Anda di halaman 1dari 59

BAB 4

PEMBANGUNAN EKONOMI
DALAM KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK DI MALAYSIA

KONSEP PEMBANGUNAN DAN MODENISASI


Pembangunan sering kali dikaitkan dengan proses
modenisasi, iaitu satu proses untuk merubah atau
mentransformasikan kehidupan masyarakat dari segenap
sudut. Metode atau kaedah yang digunakan dan dilalui
oleh sesebuah negara atau bangsa untuk mencapai
modenisasi ini pula berbeza.
Ada sesetengahnya berlaku dalam bentuk perancangan
yang teratur dengan menetapkan terlebih dahulu apakah
proses, kaedah dan matlamat yang hendak dicapai.
Manakala sesetengahnya pula berlaku perubahan dalam
bentuk yang tidak dirancang, dan kebiasaannya boleh
dihubungkan dengan tekanan daripada unsur-unsur luar.
2

Jika pembangunan hanya menekankan aspek material


semata-mata dengan mengenepikan aspek spiritual, maka
matlamat pembangunan dalam ertikata sebenarnya tidak
akan tercapai. Kedua-dua aspek ini mesti disatukan dan
diseimbangkan bagi menuju ke arah kebahagiaan yang
sebenarnya. Walau bagaimanapun, dari sudut realitinya
dalam tempoh lebih kurang dua ratus tahun yang lalu,
konsep pembangunan dan modernisasi masih terikat kuat
dengan tradisi sekularisme barat.
Sejak dari zaman batu awal (paleolitik) hinggalah ke
zaman moden hari ini, manusia sentiasa berusaha untuk
mengembangkan kegiatan ekonomi mereka, baik secara
evolusi mahupun revolusi. Tujuannya adalah untuk
merubah
tahap
kehidupan
dan
membangunkan
masyarakat.
3

KOMPONEN EKONOMI: MATLAMAT,


METOD, UKURAN PENCAPAIAN
Kerumitan dan masalah ekonomi terus juga berlaku
serta sukar untuk diatasi. Implikasinya bukan hanya
membawa kepada perbezaan jurang dalam masyarakat
tetapi juga perpecahan dan peperangan antara kaum dan
negara.
Komponen, matlamat, metode dan ukuran pencapaian
ekonomi juga seringkali berubah dan berbeza mengikut
ideologi yang didokong. Sebagai contoh ekonomi
kapitalisme adalah berbeza daripada ekonomi marxisme
dan begitulah dengan yang lain-lainnya. Komponen
ekonomi boleh saja disandarkan kepada aspek
pengeluaran, pertukaran, pengagihan harta kekayaan,
peralatan yang digunakan dan sebagainya.
4

KOMPONEN POLITIK: MATLAMAT, METOD,


UKURAN PENCAPAIAN
Politik memainkan peranan dalam menentukan dasar
dan arah tuju sesebuah kerajaan yang memerintah, juga
digunakan untuk membangunkan sosio-ekonomi,
membina negara (state-building) dan negara-bangsa
(nation-state).

Komponen-komponen
yang
ada
seperti
ekonomi,sosial, politik, pendidikan dan sebagainya
boleh digunakan untuk mencapai matlamat ini.

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM


KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Dalam persada sejarah negara, pembangunan ekonomi
ini telah melalui beberapa zaman yang berbeza.
(1) Zaman Sebelum Kemerdekaan (1400 1956)
Sistem dan pembangunan ekonomi sebelum
kemerdekaan boleh dibahagikan kepada dua peringkat
yang utama iaitu sebelum kedatangan British (1400
1786) dan semasa penjajahan British.

(2) Sistem dan Pembangunan Ekonomi Serta


Matlamatnya Sebelum Kedatangan British (1400-1786)
Sistem dan pembangunan ekonomi masyarakat
Melayu adalah berkisar kepada sektor pertanian dan
juga perikanan. Mereka tidak berhadapan dengan
masalah untuk mencari nafkah, memandangkan
persekitaran tempat tinggal mereka mudah untuk
memperolehi tanah-tanah yang subur dan lautnya
dipenuhi dengan ikan. Begitu juga dengan sumbersumber dari hutan yang mudah diperolehi. Keadaan
semulajadi ini secara tidak langsung telah menentukan
pola pekerjaan dan penempatan mereka.

