Anda di halaman 1dari 2

Pencapaian Sekolah

Pencapaian SK Long Makabar merangkumi aspek kurikulum dan ko-kurikulum


dalam beberapa tahun yang lepas. Pencapaian terbaik ini secara tidak langsung
telah mengharumkan nama sekolah khususnya di dalam daerah Baram, Sarawak.
Antara pencapaian sekolah yang berkaitan termasuklah:
a) Kurikulum:
- SK Long Makabar mencatat kelulusan 100% bagi peperiksaan UPSR pada
-

tahun 2010.
SK Long Makabar menerima keputusan cemerlang 100% Aliran Perdana
untuk Bahasa Malaysia (Literasi) dan Matematik (Numerasi) bagi saringan

5 (2011) Kohort 1 pada 19 Jun hingga 29 Julai 2011


SK Long Makabar sekali lagi mencatat penguasaan 100% Perdana Literasi
dan Numerasi (LINUS) Saringan 3 (Kohort 2) dan Saringan 6 (Kohort 1)
dalam Program LINUS NKRA yang dijalankan pada 2 Oktober hingga 4

November 2011.
b) Ko-kurikulum
- Seorang murid SK Long Makabar, Viviana Awing pernah mewakili sekolah
dan zon Baram dalam tiga tahun berturut-turut (2010, 2011, 2012) dalam
-

Pesta MSSR Pejabat Pelajaran Daerah Baram, acara lontar peluru.


SK Long Makabar telah menyertai Program Senamrobik Serentak 1Murid

1Sukan 1Malaysia 2012 bertempat di padang sekolah pada 10 Julai 2012.


Seramai 17 orang murid SK Long Makabar telah terpilih untuk mewakili
sekolah ke MSSR Long Banga 2012 dalam beberapa acara olahraga,

sukan permainan dan pertandingan akademik.


Pada tahun 2013, seramai 13 orang murid telah mewakili sekolah dalam
MSSR yang diadakan di Marudi. Kesemua mereka telah mendapat tempat
dan pingat dalam pelbagai acara seperti Johan Bola Tampar, Johan
Karaoke, Johan lompat jauh, dan sebagainya.

Pencapaian sekolah yang membanggakan ini memberikan gambaran yang


jelas akan penglibatan aktif dan hasil usaha guru-guru dan kakitangan SK Long
Makabar dalam bersama-sama mengharumkan nama sekolah di peringkat yang
lebih tinggi. Diharapkan agar sekolah ini dapat lagi mencapai pencapaian yang lebih
tinggi di masa akan datang.