Anda di halaman 1dari 5

Biduk lalu kiambang bertaut, langit dijunjung sama warnanya

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Yang dihormati tuan


pengerusi majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana serta rakanrakan yang dikasihi sekalian.
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
biduk lalu kiambang bertaut, langit dijunjung sama warnanya.
Pagi itu, ketika embun masih membasahi bumi,ketika mentari mula
menjenguk diri,tatkala burung-burung terbang mencari rezeki, kelihatan
Mak Limah terbongkok-bongkok mencari sesuatu di dapur rumah batu tiga
tingkat di ibu kota.
Emak, apa yang emak cari ? satu suara menyapa.
Emak hendak siapkan sarapan untuk Encik Rahman dan anaknya Laila. Hari
ini kan hari sekolah. Nanti marah pula Laila kalau sarapan lambat disiapkan.
Awak itu Nina, siaplah cepat. Hari dah siang ini, kata Mak Limah.
Itulah rutin harian Mak Limah selaku orang gaji di rumah Encik Rahman.
Mak Limah sudah kematian suami sejak Nani berumur satu tahun lagi. Jadi,
bagi menampung kehidupan mereka dua beranak, dia bekerja di rumah Encik
Rahman, seorang pegawai bank. Dia diberikan sebuah bilik kecil di tepi dapur.
Tinggallah dia bekerja di situ sambil menjaga anaknya, Nani.
Kawan-kawan
Encik Rahman dan isterinya Puan Rina mempunyai seorang anak perempuan
yang sebaya dengan Nani bernama Laila. Disebabkan tinggal serumah, mereka
telah berkawan sejak dari kecil lagi. Encik Rahman dan Puan Rina telah
menganggap Nani seperti anak kandung mereka sendiri, diberinya pelajaran
sama rata dengan anak mereka.

Tetapi kawan-kawansejak Laila dan Nani kenal alam persekolahan,


sikap Laila banyak berubah. Dia mula tidak menyukai Nani yang pada
anggapannya lebih cantik dan lebih cerdik daripadanya. Apa sahaja yang
dibuat oleh Nani tidak kena pada Laila. Sehinggakan semua kerja rumah
disuruh Nani yang melakukannya, dari membasuh bajunya, menyapu biliknya,
membersih longkang sehinggakan kerja sekolah pun disiapkan oleh Nani.
Pada suatu hari selepas balik dari sekolah..
Nani, tolong bawa masuk beg sekolah aku! Aku penatlah, kata Laila pada
Nani sesampainya mereka di muka pintu. Dia terus meluru masuk ke dalam
rumah dan berbaring di sofa.
Dengan rasa penat, Nani pun membawa beg Laila bersama begnya ke dalam
rumah.
Nani, tolong ambilkan aku air,! Aku dahaga ini.Kedengaran lagi suara Laila.
Pekikan Laila didengari oleh Mak Limah. Dia terus membawa air kepada
Laila.
Mak cik ini tidak faham bahasakah? Saya suruh Nani, bukannya
Mak cik! Kata Laila dengan garangnya kepada Mak Limah.
Nani sedang solat, Laila. Awak pun pergilah solat dulu. Lembutnya katakata Mak Limah.
Hei, orang tua! Suruh anak awak sembahyang sudahlah. Janganlah suruh
aku. Aku hendak sembahyang atau tidak, aku punya fasallah. Kata Laila
tanpa ada rasa hormat pada Mak Limah yang telah menjaganya sejak kecil.
Kawan-kawan semua.
Sedih Mak Limah tidak terkira atas kata-kata Laila padanya.
Sebenarnya kawan-kawan, Laila berkelakuan demikian apabila ibu dan bapanya
tiada di rumah.

Bila malam pula.


Hei, Nani! Jangan lupa siapkan kerja sekolah aku dulu, barulah kau
habiskan kerja kau. Kalau tidak jangan harap kau boleh ke sekolah naik kereta
aku. Jalan kaki lah esok. Ugut Laila pada Nani.
Nani yang sedar siapa dirinya di rumah itu, menurut sahaja apa yang
disuruh oleh Laila walaupun badannya letih dan sakit-sakit.Sedih benar hati
Mak Limah melihat anaknya diperlakukan sedemikian oleh anak majikannya.
Disebabkan selalu dihina, Nani telah menanam azam untuk belajar
bersungguh-sungguh dan akan mengubah nasib diri dan emaknya. Dia berdoa
supaya suatu hari nanti ,Tuhan akan mengubah nasibnya dan keluar dari
kepompong kemiskinan serta penindasan orang.
Kawan-kawan.
Perangai Laila semakin menjadi-jadi sehingga pada suatu hari semasa
ayahnya menjemput mereka pulang dari sekolah
Hei, Nani! Awak ini tidak malukah? Sedarlah diri sikit. Awak itu anak
orang gaji. Jangan hendak berlagak. Awak balik naik bas sajalah. Muka tidak
malu,!ejek Laila.
Laila, jangan cakap begitu pada Nani, tidak baik. Kata ayahnya.
Kawan-kawan.
Nani berasa amat sedih mendengar kata-kata Laila. Namun dia sentiasa
ingat pesanan ibunya supaya banyak bersabar kerana Allah sayang orang yang
bersabar.
Jika kita menumpang orang,
Pandai-pandailah membawa diri,
Kata orang jangan dibantah,
Fikirlah dulu sebelum berkata.

Masa terus berlalu..


Peperiksaan UPSR diumumkan, Nani mendapat 5A tetapi Laila gagal semua
mata pelajaran. Sakit hati Laila menjadi-jadi kepada Nani. Nani telah
ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh.
Sejak Nani tiada di sisi. Mak Limah telah berhenti bekerja di rumah Encik
Rahman dan kembali ke kampung halamannya.
Belajarlah Nani dengan tekun untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang
doktor.
Kawan-kawan.
Beberapa bulan yang lalu.
Laila, hari ini tolong bawa ayah ke hospital. Ayah rasa tidak
sihatlah.Telefon Encik Rahman kepada Laila yang bekerja sebagai operator
pengeluaran. Sejak akhir-akhir ini, Encik Rahman selalu sakit-sakit selepas
bersara daripada kerjanya.
Tengoklah dulu ayah, bila saya senamg, saya bawalah ayah,jawab Laila.
Petang itu, tiba di hospital,Laila dan ayahnya amat terkejut kerana doktor
yang merawat Encik Rahman adalah Doktor Rosnani bt Abdullah, anak bekas
orang gajinya.
Kawan-kawan
Sekarang Nani telah menjadi seorang doktor dan bertugas di hospital
kerajaan.
Pakcik, syukurlah saya dapat berjumpa dengan pak cik, insya-Allah saya
akan rawat pak cik hingga sembuh. Saya juga ucapkan terima kasih kepada
pak cik kerana memberi kesempatan saya belajar sehingga mencapai ke tahap
ini, kata Dr. Nani dengan gembira.

Laila yang memerhati dari jauh berasa amat malu kepada Nani. Ini kerana
orang yang selalu dihina dan dibencinya selama ini berada di hadapannya dan
telah berjaya menjadi seorang doktor.
Nani, maafkanlah aku di atas perbuatan aku dulu. Mana ibumu, Mak Limah?
Aku ingin memohon maaf dengannya,Aku banyak berdosa kepadanya. Dia telah
kuanggap seperti ibuku sendiri, kata Laila.
Ibuku telah tiada, Laila. Tidak sempat dia melihat aku menggenggam
segulung ijazah. Dia telah banyak berkorban untukku, kata Nani dengan rasa
sebak.
Ibu..ibu.engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka,
Engkau hiburkan selalu,
Ibu..ibuengkaulah ratu hatiku
Kawan-kawan semua,
Pengajaran yang dapat kita ambil dari cerita yang saya perdengarkan tadi
ialah kita sebagai makhluk Tuhan, janganlah menghina sesama kita. Kita
hendaklah sentiasa berbuat baik, tolong-menolong dan saling membantu insan
yang berada dalam kesusahan. Selain itu, kita hendaklah mempunyai
kesungguhan dan berkeyakinan untuk mercapai sebuah kejayaan yang
cemerlang. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai