Anda di halaman 1dari 8

Instrumen Kajian Instrumen kajian adalah soal selidik yang dibina bagi mengukur

tahap pengetahuan membina item aneka pilihan dalam kelangan guru pelatih
PTK, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. Penyelidik memilih soal selidik sebagai
instrumen di dalam kajian ini. Pemilihan instrumen ini adalah bertepatan dengan
pandangan Colombo Plan (1984) yang menyatakan bahawa soal selidik
merupakan instrumen kajian yang sering digunakan oleh penyelidik dalam kajian
deskriptif. Selain itu, instrumen ini dibina sendiri oleh penyelidik dengan
mengambil kira keperluan untuk menjawab persoalan kajian. Cates (1990)
menyatakan jika setiap item disediakan dengan baik maka akan menghasilkan
item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Menurut Sulaiman Ngah Razali
(1996), soal selidik merupakan satu cara yang paling mudah untuk memperolehi
maklumat. Manakala Wolf (1988) berpendapat bahawa kajian berbentuk tinjauan
dalam penyelidikan pendidikan sangat popular menggunakan soal selidik
berbanding teknik temu bual. Donald (1985) menyatakan terdapat banyak
kelebihan mengunakan kaedah soal selidik. Antara kebaikan yang dikemukakan
ialah : i. Soal selidik mengurangkan masa dan kos yang diperlukan berbanding
temuduga ii. Soal selidik dapat melibatkan topik yang banyak serta boleh
disampaikan ke lokasi yang berbeza iii. Soal selidik menjamin maklumat yang
diberikan adalah sulit dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan. Dengan
ini isu yang agak sensetif dan melibatkan perasaan turut dapat dikaji dengan
lebih tepat berbanding temuduga iv. Soal selidik turut tidak mementingkan
perwatakan individu seperti yang diperlukan untuk kaedah temuduga. Mohd
Majid Konting (1994) pula menyatakan soal selidik merupakan cara yang sering
digunakan di dalam bidang pendidikan. Soal selidik digunakan untuk
mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan,
kehendak dan sebagainya. Menurut beliau lagi, penggunaan soal selidik
membolehkan kita mendapat maklumat yang banyak dengan perbelanjaan yang
sedikit. Pembinaan soal selidik telah dilakukan berdasarkan andaian : i.
Responden dapat membaca dan memahami item-item. ii. Responden
mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk menjawab
item-item soal selidik. iii. Responden secara sukarela dan ikhlas menjawab soal
selidik.

Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan bagi memperolehi kesahan dan


mendapatkan indeks kebolehpercayaan kandungan item-item dalam soal selidik.
Malah menurut Wiersma (1995) kajian rintis mampu memberi peluang kepada
responden untuk memberi komen terhadap kekurangan, kekeliruan dan
kekaburan bahasa instrumen. Menurut Ary (1995) : The pilot test study will also
demonstrate the adequacy of the research procedures and the measures that
have been selected for variables Bagi memperbaiki soal selidik ini terutama dari
segi pembentukan item dan kekaburan bahasa, penyelidik telah menjalankan
satu kajian rintis. Seramai sepuluh orang pelajar yang dipilih secara rawak
daripada pelajar perdana tahun akhir selain daripada kursus SPA, SPE dan SPJ di
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor bagi menjawab set
soal selidik yang disediakan. Menurut Siegel (1988), tujuan kajian rintis ini ialah :
i. Untuk mengetahui kesesuaian item yang dibina kepada responden kajian

terutama dari segi penggunaan istilah dan struktur ayat ii. Untuk mengenalpasti
sama ada responden memahami setiap pernyataan bagi item yang dibina.
Penyelidik membenarkan responden bertanya jika terdapat pernyataan item
yang kabur dan kurang difahami. iii. Untuk memastikan responden memahami
kehendak setiap item di dalam instrumen yang diedarkan. Kajian rintis dijalankan
juga bagi memperolehi kesahan dan mendapatkan kebolehpercayaan kandungan
item-item dalam soal selidik
DEFINISI PENGUKURAN
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian.
Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan
secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid
mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau
dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu
memiliki sifat-sifat tertentu.
Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi
seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat
mewakili sifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat markah 60 peratus dalam
ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli berkenaan sama ada baik
atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai.
Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.
Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses
mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan
atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin
mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran
pula menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan
menggunakan proses tertentu.

