Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum w.

bt Alhamdulillah rabbilalamin was solatu wassalam muaala asyrafil


ambiyaiwal mursalin waala alahi wasahbihi ajmaiin. Sejambak mawar seharum kasturi buat
peneraju majlis ,barisan kehakiman yang adil lagi penuh hikmah kebijaksanaan, saudari penjaga
masa yang cakna dengan radiknya dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian.
berdirinya saya disini pada hari yang penuh barakah ini adalah untuk mengajak sidang hadirin
sama-sama merenung secebis peringatan dari saya dibawah tajuk Aqidah Murni Asas
Kecermelangan Hakiki.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Islam yang dahulunya gagah,kini lemah,ummahnya yang pernah mencipta sejarah,kini
terbungkam rebah. jika disingkap lembaran sejarah Islam terawal,pasti kita akan mendapati
ummah ini mulanya bangkit bukan kerana kekayaan harta,kekuatan tentera mahupun kelestarian
budaya akan tetapi adalah kerana kemurniaan aqidah yang menjadi tunjang kepada
kecermelangan mutlak.
Sebelum tirai membuka bicara,sebelum bait kata melontar idea, izinkan saya menyentuh seimbas
lalu takrif dari tajuk ini agar hadirin sekalian tergambar di minda tentang apa yang bakal saya
kupaskan.
frasa AQIDAH MURNI
-diambil dari kata dasar al-aqdu yakni ikatan yang disimpul kuat.
- kefahaman dan keyakinan yang jitu dan sahih terhadap prinsip-prinsip dasar agama yang
diambil dari al-quran dan as-sunnah.
ASAS KECEMERLANGAN HAKIKI
-

asas yang teguh dalam melahirkan manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.

firman Allah:




maksudnya: dan diantara mereka pula ada yang berdoa dengan berkata: wahai tuhan kami ,
berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab
neraka. mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka
usahakan dan Allah amat cepat hitunganNya.
surah Al-Baqarah ayat 201-202. Ayat ini menjelaskan bahawa setiap usaha dan setiap kebaikan
yang dilakukan akan mendapat ganjaran. maknanya, kecermelangan hakiki daripada aqidah yang
mulia.

Pertamanya: AQIDAH MURNI, KEIMANAN DAN KETAQWAAN JITU


Iman bermaksud membenarkan hati, mengikrarkan dengan lisan serta mengamalkan dengan
perbuatan. Membenarkan hati ialah mempercayai dan meyakini segala yang dibawa Rasulullah.
Mengikrarkan dengan lisab ialah mengucap dua kalimah syahadah. Mengamalkan dengan
perbuatan ialah melaksanakan perintah Allah. Teras Aqidah yang kukuh pintu kearah pengabdian
kepada Sang Pencipta. Taqwa adalah kemuncak dari keimanan yang membawa kepada seorang
hamba dalam mengabdikan diri kepada Allah.
firman Allah:

mafhumnya: seandainya penduduk suatu kawasan beriman dan bertaqwa kepada Allah nescaya
Allah membuka keberkatan dari langit dan dari bumi. tetapi mereka mendustakan Rasul Kami
lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang yang mereka usahakan.
Generasi awal islam adalah generasi yang dicintai ahli langit dan bumi hasil dari keimanan dan
ketaqwaan yang diharmonikan dalam kehidupan. mari kita lihat negara-negara umat islam pada
hari ini masih terlibat kesan keberkahan hasil bumi dari Allah. Hal ini adalah warisan dari
kurniaan Allah kepada generasi Islam yang sebelumnya. negara-negara umat islam merupakan
majoriti dalam pertubuhan negara-negara pengeluar minyak. namun kita sedar ataupun tidak
disebabkan iman kurang, taqwa hilang,ummah kini meradang dek kerana hasil bumi tinggi
menjulang tetapi negara islam terus diburu hutang.
maka, apabila iman kita dipelihara, ketaqwaan kepada Allah meningkat dan akhirnya membawa
kepada kecemerlangan dunia dan akhirat.
kedua: Aqidah murni melahirkan insan yang istiqomah beribadat.
Ibadat bermaksud pelaksanaan yang menunjukkan kita beriman kepada Allah dan kita bersyukur
segala nikmat yang diberikan olehNya. Hubungan aqidah dengan ibadah adalah sejauh mana
keimanan dapat mempengaruhi ibadah. seseorang yang beriman harus mengimplikasikan
keimanannya dengan syariah iaitu beribadah kepada Allah dan bermuamalah dengan sesama
manusia dan alam sekitar. Agama Islam telah mengaturkan bermacam-macam cara bagi manusia
melakukan ibadah kepada Allah s.w.t di antaranya dengan cara perbuatan lisan dan ada pula
ibadat dengan menggunakan harta dan ada pula ibadat yang terpaksa dilaksanakan dengan
menggabungkan jasad dan harta seperti menunaikan ibadat haji dan berjihad di jalan Allah s.w.t.
Dalam memenuhi tuntutan kehidupan seorang Muslim, seorang hamba hanya perlu melakukan
apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.Ibadat di dalam Islam
merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah serta jasmaniah, urusan dunia dan
akhirat. Dalam ibadah kita diminta agar mempunyai sifat itqan. Kita mesti melakukan ibadah
dengan sungguh-sungguh terutanmanya solat, agar ibadah kita diterima oleh Allah.

firman Allah,

bermaksud: bacalah serta ikutlah(wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari
al quran, dan dirikanlah sembahyang(dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah
dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah besar
(faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yyang kamu kerjakan.
surah al-ankabuut ayat 45)
sesungguhnya dengan aqidah yang mantap tercenderung untuk melaksanakan ibadat. dan apabila
kita meningkatkan kualiti ibadah setiap hari kita menjadi lebih dekat kepada Allah dan
InsyaAllah kita akan menjadi hamba yang dicintai oleh Allah.
ketiga : Aqidah Murni menjana akhlak mulia.
Akhlak merupakan cermin terhadap keimanan. Akhlak yang murni pasti terbentuk dengan
didikan Islam yang berteraskan aqidah murni. Nabi Muhammad SAW sentiasa mengaitkan
akhlak dengan keimanan kepada Allah dan hari akhirat menunjukkan kaitan erat kejituan akidah
dengan kemuliaan akhlak seseorang insan.
Ini amat bertepatan dengan motif utama pengutusan Rasulullah ke muka bumi demi memurnikan
akhlak manusia sebagaimana
Sabda Baginda : ( )
Ertinya:

Sesungguhnya

aku

diutuskan

untuk

menyempurnakan

akhlak

yang

mulia

Hadirin, banyak negara maju seperti Amerika Syarikat membina bangunan yang tinggi untuk
mencemarkan budi pekerti, memperbaharui teknologi IT dengan merosakkan akhlak peribadi
menjana ekonomi dengan meruntuhkan hubungan harmoni. ini bukanlah kecemerlangan mutlak.
ketika zaman abbassiyyah, jenayah hampir sifar sedangkan kebendaan juga berada di puncak
kegemilanggan. justeru akhlak mulia sebagai komponen peradaban ummah. Akhlak mulia tidak
akan lahir tanpa iman yang mantap.
keempat: Aqidah Murni menjana disiplin yang mantap.
kesabaran bermaksud kecekalan hati dan ketabahan jiwa dalam berhadapan dengan musibah
mahupun nikmat yang menggoda. kesabarn dapat dipupuk dengan kesedaran bahawa Allah
menciptakan manusia, menurunkan nikmat dan siksa,memberikan ganjaran dan malapetakan
bertujuan menilai reaksi kita kepadaNya.

Firman Allah:
dan kami akan menguji kamu dengan ketakutan dan kelaparan daripada kekurangan harta benda,
jiwa benda, jiwa dan tanam-tanaman berilah khabar gembira kepad orang yang sabar. yakni
mereka yang mengatakn kami dari Allah dan kepadanyalah kami kembali.
(surah al-baqarah ayat 155-156)
Tiada yang lebih besar fadhilat kesabaran daripada rahmat yang Allah janjikan. Rahmat inilah
yang membawa kecemerlangan yang hakiki. sesungguhnya model insan yang sabar ini telah
dirakam dalam al-quran iaitu kisah Nabi ayub. Hasil dari keyakinan kepada Allah Nabi ayub
bersabar dan akhirnya dihilangkan bencana. Inilah kecermelangan hasil kesabaran. Kita lihat
darsawarsa ini, ramai yang mati katak kerana membunuh diri kerana tidak sabar dengan masalah
yang menimpa. Inilah sinario apabila kesabaran tiada. Apabila Aqidah goyah kesabaran jatuh

Anda mungkin juga menyukai