Anda di halaman 1dari 8

SEJARAH OLAHRAGA

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Berlari , melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi
manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk
yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki
sehingga menjadi acara sukan yang kemudianya dipertandingkan.
Dari masa ke semasa , kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan yang
menarik , sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu lagi.
Dari situ lahirlah istilah olaraga (athletics) yang merangkumi acara-acara berlari , melompat
dan melontar . Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga ini dikenali sebagai olaragawan
( lelaki ) dan olaragawati ( perempuan ).
SEJARAH AWAL
Berdasarkan catatan sejarah ' olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun
sebelum masihi di Greece Kuno . Ini bermakna , olahraga ini sudah diadakan lebih 3000
tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga merupakan salah satu sukan tertua di
dunia. Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang
merupakan tempat bermulanya tamadun manusia.
Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga,
walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan , tetapi lebih kepada
salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports , acara pertama yang
dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis
pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi . Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci.
PERKEMBANGAN AWAL

Olaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan Sukan
Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali dan terus
berlangsung sehinga tahun 397 sebelum Masihi . Tetapi ia terus dimatikan oleh Maharaja
Rom, Theodosius.
Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu , manusia tetap
meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari sebarang
pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara lain meneruskan
pertandingan . Ini berlarustan sehingga abad ke 17.
Di England, Sukan Olaraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di
Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun
kemudian ,kelab olaraga pertama dunia ditubuhkan.Kelab itu ialah The Necton Guild.
Selepas itu semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian dalam sukan ini.
Pada tahun 1850, sebuah kelab olaraga peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh Oxford
University, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud hingga sekarang.
Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di England.
Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama olahraga
diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga kebangsaan pertama di
dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England dengan Ireland.
Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan menggalakkan
dari negara itu. Menjelang abad ke -20, ramai ahli olahraga Amerika Syarikat yang
menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu menguasai banyak
pertandingan. Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak diikhtiraf oleh Persekutuan
Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913, namun daripada senarai pemenang
pada awal abad ke 20 menunjukkan sebahagiannya. dikuasai oleh Amerika Syarikat.

Dari tahun ke setahun , sukan olahraga telah benyak berkembang ke beberapa buah
negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia turut
meningkat. Bagaimana pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-atlit Amerika Syarikat masih
tidak

tergugat.

Kemunculan

peserta-pesertanya

daripada

keturunan

Negro

terus

meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-atlet Amerika Syarikat ini.


Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya dalam
sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi ukuran kepada
peserta -peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan atlet-atlet Amerika
Syarikat dari Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan cabaran kepada pesertapeserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan
Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet Amerika Syarikat , Eropah, Australia dan
New Zealand.
Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan Asia
yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih belum
memberansangkan. Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu menyaingi malah
mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah, khusunya dalam sukan
Olimpik.
Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Pelbagai
kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan , kebangsaan
ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sejak tahun 1926,
kejohanan kebangsaan telah diadakan .
Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian
dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa. Walaupun
kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita, namun di peringkat

yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel, kita pernah mencapai
kejayaan.
Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi
kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam kejohanan
atau perjumpaan sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau pesatuan
yang bergabung di dalam Sukan Olimpik.
Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece
( tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno ), olaraga telah menjadi acara wajib. Malah
olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga , tidak
mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Oimpik tidak dianjurkan
oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dibawah Majlis Olimpik
Antarabangsa. Orang yang bertangungjawab untuk menghidupkan Sukan Olimpik ialah
Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama seramai 295 orang peserta
telah mengambil bahagian. Daripada jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah,
manakala bakinya adalah peserta luar. Olaraga merupakan acara yang pertama
dipertandingkan .
Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh . Pada Sukan Olimpik yang
diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian
termasuk Malaysia. Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara yang penting di dalam sukan
bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting di dalam
hidup ialah berusaha'.
Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di Melboune,
iaitu di dalam empat acara sukan iaitu Hoki, olahraga, angkat berat dan renang. Bermula
dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali pada tahun 1980, kerana
membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun itu)

kerana menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia terdapat lebih kurang 68 negara lain,
termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut serta.
Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada satu
pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona pada tahun
1992. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah mencatat sebarang
kejayaan atau prestasi membanggakan. Bagaimanapun semangat Olimpik dan kesukanan
serta persahabatan merupakan faktor kepada penyertaan kebanyakan negara, termasuklah
Malaysia.
Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas, iaitu
dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan
wang berjuta-juta ringgit telah memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah penyertaan ahliahli sukan profesional ke dalam sukan ini , walaupun mendapat tentangan , namun telah
meningkatkan kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan yang terlibat.
Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab keatas setiap aktiviti

dan

kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olaraga Amatur Antarabangsa (International


Amateur Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Setiap negara dunia
boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu menerusi persatuan negara msing-masing
ini termasuklah negara kita.
Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun
mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlet terkenal di dunia
telah digolongkan sebagai olahragawan profesional , maka skop , peranan dan fungsi badan
dunia ini sedikit terjejas. Bagaimanapun ia masih merupakan satu-satunya persekutuan
yang mengikhtiraf sebarang rekod atau pencapaian yang dicapai oleh eseorang atlet.
Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik ,
Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya , terdapat pula badan lain yang

bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya , untuk Sukan Olimpik terdapat


Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis Sukannya sendiri.
Dengan demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan pengikhtiraf semua
perjumpaan sukan terbesar ini. Sebagai badan sukan olahraga tertinggi dunia, IAAF
bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan undang-undang yang berkaitan
dengan bidang sukan ini.
Bagi menganjurkan sesuatu perjumpaan olahraga, sebuah jawatankuasa khas
biasanya dibentuk, yang terdiri daripada pelbagai bidang individu. Mereka ini menguruskan
segala perancangan, persediaan, penajaan dan sebagainya. Malah dalam kejohanan
olahraga sekolah pun persediaan yang diadakan melibatkan kakitangan sekolah serta
sebahagian besar murid.

Olahraga Wanita
Sejarah olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku kepada
kaum lelaki. Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita bukan sahaja
dilarang mengambil bahagian, malahan menonton juga tidak dibenarkan, termasuklah
Sukan Olimpik Kuno yang diwujudkan pada zaman sebelum masihi lagi. Bagi mengelakkan
perkara yang tidak diingini, kaum wanita telah mengadakan kejohanan olahraganya sendiri.
Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-tahun
sebelum masihi, tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki. Walaupun semasa
olahraga sudah berkembang kekebanyakan negara Eropah, termasuk ke England,
Persatuan Olahraga Amatur England masih tidak mahu menguruskan sukan ini untuk kaum
wanita.
Menyedari peryertaan para olahragawati juga perlu untuk sukan-sukan utama dunia,
maka pada tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus untuk wanita diperingkat
dunia iaitu Federation Sportive Feminine International. Tujuan utama penubuhan ketika itu
ialah untuk mencadangkan agar Sukan Olimpik tahun 1924 dibuka untuk kaum wanita.
Namun untuk Sukan Olimpik pada tahun itu, Majlis Olimpik Antarabangsa menolaknya.
Dalam Sukan Olimpik tahun 1928, barulah diadakan acara olahraga untuk wanita. Sejak itu
penyertaan peserta-perta wanita dalam Sukan Olpimpik tidak pernah dilupai.

OLAHRAGA
Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :
1. Acara balapan
2. Acara-acara padang

Acara Balapan
Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang
ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi
sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah
lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana dan jauh dan
berjalan kaki.
Acara balapan ialah :1. Lari Pecut
a) 100 meter
b) 200 meter
c) 400 meter

2. Lari berganti-ganti
a) 4 x 100 meter
b) 4 x 200
c) 4 x 400

3. Lari berpagar
a) 100 meter wanita
b) 110 meter lelaki
c) 400 meter

4. Steeplechase
a) 3,000 meter

5. Lari jarak sedarhana dan jauh


a) 800 meter
b) 1,500 meter

c) 3000 meter
d) 5000 meter
e) 10,000 meter

6. Berjalan kaki
a) 20 km
b) 50 km

Acara-acara Padang
1. Acara lompatan
2. Acara balingan
Terdapat dua jenis acara lompatan:
a) untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah
b) untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.

1. Acara Balingan :
a) lempar cakera
b) rejam lembing
c) lempar tukul
d) lontar peluru.
Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang
dipertandingkan dalam temasya olahraga :

a) Decathlon
b) Penthathlon
c) Marathon
d) Merentas desa

Anda mungkin juga menyukai