Anda di halaman 1dari 6

SUEMANIE A/P EE @ QUAH CHIN EE | 2013

TUGASAN PROJEK
Rumusan perlaksanaan ISL bagi bidang Kimia
Bidang kimia merupakan satu bidang pembelajaran yang agak mencabar khususnya
kepada individu yang tidak mempunyai asas yang kukuh dalam bidang tersebut. Dalam
semester ini kami didedahkan pula dengan tiga bidang utama iaitu termokimia, elektrokimia
dan juga kimia nuklear. Ketiga-tiga bidang ini merupakan cabaran besar buat saya yang
bukan daripada jurusan Sains Tulen.
Hasil pengumpulan maklumat, carian serta rujukan yang dilakukan dapatlah saya
huraikan sedikit-sebanyak kefahaman saya tentang ketiga-tiga bidang tersebut. Topik
termokimia adalah suatu kajian tentang perubahan tenaga yang menyertai tindak balas
kimia. Pendedahan tentang jenis-jenis tenaga serta perubahan dapat saya ketahui dan
fahami melalui tajuk ini. Topik ini menjelaskan tentang pelbagai jenis tenaga yang terlibat
dalam perubahan kimia dan juga perubahan tenaga sesuatu bahan di samping pengenalan
tentang Hukum Pertama Termodinamik. Pelajar dapat mengetahui bahawa terdapat pelbagai
jenis tenaga yang wujud dalam pelbagai bentuk seperti tenaga kimia, kinetik, keupayaan,
haba, elektrik dan sebahagiannya yang tidak pernah dipelajari dengan mendalam sebelum
ini.
Selain itu, tenaga tersebut pula dikatakan wujud dengan memiliki sifat tenaganya
yang berlainan sama ada dari segi komposisi, jenis atomnya, bilangan serta jenis ikatan
yang menggabungkan atom dan susunan atomnya. Tenaga juga ada kalanya dikelaskan
kepada boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui bergantung kepada dari mana dan
bagaimana sumber itu diperolehi. Topik ini juga menjelaskan bahawa semua bentuk tenaga
ini boleh saling bertukaran antara satu sama lain untuk menghasilkan tenaga yang lain.
Hukum Pertama Termodinamik menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta tetapi boleh
diubah kepada bentuk yang lain.
Hasil rujukan yang dilakukan, sistem adalah sebahagian daripada apa yang dikaji
dalam bidang termokimia ini. Sistem boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu sistem terbuka,
sistem tertutup dan sistem terpencil atau tersekat ini bergantung kepada perubahan tindak
balas yang berlaku di dalam sesuatu sistem. Oleh itu, pelajar harus memahami dengan baik
konsep tenaga dan pemindahan tenaga yang wujud dalam sesuatu sistem tersebut sama
ada ianya adalah tindak balas eksotermik atau pun endotermik. Dalam tindak balas
eksotermik, haba dipindahkan dari sistem ke persekitaran manakala tindak balas
endotermik, haba dipindahkan dari persekitaran ke sistem. Konsep ini amat penting bagi
1

SUEMANIE A/P EE @ QUAH CHIN EE | 2013


menentukan profil tindak balas. Hasil tindak balas kedua-dua tindak balas ini secara
umumnya dikenali sebagai haba tindak balas. Dengan itu, untuk memahami tajuk ini dengan
baik pelajar harus memahami dan mengenalpasti akan jenis tindak balas yang berlaku.
Dalam bidang termokimia juga, saya diperkenalkan tentang muatan haba , muatan
haba tentu dan muatan haba molar bagi sesuatu bahan yang pernah dipelajari dalam subjek
Fizik dalam semester pengajian yang lalu. Walaupun topik ini pernah dipelajari tetapi bukan
mudah untuk menguasai formula pengiraannya dalam tempoh yang singkat. Alat yang
digunakan untuk menentukan muatan haba dikenali sebagai kalorimeter. Alat ini boleh
dicipta sendiri menggunakan objek-objek yang ada dengan mengubahsuai agar fungsinya
seperti kalorimeter terutamanya ketikan menjalankan amali kumpulan tempoh hari.
Kalorimeter ini digunakan untuk mengukur haba yang dibebaskan hasil daripada tindak balas
yang melibatkan pembakaran. Oleh itu suhu yang meningkat atau berkurang akan
menentukan jenis tindak balas yang berlaku sama ada eksotermik atau endotermik. Dengan
menggunakan formula maka pengiraan muatan haba (C) boleh dilakukan dengan mudah.
Muatan haba(c) adalah kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sesuatu
bahan sebanyak 1C. Muatan haba selalunya dipengaruhi oleh kuantiti bahan, saiz dan
kandungannya. Hasil perlaksanakan amali, kefahaman dan penguasaan saya tentang topik
ini semakin bertambah baik.
Melalui bidang ini juga, pelajar harus memahami tindak balas entalpi kerana di
dalamnya terkandung pelbagai jenis entalpi yang berbeza dan setiap satunya mempunyai
definisi dan juga hasil kiraan yang berbeza . Entalpi banyak melibatkan tindak balas kimia,
persamaan dan hukum Hess sering digunakan sebagai panduan. Kiraan perubahan eltalpi
perlu menggunakan formula yang sesuai untuk memperoleh jawapan yang betul selain jenis
tindak balas yang berlaku. Dua jenis tindak balas yang ditekankan dalam topik ini ialah
tindak balas endotermik dan eksotermik yang melibatkan pembebasan haba dari sistem atau
dari persekitaran dengan mengetepikan beberapa faktor lain yang diandaikan tidak berubah.
Seterusnya bidang kimia ini dilanjutkan dengan topik elektrokimia yang melibatkan
penjelasan tentang tindak balas pengoksidaan dan juga tindak balas penurunan.
Elektrokimia secara ringkasnya didefinisikan sebagai suatu kajian tentang perhubungan
antara tenaga elektrik dengan tindak balas kimia. Melalui topik ini pelajar dikehendaki
mengenali nombor pengoksidaan dan juga mengenalpasti tindak balas pengoksidaan serta
tindak balas penurunan yang berlaku hasil daripada pergerakan elektron. Untuk itu, pelajar
harus memahami dan berupaya menyatakan nombor pengoksidaan bagi sesuatu unsur yang
terlibat dalam sesuatu tindak balas kimia.

SUEMANIE A/P EE @ QUAH CHIN EE | 2013


Nombor pengoksidaan ialah cas yang berkemungkinan dibawa oleh sesuatu atom di
dalam sebatian yang mempunyai beberapa peraturannya yang tersendiri. Perubahan
nombor pengoksidaan ini akan menentukan jenis tindak balas sama ada ianya adalah tindak
balas penurunan atau pengoksidaan. Apabila berlaku pertambahan dalam nombor
pengoksidaan ianya adalah tindak balas pengoksidaan dan pengurangan nombor
pengoksidaan merupakan tindak balas penurunan. Jika tindak balas ini berlaku secara
serentak ianya dipanggil tindak balas Redoks. Penulisan persamaan yang betul adalah
penting untuk menunjukkan tindak balas yang berlaku.
Tindak balas redoks juga boleh berlaku dalam sesuatu sel voltan yang membolehkan
tenaga elektrik dihasilkan. Ini melibatkan beberapa proses yang berlaku pada elektrodelektrod sel voltan. Terdapat dua jenis sel elektrokimia iaitu sel galvani dan sel elektrolis.
Dalam topik ini, tindak balas penurunan dan pengoksidaan berlaku kepada logam elektrod.
Penghasilan cas negatif dan positif akan berlaku kepada logam elektron tersebut. Arah aliran
anod (negatif) dan katod (positif) adalah saling bergantungan yakni anion bergerak ke arah
anod dan kation bergerak ke arah katod. Topik ini juga menjelaskan tentang bateri sebagai
suatu sel voltan yang mempunyai satu atau lebih sel voltan di dalamnya. Pelajar harus
memahami notasi sel dan persamaan yang ditunjukkan serta tindak balas yang terlibat.
Kepentingan konsep seperti daya gerak elektrik (dge) sel, keupayaan elektrod piawai
dan keupayaan penurunan piawai yang terlibat semasa tindak balas kimia bertukar kepada
elektrik dalam sel voltan turut dijelaskan dalam topik ini. Pelajar perlu faham akan ketiga-tiga
perkara tadi untuk membolehkan memahami persamaan dan proses yang berlaku . Sama
ada sedar atau tidak sebenarnya proses elektrokimia ini terjadi secara semula jadi atau ada
yang dicipta oleh manusia telah sedikit sebanyak terlibat dan mempengaruhi kehidupan
seharian kita. Asas elektrokimia menjelaskan bahawa proses kakisan mampu dicegah
dengan menggunakan prinsip elektrokimia. Kakisan besi ataupun disebut sebagai
pengaratan menyebabkan kerugian yang besar . Topik ini juga menunjukkan dengan jelas
tentang peringkat-peringkat dan tindak balas yang berlaku dalam proses kakisan disebabkan
oleh faktor air dan udara.Selain itu, proses kakisan ini boleh dicegah melalui beberapa cara
yang disarankan agar tidak mudah terdedah kepada faktor utama iaitu air dan juga udara .
Bidang kimia nuklear lebih fokus kepada nukleus atom yang tidak stabil dan mereput
secara spontan dengan memancarkan sinaran zarah seperti alfa, beta dan gamma. Sinaran
yang terhasil mampu menembusi jisim dan mengion molekul malah memberi kesan buruk
kepada organisma secara biologinya. Pendedahan diberi tentang alat pengesan sinaran
radioaktif, kesan biologi radiasi dan penggunaan kimia nuklear melalui bidang ini. Pelbagai
3

SUEMANIE A/P EE @ QUAH CHIN EE | 2013


alat dicipta untuk membantu mengesan sinaran tersebut seperti lencana filem fotografi,
pengesan sintilasi, tiub Geiger-Muller dan beberapa alat-alat lain lagi.
Setiap fungsi dan penggunaan alat-alat ini banyak dijelaskan khususnya bagaimana
alat tersebut mengesan radiasi tersebut. Setiap alat-alat ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza
dan punyai kelemahan dan juga kelebihannya yang tersendiri mengikut keperluan. Ada yang
menggunakan filem sebagai media perantara dan ada yang menggunakan prinsip kilauan
cahaya dalam menentukan kadar radiasi yang dikesan. Dengan menggunakan prinsipprinsip tertentu seperti prinsip bahawa ion terbentuk apabila radiasi melalui tiub yang diisikan
dengan gas pada tekanan rendah pada alat tiub Gieger-Muller misalnya, turut melibatkan
beberapa kiraan bagi mengesan kadar radioaktif tersebut. Ternyata hasil daripada membuat
rujukan dan perbandingan , didapati alat-alat ini mampu mengesan kadar radioaktif dengan
hasil dan cara yang berbeza.
Melalui bacaan, selain daripada dapat mengenali alatan yang digunakan untuk
mengesan radiasi saya juga mendapati radiasi juga memberi kesan kerosakan secara
biologi kepada hidupan. Kesannya bergantung kepada tenaga radiasi, tempoh pendedahan
radiasi dan sumber radiasi tersebut sama ada dari dalam atau pun luar badan. Sinaran
Gamma dikatakan paling berbahaya kerana ia dapat menembusi tisu manusia dengan
mudah. Kesan biologi radiasi boleh dikelaskan kepada pendedahan jangka panjang dan juga
pendek.
Pendedahan radiasi jangka panjang akan menghasilkan pembinaan radikal bebas
yang menyebabkan mutasi genetik atau kanser manakala radiasi jangka pendek yang kuat
lebih cenderung memusnahkan tisu di tempat yang terdedah serta mengakibatkan sindrom
radiasi merisik seperti mual, muntah, keletihan dan sebagainya. Selain daripada apa yang
dinyatakan radiasi juga boleh menyebabkan kesan-kesan lain seperti masalah kemandulan,
kelihatan tua lebih awal, kekurangan sel darah putih dan pada akhirnya oleh mengakibatkan
kematian.
Penggunaan kimia nuklear dapat membantu mengatasi beberapa masalah yang
timbul sama ada masalah kesihatan , industri, kajian arkeologi, pengawetan makanan
pertanian mahu pun pertahanan. Kimia nuklear digunakan sebagai rawatan alternatif kepada
pesakit untuk memusnahkan sel kanser. Bahan radioaktif pula digunakan untuk mengesan
kebocoran paip bawah tanah kerana sinaran alfa yang rendah mampu mengesan dengan
baik. Selain itu, ianya juga boleh digunakan untuk menentukan tarikh bahan antik atau fosil
yang dijumpai dengan menggunakan nisbah kimia. Proses pensterilan menggunakan bahan
4

