Anda di halaman 1dari 7

KONSEP BUDAYA

Para guru memainkan peranan yang besar dalam memupuk kefahaman dan
memberikan penghayatan kepada murid-murid tentang kepelbagaian budaya yang
terdapat dalam kelompok masyarakat di Malaysia ini, supaya murid-murid lebih terarah
dalam membina perpaduan antara berbilang bangsa dan agama demi menjamin
keharmonian negara yang telah merdeka selama 57 tahun ini.
Definisi budaya menurut kamus dewan edisi ke-3 membawa maksud tamadun atau
peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi. Dalam konteks
pendidikan pula, kepelbagaian budaya bukan sahaja dapat dilihat dari ras, etnik dan
adat budaya masyarakat di Malaysia, ianya merangkumi skop yang lebih besar. Menurut
Slavin (1997) perbezaan setiap individu terdapat dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi,
kadar belajar, gaya kognitif, etnik, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.
Dengan kepelbagaian budaya ini akan memberi impak terhadap guru dan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Natijahnya guru kini perlu merancang dengan
bijak dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin kemajuan murid-murid secara
optimum. Dengan itu perkara seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan
aktif murid dan mengintegrasikan penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi.
Disamping itu, dari sudut hak seorang murid di dalam bilik darjah guru tidak seharusnya
mengamalkan sifat diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas
alasan agama, ras, keturunan dan tempat lahir yang berbeza antara setiap murid.
Justeru dapat kepelbaaian budaya dan kelompok masyarakat yang terdapat dalam
negara Malaysia ini memerlukan usaha yang besar dari seorang pendidik demi
memupuk semangat perpaduan di antara kelompok masyarakat di Malaysia ini.

anegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu
pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau
pembayaran

fi;

atau

(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam
bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana
institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak

dan

sama

ada

di

Petikan

dalam

atau

di

luar

Persekutuan).

perlembagaan

Malaysia

perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik
dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang
diperuntukkan

dan

profil

pelajar

mengikut

tahap

kecerdasan.

Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan
pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran,
penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan. Selain itu
guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan TKM.
Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap
guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga
bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).
Definisi: Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran
manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu
Budaya kebendaan
Budaya bukan kebendaan
Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,
senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza
dengan orang Inggeris atau orang Eskimo
Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam
menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki
yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India,
hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan
terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat
komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam
mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya


Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti
Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri
kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan Pembinaan
Bangsa Melayu, 1992).
Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai
budaya dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia
mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu
keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

Pendidikan dapat ditakrifkan sebagai satu proses perubahan tingkahlaku individu


daripada tidak berpengetahuan dalam sesuatu perkara kepada memahami dan
mengaplikannya dalam kehidupan seharian. Ianya juga membawa makna aktiviti
perkembangan dan penyuburan pemikiran dimana meliputi pendidikan formal dan
pendidikan bukan formal. Namun begitu semenjak dari penjajahan British ke atas Tanah
Melayu dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh British iaitu dasar pecah dan perintah
telah mengakibatkan berlakunya ketaksamaan dalam pendidikan di negara ini walaupun
setelah merdeka. Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan pula bermaksud sekatan
hak seseorang untuk mengembangkan potensinya. Konsep ketidaksamaan ditakrifkan
sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau
sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku
pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan
membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
Oleh itu, Kepelbagaian kaum atau budaya kadang kala dilihat menjadi satu bentuk
ketaksamaan peluang dalam pendidikan. Kepentingan pendidikan pelbagai budaya
membantu dalam memahami budaya sesuatu kaum. Namun begitu masalah
ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih memerlukan usaha yang lebih dan
berterusan dalam menjamin pendidikan dapat diberi kepada semua rakyat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan
Kelas sosial
Kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat yang
mempunyai kedudukan yang sama dari segi politik,kuasa, kekayaan, martabat dan
pekerjaan. Oleh yang demikian, ekonomi yang dimiliki oleh golongan yang kaya dengan
mudah dapat memnghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di luar
negara ke tahap yang lebih tinggi. Manakala ekonomi golongan berada kebiasaanya
menjawat jawatan dari sektor awam sebagai pegawai tinggi ataupun berniaga sendiri.
Selain itu, golongan miskin yang berada di pedalaman dan kampung-kampung akan
mengalami kesukaran untuk menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat tinggi tanpa bantuan daripada pihak kerajaan dan kebiasaanya
anak-anak golongan ini akan mewarisi pekerjaan tradisi keluarga daripada melanjutkan

pelajaran dengan meninggalkan kampung halaman.


