Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah suatu mata pelajaran yang asing kepada
para pelajar. Sejak dari tingkatan satu, pelajar sudah mula berkenalan dengan mata pelajaran
ini. Tambahan pula mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua calon Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang
menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap pelaksanaan tersebut kerana beranggapan
bahawa Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang susah dan membosankan walhal
banyak faedah yang dapat diperoleh melalui pembelajaran mata pelajaran ini. Persoalannya,
apakah kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah khususnya dalam kalangan generasi
muda?
Dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, generasi muda dapat memperoleh banyak
pengajaran. Hal ini demikian kerana dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang dinyatakan
mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat. Sebagai contoh, peristiwa Tanah Melayu
dijajah dan ditindas oleh penjajah British memberi pengajaran kepada generasi muda supaya
jangan terlalu mudah mempercayai orang asing. Orang British digambarkan dengan licik dan
jahat pada masa itu kerana sanggup menggunakan tipu muslihat atau taktik kotor untuk
meluaskan kawasan jajahan mereka di tanah air kita. Justeru, generasi muda perlulah sentiasa
ingat akan pengajaran tersebut dan tidak mengulanginya pada masa akan datang bagi
mengelakkan peristiwa yang sama berulang lagi.
Dalam pada itu, perpaduan antara kaum akan dapat dicapai melalui pembelajaran mata
pelajaran Sejarah dalam kalangan generasi muda. Tamsilnya, semasa Tingkatan 3, para
pelajar akan mempelajari peristiwa Tanah Melayu mendapatkan kemerdekaan. Dalam
perjuangan tersebut, penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum tanpa
mengira warna kulit sanggup mengetepikan semangat kenegerian demi mendapatkan
kemerdekaan bagi tanah air yang tercinta. Mereka telah bekerjasama bagai aur dengan tebing
dan tidak mudah menyerah kalah. Perkara ini cukup membuktikan bahawa betapa pentingnya
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dalam kemajuan negara sekali gus dalam usaha
merealisasikan Wawasan 2020.
Pada masa yang sama, semangat cinta akan negara turut dapat dipupuk dalam diri
generasi muda. Generasi muda seharusnya mengingati jasa dan sumbangan tokoh-tokoh
tanah air seperti Tunku Abdul Rahman. Jasa beliau patut dikenang oleh semua rakyat
Malaysia kerana tanpa beliau, tidak mungkin kita dapat menikmati kemakmuran dan
kedamaian di negara kita sendiri. Oleh itu, semangat nasionalisme dapat dipupuk dalam jiwa
generasi muda malah mereka akan sentiasa bersyukur dan memberi penghargaan terhadap
pengorbanan pejuang tanah air terdahulu seterusnya menghindarkan generasi muda daripada
bersikap seperti kacang lupakan kulit.
Secara tuntas, mata pelajaran Sejarah sangat penting bagi generasi muda. Selain itu,
banyak faedah boleh diperoleh melalui mata pelajaran Sejarah. Generasi muda tidak
sepatutnya mempunyai anggapan bahawa Sejarah sesuatu yang sudah lapuk dan ketinggalan
zaman. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat anak dalam mata
pelajaran Sejarah. Minat tersebut harus dipupuk sejak mereka kecil lagi kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Namun, kerjasama semua pihak dituntut dalam usaha
memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat yang telah ditetapkan kerana sikap seperti
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing hanya mendatangkan kerugian
sebaliknya peribahasa bukit sama didaki lurah sama dituruni wajar dijadikan panduan.
kemajuan negara. Tidak dapat dinafikan, pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitiktolak daripada kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara.
Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika ada
kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan tersebut
mampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang. Malaysia kini mengecapi pelbagai
kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara negara membangun yang paling
maju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampu
mengecapi kegemilangan dan mengulangi semula zaman kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka pada abad ke-15.
Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan
negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akan
lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita
boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah
negara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat
patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita,
serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai
generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam
peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal
untuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta
sejarah negara sendiri.
Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan
negara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957 tetapi pengisiannya
bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasi
muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuh
dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk
sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang
Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India. Pemahaman terhadap kontrak
sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalan memahami
kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan
memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini dan akan menjadi
bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenaga untuk membangun
dan mengukuhkan negara.
Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa
pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan
Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka
ini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yang
tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat
Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikan halalharam dari aspek undang-undang dan memcampakkan kontrak sosial negara ketepi demi
mencapai cita-cita mereka. Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. Presiden Amerika
Syarikat ke-44, Barack Hussin Obama dalam ucapan sulung sebagai presiden
mengungkapkan: Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apa
yang kita runtuhkan.
sejarah sebagai alat terpenting bagi mencapai matlamat tersebut. Akta Pendidikan 1995
umpamanya menekankan kepentingan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara dan
penyelamat bangsa. Akta yang sama turut menegaskan peri penting Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang akan diterapkan melalui sistem pendidikan kebangsaan bagi memenuhi
keperluan negara serta memupuk perpaduan negara dalam pelbagai bidang melalui sektor
pendidikan. Bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, integrasi nasional
merupakan persoalan yang sangat rumit dan menyukarkan proses pembinaan negara bangsa.
Dasar Pendidikan Kebangsaan menggariskan mata pelajaran sejarah sebagai alat utama bagi
merealisasikan matlamat tersebut. Penekanan pendidikan sejarah tertumpu terhadap
kesedaran sejarah, toleransi dan kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab
terhadap masa depan negara.
Unsur penting dalam pengajaran sejarah turut meliputi pembinaan semangat
kebangsaan. Bagi negara seperti Malaysia, semangat tersebut amat diperlukan untuk
mencapai hasrat satu negara dan impian yang serupa bagi rakyat Malaysia. Patriotisme
merupakan elemen utama dalam pendidikan sejarah yang bertujuan membina kesedaran dan
mengukuhkan semangat perjuangan dan cintakan bangsa dan negara. Elemen tersebut
bermatlamat melahirkan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, sedia berbakti dan
sanggup berkorban untuk kepentingan negara. Hal ini pernah diutarakan oleh Tun Dr.
Mahathir. Menurut beliau :
Kalau semangat patriotisme sudah tidak ada di kalangan belia, kita bimbang apabila
generasi muda dewasa kelak, mereka sudah tidak sayang pada bangsa dan negara sendiri.
Dengan itu amat mudah bagi orang asing untuk menghasut mereka dan akan bersubahat
untuk menghapuskan kebebasan negara kita .
Sejarah juga boleh dijadikan asas rujukan penting bagi membina aspirasi baru untuk
membangunkan maruah, martabat dan kewibawaan sesuatu bangsa. Pendidikan sejarah juga
dapat memainkan peranan dalam pembinaan negara bangsa apabila dapat mencetuskan
inspirasi melalui tema-tema yang terdapat dalam sukatan kandungan matapelajaran tersebut.
Melalui pendidikan sejarah juga, nilai kesetiaan dapat dipupuk dan ditanamkan sebagai satu
nilai hidup yang penting bagi membina dan meningkatkan komitmen generasi muda kepada
negara dan bangsa. Nilai kesetiaan ini akan dapat mengukuhkan ketahanan negara dan
mendorong semangat ingin berkorban dan berbakti kepada bangsa dan negara.
Pendidikan sejarah juga berfungsi menerapkan nilai kewarganegaraan dan
membentuk generasi muda menjadi warganegara yang berguna kepada bangsa dan negara.
Nilai kewarganegaraan ini meliputi kebanggaan sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia
negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif. Ringkasnya, pendidikan
sejarah merupakan proses mendidik melalui kaedah dan proses pembinaan sejarah sebagai
satu disiplin ilmu melalui alat, prosedur dan kaedah tertentu. Seterusnya ilmu ini akan
meneliti, memahami, menghurai, menginterprestasi dan seterusnya membina keseluruhan
mengenai sesuatu perkara, kejadian atau fenomena yang berkaitan dengan kehidupan
manusia pada zaman lampau. Kesemua ini dinyatakan dengan jelas dalam huraian sukatan
mata pelajaran sejarah.