Anda di halaman 1dari 17

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Perkembangan kognitif merujuk kepada proses perkembangan keupayaan


berfikir dan menaakui yang berlaku seiringan dengan perkembangan sosioekonomi,
fizikal dan dan penguasaan kemahiran berbahasa. Menurut Berk (2006), proses
kognitif merupakan proses dalaman dan hasilan minda yang membawa kepada
pengetahuan. Proses ini juga merangkumi segala aktiviti mental yakni mengingat,
membuat perwakilan simbol, mengkategorikan, menyelesaikan masalah, mereka
cipta, mengkhayalkan dan daya imaginasi.
Bruner (1975) dan Vygotsky (1986), tokoh-tokoh terulung

dalam kajian

perkembangan kognitif menegaskan kepentingan perkaitan antara pemikiran. Jika


kita membuat pemerhatian terhadap sekumpulan kanak-kanak, kita dapati tidak
semua kanak-kanak melalui perkembangan pada kadar yang sama mengikut urutan
umurnya. Ada kanak-kanak yang mengalami perkembangan cepat, manakala ada
pula yang mengalami proses perkembangan lewat.

Perkembangan kanak-kanak

berbentuk holistik, yakni berlakunya penginntegrasian antara aspek koggnitif,


bahasa, sosial dan emosi dalam segala aktiviti mereka. Kanak-kanak jarang
menggunakan satu aspek kemahiran sahaja kerana perkembangan mereka tidak
berlaku secara berasingan.
Teori perkembangan kognitif Piaget bukanlah satu teori psikologikal tetapi
hanyalah

satu pandangan epistemologi iaitu satu falsafah pengetahuan yang

diperoleh melalui pemerhatian terperinci terhadap kanak-kanak pada tahap umur dan
tahap perkembangan yang berlainan. Piaget percaya bahawa pemikiran kanakkanak berkembang dalam satu siri tahap yang kompleks dan setiap satunya berkait
rapat antara satu sama lain. Tahap perkembangan kognitif Piaget ada 4 iaitu:
a)
b)
c)
d)

Tahap sensori motor (0 2 Tahun)


Tahap praoperasi (2 7 tahun)
Tahap operasi konkrit (7 -11 tahun)
Tahap operasi normal (11 tahun keatas)

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET


TAHAP Sensori motor (Lahir hingga 2 tahun)
Menurut piaget, pada tahap ini pemahaman bayi tentang dunia ini berasaskan
pada gerakan spontan yang tidak dipelajari seperti menghisap, memegang dan
melihat. Piaget memanggil corak-corak gerakan spontan ini sebagai skimaskima dalaman dan skima ini sentiasa berubah. Walaubagaimanapun, bayi
dapat menyesuaikannnya kepada pengalaman-pengalaman yang baru dialami.
Contohnya, bayi yang berumur 2 bulan sudah mempunyai skima menghisap,
lama-kelamaan dia akan belajar bahawa skima untuk menghisap puting botol
susu berbeza dengan menghisap puting susu ibunya atau menghisap jari.
Melalui cara ini, proses perkembangan kognitif berlaku kerana kanak-kanak
mulai sedar bahawa penghisapan-penghisapan ini berbeza dari segi cara dan
gaya.
Pada mulanya, bentuk pemikiran bayi adalah berdasarkan pada aktiviti
sensori dan motor. Aktiviti sensori ialah pengalaman-pengalaman yang dikesan
melalui lima deria manakala aktiviti motor diperoleh hasil gerak balas fizikal
trhadap objek iaitu pengalaman semasa bermain atau merasa objek
berkenaan.
Pada tahap ini, juga kanak-kanak sibuk mencari satu perhubungan
antara tingkah laku mereka dan akibat-akibat yang akan terjadi hasil daripada
tindakan mereka itu. Contohnya, apa yang akan terjadi apabila mereka
menolak pinggan ke tepi meja. Melalui uji-kaji uji-kaji ini, bayi mula memperoleh
satu konsep bahawa diri mereka adalah satu identiti yang berbeza dengan
objek-objek lain serta belajar tentang karakteristik-karakteristik objek dan
bagaimana ia berkaitan antara satu dengan lain.
Apabila berumur 8 12 bulan, kanak-kanak mula memperoleh konsep
kekekalan objek dengan memahami bahawa satu objek itu terus wujud
walaupun kanak-kanak tidak melihat objek itu. Dengan kata lain, bayi yang
memahami konsep kekekalan objek akan sedar bahawa satu-satu objek itu
akan terus hadir walaupun ia tidak nampak objek itu. Semasa mainan kanak2

kanak yang berumur 8 bulan diambil, ia tidak menangis tetapi hanya


memandang sahaja mainan itu diambil dan juga tidak berusaha untuk mencari
objek itu mencari objek yang hilang itu.
Sebaliknya, jika uji kaji yang sama diulangi dengan kanak-kanakyang
berumur 10 bulan, ia akan mencari objek yang hilang itu. Bayi pada masa yang
sama ini lebih memahami bahawa objek terus wujud walaupun ia tidak dapat
melihatnya. Inilah yang dikenali sebagai kekalan objek. Pada masa ini bayi
sudah berupaya memperoleh satu perwakilan mental pada objek yang hilang
dengan mewakilkan apa yang dilihatnya lalu disimpan di dalam mental.
Walaubagaimanapun, keupayaan mencari objek yang hilang bagi
bayi yang berumur 10 bulan tadi adalah ter had. Mereka hanya berupaya
mencari objek itu di tempat yang sama tetapi gagal mencari objek tersebut
apabila dialihkan ke tempat lain. Ini berlaku sehinggalah bayi berumur satu
tahun apabila mereka telah mula dapat mencari objek di tempat terakhir objek
tersebut kelihatan.
Tahap sensori motor diakhiri dengan keupayaan bayi meniru model
yang tiada di hadapannya. Apabila berumur 16 bulan, bayi boleh mimik tingkah
laku orang lain. Ini bermakna ia berupaya mewakilkan tingkah laku orang lain
dalam bentuk dalaman dan kemudian menunjukkan tingkah laku tersebut pada
waktu yang lain. Keupayaan ini menandakan bahawa bayi boleh membuat
perwakilan bagi peristiwa bagi peristiwa dan objek secara dalaman atau mental.
Berikut ialah ciri-ciri utama subtahap bagi tahap sensori motor :
Subtahap
Aktiviti spontan
(0 - 1 bulan)

Ciri Utama
Pembentukan dan modifikasi
skima-skima awal berdasarkan
aktiviti-aktiviti spontan seperti
menghisap, merenung dan lainlain
Reaksi
sirkular Pengulangan tingkah laku yang
primer
menghasilkan hasil-hasil yang
(1 2 bulan)
selesaikan yang berpusat pada
badan sendiri

Konsep Objek
Tiada percubaan untuk
mencari objek yang hilang

Tiada percubaan untuk


mencari objek yang hilang.

Reaksi

sirkular Pengulangan tingkah laku yang Mencari

sekunder

(4

bulan)

yang

8 menghasilkan hasil-hasil yang separuh tersembunyi.


selesaikan

Koordinasi

objek

yang

persekitaran
skima- Kombinasi

berlaku

gerakan

di

demi Mancari

objek

yang

skima sekunder
mencapai matlamat
tersembunyi sepenuhnya.
Reaksi sirkular tertier Menguji pelbagai gerakan untuk Boleh
mengikuti
(12 18 bulan)

mencapai matlamat atau hasil

perpindahan objek yang


kelihatan.

Penggunaan
cara

baru

cara- Berfikir

untuk

menyelesaikan

melalui masalah dan meniru model.

kombinasi mental

Peringkat Praoperasi (2 hingga 7 tahun)


Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan simbol-simbol dalam
pemikiran mereka yang merupakan pemikiran bukan benar, iaitu prakonsep. Kanakkanak mempunyai keupayaan membuat perwakilan mental terhadap benda-benda
yang tidak kelihatan di depan matanya. Kanak-kanak telah boleh bertutur dengan
fasih. Contohnya, kanak-kanak boleh menyebut

susu yang merujuk kepada

permintaan susu, walaupun susu tidak kelihatan untuk mewakili pemikiran


simboliknya. Mereka juga boleh menggunakan simbol untuk mewakili sesuatu benda,
contohnya huruf A dikaitkan dengan gambar ayam. Hal ini, merupakan peringkat
permulaan pembinaan konsep, iaitu kanak-kanak sudah boleh mengaitkan perkataan
perkataan atau lambang dengan benda-benda persekitarannya.
Keupayaan pemikiran simbol bererti kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan
untuk berbahasa. Jelaslah bahawa dunia kognitif kanak-kanak pada peringkat ini
telah memasuki satu dimensi baharu. Perkembangan kognitif tidak lagi terikat pada
aktiviti motor.
Namun, pembinaan konsep adalah dengan melalui intuisi dengan melalui
intuisi dengan menggunakan penakulan primitif. Pemikiran intuisi yang dimaksudkan
ini kelihatan dalam kalangan kanak-kanak yang berumur dari 4 7 tahun. Dengan
menggunakan penaakulan primitif kanak-kanak menganggap dirinya mengetahui

jawapan kepada semua perkara. Mereka mempunyai sikap ingin tahu, suka
bercakap dan bertanya.
Piaget menggunakan istilah intuitive kerana kanak-kanak kelihatan seolaholah amat yakin dengan perkara yang mereka tahu padahal mereka kurang sedar
tentang penggunaan pemikiran rasional. Hal ini kerana mereka masih belum dapat
menyusun dan mengkategorikan objek-objek dengan mantap.
Peringkat ini merupakan kemuncak daya imaginasi dan fantasi kanak-kanak.
Contengan dan lakaran mereka boleh mewakili rumah, rang, kereta dan sebagainya.
Cerita-cerita fiksyen amat digemari oleh kanak-kanak. Fenomena ini disebabkan
kanak-kanak pada peringkat ini masih kurang faham dunai realiti ini, pemikiran
mereka

amat

imaginatif.

Kanak-kanak

perlu

diberi

galakan

untuk

memperkembangakan kreativiti melalui aktiviti lukisan, muzik dan cerita fiksyen.


Walaupun, kanak-kanak mempamerkan perkembangan

kognitif yang

nyata,

pemikiran mereka masih dihadkan oleh 2 perkara, iaitu animisme dan egosentrisme.
Animisme merupakan ciri yang diperhatikan dalam diri kanak-kanak prooperasi iaitu
kanak-kanak percaya bahawa objek-objek juga bernyawa serta mempunyai ciri-ciri
manusia seperti perasaan dan pemikiran. Contohnya, apabila hujan turun, kanakkanak mengatakan matahari sangat sedih lalu menyembunyikan diri dan menangis.
Egosentrisme merupakan keadaan kanak-kanak yang masih belum dapat
membezakan antara pandangan sendiri dengan pandangan orang lain. Kanak-kanak
yang egosentrik menggunakan persepsi sendiri sahaja semasa memproses
maklumat. Benda yang dilihatnya itu mesti sama dengan benda yang dilihat oleh
orang lain. Sebagai contohnya, kanak-kanak tidak memahami hala tangan kanan
guru yang berhadapan kelas tidak sama dengan hala tangannya sendiri.
Piaget dan Inhelder (1969) menjalankan eksperimen Ujian Tiga Bukit (ThreeMountain Test) untuk menerokai unsur egosentrisme kanak-kanak. Seorang kanakkanak ditunjukkan 3 buah model bukit.

Bukit
pertama
terdapat di
atas salji

Bukit kedua
Sebuah
gereja di
atas bukit
5

Bukit paling
rendah serta
terdapat
sebuah
rumah kecil

nak-anak patung ditempatkan di sudut bertentangan dengan kanak-kanak.


Kanak-kanak tersebut ditunjukkan beberapa keping gambar dan diminta untuk
mengenal pasti pemandangan yang dilihat oleh anak patungnya. Kanak-kanak
antara 4 - 5 tahun berfikir bahawa anak patung dapat melihat rumah kecil seperti di
bawah.
Sifat pemikiran yang mempunyai kaitan dengan egonsentrisme ialah centration
atau pemusatan, iaitu perhatian difokuskan kepada satu ciri objek atau peristiwa.
Sementara ciri-ciri lain diabaikan. Hal ini menjelaskan sebab kanak-kanak praoperasi
masih belum mempunyai konsep kekekalan isi padu, ruang dan nombor dalam
eksperimen yang dijalankan oleh Piaget dan pengikutnya.

Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)


Perkembangan kognitif pada peringakat operasi konkrit seperti istilah banyak
melibatkan operasi. Perkembangan aktiviti-aktiviti mental menandakan permulaan
kanak-kanak memasuki peringkat tahap operasi konkrit. Tahap ini dikenali sebagai
konkrit kerana kanak-kanak hanya boleh melakukan operasi-operasi pada imej dan
objek-objek yang nyata sahaja dan bukan perkara-perkara abstrak seperti konsep
keutuhan, keadilan dan sebagainya.
Satu operasi penting ialah penguasaan konsep kekalan iaitu memahami bahawa
sesuatu objek yang mengalami perubahan ketara masih mempunyai sifat yang
6

sama. Contohnya, jika sehelai kertas dikoyakkan kepada 6 cebisan, ciri (jumlah)
keluasan kertas tidak berubah walaupun sudah mempunyai bilangan helaian kertas
yang lebih banyak.

Apabila cebisan-cebisan kertas itu dicantumkan semula,

keluasan kertas kekal sama. Terdapat 4 jenis aktiviti kekekalan yang dijalankan oleh
Piaget (1970) untuk mengukur pemikiran dalam kalangan kanak-kanak iaitu :

Kekekalan
ruang

Kekekalan isi
padu cecair

Kekekalan
nombor

Kekekalan
pepejal

Keempat-empat kajian kekekalan yang dikendalikan oleh Piaget menggunakan


urutan yng sama.

Bahan-bahan eksperimen dipersembahkan dan kanak-kanak

ditanya dengan soalan pertama. Selepas jawapan diperoleh, Piaget mengubah atau
menyusun semula bahan-bahan

di hadapan kanak-kanak diikuti dengan soalan

kedua.

Contoh aktiviti menguji Kekekalan

Peringkat Operasi Formal (11 hingga 15 tahun)


Satu ciri

utama menandakan remaja sudah mencapai peringkat

perkembangan operasi formal ialah keupayaan mereka untuk berikir, bukan sekadar
tentang alam kenyataan (realiti) yang konkrit tetapi tentang kemungkinankemungkinan yang abstrak. Remaja mula memahami perkara abstrak dan logik.
Antaranya, perkara-perkara yang menjadi asas kepada sains, matematik, etika,
politik dan sebagainya. Jika ditanya Ali lebih rendah daripada Abu, tetapi lebih tinggi
daripada Salleh. Siapakah yang lebih tinggi?, remaja sudah boleh menjawab tanpa
melihat Ali, Abu dan Salleh tetapi hanya membayangkannya. Mereka juga
berkebolehan mengurus perkara-perkara yang bermakna, melakukan sintesisi serta
cuba membentuk beberapa hipotesis untuk memperoleh satu kesimpulan.
Remaja boleh berfikir secara abstrak tentang sesuatu kemungkinan dalam
matematik dan sains. Mereka boleh menggunakan simbol-simbol abstrak seperti
untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, = 15. Dengan simbol itu, mereka
bersedia untuk mempelajari algebra dan kalkulus seterusnya membuat eksperimen,
menguji idea dan kebenaran. mewakili sesuatu nombor.
Remaja pada peringkat operasi formal mempunyai kebolehan penaakulan
secara hipotetik-deduktif, iaitu keupayaan untuk membentuk hipotesis dan mencabar
kesahihannya. Dalam eksperimen aktiviti menyelesaikan masalah bandul jam,
responden dikehendaki mengenal pasti variabel-variabel yang mempengaruhi kadar
ayunan bandul. Responden mencuba pelbagai hipotesis- kemungkinan kelajuan
bandul disebabkan oleh : (1) ukur panjang tali, (2) jarak ketinggian bandul
dilepaskan, (3) tenaga tolakan yang ditadbirkan, (4) berat bandul atau (5) variabel
lain. Oleh itu, kajian ini telah membuktikan bahawa kanak-kanak operasi formal
tentang logik dan abstrak.
Pemikiran remaja pada tahap ini juga meningkat seperti pemikiran orang
dewasa. Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa perkembangan kognitif
terhenti sebegitu sahaja selepas ini kerana Piaget percaya bahawa selepas

mencapai iperasi formal, perkembangan seterusnya adalah berupa perubahanperubahan secara darjah sahaja.
Berikut adalah kronologi perkembangan kognitif.

10

TAHUN

KRONOLOGI

Bayi yang baru lahir

menunjukkan sedikit ingatan bagi rangsangan


yang mudah

4 - 8 bulan

memperkembangkan konsep objek

1 tahun

memerhati ciri-ciri fizikal objek

boleh menyelesaikan masalah-masalah yang


mudah mengklasifikasikan objek berdasarkan
kesamaan fizikal

boleh mengingati 2 benda

boleh memahami kegunaan objek

menggunakan nama sebagai satu strategi ingatan

boleh mengingati 50 benda

boleh hafal skrip dalam rutin-rutin yang biasa

mengklasifikasi ikut perhubungan taksonomi

faham prinsip-prinsip asas mengira

4 tahun

Gunakan strategi menumpukan perhatian yang


lebih sistematik dan berkesan.

7 tahun

Faham konsep intuitif tentang nombor

Guna latihan sebagai strategi ingatan

Menunjukkan penumpuan perhatian yang selektif

Boleh guna peta untuk tunjukkan persekitaran

8 tahun

Boleh guna peta untuk tunjukkan persekitaran.

9 tahun

Mengklasifikasikan ikut perhubungan superordinat

Boleh mengingati dengan baik.

Boleh hasilan strategi ingatan yang tersusun

Menghargai konsep logik

Faham konsep ruang

2 tahun

3 tahun

10 tahun

11

Implikasi Teori Piaget untuk Guru


Mengajar kanak-kanak peringkat Sensorimotor
Ibu bapa dan pengasuh yang menjaga bayi atau kanak-kanak perlu
menyediakan aktiviti main yang bersesuaian dengan umur mereka. Kemahiran
peniruan seperti aksi-aksi fizikal dan interaksi sosial dengan ahli keluarga

serta

kenalan keluarga. Kemahiran-kemahiran ini biasanya diperoleh secara spontan


melalui pengalaman seharian.
Mengajar kanak-kanak peringkat Praoperasi
Ibu bapa dan pengasuh perlu memberi peluang kepada kanak-kanak menerokai
alam fizikal melalui aktiviti main dan aktivti penyelesaian masalah. Melalui aktivitiaktiviti sedemikian, konsep atau prokonsep sedia ada dicabar, diubah dan juga
konsep baharu dibentuk. Arahan yang diberi haruslah mudah dan singkat. Guru
mungkin perlu mendemonstrasikan perlakuan-perlakuan semasa memberi arahan
verbal tersebut.
Kanak-kanak memerlukan banyak pengalaman hands-on yang melibatkan
kepelbagaian bahan dan penggunaan pelbagai deria

(multi-sensori). Guru perlu

menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti minds-on yang melibatkan bandingbeza dan susunan mengikut urutan seperti ketinggian, berat atau panjang. Kanak12

kanak boleh berbaris mengikut ketinggian mereka daripada rendah kepada yang
paling tinggi. Selain itu, guru boleh mengendalikan aktiviti menyemai benih untuk
menarik minat kanak-kanak memerhati urutan proses percambahan benih. Guru
boleh meminta kanak-kanak menyatakan tentang sesuatu yang diperhatikan atau
melukis dan bersoal jawab tentang perkara tersebut.
Oleh sebab ciri egosentrisme terdapat dalam diri kanak-kanak, guru perlu
memberi bantuan dan penjelasan supaya dapat membawa kanak-kanak memahami
dunia di sekitarnya dari sudut yang berbeza.

Mengajar kanak-kanak peringkat Operasi Konkrit


Kanak-kanak pada peringkat inimasih belum dapat berfikir secara abstrak. Guru
perlu menyediakan bahan-bahan untuk kanak-kanak menguji idea mereka melalui
penglibatan aktif supaya dapat berfikir secara logik tentang permasalahan yang
dihadapi mereka. Cara pemikiran perlu dicabar sebagai langkah untuk memaksa
mereka meluaskan pengetahuan sedia ada untuk pembelajaran seterusnya.
Guru harus mengelak daripada berperanan sebagai penyampai maklumat.
Sebaliknya, guru menyediakan peluang untuk kanak-kanak membuat penerokaan dn
penemuan kosep atau prinsip yang dipelajari menggunkan daya pemikiran. Tanya
soalan-soalan untuk menggalakkan kanak-kanak berfikir secara logikal dan analitikal.
Guru juga perlu merancang aktiviti yang melibatkan kekekalan isi padu, nombor,
dan keluasan. Secara amnya, kanak-kanak menguasai kekekalan nombor sebelum
memahami kekekalan isi padu cecair dan pepejal serta konsep yang lebih kompleks
seperti masa dan kelajuan. Di samping itu, berikan galakan kepada kanak-kanak
melakukan aktiviti kebalikan atau sususnan songsang. Kanak-kanak pada akhir
peringkat ini akanmenguasai kesemua kemahiran kekekalan tetapi pada kadar yang
berbeza. Dengan tu, guru-guru sekolah rendah harus merancang aktiviti yang
bersesuaian agar murid-murid mencapai ekuilibrasi kognitif yang dihasratkan.

13

Oleh sebab kanak-kanak tidak lagi bersifat egosentrik, mereka mampu


mengikut arahan, peraaturan dan giliran yang ditetapkan. Tambahan, kanak-kanak
boleh memahami konsep kemenangan dan kekekalan dalam sesuatu pertandingan
serta memahami emosi diri dan orang lain. Guru harus merancang aktiviti-aktiviti
prososial seperti aktiviti berpasukan, bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong
dan sebagainya.

Mengajar kanak-kanak peringkat Operasi Formal


Guru harus sering mengadakan perbincangan dengan murid-murid untuk
mengetahui pemikiran mereka. Beri peluang kepada murid-murid untuk meneroka
kepelbagaian kemungkinan bagi

menyelesaikan masalah. Guru perlu memberi

galakan kepada kanak-kanak menggunakan pemikiran konvergen, divergen, reflektif


dan metakognitif.
Guru hendaklah menerangkan sesuatu konsep dengan jelas, sabar dan
dengan fikiran yang terbuka. Jangan sekali-kali mencemuh dan mengetepikan
sahaja pendapat atau kesalahan yang dilakukan oleh pelajar remaja.

14

Refleksi
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Saya Tharani a/p Supramaniam dari kelas P1C- Pengajian Tamil. Bersyukur
kepada tuhan kerana saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus Perkembangan
kanak-kanak ini. Saya telah menghantar tugasan ini tepat pada masanya tanpa
sebarang masalah. Kerja kursus ini dibuat secara individu. Tugasan kerja kursus
pendek Perkembangan kanak-kanak ini saya telah menerima banyak faedah yang
berguna dan baik untuk diri saya. Setelah membuat banyak rujukan dan
perbincangan

bersama

rakan-rakan,

saya

mula

lebih

mengenai

tentang

perkembangan kognitif kanak-kanak secara terperinci lagi.


Melalui tugasan ini saya dapat mengetahui peringkat-peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak. Saya telah mencari bahan dari pelbagai
sumber yang berbeza. Saya juga telah mengenali tentang teori perkembangan
kognitif Piaget. Ada 4 peringkat perkembangan kognitif Piaget iaitu peringkat sensorimotor, peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal.

15

Selain itu, Teori Jean Piaget telah menerangkan tentang teori


pembelajaran Piaget. Teori ini terbahagi kepada 4 teori pembelajaran Piaget iaitu
skema,

asimilasi,

akomodasi

dan

ekuilibrasi.

Empat

konsep

utama

yang

dicadangkan oleh Piaget dalam penyelidikan tentang proses pembelajaran terdiri


daripada skema, asimilasi, akomodasi dan ekuilibrasi.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
Perkembangan kanak-kanak yang memperbetulkan kesilapan saya dan tunjuk ajar
kepada saya. Saya amat gembira bahawa saya dapat menyiapkan kerja yang diberi
oleh pensyarah

walaupun saya menghadapi banyak rintangan. Saya berharap

pensyarah memaafkan saya atas kesilapan yang telah dibuat dalam hasil tugasan
ini.

BUKU

Wong Kiet Wah. (2012), Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur.


Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2006), Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.


Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

16

Rozumah Baharuddin. (1988), Perkembangan Kanak-kanak. Kuala


Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

17

Anda mungkin juga menyukai