Anda di halaman 1dari 2

4.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini telah dijalankan sebuah sekolah yang terletak di daerah Seremban.
Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah dalam kalangan murid Tahun 4 Intelek yang
terdiri daripada 29 orang murid dan merupakan kelas terakhir daripada lima buah
kelas Tahun 4. Seramai empat orang murid iaitu dua orang lelaki dan dua orang
perempuan telah dipilih sebagai peserta kajian untuk menjalani sesi rawatan
intervensi. Kesemua peserta kajian adalah berbangsa Melayu dan tergolong dalam
kalangan murid yang berpencapaian rendah. Bagi meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan sesi rawatan intervensi ini, saringan bagi pemilihan peserta kajian
telah dibuat.
Jadual 1 Senarai responden kajian
Responden
A
B
C
D

Tarikh Lahir
31 Mei 2004
24 Julai 2004
10 Februari 2004
12 Jun 2004

Jantina
Lelaki
Lelaki
Perempuan
Perempuan

Bangsa
Melayu
Melayu
India Muslim
Melayu

Keempat-empat murid berasal dari keluarga yang sederhana. Kesemua peserta


kajian adalah berbangsa Melayu dan tergolong dalam kalangan murid yang
berpencapaian rendah Pemilihan mereka berempat dibuat berdasarkan pemerhatian di
dalam kelas. Pemerhatian ini dilakukan terhadap tindakbalas murid-murid semasa
pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil kerja murid pada buku latihan.

Murid A merupakan ketua kelas Tahun 4 Intelek. Pakaiannya sangat bersih dan
kemas. Dia kelihatan sihat dan tumbesarannya normal. Murid A bukan sahaja lemah
dalam matapelajaran Matematik, tetapi dia juga lemah dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Walaupun begitu, murid A berbakat dalam kepimpinan dan menjadi ketua
kelas 4 Intelek.

Mereka semua sangat pasif di dalam kelas. Antara mereka berempat, murid B
adalah murid yang paling sukar untuk diajak berbual. Walaupun saya telah

menggunakan nada suara yang lembut dan perlahan, namun sukar untuk menerima
jawapan untuk setiap pertanyaan saya.

Murid C pula anak sulung dalam keluarga India Muslim. Semasa tahun 1,
murid ini bermasalah untuk berkomunikasi kerana tidak boleh bercakap dalam Bahasa
Malaysia. Walaupun kemahiran berbahasa semakin baik, namun murid C sering
mendiamkan diri semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kesihatan murid ini juga
kurang memuaskan kerana dia merupakan penghidap asma.

Murid D pula sering tidak hadir ke sekolah. Semua kerja rumah yang
dibekalkan tidak pernah siap. Saya berdepan dengan masalah yang sama semasa
mengajar abang kepada murid C pada tahun lepas. Berdasarkan perbualan bersama
murid C dan abangnya, saya berpendapat mereka berdua tidak mendapat dorongan
daripada ibu bapa. Walaupun ibunya seorang suri rumah, murid C dibenarkan tidak
hadir ke sekolah tanpa sebarang alasan. Namun begitu, semasa di dalam kelas murid
C akan berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberi tetapi dengan cara meniru
rakan disebelah.

Kesimpulannya, kajian ini penting untuk dijalankan terhadap semua murid ini
agar pencapaian mereka dalam akademik dapat dipertingkatkan. Jika prestasi
akademik mereka meningkat, pasti keyakinan mereka akan bertambah. Ia pasti akan
menjadi inspirasi kepada murid murid lain untuk meningkatkan prestasi akademik
masing-masing. Kajian ini juga perlu dijalankan untuk meningkatkan amalan
profesionalisme guru terutamanya dalam mata pelajaran Matematik.

Anda mungkin juga menyukai