Anda di halaman 1dari 7

MUHAMMAD SHAFIK BIN SAMSUDIN

T1MT

LAPORAN REFLEKTIF
Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada penuntut PISMP Tahun 1
Matematik IPG Kampus Pulau Pinang telah membuat satu khidmat masyarakat yang
bertempat di Rumah Anak Yatim Perempuan di Pulau Pinang. Kumpulan perserta ini
terdiri daripada gabungan dua buah kelas iaitu kelas Matematik dan juga kelas Tesl.
Khidmat masyarakat ini diadakan pada 9 Mac bersamaan dengan hari Ahad. Aktiviti ini
dijalankan di rumah anak yatim tersebut bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 1
tengahari. Aktiviti yang dijalankan termasuklah membersihkan kawasan asrama,
menyediakan permainan dan berbual mesra bersama penghuni asrama tersebut.
Ceramah Bina Insan Guru diadakan bagi memberi informasi kepada para pelajar
tentang nilai-nilai estetika. Para peserta telah memberikan kerjasama dan komitmen
yang padu pada setiap aktiviti. Saya juga ingin berterima kasih kepada ahli
jawatankuasa dan juga para pensyarah kerana telah bersama-sama menjalankan
aktiviti ini dengan sempurna dan berjalan lancar.

KELEBIHAN
Dapat bekerjasama dengan rakan seperjuangan
Saya amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan rakan seperjuangan
saya. Ahli kumpulan saya terdiri daripada semua kaum iaitu Melayu, dan India. Namun
aktiviti yang disediakan dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan tanpa
mengira kaum, agama dan latar belakang yang berbeza antara satu sama lain. Antara
aktiviti yang memupuk semangat kerjasama ialah membuat mural dan membuat taman
matematik dan sekitarnya. Saya amat suka kepada aktiviti ini. Hal ini kerana walaupun
kami datang daripadapelbagai jenis latarbelakangdan kreativiti masing, namun ianya
tetap berjhasil dan dapat menghasilkan taman matematik yang menarik dan lukisan
mural yang menarik perhatian.

Berkenalan dan Mengeratkan silaturahim


Aktiviti yang telah disediakan telah banyak memberi kesan kepada setiap ahli
kelas. Aktiviti gotong royong memberikan pengalam baharu kepada saya iatu kami
bekerjasama dalam menyiapkan taman matematik dan membuat mural. Sepanjang
aktiviti berlangsung, kami dihidangkan dengan pelbagai lawak jenaka dan membuatkan
kami tidak kering gusi dan tidak merasa penat. Saya juga ingin berterima kasih kepada
pensyarah pengiring kerana sudi memberi idea tatkala kami sudah buntu akal fikiran
disebabkan faktor cuaca. Selain itu, kami dapat mengeratkan silaturahim sesame
pensyarah pengiring. Hal ini kami jarang berjumpa dan masa yang diperuntukkna untuk
sesi mentoring di maktab tidak mencukupi. Justeru kami menggunakan waktu yang ada
untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan pensyarah iaitu mentor kepada kami.
Pensyarah pengiring Encik Faizul juga amat memberikan kerjasama dan memberikan
idea dan kontigensi plan tatkala masa yang diperuntukkan hampir tamat. Idea yang
diberikan telah membantu kami menyiapkan taman matematik demgan sempurna.
Selain itu, kami juga dapat berkenalan dengan warga sekolah dengan lebih rapat.
Sebagai contoh, Guru besar Sekolah Felda Lawin Selatan telah berkongsipengalam
dan nasihat untuk kami aplikasikan ketika belajar dan menjadi guru kelak.
Walaubagaimanapun, hubungan dengan keluarga angkat tidak boleh dilupakan. Pada
mulanya, ia memberikan rasa kekok pada pertemuan pertama kami, namun ianya dapat
diatasi telah saya dapat menerima suasana tersebut dan keluarga angkat juga bersabar
dan bersedia untuk menerima saya sebagai anak angkat.

Dapat menimba pengalaman baharu.


Aktiviti yang disediakan banyak memberi saya pengalaman yang baharu. Hal ini
kerana saya berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti masyarakat felda
dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, keluarga angkat juga telah membawa
saya meneroka seluruh kawasan felda. Hal ini memberikan saya rasa yang tenang dari
kesibukan kota Pulau Pinang. Tambahan itu, saya juga menimba pengalaman baharu
dalam mebuat taman matematik iaitu cara untuk mengekalkan warna cat pada dadu

yang saya reka. Nasihat yang diberikan rakan saya iaitu Mohamad Safwan telah
membantu saya untuk membaik pulih dadu yang saya cipta.
Dapat infomasi yang lebih terkini dan suntikan semangat
Pada hari penutupan, saya telah mendapat nasihat dan informasi yang berguna
daripada para tetamu. Di samping mereka memberikan nasihat, mereka juga
memberikan informasi yang terkini mengenai sistem pendidikan. Tambahan mereka
juga telah menyuntik semangat kami untuk menjadi guru yang dapat mendidik anak
bangsa dengan berjaya kelak.

KELEMAHAN
Pengeleloaan yang kurang memuaskan
Dalam program Bina Insan Guru pada kali ini, pengelolaan program kurang
memuaskan. Hal ini keran aterdapat banyak perselisihan faham. Antaranya semasa
program bersama tahun 5. Secara kasar, rakan sekelas akan bertugas mengikut apa
yang telah dirancang sebelum bertolak ke Felda Lawin Selatan. Namun, apa yang
mengecewakan di sini adalah, terdapat ahli jawatankuasa yang telah menukar plan
asal dan membuatkan rakan yang lain tidak dapat informasi yang terkini berkenaan
dengan program tersebut. Saya yan ditugaskan untuk menjadi fasilitatior pada program
itu telah diberikan tugas yang sepatutnya kepada orang lain. Namun saya tidak curi
tulang. Saya telah mengadakan sesi regangan bersama pelajar tahun 5 selepas
mereka menjawab soalan bagi melepaskan bebanan yang dihadapi ketika menjawab
soalan. Yang kedua adalah pengelolaan Malam Kebudayaan bersama penduduk Felda
Lawin Selatan kurang memberangsangkan. Hal ini kerana kami tidak menepati jadual
dan masa yang ditetapkan. Malam Kebudayaan telah bermula lewat seperti yang telah
dirancang.

PELUANG
Dapat merasai kehidupan didesa
Program pada kali ini memberikan pengalam yang berbeza iaitu merasai sendiri
kehidupan dikampung dan merasai pelbagai hidangan juadah yang disediakan oleh
orang kampung. Masakan mereka ternyata berbeza kerana menggunakan resepi sejak
turun temurun. Saya juga telah mencuba sendiri makanan yang sukar dijumpai
dibandar iaitu cempedak goreng. Hal ini kerana saya dilahirkan dibandar dan sukar
untuk mendapatkan makanan seperti yang terdapat dikampung. Selain itu, saya juga
berpeluang untuk mendekati dan mencurahkan ilmu yang ada kepada murid Sekolah
Felda Lawin Selatan. Hal ini kerana inilah kali pertama saya menghadrikan diri ke
sekolah kurang murid. Ternyata suasana yang dirasai amat berbeza dengan sebelum
ini kerana saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah di bandar. Hal ini
memberikan saya peluang untuk mendekati masyarakat desa di samping melihat
sendiri cara mereka menjalani kehidupan seharian.

Dapat mengeratkan silaturahim dan mengenali antara satu sama lain


Aktiviti gotong royong bersama masyarakat kampung telah mengeratkan
hubungan silaturahim walalupun kami hanya menginap di sana selama tiga hari.
Walalupun singkat tetapi hubungan silaturahim tetap terjalin.

ANCAMAN
Bagi saya, faktor cuaca adalah ancaman pada program Bina Insan Guru pada kali ini.
Hal ini kerana faktor cuaca yang mendung dan hujan telah membantutkan aktiviti kami
seperti melukis mural dan juga membina taman matematik. Namun begitu, kami
bersyukur kerana cuaca pada hari itu telah memberikan udara yang nyaman dan sejuk
serta ianya memberikan ketenangan kepada kami.

PENAMBAHBAIKAN
Apa yang dapat disimpulkan disini ialah kesemua aktiviti dapat dijalankan dengan
lancar tanpa sebarang kecederaan dan perkara yang tidak diingini berlaku.
Penambahbaikan yang ingin dicadangkan adalah rakan seperjuangan mesti mematuhi
arahan ketua. Di samping itu, setiap rakan sekelas perlu mematuhi waktu yang
ditetapkan. Hal ini supaya perkara yang telah terjadi tidak berlaku lagi kerana kita
adalah sebagai guru harus menepati waktu agar ianya dapat diaplikasikan ketika
menjadi guru kelak.

REFLEKSI
Saya telah menyertai Program Bina Insan Guru di Felda Lawin Selatan.
Program kali ini memberikan pengalaman yang bereza kerana kami perlu masuk
kepedalaman untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat di sekolah.. Saya berasa
seronok kerana telah menghadirkan diri bersama rakan-rakan dalam program khidmat
masyarakat ini. Terdapat banyak kenangan dan memori yang terpahat dalam minda
dan sukar untuk dilupakan. Kenanganlah merupakan perkara yang sangat penting.
Saya juga berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti yang telah disediakan.
Saya juga telah banyak memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang sukar untuk
dilupakan. Saya juga telah banyak menimba pengalaman dari segi memasang khemah.
Hal ini kerana saya amat kurang memahami cara untuk memasang khemah dengan
kukuh dan betul. Saya juga memperoleh pengetahuan ini daripada rakan saya yang
telah pergi ke kem pengakap. Ilmu yang telah dikongsikan oleh mereka dapat saya
aplikasikan ketika mengelola aktiviti perkhemahan kelak.
Program kali ini juga melibatkan program anak angkat di mana ianya melibatkan
penduduk kampung untuk mengambil anak angkat daripada kalangan rakan sekelas.
Apa yang saya perhatikan mereka tidak takut dan bermurah hati untuk menerima kami.
Layanan yang telah diberikan kepada kami akan kami kenang sampai bila-bila. Pada
mulanya saya agak sedih kerana keluarga angkat saya tidak hadir pada hari itu.
kemudian, terdapat seorang mak cik yang ingin mengambil saya menjadi anak angkat.
Mak cik tersebut telah membawa saya pulang kerumah dan saya memanggilnya mak.
Layanan yang diberikan tidak putus-putus. Hampir setiap masa ibu angkat saya telah
datang ke sekolah untuk melihat aktiviti yang dilakukan. Saya amat berterima kasih dan
bersyukur kerana dikurniakan keluarga angkat seperti ibu angkat saya. Adik angkat
saya juga telah membawa saya ke salah satu tempat pelancongan iaitu Lata Lawin.
Lata Lawin merupakan sungai yang menjadi tempat perkhemahan. Air sungai yang
mengalir begitu sejuk dan saya berasa gembira kerana dapat mandi bersama adik
angkat dan juga rakan-rakan yang lain serta masyarakat kampung.Sebelum pulang, ibu

angkat telah memberikan buah tangan kepada saya sebagai tanda ingatan. Saya juga
berhasrat untuk melawat mereka pada suatu hari nanti.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pengiring dan
juga semua ahli jawatankuasayang telah bertungkus lumus untuk menjadikan program
ini berjaya dan berjalan lancar. Saya telah banyak menimba pengalaman yang
berharga. Saya berasa sayu untuk meninggalkan Felda LAwin Selatan kerana terdapat
banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Anda mungkin juga menyukai