Anda di halaman 1dari 14

KRL 3033

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH


RENDAH
TAJUK
Sejauh manakah keberkesanan pengajaran bahasa Melayu dengan
menggunakan kaedah koperatif dalam mengajar tajuk karangan
jenis fakta untuk murid-murid sekolah rendah.

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA

NO MATRIK

NO. TELEFON

MASAYU BINTI BAHARI

D 056082

012-2779341

PENSYARAH PENYELIA: PN. ROSMA BT. OSMAN


TARIKH: 22 MAC 2014

Isi Kandungan
Bil

1.0
Bab 1 Pengenalan

1.1 Pendahuluan
1.2 - Latar belakang
1.3 - Pernyataan Masalah
1.4 - Objektif kajian
1.5 - Persoalan Kajian
1.6 - Kepentingan Kajian
1.7 - Batasan Kajian
1.8 - Definisi Istilah

Isi kandungan

Muka surat

BAB 1
Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Melalui pembacaan ilmu
pengetahuan dapat diperolehi. Sejak kebelakangan ini timbul isu tentang kedaulatan bahasa
Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Masalah penggunaan bahasa Inggeris sebagai
pengganti tempat dalam pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains menjadi isu hangat di
parlimen sehingga akhirnya baru-baru ini telah diumumkan semula kembalinya penggunaan
bahasa Melayu dalam pengajaran mata pelajaran tersebut.
Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan bagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa perpaduan negara ini. Dengan adanya penggunaan satu
bahasa sebagai bahasa berkomunikasi perpaduan kaum dapat diperkukuhkan lagi. Oleh itu guruguru bahasa Melayu berperanan penting dalam usaha untuk mengketengahkan bahasa ini kepada
murid-murid khasnya dan masyarakat amnya.
1.2 Latar Belakang Kajian
Kajian ini adalah untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan pengajaran bahasa Melayu
dengan menggunakan kaedah koperatif dalam mengajar tajuk karangan jenis fakta untuk muridmurid Tahun 5 Pintar demi meningkatkan pencapaian mereka dalam bahasa Melayu. Kajian ini
juga digunakan sebagai pengukur bagaimana kaedah ini boleh memantapkan pencapaian murid
dalam bahasa Melayu.
Kajian ini dilakukan ke atas murid-murid di SK Batu Tujuh, Jalan Pahang, Tapah dari kelas
Tahun 5 Pintar seramai 50 orang. Murid-murid dari kelas ini datangnya dari keluarga yang
berpendidikan sederhana. Kebanyakan daripada mereka hanya mengharapkan pengajaran
daripada guru semata-mata. Hasil temuramah yang dibuat terhadap murid-murid didapati
kebanyakkan ibu bapa mereka tidak ada masa untuk mengajar anak mereka di rumah. Lebihlebih lagi pada masa sekarang mata pelajaran bahasa Melayu dianggap tinggi arasnya berbanding

semasa ibu bapa mereka di zaman persekolahan dahulu. Banyak istilah-istilah yang tidak
difahami oleh mereka.
Daripada pemerhatian pengkaji murid-murid kurang mahir menulis karangan terutamanya
karangan yang berbentuk fakta. Lantaran itu pengkaji sebagai seorang pendidik bahasa Melayu
merasakan tanggungjawab dalam membantu mereka untuk menguasai kemahiran menulis dalam
bahasa Melayu. Dengan itu, pengkaji telah memilih kaedah koperatif untuk membantu muridmurid menguasai kemahiran yang diajar di bilik darjah.
Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai (Nik Safiah
Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang
lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Kemahiran
mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling
sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002). Oleh yang demikian, proses
menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis karangan, semasa
menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan dihasilkan (Suppiah
Nachiappan, 2006). Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah aktiviti kognitif
yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran ilmu. Untuk menguasai
tujuan tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan
murid penulis terbaik. Dalam penghasilan penulisan karangan, murid-murid mengalami dua
proses iaitu proses dalaman dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005). Justeru, proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seharusnya dilaksanakan dengan berkesan
(Roselan Baki, 2003).
Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah
dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Yahya Othman, 2005;
Ahmad Khair Mohd. Nor 2005). Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis penguasaan
peringkat asas adalah dimulakan dengan huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana
yang dapat difahami apabila dibaca (Yahya Othman, 2005).
Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara jelas,
tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk

tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atat untuk bercerita. Perkembangan isi dan
huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan. Oleh
itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik semasa di
bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan
penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan
karangan fakta, naratif, sajak, pantun, dan sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai
kemahiran menulis mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesj dalam bentuk
tulisan.Kemahiran mengarang mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja kiranya terdapat
pengubahsuaian kurikulum dan juga penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul
Haq dan rakan-rakan, 2001). Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran , guru seharusnya
memiliki pengetahuan kandungan, pengetahuan am, kemahiran pedagogi dan sikap yang
menggalakkan pembelajaran agar pengajaran mereka berkesan (Syed Hamzah, 1994).
Sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Semakan (2003), menegaskan bahawa dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu ialah supaya murid dapat menggunakan Bahasa melayu secara
berkesan dalam kehidupan seharian. Dalam pengajaran bahasa khususnya penulisan, guru juga
perlu mempertimbangkan pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza
antara satu sama lain dalam kalangan murid dengan menggunakan strategi berpusatkan murid.
Kementerian Pelajaran berusaha untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar
dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan. Proses
kognitif seperti yang terkandung dalam kurikulum dikembangkan melalui isi kandungan yang
dipelbagaikan dari segi pendekatan, strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi.
Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), guru harus
melakukan penerapan nilai murni, dan penggunaan bahan yang merentas pelbagai disiplin ilmu
dalam proses pengajaran (Roselan Baki, 2003). Teknik pengajaran guru juga mesti sesuai dengan
kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian
masa depan, kecerdasan pelbagai dan konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid
terhadap pelajaran. Penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan satu daripada ciri
pembelajaran konstruktivisme yang membolehkan murid memiliki lebih kemahiran sosial.
Pembelajaran secara konstruktivisme juga membolehkan murid memperoleh beberapa kemahiran

seperti lebih berfikir, lebih memahami, lebih mengingati, berkeyakinan, berinteraksi dan
menyeronokan (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001).
Kaedah yang digunakan di dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid
menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. Oleh itu salah
satu teknik yang dapat membantu guru dan murid dalam melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran ialah menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK). KPK merujuk kepada
kaedah pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan
bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Salvin, 1982).
Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi
juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif iaitu saling
bergantunsg antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka,
akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan
kumpulan. Pembelajaran koperatif menjadi popular pada tahun 1980-an keran positifnya
terhadap pencapaian iaitu yakin diri, kedinamikan pergaulan antara individu dan motivasi diri
(Mahzan Arshad, 2003). Strategi ini juga menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan
dengan warna kulit, keturunan, agama, jantina mahupun mental masing-masing (Kamaruddin
Tahir, 2005). Semangat kerjasama, tolong-menolong dan bertindak sebagai satu pasukan perlu
dibajai dalam diri murid agar menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok untuk belajar
(Johnson & Johnson, 1989).
1.3. Pernyataan Masalah
Bahasa Melayu juga sering dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dalam kalangan
pelajar Asli. Pemasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran memang tidak dinafikan. Hanya
segelintir pelajar sahaja yang dapat menguasai dan mencapai prestasi yang baik dalam bahasa
Melayu. Ini adalah kerana kaedah pengajaran yang kurang efektif. Pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai akan memastikan kemahirannya dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik. Justeru itu,
pengkaji menganggap bahawa bahasa Melayu boleh menjadi satu mata pelajaran yang mudah
dan digemari sekiranya pelajar diajar dengan menggunakan kaedah koperatif.

Pelajar selalu menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran yang diajar di dalam bilik darjah
kerana kebanyakkannya telah membina satu konsep dan anggapan yang salah bahawa Bahasa
Melayu adalah sukar. Ada juga dalam kalangan pelajar yang tidak tahu apa tujuan sebenarnya
mereka belajar Bahasa Melayu, sama ada untuk tujuan peperiksaan semata-mata atau untuk
kegunaan penyelesaian masalah harian dalam kehidupan seharian mereka. Mereka sering
beranggapan bahawa tidak perlu menguasai Bahasa Melayu dengan baik kerana bahasa
pertuturan harian mereka sudah cukup untuk difahami untuk menyampaikan maklumat.
Pelajar yang lemah selalu menghadapi masalah untuk memahami sesuatu kemahiran dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Perasaan takut dan bosan juga selalu menjadi tabiat, khasnya bagi
subjek yang mereka tidak diminati. Perkara seperti ini sering berlaku di dalam bilik darjah.
Lantaran itu, untuk mengatasi masalah-masalah di atas, satu kajian dijalankan untuk melihat
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah kooperatif.
Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi oleh seseorang ialah untuk memulakan
penulisan. Memulakan penulisan bukanlah sekadar persoalan kebolehan semata-mata atau soal
pengetahuan tentang sesuatu kerana pakar yang berpengetahuan dan berkemahiran pun turut
menghadapi masalah yang serupa (Flower, 1985 dalam Roselan Baki, 2003).
Kelemahan dalam menulis karangan adalah salah satu punca murid gagal mencapai keputusan
yang baik dalam peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Peperiksaan Menengah Rendah
(PMR) mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penguasaan bahasa yang lemah
dalam kalangan murid cina menyebabkan pencapaian mereka dalam bidang akademik rendah
kerana mereka tidak dapat menyatakan sesuatu dengan baik dan berkesan melalui tulisan.
Penutur Bahasa Melayu keturunan cina adalah yang paling banyak menghadapi masalah
gangguan bahasa ibunda dan pengaruh dialek tempatan dalam penguasaan bahasa (Abdul Aziz
Abd. Talib, 2000). Hal ini disebabkan struktur bahasa cina berbeza dengan Bahasa Melayu.
Selain itu, terdapat juga murid yang lemah dan berada pada tahap minimum dalam penulisan.
Murid kurang mampu untuk mengarang dengan naik tanpa bantuan guru. Ini berlaku terutama
bagi karangan berbentuk fakta dan karangan berbentuk naratif. Pemeriksaan terhadap beberapa
buah buku karangan yang ditulis oleh murid dan dalam ujian di sekolah memperlihatkan bahawa

pencapaian dalam penulisan karangan murid-murid tersebut tidak mencapai tahap yang
memuaskan. Mereka kekurangan idea untuk menghasilkan karangan. Kemahiran penulisan
dalam kalangan murid bukan melayu kurang memuaskan dari segi ejaan, pemilihan kata (diksi),
kosa kata, struktur ayat, jenis ayat dan sebagainya.
Kelemahan murid dalam penulisan karangan juga tidak dapat dinafikan dengan kaedah yang
digunakan oleh guru semasa mengajar menulis dalam kelas. Kaedah pengajaran yang digunakan
dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid menjadi pasif dan kurang
berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan (Roselan Baki, 2003). Cara dan gaya
pengajaran guru dalam kelas lebih kepada memberi pendedahan secara menyeluruh tentang
sesuatu tajuk dan mengamalkan pendekatan membincangkan isi untuk menghabiskan sukatan
pelajaran Tambahan pula, suasana dalam kelas lebih berorentasikan peperiksaan iaitu memberi
penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata.
Kebanyakan guru memainkan peranan utama dalam pengajaran kemahiran penulisan khususnya
dalam memberikan isi-isi karangan. Murid-murid kurang dilatih untuk meneroka maklumat
sendiri melalui pelbagai bahan sumber. Selalunya guru mengawal dari segi isi, bukan berperanan
membantu menyaring dan menyusun maklumat yang telah diterokai oleh mereka. Kawalan
begini sebenarnya akan mendorong murid terlalu banyak bergantung kepada guru. Keadaan ini
seterusnya menyebabkan murid kurang berkemahiran untuk mengarang.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk meneliti keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam
pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta. Objektif kajian secara terperincinya ialah
ingin mencapai objektif berikut:-:
1. Untuk mengkaji sikap murid-murid Tahun 5 terhadap Bahasa Melayu selepas diajar dengan
menggunakan kaedah koperatif.
2. Untuk mengkaji motivasi murid-murid Tahun 5 terhadap Bahasa Melayu selepas diajar dengan
menggunakan kaedah koperatif.

3. Untuk mengkaji keberkesanan kaedah koperatif dalam meningkatkan prestasi murid-murid


Tahun 5 dalam penulisan karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian merupakan persoalan yang mana jawapannya akan dapat membantu dalam
bidang kajian yang dilakukan kelak. Ia juga merupakan suatu pernyataan yang mengenalpasti
fenomena kajian yang diselidik. Ia ditulis dalam bentuk soalan. Untuk mencapai tujuan dan
objektif kajian, soalan kajian berikut telah digunakan :1. Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah sikap murid-murid Tahun 5
terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?
2. Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah motivasi murid-murid
Tahun 5 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?
3. Apakah Kaedah koperatif berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan
karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 ?
1.6 Kepentingan Kajian
Pembelajaran koperatif di dalam kelas murid-murid dapat mengembangkan minat mereka
terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Kaedah ini juga telah membantu mereka untuk
menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menguasai kemahiran Bahasa Melayu yang diajar.
Melalui kaedah ini, murid-murid dapat membiasakan diri dalam perbincangan dan mengeluarkan
idea-idea dan pendapat bersama. Murid-murid juga dapat membiasakan diri dengan berfikiran
terbuka dan kreatif. Komunikasi dalam kumpulan telah melatih mereka menjadi lebih berani dan
dapat berinteraksi dengan rakan lain tanpa rasa malu dan segan. Murid-murid dapat meneruskan
sesi pembelajaran dengan lebih seronok tanpa bosan. Mereka juga dapat melibatkan diri dengan
aktif dalam pembelajaran seterusnya. Ini sudah tentu dapat meningkatkan lagi pencapaian
mereka dalam peperiksaan.
Hasil kajian ini juga dapat memberikan maklumat kepada tenaga pengajar untuk menangani
masalah dan tanggapan serta pendapat murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu. Disamping

itu kajian ini juga dapat merintis jalan untuk menarik minat dan memotivasikan murid-murid
terhadap Bahasa Melayu.
Kemahiran menulis memberi peluang kepada murid menyampaian buah fikiran mereka dengan
berkesan kepada pembaca (Liew Siew Lin, 2003 dalam Yahya Othman 2005). Sekiranya
kemahiran menulis tidak dikuasai sebaik-baiknya, tidak mustahil bahawa walaupun
perkembangan teknologi maklumat bergerak dengan pantas, namun kita akan tertinggal tanpa
keupayaan menulis yang tinggi, kemahiran dan kepakaran seseorang akan tenggelam kerana
tidak dapat disebarkan, dibuktikan dan dikaji (Mahrom Mamat, 2000). Justeru, kajian ini diharap
dapat memberi maklumat tentang keberkesanan kemahiran menulis karangan fakta kepada
murid, guru-guru dan juga para penyelidik pada masa akan datang.
Hasil kajian ini penting untuk membantu para murid yang mempunyai masalah tidak berminat
untuk belajar, prestasi merosot, murid tidak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
pelajar yang sering menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Oleh demikian, kajian ini
dijalankan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di SK
Pengkalan Baharu, Kampung Kepayang, Perak dalam penguasaan kemahiran menulis karangan
fakta.
Kepada guru-guru Bahasa Melayu, kajian ini mendedahkan kaedah pengajaran koperatif yang
boleh dicuba dalam pengajaran menulis karangan Bahasa Melayu. Justeru, kajian ini diharap
akan menjadi satu amalan kepada guru-guru Bahasa Melayu dan mencuba kaedah baru dalam
pengajaran penulisan. Dengan cara ini, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menjadi
lebih menarik.
Kajian ini juga diharap dapat menambah koleksi bahan rujukan tentang penyelidikan yang
dijalankan dalam bidang penulisan pada masa akan datang yang boleh dijadikan sumber rujukan
kepada para penyelidik.

1.7 Batasan Kajian


Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan murid-murid Tahun 5 seramai 50 orang. Kajian ini
dijalankan di Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh, Jalan Pahang, Tapah. Semua aktiviti kajian
dilaksanakan di dalam kelas. Kajian ini hanya tertumpu kepada kaedah koperatif dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran
hanya melibatkan satu topik kemahiran iaitu kemahiran menulis karangan fakta. Soalan- soalan
ujian diambil daripada topik yang diajar pada masa itu.
Namun begitu ada beberapa aspek yang mungkin menjadi penghalang semasa kajian dijalankan.
Antaranya ialah:1. Motivasi dan minat murid-murid berbeza.
2. Pencapaian murid-murid dalam Bahasa Melayu adalah berbeza.
3. Waktu mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza (pagi / tengahari ).
4. Pelajar mungkin mahir dalam kemahiran menulis jika telah mempelajarinya di kelas
tambahan.

1.8 Definisi Istilah


Kajian ini melibatkan penggunaan beberapa istilah dan konsep yang perlu dijelaskan. Antara
istilah dan konsep yang perlu dijelaskan ialah:
a. Keberkesanan pembelajaran
Perkataan 'keberkesanan' berasal daripada 'kesan'. Kamus Dewan (2002:663) 'kesan' membawa
maksud tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas sama ada kebaikan atau keburukan.
Manakala 'keberkesanan' membawa maksud berkesannya sesuatu tindakan atau perbuatan.

Dalam kontek kajian ini 'keberkesanan' bermaksud hasil atau akibat yang terjadi daripada
penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam proses penulisan karangan fakta dalam
kalangan murid bukan Melayu.
b. Kaedah Pembelajaran Koperatif
Perkataan 'kaedah' mengikut Kamus Dewan (1993:513) bermaksud cara atau aturan membuat
sesuatu. Selain itu 'kaedah' merupakan cara keseluruhan mengajar bahasa bagi mencapai tujuantujuan yang tertentu melalui prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh satu-satu kaedah itu
(Arbak Othman, 1989:13). 'kaedah' juga membawa maksud langkah- langkah dan peringkatperingkat yang diatur untuk mengajar sesuatu bahasa atau bahagiannya, sesuai dengan
pendekatan yang dipegang (Abdullah Hassan, 1996:114).
Manakala Kaedah Pembelajaran Koperatif ialah strategi yang diperkenalkan dalam sistem
pembelajaran dalam sistem pembelajaran bestari. Dengan strategi ini, murid-murid digalakkan
berdikari dalam meneroka ilmu daripada pelbagai sumber. Kaedah pembelajaran ini
membolehkan pelajar heterogen bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat
bersama (Gan, 1999). Hal ini bermakna, pengelompokan murid kepada kumpulan kecil
merupakan langkah awal yang mesti dipatuhi oleh seseorang guru dalam pelaksanaan kaedah ini.
Langkah seterusnya diserahkan kepada kumpulan -kumpulan murid berkenaan untuk berbincang
dan melantik ketua, pencatat, pelopor dan seumpamanya. Aktiviti ini sangat penting kepada
murid yang lemah menguasai literasi membaca dan menulis.
Dalam konteks kajian ini, KPK merujuk kepada penggunaan teknik Putaran Giliran dan Meja
Bulat. Melalui KPK murid dapat belajar secara bekerjasama untuk mencapai matlamat
pembelajaran dalam penulisan karangan.
Teknik Putaran Giliran (Round Robin), setiap ahli dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat
masing-masing secara lisan mengikut putaran giliran mereka (Kagen, 1994: Zawiyah Abd
Shukor, 2001). Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap ahli peluang mengemukakan idea
masing-masing sambil menerima dan menolak idea yang lain secara diplomasi. Melalui teknik
ini berlakulah proses bertukar-tukar idea dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan
menjadi lebih jelas dan bermakna.

Manakala teknik Meja Bulat (Round Table) pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat
secara bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. (Kagan, 1994; Zawiah Abd
Shukor, 2001). Setiap ahli memerlukan tambahan idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti
berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang
dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Akhirnya, menerusi teknik
tersebut, mereka dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik.
Menulis karangan adalah menggunakan simbol visual yang berfungsi sebagai komunikasi (Yahya
Othman, 2005). Huraian Sukatan Pelajaran (2003) menghuraikan kemahiran menulis sebagai
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan kreatif yang berkaitan dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan
yang betul, serta tulisan yang kemas.
Menurut Byrne (dalam Robiah Kulop Hamzah, 1999) penulisan ialah urutan ayat-ayat yang
disusun dalam susunan tertentu dan berkait rapat antara satu sama lain dengan cara-cara tertentu.
Urutan ini mungkin panjang dan mungkin pendek. Walau bagaimanapun, urutan ayat-ayat ini
dapat membentuk satu kesatuan yang jelas maksudnya.
Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam
menyusun perkataan, rangkaikata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut
peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan penglahiran idea yang jelas dan
tersusun. (Kamarudin Hj. Husin, 1998).
Dalam konteks kajian ini, penyelidik membuat penilaian tentang karangan karangan fakta.
Karangan fakta lebih memerlukan pernyataan fakta dan huraian yang mantap. Segala tanggapan
yang bertentangan sesuatu isu atau perkara haruslah disokong dengan hujah-hujah dan fakta
sebagai pembuktian. Setiap fakta yang dinyatakan perlu diperkuat dengan huraian sokongan
yang mengandungi keterangan, contoh, analogi, anekdot atau ungkapan berwibawa (Roselan
Baki, 2003). Dalam konteks kajian ini, karangan fakta merujuk kepada suatu tajuk perbincangan
atau pendapat yang memerlukan fakta atau hujah-hujah yang konkrit sebagai bukti untuk
menyokong pernyataan.

Rumusan
Berdasarkan pernyataan-pernyataan yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa sebelum
menjalankan sesuatu kajian kita perlulah menyelidik beberapa perkara terlebih dahulu seperti
bidang kajian, sasaran, objektif kajian dan persoalan-persoalan yang perlu diketahui serta
beberapa maklumat lain yang perlu terlebih dahulu agar kajian yang akan kita jalankan akan
mendapat manfaatnya bersama.

Anda mungkin juga menyukai