO
MENTAFSIRKAN
KOLONIALISME
SEBAGAI
SATU
BENTUK
PEMERINTAHAN KE ATAS SESEBUAH KAWASAN DAN PENDUDUKNYA OLEH
SEBUAH KUASA ASING DALAM MENJALANKAN POLISI IMPERIALISME
KUASA ASING TERSEBUT. MIGRASI TURUT TERLIBAT (DARI NEGARA ASAL
KE KAWASAN BARU) YANG SETERUSNYA IA MEMBENTUK SATU ENTITI
POLITIK YANG BARU KE ATAS KAUM ASAL YANG PADA PENDAPAT MEREKA
MEMPUNYAI PENGETAHUAN DAN TEKNOLOGI (KEMAJUAN) YANG RENDAH,
SEPERTI DI ASIA DAN AFRIKA
EVANS DAN NEWHAM TURUT MENGGAMBARKAN KOLONIALISME DENGAN
SIFAT DASARNYA YANG MEMBERI RUANG RAKYAT ASING YANG MINORITI
MENDOMINASIKAN POLITIK DAN EKONOMI NEGARA TERSEBUT. IA
MEMISAHKAN PUSAT KOTA METROPOLITAN BAGI MENGUKUHKAN
KEKUASAAN MEREKA DAN MENINDAS GOLONGAN BAWAHAN.
FAKTOR PENGGALAK BAGI IMPERIALISME
a)

ETHNOSENTRISME
MERASAKAN MEGAH DENGAN BANGSA SENDIRI

b)

JINGOISME
MEMENUHI KONSEP WHITES MEN BURDEN

c)

AGAMA
MENGEMBANGKAN AGAMA (PERSAINGAN KATOLIK/ PROTESTANT)

d)

KEINGINAN MENJADI KUASA BESAR


MARTABAT SEBAGAI KUASA BESAR DIKALANGAN NEGARA BARAT

FAKTOR PENGGALAK BAGI KOLONIALISME


a)

GOD
MENGEMBANGKAN AGAMA

b)

GLORY
PERSAINGAN TRADISI KUASA-KUASA BARAT

c)

GOLD
KEPERLUAN KEPADA TANAH UNTUK DIDIAMI DAN MENDAPATKAN
HASIL

PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU


PENJAJAHAN DI NEGARA INI SECARA UMUMNYA BERMULA DARI ZAMAN
SRI VIJAYA HINGGALAH KEDATANGAN KUASA BARAT. PERBINCANGAN
AKAN LEBIH MENUMPUKAN KEPADA PENJAJAHAN BARAT. INI KERANA
PENJAJAHAN BARAT MEMBERIKAN KESAN YANG BESAR KEPADA PROSES
PERKEMBANGAN NEGARA INI.
KEHADIRAN KUASA BARAT DIMULAI DENGAN KEHADIRAN PORTUGIS DI
MELAKA, DIIKUTI DENGAN BELANDA DAN BRITISH SEHINGGALAH
TERMETERAINYA PERJANJIAN LONDON 1824.
FAKTOR KEDATANGAN MASYARAKAT EROPAH KE TANAH MELAYU
a)

KEDUDUKAN GEOGRAFI YANG STRATEGIK BAGI TANAH MELAYU

SEMENANJUNG TANAH MELAYU YANG TERLETAK DITENGAH-TENGAH


PERJALANAN PERDAGANGAN TIMUR DAN BARAT. MERUPAKAN LALUAN
UTAMA PEDAGANG CHINA DAN INDIA JUGA ARAB SERTA PELAYAR
DARI BARAT. KEDUDUKAN SELAT MELAKA MELINDUNGI DARI TIUPAN
RIBUT.
b)

SUMBER BAHAN MENTAH YANG BANYAK


HASIL BAHAN MENTAH YANG BANYAK SEPERTI ROTAN, KAPUR BARUS,
BIJIH DAN REMPAH RATUS HUTAN BUMI SEMENANJUNG MELAYU.
PENEMUAN
BIJIH
TIMAH
DAN
TERCETUSNYA
REVOLUSI
PERINDUSTRIAN MENYEBABKAN KOMODITI TERSEBUT AMAT
DIPERLUKAN.

c)

PASARAN BARU BAGI BARANGAN HASIL EROPAH


REVOLUSI PERUSAHAAN/PERINDUSTRIAN YANG BERLAKU DIEROPAH
MENYEBABKAN LAMBAKAN HASIL BUATAN DI EROPAH. PASARAN
BARU BAGI PRODUK YANG DIHASILKAN ADALAH DIPERLUKAN.

d)

KEPERLUAN KEPADA SEBUAH PENGKALAN


PENJELAJAHAN YANG YANG GIAT DILAKUKAN OLEH NEGARA BARAT
MEMAKSA MEREKA MENCARI KAWASAN YANG DAPAT DIJADIKAN
PENGKALAN BAGI KEGIATAN MEREKA DI SEBELAH TIMUR.

e)

KEWUJUDAN PRESTER JOHN


PENCARIAN KEPADA SAVIOUR, MESSIAH ATAUPUN PENYELAMAT.
PENJELAJAH BARAT PERCAYA WUJUDNYA PRESTER JOHN DAN
KERAJAAN KRISTIAN DI SEBELAH TIMUR YANG DAPAT MEMBANTU
MEREKA MEMERANGI ORANG-ORANG ISLAM.

DIKALANGAN PENJAJAH BARAT YANG DATANG KE TANAH MELAYU BRITISH


MERUPAKAN PIHAK YANG PALING BANYAK MEMAINKAN PERANAN
MENGUBAH BENTUK ASAL POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL NEGARA INI.
DI ANTARA FAKTOR MENGAPA BRITISH BERPERANAN DI TANAH MELAYU:
FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PERANAN BRITISH

a) FAKTOR EKONOMI
KEDUDUKAN TANAH MELAYU
SEPERTI BIJIH TIMAH

SEBAGAI

SUMBER

BAHAN

MENTAH

b) FAKTOR ANCAMAN DAN PERSAINGAN PENGARUH


PEREBUTAN KUASA BARAT TERHADAP KEKAYAAN SUMBER MENTAH
TANAH MELAYU SEPERTI PERANCIS DAN JERMAN

DI

c) PERGOLAKAN POLITIK DI NEGERI-NEGERI MELAYU


KEDUDUKAN POLITIK TANAH MELAYU YANG PENUH DENGAN PEREBUTAN
KUASA DAN TIDAK STABIL TERUTAMANYA DI PERAK YANG AKAN
MENGGANGGU PERJALANAN PERNIAGAAN BIJIH TIMAH.
D) PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN DI BRITAIN
KERAJAAN KONSERVATIF MULA MENERAJUI KEPIMPINAN DI BRITAIN
DENGAN DASAR BARU YANG LEBIH TERBUKA TERHADAP PENJAJAHAN.
E) AKTIVITI PENENTANGAN PENJAJAHAN DAN SABOTAJ
PERDAGANGAN
AKTIVITI PENENTANGAN DARI WARISAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA TERHADAP BRITISH TERUTAMANYA SABOTAJ PERDAGANGAN
DILAUT.

LATAR BELAKANG PENGUASAAN BRITISH TERHADAP NEGERI-NEGERI


MELAYU.
a)
b)
c)

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU


NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
NEGERI-NEGERI SELAT

DASAR-DASAR YANG TELAH DIPERKENAL OLEH BRITISH SEWAKTU


PENJAJAHANNYA ADALAH BANYAK. JUSTERU ITU TUMPUAN HANYA
DIBERI PADA DASAR-DASAR YANG MEMPUNYAI KESAN BESAR KEPADA
TANAH MELAYU HINGGA HARI INI

DASAR SOSIAL
a) DASAR KEMASUKAN IMIGRAN
FAKTOR KEPADA WUJUDNYA MASYARAKAT MAJMUK
b) DASAR PENDIDIKAN
TIDAK SERAGAM DAN MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT SEKALIGUS
MENGETEPIKAN MASYARAKAT MELAYU
c) DASAR PENEMPATAN
PENEMPATAN MENGIKUT KAUM
DASAR EKONOMI
a) DASAR EKONOMI MODEN
BAGI MENGGANTIKAN EKONOMI TRADISI
b) PENGENALAN EKONOMI MENGIKUT KAUM
PUNCA KESUKARAN KEPADA PERPADUAN
c) DASAR KEMASUKAN BURUH
BURUH LUAR MENYEBABKAN
TERPINGGIR

