Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM
Nama Pelajar

: MUHAMMAD AZRAII BIN MAZELAN

Kursus & Ambilan

: PISMP PK/PJ/BM 2

Ambilan

:JANUARI 2011

Tempoh Praktikum

: 14 JULAI HINGGA 19 SEPTEMBER 2013

Pengkhususan

: PENDIDIKAN KHAS

Nama Guru Pembimbing

: ENCIK NAZRIL BIN MOHD ZAIN

Nama Pensyarah Pembimbing : PUAN NORASIAH BINTI NASIR


Catatan Minggu ke: (1) Tarikh

: 14 JULAI hingga 18 JULAI 2013

PENGENALAN
Pada semester ini , saya telah dipertanggungjawabkan untuk membuat
praktikum selama 8 minggu di Sekolah Kebangsaan Jeniang. Pada minggu
pertama di sekolah ini, saya sempat menjalankan sesi ujian diagnostik terhadap
murid-murid pendidikan khas. Masa terluang sepanjang hari ahad dapat saya
isikan dengan mencari maklumat sekolah dan berkenalan dengan guru serta
murid di sekolah ini.

MASALAH
Setelah

seminggu berada di sekolah ini terutamanya di dalam kelas

pendidikan khas, saya sempat berkenalan dengan murid-murid pendidikan khas.


Saya mendapati terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh setiap murid,
yang paling sukar untuk ditangani ialah murid Autisme dan Hyperaktif. Terdapat
beberapa orang murid yang mempunyai masalah tingkahlaku seperti suka
mengganggu dan memukul rakan dan tidak mendengar arahan guru. Murid ini
dari kelas Adikku Sayang 1 dan 2 dan sangat sukar dikawal oleh saya.
Namun begitu, masalah ini tidak berlaku ketika sesi pengajaran guru lain.
Saya merasakan mungkin ini disebabkan oleh saya masih baru di sini dan tiada
pengalaman untuk menangani masalah seperti ini.

ANALISIS MASALAH
Segala masalah yang berlaku mesti ada sebab musababnya yang tersendiri.
Oleh itu, beberapa soalan berlegar-legar di fikiran saya.
-

Apakah murid-murid tidak melihat saya sebagai seorang guru?

Kenapakah ia berlaku dalam pengajaran saya?

Bagaimanakah cara untuk saya mengatasi masalah ini?

Adakah saya yang menjadi punca berlakunya masalah ini?

Apakah faktor-faktor lain yang terlibat?

Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temubual dan soal
selidik serta pemerhatian, beberapa dapatan telah dapat saya senaraikan.
-

Murid-murid sememangnya akan membuat perangai yang tidak baik


apabila mereka melihat guru yang baru.

Teknik atau kaedah pengajaran yang saya gunakan tidak dapat menarik
minat murid untuk belajar.

Alat bantu mengajar yang kurang sesuai dengan pengajaran yang


disampaikan

CADANGAN
Untuk

mengelakkan

masalah

tersebut

daripada

berlarutan,

saya

telah

mencadangkan beberapa langkah tertentu iaitu:


-

Mengaplikasikan teknik-teknik mengurangkan tingkah laku yang dipelajari


ke atas mereka iaitu teknik time out, pengaburan dan modelling.

Mengaplikasikan

teknik-teknik

meningkatkan

tingkah

laku

seperti

memberikan ganjaran atau peneguhan positif serta token ekonomi apabila


mereka berkelakuan baik.
-

Mempelbagaikan kaedah atau teknik yang sesuai dengan tahap


kebolehan mereka supaya dapat menarik minat mereka untuk belajar.

TINDAKAN SUSULAN
Saya akan lebih tegas ke atas murid ini. Saya harapkan kelakuan negatif
mereka semakin menurun dan dapat mengikuti sesi pembelajaran walaupun
bukan sepenuhnya iaitu hanya pada 10 minit yang pertama namun itu sudah
memadai dan lebih baik daripada dahulu.

Tingkah laku mengganggu rakan

diharapkan dapat dikurangkan apabila saya lebih tegas.

KESIMPULAN
Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini agak susah untuk
diselesaikan.

Ianya

hanya

dapat

dikurangkan

sahaja.

Oleh

itu,untuk

mengurangkan terus masalah tingkah laku tersebut dalam masa yang singkat
adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Oleh itu saya memerlukan masa
yang agak lama untuk mengurangkan sedikit demi sedikit masalah tingkah laku
yang tidak diingini dikalangan murid-murid PKBP ini.

Semoga kaedah atau

teknik yang dipraktikkan itu akan berkesan bagi menangani masalah ini daripada
berlarutan.

Pandangan / komen guru pembimbing


..................................................................................................................................................
......................................................................................................................................... ........
..................................................................................................................................................
Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................
Nama : .........................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing


..................................................................................................................................................
......................................................................................................................................... ........
..................................................................................................................................................
Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................
Nama : .........................................................

Anda mungkin juga menyukai