SUEMANIE A/P EE @ QUAH CHIN EE | 2013


radioaktif pula digunakan untuk membolehkan makanan tahan lebih lama selain menghalang
percambahan kentang dan juga sayur-sayuran. Sinaran gama pula digunakan untuk
mensterilkan haiwan peliharaan di samping dapat membantu menghasilkan baka tumbuhtumbuhan yang baru.
Secara kesimpulannya, ketiga-tiga bidang ini saling berkait di antara satu sama lain
dan sudah tentunya berkisarkan kepada ilmu kimia yang lebih terperinci. Termokimia perlu
difahami dan dikuasai dengan baik oleh setiap pelajar agar setiap konsep dapat dikuasai
dengan mudah.
BUKU RUJUKAN

Modul SCE3109 Tenaga Kimia, Program Pensiswazahan Guru: KPM


Pek Soo, T. (2004). Siri Teks Referens SPM Kimia. Petaling Jaya; Pearson Longman
Sdn. Bhd.
T.K .Yeap (2012). Essential Chemistry Form 5, Pearson Malaysia Sdn.Bhd : Selangor
T.T.Ooi &Y.Y Yoong, (1997) SPM Kimia Tingkatan 4 dan 5 , Pustaka Delta Sdn. Bhd :
Selangor
INTERNET
Maksud Termokimia. Dimuat turun pada 12 Julai 2013 dari laman sesawang
http://id.wikipedia.org/wiki/Termokimia
Entalpi Termokimia( 1998). Dimuat turun pada 16 Julai 2013 dari laman sesawang
http://bahanbelajar.blogspot.com/2009/10/termokimia-entalpi.html
Elektrokimia. Dimuat turun pada 19 Julai 2013 dari laman sesawang
http://kimia.upi.edu/utama/bahanajar/kimia%20dasar/elektrokimia/
Mari Ingat Siri Elektrokimia (2003). Dilayari pada 19 Julai 2013 dari laman sesawang
http://cikguzainida.blogspot.com/2011/07/mesti-ingat-siri-elektrokimia.html
Elektrokimia (2005).Dilayari pada 19 Julai 2013 dari laman sesawang
http://elechtrochem.blogspot.com/2010/05/elektrokimia.html
Kimia Nuklear (2010).Dimuat turun pada 21 Julai 2013 dari laman sesawang
http://www.scribd.com/doc/134363594/Nota-Kimia-Nuklear-mind-map#download
Tenaga (2008) Dimuat turun pada 23 Ogos 2013 dari laman sesawang
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/1236-tenaga.html
Sumber Tenaga (2011) Dimuat turun pada 23 Ogos 2013 dari laman sesawang
http://switch.org.my/v3/index.php/energy-info/56-sumber-tenaga
5

SUEMANIE A/P EE @ QUAH CHIN EE | 2013


Kepelbagaian Sumber Tenaga (2009) .Dimuat turun pada 23 Ogos 2013 dari laman
sesawang http://sukosenseigeo.blogspot.com/2009/04/kepelbagaian-sumber-tenagadiantaranya.html
Muhammad Farhan,Jenis-jenis Termometer dan Penjelasannya . Dimuat turun pada
23 Ogos 2013 dari laman sesawang http://www.tuliskan.com/2012/06/jenis-jenis-termometerdan-penjelasanya.html
Macam-macam Termometer (2012). Dimuat turun pada 23 Ogos 2013 dari laman
sesawang http://ilmupengetahuanalam.com/macam-macam-termometer.html
Jenis-jenis Termometer . Dimuat turun pada 23 Ogos 2013 dari laman sesawang
http://mankesa120.blogspot.com/2013/01/jenis-jenis-termometer.html
Haba Tindak Balas (2013) Dimuat turun pada 23 Ogos 2013 dari laman sesawang
http://www.scribd.com/doc/133318127/Haba-Tindak-Balas#download
Tenaga yang boleh Diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui (2010).Dimuat turun
pada 23 Ogos 2013 dari laman sesawang
http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/06/tenaga-yang-boleh-diperbaharui-dan.html
Perbezaan antara sel elektrolisis dan sel kimia . Dimuat turun pada 26 Ogos 2013
dari laman sesawang http://www.geocities.ws/mydah_99/mweb1aaa.htm

Anda mungkin juga menyukai