Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan entiti yang sangat penting dalam sesebuah negara. Negara yang
memiliki pendidikan sempurna dapat membangunkan ketamadunan secara menyeluruh. Dalam
sejarah dunia, pembangunan negara kebiasaannya selari dengan pembinaan sekolah-sekolah
atau pusat pengajian walaupun memiliki perbezaan dari aspek pendekatannya. Sewaktu negara
Islam Madinah al-Munawwarah berkembang, masjid dijadikan pusat utama pendidikan.
MenurutIshak Ramly (2005), asuhan budaya pendidikan bermula dari rumah, masjid, dan
berkembang pesat melalui sistem lebih terancang. Sekolah formal menjadi institusi siginfikan di
mana-mana negara seluruh dunia. Produk - produk dari sekolah ialah aset terpenting yang
mengubah struktur kemajuan negara. Kejayaan sekolah terletak kepada banyak faktor,
antaranya peranan kelas dan bilik darjah itu sendiri. Hal ini ditandai oleh unsur-unsur yang
terkandung di dalam bilik darjah yang mempengaruhi emosi murid.

Bilik darjah sepatutnya menjadi tempat paling menyeronokkan bagi semua pihak. Kelas
secara harfiahnya dapat ditakrifkan sebagai ruang tertentu yang menjadi tempat belajar muridmurid bagi menerima seberapa banyak input berguna sebagai persediaan untuk cemerlang
darisemua aspek kehidupan. Pembelajaran yang diterima berlaku secara formal tetapi secara
tidak langsung, terdapat juga nilai diterima melalui cara tidak formal melalui kurikulum
tersembunyi. Kelas mesra budaya perlu diaplikasikan dengan berkesan supaya impaknya
membawa kesan terbaik. Guru sepatutnya meneliti latar belakang murid-murid dan meraikan
budaya yang berbeza dalam kalangan semua pihak termasuklah kepelbagaian sosiobudaya,
ekonomi, tahap intelek, dan latar keluarga. Proses pembelajaran yang mesra budaya
memberikan natijah yang besar dalam diri murid khususnya. Sesungguhnya, terdapat implikasi
positif dan negatif kepada murid, sekolah, termasuk masyarakat sekiranya kelas mesra budaya
berjaya dilaksanakan atau hal sebaliknya berlaku. Sebagai guru, langkah-langkah dan tindakan
yang sesuai amat diperlukan semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku supaya
kelas mesra budaya dapat diwujudkan.

2.0 KELAS MESRA BUDAYA

DEFINISI/KONSEP

Kelas Mesra
Budaya

Suasana bilik darjah yang bukan sahaja


melibatkan unsur unsur fizikal tetapi juga
persekitaran bilik yang melibatkan unsur emosi
dan hubungan kemanusiaan.

PENGURUSAN
PERSEKITARAN FIZIKAL

Merangkumi aspek

UNSUR UNSUR

Pelan lantai
Kebersihan, pencahayaan, pengudaraan
Susunan kerusi dan meja murid
Sudut dan ruang bacaan
PERSEKITARAN
SOSIOEMOSI

Pembinaan persekitaran kelas mesra budaya


mencakupi unsur unsur berikut:

Perkataan sosioemosi terdiri daripada da


perkataan iaitu sosial dan emosi. Perkataan
sosial merujuk ciri ciri kehidupan manusia
yang membentuk masyarakat.

Ruang fizikal dan peralatan serta


kemudahan
pengajaran
dan
pembelajaran.
Guru dan murid yang melalui proses
pengajaran yang berkesan.
Amalan nilai nilai murni sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Peraturan bilik darjah yang ditetapkan dan
diamalkan.
Hubungan kemanusiaan antara guru
dengan murid, murid dengan murid, guru
dan murid dengan komuniti sekolah.

SOSIOLINGUISTIK
Kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh
budaya terhadap cara suatu bahasa digunakan
perantaraan sesuatu budaya.

PENGURUSAN P&P
guru memastikan murid mencapai hasil
pembelajaran dalam domain kognitif dan
insaniah.

Lifestyle modifications

Pelan Tindakan

KHUSUS

UMUM

Persekitaran sekolah

Pengurusan kelas

Perayaan

Persekitaran kelas

Akademik

Bahasa

Ko-kurikulum

Aktiviti

P&P

Rajah 1: Kelas Mesra Budaya


3

3.0 IMPLIKASI POSITIF DAN NEGATIF JIKA GURU BERJAYA ATAU GAGAL
MELAKSANAKAN KELAS MESRA BUDAYA

Pelaksanaan kelas mesra budaya meningkatkan kualiti keguruan. Menurut Mok Soon Sang
(2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga
menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat.
Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang
datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum. Roland Meighan (1986) berpendapat kelas
sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang
sama. Manakala menurut Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa
ataupun jenis bangsa seseorang. Di sini, guru secara tidak langsung bersikap rasional dan adil
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contohnya guru perlu bijak
menangani murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan.

Kedua, hubungan interpersonal yang baik di antara guru dan murid dapat dikecapi.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang mengenepikan perbezaan kelas sosial dan kaum
mampu menggalakkan interaksi serta pergaulan yang sihat. Suasana sekolah yang positif
mampu mempengaruhi emosi dan perlakuan warga sekolah. Contohnya, guru dan pelajar akan
bertambah mesra kerana mereka sentiasa mengamalkan budaya memberi salam dan bertanya
khabar. Dalam keadaan ini, para guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan
pengetahuan dan profesionalisme mereka untuk lebih berjaya. Manakala di kalangan pelajar
pula, semangat sayang dan bangga akan sekolah mereka akan sentiasa segar dalam ingatan
dan jiwa mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya budaya dan iklim positif di sekolah untuk
membentuk pelajar yang berjaya.

Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar kerana


suasana kelas yang kondusif dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran
pembelajaran. Pengurusan di sekolah akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.
Dengan mengamalkan kelas mesra budaya yang positif dan berkesan guru akan dapat
menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat
kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan,
4

kekaburan dan salah faham. Menurut Hamidin (2003), pengajaran berkesan ialah proses
mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang
menghasilkan proses pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan
mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar. Dalam bahasa yang mudah, pelajar
berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran
dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan
dengan proses pengajaran yang telah dijalani. Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam
peperiksaan yang dijalani.

Seterusnya, kelas mesra budaya ini mampu membentuk pemikiran yang terbuka
dalam kalangan muridnya. Lahir daripada latar belakang dan pengaruh persekitaran yang
berbeza, pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara.
Sebagai contoh, murid yang beragama Islam dan murid beragama Buddha pastinya
mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh hal demikian,
guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau idea
yang murid sampaikan. Guru perlu memberi respon dan ulasan yang positif yang boleh
menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia mendengar pandangan sahabat mereka.
Respon yang baik daripada guru akan meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan
perasaan ingin tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa
dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai
murni yang dinyatakan dalam konsep 1 Malaysia.

Pengukuhan penggunaan bahasa standard juga merupakan salah satu implikasi


kelas mesra budaya diwujudkan. Malah kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan
murid juga dapat ditingkatkan. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang ini
menyebabkan berlaku pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Penggunaan bahasa dialek di dalam kelas seharusnya dikawal bagi
memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul
juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham
antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid
mencapai kematangan sosial. Di sini, tugas gurulah untuk memberi penekanan penggunaan

bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti
pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan.

Selain itu, melalui bilik darjah yang mesra budaya ini juga dapat mengurangkan
stereotaip dan prasangka dalam kalangan guru dan murid. Ada guru yang mempunyai
prasangka (negatif) kepada murid disebabkan ras, agama, kecacatan atau kebolehan mereka.
Pelaksanaan kelas mesra budaya memberi peluang kelompok yang berasa tersisih,
meningkatkan keyakinan diri mereka selain meningkatkan peluang mereka mengecapi
kejayaan. Persekitaran yang mesra budaya dapat meningkatkan peluang untuk berjaya dan
menimbulkan kesefahaman dan perpaduan dalam kalangan murid. Seperti yang dinyatakan
sebelum ini, budaya asal seseorang murid itu boleh mempengaruhi tingkah lakunya di dalam
bilik darjah. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lemah dan datang
dari keluarga yang miskin mempunyai gaya belajar yang berbeza. Mereka memerlukan
bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih spesifik berbanding dengan murid yang lebih berupaya
yang hanya memerlukan bimbingan sahaja dan boleh belajar sendiri.

Implikasi negatif jika guru gagal melaksanakan kelas mesra budaya ialah timbulnya
masalah perkauman. Contoh terdekat yang boleh kita nampak pada hari ini, di sekolah
kebangsaan, kaum Melayu dengan kelompoknya, yang Cina dengan kelompoknya sendiri dan
selebihnya. Murid murid memandang kepada kepentingan kaumnya sendiri. Hal ini bukanlah
suatu perkara kecil dan tidak patut dipandang dengan sebelah mata sahaja. Guru yang tidak
peka dengan masalah ini mampu menyebabkan segolongan pelajar tercicir dari proses
pengajarannya. Agama dan kepercayaan merupakan suatu isu yang amat sensitif. Oleh yang
demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Murid murid patut
didedahkan proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama agar proses
pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan
sosio budaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang dirangka mestilah
berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat
kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung
perpaduan antara kaum akan terjalin.

Seterusnya, masalah disiplin juga semakin berleluasa dalam kalangan murid. Keadaan bilik
yang tidak kondusif seperti kekurangan meja dan kerusi mampu membuka ruamng kepada
murid untuk ponteng. Penglibatan rakan sebaya memberi pengaruh yang besar dalam diri
murid. Oregon Youth Study (Dishion, et al, 1991) menunjukkan bahawa penolakan daripada
rakan sebaya sebab utama remaja terlibat dengan rakan sebaya yang bertingkah laku negatif.
Rakan sebaya merupakan insan yang paling dekat dengan golongan murid ini.

Contoh

masalah disiplin yang biasa berlaku di sekolah ialah ponteng. Hal ini akan menjejaskan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Banyak masa terpaksa
dihabiskan oleh guru untuk menangani masalah displin di dalam bilik darjah sehingga
menyebabkan guru itu tidak dapat menumpukan sepenuh masa dan perhatian kepada proses
pembelajaran dan pengajaran. Kekangan masa atau waktu yang diberi contohnya 30 minit
untuk satu waktu menyebabkan guru mengajar murid dengan cepat untuk menghabiskan
sukatan pelajaran dan mengabaikan aspek pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap
subjek mata pelajaran tersebut.

Selain itu pelajar juga terpaksa belajar dalam persekitaran yang tegang dan tidak
aman kerana merasa terancam. Pelajar ini mungkin berasa terancam kerana rakan rakan
mereka menunjukkan perilaku yang negatif seperti berlawan dengan guru dan pelajar tidak
membuat kerja yang diarahkan. Tumpuan mereka juga terjejas kerana terdapat segelintir
pelajar yang membuat biasing, menyanyi, dan mungkin juga berlari lari di dalam kelas.
Implikasinya semua pelajar tidak berasa tenang untuk menerima pembelajaran yang akan diajar
oleh guru tersebut. Perasaan marah atau kecewa guru terhadap segelintir murid yang tidak
berdisiplin mampu menimbulkan keresahan kepada mereka yang berdisiplin. Guru dan pihak
sekolah patut sentiasa memantau aktiviti dan pergaulan murid muridnya di sekolah. Murid
murid patut didedahkan dengan interaksi yang sihat bersama rakan sebaya mereka seperti
belajar secara berkumpulan. Dengan ini, mereka banyak menghabiskan waktu untuk melihat
kepada sesuatu yang lebih jelas dalam proses pembelajaran. Dalam masa yang sama, batas
pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan
agama.

Masalah komunikasi di dalam kelas juga merupakan isu yang timbul jika persekitaran
bilik darjah yang mesra budaya tidak dapat dilaksanakan. Bilik darjah yang terdiri daripada
7

murid yang pelbagai kaum mempunyai bahasa interaksi yang berbeza. Perkara ini memberi
cabaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya kepada guru.
Guru tidak berjaya menyampaikan objektif pengajaran dengan lancar apabila adanya batas
untuk berkomunikasi di dalam bilik darjah. Contohnya, seorang guru luar yang tidak pandai
bahasa dialek Kelantan akan mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengajarannya.
Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan
memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat
daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard
akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran di dalam bilik darjah.

4.0 CADANGAN MELAKSANAKAN KELAS MESRA BUDAYA DAN PERSEKITARAN


SEKOLAH MESRA BUDAYA

Berdasarkan pengalaman semasa program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), banyak


yang dapat saya lihat dan rasai sendiri melalui pemerhatian dan pengalaman saya. Memang
tidak dinafikan, setiap sekolah mempunyai persekitaran atau suasana persekolahan yang
berbeza dari segi budaya warga sekolah, cara pengurusan sekolah dan sebagainya. Terdapat
banyak kepentingan dari segi budaya dan iklim sekolah yang boleh kita dapati. Budaya dan
iklim sekolah yang positif boleh memainkan peranan yang penting dalam kesihatan,
perkembangan emosi serta kemajuan akademik serta kokurikulum pelajar-pelajar. Peranan
budaya dan iklim yang positif jika diamalkan secara tidak langsung, ia dapat memberikan
sumbangan yang besar terhadap perhubungan interpersonal, di dalam kawasan sekolah
tersebut.

Pada pandangan saya pengurusan bilik darjah itu merupakan tunggak utama dalam
mewujudkan kelas mesra budaya.

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan

penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau
kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan
mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran,
merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan
utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan
yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai
pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi (Haji Samsudin bin Md Noor).

Dr Ragbir Kaur (2008) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai prosedur dan
keperluan yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
sihat. Komponen-komponen utama dalam pengurusan bilik darjah ialah dengan menetapkan
cara-cara untuk mengelak masalah pengurusan daripada berlaku dalam bilik darjah serta
menentukan cara-cara untuk memantau tingkah laku murid untuk mengekalkan satu iklim bilik
darjah (persekitaran pembelajaran). Selain itu, ia juga memutuskan bagaimana guru akan
9

bertindak apabila murid-murid menunjukkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah dan
bagaimana guru akan menstrukturkan semula iklim bilik darjah yang sihat selepas membetulkan
tingkah laku negatif murid.

Kedua, susun atur suasana fizikal kelas adalah penting untuk menambahbaikkan daya
tarikan dalam sesebuah bilik darjah tersebut. Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat
diatur seperti mana yang dirancangkan,maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara
sepatutnya pembelajaran itu harus dijalankan. Susun atur bilik darjah yang baik mestilah
mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja
dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan
bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan
dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi
kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan
aktiviti berkumpulan.

Contohnya, melalui pemerhatian saya semasa PBS, susun atur meja dan kerusi yang
teratur dan berdekatan dengan meja guru akan memudahkan murid berinteraksi dengan guru
dan berinteraksi dengan murid lain. Selain itu, cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap
yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Murid juga suka akan
budaya belajar yang ceria, menyeronokkan yang menyentuh emosi, di samping meningkatkan
kecergasan mental, kreatif, dan inovatif. Oleh itu, guru perlu membentuk budaya bilik darjah
yang dinamis, dan mementingkan aspek nilai-nilai murni serta hubungan yang mesra sesama
murid dan murid dengan guru. Guru boleh menggunakan ruang aktiviti dan permainan seperti
dalam pelan untuk menggalakkan murid bergiat aktif dalam pembelajaran sambil berseronok
dengan permainan yang di ajar oleh guru. Ini dapat mengeratkan hubungan diantara guru dan
murid kerana guru berjaya membuatkan murid berasa gembira ketika belajar dan akan
menaikkan semangat mereka untuk datang ke kelas dan belajar.

Ketiga, penglibatan dalam Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)


mampu melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
Berdasarkan program ini, jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya mewujudkan
10

persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Keperluan pendidikan berbilang budaya ini amat
meruncing di Malaysia. Murid-murid datang daripada latar belakang dan budaya yang berbeza.
Oleh itu, guru perlu peka kepada kepelbagaian yang terdapat di dalam bilik darjahnya supaya
tiada kelompok yang mersakan diri tersisih. Pendekatan ini turut menjadikan guru lebih peka
kepada amalan-amalan sekolah yang selama ini diterima tanpa dipersoal. Ada amalan-amalan
sekolah secara tidak langsung mendiskriminasi golongan tertentu. Sebagai contoh, sistem
pengaliran, pengisian kurikulum dan buku teks yang tidak mengambil kira keperluan dan
pengertiannya bagi murid-murid yang berbilang latar belakang, mungkin menyebabkan murid
tertentu berasa tersisih dan ketinggalan. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat
membantu guru dalam mengenali murid dengan lebih dekat lagi.

Guru juga memainkan peranan penting dalam menjalankan kelas dan sekolah mesra
budaya. Di pedalaman mahupun di bandar, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar
belakang murid - murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa
setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang
berbeza - beza. Implikasinya ialah, guru guru

yang mengajar di dalam kelas harus

menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Guru tidak harus
membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja. Murid
dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama
supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes murid. Murid
hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan
dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru Hukuman berbentuk deraan tidak
seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara guru dan murid menjadi
renggang dan hilang minat untuk meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab
membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus
bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak
berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini suasana
pembelajaran lebih menyeronokkan.

11

Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Pelbagai sosio - budaya.
Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti - aktiviti yang
tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan
meniupkan api perkauman dikalangan murid. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan
kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima
seadanya. Isu-isu sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus
dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua
kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid.

Bagi peringkat sekolah pula, beberapa pelan tindakan akan saya lakukan. Gotong
royong perdana patut dijalankan sebagai aktiviti tahunan sekolah. Aktiviti ini melibatkan
penyertaan semua warga sekolah, tidak kira guru ataupun murid. Malah, ia mampu
mewujudkan hubungan erat dalam kalangan warga sekolah tanpa mengira perbezaan agama,
budaya dan sebagainya. Pertandingan kelas tercantik juga mampu menimbulkan semangat
bekerjasama dalam setiap kelas. Persaingan sihat seperti ini membuka minda kepada murid
murid di sekolah kepada realiti kehidupan nanti. Sudut ilmu atau mutiara kata patut disediakan
di sudut sudut sekolah bagi mewujudkan budaya sekolah yang positif.

Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam
kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat
yang bertanggungjawab. Antara nilai - nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong
juga dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat. Aktiviti gotong-royong juga
dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Sesungguhnya, dengan wujudnya
perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju. Aktiviti gotongroyong mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian
dengan peribahasa Melayu Maufakat Membawa Berkat.

12

Manakala sambutan di peringkat sekolah pula, dipanggil sambutan Bulan Kemerdekan yang
diisi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua warga sekolah iaitu, para pentadir, guru,
murid - murid dan juga kakitangan sokongan. Aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan
Kemerdekaan ini haruslah menjurus pada usaha meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan pelajar, antaranya pelbagai pertandingan dijalankan seperti, melukis poster, menulis
esei , mendeklamasi puisi patriotik, nyanyian lagu lagu patrotik oleh badan-badan beruniform,
dan sebagainya. Setiap kelas pula dihiasi dengan kibaran bendera jalur gemilang dan pelajarpelajar berlumba - lumba menghias kelas dengan jalur gemilang untuk merebut anugerah
hiasan kelas paling cantik. Oleh itu, sambutan hari tersebut terutama dalam kalangan pelajar di
sekolah hendaklah diteruskan kerana terdapat banyak kebaikannya dalam usaha melahirkan
generasi muda yang mampu mengerti dan menghayati erti kemerdekaan tanah air tercinta.

Sememangnya, antara kebaikan program sambutan hari kemerdekaan ini adalah


dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara dalam kalangan pelajar. Di
peringkat sekolah, biasanya antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ialah
seperti ceramah , pertandingan nyanyian lagu patriotik, menulis esei dan sebagainya yang
menjurus kapada sejarah kemerdekaan tanah air atau tokoh - tokoh pemimpin negara kita.
Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman
itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini
demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari
kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam
sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara
langsung. Justeru, diharap sambutan hari kemerdekaan di sekolah dapat menyemai semangat
patriotik yang kian luntur dalam sanubari generasi muda di negara kita.

13

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, konsep bilik mesra budaya bukan sahaja bergantung kepada pewujudan
persekitaran fizikalnya, tetapi juga melibatkan penyediaan ruang dan emosi. Malah pengurusan
persekitaran nsosioemosi murid mempengaruhi perkembangan murid dalam aspek sosioemosi
dan persekitaran kehidupan murid. Keupayaan guru dalam menguruskan bilik darjah
merupakan satu tugas yang besar dalam mendidik anak bangsa yang bakal memimpin dan
meneraju negara kita pada masa hadapan. Disiplin diri patut dilatih di bangku sekolah dan
tanggungjawab guru amat besar dalam pembentuk insan yang berakhlak. Pengurusan bilik
darjah dan tingkah laku murid merupakan perkara yang penting dan perlu bagi menjamin
keselesaan dan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa. Guru perlu mengambil kira
akan ciri fizikal yang baik, faktor emosi murid-murid, suasana sosial, serta peraturan dan rutin
yang dilaksanakan.

Persekitaran kelas mesra budaya mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan
semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada
suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah
mencapai matlamat pembelajaran. Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai
enam fungsi, iaitu keselamatan dan perlindungan, konteks sosial, identifikasi simbolik,
penyempurnaan tugas, keseronokan dan pertumbuhan dan perkembangan . Selain itu,
keberkesanan peraturan yang dilakukan akan menjadi latihan kepada diri murid murid agar
sedar akan apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan. Justeru itu,
pengurusan tingkah laku di sesebuah sekolah berjaya dengan tidak mengabaikan aspek hak
asasi murid dan juga tanggungjawab guru. Hal ini kerana peraturan yang wujud adalah
disokong oelh pihak pentadbiran dan ibu bapa di mana pertimbangan yang dilakukan mampu
mengekalkan persekitaran pembelajaran di sekolah secara optimum.

14

RUJUKAN

Carol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) : McGraw Hill.
Pafkay,W.F.(

2004).

Becoming

teacher.

6th

Edition

.Boston:

Allyn

&

Bacon.

Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to Practice. NSW:
Dcroom

Helm.

Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed)
Bell&Howell,
Columbus,
Ohio.
Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning
Environments
for
all
Students.
Mass:
Allyn
&
Bacon.
Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International Encyclopedia of
Education(
2nd
ed),
9
,5355-5359.
Robiah

Sidin

(1993).

Classroom

management.

Kuala

Lumpur:

Fajar

Bakti.

Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:Addison-Wesley.


Weinstein,C.S.
Woolfolk

(2001).

(1987).

Spaces

Educational

for

children.

psychology.(

15

8th

Ed.).

New

York:Plenum

Boston:

Allyn

and

Press.
Bacon

Anda mungkin juga menyukai