Anda di halaman 1dari 2

Struktur

1. (a) Berikan 3 gaya memegang lembing dan jelaskan cara memegang ketiga-tiga
gaya

tersebut.

Jwp: Gaya Amerika. Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong
oleh tiga jari yang lain. Yang kedua, gaya finnish. Lembing dipegang di antara ibu jari
dan jari jari tengah. Gaya ketiga ialah gaya pegangan-U. Lembing dipegang antara jari
telunjuk dan jari tengah.
(b). Nyatakan 4 fasa dalam rejaman lembing.
Jwp: Fasa persediaan, fasa lari landas, fasa rejaman dan fasa ikut lajak.

2. Jelaskan kesalahan-kesalahan teknik melontar peluru pada setiap fasa.


Jwp: Pada fasa persediaan, kesalahan yang biasanya dilakukan oleh atlet ialah atlet
akan tunduk menyebabkan dagu menghampiri dada dan meleakkan peluru ke paras
yang rendah. Pada fasa lungsuran, atlit mungkin akan meluruskan kaki kiri sebelum
membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheret kaki kanan untuk melakukan
gelungsuran. Pada fasa lontaran, atlit tidak melontar peluru mengikut sudut 45. Pada
fasa pemulihan, atlit tidak dapat mengimbangkan badan selepas lontaran dan
mengakibatkan badan terlajak keluar ke hadapan.

3. Bagaimanakah cara menjalani latih tubi lempar cakera.


Jwp: Memegang cakera dengan tapak tangan melekap pada piring cakera dan
bahagian hujung tangan lalu ayun ke depan dan ke belakang. Cuba ayun cakera di
depan badan dalam angka lapan. Selepas itu, guling cakera dan pastikan bahawa
akhirnya ia melepasi jari telunjuk. Seterusnya, kaki dijarakkan di antara 40-50 cm. Kilas
badan ke kanan kemudian kilas badan dan tangan ke kiri supaya menyangga di atas
kaki.

Esei
Jelaskan teknik melempar cakera dengan menggunakan cara berputar.
Jwp : Berdiri dalam bulatan membelakangi arah lemparan jarak antara tapak kaki lebih
kurang 30-40 cm, kaki kanan seberapa dekat dengan lingkaran dan kaki kiri sedikit ke
dalam. Sokong cakera di atas tangan kiri di sebelah bahu kiri dan pegang cakera
dengan cara yang betul. Lakukan ayunan pendahuluan dan semasa cakera diayun jauh
ke belakang, angkat tumit kaki kiri dan geserkan sedikit ke depan. Pandang kea arah
kiri. Tangan kanan hendaklah berada di belakang garis bahu. Kaki kanan dengan cepat
dilangkahkan dan diputar ke kiri dan mendarat di garis tengah bulatan. Berat badan
hendaklah di atas kaki kanan sekarang. Putaran kaki kanan disusuli dengan gerakan
kaki kiri. Kaki dilangkah dengan segera ke kiri dan mendarat jauh dan segaris dengan
kaki kanan. Dengan segera tolak dan luruskan kaki kanan disertai oleh ayunan tangan
kanan ke arah sudut lemparan. Tolak dengan kaki kiri sekarang dan apabila kaki kiri
terkedang lurus, tangan kanan hendaklah mencapai titik terjauh tinggi dari badan.
Lepaskan cakera pada saat ini. Setelah cakera dilepaskan dari genggaman, gerakkan
kaki kanan ke depan dan kaki kiri diayun ke belakang.