Anda di halaman 1dari 9

1.

1 PERTANDINGAN CONGKAK (3 SEPASUKAN)


1.1.1

PERATURAN PERATURAN PERTANDINGAN


PENGANJUR / PENGELOLA
Perbadanan Perpustakaan Awan Selangor.

PENDAFTARAN PEMAIN
i.

Setiap pasukan dibenarkan mendaftar pemain seramai


EMPAT (4) ORANG PEMAIN WANITA SAHAJA (TERMASUK
SEORANG PEMAIN SIMPANAN) menggunakan Borang
yang disediakan.

ii.

Pemain yang tidak


mengambil bahagian.

iii.

Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan


tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara
automatik.

iv.

Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh


pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang,
kemenangan percuma akan diberikankepada pasukan
lawan.

didaftarkan

tidak

dibenarkan

SISTEM DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


I.

Pertandingan akan dijalankan serentak setelah


undian dibuat. Pertandingan akan jalankan secara
KALAH MATI.

II.

Pemain-pemain dibenarkan berlatih selama 5 minit


sebelum pertandingan bermula.

III.

Papan congkak yang mengandungi sekampung


tujuh (7) rumah anak serta satu (1) rumah ibu.

IV.

Syarat-syarat
dan
undang-undang
permainan
adalah seperti yang disediakan oleh penganjur
kejohanan.

V.

Jika berlaku sebarang pertikaian, Peraturan Am


Kejohanan akan digunakan.

PERATURAN PERTANDINGAN
i.

Dua (2) orang pemain yang


berkedudukan secara mengadap.

bertanding

akan

ii.

Kedua-dua pemain yang bertanding akan memulakan


permainan dengan jalan/menapak secara serentak
untuk pusingan pertama.

iii.

Pemenang pusingan pertama akan jalan/menapak


dahulu untuk permainan pusingan kedua. Pusingan
ketiga akan dimainkan jika seri, kedua-dua pemain akan
mula jalan/menapak secara serentak.

iv.

Permainan dimulakan dengan mengambil semua


buah/guli dari rumah anak di kampung sendiri, kemudian
jalan/menapak dari kanan ke kiri; lalu

v.

Masukkan buah/guli satu demi satu ke dalam rumah


dengan mengelilingi kampung rumah papan congkak
dalam keadaan tangan genggam terngadah. Ikut giliran
menapak/jalan.

vi.

Pemain tidak dibenarkan untuk melangkau atau


memintas. Setiap kali tiba di rumah ibu sendiri hendaklah
dimasukkan juga satu biji guli/buah tetapi tidak untuk
rumah lawan. Buah/guli yang telah dimasukkan ke
rumah ibu lawan adalah menjadi kepunyaan pihak
lawan.

vii.

Buah/guli
terakhir yang
masuk ke
rumah isi
mestilahdilepaskan
genggaman
dulu
sebelum
mengambil buah/guli yang ada di rumah tersebut dan
kembali menapak/jalan.

viii.

Pemain dikira mati giliran menapak/jalan ialah


jikabuah/guli akhir masuk ke mana-mana rumah kosong.
Pemain lawan akan mendapat giliran menapak/jalan
kecuali jika naik rumah maka pemain hidup boleh
meneruskan jalan/menapak semula.

ix.

Pemain hanya boleh


kampung lawan sahaja.

menikam

setelah

melalui

x.
xi.

Tikam layar adalah ditegah.


Setiap buah/guli yang telah disentuh hendaklah diambil
untuk
menapak/jalan.
Pemain-pemain
hanya
dibenarkan untuk berfikir selama lima (5) saat sahaja.

xii.

Mana-mana rumah terbakar tidak boleh ditanda. Baki


disimpan di rumah ibu sendiri. Buah/guli yang masuk ke
rumah terbakar hendaklah dibawa menapak/jalan
semula.

xiii.

Sebagai gantinya, sejumlah buah/guli yang masuk ke


rumah terbakar diambil ganti dari rumah ibu sendiri ke
pihak lawan.

KESALAHAN
i.

Bermain dengan genggam terlungkup dan tidak


memasukkan buah/guli ke rumah ibu atau rumah anak.

ii.