**memukul atau menyebat dgn rotan (sbg satu hukuman):

***Pada era ini, amalan merotan tidak lagi dipraktikkan di institusi-institusi


pengajian. Pada halaman 1344, kamus dewan edisi keempat,merotan membawa
maksud memukul atau menyebat dengan rotan sebagai satu hukuman terhadap
pesalah. Antara kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman merotan di
sekolah ialah ponteng sekolah, membuli, melawan guru, samseng sekolah dan
lain-lain lagi. Hukuman merotan dapat membantu para guru dalam
menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Namun begitu hukuman
ini mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.

Antara kebaikan merotan ialah dapat memperbaiki akhlak para pelajar yang
bermasalah. Hukuman merotan tidaklah dilaksanakan sekiranya pelajar itu
malakukan kesalahan pertama tetapi pelajar tersebut diberi amaran terlebih
dahulu. Hukuman ini dijalankan sekiranya pelajar tersebut tidak mengendahkan
amaran pertama dan amaran kedua. Pesalah yng tidak menghiraukan teguran
oleh guru disiplin ibarat mencurah air ke daun keladi. Individu yang menerima
hukuman ini dapat membentuk disiplin diri. Mereka juga dapat mengambil iktibar
dari hukuman yang diterima. Oleh itu, jelaslah di sini merotan dapat
memperbaiki akhlak para pelajar disamping memberi satu pengajaran yang
dapat diterap dalam diri setiap pesalah.

Selain itu, merotan dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi akademik
dan sahsiah. Hal ini kerana para pelajar tidak lagi berani mengulangi kesalahan
yang dilakukan. Seterusnya, para pelajar juga akn lebih serius dan komited
dalam menuntut ilmu pengetahuan. Negara memerlukan pemangkin masa
hadapan yang telus dan berwibawa. Oleh yang demikian negara dapat
melahirkan pemimpin yang berkualiti dan berfikiran rasional untuk
membangunkan negara kita, Malaysia. Justeru itu, adalah baiknya kita
mengubah setiap individu sebelum mereka merubah sesuatu yang tidak terlintas
di fikiran.

Seterusnya, hukuman yang dikenakan juda dapat mempertingkatkan jati diri


para pelajar. Pelajar yang dijatuhkan hukuman dapat berubah dan dapat
mendisiplinkan dirinya dalam pelbagai aspek. Contohnya, apabila individu itu
telah menamatkan pengajiannya,dia dapat mempraktikkan disiplin dalam
institusi pekerjaan, cara berkomunikasi dan dapat menentukan corak kehidupan
pada masa hadapan. Generasi masa kini adalah pemimpin masa hadapan. Oleh
yang demikian, kita perlulah bersama-sama memainkan peranan dalam
membentuk jati diri para pelajar, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing.

Terdapat pelbagai keburukan bagi hukuman merotan ini. Antara keburukan


merotan ialah menimbulkan perasaan ketidak puasan hati dalam diri setiap
individu terbabit. Hal ini para pesalah akan memikirkan cara untuk memuaskan
hati mereka dengan mengadu domba hal ini kepada orang yang terdekat. Pada
kebiasaannya, individu terbabit akan meluahkan ketidak puasan dengan
tindakan guru terhadap ibu bapa bagi mendapatkan pembelaan. Tidak ada ibu
bapa yang sanggup melihat kekecewaan yang ditanggung oleh anak-anak

mereka akibat dari hukuman tersebut. Malah ibu bapa akan menyalahkan pihak
yang telah menjatuhkan hukuman terhadap anak emas mereka. Hal ini dapat
menjejaskan hubungan silaturahim antara guru dan ibu bapa. Malah mereka
sering bermusuhan. Jelaslah di sini bahawa salah satu keburukan yang dapat
menimbulkan rasa ketidak puasan hati palajar apabila menerima hukuman.

Selain itu, keburukan daripada merotan ialah para pelajar tersebut akan berasa
bosan seandainya guru yang merotannya mengajar di dalam kelas. Sikap tidak
bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu juga akan wujud dalam diri pelajar
tersebut. Pelajar tersebut tidak akn menyiapkan kerja sekolah yang diberikan
oleh guru yang merotannya. Contohnya, pelajar-pelajar tidak akn membantu
guru yang meminta pertolongan. Sikap suka memberontak dalam kalangan
pelajar akan wujud secara semulajadi.

Tuntasnya, merotan dapat mendisiplinkan para pelajar. Semua pihak harus


bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menjadikan para remaja berjaya
pada masa hadapan dan bakal mentadbir negara yang kita cintai ini. Setiap yang
berlaku ada hikmahnya tersendiri,jadi janganlah kita menuding jari kepada satu
pihak sahaja. Sebagai rakyat Malaysia yang telah mengecapi kemerdekaan
selama 51 tahun, kita perlulah membentuk para pelajar agar kita dapat
melahirkan masyarakat yang dikagumi pada masa hadapan. Bak kata pepatah
bagaimana acuan, begitulah bentuknya.

ROTAN

PENGENALAN
Isu merotan bukanlah perkara baharu di dalam dunia pendidikan di negara ini.
Pelbagai pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah, tokoh akademik dan para
pemimpin Negara telah menyuarakan pendapat dan cadangan masing-masing
sehinggalah berlaku beberapa kali perubahan dalam tatacara perlaksanaan
hukuman rotan di kalangan pelajar sekolah di negara ini. Hukuman merotan
adalah dibenarkan ke atas pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan berat
seperti mana yang termaktub dalam Akta Dsiplin Sekolah (1957/59).
Walaubagaimanapun, Kementerian Pendidikan (1992) telah mengarahkan semua

guru besar dan pengetua supaya mengutamakan perbincangan dari hati ke hati
terhadap pelajar yang melakukan kesalahan, walaupun hukuman rotan masih
dibenarkan. Sekali lagi perubahan berlaku apabila Kementerian Pendidikan
(1994) mengeluarkan arahan supaya hukuman rotan di khalayak ramai
dihentikan. Sebaliknya hukuman rotan seharusnya dijalankan di dalam bilik
pengetua dengan disaksikan oleh beberapa orang guru.
Malangnya masalah disiplin tetap terus meningkat. Perubahan berlaku
lagi apabila Kementerian Pendidikan pada tahun 1996 telah mengarahkan
supaya hukuman rotan diteruskan termasuklah terhadap pelajar-pelajar
perempuan. Perubahan ini adalah berdasarkan resolusi yang dicapai dalam
Seminar Disiplin Pelajar Kebangsaan yang dihadiri oleh pegawai-pegawai
pendidikan, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, kesatuan dan persatuan
perguruan, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik, media massa dan juga
wakil-wakil pelajar. Kementerian Pendidikan pada tahun 1997 juga telah
menetapkan hanya guru besar, pengetua dan guru disiplin diberi kuasa merotan.
Walaubagaimanapun, peraturan tersebut telah diubah lagi apabila Kementerian
Pendidikan (1988) membenarkan guru besar atau pengetua member kuasa
kepada mana-mana guru melaksanakan apa-apa hukuman termasuklah merotan.
Ini adalah kerana guru-guru agak sukar mengawal disiplin pelajar di dalam kelas
kerana peraturan sebelum itu hanya membenarkan pengetua, guru besar dan
guru disiplin sahaja melaksanakan hukuman terhadap pelajar yang melanggar
peraturan sekolah.
Kementerian Pendidikan sekali lagi pada tahun 1999 telah mengedarkan garis
panduan yang terbaru berhubung peraturan dan disiplin pelajar termasuklah
merotan di kalangan pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Dalam garis
panduan tersebut digariskan kesalahan berat, sederhana, ringan dan biasa serta
bentuk hukumannya.
Dalam tahun 2003, isu hukuman merotan sekali lagi menjadi bahan
perbincangan yang sangat hebat apabila pada tahun tersebut, media massa
banyak melaporkan tentang kes salah laku pelajar termasuklah kesalahan yang
melibatkan pergaduhan berkumpulan dan kes pembunuhan. Berikutan desakan
daripada pelbagai pihak termasuklah para menteri maka sekali lagi Kementerian
Pendidikan (2003) telah mengkaji secara serius untuk memberi kuasa semula
kepada semua guru di sekolah melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar,
sebagai usaha mengekang masalah disiplin yang semakin membimbangkan.
Kenakalan sebahagian pelajar hari ini mengarah kepada bentuk jenayah seperti
samseng di sekolah, pergaduhan, memiliki bahan lucah dan penyalahgunaan
dadah. Bahkan ada pelajar yang berani mengugut guru yang cuba
mendisiplinkan mereka. Fenomena ini tentunya mencemaskan semua pihak dan
langkah pencegahan perlu dilakukan dengan segera sebelum ianya menjadi
parah. Mungkin salah satu cara yang pencegahannya ialah melalui hukuman
yang berat seperti rotan. Hukuman ini walaupun dibenarkan, namun ada pihak
yang tidak berpuashati dan beranggapan ia cara lama yang tidak sesuai pada
zaman ini.

Merotan atau memukul sebagai satu cara mendidik sebenarnya bukanlah


perkara baru. Di Amerika, merotan dan cara dendaan fizikal yang lain adalah
perkara biasa pada masa lalu. Blair G.M, at.el (1975) melaporkan bahawa pada
awal abad ke 20, di sebuah sekolah yang mempunyai 250 guru, terdapat 328
kes merotan pada suatu minggu, atau purata 65 kes merotan setiap hari. Di
sebuah sekolah yang lain pula, lapan belas orang murid lelaki dirotan selama dua
jam di hadapan seorang dewasa atau orang yang tidak dikenali. Ada seorang
guru tua memberitahu, bahawa pada hari pertama beliau mengajar, dia merotan
setiap orang murid yang ada di dalam kelasnya. Pada tahun 1848, sebuah
sekolah tinggi di Carolina Utara menerbitkan satu senarai tingkah laku yang
dilarang bersama dengan hukumannya sekali. Diantara peraturan tersebut ialah;

Murid lelaki yang bermain dengan murid perempuan, empat kali sebat.
Berkelahi, empat kali sebat.
Menyimpan kuku panjang, dua kali sebat.
Bercakap kasar, lapan kali sebat.
Di dalam tradisi Pendidikan Islam, Rasulullah membenarkan kaedah rotan di
dalam mendidik anak. Dalam salah satu hadis Baginda bersabda maksudnya:
Ajar anakmu untuk belajar mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun.
Pukul dia andai kata enggan melakukan solat itu pada usia 10 tahun.
Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa memukul atau merotan sebenarnya adalah
salah satu cara pendidikan yang dibenarkan dalam Islam. Walau bagaimanapun
merotan atau memukul adalah hukuman yang akhir selepas melalui beberapa
peringkat seperti nasihat, peringatan atau bentuk bimbingan. Di dalam sistem
pendidikan di negara ini, Kementerian Pendidikan (1999) telah telah
mengariskan 35 kesalahan berat yang membolehkan pelajar yang melanggar
kesalahan tersebut diberi hukuman rotan di punggung.
Antara kesalahan yang di katogerikan sebagai berat ialah seperti menyimpan,
membawa, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah, membawa
menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau dan membawa,
meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda
yang memabukkan atau menghayalkan. Selain itu, biadap terhadap guru,
pengawas dan murid lain juga turut dikategorikan sebagai kesalahan berat.
Turut disenaraikan sebagai kesalahan berat ialah membuli, berjudi, mencuri serta
mencetak, menerbit, mempamer, mengedar, menyimpan rencana, majalah atau
pita rakaman dan multimedia terlarang. Jika didapati bersalah, pelajar berkenaan
akan dirotan di punggung menggunakan rotan ringan maksimum tiga kali.
Sehingga hari ini, walaupun hukuman rotan masih dijalankan namun, kesalahan
disiplin di kalangan pelajar terus meningkat. Ini terbukti dengan cadangan
terbaru untuk memberikan semula kuasa merotan kepada semua guru bagi
membendung masalah disiplin yang semakin membimbangkan (Rafie2003).

Masih relevankah hukuman rotan pada masa kini?


Kebaikan
Ianya dapat memberi pengajaran supaya pelajar berkenaan insaf dan tidak
mengulangi kesalahan tersebut.
Ianya juga dapat mendisiplinkan para pelajar dan bertujuan mendidik agar
pelajar tahu bahawa kesalahan yang dilakukan itu menyalahi peraturan sekolah.
Ianya dapat mencegah dan menghalang para pelajar daripada melakukan
kesalahan kerana pelajar takut dirotan.
Pelajar akan lebih mudah dikawal dan mengikut peraturan sekolah yang telah
ditetapkan.
Sesetengah pelajar lebih mudah menerima hukuman rotan untuk memperbaiki
diri. Contohnya seorang pelajar memberi tindak balas kepada cara lemah lembut
manakala seorang lagi mungkin memerlukan cara yang keras untuk mambaiki
kesalahan.

Kelemahan

Dari segi psikologi, pelajar akan menanggung perasaan malu akibat dirotan di
khalayak ramai dan akan bertindak lebig agresif.
Guru disiplin akan menghadapi kemungkinan pelajar akan membalas dendam
terhadapnya. Ini terbukti apabila pernah terpampang di dada akhbar, guru
dipukul oleh pelajar yang tidak berpuas hati dengannya akibat dirotan.
Guru juga mengadapi kemungkinan implikasi undang-undang jika ada ibu bapa
pelajar yang tida berpuas hati anaknya dirotan akibat kesalahan kecil.
Kuasa merotan pelajar hanya diberikan kepada guru disiplin dan pengetua. Ini
membuatkan guru lain yang tidak diberikan kuasa merasa bimbang dan enggan
menanggung sebarang permasalahan yang timbul jika merotan para pelajar
dengan sewenang-wenangnya.

Kesimpulan

Rotan hanya jalan yang terakhir bagi pelajar yang melakukan kesalahan disiplin.
Ini kerana tujuan hukuman hanyalah untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak
diingini. Seseorang guru perlulah menggunakan kebijaksanaannya dan
menggunakan pendekatan seperti kaunseling, terapi tingkah laku, nasihat dan
bimbingan. Hal ini kerana pelajar yang dihasilkan oleh sekolah haruslah selari
dengan apa yang digariskan dengan rukun Negara dan falsafah pendidikan
kebangsaan selain mempunyai ciri-ciri akhlak, disiplin, agama, budaya, akademik
dan sukan yang baik.

Anda mungkin juga meminati:

http://kulanzsalleh.com/kuasa-guru-merotan-murid/
http://sarjana.tripod.com/denda3.html
http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id141.html
http://epondok.wordpress.com/2009/06/17/rotan-antara-mendidik-danmenambah-masalah/
http://laxmanajebat.blogspot.com/2008/04/rotan-pelajar-apa-kesudahannya.html

Anda mungkin juga menyukai