Suku Kadazandusun
Suku Bajau
Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk
asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di
Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke
Nusantara.
Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan
kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat.
Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.
Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat
menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah.
Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau
mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di
Malaysia.
Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata
akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa
kepunyaan bangsa Sama.
Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa
yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya
terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau
adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli).[perlu rujukan]
Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia,
Filipina dan Brunei Darussalam.