Sentuhan buah/guli yang tidak berjalan/menapak.

iii.

Berfikir melebihi lima (5) saat.

iv.

Buah/guli akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum


mengambil
bawa
buah/guli
yang
baru
atau
memasukkan buah/guli di mana-mana rumah anak dan
ibu lebih dari satu (1) butir.

PENENTUAN KEMENANGAN
i.

Menang tapak (pihak lawan telah ketiadaan buah/guli


di rumah anak) tiap papan. Pemenang ialah pemain
yang memenangi dua (2) papan/pusingan, atau

ii.

Pihak lawan membuat tiga (3) kali kesalahan yang sa ma


atau dibuang gelanggang.

iii.

Pemenang adalah pasukan yang


dua/tiga pemain pasukan lawan.

mengalahkan

BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada
Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak
penganjur.

1.2 PERTANDINGAN KAROM (BEREGU)


1.2.1

PERATURAN PERATURAN PERTANDINGAN


PENGANJUR / PENGELOLA
Perbadanan Perpustakaan Awan Selangor.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN / PENDAFTARAN


i.

Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai DUA (2)


orang pemain lelaki. Pendaftaran pemain hendaklah
menggunakan Borang yang telah disediakan.

ii.

Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan


mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian,
penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan secara
automatik.

iii.

Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh


pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang,
kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak
lawan.

TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN


i.

Perlawanan akan diadakan ditetapkan kemudian.

ii.

Perlawanan ini akan dijalankan mengikut jadual yang


telah disediakan oleh jawatankuasa penganjur.

iii.

Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di


gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan
bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada
mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada

di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu


perlawanan sepatutnya dimulakan.

iv.

Bagi pengurus dan ketua pasukan mereka hendaklah


menyerahkan nama dan susunan pemain-pemain
kepada pengadil rasmi sepuluh (10) minit sebelum
perlawanan dimulakan.

v.

Jumlah pemain dalam satu pasukan bagi setiap


perlawanan ialah DUA(2) orang. Pasukan yang
menurunkan kurang daripada 2 orang pemain dalam
satu perlawanan akan dibatalkan perlawanannya dan
dikira kalah.

vi.

Pasukan lawan yang mempunyai cukup pemain di


gelanggang akan diberi kemenangan percuma.

FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN


i.

Pertandingan akan dijalankan sebanyak SATU (1) regu


iaitu 1 beregu lelaki.

ii.

Pertukaran atau penggantian tidak boleh dilakukan


selepas susunan pemain-pemain telah ditetapkan dan
diserahkan kepada penganjur.

iii.

Semua pertandingan di peringkat awal akan dijalankan


secara KALAH MATI.

iv.

Pemenang-pemenang bagi perlawanan tersebut layak


ke pusingan SEPARUH AKHIR dan AKHIR bagi
menentukan johan dan naib johan pertandingan Karom.

v.

Pasukan yang tewas akan bertanding untuk menentukan


tempat KETIGA dan KEEMPAT.

CARA BERMAIN
i.

Undang-undang International Carom akan digunakan


dalam pertandingan ini.

ii.

Permainan menggunakan 18cm + qcm.

iii.

Pemain yang memulakan permainan menggunakan 9


buah c/m putih. Lawannya menggunakan 9 buah c/m
hitam.

iv.

Pemain yang hendak memasukkan (confirm) qc/m (buah


merah) perlu memasukkan sekurang-kurangnya 1 c/m
terlebih dahulu. Pemain yang memasukkan qc/m
bersama c/m pihak lawan dalam satu pukulan adalah
tidak dikira (confirm) tetapi boleh meneruskan pukulan
untuk cubaan memasukkan q c/mnya(confirm).

v.

C/m (buah putih/hitam) atau qc/m (buah merah) perlu


diletakkan di bulatan tengah warna merah (tindakan
pengadil) apabila dalam keadaan berikut :

a. Buah carom (c/m) melambung keluar dari


papan karom.
b. Jika pemain tidak dapat memasukkan
c/mnya setelah qc/m (buah merah) telah
dimansuhkan.

c. Buah karom (c/m) yang terkeluar dari papan


karom dan termasuk semula.

d. Sekiranya terdapat c/m lain di bulatan


merah tengah, maka c/m yang yang perlu
diletakkan di kawasan bulatan merah yang
ada atau letak secara bertentangan pihak
lawan.
vi.

Pemain yang cuba memasukkan c/mnya yang terakhir


tetapi termasuk sekali gundu (striker) maka permainan

masih belum ditamatkan kecuali 2 c/m denda dapat


dimasukkan.

LARANGAN, KESALAHAN DAN DENDA.


i.

Pengadil akan mendenda 1 biji c/m apabila pemain


melakukan kesalahan seperti berikut:
a. Pemain yang memasukkan gundu (striker)
ke dalam lubang semasa pukulan dibuat
(hilang peluang meneruskan pukulan lagi
kecuali perkara di para v).
b. Pemain membuat pukulan (jentik), lengan
dan siku melebihi kawasan pemisah pada
papan karom atau memasuki kawasan
permainan.
c. Gundu (striker) tidak menyentuh kedua-dua
garisan yang ada semasa pukulan dibuat.
d. Gundu (striker) tidak berada dalam bulatan
(full moon) semasa membuat pukulan.
e. Pemain tersentuh c/m dalam permainan
yang menyebabkan kedudukan lain
berubah.

ii.

Pemain mengambil gundu (striker) yang masih bergerak


dalam permainan.

iii.

Pemain lawan perlu meletakkan denda c/m dalam


keadaan sukar bertentangan (disadvantage position) di
kawasan bulatan.

iv.

Pemain boleh menyusun denda c/m pihak lawan


bersama c/mnya tetapi tidak boleh terus memukul c/m
tersebut sebelum menyentuh c/m yang lain terlebih
dahulu tetapi perkara ini dikecualikan jika c/m denda
dan c/m yang akhir.

v.

Pemain yang memasukan c/m bersama gundu (striker)


boleh meneruskan permainan tetapi denda perlu
dikeluarkan terlebih dahulu. Pihak lawan akan
memasukkan 2 buah c/m di bulatan tengah. Keadaan
meletakkan adalah cara yang menyulitkan pihak lawan
(disadvantage).

vi.

Gundu (striker) yang sukar diambil perlulah dilakukan oleh


pengadil. Jika pemain yang mengambil dan tersentuh
c/m denda akan dikenakan.

KEMENANGAN PERCUMA
i)

Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana


mana pasukan, jika pasukan lawannya melakukan
kesalahan seperti berikut:
a. Menyenaraikan
didaftarkan
perlawanan.

pemain
dalam

yang
tidak
mana-mana

b. Gagal berada di gelanggang selepas lima


(5) minit dan perlawanan sepatutnya
dimulakan.

c. Gagal menyediakan pemain


sesuatu
perlawanan.
Tidak
meneruskan perlawanan.

dalam
mahu

ii)

Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan


menang dan meneruskan ke peringkat seterusnya.

iii)

Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi


kemenangan percuma kepada pasukan lawan.

iv)

Jika berlaku juga keadaan sedemikian pasukan tersebut


secara automatik terkeluar dari pertandingan dan
perlawanan sebelumnya dibatalkan.

PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN


Pengadil boleh membatalkan permainan jika pemain berada
dalam keadaan berikut ;
a. Merokok, makan atau minum.
b. Membuat bising atau mengganggu semasa pihak
lawan hendak membuat pukulan.

c. Menunjuk ajar pemain lawan atau rakan dalam


permainan beregu.

d. Bangun semasa pihak lawan hendak membuat


pukulan.

e. Menukar gundu (striker) dalam permainan kecuali


dibenarkan oleh pengadil.

f.

Menggerakkan/mengalihkan kerusi semasa hendak


membuat pukulan.

BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada
Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak
penganjur.

ETIKA BERPAKAIAN.
Semua pemain mestilah memakai pakaian sukan yang sesuai.
Pakaian menjolok mata mata adalah dilarang sama sekali.
PENGADILAN
Pengadil mempunyai kuasa mutlak mendenda pemain tanpa
sebarang amaran atau teguran.

Anda mungkin juga menyukai