Anda di halaman 1dari 4

ICSB112 Section 04

Assignment 1

Ahmad Zulhilmi bin Zainal


SW095614
Lecturer: Ustaz Abdul Aziz bin Mat Isa

Nama: Ahmad Zulhilmi bin Zainal

ID: SW095614

ICSB112 Section 4

Pandangan Saya Terhadap Islam


Sebagai seorang muslim yang membesar di Malaysia, pandangan dan
persepsi saya terhadap Islam pasti sedikit sebanyak dipengaruhi oleh ciri-ciri dan
adat resam melayu serta suasana dalam masyarakat. Sejak daripada kecil, saya
diajar dan dididik tentang asas-asas Islam sama ada di rumah mahupun di sekolah.
Dalam menjelaskan pandangan saya tentang Islam, saya akan membahagikan
pandangan saya ini melalui dua aspek iaitu, melalui apa yang telah saya pelajari
dan melalui praktikaliti serta pengalaman hidup.
Pandangan saya tentang Islam melalui apa yang telah saya pelajari ialah
mengenai Islam yang saya pelajari di sekolah, ceramah ataupun bahan bacaan.
Melalui aspek ini, pada pandangan saya, Islam ialah satu agama yang sangat
sempurna dan indah. Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti ibadah,
akhlak, sosial, ekonomi, perundangan dan pendidikan. Islam menganjurkan
umatnya untuk saling membantu, berusaha untuk berjaya, hormat-menghormati
dan bersabar. Islam mengajar bahawa sekecil-kecil amalan kebaikan akan
mendapat ganjaran sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Ini adalah
pandangan saya melalui apa yang telah saya pelajari.
Pandangan saya tentang Islam melalui praktikaliti dan pengalaman ialah
mengenai Islam apabila saya dan orang sekeliling mengamalkannya. Melalui aspek
ini, saya menjadi terbeban untuk mengamalkan dan menghayati Islam. Sebagai
contoh, apabila seseorang yang muda membuat kesalahan dan seseorang yang tua
menegurnya secara kasar, ianya dilihat sebagai perkara yang biasa sahaja kerana
orang itu lebih tua. Namun, apabila seseorang yang muda menegur seseorang yang
lebih tua atau disegani, ianya dikira sebagai kurang sopan terutamanya apabila
seorang murid menegur gurunya atau seorang anak menegur ibu bapanya.
Kebiasaannya, orang akan menganjurkan orang muda itu untuk menasihati secara
berhemah, yang mana anjuran ini tidak wujud untuk situasi yang pertama tadi.
Selain itu, Islam di Malaysia terlalu banyak bersangkut dengan adat dan tradisi
melayu yang mana apabila kita tidak melaksanakannya, kita dianggap tidak
bersosial dengan masyarakat seperti bacaan yasin, tahlil dan sambutan hari raya
sehingga sebulan.

Ini adalah sedikit sebanyak pandangan saya tentang Islam. Saya sedar,
bahawa sesetengah pendapat saya ini salah dan mungkin bukan menggambarkan
tentang Islam tetapi menggambarkan orang yang mengamalkannya. Namun, ini
adalah pandangan saya yang jujur tentang Islam dan bukan sekadar skema
jawapan dan teori yang diambil dari buku-buku dan kelas pengajian.

Anda mungkin juga menyukai