(3) Sistem dan pembangunan Ekonomi


Matlamatnya Semasa Penjajahan British

Serta

Sistem dan pembangunan ekonomi lebih tertumpu


kepada industri getah dan bijih timah. Untuk memajukan
industri ini, mereka telah membawa masuk tenaga kerja
dari Tanah Besar China dan Benua Kecil India. Orang
Cina di tempatkan dalam industri bijih timah yang
terletak berhampiran bandar-bandar, manakala orangorang India pula, tenaga mereka digunakan di ladangladang getah. Orang Melayu masih kekal dengan
pekerjaan tradisi mereka dalam bidang pertanian dan
perikanan.

Matlamat pemerintahan penjajah Inggeris adalah


semata-mata untuk memperolehi seberapa banyak hasil
daripada negara ini untuk dibawa pulang ke negara
mereka.
Pihak Inggeris telah menyediakan infrastruktur
perhubungan dan pengangkutan seperti jalanraya dan
keretapi serta memperkenalkan dasar-dasar penghijrahan
atau buruh, cukai dan tanah yang longgar sebagai galakan
untuk menambahkan pengeluaran.

Penglibatan orang-orang Melayu dalam industri bijih


timah dan getah seolah-olah tidak digalakkan oleh
penjajah. Pihak Inggeris mahu mengekalkan mereka di
dalam
kegiatan-kegiatan
pertanian
yang
boleh
menampung keperluan makanan kepada sektor-sektor
ekonomi yang lain.

10

4.3 Modenisasi Di
Malaysia

Malaysia memulakan perjalanan modenisasi


dengan kehadiran kolonial Inggeris.
Sebagaimana negara baru yang lahir
setelah Perang Dunia Kedua, melakukan
pembangunan politik dan pembangunan
ekonomi.
Dua komponen penting untuk modenisasi

Komponen ekonomi
Komponen politik
11

4.3.1 Komponen Ekonomi


Sejak awal lagi, sasaran Malaysia - mewujudkan
masyarakat industri. Tumpuan:
Peringkat awal - lebih ditumpukan kepada
peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan
pertanian dan industri gantian-import.
Akhir 1960-an- pembangunan teknologi dan
peralihan daripada industri gantian-import kepada
industri berorientasikan eksport.
Menjelang 2000-an- pembangunan ekonomi
berteraskan K-ekonomi.
12

4.3.2 Komponen Politik

Isu pembinaan negara bangsa penting kerana


wilayahnya terdiri dariopada gabungan
daerah, bangsa dan kerajaan yang berbeza
hasil daripada proses migrasi dan penjajahan.
Modenisasi dilakukan melalui:

Pembinaan negara bangsa


Dasar awam
Penialain pencapaian dasar awam
Integrasi nasional
13

4.3.3 HE Dalam Konteks


Modernisasi

Komponen ekonomi adalah penting dalam


konteks modenisasi Malaysia, sama ada
pada zaman kolonial atau pasca-kolonial,
khususnya, dalam aspek pembangunan
faktor pengeluaran (tanah, buruh, modal).
Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu
gagal kalau pembangunan ekonomi tidak
mantap, seperti yang kita saksikan berlaku
di Afrika.
14

4.3.4 Acuan Ekonomi Malaysia

Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri


uniknya melalui pengalaman dijajah kolonial
Inggeris, e.g. getah dan kelapa sawit.
Pembinaan rangkaian infrastruktur sebagai
sokongan kepada industri asas.
Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana
terdapat division of labour mengikut
kumpulan etnik.
Dua ciri: (1) aspek ekonomi; (2) ciri etnik
15

4.3.5 Ciri-ciri Etnik Dalam


Konteks Majoriti Demografi,
Politik, Ekonomi

Terdapat 24.36 juta penduduk Malaysia


pada 2006: bumiputera 25.3%; Cina 25.3%,
India 7.5%, etnik SS 1.3%.
Aspek demografi menentukan kuasa politik.
Melayu etnik majoriti dari segi demografi
dan politik, Cina menguasai ekonomi.
Kerajaan utamakan keseimbangan ekonomi
untuk elak 13 Mei.
16

4.3.6 Perancangan
Pembangunan Lima Tahun

Draft Development Plan of Malaya (1950-1955)

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

Ke arah pemerintahan sendiri (PU 1955, Kemerdekaan


31 Ogos 1957)

Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

Asas tradisi perancangan moden

Penerusan dasar oleh pemimpin tempatan

Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

Lebih agresif, meliputi pendidikan, bahasa, budaya.


Fokus utama, bangunkan masyarakat desa yg miskin.

17

4.3.6 Perancangan
Pembangunan Lima Tahun

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

DEB (1971-1990)

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)

Konfrontasi Malaysia Indonesia, Peristiwa 13 Mei

Menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi


antara sektor dan etnik

Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)


Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

RMK4, RMK5 & RMK6 menitikberatkan teknologi


yg lebih maju dan dasar penswastaan
18

4.3.6 Perancangan
Pembangunan Lima Tahun

Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)


Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)

RMK7 & RMK8 berikan perhatian kepada


industri berasaskan k-ekonomi

Rancangan Malaysia Kesembilan (20062010)

Modal insan
hadhari

19

4.3.7 Dasar-dasar Awam:


Pertanian, Perindustrian dan
K-ekonomi

Badan-badan untuk memajukan pertanian dan


membasmi kemiskinan

1990an, perhatian kepada sektor perindustrian, e.g.

FELDA
FELCRA
MARA
Dasar Perindustrian Berat
Dasar Penswastaan

Kini pembangunan ekonomi menjurus kepada kekonomi dan ICT


20

4.4.1 Antara Pertumbuhan


dan Agihan
Antara Pertumbuhan Dan Agihan
Isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan
isu sosial terutama berkaitan dengan isu
kemiskinan dan agihan pendapatan menurut
golongan etnik. Beberapa isu penting :

Antara Pertumbuhan dan Agihan


Antara Equality dan Equity

Isu agihan pendapatan ini dapat dilihat dua


sudut,
antara kelas sosial yang berbeza.
antara kelompok etnik yang berbeza.
Untuk atasi masalah, DEB dilancarkan.

21

4.4.2 Antara Equity dan


Antara
Equality
dan
Equity
Equality
Antara Equity dan Equality
Isu equity atau keadilan dan equality atau
kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia
sudah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.
Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia
menegaskan bahawa semua orang adalah
sama rata di sisi undang-undang dan
berhak mendapat perlindungan yang sama
rata di sisi undang-undang.
Fasal (153) berkaitan dengan kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera.
22

4.4.3 DEB dan HE


DEB dan HE
Dasar pecah dan perintah British

Pembangunan tidak seimbang


Wujudkan jurang ekonomi antara kaum

Bukti kemiskinan, rujuk Jadual 4.1 (ms 55)


dan Jadual 4.2 (ms 56).
DEB tidak mendiskriminasikan kaum,
hanya sasarkan 30% pemilikan, bukannya
100%.
23

Insiden kemiskinan menurun


% Isi rumah Malaysia

Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di
Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan
RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh
24
dari PLI.

Insiden Kemiskinan Tinggi Di 5 Buah Negeri


1970

1990

2002

3.7

0.5

Selangor
Pulau Pinang

29.2
43.7

7.6
8.7

1.1
1.4

Johor

45.7

9.8

1.8

N.Sembilan

44.8

9.1

2.2

Melaka

44.9

12.4

2.7

Pahang

43.2

10.0

3.8

21.0

5.8

Perak

48.6

19.2

7.9

Perlis

73.9

17.4

10.1

Terengganu

68.9

31.3

10.7

Kedah

63.2

29.9

10.7

Kelantan

76.1

29.6

12.4

29.7

16.0

49.3

16.5

5.1

W.P Kuala Lumpur

Sarawak

Sabah
Malaysia

25

Jurang pendapatan antara kaum berkurangan

Nisbah ketaksamaan
pendapatan isirumah

Luar Bandar : Bandar


Bumiputera : Cina
Bumiputera : India

1970

1980

1: 2.1 1: 1.8
1: 2.3 1: 1.9
1: 1.8 1: 13

1990

1999

2002

1: 1.7 1: 1.8 1: 2.1


1: 1.7 1: 1.7 1: 1.8
1: 13 1: 1.4 1: 1.3

26

Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat


meningkat tetapi masih belum mencapai sasaran
30%
Matlam
at
197
199
0
0

Pencapaian
199
0

200
2

Bumiputera 2.4

30.0

19.3

18.7

Bukan Bumi.32.3

40.0

46.8

43.2

45.5

40.9

India

1.0

1.5

Lain-lain

0.3

0.8

25.4

28.9

8.5

9.2

100.
0

100.
0

Cina

Asing
Nomine
JUMLAH

63.3

30.0

2.0
100.
0

100.
0

27

Penyertaan golongan profesional


Bumiputera meningkat, 1990-2003
1990
Profesion

2002

Bumi Cina

India

Bumi

Cina

India

Akauntan

11.2

81.2

6.2

20.0

74.6

5.1

Arkitek

23.6

74.4

1.2

43.6

52.6

1.3

Doktor

27.8

34.7

34.4

38.5

29.9

27.5

Doktor Gigi

24.3

50.7

23.7

38.2

40.3

19.1

Doktor Veterinar

35.9

23.7

37.0

40.1

29.8

25.7

Jurutera

34.8

58.2

5.3

43.5

50.1

5.3

Juru Ukur

44.7

49.6

3.7

46.0

49.3

3.1

Peguam

22.3

50.0

26.5

35.1

38.4

25.8

JUMLAH

29.0

55.9

13.2

37.2

50.1

11.2
28

Kualiti Hidup rakyat Malaysia meningkat


1970

1990

2003

Lelaki

61.6

Perempuan

65.6
39.4

68.9
73.5

70.4
75.3

13.0

5.7

4,302

2,581

1,395

Kadar celik huruf (%)

58

85

94

Telefon / 1000 penduduk, termasuk telefon


mudah alih

17

131

583

48
44

80
80

90.5
95.7
29

Jangka hayat (tahun)

Kadar kematian bayi /1000 kelahiran


Nisbah penduduk / doktor

Kemudahan asas:
Bekalan air paip (%dpd penduduk)
Bekalan elektrik (% dpd isirumah)

4.4.4 Pendidikan,
Ekonomi dan Etnisiti
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains
dan Ekonomi
Bahasa Melayu

Bahasa rasmi- pemangkin pembangunan negara


Wadah komunuikasi untuk perpaduan nasional

Pendidikan vernakular dibenarkan


Kepentingan BI
Dasar bahasa selepas 199

Martabatkan BM sebagai bahasa perpaduan


Menjadikan BI bahasa pengajaran sains & math
30

4.4.5 Globalisasi, Ekonomi


Malaysia dan HE

Globalisasi, Ekonomi dan HE


Globalisasi

Membantu memajukan ekonomi Asia dalam


tempoh yang singkat (negar negara Eropah
Barat ambil masa yang lama)
Menyebabkan negara-negara Asia
mengalami krisis ekonomi 1985-1986.

Akibat aliran keluar masuk modal asing


Kesan kepada syarikat-syarikat.

31

4.4.6 Krisis Besar Ekonomi


1985-1986, 1997-1998
Implikasi Terhadap Usahawan Melayu dan
Bukan Melayu
Syarikat bukan Melayu berpengalaman,
mampu hadapi krisis ekonomi.
Syarikat Melayu tiada pengalaman,
bermasalah, 1998, 25000 syarikat IKS dan
191 syarikat milik majoriti Melayu muflis.
Perkongsian bijak bumi nonbumi untuk
menghadapi cabaran ekonomi.
32

4.4.7 Ekonomi Islam

dalam ekonomi arus perdana Malaysia

Bank-bank Islam pertama di dunia; Dubai


Islamic Bank, UAE, dan Bank
Pembangunan Islam (IDB), Arab Saudi
pada 1975; membawa kepada kepesatan
institusi kewangan Islam di seluruh dunia
1976-1985.
Sudan, Pakistan, Iran tukar kepada sistem
perbankan Islam.
Gesaan di Malaysia, kejayaan LUTH.
33

4.4.7 Ekonomi Islam

dalam ekonomi arus perdana Malaysia

Kerajaan mewartakan Akta Bank Islam


1983, Akta Pelaburan Kerajaan 1983,
berkembangnya sistem perbankan, insuran
dan pasaran kewangan Islam.
Akta Takaful 1984, penubuhan STMB, TNSB
dsb.
Dua peranan sistem perbankan Islam:

Penyumbang kepada ekonomi negara


Memenuhi tuntutan masyarakat Islam
34

4.4.8 Dasar Penswastaan


dalam konteks Hubungan Etnik

Diperkenalkan 1983, bertentangan


dengan dasar pemiliknegaraan
(nationalization)
Tun Dr M: kerajaan tidak cekap, swasta
cekap, penswastaan tingkatkan prestasi.
Perbelanjaan sektor awam: 28% (1975);
35% (1982), kerajaan menanggung
beban kewangan yang besar.
35

4.4.8 Dasar Penswastaan


dalam konteks Hubungan Etnik

Tujuan Dasar Penswastaan:


1.
2.

3.

4.

5.

Kurangkan beban kewangan kerajaan.


Tingkatkan persaingan, perbaiki
kecekapan dan produktiviti.
Rangsang pelaburan dan keusahawanan
persendirian.
Kurangkan bilangan dan saiz sektor
awam.
Membantu pencapaian matlamat DEB.
36

4.4.9 Industri Automobil


Nasional dan penglibatan etnik

1980an, usahasama dengan Mitsubishi,


selaras dengan Dasar PKT.
7 Mei 1983, penubuhan PROTON, modal
berbayar RM150 juta.
Pemegang saham: HICOM (70%), Mitsubishi
Motors Corporation (15%), dan Mitsubishi
Ciorporation (15%).
1 Julai 1985, Proton Saga, model pertama
dikeluarkan.
37

4.4.9 Industri Automobil


Nasional dan penglibatan etnik

Untuk melindungi industri automobil nasional,


Dasar Automotif Negara (DAN) dilancarkan.
Tujuan utama DAN:

merangsang pertumbuhan nilai ekonomi yang


mapan sehingga dapat memaksimumkan
sumbangan sektor automotif terhadap ekonomi
negara;
Memberi manfaat kepada pengguna.

Sebagai wadah kepada penglibatan golongan


Bumiputera
38

4.5 Kesimpulan

Aspek ekonomi dan etnisiti tidak dapat


dipisahkan.
Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti
hidup rakyat yang positif adalah bukti kejayaan
pembangunan ekonomi Malaysia.
Kesan positif pembangunan ekonomi Malaysia
dalam konteks hubungan etnik:
kemiskinan tanpa mengira etnik.
penyusunan semula masyarakat agar
kedudukan sosioekonomi antara etnik adalah
seimbang
39

(4) Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama


Rancangan pembangunan negara sebenarnya
telahpun bermula sekitar tahun 1950an. Pada tahun 1954,
kerajaan telah mendapat perakuan daripada Bank Dunia
mengenai pembangunan negara. Sehubungan itu,
rancangan pembangunan dikenali sebagai Rancangan
Malaya Pertama telah dimulakan pada tahun 1956 hingga
1960. Sejumlah RM1,100 juta telah dilaburkan dalam
rancangan ini. Tumpuan yang diberikan ialah untuk
mewujudkan satu perancangan pelaburan sektor awam
yang berpadu.

40

Rancangan Malaya Kedua lebih menumpukan kepada


pembangunan luar bandar dan penyertaan rakyat jelata.
Jangka masa untuk pelaksanaan rancangan ini ialah
selama lima tahun (1961 1965), dan peruntukan yang
disediakan untuk tujuan ini sebanyak RM2,150.00 juta.
Melalui Rancangan Malaysia Pertama (1966 1970),
beberapa
pembaharuan
telah
diperkenalkan,
diantaranya ialah menentukan hala tuju pembangunan
dan meletakkan matlamat yang perlu dicapai dalam
tempoh lima tahun yang akan datang. Matlamat yang
ingin dicapai melalui rancangan ini ialah agar semua
golongan miskin dan tidak bernasib baik dapat merasai
nikmat pembangunan dari pertumbuhan ekonomi yang
dirangka.
41

Sungguhpun rancangan ini telah dianggap berjaya dari


sudut pertumbuhan ekonomi, namun masih lagi tidak
seimbang dari sudut pengagihan pendapatan antara
kaum.
Penggunaan tenaga dan penglibatan dalam sektor
ekonomi masih lagi ditentukan mengikut kaum. Situasi ini
telah melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
kaum yang ada. Akibatnya pada 13 Mei 1969 berlakulah
peristiwa yang mengancam keselamatan dan perpaduan
negara.

42

(5) Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua


Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan formula yang
digunakan untuk memperbetulkan keadaan yang tidak
selesa dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan
ketidakseimbangan di antara wilayah-wilayah. Ia
dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971
1975) yang melibatkan kos sebanyak RM7,250 juta dan
merupakan satu Rancangan Jangka Panjang yang diatur
untuk dilaksanakan dalam fasa kedua ini.

43

Oleh kerana proses untuk mewujudkan perpaduan


negara ini akan mengambil masa yang panjang maka
DEB telah diteruskan lagi dalam Rancangan Malaysia
Ketiga (1976 1980), Rancangan Malaysia Keempat
(1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (19861990).
Melalui DEB ini, kerajaan telah memainkan
peranannya secara langsung dalam melaksanakan
rancangan-rancangan yang ditetapkan. Perbadananperbadanan awam telah ditubuhkan untuk mengimbangi
peranan pihak swasta yang selama ini mendominasi
pembangunan ekonomi negara.

44

Dasar ini telah memperkenalkan strategi serampang


dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira
kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi
mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Dasar ini telah memperkenalkan strategi serampang
dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira
kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi
mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

45

Bagi tahun 1970 pendapatan RM200.00 sebulan


dianggap berada di bawah paras kemiskinan, tahun 1975 RM250.00, tahun 1976/77 - RM272.00 dan tahun 1979
RM282.00 sebulan (INTAN 1980).
Penyusunan masyarakat pula adalah melalui strategistrategi yang berkaitan dengan menaikkan taraf kehidupan
luar bandar, meningkatkan aktiviti-aktiviti yang seimbang
di bandar-bandar, meneroka bidang-bidang baru dalam
sektor perdagangan dan perindustrian untuk diceburi oleh
kaum bumiputera setanding dengan kaum-kaum lain yang
sudah lama melibatkan diri dalam bidang tersebut.

46

DEB dirangka untuk memberi perhatian dan tumpuan


kepada kaum bumiputera sahaja, tetapi juga mengambil
kira kaum-kaum lain serta menjaga kepentingan pelaburpelabur asing.
Pada pertengahan tahun 1980an memperlihatkan
kemelesetan ekonomi yang teruk dihadapi negara
memaksa kerajaan mengkaji semula peranannya sebagai
penggerak dalam pembangunan ekonomi negara serta
dasar-dasar yang dilaksanakan.

47

RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA


FASA KETIGA
Kegagalan DEB dalam mencapai matlamatnya telah
membawa kepada pelaksanaan Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) yang bermula dari tahun 1991-2000.
Walaupun DPN merupakan dasar baru negara, namun
matlamat DEB iaitu untuk mewujudkan perpaduan
negara masih diteruskan dalam perlaksanaannya. DPN
juga tetap mengekalkan strategi DEB iaitu pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat yang
lebih seimbang.

48

Beberapa kelemahan yang terdapat di dalam DEB


sebelumnya telah diberi perhatian untuk diperbetulkan.
Oleh itu, beberapa pendekatan telah diambil untuk
dilaksanakan dalam DPN antaranya:
i. Memberi tumpuan yang lebih terhadap usaha
pembasmian kemiskinan di kalangan golongan
miskin tegar
ii. Memberi perhatian kepada pembinaan sebuah
masyarakat bumiputera yang berorientasikan
perdagangan dan perindustrian.
iii. Melibatkan penyertaan sektor swasta dengan lebih
aktif dalam proses penyusunan semula masyarakat.
iv. Memberi lebih penekanan kepada pembangunan
sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika
49

Dalam Rancangan Jangka panjang Ketiga (2001


2010) yang bermula dengan Rancangan Malaysia
Kelapan, kerajaan telah memperkenalkan Dasar
Wawasan Negara. Dasar ini merupakan gabungan
daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan
Nasional yang telah dilaksanakan sebelumnya. Objektif
kepada pelaksanaan dasar ini adalah untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020
dalam semua bidang mengikut coraknya yang tersendiri.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 2010),
pelaksanaan Dasar Wawasan Negara fasa pertama ialah
memberi tumpuan kepada pembangunan yang bercorak
fizikal khususnya mewujudkan kemudahan infrastruktur
yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi
dan sosial.
50

Enam cabaran yang digariskan dalam Rancangan


Malaysia kesembilan ini iaitu:
i. Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia
ke peringkat yang lebih cemerlang
ii. Memperkuatkan daya
ekonomi negara

saing

dan

daya

tahan

iii. Meningkatkan daya pengeluaran


pengetahuan dalam ekonomi.

dan

tahap

iv. Membangunkan sumber manusia yang mempunyai


kemahiran dan berpengetahuan
v. Memperhebatkan
kemiskinan.

lagi

langkah

vi. Menyediakan kemudahan


berkualiti tinggi

dan

pembasmian
perkhidmatan
51

Manakala projek-projek yang mendapat keutamaan


untuk dibangunkan dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan pula ialah
i. Projek yang dapat mengukuhkan daya saing sektor
ii. Pertanian dan pembangunan yang seimbang Projek
yang memenuhi keperluan ekonomi dan sosial
rakyat
iii. Projek yang memberi kesan pengganda, limpahan
yang tinggi
iv. Projek yang
ekonomi

menyebabkan

kebocoran

dalam

v. Projek yang mempunyai reka bentuk dan struktur


yang lebih bersifat fungsian, dan tidak hanya
bertumpu kepada saiz yang besar, cantik dan mewah
52
sahaja

SEKTOR PERINDUSTRIAN SEBAGAI ASAS


PEMBENTUKAN NEGARA MAJU
Tumpuan awal sektor ini tidak meluas dan hanya
membabitkan industri getah dan bijih timah
menjelang akhir abad ke-18 industri bijih timah
khususnya telah mula merosot jika dibandingkan dengan
abad-abad sebelumnya. Manakala industri getah pula
mengalami turun naik harga sehingga memaksa beberapa
rancangan sekatan dibuat untuk mengawal harganya
daripada terus jatuh.
Selepas mencapai kemerdekaan
mempelbagaikan kegiatan ekonomi.

kerajaan

cuba
53

Pertumbuhan perindustrian yang lebih pesat telah


dimulakan pada tahun 70an bagi memenuhi keperluan
pekerjaan dan DEB yang diperkenalkan.
Rancangan untuk meningkatkan lagi ekonomi melalui
pencapaian dalam bidang perindustrian telah diteruskan
lagi pada tahap kedua (1968-1980).
Dalam tahap ini tumpuan diberikan kepada
pengeluaran dan peluasan barangan eksport negara
disamping memberi galakan kepada pertumbuhan
industri ringan, kecil dan sederhana.
Beberapa akta diperkenalkan spt Akta Galakan
Pelaburan 1968, Akta Penyelarasan Perindustrian 1975
dan Zon Perdagangan Bebas 1971.
54

Walau bagaimanapun program perindustrian yang


telah dijalankan dalam tempoh yang disebutkan ini masih
lagi mempunyai kelemahannya.
Bidang pengeksportan misalnya masih lagi terlalu
rendah dan masih tidak dapat mencapai kualiti yang
tinggi untuk mampu bersaing dalam pasaran terbuka.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh penggunaan
tekonologi yang masih rendah.

55

Selepas tahun 80-an dengan memberi tumpuan kepada


sektor perindustrian berat dan industri berasaskan
sumber dan teknologi tinggi.
Beberapa program telah dilaksanakan seperti
i) Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM)
(1983),
ii) Pelan Induk Perindustrian Pertama (PIP1) (19851995),
iii) Pelan Induk Perindustrian Kedua (PIP2) (19962005) dan
iv) Akta Galakan Pelaburan 1986.

56

Melalui Pelan Induk Perindustrian ini, sebanyak 12


sektor industri telah dikenalpasti untuk diberi perhatian.
Tujuh daripadanya adalah industri yang berasaskan
sumber tempatan seperti getah, kelapa sawit, kayukayan,
makanan, logam bukan ferus dan galian bukan logam.
Manakala selebihnya adalah sektor yang bukan
berasaskan sumber seperti elektrik dan elektronik,
peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan,
logamlogam ferus serta tekstil dan pakaian.

57

Selain daripada dasar-dasar tersebut, kerajaan juga


telah memperkenalkan satu lagi dasar iaitu Dasar
Industri Berat Negara. Ianya bertujuan untuk
mengurangkan pergantungan negara kepada negara luar
dalam mendapatkan bekalan peralatan jentera bagi
keperluan dan kegunaan tempatan.
Antaranya Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad
(HICOM) dan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad
(PROTON).

58

KESIMPULAN
Kerajaan meletakkan matlamat perpaduan negara
sebagai agenda utamanya. Matlamat ini hanya boleh
dicapai melalui pembangunan sosioekonomi yang
melibatkan
pertumbuhan
ekonomi,
pengagihan
pendapatan, kestabilan dan kesejahteraan umum.

59