Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti Pepejal + Cecair = Gas !

Pengenalan
Cubalah eksperimen mudah ini untuk memperkenalkan pelajar dan anak-anak
tentang tiga fasa atau keadaan jirim. Ia hanya memerlukan barang-barang yang
mudah didapati dan tidak sukar untuk disediakan. Ekperimen ini pasti akan
membuat mereka tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang fasa atau
keadaan jriim!

Apakah yang diperlukan?


1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

Serbuk penaik (baking powder)


Sudu besar
Corong
Cuka makan
Botol
Belon
cawan
Sudu

Apakah yang perlu dibuat?

1. Masukkan satu sudu besar serbuk penaik ke dalam botol dengan


menggunakan corong.
2. Ketuk-ketukkan corong itu supaya serbuk penaik itu turun masuk ke dalam
botol.
3. Pastikan anda sudah bersedia dengan belon untuk dimuatkan ke mulut botol
kerana ia bahan-bahan yang akan digunakan agak cepat bertindak balas!
4. Tuangkan setengah cawan cuka ke dalam botol dengan menggunakan corong
tadi.
5. Dengan cepat, muatkan belon itu kepada mulut botol itu untuk memerangkap
gas yang terbebas.
Apakah yang berlaku / Pengisian Sains
Melalui eksperimen ini pelajar boleh melihat sendiri kedaan jirim yang terhasil
apabila sesuatu tindak balas kimia berlaku. Di dalam tindak balas kimia ini,
serbuk penaik (pepejal) bertindak balas dengan cuka (cecair) dan menghasilkan
karbon dioksida (gas).
Gas karbon dioksida adalah lebih berat daripada udara. Gas ini menyebabkan
udara yang ada di dalam botol itu terpaksa bergerak ke atas dan memenuhi
belon. Belon itu seterusnya membesar dengan campuran udara dan juga gas
karbon dioksida.