Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KEDUA
(8 FEBRUARI 2015 12 FEBRUARI 2015)

Masalah :
Setelah dua seminggu saya berada di Sekolah Kebangsaan Pendang, saya dapati murid
tidak memahami arahan yang diberi. Namun begitu, saya beranggapan masalah yang
berlaku ini merupakan cabaran untuk saya sebagai bakal guru kelas.
Analisis :
Apa yang telah saya fikirkan, mungkin terdapat beberapa perkara yang saya terlepas
pandang menyebabkan masalah ini berlaku seperti:
1.Murid tidak memahami bahasa yang digunakan.
2. Laras bahasa yang terlalu tinggi.
3.Suara guru yang perlahan menyebabkan murid tidak dapat mendengar dengan
baik.
4.Kurang ketegasan memberi arahan kepada murid.
5. Guru tidak dapat mencuri perhatian murid.
Cadangan:
1.Guru perlulah menggunakan bahasa yang mudah ketika menyuruh murid senyap.
Gunakan ayat yang mudah dan jelas dan pastikan mempunyai eye contact supaya
murid faham apa yang cuba disampaikan.
2. Penggunaan laras bahasa yang rendah perlu digunakan untuk kanak-kanak
prasekolah kerana penggunaan laras bahasa yang tidak sesuai menyebabkan murid
tidak dapat mematuhi arahan yang diberikan dengan baik.
3. Guru perlulah mempunyai suara yang jelas dan lantang bagi menarik minat murid
mendengar apa yang cuba disampaikan. Guru juga boleh menggunakan intonasi dan
penegasan bagi mengawal tingkah laku yang tidak diingini. Aktiviti peneguhan positif
juga boleh dilakukan dengan cara memberi hadiah atau pujian kepada murid yang
tidak berbuat bising dan sebagainya.

4.Guru perlulah tegas dalam memberi arahan supaya senyap kepada murid. Apabila
murid tidak dapat dikawal, pastikan guru mengambil tindakan supaya mereka tidak
mengulangi perbuatan berbuat bising dan sebagainya.

Tempoh Masa:
Saya akan cuba untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah saya analisis tadi
dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan baik selama saya menjalani praktikum.

Tindakan Susulan:
Menggunakan ayat yang mudah dan ringkas dalam arahan.

Penilaian kejayaan:
Apabila guru memberi arahan, murid dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik
seperti mengikut setiap arahan yang diberikan semasa aktiviti berlangsung. Guru perlu
membuat pemerhatian ke atas beberapa orang murid yang telah dikenalpasti mempunyai
masalah seperti tidak memahami arahan atau bahasa supaya murid tersebut dapat dibantu.