Anda di halaman 1dari 9

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

ISI KANDUNGAN

Pengenalan

1.0

Proses Penghasilan Karya..

Rumusan..

Bibliografi..

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual di peringkat sekolah rendah bertujuan memberi peluang


kepada murid memupuk minat, memperkembangkan

keperibadian, memberi

kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya
dengan mata pelajaran lain. Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan
adalah

kreatif,

ekspresif

dan

aktif.

Seni

Visual

memainkan

peranan

memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya


pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni
visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini
penting kerana dapat membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian,
dan mengenali cita rasanya tersendiri.
Pendidikan Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan,
proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh. Dokumen Standard Seni
Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan,
pengertian seni secara menyeluruh, dan aspek kritikan. Diharapkan dengan adanya
Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah akan dapat membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.
Bidang utama dalam pendidikan seni visual adalah menggambar, membuat
corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional.
Setiap bidang mempunyai aktiviti-aktiviti yang tertentu, contohnya dalam bidang
menggambar mempunyai aktiviti-aktiviti seperti lukisan, catan, kolaj, mozek dan
sebagainya. Dalam penghasilan seni visual juga haruslah meliputi unsur seni seperti
garisan, warna, jalinan, ruang dan prinsip rekaan seperti penegasan, harmoni,
imbangan, kontra dan sebagainya supaya sesuatu karya itu akan menjadikan hasil
yang berkualiti dan kreatif.

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Oleh itu, kita sebagai guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam
melahirkan modal insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif melalui pendidikan
seni visual.

1.0

PROSES PENGHASILAN KARYA

Gambar 1.1:

Bidang Membentuk dan buat binaan - Model

Bahan hendaklah disediakan terlebih dahulu sebelum membuat binaan model. Bahan
bahan yang diperlukan adalah kotak, kertas tisu, surat khabar, gam, gunting, cutter, cellotape,
dan cat warna.

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Gambar 1.2: Bahan-bahan

Saya memulakan dengan melakar bentuk kucing dan kemudian saya memotong
menggunakan cutter mengikut bentuk yang saya lakar.
memudahkan saya untuk memotong dengan kemas.

Gambar 1.3: Potongan

Dengan adanya garisan lakaran

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Selepas membuat potongan mengikut bentuk yang ditetapkan, saya melekatkan kotak
tisu yang berbentuk silinder supaya model tersebut dapat

berdiri dengan tegak. Dan

seterusnya saya menambah surat khabar di atas potongan tersebut dengan menggunakan
cellotape. Padatan surat khabar tersebut hendaklah seimbang supaya model tersebut tidak
jatuh semasa ia di dirikan. Setelah surat khabar tersebut memenuhi ruang saya melekatkan tisu
untuk lapisan yang pertama dengan menggunakan gam.

Gambar 1.4: Model dengan lapisan tisu pertama


Kemudian saya melekat tisu yang lebih tebal untuk mewujudkan
keseimbangan pada model tersebut. Saya melekatkan tisu lapisan
kedua dengan gam.

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Gambar 1.5: Model dengan lapisan tisu yang kedua

Akhirnya saya mewarna model tersebut dengan menggunakan cat warna

Gambar 2.8: Hasil karya

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

RUMUSAN

Pendidikan seni visual merupakan mata pelajaran yang penting di mana guru-guru
haruslah mempelbagaikan aktiviti-aktiviti seni di sekolah rendah sama ada di dalam atau di luar
bilik darjah. Matlamat sebenar pendidikan seni visual diwajibkan dalam mata pelajaran di
sekolah rendah adalah untuk melahirkan generasi muda yang harmonis, kreatif, kritis dan
seimbangan dari segi fizikal dan mental. Kita tahu bahawa apabila kita menghasilkan sesuatu
karya secara kreatif dan kritis, hal ini bermakna kita telah menggunakan otak kanan. Namun
begitu, terdapat beberapa sekolah telah mengabaikan betapa pentingnya pendidikan seni visual
kepada murid-murid sebagai mata pelajaran wajib seperti subjek yang lain.
Pendidikan seni visual juga adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada muridmurid di sekolah memperkembangkan minat mereka terhadap seni serta mempertingkatkan
kreativiti dan nilai-nilai murni seperti kerjasama antara satu sama lain semasa melakukan aktiviti
seni. Perkara ini dapat ditingkatkan melalui persepsi visual, daya pemikiran dan imaginasi
apabila menghasilkan sesuatu karya, contohnya lukisan, origami, model dan sebagainya.
Murid-murid juga seharusnya melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan. Oleh itu, guru mestilah memainkan peranan yang penting
dengan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang kreatif. Berdasarkan penghasilan karya dalam

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


tugasan, proses penghasilan merupakan bahagian yang penting di mana kita akan
menerangkan

cara-cara

menghasilkan

lukisan

tersebut

kepada

murid-murid

dengan

menggunakan bahan atau alat-alat seni seperti kertas lukisan, pemadan, pensil, warna poster,
oil pastel dan sebagainya. Semua pengalaman yang ada pada diri setiap murid-murid adalah
penting kerana ia akan dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan mampu mengenali cita
rasa sendiri terhadap kesenian. Dengan adanya pengetahuan tentang pendidikan seni visual di
sekolah rendah, sudah tentu murid-murid dapat menguasai kemahiran mengenai bahan, alat
dan teknik yang digunakan dalam kegiatan seni.

BIBLIOGRAFI
BUKU:
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Panduan
Pengajaran Pendidikan Seni Visual (Tahun 4). Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum

INTERNET:
Chekgusempoi.

(2012).

Warna.

Dipetik

pada

25

Ogos

2014

dari

http://chekgusempoi.wordpress.com/category/unsur-unsur-seni/

Ipislam. Asas Seni Reka. Dipetik pada 29 Ogos 2014 dari http://ipislam.edu.my/kplir/tpdk/asas%20seni%20reka/ASAS%20SENI%20REKA_files/frame.htm

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Noor Afifah Azizan. (2013). Kepentingan Pendidikan Seni Visual. Dipetik pada 30 Ogos 2014
dari

http://noorafifahazizan.blogspot.com/2013/10/kepentingan-pendidikan-seni-

visual.html

Senilukis101.

Asas

Seni

Reka.

Dipetik

pada

30

http://senilukis101.wordpress.com/teori-seni/asas-seni-reka/

Ogos

2014

dari

Anda mungkin juga menyukai