Anda di halaman 1dari 6

IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

MELAKA
KERTAS PROJEK
TAMAN CETI
MELAKA

TARIKH :
18 FEBRUARI 2011
( JUMAAT )

ANJURAN :
UNIT PISMP PEMULIHAN 1
AMBILAN JAN 2010

1.0

PENGENALAN

Projek Lawatan Taman Ceti diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada


guru pelatih unit PISMP PL 1 Ambilan Jan 2010 berkaitan dengan kepelbagaian
masyarakat etnik di Taman Ceti.
Lawatan ini juga dapat mendedahkan kepada guru pelatih tentang budaya,
amalan dan adat yang diamalkan oleh penduduk di kawasan tersebut. Seperti yang
diketahui umum, Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai
etnik dan kaum. Justeru dengan lawatan ini guru pelatih akan lebih menghargai
kepelbagaian dan keunikan yang terdapat pada setiap etnik di Malaysia.
Selain itu juga, lawatan ini juga dapat memberi gambaran sebenar kepada guru
pelatih tentang budaya, bahasa, adat, cara hidup penduduk di Taman Ceti. Hal ini
sekaligus dapat memberi input kepada guru pelatih untuk berkongsi maklumat
berkaitan dengan variasi etnik di negara ini. Senario ini bukan sahaja membantu
memupuk semangat perpaduan antara guru pelatih, tetapi bahkan juga
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim guru pelatih dengan masyarakat sekeliling.
Justeru diharapkan daripada lawatan ini, guru pelatih dapat mempraktikkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian agar hubungan etnik yang terjalin antara
guru pelatih , pensyarah dan masyarakat sekeliling lebih erat dan utuh.

2.0 Matlamat
Matlamat lawatan ke Taman Ceti ini adalah untuk memberi gambaran kepada guru
pelatih tentang cara hidup dan budaya yang diamalkan yang terdapat di taman
tersebut. Para guru pelatih juga akan dapat menambah ilmu pengetahuan sebagai
persediaan untuk menjadi guru yang produktif dan progresif.

3.0 Objektif
Antara objektif lawatan ini dijalankan adalah :

Membina semangat perpaduan antara etnik.


Melihat keunikan budaya dan etnik yang terdapat di taman tersebut..
Menghargai keunikan dan keistimewaan setiap etnik.
Mengeratkan hubungan sesama guru pelatih kelas Pemulihan 1.

4.0 Tarikh :
18 Februari 2011

5.0 Tempat / Destinasi


Taman Ceti, Melaka.

6.0 Peserta :
Pensyarah pengiring
Pelajar
Jumlah

: 1 orang
: 20 orang
: 21 orang

7.0 Ahli Jawatankuasa


Penaung

: Puan Hajah Noor Hayatee binti Md. Noor


(Pengarah IPGM Kampus Perempuan Melayu,
Melaka)

Penasihat

: Madam Boovanes

Pengerusi

: Noor Hidayah Binti Mohd Mustafa

Naib Pengerusi

: Nor Izzaty Binti Zaini

Setiausaha

: Yazmin Binti Mohd Sani

Bendahari

: Nurhazirah Binti Md Nor

AJK Kerja
Peralatan

: Noorliyana Bt Mohamad
Noor Nazreen Binti Norden
Athiah Binti Rodfizan

Pengangkutan

: Saadah Binti Mohamed


Izzatul Husna Binti Tarmizi

Perhubungan

: Nurul Izzatie Binti Ismail


Maisarah Binti Mahussain

Makanan

: Ismah Aina Binti Ab. Halim


Akma Nabilah Binti Saleh

Kebajikan

: Afiqah Bt Nooh
Nik Faiznur Firda Bt. Nik Lukman Dzuki

Keselamatan

: Nurul Aliya Binti Mazlan


Amalina Binti Abdullah

Dokumentasi

: Wan Nor Hafizah Bt. Wan Razali


Nis Shahida Binti Mohmad

8.0 Anggaran Kewangan (Implikasi Kewangan)

PENGANGKUTAN
Khidmat Bas IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka

MAKANAN
Sehari RM 10.00 X 21 orang = RM210.00

JUMLAH KESELURUHAN :
Makanan

RM210.00

JUMLAH

RM210.00

*Segala perbelanjaan adalah dibawah tanggungan IPGM Kampus Perempuan


Melayu, Melaka dan guru pelatih sendiri kecuali pengangkutan.

9.0

Tentatif Program

18 Februari 2011 ( Jumaat )


2.30 petang : guru pelatih berkumpul di garaj bas
2.45 petang : pengerusi memberi taklimat kepada guru pelatih
3.00 petang : bertolak ke Taman Ceti, Melaka
4.00 petang : sampai di destinasi
4.15 petang : lawatan sekitar Taman Ceti
4.45 petang : solat Asar
5.00 petang : lawatan diteruskan
6.00 petang : minum petang
6.30 petang : bertolak pulang ke IPG KPM

11.0

Penutup

Program lawatan ini akan memberi manfaat kepada para guru pelatih yang
mengikuti program lawatan ini. Semoga dengan terlaksananya aktiviti ini para guru
pelatih akan menjadi guru yang mempunyai azam yang tinggi dalam melengkapkan
diri dengan pelbagai aspek ilmu pengetahuan dan mempunyai matlamat untuk
menjadi guru yang berdedikasi dan produktif.

Disediakan oleh,

________________________
(Yazmin Binti Mohd Sani)
Setiausaha,
Projek Lawatan Kampung Chetti,
IPGM Kampus Perempuan Melayu.
Disemak oleh,

___________________________________
(Madame Boovanes )
Penasihat,
IPGM Kampus Perempuan Melayu.

Anda mungkin juga menyukai