Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Jenis Penyakit
1.1 Penyakit Kencing Manis
Penyakit kencing manis atau dikenali sebagai diabetis adalah satu keadaan di
mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana
badan kekurangan sesuatu hormon yang dikenali sebagai insulin yang diperlukan untuk
menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin ini adalah sejenis hormon yang
dihasilkan oleh organ yang dikenali sebagai pankreas. Badan manusia mendapat glukosa
daripada pencernaan kanji (makanan), seterusnya glukosa ini diserap oleh usus dan
diedarkan melalui sistem peredaran darah ke semua organ di dalam badan. Proses
penghantaran dan peredaran glukosa ke setiap organ dibantu oleh hormon insulin yang
dikeluarkan oleh pankreas yang mana ia membolehkan glukosa diserap oleh sel-sel untuk
ditukarkan kepada tenaga.
Proses ini terganggu apabila organ tertentu tidak bertindak balas kepada hormon
insulin atau pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin yang secukupnya untuk bertindak
balas. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat digunakan dan ia meningkatkan kadar gula
dalam peredaran darah. Gula yang berlebihan ini pula akan disingkirkan badan melalui
air kencing. Oleh itu, pesakit kencing manis akan nampak kurang bertenaga, tidak
bermaya dan cepat berasa letih dan lesu terutamanya apabila terlibat dengan aktiviti atau
kerja berat.
Penyakit kencing manis atau diabetis ini boleh dirawat dengan mengawal dan
menjaga pengambilan makanan yang seimbang mengikut tahap penyakit yang dihadapi
oleh seseorang individu itu.
1.2 Obesiti
Obesiti atau lebih dikenali sebagai kegemukan merupakan satu keadaan di mana
pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Kini, ia
anggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Ia
menjadi lebih teruk lagi apabila ia boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ

dalam badan seperti jantung serta menjejaskan kefungsian organ-organ tersebut. Selain
itu, ia juga boleh membataskan pergerakan fizikal seseorang individu tersebut.
Salah satu cara untuk mengetahui pengumpulan lemak berlebihan dalam badan
ialah dengan menggunakan Indeks Jisim Tubuh (BMI). BMI digunakan untuk mengira
jumlah lemak dalam badan secara kasar. Rumusnya adalah seperti berikut:

Indeks Jisim Tubuh (BMI)

. Berat Badan (kg) .


[Tinggi (m) x Tinggi(m)

BMI seseorang individu adalah berbeza megikut umur dan jantina. Nilai BMI seseorang
perlu merujuk kepada jadual yang telah ditetapkan bagi menentukan sama ada beratnya
normal ataupun mengalami masalah berlebihan berat badan.
Menurut Pakar Perunding Endokrinologi, Dr. Faridah Ismail, berat badan
berlebihan mudah diketahui terutama apabila lemak berlebihan terkumpul pada bahagian
pinggang. Lemak yang terkumpul pada bahagian itu bukan sahaja menyebabkan ukuran
pinggang bertambah besar daripada sebelumnya, tetapi akan meningkatkan risiko
kesihatan dengan ketara berbanding dengan lemak tersimpanpada pinggul atau paha.
Keadaan ini meningkatkan risiko menghidapi penyakit seperti tekanan darah tinggi,
penyakit kencing manis, penyakit jantung, strok, barah, masalah sendi dan penyakit
pernafasan.
1.3 Penyakit Jantung Koronari
Penyakit jantung koronari turut dikenali sebagai penyakit arteri koronari. Ia
merujuk kepada sekumpulan penyakit yang kesemuanya mempunyai kaitan dengan
pembuluh darah yang membekalkan darah kepada jantung itu sendiri bagi
membolehkannya mengempam darah. Penyakit ini berlaku apabila saluran darah menjadi
keras dan sempit disebabkan oleh plak kolestrol. Proses yang menyebabkan arteri ini
menjadi sempit dinamakan aterosklerosis.

Apabila pembuluh darah ini menjadi semakin sempit, maka pengaliran darah ke
otot-otot jantung juga akan berkurangan. Ini menyebabkan seseorang itu mengalami sakit
dada atau istilah lainya angina. Angina ini sering terjadi apabila jantung terpaksa
bekerja lebih kuat daripada biasa seperti melakukan senaman berat ataupun terdapat
gangguan emosi. Lebih teruk lagi apabila pembuluh darah yang sempit ini tiba-tiba
tersumbat oleh darah beku dan menghalang aliran oksigen ke otot jantung, seseorang itu
akan terkena serangan jantung yang boleh membawa kematian atau kerosakan kekal
(lumpuh) terutamanya jika tidak dirawat dengan segera.
Gejala-gejala sakit jantung koronari ini ialah seperti sering sakit pada bahagian
dada. Sakit ini dialami pada bahagian tengah dada atau sebelah kiri dada. Kesakitaan ini
dialami dengan :
a) Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada.
b) Berat pada dada.
c) Senak dada.
d) Sukar bernafas dada.
1.4 Penyakit Darah Tinggi
Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada
pembuluh arteri darah ketika darah dipam oleh jantung ke seluruh anggota tubuh badan
manusia. Tekan darah dibuat dengan mengambil dua ukuran seperti 120/80mmHg.
Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan
jantung dan dikenali sebagai sistolik. Manakala nombor bawah (80) pula menunjukkan
tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman dan dikenali sebagai diastolik.
Penyakit darah tinggi atau hipertensi merupakan satu keadaan di mana bacaan
tekanan

darah

melebihi

140/90

meningkat

secara

berterusan.

Seseorang

itu

diklasifikasikan sebagai penghidap darah tinggi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa
kali. Bagaimanapun seseorang itu tidak dikategorikan sebagai penghidap darah tinggi jika
bacaan tekanan darahnya yang melebihi paras biasa hanya sekali. Tekanan darah tinggi
berlaku apabila arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan

menyukarkan darah melaluinya. Akibatnya, tekanan darah meningkat dan menyebabkan


jantung terpaksa bekerja lebih kuat.
Penyakit ini tidak memilih jantina di kalangan penghidapnya. Bagaimanapun
golongan dewasa dan orang tua adalah golongan yang berisiko tinggi untuk penyakit ini
lebih-lebih lagi apabila aspek pemakanan dan aktiviti senaman diabaikan. Seseorang
yang menghidap penyakit darah tinggi mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap
penyakit kronik seperti serangan jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang
berfungsi.
1.5 Cirit-Birit
Cirit-birit berlaku apabila makanan bergerak terlalu cepat melalui salur
penghadaman dan biasanya adalah akibat daripada jangkitan pada salur tersebut.
Serangan cirit-birit yang teruk yang berlanjutan sehingga beberapa hari, biasanya berlaku
akibat keracunan makanan yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria, atau
kerana tabiat makan seseorang yang tidak sihat. Mikroorganisma atau toksin yang
dihasilkan menyebabkan gastroenteritis, iaitu radang pada lapisan perut dan usus,
manakala makanan yang tidak sihat seperti makanan segera pula mengganggu
keseimbangan mikroflora dan menambah beban sistem penghadaman.
Keadaan ini berlaku kerana badan manusia cuba untuk membersihkan organ
dalaman dengan mengeluarkan toksin ini. Dalam keadaan tersebut, seseorang individu itu
mungkin juga mengalami gejala muntah-muntah, kekejangan perut, kembung perut,
angin dan demam. Sekiranya cirit-birit ini berlarutan dan seringkali berlaku,
kemungkinan besar ia menunjukkan masalah yang kronik. Perkara ini perlu diambil
perhatian serius kerana cecair merupakan sumber yang penting dalam sistem tubuh badan
manusia. Elektrolit (garam, magnesium, postasium dan kalsium) yang dikeluarkan
dengan banyak dari badan akan mengganggu kesihatan badan secara keseluruhanya
kerana zat-zat tersebut diperlukan untuk menjalankan proses-proses penting dalam badan.

2.0 Punca-Punca Dan Rawatan Penyakit


2.1 Penyakit Kencing Manis
Amalan pemakanan yang tinggi dalam kandungan lemak dan gula merupakan
salah satu punca utama kepada penyakit ini. Golongan yang berisiko menghidap penyakit
ini adalah golongan yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Selain itu, faktor
keturunan juga turut menyumbang kepada penyakit ini, yang mana individu yang
mempunyai ibu bapa atau adik beradik yang menghidap penyakit kencing manis
memungkinkannya menghidap penyakit yang sama. Di samping itu, kurangnya senaman
atau menjalani aktiviti fizikal yang lain juga turut menjadi punca kepada penyakit ini.
Rawatan yang paling sesuai untuk penyakit kencing manis ini adalah melalui
kawalan pemakanan. Iaitu dengan mengamalkan makan makanan yang sihat dan
seimbang. Selain itu, kebanyakan pesakit memerlukan ubat yang terdiri daripada suntikan
insulin untuk mengawal penyakit ini. Sesetengah pesakit pula mengambil pil bagi
membantu badan menggunakan gula dengan sempurna. Bagaimanapun, jenis-jenis
rawatan ini perlulah melalui pemeriksaan dan nasihat daripada doktor. Ini kerana tahap
penyakit seseorang adalah berbeza-beza dan doktor akan menentukan rawatan yang
sesuai mengikut keadaan.
2.2 Obesiti
Obesiti atau kegemukan adalah berpunca daripada tabiat makan yang tidak sihat
seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohirat
yang tinggi. Berat badan akan bertambah apabila makan banyak, melebihi daripada apa
yang boleh dibakar oleh badan. Kalori berlebihan yang tidak dibakar ini akan disimpan di
dalam badan sebagai lemak. Lemak yang terkumpul ini menyebabkan saiz badan
bertambah besar dan berat berlebihan. Selain itu, aktiviti fizikal yang rendah dan tidak
bersenam juga turut menyumbang kepada masalah obesiti.
Bagi menangani masalah obesiti atau berat berlebihan ini, seseorang individu itu
perlu memberikan penekanan kepada aspek pemakanannya iaitu makan lima hidangan

buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari, bijiran penuh serat dan 30% kalori daripada
lemak. Selain itu, individu tersebut juga mesti mengurangkan jumlah makanan dan
bilangan hidangan. Kurangkan makanan bergoreng dan makanan berkaborhidrat.
Kurangkan minuman bergas dan minuman manis. Disamping itu, tingkatkan aktiviti
harian seperti menaiki tangga dan lakukan aktiviti senaman setiap hari.
2.3 Jantung Koronari
Penyakit ini berlaku apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit.
Dan ia adalah berpunca daripada pemendapan kolestrol dan pembentukan plak yang
terdiri daripada kolestrol dan parut-parut tisu yang akan menjejaskan aliran darah ke
jantung. Manakala kolestrol ini pula terbentuk hasil daripada tabiat makan makanan yang
mengandungi kolestrol dan lemak yang tinggi. Selain itu, kurangnya aktiviti fizikal
seperti senaman dan tabiat merokok juga merupakan punca penyakit ini.
Beberapa kaedah rawatan dapat digunakan bagi merawat penyakit ini. Anataranya
ialah angioplasti koronari. Melalui kateter, satu dawai halus dimasukkan ke bahagian
pembuluh darah yang tersumbat. Paada hujung kateter ini terdapat belon. Belon akan
dikembangkan untuk menolak plak yang menyumbat pembuluh darah. Selain itu, ubatubatan juga diberikan untuk merawat pesakit yang merangkumi antiplatlet untuk
mencairkan darah, beta-blocker untuk

mengawal rentak jantung dan ubat kawal

kolestrol.
2.4 Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi berpunca daripada pembuluh darah yang sempit akibat plak
kolestrol yang menyukarkan darah melaluinya seterusnya tekanan darah meningkat dan
jantung terpaksa mengepam darah dengan cepat. Kolestrol ini adalah terhasil daripada
tabiat makan makanan yang berkolestrol tinggi. Selain itu, pengambilan alkohol, kafein
dan merokok serta kurangnya aktiviti senaman juga turut menyumbang kepada risiko
menghadapi penyakit ini.

Selain daripada mengawal pemakanan, iaitu mengamalkan makan makanan


seimbang, kaedah lain untuk merawat penyakit ini adalah dengan mengambil ubat-ubatan
yang berkenaan berdasarkan nasihat doktor. Di samping itu, seseorang yang menghidap
penyakit ini juga perlu melakukan aktiviti fizikal atau senaman.
2.5 Cirit-Birit
Terdapat beberapa punca cirit-birit ini, antaranya ialah alahan makanan seperti
alahan kepada makanan yang sangat berlemak atau pedas ataupun makanan yang banyak
fiber atau berserat serta penuh dengan bijirin. Selain itu, pertukaran tabiat pemakanan
juga boleh menyebabkan cirit-birit yang mana ia mengganggu fungsi natural
mikroorganisma dalam usus. Disamping itu, kekurangan vitamin dari kumpulan vitamin
B yang teruk atau pengambilan vitamin C yang berlebihan juga boleh menyebabkan ciritbirit. Selain itu, penyediaan makanan yang kotor dan tercemar yang mana mengandungi
kuman-kuman dan bacteria juga menjadi punca berlakunya cirit-birit.
Terdapat dua kaedah rawatan untuk cirit-birit, iaitu rawatan tanpa ubat dan
rawatan menggunakan ubat.
i. Rawatan tanpa ubat.
- masalah cirit-birit akut yang tidak serius disertai dengan muntah-muntah boleh
reda dengan sendiri. Ia boleh dirawat dengan mengambil larutan yang mempunyai
garam mineral dengan kerap dalam jumlah yangyang sedikit.selain itu, pesakit
juga perlu makan makanan yang mudah dihadam dan elakkan makanan yang
berlemak dan pedas.
i. Rawatan menggunakan ubat
- Terdapat beberapa jenis ubat seperti ubat antiperistatik yang berfungsi untuk
mengembalikan fungsi usus kepada keadaan normal dan mengurangkan
kekerapan pembuangan air besar serta menghasilkan najis yang normal. Selain
itu, penjerap bertindak menjerap racun, bakteria, gas dan cecair . Antibiotik pula
bertindak untuk membunuh kuman.

2.6 Panduan Pemakanan


Semua jenis penyakit yang dihuraikan tersebut adalah akibat daripada tabiat
pemakanan yang tidak sihat seperti makan makanan yang mengandungi kolestrol dan
lemak serta gula yang tinggi. Oleh itu, bagi menangani penyakit-penyakit ini, individu
yang mengidapnya boleh menggunakan jadual pemakanan berikut sebagai panduan dan
rujukan untuk merawat seterusnya mengawal keadaan penyakit tersebut.
Bil.
1.

Hidangan
Nasi

Dielakkan
Digalakkan
Nasi Briyani / Nasi Lemak/ Nasi Nasi Putih / Bubur

2.

Mee/Meehon

Goreng / Nasi Ayam


Nasi
Mee Kari / MeeGoreng / Meehon Asam
Goreng / Kuey Teow Goreng

Laksa

Mee/Meehon/Kuey
Teow

3.
4.

Sup/Rebus/Tomyam
Capati / Tosai / Roti

Roti

Roti Canai / Telur / Murtabak

Lauk

Nan
Rendang / Goreng / Lemak / Kari Masakan Tomyam /
Bersantan / Ikan masin

Ikan / Ayam Bakar /


Masak

5.

Kuih

Kuih Bergoreng / Bersantan

Kukus

Tomato
Sandwich / Apam
Tanpa

Kelapa

Popia Basah (tanpa


udang/telur) / Kuih
Kukus Tanpa Santan
/ Buah-buahan

Maka secara ringkasnya, amalan pemakanan makanan yang seimbang yang


diikuti dengan aktiviti senaman bukan sahaja cara terbaik untuk merawat penyakitpenyakit ini, bahkan juga merupakan cara terbaik untuk mencegahnya. Berikut adalah
piramid pemakanan seimbang yang boleh dijadikan panduan oleh semua lapisan
masyarakat.

Paras 1
o Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
Paras 2
o Buah-buahan dan sayur-sayuran
Paras 3
o Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
o Susu dan produk tenusu
Paras 4
o Lemak, minyak, gula dan garam

3.0 Peranan Sebagai Anggota Masyarakat


3.1 Memberi Kesedaran
Sebagai seorang anggota masyarakat yang prihatin, kita seharusnya memberitahu
masyarakat di sekeliling tentang tabiat makan makanan yang tidak sihat seperti makan
makanan yang mengandungi kolestrol atau lemak dan kandungan gula yang tinggi. Ini
kerana ia boleh mengundang serta meningkatkan risiko menghidap penyakit seperti
kencing manis, obesiti darah tinggi. Perlu ditekankan pula bahawa penyakit-penyakit ini
adalah sangat bahaya yang mana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan kita, malahan
boleh membawa kepada kematian.
3.2 Menasihat
Rasa tanggungjawab kita sebagai salah seorang anggota masyarakat membuatkan
kita berasa yakin dan berani untuk mengeluarkan kata-kata nasihat kepada jiran-jiran
tentang pengambilan makanan seharian, lebih-lebih lagi apabila jiran yang telah
dikenalpasti menghidap penyakit seperti darah tinggi. Nasihatkannya supaya menjaga
pemakanan dengan mengamalkan pemakanan makanan seimbang untuk mengawal
penyakit tersebut. Tidak salah untuk kita menasihatinya supaya sentiasa menjaga
kesihatan diri dengan melakukan aktiviti senaman dan sentiasa membuat pemeriksaan
kesihatan.
3.3 Membimbing
Selain itu, sebagai anggota masyarakat juga kita perlu membimbing masyarakat
kita ke arah amalan gaya hidup sihat. Bimbingan sangat perlu terutamanya di dalam
masyarakat yang mempunyai tahap pelajaran yang masih rendah contohnya di kawasan
pedalaman. Kita perlulah membimbing mereka supaya mengamalkan makan makanan
seimbang. Bimbingan ini penting terutamanya kepada individu yang menghidapi

10

penyakit kencing manis dan darah tinggi agar mereka tahu apa yang patut dan tidak patut
dimakan seterusnya mengawal penyakit ini daripada menjadi semakin serius.
3.4 Mendidik
Sebagai salah seorang anggota yang masyarakat yang berpelajaran dan menjalani
kehidupan di kawasan pedalaman, kita juga perlu mendidik bukan sahaja kanak-kanak,
malah golongan dewasa ini secara keseluruhannya kerana golongan dewasa inilah yang
mempunyai lebih banyak risiko untuk menghidap penyakit-penyakit ini. Mereka perlu
dididik tentang bahayanya penyakit-penyakit ini dan juga tentang khidmat serta prosedurprosedur perubatan yang disediakan oleh kerajaan berhubung dengan penyakit ini.
disamping itu juga, mereka perlu dididik untuk melindungi, mengekalkan dan
meningkatkan tahap kesihatan masing-masing.
3.5 Teladan
Salah satu lagi peranan adalah dengan menunjukkan teladan yang baik kepada
anggota masyarakat yang lain. Kita perlu menunjukkan gaya hidup yang sihat dengan
mengamalkan pemakanan yang seimbang disamping melakukan aktiviti fizikal atau
senaman. Disamping itu, kita juga perlu memastikan persekitaran tempat kediaman kita
bersih dan teratur. Keadaan ini menyebabkan kita menjadi perhatian masyarakat
sekeliling dan melihat kita sebagai contoh yang baik. Secara tidak lansung, mereka akan
mencontohi kita dengan mengubah amalan hidup mereka kepada amalan gaya hidup
sihat. Seterusnya penyakit seperti darah tinggi, obesiti, kencing manis, jantung koronari
dan cirit-birit dapat dibendung daripada menjadi semakin serius.

11

4.0 Rujukan
OUM(2006).HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/BERLEBIHANBERATBADAN.pdf
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_manis
http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcr=kencingmanis.htm#E
http://www.klik4sihat.com/darah-tinggi.html
http://www.kesihatan.biz/Punca_Gemuk.php
http://www.familiazam.com/tekanan_darah_tinggi.htm
http://anizyn.blogspot.com/2009/04/punca-kegemukan.html
http://zul-hl.blogspot.com/2009_03_01_archive.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Darah_tinggi
http://dietantigemuk.wordpress.com/
http://www.biovco.com/darah-tinggi-8g.php
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/darah_tinggi.asp
http://www.infosihat.gov.my/Penyakit/Wargatua/PemakananDarahTinggiwargaemas.pdf
http://www.cybermedik.com/kencing-manis-diabetes/tip-rawatan-kencing-manis?start=1
http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=Cirit-Birit.htm#D
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?
lang=dewasa&storymaster=0&storyid=1155037613709&substoryid=1132563707389
http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/kosmik/2000/kosmik2.html
http://www.hamidarshat.com/anak-kesihatan-informasi-165/168-cirit-birit.html
http://www.klik4sihat.com/darah-tinggi.html

12

5.0 Lampiran
5.1 Gambar
(i) Penghidap Kencing Manis

(ii) Obesiti / Kegemukan

13

14

15