Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN KURSUS

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5


1.0 MAKLUMAT
1.1

TajukKursus : DSKP TAHUN 5

1.2

Mata Pelajaran

1.3

Tarikh

1.4

Tempat

1.5

Nama Fasilitator: Pn. Nurul Shafiyah bt Abd Razak

1.6

ObjektifKursus
mata pelajaran

: PENDIDIKAN KESIHATAN

: 13 November 2014
: Bilik Mesyuarat, SK Batu 48, Dungun

: Memberi pendedahan tentang DSKP tahun 5 bagi

Pendidikan Kesihatan kepada semua guru yang mengajar


mata pelajaran ini di sekolah.
1.7

SenaraiPeserta

: 1. Pn. Nurul Shafiyah bt Abd Razak

2. Pn. Rasyiedah bt Rashid


3. Pn. Azura bt Ismail
4. En. Arissie b Ismail
5. En. Mohd Syarif b Hussin
6. En. Mohamad Noor b Yusof
7. En. Mohd Sofian b Mustaffa
8. Pn. Wan Normah bt Wan Mahmud
9. Pn. Rabiieyah bt Ismail
10. pn. Rosnadia bt Abd Wahab

1.8

JadualKursus :Seperti Berikut


MASA
2.00 2.15
2.15 2.45
2.45 3.15
3.15 3.45
3.45 4.15
4.15

TOPIK
Taklimat Umum KSSR
Taklimat Umum DSKP Tahun 5
Taklimat Umum DSKP Tahun 5
Pengetahuan
Kemahiran Dan Proses Pengajaran
Perekodan dan Pelaporan
Tamat

2.0 POST -MORTEM


2.1 PENILAIAN SECARA KESELURUHAN
Secara keseluruhan kursus ini mencapai objektif yang di tetapkan iaitu ia
dapat memberi pendedahan yang lebih terperinci kepada semua guru
yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Kesihatan terutama guru yang
masih baru dalam bidang ini. Kursus ini juga member peluang kepada
semua guru dapat bertanya secara lebih dekat tentang silibus dalam
DSKP yang perlu mereka habiskan dalam masa yang ditetapkan. Ia juga
memberi pengetahuan baru , idea serta teknik P dan P yang boleh mereka
lakukan dalam kelas pada masa akan datang.
2.1.1 KEKUATAN KURSUS
Kursus ini dapat member pendedahan awal tentang silibus dalam DSKP
kepada semua guru yang akan mengajar Pendiddikan Kesihatan pada
masa akan datang. Ia juga memudahkan guru yang mengajar sejarah
Tahun 5 pada tahun hadapan memandangkan semua silibus telah
diterangkan bersama-sama modul P dan P mengikut topik. Kursus ini juga
memberi pendedahan kepada guru cara member dan merekodkan Tahap
penguasaan(TP) kepada murid berdasarkan topik yang telah diajar.
2.1.2 KELEMAHAN KURSUS/ISU
Antara isu yang hangat semasa kursus ini dijalankan iaitu tempoh masa
menghabiskan silibus dan juga cara perlaksanaan mata pelajaran ini.
Walaubagaimanapun, ia dapat di atasi dengan penerangan dan cara
perlaksanaan tahun semasa yang boleh dianggap berjaya.
Selain daripada itu, beberapa tajuk baru yang diperkenalkan perlu lebih
penerangan dan perbincangan.. Namun begitu, fasilitator telah
menyakinkan semua guru yang hadir dalam kursus ini bahawa semua guru
boleh menjalankan p dan p dengan baik memandangkan ia merupakan
kesinambungan daripada tajuk tahun 4.

2.1.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah menyediakan kursus
secara berterusan diperingkat daerah bagi memantapkan semua guru
yang mengajar matapelajaran ini. Selain daripada itu pihak pejabat
pendidikan juga hendaklah mengadakan kursus p dan p kepada guru
dengan bimbingan JU yang telah dilantik bagi memberi idea dan
pengetahuan baru kepada guru mata pelajaran ini khususnya.

3.0 LAMPIRAN

Disediakan Oleh,

Di sahkan oleh,

(PN NURUL SHAFIYAH BT ABD RAZAK)


Setiausaha Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Batu 48,
48,
Dungun, Terengganu.

(MOHD SAPIEN B. AWANG)


Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Batu
Dungun, Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai