Anda di halaman 1dari 1

Cadangan Penambahbaikan

Berikut adalah cadangan penambahbaikan yang boleh menjadikan program orientasi


guru baharu ini lebih baik dan berkesan dari semasa ke semasa.
1. Mewujudkan panduan rasmi yang merangkumi aspek pentadbiran dan
pengurusan sekolah, takwim sekolah, jadual induk dan perkara lain yang
berkaitan dengan latar belakang sekolah khususnya untuk guru baharu
supaya mudah untuk dijadikan rujukan rasmi.
2. Pihak atasan samaada negeri atau daerah mewujudkan satu sistem pusat
yang teratur dan sistematik kepada guru baharu khususnya dalam ha-hal
berkaitan dengan panggilan atau taklimat rasmi yang merangkumi arahanarahan dan perkara yang perlu dilakukan oleh guru baharu sebelum, semasa
dan selepas melapor diri sebagai pegawai perkhidmatan.
Adalah amat diharapkan agar pihak yang berkenaan dapat melihat perkara ini
dengan lebih mendalam bagi menjadikan Program Orientasi Guru Baharu ini lebih
berkesan dan bermakna lagi pada masa akan datang.