Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PENUTUP MINGGU HALUAN PELAJAR

Bismillaahirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum w.r.t. salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Yang Berusaha Tuan Ahmad Jamalulail bin Kamaruzzaman selaku Pengarah Kolej
Vokasional Shah Alam , Puan Hajah Noraini Bt Ishak selaku Timbalan Pengarah
Akademik, Puan Nor Ashikin Bt Abdullah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
Yang dihormati Puan Suriani Bt Abd Hamid selaku Ketua Unit Jaminan Kualiti.
warden-warden asrama,penyelian asrama,kaunselor,guru-guru serta seluruh warga
kolej kediaman tahun 2015
29 Januari malam ini,
warga asrama berseri-seri;
jamuan tahun 1 kolej kediaman sama dirai,
kita mulakan dengan ceria di hati.
marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah rahmat dan keizinanNya,kita dapat bersama-sama
di Majlis Penutup Minggu Haluan Pelajar Tahun 1 2015
Para hadirin sekalian,
bagi memberkati majlis kita pada malam ini,majlis dengan penuh takzimNya,
menjemput Al-fadhil Ustaz Mohamad Hafiz Bin Abd Aziz untuk memimpin bacaan
doa.
dengan sukacitanya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Para hadirin,
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada ketua Penyelaras Program Minggu Haluan
Pelajar, Encik Zulkhairil bin Roslan dipersilakan.
Terima kasih diucapkan di atas ucapan itu tadi.
Hadirin sekalian,
Seterusnya,majlis menjemput wakil Pelajar Tahun 1 PraDiploma untuk memberikan
ucapan, dipersilakan.
Terima kasih diucapkan di atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Sekarang tibalah masanya kita mendengar pula ucapan daripada Tuan Pengarah
Kolej Vokasional Shah Alam, Tuan Ahmad Jamalulail Bin Kamaruzzman dan
seterusnya merasmikan Majlis Penutup Minggu Haluan Pelajar PraDiploma Tahun 1
2015
Terima kasih Tuan di atas ucapan tersebut.
Tanpa melengahkan masa, kita teruskan dengan bacaan ikrar pelajar tahun 1 yang
akan diketuai oleh .
Hadirin sekalian,
Ke pekan sudah,ke maran pun sudah,
cuma ke tenum sahaja yang belum;
ucapan sudah,perasmian pun sudah,
makan dan minum sahaja yang belum.
Mempersilakan Musyrif Aizat untuk memimpin bacaan doa makan.
Kalau tuan dekat cemara,
buatlah bara bakar selasih;
sudilah tuan jamu selera,
hidangan mesra pengikat kasih.
Hadirin hadirat dipersilakan menjamu selera.
Sambil kita menjamu selera,
dengan sukacitanya,majlis mempersembahkan persembahan pelajar Diploma tahun
1, Hazira Hashim daripada Kursus Pengurusan Perniagaan. Majlis mempersilakan.
Terima Kasih diatas persembahan yang begitu menarik.
Hadirin yang dikasihi,
Sekarang tibalah masa untuk penyampaian hadiah
Terima kasih.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada Pelajar PraDiploma Tahun 2
iaitu Durrah Adila Nadia daripada Kursus Pangkalan Data.
Terima kasih.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan yang dinantikan iaitu daripada pelajar
tahun 1,Persembahan Endang dipersilakan
Tanpa melengahkan masa, kita teruskan dengan persembahan daripada pelajar
Diploma tahun 2 iaitu Hisham and the band untuk mempersembahkan lagu mereka.
Dipersilakan.
Terima kasih.

Hadirin yang dihormati,


Nampaknya majlis ini juga sudah sampai ke penghujungnya, hari semakin larut
malam.
sehubungan dengan itu,saya bagi pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua yang sudi menghadirkan diri,menjayakan majlis pada malam ini.
saya bagi seluruh warga kerja serta ahli jawatankuasa majlis penutup minggu
haluan pelajar kolej kediaman tahun 2015 memohon kemaafan sekiranya terdapat
sebarangan kekurangan dalam majlis ini.
Sehingga kita bertemu lagi dalam suatu majlis yang lain.
assalamualaikum & selamat malam.

Anda mungkin juga menyukai