EKONOMI

MASYARAKAT

MELAYU

d) DASAR MENGAUT SUMBER EKONOMI


MENGAUT KEUNTUNGAN DENGAN SUMBER EKONOMI TANAH MELAYU
TETAPI TANAH MELAYU DIBIAR MUNDUR
D) DASAR PEMBANGUNAN SECARA TIDAK LANGSUNG
SECARA UMUMNYA PEMBANGUNAN DIPEROLEHI TANAH MELAYU SECARA
TIDAK LANGSUNG (TEMPIAS)
DASAR POLITIK
a) PERUBAHAN SISTEM BERAJA KEPADA BIROKRASI CARA BARAT
KUASA RAJA/SULTAN DIKURANGKAN DAN SISTEM RESIDEN DAN
PENASIHATAN MENGAMBIL ALIH

b) PERUBAHAN SISTEM PEMERINTAHAN MUTLAK BAGI NEGERI-NEGERI


PEMERINTAHAN PUSAT DAN DISENTRALISASI
c) MEMPERKENALKAN PILIHANRAYA DAN DEMOKRASI
SISTEM BARU INI MENGGANTIKAN SISTEM
BERDASARKAN KETURUNAN DAN FEUDALISME

TRADISI

YANG

IMPAK/KESAN PENJAJAHAN
KESAN SOSIAL
a) PERUBAHAN MASYARAKAT DARI UNI-SOCIETY KEPADA PLURAL SOCIETY
ATAUPUN MASYARAKAT MAJMUK
b) PERPADUAN YANG SUKAR DIWUJUDKAN DIANTARA AHLI MASYRAKAT
KERANA SISTEM PENDIDIKAN YANG TIDAK SERAGAM
c) MASYARAKAT MELAYU KETINGGALAN DALAM PENDIDIKAN
d) PERPADUAN YANG SUKAR DIWUJUDKAN BERTAMBAH BURUK DENGAN
CORAK PENEMPATAN MASYARAKAT YANG BERBEZA-BEZA
KESAN EKONOMI
A) PERUBAHAN DARI EKONOMI TRADISI KEPADA EKONOMI MODEN
B) EKONOMI DIKUASAI KAUM IMIGRAN DAN MEMINGGIRKAN
MASYARAKAT MELAYU
C) KEUNTUNGAN KEPADA PENJAJAH DAN KEMUNDURAN KEPADA
TANAH MELAYU
D) PENGENALAN EKONOMI MENGIKUT KAUM SEMAKIN
MENJARAKKAN JURANG ANTARA KAUM DI TANAH MELAYU

e) PEMBANGUNAN SECARA TIDAK LANGSUNG DIPEROLEHI DARI KEGIATAN


EKONOMI IMIGRAN DAN PENJAJAH BRITISH

KESAN POLITIK
a) KUASA RAJA/SULTAN SEMAKIN HILANG, SEKALIGUS MENGANCAM
KEDUDUKAN ORANG MELAYU
B) PEMERINTAHAN BERPUSAT MENGHILANGKAN PERANAN PEMBESARPEMBESAR NEGERI
C) PILIHANRAYA DIPERKENALKAN SEBAGAI CARA BARU MEMBENTUK
PEMERINTAHAN

KESIMPULAN
PENJAJAHAN KE ATAS NEGARA INI SELAMA RATUSAN TAHUN TELAH
MEMBERIKAN WAJAH BARU KEPADA WAJAH ASAL NEGARA DAN
MASYARAKAT NEGARA INI. PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN TERHADAP
PROSES PENTING YANG BERLAKU KE ATAS NEGARA INI SEPERTI
PENJAJAHAN AKAN DAPAT MEMBANTU MASYARKAT KELUAR DARI
KEBUTAAN KEPADA HAL EHWAL NEGARA SENDIRI SEKALIGUS MEMBANTU
PERKEMBANGAN POSITIF YANG SEDIA ADA.