Anda di halaman 1dari 3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG JANUARI 2015


TUGASAN T1A4

NOMBOR MATRIKULASI: 680126025142001


NOMBOR KAD PENGENALAN: 680126025142
NO TELEFON: 0125248217
EMEL : norizaabubakar11@yahoo.com
PENSYARAH:

USTAZ NIK ABDUL MALIK BIN NIK HUSSEIN


PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

JURNAL REFLEKTIF

Pada permulaan pemerhatian terdahulu saya berasa amat sedih melihat


penguasaan anak didik saya mengenai pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Kebanyakan murid-murid di sekolah ini mengatakan bahawa pelajaran

ini

susah kerana mereka sering kali menghadapi masalah dalam mengikut


langkah- langkah yang diberikan oleh guru. Setiap

kali ujian atau

peperiksaan dijalankan, mereka akan mendapat markah yang sedikit. Melalui


pemerhatian yang dijalankan didapati mereka mengalami kesukaran dalam
banyak perkara. Masalah paling ketara adalah apabila mengikut langkah
penghasilan. Kebanyakan murid-murid ini masih lagi keliru. Mereka tidak
dapat mengikut arahan guru dengna betul. Walaupun mereka boleh
mengikut penerangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan didalam kelas, tetapi mereka akan mengalami masalah
dalam

mengingat

langkah

ini

jikalau

mereka

tidak

dapat

memahaminya. Masalah ini telah saya kesan semasa saya mula


mengajar di dalam kelas tahun 3.
Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
adalah merupakan suatu strategi para panitia seni dalam usaha untuk mempelbagaikan kaedah
serta strategi dalam pengajaran seni dan seterusnya dapat mempastikan objekif pengajaran yang
dirancangkan dapat tercapai dengan sepenuhnya. Pengaplikasian persembahan multimedia dalam
pengajaran serta pembelajaran Pendidikan Seni Visual adalah suatu bentuk persembahan yang
dapat mengabungjalinkan unsur-unsur seperti teks, grafik, audio, video serta elemen animasi.
Melalui penggunaan persembahan multimedia ini, segala kemahiran, pengetahuan serta
maklumat yang disampaikan semasa pengajaran akan dapat disampaikan secara menarik serta
berkesan. Keadaan tersebut akan membantu para pelajar untuk menjalani pengajaran dan
pembelajaran secara efektif dan menyeronokkan.

Penggunaan perisian mutimedia (Power Point ) sebagai alat bantu mengajar dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual mampu mewujudkan suatu bentuk pembelajaran yang berkesan
serta bermutu. Perkara utama yang harus diberi tumpuan semasa membina perisian persembahan
elektronik adalah dengan mengabungkan unsur-unsur animasi, hyperlink, grafik ,audio, video
dan juga teks. Usaha tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menjadikan persembahan menarik
serta mencabar, tetapi juga mampu menarik perhatian pelajar.
Reka bentuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan multimedia merupakan satu disiplin
tentang kefahaman dan penambahbaikan proses pengajaran secara sistematik bagi memperolehi
nilai tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai