Anda di halaman 1dari 3

4/6/2012

Sekolah anda akan menganjurkan Minggu Membaca peringkat sekolah. Pada


hari perasmian, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
Langkah-langkah untuk Menanamkan Minat Membaca dalam Kalangan
Murid.
Sediakan teks ceramah itu selengkapnya.

Assalamualaikum saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guruguru, dan seterusnya murid tinngkatan tiga sekalian. Berdirinya saya di sini
adalah untuk menyampaikan ceramah tentang isu yang hebat diperkatakan
dewasa ini, iaitu Langkah-langkah untuk Menanamkan Minat Membaca
dalam Kalangan Murid.
Marcapada ini, aktiviti membaca dalam kalangan murid semakin
berkurangan. Kebanyakan murid pada era ini lebih gemar melakukan aktivitiaktiviti seperi melayari internet, bersukan, dan sebagainya bagi mengisi
masa lapang daripada membaca buku.
Hadirin sekalian,
Membaca itu jambatan ilmu. Tanpa membaca bagaimana sesuatu
kejayaan itu dapat dicapai? Jika kita memerhatikan rakyat negara Jepun dan
negara lain, masa-masa yang terluang pasti akan dipenuhi oleh mereka
dengan membaca buku. Mereka membaca buku tidak mengira tempat,
sama ada ketika menunggu bas atau kereta api untuk ke pejabat atau
destinasi lain. Tabiat membaca buku sememangnya sudah sebati dengan diri
mereka dan tidak sempurna jika mereka tidak membaca buku setiap hari.
Di Malaysia, purata rakyat kita yang gemar membaca hanya
sebilangan kecil. Langkah-langkah perlu diambil untuk meningkatkan dan
menanamkan semangat membaca dalam diri setiap orang. Langkah
pertamayang dapt dilakukan adalah dengan mengadakan kempen
membaca. Kempen ini boleh dilaksanakan di setiap sekolah, jabatan
kerajaan, hospital, dan sebagainya. Melalui kempen ini, setiap murid akan
diberikan satu bahan bacaan yang disediakan oleh pihak sekolah meliputi
semua aspek bahan bacaan seperti mejalah, surat khabar, dan sebagainya.
Kemudian, murid haruslah menulis tentang bahan bacaan yang telah diberi
secara ringkas dan dimasukkan ke dalam sebuah buku khas yang diberi
nama Buku Nilam. Pada akhir tahun, bilangan buku yang dibaca akan dikira

dan sesiapa ayng mencatatkan bilangan buku terbanyak akan diberikan


anugerah dan sijil penghargaan. Dengan ini, sudah pasti minat membaca ini
dapat diterapkan dalam diri setiap murid.
Langkah lain yang dapat diambil adalah dengan bantuan ibu bapa.
Dalam hal ini ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam
mendidik anak-anak membaca sejak kecil. Ibarat kata pepatah melentur
bulu biarlah daripada rebungnya. Jika minat membaca sudah dapat dipupuk
sejak kecil, sudah pasti dewasa nanti aktiviti itu akan menjadi aktiviti harian.
Ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka buku cerita sekurangkurangnya tiga kali seminggu. Dengan cara ini murid-murid akan menjadikan
buku atau bahan bacaan yang lain sebagai teman hidup mereka.
Selain itu, mewujudkan perpustakaan di setiap sekolah merupakan
satu langkah yang dapat merealisasikan impian kerajaan untuk menanamkan
sikap suka membaca ini. Perpustakaan berfungsi untuk menyimpan koleksi
buku tidak kira masa dahulu atau sekarang. Melalui kaedah ini, murid-murid
akan menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua mereka. Murid-murid
dibenarkan meminjam buku dari perpustakaan. Ada juga yang menjadikan
perpustakaan sebagai tempat rujukan selain dapat menanamkan rasa cinta
kepada buku. Hal ini dapat menjimatkan wang ibu bapa untuk membelikan
sesuatu bahan bacaan yang mahal harganya. Sekali gus dapat membantu
terutamanya bagi golongan yang kurang berkemampuan.
Warga dewan sekalian,
Membaca itu amat penting dalam kehidupan harian kita. Sebagai
murid, membaca itu merupakan suatu amat penting dan kewajipan. Hal ini
demikian kerana tanpa membaca, bagaimana seseorang itu dapatmencapai
impian mereka untuk berjaya?
Kesimpulannya, membaca ibarat emas dan melalui langkah-langkah itu
tadi, saya berharap agar jumlah peratusan murid yang gemar membaca
buku akan meningkat. Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin
memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sekiranya ada tersalah
atau terkasar bahasa dalam cerama saya tadi. Saya akhiri ceramah saya
dengan serangkap pantun.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai