Anda di halaman 1dari 5

2.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian dalam kajian tindakan diperolehi daripada refleksi saya ke atas pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini memfokuskan tinjauan dan analisis
masalah yang dihadapi.
2.1

Tinjauan dan analisis masalah

Kemahiran membahagi merupakan tunjang kepada pencapaian baik dalam Matematik


selain daripada kemahiran operasi tambah, tolak dan darab. Ini kerana empat
kemahiran ini adalah asas untuk tajuk-tajuk seterusnya. Topik bahagi ini
sememangnya merupakan topik yang penting kerana berdasarkan sukatan pelajaran,
murid didedahkan dengan operasi bahagi seawal dari Tahun 2. Saya harus mengambil
langkah segera untuk mengatasi masalah empat orang murid Tahun 4 Intelek yang
tidak dapat menguasai kemahiran membahagi sebarang nombor dalam lingkungan
100 000 dengan nombor satu digit. Saya telah dapat mengenal pasti punca utama
mereka tidak dapat membahagi dengan baik kerana tidak memahami konsep dan
algoritma bahagi. Maka saya telah menggunakan teknik baru yang akan membantu
mereka mengatasi masalah tersebut.

Teknik baru yang saya namakan sebagai Kaedah Tetulang telah digunakan
bagi membantu mereka membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000
dengan nombor satu digit. Menggunakan 4 orang murid Tahun 4 Intelek sebagai
sampel kajian sangat bertepatan kerana sebagai guru Matematik mereka, saya dapat
berhubung dengan murid-murid tersebut secara langsung untuk mengaplikasikan
kaedah yang saya perkenalkan ini. Selain itu, aktiviti memberi mereka ujian dan
meminta mereka menjawab soal selidik telah dapat dijalankan dengan lebih mudah.
Saya berharap hasil analisis data yang diperolehi dapat membantu saya mengenal
pasti sama ada intervensi yang telah dilaksanakan dapat meningkatkan kemahiran
murid dalam membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dengan nombor
satu digit

2.2

Isu Kajian

Setelah membuat keputusan tentang fokus kajian yang ingin dijalankan, saya harus
mempertimbangkan semula fokus kajian supaya kajian yang akan dijalankan benarbenar dapat menangani masalah yang dihadapi oleh empat orang murid yang tidak
boleh menyelesaikan soalan bahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000
dengan nombor satu digit. Saya harus mempertimbangkan beberapa criteria pemilihan
fokus kajian seperti berikut:
a.

Kebolehtadbiran

Saya berpendapat bahawa fokus kajian iaitu masalah menguasai kemahiran bahagi
dalam kalangan murid Tahun 4 Intelek boleh diatasi dengan penggunaan Kaedah
Tetulang. Saya juga yakin untuk menggunakan kaedah ini kerana faham dan telah
menguasai algoritma bahagi menggunakan Kaedah Tetulang. Pelaksanaan sesi
intervensi ini juga mudah dilaksanakan kerana murid yang terlibat adalah murid
daripada kelas yang sama. Oleh itu, kajian yang dijalankan dilihat mampu
dipraktikkan di sekolah.

b.

Kepentingan

Kajian ini adalah penting untuk mengukuhkan kemahiran membahagi sebarang


nombor dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit dalam kalangan murid
Tahun 4 Intelek. Kemahiran ini merupakan kemahiran tunjang kepada pencapaian
baik dalam Matematik selain daripada kemahiran operasi tambah, tolak dan darab. Ini
kerana empat kemahiran ini adalah asas untuk tajuk-tajuk seterusnya. Sekiranya
murid tidak menguasai kemahiran membahagi, mereka akan ketinggalan dalam
pelajaran Matematik

c.

Kebolehgunaan

Hasil kajian ini dapat membantu guru untuk mengukuhkan penguasaan murid dalam
kemahiran membahagi. Ini adalah kerana murid-murid diberikan dua kaedah pilihan

menyelesaikan soalan oeprasi bahagi iaitu menggunakan kaedah algoritma panjang


ataupun menggunakan Kaedah Tetulang. Kaedah ini juga boleh dikongsi bersamasama guru-guru atau rakan sejawat yang lain pada masa akan datang dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka.
d.

Kawalan

Skop kajian ini adalah kecil. Sampel kajian merupakan murid saya sendiri dan tidak
melibatkan murid dari kelas lain. Saya juga menjalankan sesi intervensi selama 10
minit pada masa pengajaran dan pembelajaran saya dan tidak mengganggu masa
interaksi guru lain bersama Tahun 4 Intelek. Bahan yang dipilih juga amat mudah
disediakan, bersesuaian dengan tahap dan kebolehan murid serta tidak melibatkan
kosa yang tinggi.
e.

Kolaborasi

Pelbagai usaha kolaboratif dijalankan bersama-sama semua guru Matematik.


Contohnya, pada awal pertemuan dengan pihak pentadbir sekolah, saya telah meminta
kebenaran untuk menjalankan kajian ini ke atas murid-murid dalam kelas yang
terpilih. Rakan sejawat juga meberikan kerjasama dalam pembentukkan satu
jawatankuasa. Melalui usaha kolaboratif ini, pengumpulan data untuk kajian tindakan
ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan.
f.

Kerelevanan

Fokus kajian ini memberi faedah kepada pihak sekolah terutama kepada guru-guru
Matematik. Kaedah yang digunakan dapat membantu meningkatkan pencapaian
akademik murid-murid dan meningkatkan tahap kecemerlangan sekolah khasnya
dalam mata pelajaran Matematik.

2.3

Tinjauan Literatur

Menurut Effandi Zakaria (2007), mengajar matematik adalah satu tugas


mengajar dan kompleks. Peranan guru adalah faktor penting dalam kejayaan murid
yang mempunyai masalah pembelajaran matematik. Bagi meningkatkan kemahiran
matematik murid ini, pendekatan yang harus diambil adalah pendekatan yang
pelbagai. Sandra F. Rief (2008), menyatakan bahawa Penilaian Perkembangan
Pendidikan Kebangsaan melaporkan bahawa pelajar amat lemah dalam matematik
yang memerlukan kemahiran dan pemahaman kognitif peringkat tinggi untuk
menyelesaikan masalah yang lebih sukar dari biasa. Pengajaran prosedur
pembahagian panjang sering dilihat sebagai contoh bagi kesilapan penekanan
pemahaman kerana hanya melibatkan murid menghafal prosedur pembahagian
panjang. Oleh itu, murid menjadi kurang berminat dalam mempraktikkan soalansoalan yang berkaitan dengan pendaraban dan pembahagian berbanding dengan
operasi yang melibatkan penambahan dan penolakan. Hal ini akan menyebabkan
murid menjadi kurang mendapat pemahaman dan penguasaan yang cukup terhadap
operasi-operasi yang melibatkan pendaraban dan pembahagian.

Menurut

Robinson

(2006),

pembelajaran

mengenai

pendaraban

dan

pembahagian adalah lebih lambat daripada penambahan dan penolakan. Operasi


pendaraban dan pembahagian yang lebih kompleks juga telah menyebabkan
hubungan inverse antara pendaraban dan pembahagian adalah lebih sukar difahami
berbanding dengan penambahan dan penolakan. Murid perlu mengambil masa yang
lebih lama untuk membina struktur idea yang baru dalam mengaitkan hubungan
antara operasi darab dan bahagi.

Bahagi merupakan antara empat operasi asas yang terdapat dalam kemahiran
matematik. Ia merupakan satu prosedur yang paling sukar untuk dikuasai oleh semua
murid Garella (2009). Oleh sebab itu, operasi bahagi diletakkan sebagai operasi yang
keempat harus dipelajari oleh murid setelah operasi tambah, tolak dan darab. Menurut
Peh Kheng Sat (2013), bahagi adalah proses pengumpulan sama banyak atau
perkongsian sama rata dan merupakan songsangan bagi proses pendaraban. Hal ini

jelas dibuktikan dalam konsep bahagi yang mewakili tiga perwakilan iaitu
perkongsian, pengumpulan sama banyak dan songsangan darab.

Berdasarkan kepada konsep bahagi tersebut, Troutman & Liehtenberg (2003)


menyatakan ianya menunjukkan bahawa operasi bahagi berkait rapat dengan operasi
darab dan tidak mungkin untuk memisahkan kedua-dua operasi tersebut. Bagi
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh murid berkaitan operasi bahagi ini,
terdapat beberapa kaedah baru yang diperkenalkan. Antara kaedah yang telah
diterapkan kepada murid secara meluas ialah dengan membuat operasi bahagi
menggunakan kaedah teknik sifir ikan dan bentuk lazim yang lebih pendek seperti
dalam kajian oleh Alina Jamalukhair (2012) menggunakan kaedah Face Method yang
menggunakan kaedah pengasingan nilai bahagi ke dalam bentuk yang ditetapkan.

Guru perlulah memastikan murid-murid telah dapat menguasai kemahiran atau


fakta asas dalam tambah, tolak dan darab sebelum mengajar tajuk bahagi. Menurut
Sgroi & Sgroi (1993), murid perlu memahami mengenai konsep pembahagian
sebelum mereka diperkenalkan kepada mana-mana algoritma bahagi. Proses
pembahagian boleh diajarkan dengan dua cara kepada pelajar iaitu dengan cara proses
perkongsian sama banyak ataupun sebagai penolakan berulang menggunakan pelbagai
model.

Rumusannya, guru perlu mengubah teknik dan amalan pengajaran yang lebih
efisyen dengan mempelbagaikan cara pendekatan, membimbing serta memotivasikan
minda serta sikap murid untuk belajar. Setiap kaedah atau teknik yang ingin dipilih
perlulah disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid. Kemahiran bahagi pula
merupakan satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh semua murid. Oleh
kerana itu, saya telah memilih untuk membuat kajian tindakan bagi mengatasi
masalah membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dengan nombor
satu digit dalam kalangan murid Tahun 4 Intelek.

Anda mungkin juga menyukai