Anda di halaman 1dari 6

KELAS INTERVENSI ASAS MEMBACA DAN MENULIS (KIA2M)

LATAR BELAKANG

Kelas

Intervensi

Awal

Membaca

dan

Menulis

(KIA2M)

telah

dilaksanakan padabulan Mac 2006 ekoran daripada pelaksanaan


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 2010 (TERAS KETIGA :
MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN). Memperkasa Dalam
Mesyuarat Sekolah Kebangsaan telah diadakan pada 22 November
2005 masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan

menulis dalam kalangan murid-murid diberi perhatian serius.


Sebagai langkah segera, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
Kementerian

Pelajaran

Malaysia

(KPM)

diberi

mandat

untuk

melaksanakan program KIA2M ini. Tujuan utama program ini


dilaksanakan adalah bagi memastikan murid yang mengikuti Kelas
KIA2M ini dapat mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut
setiap perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.

PENGENALAN

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)


bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran

membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.


Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau
belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini
bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari

kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.


Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan
perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini
menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

MATLAMAT KIA2M

I.

Memastikan 100% murid Tahun Satu menguasai 2Mi. Membantu murid


Tahun Satu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam

II.

Bahasa Melayu
Memberi peluang murid-murid mengikuti proses pengajaran dan

III.
IV.

pembelajaran selaras dengan tahap kebolehan masing-masing.


Meningkatkan keyakinan diri murid-murid
Menyemai semangat berminat untuk belajar.

STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


6 LANGKAH UTAMA UJIAN PENCALONAN PENAPISAN PERANCANGAN
PENGAJARAN TINDAKAN PENILAIAN SUSULAN
percalonan
ujian penapisan
perancangan
pengajaran
penilaian
tindakan susulan

1) PENCALONAN & UJIAN PENAPISAN


Penubuhan kelas adalah berdasarkan jumlah murid Tahun Satu.
Tiada penambahan kelas dan guru bagi tujuan tersebut.
Sebelum murid-murid mengikuti program ini, mereka terlebih
dahulu akan melalui proses pencalonan dan ujian penapisan

kemasukan.
Pengkelasan murid seterusnya adalah berdasarkan kepada skor
seperti berikut :

0 9 : dirujuk kepada pengamal perubatan


10 44 :menjalani program KIA2M
45 60 : meneruskan pengajaran dan pembelajaran kelas biasa
2) PERANCANGAN
Guru yang telah dikenalpasti untuk mengendalikan program
tersebut ini dikehendaki supaya merancang proses pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dengan merujuk kepada modul
pengajaran yang telah dibekalkan.
2

Tetapi, mereka diberi kebebasan untuk menyesuaikan diri


dengan aktiviti dan latihan dalam modul tersebut agar relevan
dan selaras dengan tahap kebolehan murid-murid berkenaan

Berpusatkan guru
Guru merancang dan menjalankan tugas secaraindividu dan murid
akan belajar berdasarkan apa yangdisampaikan dan diarahkan oleh
guru sahaja.
Berpusatkan Murid
Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun
kelas.
Berpusatkan bahan
Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai
dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas
tentangkeperluan aktiviti yang akan dijalankan.
3) PENDEKATAN PROGRAM KIA2M
Pendekatan dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan
Menulis (KIA2M) adalah pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga
individu. Digunakan mengikut kesesuaian dari segi:
a)

Kebolehan murid

b)

Aktiviti yang dirancang.

c)

Kemahiran yang hendak diajar.

Pendekatan secara kelas


Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya
a)

Murid dapat melibatkan diri

b)

Meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang

lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di


akhir waktu belajar.
Pendekatan secara berkumpulan

Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan


kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru

kepada strategi yangberpusatkan murid.


Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada muridyang

menghadapi masalah yang sama atau hampirsama dibentuk.


Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul
pengajaran yang disediakan.

Pendekatan secara individu

Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi


membantu

membimbing

untuk

mengatasi

masalah

yang

dihadapinya.
Selain itu, bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan
jika perlu.

4) PENGAJARAN
Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahanbahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu

objektif.
Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik
minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin

tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.


Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan
ialah:teknik

bercerita,teknik

latih

tubi,teknik

tunjuk

cara,teknik bersoal jawab,teknik main peranan, teknik


menyanyi,teknik lakonan,teknik kuiz

5) BAHASA MELAYU MERENTAS KURIKULUM


Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran
asas Bahasa Melayu secara intensif.
4

Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum


mestilah

dijalankan

sepenuhnya

dengan

menggunakan

strategi

penggabung jalinan.
Subjek-subjek Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik dan Pendidikan
Seni digabunggjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa
Melayu.

Pendidikan Jasmani Kesihatan:


1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan.
2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan.
3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata.

Pendidikan Muzik:
1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak.
2. Pergerakan berirama
3. Bunyi-bunyian berirama

Pendidikan Seni:
1. Binaan - menggunakan "play dough, plastesin dsb. untuk
membentuk abjad.
2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata.
3. Capan - mengecap bentuk.
4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.

6) TINDAKAN SUSULAN
Murid-murid KIA2M dibenarkan mengikuti kelas biasa setelah mereka

lulus dalam menjalani Ujian Pelepasan 1 dan Ujian Pelepasan 2.


Di samping itu, pencerapan dan pemantauan akan dilakukan oleh
beberapa pihak termasuk :
Pusat Perkembangan Kurikulum dan bahagian lain dalam

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


Jemaah Nazir Sekolah
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Guru Besar.

KESIMPULAN

Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih


berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk

membolehkannya memahami sesuatu konsep.


Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk
merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti
agar murid dapat memahami apa yang disampaikan dengan lebih baik.