Anda di halaman 1dari 2

DOKUMENTARI SOSIAL- NELAYAN

Perjalanan dimulakan pada waktu pagi seawal jam 7. Hari itu cuaca baik mengiringi
perjalanan ke kampung nelayan di Tumpat, Kelantan. Sebelum sampai ke Tumpat,
kami singgah dahulu di beberapa tempat yang terkenal dengan nelayan seperti di
Tok Bali. Namun, disebabkan kedatangan kami di awal pagi, kami tidak menemui
sebarang aktiviti yang dijalankan oleh nelayan. Selain itu, sekarang adalah musim
tengkujuh jadi ombak kuat pada waktu pagi tidak mengizinkan sebarang aktiviti
dilakukan.
Sebelum ke perkampungan nelayan di Tumpat, kami ada singgah di jeti nelayan di
sekitar Bachok. Melalui penduduk di situ mereka mengesyorkan kami untuk ke
Tumpat kerana di situ lebih banyak aktiviti perikanan.
Perjalanan ke Tumpat megambil masa yang lama lebih dek kerana kami kurang arif
dengan kawasan itu. Namun ternyata kepenatan itu berbaloi apabila dapat
menikmati panorama indah di Tumpat.
Nasib kami agak baik kerana apabila sampai di jeti perikanan Geting, terdapat bot
nelyan yang baru pulang dari laut. Mereka sedang memunggah hasil laut yang
dijual kepada pemborong yang sedang menunggu.
Kami turut bersembang dengan Pak Cik Omar yang menceritakan pengalaman
beliau sebagai nelayan. Hidup yang berharapkan tuah pukat setiap hari. Setiap hari
mereka bertarung nyawa di laut untuk mencari sesuap rezeki. Selesai di laut,
mereka menjual ikan yang disimpan bersama ais untuk mengekalkan
kesegarannya. Selepas itu, mereka akan menjual hasil laut itu kepada pemborong
yang menunggu.
Selesai aktiviti jual beli, mereka akan menggulung atau menyimpan kembali pukat
mereka bersama-sama. Aktiviti pembersihan bot akan berlaku selepas itu. Pak Cik
Omar turut berkataa, meskipun kerja yang dilakukan itu penat, tetepii dia tetap
berasa gembira.
Kami bertuah kerana dapat berpengalaman melihat dan merakan foto-foto yang
dilakukan oleh Pak Cik Omar dan rakan- rakannnya. Inilah mata pencarian yang
dapat menampung kehidupan mereka. Hidup di laut , tidak sama di darat. Sentiasa
bergelora, namun hasilnya memberi kenikmatan.

EN. MOHD FIRDAUS BIN MOHD. HERROW

Anda mungkin juga menyukai