Anda di halaman 1dari 3

Sirih berlipat, si sirih pinang

Dibawa dari Pulau Mutiara


Kami ucapkan Selamat Datang
Awal bismillah pembuka bicara,
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan
1Malaysia..
Yang Berusaha Puan Roshaya Binti Aziz, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pasir Panjang
Yang Dihormati Encik Mohad Bin Salim, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid....
En. Mohd Noor Bin Shamsuddin , Guru penolong kanan
Kokurikulum.
Yang dialu-alukan para ibu bapa, guru-guru dan hadirin sekalian.

Selamat datang ke Majlis Pendaftaran murid tahun 1 hingga


tahun 6. Saya selaku pengacara majlis ingin mengambil
kesempatan ini mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih
khasnya, kepada para ibu bapa tahun 1 kerana telah memilih
sekolah kami untuk meneruskan kecemerlangan akademik anakanak, bermula dari tahun 2015.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis, marilah kita menadah tangan


mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al- Fadhil Ustaz ..
. Dipersilakan.
(pause)
Amin, amin ya rabbal alamin.,
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al fadhil ustaz
.. Atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan.
TAK MOLEK, JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIADA YANG BERBICARA
MEMULAKAN BINGKISAN UCAPAN, MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIMNYA
MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PUAN ROS HAYA BINTI AZIZ, GURU
BESAR SEK.KEB.PASIR PANJANG UNTUK MENITIPKAN SEPATAH DUA KATA.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN

Demikian tadi, ucapan penuh pengharapan oleh Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang. Majlis mengucapkan ribuan
terima kasih atas ucapan tadi.

Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Majlis ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu
dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama bagi
menjayakan Hari Pendaftaran Tahun 1 hingga tahun 6 bagi sesi
2015. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya
mengacarakan majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa bali kekal di batang,
Jari disusun maaf dipinta,
Bersua kembali di majlis yang akan datang.

Sekian, terima kasih. Majlis mohon bersurai.

Anda mungkin juga menyukai