Anda di halaman 1dari 6

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENGENALAN
Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan
belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid
pendidikankhas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran
sahaja. Jalanmenuju ke arah inklusif bukanlah mudah.
Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai,
perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubaha ini
melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orangsanggup dan selesa untuk
berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat
(John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang
kepentingan programinklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini
boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka
mula diinklusifkan.
Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa
faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut
jugamempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran
bukanakademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor
dan kemahiran kefungsian hidup.
Oleh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan
mereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan
inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program
pendidikan inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka masing-masing bagi
mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak.

ISU YANG DIFOKUSKAN


Daripada hasil aktiviti 1 dan aktiviti 2 , dilihat terdapat beberapa persoalan yang timbul iaitu
bagaimana kesediaan sekolah dalam melaksanakan program pendidikan ini secara meluas. Di
samping itu, apakah impak nya kepada diri pengkaji sama ada bersedia mengajar murid
sebegini khas dan adakah pihak anda yakin mengadakan pendidikan inklusif di bilik darjah dan
sekolah anda.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN


Apa yang saya lihat dari segi persediaan sekolah dalam melaksanakan pendidikan ini secara
meluas menunjukkan perkembangan positif walaupun di peringkat permulaan. Ini kerana,
penglibatan semua guru, pentadbir sekolah serta murid murid begitu baik sekali. Malah dalam
melaksanakan program ini , guru guru serta pihak pentadbir begitu peka terhadap masalah
yang dihadapi oleh murid murid bekeperluan khas .
Dari segi kesan kepada diri pengkaji yang menjalankan kajian kes ke atas seorang murid
berkeperluan khas ialah rasa bertanggungjawab terhadap pencapaian mereka untuk sebaris
dengan murid murid normal. Malah sebagai guru, mereka seharusnya mendapatkan
pendidikan sempurna seperti murid biasa. Malah, dilihat dari segi kesungguhan pelajar
berkenaan belajar dan bergaul dengan murid biasa menimbulkan rasa perihatin dengan nasib
yang mengalami mereka namun mereka mampu berubah dan menjadi berjaya seperti rakan
rakan yang lain.
Walaupun pada peringkat permulaan menghadapi beberapa masalah antaranya ibu bapa yang
tidak memberikan kerjasama, pihak pentadbiran serta guru yang tidak memahami Program
Pendidikan Inklusif dan karenah birokrasi di Hospital namun, program ini dapat dijayakan
dengan sempurna.

ANALISIS
Masalah yang timbul adalah pada peringkat permulaan iaitu ibu bapa yang tidak memberikan
kerjasama.Ibu bapa Jerrynick berasa takut membawa anak mereka ke hospital untuk membuat
pemeriksaan lanjutan bagi mengesahkan anak bekerperluan khas. Namun, pihak pentadbir
sekolah iaitu Guru Besar sekolah begitu prihatin dan membantu. Pihak sekolah telah
menghantar wakil 3 orang guru melawat ke rumah pelajar.Ibu bapa Jerrynick diberikan taklimat
dan pendedahan berkenaan program pendidikan khas dan program pendidikan inklusif ini. Hasil
daripada perbincangan ini, barulah ibu bapa Jerrynick bersetuju dan mengikuti prosedur yang
telah ditetapkan.
Masalah yang kedua ialah berkenaan karenah birokrasi pengurusan di Klinik Kesihatan Kudat.
Ini kerana, pihak pengurusan klinik bagi pemeriksaan Jerrynick sepatutnya berjalan lancar dan
tidak mengambil masa selama 3 bulan. Namun, akibat masalah pengurusan yang lambat bagi
mendapat temujanji daripada doktor pakar maka pemeriksaan ini bertangguh dan memakan
masa sehingga 3 bulan. Alasan yang diberikan oleh pihak klinik ketiadaan doktor pakar dan
kurangnya doktor terlatih untuk mendiagnos kanak kanak berkeperluan khas.
Masalah daripada pihak sekolah pula ialah guru guru yang tidak bersedia untuk mengajar
murid murid pendidikan di kelas perdana. Ramai yang tidak faham mengapa murid
Pendidikan Khas perlu belajar bersama dengan murid aliran perdana. Guru Pendidikan Khas
dibayar elaun untuk mengajar mereka . Anggapan itulah yang selalu didengari atas alasan tidak
mahu menerima hakikat bahawa murid pendidikan Khas belajar bersama dengan murid aliran
perdana. Kebanyakan guru yang tidak faham merasa terbeban kerana kehadiran murid tersebut
didalam kelas mereka. Selalu timbul persoalan kenapa guru Pendidikan Khas sendiri tidak
mengajar anak murid mereka, kenapa perlu dihantar ke kelas aliran perdana dan pelbagai
persoalan lagi.Masalah lebih berat lagi jika ada guru aliran perdana yang tidak mahu menerima
murid inklusif tersebut kerana mereka sudah ada target dan tov untuk murid mereka. Bagi
kebanyakan guru aliran perdana sukar menerima mereka kerana terpaksa menyediakan
pelaporan dan dokumentasi.

KAJIAN LAMPAU BERKAITAN ISU

Kementerian Pendidikan (1997) menyebut satu program bagi pendidikan murid murid dengan
keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama dengan murid murid
biasa yang dinamakan program inklusif. Pendekatan integrasi dilaksanakan iaitu kanak kanak
kurang upaya belajar bersama sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan
pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka (LynGow 1990).

Selain itu, menurut Mohd Siraj Awang (1996), untuk memastikan pelajar-pelajar berkeperluan
khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang
terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih
berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations
Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang
mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap
diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan
dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah
biasa. Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai
sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak
Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan
beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat
pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan
pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di
Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan
ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara
(Dyson dan Millward, 2000). Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat
kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi
memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.

PENAMBAHBAIKAN

Sebagai penambahbaikan, bagi mengatasi masalah kurangnya kefahaman berkenaan program


inklusif di sekolah khususnya pihak pentadbir dan guru ialah mewujudkan seminar berkenaan
program pendidikan inklusif di sekolah. Oleh itu, pihak Pejabat Pelajaran Daerah bahagian Unit
Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas iaitu Puan Eradah Marael selaku Ketua Unit telahpun
membuat seminar di sekolah berkenaan Program Pendidikan Khas dan Program Pendidikan
Inklusif bersama pegawai pegawai daripada Sektor Pengurusan Pendidikan Swasta dan
Pendidikan Khas Negeri Sabah selama dua hari. Hasilnya, pihak pentadbir dan para guru mula
menampakkan kesan positif iaitu mereka menerima dan memahami konsep Program Pendidikan
Inklusif di sekolah. Malah, pihak pentadbir khususnya Guru Besar begitu peka dan prihatin
terhadap isu ini dan dapat dilaksanakan dengan jayannya di sekolah.

Berkenaan masalah birokrasi di Klinik pula, pihak sekolah khususnya guru yang terlibat perlu
mengisi beberapa dokumen penting pemeriksaan bersama doktor pakar terlebih dahulu serta
menyiapkan beberapa dokumen peribadi murid seperti sijil lahir, surat kebenaran ibu bapa, butir
butir peribadi ibu bapa dan penjaga. Ini bagi memudahkan prosedur pemeriksaan dan pesakit
tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan rawatan.
KESIMPULAN
Daripada kajian ini, didapati pihak sekolah telah bersedia meluaskan Program Pendidikan
Inklusif di sekolah. Selain itu, pihak pentadbir dan pihak sekolah memahami konsep Program
Pendidikan Inklusif ini dengan jayanya. Diharap dengan adanya Program Pendidikan Inklusif
ini murid murid bekerperluan khas mempunyai peluang untuk menyesuaikan diri dari awal
lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan
golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

Anda mungkin juga menyukai