Selain itu, kemudahan asas yang lengkap, keadaan tempat tinggal dan suasana
persekitaran juga memberi impak kepada murid-murid untuk belajar. Misalannya
keadaan di bandar yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi ini telah membuka
mata masyarakat di bandar betapa pentingnya pendidikan demi menjamin keselesaan
hidup pada masa akan datang, dengan itu mereka akan berusaha sedaya upaya supaya
anak-anak mereka mendapat pendidikan dan hasil yang cemerlang untuk ke peringkat
yang lebih tinggi demi mendapat peluang kerjaya yang cerah pada masa akan datang.
Ini berbeza pula dengan masyarakat di bahagian kampung-kampung yang mempunyai
kekurangan dari segi infrastruktur di sekolah, masalah kewangan dan kekurangan guru
untuk mengajar di kawasan-kawasan tersebut. Hal yang demikian mengakibatkan
kurangnya daya penarik di kawasan-kawasan pedalaman dari aspek pendidikan kepada
masyarakat kampung. Disamping itu, Terdapat jurang sekolah yang mengalami masalah
kekurangan murid atau dipanggil Sekolah Kurang Murid (SKM), iaitu sekolah yang
mempunyai murid kurang dari 250 orang. Hampir 90% SKM berada dalam keadaan daif
dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma
perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti tiada perjawatan
guru pemulihan. Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakkanya
berada jauh di pendalaman.
Jantina

Pemikiran ibu bapa dahulu dari pelbagai masyarakat percaya bahawa anak lelaki
merupakan tulang blakang keluarga yang wajib mencapai kejayaan dalam
kehidupan berbanding dengan anak perempuan. Bagi anak-anak perempuan
pula, mereka diharapkan untuk tinggal di rumah bagi membantu membuat kerja
rumah. Ibubapa juga kurang memberi sokongan untuk anak perempuan mereka
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi. Ibubapa beranggapan bahawa
anak perampuan tidak perlu mendapat pendidikan yang tinggi kerana akhirnya
mereka akan berumahtangga. Namun begitu, pada zaman kini itu semua telah
berubah menurut Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam
pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender
dalam pendidikan di peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan
teknik dan juga di institusi pengajian tinggi, khususnya di politenik. Mengikut

kajian, kebanyakan ruang dan peluang untuk berjaya dimonopoli oleh golongan
perempuan. Oleh itu, berdasarkan kajian dan penelitian murid perempuan dan
lelaki masing-masing kini bebas untuk memilih mata pelajaran yang bersifat
keperempuanan dan kelakian.
Kumpulan minoriti
Kumpulan

minoriti

merupakan

suatu

kumpulan

etnik

dalam

sesebuah

masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Jumlah ini sangat kecil dan
tidak mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Faktor geografi
mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan seperti masyarakat pendalaman
kaum Asli, Kadazan, Murut dan sebaginya. Mereka hanya menerima pendidikan
tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibubapa mereka.
Kumpulan minoriti yang boleh dikatakan bersifat negatif disekolah adalah
yang sering suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok,
budaya lepak, gengsterism dan lain-lain lagi. Walaupun mereka ini kumpulan
minoriti tetapi tingkah laku mereka mampu menggangu keharmonian sekolah.
Kumpulan minoriti yang bersifat positif pula adalah kumpulan ulat buku, suka
mencari maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah
dan sebagainya.
Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir
dalam arus pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti
tidak akan terus mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu
situasi

yang

membantutkan

suasana

pembelajaran

di

sekolah.

Kumpulan minoriti ini terbahagi kepada dua kelompok, iaitu kelompok pertama
ialah dari kumpulan etnik dalam sesebuah masyrakat dimana kumpulan etnik ini
mempunyai jumlah yang sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan etnik
yang lain. Mereka adalah kaum Asli, Kadazan, Murut dan sebagainya. Mereka ini tidak
menerima pendidikan formal malah sebaliknya melalui keturunan ibu bapa mereka
sahaja.
Kelompok yang kedua ialah kumpulan minoriti di sekolah yang dikategorikan

sebagai kumpulan yang bersifat negatif. Tingka laku mereka yang bermasalah boleh
menggugat ketenteraman sekolah walaupun mereka dikategorikan sebagai kumpulan
minoriti. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif lain
supaya mereka ini tidak mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah.